Fiqh Ibadah Balik Malaysia & Penjelasan Ibadah Dalam Kapalterbang

Balik Malaysia & Penjelasan Ibadah Dalam Kapalterbang

  • PDF
(11 votes, average 4.73 out of 5)

Balik Malaysia & Waktu Buka, Sahur

& Solat Dalam Kapalterbang

 

 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

emiratesairline.jpg

Alhamdulillah, ada juga rezeki kami sekeluarga pulang ke Malaysia hariraya Idilfitri tahun ini. Walaupun ia sama sekali tidak termasuk di dalam perancangan awal saya, namun setakat ini kelihatan ia akan menjadi kenyataan. InshaAllah.

Terima kasih kepada pihak yang membiayai tambang pulang saya.

Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan beberapa perkara yang melibatkan puasa dan solat kami sepanjang perjalanan dan cara kiraan yang kami guna. Semoga kiraan ini diberikan panduan oleh Allah swt.

Kami akan bertolak dari Lapangan Terbang Birmingham pada 2.15 petang dan dijangka sampai di Dubai 7 jam selepas itu. Transit selama 3 jam di Dubai. InshaAllah, akan sampai KLIA pada jam 2.15 petang 13 September 2009.

Setakat semakan saya, inshaAllah kami tidak akan menghadapi sebarang masalah waktu solat, juga tiada masalah untuk mengekalkan puasa walau kami dalam musafir.

Berikut gambaran perjalanan pulang kami dari United Kingdom ke Malaysia esok hari. Doakan perjalanan kami semuanya lancar dan selamat sampai dan pulang. Doa anda semua amat dihargai.

  balikmsiatimes4.jpg

 

WAKTU BERBUKA ATAS FLIGHT

Sebagaimana fatwa Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, waktu berbuka bagi mereka yang berada di atas kapalterbang adalah dengan melihat ke luar tingkap kapalaterbang bagi memastikan matahari sudah terbenam atau tidak. Waktu berbuka tidak akan mengikut waktu destinasi atau tempat bertolak. Maka dalam kes kami, kami akan memerhati tingkap untuk berbuka.

Bagi waktu sahur kami akan menuruti waktu Dubai kerana kami berada di Dubai sekitar waktu sahur itu, manakala waktu Subuh memerlukan sedikit kiraan, kerana jika matahari naik dijadikan panduan masuk Subuh sebagaimaan untuk berbuka tadi, itu sudah terlewat kerana pastinya sejurus kelihatan matahari bermakna waktu subuh sudah tamat.

PENENTUAN WAKTU SUBUH ATAS FLIGHT KAMI

Justeru, kaedah saya menentukan masuk waktu Subuh adalah mengikut kiraan Dubai, sebagaimana yang pembaca boleh lihat, kami akan berlepas dari Dubai pada jam 03.15 pagi iaitu satu setengah jam sebelum Subuh di Dubai. Waktu Subuh di Dubai adalah 4.48 pagi.

Jika melihat kepada peta dunia, jika sebuah flight berlepas dari Dubai menghala ke Malaysia, dalam tempoh satu jam setengah, saya yakin kapal terbang itu akan berada di atas Indian Ocean. Maka waktu solat Subuh di tengah lautan itu boleh mengikut tanah yang terdekat dengannya, yang saya yakin iaitu Oman atau mungkin juga Karachi.

Setelah disemak, waktu Subuh bagi Oman adalah pada jam 4.46 pagi ( waktu Oman adalah sama dengan Dubai) manakala Karachi pada jam 5.55 pagi.  

Namun setakat ini saya lebih yakin kapalterbang akan lebih dekat dengan ruang waktu Oman, justeru subuh dalam waktunya sama ada waktu Oman atau Karachi.

WUDHU ATAU TAYAMMUM ATAS FLIGHT?

Wudhu tiada masalah untuk disempurnakan menggunakan air di atas kapalterbang, tayammum juga tidak perlu kerana wujudnya air dan tandas kecil yang boleh digunakan bagi penyempurnaan Wudhu. Apa yang perlu dilakukan adalah gunakan cawan kecil plastik minum sebagai bekas air wudhu, dan berwudhulah sesempurna yang boleh di dalam tandas itu.

Tiada alasan untuk bertayammum di dinding kapalterbang atau kerusi atau hanya sekadar solat hormat waktu kerana tiada wudhu.

Malah menurut pandangan yang paling kuat, tidak boleh disempurnakan dengan menepuk dinding, kerusi atau debu-debu yang melekat pada baju. Ini kerana habuk di dinding buatan dan kerusi kapalterbang bukan tidak termasuk dalam erti tanah. tetapi jika dinding, kerusi, baju dan sebagainya itu benar-benar jelas kelihatan berdebu dengan debu tanah, tatkala itu barulah boleh menepuk di atasnya untuk tujuan tayamum.

Allah swt menyebut dengan jelas tayamum hendaklah menggunakan tanah yang suci. Justeru, debu yang diambil mestilah berasal dari benda yang benar-benar datang tanah. Dinding kapalterbang bukan dari tanah, amat sukar pula dibayangkan kewujduan debu tanah di dinding kapalterbang, demikian juga debu atas kerusi.

Allah swt menyebut yang ertinya:

"Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." ( An-Nisa : 43 )

Menurut pandangan ulama Maliki, di waktu sukar, boleh digunakan batu asli untuk mendapatkan debu tayamum, kerana batu yang bercampur dengan tanah sejak dari asalnya, dianggap sebahagian dari tanah.Mazhab Syafie pula membenarkan menggunakan pasri yang bercampur sedikit dengan tanah.

Justeru, bagi sesiapa yang ingin bertayumum juga atas sebab-sebab yang memerlukan, seperti contohnya mandi hadas besar (contohnya tidur atas flght dan ‘bermimpi hingga basah'), bolehlah dibawa dari awal sama ada batu (bukan batu bata tapi adalah jenis batu yang asal) atau pasir bercampur tanah, kemudian tepukkan tangan diatasnya tadi dan sempurnakan tayamum di wajah dan kedua tangan hingga ke siku. ( berdasarkan hadis riwayat Abu Daud)

ARAH KIBLAH UNTUK SOLAT

InshaAllah kami juga tiada masalah arah kiblah kerana kami boleh menunaikan solat zohor dan asar di lapangan terbang Birmingham, berbekalkan kompas kiblah, urusan penentuan arah menjadi lebih mudah dan meyakinkan.

Bagi solat maghrib pada 12 Sept, kami punyai pilihan sama ada untuk jama' takhir iaitu solat di lapangan terbang Dubai atau solat di dalam kapal terbang secara duduk.

Arah kiblah mungkin boleh dilihat melalui panduan Emirates Airline (jika dalam Flight MAS ada disediakan, Emirates saya kurang pasti kerana pertama kali menaikinya esok) atau melalui cara melihat arah halaan Kapalterbang.

Biasanya mudah, kerana arah flight dari UK ke Dubai, biasanya akan selari atau tidak jauh lari daripada arah Ka'abah. Justeru, sejurus kami dapati kapalterbang sedang berhadapan dengan Mekah, kami boleh terus menunaikan solat secara duduk menghadap hadapan.

MASALAH MEMBELAKANGKAN KIBLAH

Cuma sedikit masalah akan timbul ketika kami ingin solat Subuh di atas kapalterbang. Kerana berlepas dari Dubai menghala ke Malaysia, beerti kapalterbang membelakngkan Mekah.

Namun tidak ditolak, adakalanya kapalterbang akan sedikit membelok ke kanan dan kiri. Justeru, cara kami adalah apabila tiba waktu solat Subuh, kami akan memerhati peta kedudukan kapalterbang yang disediakan. Melalui cara itu, kami boleh mengagak arah mana yang perlu kami solat.

Jika kedudukan Mekah terlalu menghadap ke belakang secara 100%, dan solat secara duduk untuk menghadapnya sangat tidak mengizinkan. Kami akan berusaha meminta izin pramugara/i untuk menggunakan mana-mana ruang yang sesuai.

Namun, jika arah Mekah hanya memerlukan menoleh 90 darjah kanan atau kiri, saya yakin masih boleh ditunaikan solat di atas tempat duduk, iaitu dengan cara mengangkat sebelah kaki di letakkan di atas kerusi dan badan dihalakan ke tepi kanan atau kiri setakat yang diperlukan. Apa yang penting adalah ketika takbir permulaan dada kita berada tepat menghadap arah yang dikehendaki, pergerakan kapalterbang selepas itu tidak lagi perlu dihiraukan.

Begitulah serba ringkas panduan untuk puasa, sahur dan solat di atas kapalterbang. Pastinya, kes yang saya bentangkan berbeza dengan jadual penerbangan para pembaca sekalian, Cuma saya coretkan ia sekadar memberikan sedikit idea apa yang perlu dilakukan. Kiraan seterusnya bergantung kepada jadual penerbangan masing-masing.

Akhir sekali, bagi mereka yang ingin menghubungi saya ketika di Malaysia, boleh hubungi saya di nombor berikut :-

019-693 8660
(Sila sms dahulu bagi sesiapa yang ingin call)
(hanya aktif mulai 13 Sept sehingga 1 Oktober 2009 )

 

 

Sekian,

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Ramadhan 1430 H

12 September 2009

Birmingham/ Dubai



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #44 kewajipan berdakwah??Anas Wafiy 2011-12-11 18:03
assalamualaikum ... ingin btanye pd ustaz. bdasarkan ayt Quran ( tidak dijadikan manusia dan jin melainkan utk b'ibadat ). semua pkare di ats dunia ni jika dlakukan dgn ikhlas krane Allah mjadi ibdat dalam likungan mlakukan printah Allah dan mninggalkan larangan-Nya. soalannya, saya pernah terdengar bahawa ' Kamu sebaik2 umat dikeluarkan untk manusia supaye mlakukan kbaikan dan mninggalkan laranganNya (dakwah). bagaimanakah skop kite untk b'amal dgn perkare di ats,adakh ia merupakan perintah yg wajib? isu semasa,kebnykan umat islam kini ada yang bdakwah dan ade yang tdak mlakukan dakwah. saye sedia maklum dakwah adalah mengikut kmampuan. next,kite b'amal dgn ilmu jd seblum dsyariatkan ibadat wajib yg dperintah kite mstilah b'ilmu. jadi, bilekah dsyariatkn mnuntut ilmu, adakah sblum atau selepas dsyariatkan ibadat tsebut??
Quote
+1 #43 solat ketika sakitdalila amalina 2011-11-25 02:40
asalamualaikum ustaz.
memang kita sudah sedia maklum, sakit kalau tak boleh terkena air kita kena gunakan debu.
tapi ustaz, kalau pesakit sedar tu dah waktu malam dan penjaganya pula belum menyediakan debu tersebut. solat yang ditinggalkan boleh qada` tak?
-minta penjelasan ustaz. wasalam
Quote
0 #42 Solat & berpuasa di dalam kapal terbangHafiz 2010-08-28 20:27
Salam ustaz,
Sy berada di Brazil dan akan menaiki kpl terbang pulang ke malaysia ahad ni. masalah saya adalah perjalanan yg agak jauh dari Sao Paolo, Brazil ke Doha Qatar selama 14 jam dan ke Changi Spore selama 7 jam..bagaimana sy mau menentukan masuk waktu solat didalam flight?? adakah sy perlu mengikut waktu brazil ataupun qatar?? Harap ustaz dpt membantu...obregado.
Quote
+1 #41 Salam ustaz..nizam 2010-04-18 21:33
Saya mahu bertanya pandangan ustaz tentang hukum makan dikedai bukan islam yg ade menghidangkan makanan haram contohnya western restaurant yg ade menu bacon, tapi kita order mknan seafood.. adakah haram jugak kita makan makanan seafood itu? Sebab dinegeri orang, sangat susah untuk mencari kedai makanan yg btul2 halal
Quote
0 #40 abdul latifabdul latif 2009-11-18 05:07
salam....

emirates tak provide surau ke? pasal MAS ada surau...bila dah ada surau setahu saya la mana boleh solat atas seat kan?

ada jugak ke orang solat atas seat dalam MAS? zaman saya sll guna plane dulu students biasanya beratur utk solat kt surau dalam kapal terbang...

Allahu a'lam...
Quote
0 #39 nak bertanya pasal tayammumdin 2009-10-23 13:26
Assalamualaikum ust.

Just nak tanya bab tayammum tu, ada ke pendapat yg mengatakan boleh juga utk bertayammum dgn debu pada dinding atau kerusi?

Sebelum ni saya berpendapat yg ada pandangan (walaupun lemah) yang mengatakan sedimikan, dan saya mengambil pendapat tersebut dalam keadaan 'terdesak' contohnya bila bas ekspress tak nak berhenti untuk subuh (telah beberapa kali terkena)

Maka saya bertayammum dgn dinding/kerusi dan solat subuh, kerana merasakan mengambil pendapat tersebut (sungguhpun lemah) adalah lebih baik dari membiarkan waktu subuh luput dan mengqada'kan solat kemudiannya.

Mohon ust betulkan pendapat/perbuatan saya sekiranya ianya satu kesilapan.

Oh ye lagi satu, selama ini jika di atas kapal terbang saya hanya bersolat menghadap depan sambil duduk di tempat duduk, kerana ianya yang paling membolehkan utk 'rukuk' dan 'sujud' berbanding menghadap arah yg lain sekiranya bersolat duduk di tempat duduk.

sekiranya ust. punya apa komen berkenaan perbuatan saya tu, mohon komen bagi membolehkan saya mengamalkan yg terbaik sekiranya ada keperluan sebegitu lagi di masa akan datang.

jazakallah khairan kathira dan barakallahu fiik
Quote
0 #38 Mekacihhamba Allah 2009-10-14 02:42
1) Saya penah naik Etihad..jadual solat blh je tanya dgn pramugara/i..dia org akn maklumkn waktunya...pastu menu buka poser pun dia bg special sikit :-)

2) Wuduk blh ambik dlm tandas dgn guna air yg sikit je. Selalu amalam kita kat Msia suka guna air bnyk2 smpi basah lantai tu yg jd sukar & rasa was2 bila guna air yg sikit. Perlu belajar wuduk sempurna guna air yg sedikit. Jgn smpi basah lantai tandas dlm flight tu maka xde la kena tegur :D .

3) Ada yg kata solat dlm kenderaan tak perlu tahu arah kiblat. Kita blh terus solat dlm keadaan arah kita duduk tu je. Betul ke pendapat ni? Ada khilaf ke?


UZAR : untuk solat sunat shj yang boleh ringan arah kilbat masa nak solat, solat fardhu kena cari. duduk memang dibenarkan jika ada keuzuran untuk berdiri.
Quote
0 #37 isi air dalam bekas semburanAmin007 2009-10-08 07:29
ada pun sekarang kita dah ada bekas semburan untuk isi air. rasanya kalau ambil wuduk pakai bekas semburan praktikal atau tidak.

kalau terpaksa tayamun, boleh ker kita letak debu2 tanah dalam bekas bedak lalu bawa bersama2. adalah tu lebih baik?

pandangan ustaz macam mana yer? rasanya ada orang jual debu tanah ni cuma tak pasti nak cari kat mana
Quote
0 #36 Kiraan solat di udaraHusaini Ibrahim 2009-09-23 04:04
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh UZAR, berdasarkan pengiraan waktu Subuh Ustaz, saya dapati Ustaz menggunakan waktu berlepas iaitu di Dubai untuk mengiranya.

Soalannya, bolehkah saya menggunakan waktu berlepas dari Malaysia untuk mengira 4 solat waktu yang akan ditunaikan dalam flight MAS untuk penerbangan tanpa henti ke AS. Jika menurut Islamonline.Net, bginilah caranya tapi menurut kapten Hafiz kena tengok kedudukan semasa pesawat (yang saya faham daripada tulisannyalah)B UKAN negara berlepas, sampai atau pun dilintasi.

Mohon pandangan UZAR, kerana ini kali pertama kali saya menaiki pesawat jarak jauh sebegini. Wallahua'lam.

UZAR : kesemuanya adalah usaha dan pandangan setakat yang mampu diberikan, dan bolehlah diikut mana2 yang dirasakan lebih cenderung dek hati. Maaf saya tak baca tulisan Sdr Hafiz so tak boleh nak komen apa-apa.
Quote
0 #35 Mrqatar 2009-09-17 23:40
Assalamualaikum ..saya pernah naik qatar airways pun ada juga petunjuk di screen tu..cuma mungkin kena "explore" sikit menu tu.
Quote
0 #34 solat orang brpenyakitmat 2009-09-17 07:33
assalamualaikum UZAR...
selamat pulang ke tanah air.. entri yang membuka minda..syukran.

Bagaimanakah solat jama' bg orang yang mempunyai penyakit sentaiasa menitis air kencing? terutama sekali ketika bermusafir dgn kapalterbang..
Syukran./

UZAR : mereka sakit salasil bawl namanya, hukumnya mcm org istihadah.
Quote
0 #33 Terima kasihHusaini 2009-09-17 07:11
Terima kasih puan Mawar atas perkongsian, sekurang-kurangnya saya ada sedikit gambaran untuk bersolat atas flight MAS nanti. Sekurang-kurangnya tahulah saya bahawa pesawat MAS ni kira mesra ibadah juga ada tempat solat wpun sorang dan arah kiblat di skrin. Sedikit sebanyak membantu saya akan terbang nanti, jazakillah khaira..
Quote
0 #32 Solat dalam kapal terbangumrah mahmud 2009-09-17 06:37
Salam ustaz selamat kembali ke kg halaman. Pengalaman saya masa menunaikan haji, ramai yg ingin solat di ruang kosong di tengah2 kpl trbg tapi dilarang oleh pramugari kerana merbahaya katanya (Kapal terbang Saudi).Kami dinasihatkan solat menghormati waktu semasa kursus haji.Bagaimana solat kami ketika itu?

UZAR : SOLAT HORMAT WAKTU TIDAK SAH, DAN HANYA DIBUAT UTNK HORMAT WAKTU..NANTI SAMPAI DI DESTINASI KENA QADHA. ITU SAJA.

Cuma sebaiknya solat betul dan bukan hormat waktu selagi mampu.
Quote
0 #31 pengajianpemikir 2009-09-16 19:32
salam ustaz, ada jemputan mengajar x dimana-mana?

UZAR : ada semalam di masjid salam di puchong, ada jemputan dari pahang, kedah dan lain-lain..tapi yang jauh2 , ana tak sempat dan tak mampu dalam tempoh yang pendek ni
Quote
0 #30 Kongsi pengalamanABCD al-Fasi 2009-09-16 16:18
Salam ustaz. Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan. Sebelum tu, selamat mencari lailatulqadar.

Ingin berkongsi sedikit pengalaman berbuka dan berpuasa dalam kapal terbang.

1- Bertolak dari Stansed Airport London jam 6.15 ptg pada 13/09/09. Tak sempat berbuka kat airport sebab waktu Maghrib kat UK tak silap jam 7.24 mlm.

2- Berbuka puasa dengan berpandukan fatwa Dr. Qardhawi gak. Intai kat jendela langit dah gelap gelita. Tapi masalahnya makanan berbuka saya dirampas masa nak masuk flight. Terpaksa tunggu giliran utk membeli makanan. Maklum la, naik Air Asia X. Jd kira buka lewat la sikit.

3- Solat jama' takhir atas kapal terbang. Arah kiblat minta tolong pramugri tanya pada kapten. Tempat solat pun alhamdulillah dapat solat kat ruang rehat pramugari. Air Asia X kapal terbang Airbus.

4- Bersahur hanya minum air sahaja. Sempat la sblm langit kelihatan biru. Tapi ada kes pelajar UK tak dapat puasa sebab dia sahur ikut waktu UK walaupun langit masa tu dah kelihatan cerah.

5- Solat Subuh pun alhamdulillah dapat ditunaikan. Oh yer, ambik wudhu alhamdulillah tands dikira luas gak dan dapat ambik guna air. Tapi lpas tu, lap la tandas tu utk kemudahan org lain.

6- Dan yg kira alhamdulillah, puasa pada 13/09/09 hanya sekejap je la. Dalam 8 jam sahaja.

7- Berbuka puasa kat LCCT jam 7.20 mlm. Nasi Ayam pun dah RM 10. Biasa la, mahal lagi kat Maghribi. Tapi yg sedih, flight Air Asia ke KB delay dalam 2 jam.

Itulah pengalaman berbuka, bersahur dan solat dalm kapl terbang. Jika salah harap betulkan.

Buat ustaz, nanti kalau ada apa2 program yang dikendalikan ustaz, bagthu la. InsyaAllah ada rezeki boleh ana sertai.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ustaz sekeluarga.
Quote
0 #29 Sekadar Berkongsiharumawar 2009-09-16 08:26
Assalammualaiku m??Saya sekeluarga juga br pulang dr Cape Town awal Ramadhan menaiki MAS 747. Tiada mslh utk berbuka + sahur krn kapten kapal sedia maklum ada penumpang muslim yg berpuasa @ maklumkan sj pd anak kapal. Waktu berbuka dinyatakan pd skrin. Hidangan anak2 sy disediakan bersama penumpang yg lain, 10 min seblm berbuka bg yg berpuasa.
Kebiasaan sy menaiki kapal MAS, 1 jam slps berlepas, menu utama akn dihidangkn. Kami hya akan bertanyakn pd anak kapal lps hidangan utama krn 1. x mahu ganggu waktu tugas mrk 2. blh jama?. Utk wuduk, ambil sj yg wajib, (sapu sekali sj air ke anggota wuduk jika yakin rata) spy 1.lantai tidak basah agar penumpang lain yg nak guna tandas jg selesa 2. x mahu penumpang lain yg nk guna tandas menunggu lama. Blh juga ambil wuduk awal d tandas airport, + pakai sarung tgn spy x bersentuh dgn sesiapa.
Kapal 747 ada ruang solat, muat utk sorang je bersolat, ada skrin arah kiblat + sejadah. Utk wanita, pakailah pakaian yg menutup aurat, blh terus dipakai utk solat. Tak perlu bersusah2 bertelekung. Sy suka berseluar palazo(lebar), baju labuh,tebal, gelap dan melebihi lutut, tudung labuh melebihi paras dada, sarung lengan dan stokin apabila bermusafir dgn kapalterbang. Ada ketika jika 1. ruang solat anak kapal terpaksa guna 2. utk keselamatan, kapten mengarahkan kita duduk, 3. @ ramai yg perlu bersolat, sy akan solat duduk shj. Ibu bapa sy yg tua, sy suruh solat duduk shj krn takut mrk pening krn kapal kdg2 bergoyang juga w/pn stabil. Anak2 sy yg blm baligh pula sy ajar solat menghormati waktu shj(tanpa wuduk) sambil duduk krn blm cukup pandai berwuduk d atas kapal. Anak2 kapal MAS jg amat membantu jka kita bertanya, cuma kita jgnlah cerewet sgt.
Kapal MAS ada juga sediakn pamplet kecil bgmn mengerjakan solat menghormati waktu @ cara solat duduk atas kapal, blh minta, tapi mungkin tak byk disediakan. Inilah serba sedikit pengalaman sy, hrp ustaz dpt komen mana yg salah, spy sy blh perbaiki kemudian hari.
Quote
0 #28 zakat fitrahcahayamahar 2009-09-15 18:12
Assalamualaikum ustaz,boleh ustaz tulis artikel ttg zakat fitrah?ramai xfaham lagi termasuk saya ttg zakat fitrah ini contohnya bayi yang lahir pada 1 syawal,adakah perlu dibayar zakat fitrah bagi bayi tersebut?begitu juga seseorang meninggal pada 30 ramadhan @ 1 syawal.harap ustaz dapat kerjasama.
terima kasih
Quote
0 #27 solat in flightfirdaus 2009-09-15 17:46
saudara Abu Zaid, perkara yang enta bangkitkan ini pun ana pernah terfikir juga. Kalau dalam flight di eropah, mungkin kita seorang sahaja yang hendak menunaikan solat. Jadi kes terpencil, mudah lah nak guna bilik air berwuduk dan pramugari/ra pun considerate dak bagi ruang solat sebentar. Tapi bagaimana dengan pesawat yang membawa majoriti orang islam contohnya dalam kes pergi haji. Takkan berpuluh puluh nak beratur guna tandas berwuduk..dan kalau kedudukan kiblat di belakang pesawat, bagaimana pula nak diperuntukkan ruang solat kerana kerusi tempat duduk sudah tidak sesuai lagi. Cuba kita bayangkan keadaan kelam kabut dalam 2 kes yang ana sebutkan ni..tentu ada solusi lain dari TH..apa pula pendapat ustaz zaharuddin ye?
Quote
0 #26 buku pasal solat atas kapal terbangamin007 2009-09-15 06:39
rasanya ustaz kena buat buku macam mana nak solat
atau puasa atas kapal terbang.

tapi saya pelik tabung haji yang uruskan jemaah setiap tahun takde panduan lengkap tentang macam mana nak solat atas kapal terbang

UZAR : inshallah akan datang..:-) tapi kena siap PHD dulu nampaknya
Quote
0 #25 sedikit info ttg emirateskhairul nottingham 2009-09-15 02:04
salam..pertama2nya selamat pulang beraya di Malaysia buat ustaz :-)

utk pengetahuan ustaz,emirates ada menyediakan petunjuk kaabah dalam lcd screen dia..insyaAllah x susah utk dapat direction kaabah..

then,daripada dubai ke KL,biasanya kaabah akan berada di sebelah belakang kita..kebiasaannya,sa ya akan mencari seat yang menghala ke belakang..seat ni seat pramugari tp ketika cruise mereka tak pakai..so kita pinjam la sekejap..hehe..seat2 yg menghala ke belakang bertaburan..biasanya just after kita melepasi toilet punya compartment..

ok..itu je yg saya dapat share ngn ustaz..utk wudhuk dlm tandas kapal terbang adalah lebih mudah jika kita dah pakai khuf siap2..

UZAR : betul..mudh untuk tahu arah kiblah dalam emirates, dan saya dan isteri juga boleh solat berdiri di sebelh belakang kapalterbang. Pramugara/i sangat memahami.
Quote
0 #24 puasa 31 harimat rozi 2009-09-15 02:02
salam uzar

saya ada satu kemusykilan pasal hari berpuasa ?saya berada di beirut dan berpuasa awal sehari dr malaysia.saya akan kembali ke Malaysia pada 19/9 .kalau mengikut perkiraan saya andai kata hari raya jatuh pada isnin iaitu 21/9 jumlah hari berpuasa saya akan menjadi kepada 31 hari.mengikut bulan islam hanya 30 hari shj dalam 1 bulan.

soalan saya.....

adakahkah saya kena terus berpuasa pada hari tersebut (hari ke 31 ) atau haram bg saya berpuasa pada hari tersebut?

minta penjelasan UZAR....terima kasih

UZAR : terus berpuasa ikut orang tempatan, tapi hari ke 31 tu dianggap puasa sunat.
Quote
0 #23 Home sweet home,Megat Ismail Akil 2009-09-14 23:43
salam ustaz....

Dah ada kat Malaysia ye ustaz, selamat beristirehat dan menjalankan ibadah di bumi malaysia.

info yang jelas dan detail, lama ke beraya kat malaysia ustaz?

Ada soalan untuk ustaz, mengenai khatam al-quran, luar tajuk lah skit.

Khatam al-quran tetapi tidak menutup aurat, ini termasuk dalam adab atau hukum ustaz. minta penjelasan ustaz?

Takut nanti jadi budaya, dah kat luarpun tak bertudung inikan berhadapan dengan kitab Allah pun tidak tutup aurat.

terima kasih ustaz,

UZAR : khatam quran pahala, tak tutup aurat dapat dosa..nanti kat akhirat akan ditimbang mana lebih berat..
Quote
0 #22 Pertanyaancatalina 2009-09-14 19:36
Salam UZAR,
Bukankah kalau kita fly dari barat ke timur, kita akan dapat lihat matahari terbit(dan waktu subuh) d ufuk timur jauh lebih awal dari waktu daratan yg equivalent?

Ini disebabkan berada pada ketinggian berpuluh ribu kaki akan membolehkan kita nampak matahari terbit(& kesan fajar) lebih awal(bumi bulat) & sekejap(sebab sentiasa bergerak laju pula) berbanding dgn orang di daratan. W.A.


UZAR : memang betul..sebab tu kita cuba kiraan sedaya mampu. tapi naik emirates agak mudah kerana diberitahu secara rasmi dah masuk waktu subuh di screen dia.
Quote
0 #21 Seronoknya Balik ke Tanahair..Wan 2009-09-14 18:17
Salam Uzar,
Ust saya nak tanya : Dalam solat selepas bacaan al-fatihah, membaca ayat al-Quran selepasnya dengan membuka al-Quran dihadapan dikala solat bersama keluarga utk tujuan agar panjang sikit ayat dapat dibaca sebab si imamnya tak hafaz al-Quran.Bagaimana hukumnya.

UZAR : harus menurut 3 mazhab kecuali hanafi
Quote
0 #20 Terima kasihZOLAKS 2009-09-14 17:46
salam UZAR

Begitu terperinci dan teliti sekali perancangan waktu solat yang UZAR buat.
Kebiasaannya kami tidak buat seteliti ini.
Insyallah akan buat seperti itu di penerbangan akan datang. Jazakumullah.
Quote
0 #19 slmt pulangrudy bluehikari 2009-09-14 17:00
Pengalaman saya dengan MAS, saya boleh bersembahyang secara biasa dalam kapal terbang kerana ada ruang kecil utk solat. Harap ustaz dapat cerita tentang pengalaman sebenar nanti dalam blog ini.
Quote
0 #18 aidilfitririzalman 2009-09-14 16:24
selamat pulang ke Malaysia ustaz
Quote
0 #17 hukum sholat di dlm pesawatrazin 2009-09-14 10:41
minta pihak alfadhil ustaz berikan dalil ttg sahnya solat fardhu di atas ruang udara sbb ada ulamak berpendapat sholat tersebut wajib diulangi setelah tiba ke bumi
Quote
0 #16 Penerbangan ke LAHusaini Ibrahim 2009-09-14 07:26
Salam'alaik UZAR, jazakallahu khairan kathiraa atas entri kali ini, penerangan yang agak detil tetapi mudah difahami, sedikit sebanyak membantu saya yang akan ke LA, selepas raya nanti.

Penerbangan tanpa henti 12 jam saya nanti akan memerlukan 4 waktu solat ditunaikan dalam pesawat MAS, saya masih configure macam mana kiraan waktu solat sebenarnya tetapi kiraan UZAR ini sedikit sebanyak membantu dalam saya memahaminya sedikit demi sedikit. Saya belum berpengalaman menaiki pesawat sampai kena solat di atasnya. Walau apapun, Jazakallahu khair..UZAR!
Quote
0 #15 Selamat Pulang ....laniza2 2009-09-14 06:15
Selamat pulang ke tanah air Ustaz...
Semoga masa yang Allah kurniakan di akhir Ramadan bersama warga Malaysia , begitu bermanfaat dengan ilmu untuk dikongsi dan amal soleh.

Mari kita sama-sama berdoa agar bumi bertuah Malaysia, Allah berkati deangan keamanan , keharmonian , dan mungkin suatu hari nanti pelaksanaan syariat Islam sepenuhnya ...

Kepada pejuang-pejuang Islam, teruskan perjuangan ....


laniza2
www.laniza2.blogspot.com
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 85 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Fiqh Ibadah Balik Malaysia & Penjelasan Ibadah Dalam Kapalterbang