Petikan Temubual Saya Bersama Utusan Malaysia
Disiarkan pada 8 April 2008
Kerugian besar lengahkan solat

RASULULLAH SAW bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama.
Hakikatnya solat adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau disempurnakan oleh setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.
Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak langsung mendirikan solat, kalau buat pun, ada yang melengah-lengahkan waktu solat, melakukan solat secara tergesa-gesa serta tidak khusyuk dan banyak lagi.
Wartawan, ZUARIDA MOHYIN menemu bual pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia , Zaharuddin Ab. Rahman bagi mengupas persoalan ini.
Sungguhpun waktu solat itu telah ditentukan, mengapa kita digalakkan agar tidak melengah-lengahkannya dan apakah ganjaran mereka yang bersolat di awal waktu?
ZAHARUDDIN: Keperluan untuk menunaikan solat di awal waktu jelas daripada hadis yang bermaksud: "Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu." (riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)

Namun ada beberapa ketika yang dibenarkan untuk melewatkan solat seperti jika cuaca terlampau panas dan berjemaah secara terbuka di luar. Sabda Nabi SAW: Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat Zuhur, kerana kekuatan panas (matahari) adalah daripada bahang neraka jahanam. (riwayat al-Bukhari).
Namun mungkin keadaan terlalu panas ini sudah kurang timbul kerana kini, kita menunaikan solat di masjid yang redup dan berhawa dingin.
Bagi menjelaskan ganjaran mereka yang menjaga waktu solat. Rasulullah bersabda: Pada suatu hari Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang paling utama? Baginda menjawab: Solat tepat pada waktunya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: "Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: "Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: "Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya." (riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).
Sementara, dalam surah al-Mukmin ayat 8 hingga 11 yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.
Perkataan memelihara solat mempunyai pengertian yang cukup luas. Boleh ustaz huraikan?
ZAHARUDDIN: Erti memelihara solat yang termudah adalah menjaga solat fardu lima kali sehari semalam. Namun, lebih dalam dari itu, penjagaan solat juga menuntut kita untuk mendirikannya dan bukan sekadar menunaikannya. ‘Tunaikan' dan ‘dirikan' adalah dua benda yang berbeza. Tunai lebih cenderung kepada proses melaksanakannya pada satu-satu waktu dan kemudian ia dikira selesai tanpa mengira kesan selepas dan persembahan spiritual semasa pelaksanaannya.
Manakala erti ‘mendirikan' solat pula tidak bermaksud sedemikian, ini kerana kita dituntut untuk melaksanakan solat secara fizikal dan spiritual lalu berterusanlah kesan solat itu dalam kehidupan seharian kita.
Perlu sama-sama kita menyedari bahawa yang dituntut semasa solat adalah usaha untuk meyakinkan yang kita sedang berhadap dengan Allah dan hati kita juga sedang dilihat oleh-Nya. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW yang bermaksud: Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke lain. (al-Bukhari dan Abu Daud)
Perasaan inilah yang perlu dibawa hingga keluar solat, maka dengannya kita pasti akan dapat merasakan setiap tindakan kita dilihat oleh Allah SWT.
Apakah yang dimaksudkan solat berkualiti dan bagaimana memperolehnya?
ZAHARUDDIN: Maksud solat berkualiti merangkumi semua hal-hal yang telah saya nyatakan sebelum ini, selain itu solat ini juga didirikan berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikutan tanpa mengetahui asas sesuatu pergerakan dan tindakan itu.
Solat bagi mereka yang mengikuti mana-mana ilmuwan dan alim ulama secara ‘lihat, pandang dan dengar' sudah tentu sah jika menepati rukun dan syaratnya.
Namun, apabila kita ingin mengulas perihal berkualiti, ia sudah tentu perlu lebih dari sekadar sah. Atas sebab demikian ia memerlukan ilmu yang lebih jelas tentang dalil-dalil yang disandarkan pandangan ulama tersebut. Inilah namanya menaiktarafkan tahap ilmu agar pencapaian pahala dan keyakinannya semakin tinggi.
Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.
Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata: "Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan. (Jami' Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)
Malah Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang daripadanya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu. Lalu Nabi memberi respons, keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi daripada orang yang beribadat (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah daripada kalangan kamu (sahabat). (riwayat Tirmizi, no. 2685, 5/50)
Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa Nabi membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliaannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)
Inilah juga yang ditegaskan oleh Syeikh Khatib As-Syarbini As-Syafie di dalam kitabnya di mana beliau menegaskan erti ‘lihat' dalam hadis Nabi: "Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku mendirikan solat." adalah ilmu iaitu, sebagaimana aku mengetahui kaedah dan sifat aku solat.
Solat sebegini akan lebih mudah meraih nikmat khusyuk yang merupakan satu kenikmatan spiritual yang amat bernilai buat kehidupan di dunia dan di akhirat.
Bagaimanakah cara berhikmah untuk mengajak orang mendirikan solat kerana kita tidak mahu perkara ini dipertanggungjawabkan ke atas kita di akhirat kelak atas alasan segan atau takut mengecilkan hati mereka?
ZAHARUDDIN: Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati. Ingatkan perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam hadisnya: "Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan sementara, iaitu mati."
Jika penerimaannya baik, boleh diteruskan dengan memberi kefahaman perihal dosa mereka yang meninggalkan solat, antaranya adalah satu kaki sudah menjadi kafir, sebagaimana disebut di dalam hadis: "Sempadan antara seorang itu Islam dan kafir adalah jika mereka meninggalkan solat." Ini bererti, mereka yang meninggalkan solat dikira sudah separuh badan di sempadan kekafiran yang amat berbahaya.
Gunakan cara nasihat yang didasari kasih sayang dan ingin membantu, cara lembut sentiasa lebih utama daripada kaedah yang keras dan menempelak. Kaedah ini juga datang dari al-Quran dan hadis.
Setelah itu, sentiasa galakkan dan bina kemampuan solat orang dituju secara beransur-ansur. Jika sukar, boleh sahaja minta dia mendirikan satu waktu solat sehari terlebih dahulu dan seterusnya semakin baik. Insya-Allah.
Badan Kebajikan Lembaga Getah Malaysia yang beribu pejabat di Jalan Ampang akan telah menjemput saya untuk mengendalikan KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT DAN MUHASABAH DIRI, bagi kakitangan mereka.
Namun oleh kerana mereka mempunyai dewan auditorium yang besar, pihak Badan Kebajikan ini bersetuju untuk membuka ruang dan peluang untuk penyertaan orang awam. Info lanjut seperti berikut :-
Tarikh : 29 April 2008 ( Selasa - hari kerja )
Masa : 8.00 pagi - 5 petang.
Yuran : Orang Awam : RM 70
: Pelajar : RM 50
Pendaftaran untuk awam (Terhad kepada 50 orang sahaja)
Hubungi : 0196096117 atau email tibyan2006@gmail.com
Daftar Sebelum 25 April 08
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Saya menghadapi masalah muka dan kulit kepala berminyak walaupun saya tidak memakai sebarang minyak atau perapi rambut. Disebabkan masalah tersebut, saya selalunya sebelum mengangkat wudud atau mandi wajib saya akan menyabun dahulu anggota wajib wudud dan anggota badan (kot-kot terjangkit minyak dari tangan yang menggosok kepala atau muka semasa mandi) bagi menghilangkan minyak yang berkenaan supaya air meratai anggota wajib wudud dan anggota badan keseluruhannya. Saya berbuat demikian kerana percaya minyak dengan air tidak bercampur jadi kalau tidak dihilangkan dahulu minyak maka wudud atau madi wajib tidak sah kerana air tidak meratai anggota wajib wudud dan anggota badan keseluruhan semasa madi wajib.
Soalan saya:
Adakah perlu setiap kali untuk berwudud atau mandi wajib saya kena hilangkan minyak tersebut dahulu dari muka dan kepala saya serta lain-lain anggota badan yang berkenaan.
saya ingin bertanya tentang solat maghrib.apa ada solat sunat sebelum maghrib?saya dapati kariah di masjid tempat saya melakukan solat sunat sebelum melakukan solat fardu maghrib.jadi ibadah solat fardu maghrib itu menjafi lambat kerana imam akan tunggu makmumnya yang baru sampai untuk solat sunat maghrib.Harap ustaz dapat memperjelaskan soalan saya ini.Terima kasih.
UZAR : tiada maslaah jika dia seorang yang uzur
Moga Utz berada dalam keadaan yg sentiasa diredhaiNya..
Saya mohon bertanya... boleh kh solat sunat Tahatul Masjid dilakukan di dalam surau?? dan boleh ia dilaksanakn pd bila2 masa,asalkn di awl waktu iaitu waktu sebelum solat wajib?
Ayah sy mengatakn tidak boleh kerana ianya hanya boleh dilaksanakan di dlm Masjid.
Pd saya ianya bertujuan menghormati rumah Allah..adakah Surau bukan rumah Allah?
Ana bercadang nak anjurkan bengkel smart wudhu & smart solat utk pelajar2 sekolah. Masalahnya ana tiada silibus serta speaker n fasilitator untuk membantu. Boleh ustaz bg tahu nama rakan2 yang boleh membantu jazakallah.
Website : www.alhafizz.com/
uzar : cuba ust zamri mari mengaji. beliau boleh dan ada vcd lagi tentang solat utk budak2 ni.
Apabila kita solat, hendak-lah mengikut sunnah Nabi Muhammad saw.
"Solat-lah sapertimana kamu melihat aku solat".
Sekira-nya berjemaah, peraturan-nya :-
1) Bahu bertemu bahu.
2) Kaki bertemu kaki makmum bersebelahan.
3) Mata melihat tempat sujud.
4) Tidak bolih berlumba2 dengan Imam. Tunggu
sehingga Imam takbir baru takbir, rukuk, sujud
dan seterus-nya.
4) Niat-nya di-hati.
5) Tukmaminah.
6) Selepas solat berzikir bersendirian.
Sekian.
Terima kasih kerana menyiarkan artikel berkaitan dgn solat. Terima kasih sekalilagi atas ilmu yang dicurahkan, semoga bermanafaat buat semua.
Saya pohon agar dapat UZAR buat artikel berkaitan kepentingan solat berjemaah pula kerana dilihat disini perpaduan umat tidak kukuh kerana kurang berjemaah dimasjid. Sedangkan masji didirikan berjuta2 harganya tetapi tiang lebih banyak semasa solat drp jemaah.
Nasiaht ini juga untuk diri saya InsyaAllah! Akan saya usahakan yang terbaik untuk dibawa bekal nanti.
wassalam,
X keterlaluan saya katakan bahawa ulang alik ke masjid boleh jadi sumber hidayat kepada umat Islam lain untuk taat dan cinta pada Allah, dan kepada non-muslim untuk kembali kepada Allah.
Secara peribadi ana agak sedih apabila ada dan kebanyakkan ustaz yang mengajar dimasjid dan surau bagitau lebih kurang 'kita orang lelaki / bapa-bapak kalau dirumah kena sembahyang berjemaah untuk tunjukkan kepada anak-anak. @ Untuk tunjukkan / galakkan anak-anak solat kena berjemaah dirumah. Saya sedih bila dengar ustaz cakap macam ini. Orang lelaki semua kena solat berjemaah di surau/masjid bahkan boleh bawak anak-anak jika tidak memudaratkat jemaah solah dan ruang masjid/surau. Kecuali atas sebab keuzuran yang dibenarkan. Allah telah kurniakan sihat tubuh badan , kenderaan besar , payung, moto , basikal dll. Apa alasan untuk beri pada Allah atas nikmat yang dikurniakan.
Untuk ajar pada anak-anak solat , emak dan kakaknya perlu solat berjemaah diawal waktu di rumah. Sediakan ruang khas untuk ibadat dirumah dan orang lelaki banyakkan solat sunat dirumah.
Banyak ganjaran yang Allah firmankan , hadis-hadis tentang kepentingan solat berjemaah bahkan kisah-kisah para sahabat nabi s.a.w. Termasuk juga banyak celaan yang dari nabi S.a.w bagi orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada saya dengan semua orang islam untuk solah berjemaah dimasjid/surau/musolla. Dan sentisa berbaiki kualiti solat agar maksud sebenar solat tercapai. Banyak masalah akan selesai, sehingga masalah negara akan selesai apabila ummat ini menjaga solah dengan sempurna. Wallah hu aklam
KURSUS HALAL HARAM DALAM
URUSAN KEWANGAN HARIAN bayar masa register ke?
UZAR : KENA BAYAR KEPADA MASJID TU SEBELUM KURSUS. HUBUNGI NOMBOR MEREKA
Satu cara untuk improve disiplin solat fardhu kita adalah dengan sentiasa menjaga solat berjemaah di awal waktu di mana azan diazankan, betul tak ustaz?
Tuh yang kadang2 lemah tuh... huhu
Ini hadis ke ustaz ? Apa darjatnya ? Sangat masyhur tetapi tidak terdapat dalan rujukan hadith ahli sunnah.Dalam rujukan hadith shiah, hadith ini dalam kitab2 utama mereka.Sangat penting untuk dibuat kajian.Tlg tanya pakar hadith di UIAM.Dr Abu Laith ke...Alfu Shukr wa taqdeer.
UZAR : HADIS TU ADA BYK KOMENTAR...TAK PERLU TANYA ABU LAEETH, BENDA SENANG-SENANG, BUANG MASA DIA SAJA.
YANG SOHIHNYA ADALAH
Benar solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith:
رأس الأمر الإسلام وعموده الصلاة
Ertinya : ?Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat? (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa?ie dalam As-Sunan Al-Kubra;
Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih )
HADIS TU DILETAKKAN OLEH WARTAWAN BUKAN OLEH SAYA. NAMUN ERTI DARI HADIS TU ADALAH SOHIH.
Alhamdulillah, sejak saya pergi kursus solat Uzar saya dapat kekhusyukan dan lebih fokus ketika solat, kerana saya sudah ada ilmu solat, sewaktu solat saya pastikan ilmu yang saya baru dapat nie saya praktikkan.
Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah kerana saya dipilih oleh ALlah ke kursus solat Uzar, hanya ALlah yang mampu membalas kebaikan Uzar.
So saya nak ajak semua yang tak pegi lagi, silalah pergi kursus solat 29hb April nie, rezeki tu, patutnya dah takde tapi Allah bagi peluang kepada anda semua, so manfaatkanlah dan usahakanlah pergi sementara dikurniakan nikmat kesihatan nie. Hari kerja tu boleh diusahakan cuti. Dibandingkan ilmu yang diperolehi daripada cuti sehari tu memang jauh bezanya. Paling penting saham akhirat, insya Allah.
p/s: ustaz, bagaimana jika mahu menjemput ustaz utk mengdakan kursus ini di IPT (tertutup)?
Sememangnya Solat adalah modal insan paling utama dalam membentuk peribadi yang baik. samada baik dari sudut pandang sesama Muslim dan juga, baik dari kacamata non-Muslim.
Orang yang solat dengan sepenuh hati, pasti mendapat sumber kekuatan dalam mengawal diri, pasti membuat si pelaku berkira-kira sebelum bertindak memikirkan pertanggungjawa ban kelak.
Yang menjadi sedikit masalah adalah ketika mana ada ruang dan ketikanya hati terganggu untuk turut hadir semasa Solat. Khusyuk susah diraih, adakah ini perkara biasa UZAR?
Macam orang risaukan sesuatu, selalu boleh je buat kerja ni, tapi ada masanya fokus lari, maka dalam kerisauan itu dia bertanya, "adakah ini normal pada sy?"
Saya merasakan Solat sangat istimewa, mungkin tak boleh samakan dengan contoh yang saya bagi, maka sekiranya fenomena ini kadangkala berlaku, sy masih ingin bertanya, adakah ini perkara biasa UZAR? *Please answer and give advices...
Selamat memberikan Ilmu kelak...
Wassalam...
RSS feed for comments to this post