Terima Kasih : Kursus Solat
Terakhir Menggalakkan
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Gambar : Peserta Di Bahagian Tengah Dewan
Alhamdulillah,semalam (2 Mac 08) berakhirnya kursus solat terakhir yang dibuka kepada awam. Adapun kursus solat yang dianjurkan tertutup untuk syarikat dan kakitangan khas, masih ada yang berbaki inshaAllah.
Saya juga telah nyatakan sebab musabbab mengapa ia terakhir dalam kursus tersebut namun ia masih belum boleh dinyatakan secara terbuka di web saya ini.

Gambar Atas : Peserta Yang Terlebih dari Kerusi, Terpaksa Dibawa Kerusi Tambahan Sehingga Ke Dinding
Kursus semalam saya kira adalah terhebat sambutannya dari lebih 70 kursus sebelum ini. Penyertaan terpaksa ditutup seminggu sebelum program, dan dewan yang hanya boleh memuatkan 250 peserta juga tidak mampu menanggung jumlah peserta yang berdaftar. Malah ramai yang cuba mendaftar terpaksa ditolak penyertaannya kerana melebihi had dewan. Lalu terpaksalah rakan-rakan TIBYAN memunggah berpuluh-puluh kerusi ke dewan tersebut.
Gambar : Peserta Di Sebelah Kiri Saya
Lebih menarik lagi, apabila saya bertanya siapakah dari kalangan peserta yang mendaftar dan mengetahui kursus ini dari web site zaharuddin.net, 95 % dari mereka mengangkat tangan. Hanya 5 % mengetahuinya dari sumber-sumber lain. Namun, kursus ini hanya diiklan di web dan yahoogroup saya sahaja.
Jika sebelum ini, kursus ini perlu diklankan di akhbar dan radio ikim.fm, namun kali ini belum sempat kami mengiklankan..penyertaan sudah penuh. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang menyertai , semoga beroleh manfaat semaksimumnya. Selain itu, sekitar 15 orang peserta mengangkat tangan apabila saya bertanya siapakah yang menyertai kursus ini buat kali kedua dan seterusnya. Tahniah juga buat anda. Moga masih beroleh ilmu baru walaupun telah menghadirinya sekali atau dua kali sebelum ini.
Gambar : Peserta Di Sebelah Kanan Saya
Buku Wang Anda & Islam
Buku "Wang, Anda dan Islam" juga baru sampai 'direct' dari kilang ke UIAM semalam. Alhamdulillah dapat juga peserta membeli buku tersebut. Sebahagian peserta yang telah membelinya agak pelik apabila melihat ketebalan buku itu berbeza dari apa yang mereka beli sebelum ini. Bagi mereka yang telah membeli sebelum ini, jangan bimbang, saya hanya memanjangkan prakata dan penutup, dan memasukkan tajuk berikut "Forex trading melalui internet, Hukum Kerja Penjawat Awam, dan beberapa tajuk artikel yang ada di web ini sahaja.
Tidak dapat saya nafikan bahawa atas perbincangan dengan penerbit, beberapa isi tambahan dimuatkan selain pembetulan kecil dari cetakan pertama. Atas sebab itu, harga pos dijangka berubah kerana berat buku juga berubah.
Akhir kata, terima kasih semua pengunjung dan peserta kursus solat semalam.
Perlukah Satu Lagi Kursus Terakhir Selepas Yang Terakhir Ini?
Agak sukar membuat keputusan untuk ini, permintaan agak banyak dan ramai yang terpaksa ditolak pada minggu terakhir kursus ini, demikian juga apa yang berlaku semasa kursus di UTM Skudai yang lalu. Kursus pada 2 Mac yang lalu dihadiri oleh rakan-rakan dari Jauh seperti Singapura, Terengganu, Johor, Pahang, Kedah, Melaka dan lain-lain, sehingga sebahagian mereka ada yang mengambil hotel di KL dan ada juga yang berehat di surau di UIAM sementara menanti pendafatran dibuka.
Gambar : Saya Sedang Menyampaikan Mesej Dakwah Solat & Pengisiannya
Hasil dari perkembangan sebegitu, saya sedang memikirkan cara untuk menganjurkan sekali lagi yang dikira terakhir di tempat yang sama, terutamanya apabila melihat dewan kursus di UIAM ini bermeja dan parking juga mudah. Mungkin boleh juga dipersembahkan buku Fiqh Solat saya yang sedang proses akhir ketika ini.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
3 Mac 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
1. Lepas imam baca fatihah, imam akan baca surah lazim. Boleh ke makmum baca fatihah atau diam dan dengar?
2. Jika baca. tapi tak sempat habis baca fatihah, imam dah rukuk, perlu kita habiskan fatihah atau ikut rukuk bersama imam?
Syukran.
Saya tidak berapa yakin dengan solat saya sekarang.Saya inginkan kekusyukan dlm solat..saya mohon dari ustaz adakah ustaz menjual panduan lengkap solat untuk saya jadikan panduan..saya mengharap sangat..saya ingin membeli..sila email kepada saya atau telefon saya di talian 0124524526
UZAR : ye, boleh dapatkan buku 'formula solat sempurna saya ' sila klik di cover buku tersebut di web saya ini
Ustaz mintak izin untuk jual buku Formula solat yang sempurna di Lawas Sarawak.. Saya dah dapat 23. Pesan lagi 40 dan akan beli lagi 100 naskhah. Sambutan baik kat sini. Besar sangat manfaat buku tu kat kami di Sarawak ni.
UZAR : InshaAllah 40 lagi akan dipos minggu depan.
sekurg-kurangnya solt ana labih baik dari sebelum ni..insyaAllah..
skrang sy lebih yakin di dlm solat sy..kursus2 mmg byk manfaatnye..bes ngat
ustaz,SABAH takde plan ke nak datang buat kursus?? kasihan rakyat sabah...
UZAR : TIADA PENGANJUR...
1. Lepas imam baca fatihah, imam akan baca surah lazim. Boleh ke makmum baca fatihah atau diam dan dengar?
2. Jika baca. tapi tak sempat habis baca fatihah, imam dah rukuk, perlu kita habiskan fatihah atau ikut rukuk bersama imam?
Syukran.
Saya adalah jamaah Masjid Al-Falah USJ 9. Saya yang datang jumpa UZAR mintak kepastian pasall jemaah wanita pegi masjid it hari.
Saya nak mintak kebenaran UZAR untuk re-produce the booklet yang UZAR kasi waktu kursus Solat itu hari. Saya nak letakkan kat masjid supaya lebih ramai orang dapat ilmu nya... boleh ker UZAR? kalau nanti on-behalf of Masjid Al-Falah, kita jemput UZAR datang beri tazkirah ringkas pasal solat / kewangan islam, UZAR sudi tak?
UZAR : REPRODUCE NOTA, TIDAK DIIZINKAN SAMA SEKALI KERANA ITU NOTA RINGKAS DAN PASTI AKAN DISILAP FAHAMI.
TENTANG JEMPUTAN , OK..BOLEH TETAPI SAYA TIDAK CONFIDENT MEREKA AKAN JEMPUT..
Alhamdulillah! dapat juga saya menyertai kursus ini. Semoga saya dapat terus istiqamah mengamalkan ilmu yang dipelajari di kursus ini.
Syabas juga pada Uzar kerana memberi peringatan pada kaum wanita tentang kepentingan menjaga aurat yang kadang kadang kita lupa tentang hakikat menutup aurat yang sebenarnya. Saya dapat merasakan bahawa teguran Uzar betul2 direct pada kami kaum wanita yang terlupa ttg cara yg betul menutup aurat dek kerana mengikut fesyen etc.
Jazakallah..Semoga Allah membantu Uzar dalam semua urusan .Ameen.
UZAR :ALHAMDULILLAH, ACTUALLY KURSUS OSLAT INI BUKAN HANYA AJAR BAB SOLAT, TAPI JUGA SENTUHAN BAB-BAB KEHIDUPAN YANG LAIN SERTA PANDANGAN ISLAM TENTANGNYA.
UZAR : OK OK, DAH CONFIRMED 30 MAC..SILA DAFTAR SEGERA
UZAR : OKLAH DAH BUKA LAGI 30 MAC NI, JANGAN TERLEPAS LAGI YE
UZAR : SUKAR PENGURUSAN TEMPAHAN DEWAN DAN CATERER.
Kursus ustazamat bermakna bagi saya dalam pemantapan solat saya. Alhamdulillah banyak persoalan tentang solat yang saya musykilkan terjawab jua. Jazakallah khairan kathira..
UZAR : ALHAMDULILLAH..ILMU YANG PENTING, LAWAK TU SELINGAN
Bagaimana cara saya hendak menjemput uzar untuk beri ceramah di jabatan tempat saya bekerja. Saya dah SMS pada uzar tapi belum ada balasan.
UZAR : SAYA RASA TIADA TERIMA SEBARANG SMS PUN BERKENAANNYA. JABATAN YANG MANA SATU NI YE?
Minta tlg ustaz confirmkn kursus solat 30 mac ini.Saya nak book/beli tiket flight ke kl kalau confirm.
Raimi Marikan@Muhamma d
Kuching Sarawak
remymerican@yah oo.com
UZAR : MASHAALLAH, HEBAT. MOGA DIBERKATI
INSHAALLAH, SETAKAT INI 30 MAC DAH BERJAYA DICONFIRMKAN. JAP LAGI SAYA IKLANKAN
dan tak silap saya, susunan modul powerpoint kat hadcopy ada yg tak ikut turutan sama ngan yg dibentangkan kat screen......
lastly, sedap tul si sami yusuf punya suara...trus beli kat luar dan enjoy waktu balik...
salam.
Moga jadiklah.
saya sokong kursus ni di adakan sekali lagi. Dan buat kali ini, biarlah dirancang dengan "the end in mind". For eg, have it recorded and upload into the web for easy access by those who yang terhalang or terkilan, yang "ter" apa apa lah dan yang sama waktu dengannya.
Also, saya nak cadang agar ianya di adakan pada hari sabtu, sebab hari ahad amatlah "crash" bagi yang dok jauh.... esok dah lah kena kerja..kalau buat hari sabtu, sampai malam pun tak lah ralat sangat. Tak lah rasa macam dah sampai flatline.
Satu lagi suggestion, maybe ustaz boleh ada "live demo". Boleh adakan facilitators or something like that yang boleh tunjuk macam mana solat dan berwudhu secara yang betul.
masya allah, tabik spring ler kat UZAR boleh stand talk and maintain posture from 8.30am to 7pm tanpa "siaran tergendala", 'cept for the wire tripping
ya sheikh,bila nak buat kursus kat kuantan pula..?
dah lama orang kuantan menunggu...
Saya adalah diantara orang yg terlepas peluang untuk menyertai Kursus tersebut. Diharap dapat Ustaz meneruskan kerja yang mulia ini dalam menyampaikan ilmu yang amat berguna ini. Untuk menyampai perkara yang baik memang banyak halangannya.
Terima kasih untuk kursus solat hari tu.
Ustaz tulis 30 Mac nak buat lagi kursus ni confirm ke baru cadangan?
Saya nak turut serta ni ngan adik2 saya.
Cadangan saya.. kalau boleh buatla yea....
kalau tak boleh pun buatlah bagi boleh...
Kursus tu mmg sgt? bermanafaat, sgt berharga ilmu yang kita saya dapat. Terima kasih byk? pada ustaz.
P/S: Agak2 boleh tak kalau saya rakam seluruh sesi kursus menggunakan kamera video untuk rujukan masa depan? Takkan dicommercialize . Ini janji saya
Sedihnya tak dapat p..apa nak buat..harap Uzar dapat adakan lagi kursus ini...bila baca komen dalam nie lagila rasa rugi...
Uzar dah penah buat kat Kedah ke? Kalau blum, harap dapat buat disini...Maklumla, orang ada anak kecik...insya Allah if ada peluang lagi ana nak p, tapi kena usahakan babysitter...Tahniah kat Uzar, moga mendapat ganjaran selayaknya disisi Allah.
UZAR : DI KEDAH DAN JOHOR SUKAR UNTUK ARRANGEMENT, KETIKA INI SAYA HANYA MAMPU BUAT DI KL SAHAJA.
BAWA SAJA ANAK KECIL, KERANA ADA PESERTA YANG BAWA TAPI DUDUK DI BELAKANG UTK MUDAH KELUAR DAN MASUK.
Best giler kursus semalam.kursus hidup dengan penerangan yang jitu dan lawak yang tak kering gusi.
tapi bg saya yang paling terkesan ialah vcd tayangan akhir tuh.ustaz amik mana??
Moga akan ada kursus lagi...
moga ustaz terus istiqamah dalam perjuangan ini....
UZAR : ALHAMDULILLAH, TAPI HARAPNYA JANGAN LE HANYA DAPAT LAWAK SAHAJA YE DARI KURSUS SAYA, LAWAK2 ITU HANYALAH SAMPINGAN UNTUK MENGHILANGKAN NGANTUK DALAM KURSUS YG BERAT DAN PANJANG INI.
IA SALAH SATU TEKNIK SAMPAIKAN MESEJ DAKWAH..
Terima kasih atas kursus solat smlm.. sgt best dan seronok.. harap2 ada keberkatan.. insyallah
RSS feed for comments to this post