Hal Ehwal Riba Teknik Elak Riba Yang Tersilap

Teknik Elak Riba Yang Tersilap

  • PDF
(12 votes, average 4.33 out of 5)

Teknik Elak Riba Yang Tersilap

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Saya pernah ditanya berkenaan masalah pinjaman kakitangan (staff loan) oleh rakan-rakan yang ingin memastikannya bebas Riba. Bagaimanapun mereka menghadapi sedikit masalah dengan kemudahan ini, di mana syarikat tempat mereka bekerja menawarkan pakej pinjaman perumahan buat kakitangan tanpa dinyatakan samada aqad (kontrak)nya akan diurus tadbir secara Islam atau sebaliknya.

Dalam hal ini, mereka menyatakan bahawa syarikat mengenakan faedah sebanyak 3 % dari jumlah pokok yang diberikan kepada kakitangan. Sememangnya tidak dinafikan ia adalah satu pakej yang sukar untuk dilepaskan kerana kadar pulangan yang amat rendah berbanding bank-bank di seluruh Malaysia.

Setelah meneliti info yang diberikan, agak jelas kepada saya bahawa ia adalah satu bentuk pinjaman yang beserta Riba yang sememangnya di haramkan oleh Islam tidak kira semurah mana pun tawarannya. Mudahya, jika ia di atur secara Islam maka sudah tentu kontrak yang akan ditandatanganinya dengan syarikat itu bertulis dengan jelas kontrak jual beli. Selain itu  ia juga memerlukan proses menandatangi dua tiga jenis kontrak bagi mengesahkan transaksi di buat secara Islam selain pelabagi syarat jual beli yang perlu dipatuhi. Dalam hal tadi, jika satu kontrak asas sahaja yang serta tidak pula terdapat sebarang kontrak bertulis ‘asset purchase agreement' sebagai menunjukkan jual beli berlaku, sudah tentulah ia adalah sebuah pinjaman dengan riba dikenakan sebanyak 3 % atau apa jua peratusnya.

Selain itu, adalah tidak harus juga, seseorang menandatangi sebarang kontrak berkaitan urusan kewanagn sebelum ia mengetahui, kontrak apakah ia. Jika ia berlaku, sudah pasti aqad menjadi rosak (fasid) kerana salah satu syarat untuk sah aqad dalam islam adalah kedua-dua pihak memahami aqad yang dibuat.

Teknik Mengelak Riba Dalam Pinjaman Riba?

Hal ini selalu saya dengari sejak dahulu lagi, ia juga pernah dan masih dicadangkan oleh beberapa graduan-graduan pengajian Islam dan Shariah. Menurut mereka cara termudah bagi mengelakkan Riba adalah dengan memasukkan jumlah faedah ‘interest' di dalam jumlah pinjaman kita, kemudian di aqadkan atas aqad jual beli dengan pegawai pinjaman terbabit. Dengan itu, kita telah pun selamat dari riba dan aqad jual beli telah berlaku dan selamatlah kita dari Riba yang dikenakan.

Walaupun, sekali pandang, cadangan yang diberikan dilihat menarik tetapi jika diteliti, ia pasti penuh dengan masalah. Hakikatnya, ia bukanlah pendekatan yang sah di sisi Islam kerana sebab berikut :-

a) Pegawai pinjaman bukanlah pemilik wang syarikat atau bank tempatnya bekerja. Sebaliknya ia hanya bertindak sebagai wakil bagi pihak bank, maka sebagai wakil, tidaklah diharuskan seorang wakil melakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang diarahkan (diwakilkan) kepadanya. Justeru dalam hal ini, pegawai terbabit tidak mempunyai kuasa dari sudut Shariah untuk bertindak demikian. (Al-Uqud al-Musammah, Dr Wahbah Az-Zuhaily, hlm 283)

b) Ia juga tidak dapat mengubah sifat kontrak pinjaman itu kepada kontrak jual beli kerana pegawai bank atau syarikat tersebut tidak memiliki sebarang aset untuk dijual kepada pelanggannya samada dari sudut Shariah mahupun undang-undang Malaysia. Pembaca boleh membayangkan begini : si ‘A' bertemu dengan bank atau majikannya untuk mendapatkan pinjaman atau pinjaman khas kakitangan untuk membeli sebuah rumah. Maka untuk mengelakkan riba, si pelanggan berpakat dengan si pegawai untuk memeterai perjanjian jual beli dengan menggabungkan jumlah pinjaman pokok dan ‘interest' lalu meletakkannya sebagai harga. Lalu aqad pun dibuat.

Hakikatnya : Bagaimana mungkin dilakukan aqad jual beli sebegini sedangkan pihak bank atau majikan tidak memiliki rumah yang ‘kononnya' dijual kepada si pelanggan. Jelasnya, aqad ini tidak sah di sisi Shariah juga.

c) Pelanggan tetap akan menandatangai kontrak pinjaman dan bukan kontrak jual beli. Sudah pasti juga seluruh syarat-syarat dan rukun jual beli dalam Islam tidak dapat di jaga sama sekali dalam kandungan kontrak pinjaman.

Oleh kerana itu, sudah jelas  bahawa cara yang dicadangkan ini tidak boleh terpakai sama sekali. Apa yang perlu dilakukan adalah jika anda benar-benar berada dalam sebuah syarikat yang demikian, anda dan rakan-rakan Muslim mestilah berusaha sehabis mungkin untuk meyakinkan pihak pengurusan agar memperkenalkan sistem pembiayaan secara Islam kepada seluruh kakitangan agar kakitangan boleh memilih. Ia selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah pusat kewangan dan Perbankan Islam Antarabangsa.  Mana mungkin Malaysia boleh mencapai hasrat ini sedangkan syarikat-syarikat besar samasa swasta dan kerajaan masih lagi tidak mahu menggunakan perkhidmatan kewangan Islam dan tidak mahu juga memberikan kemudahan ini kepada ribuan kakitangannya.

Kini, kewangan Islam tidak boleh dianggap tidak berdaya saing lagi, fakta-fakta menunjukkan perkembangannya di tahap yang sangat memberangsangkan. Cuba teliti fakta berikut (sumber MIFC, hlm 8) :-

 

1. Sehingga hari ini, sekitar 300 Institusi Kewangan Islam dan 80 Pengendali Takaful muncul di seluruh dunia.

2. Jumlah asset Bank-bank Islam dan ‘jendela' perbankan Islam di bank Konvensional mencecah USD 560 Billion.

3. Pencapaian Modal Pasaran Global Dow Jones Islamic Index melebihi USD 10 trillion

4. Lebih 350 Dana Islam atau yang menepati Shariah telah ditubuhkan di seluruh dunia.

5. Islamic private capital investments, terutamanya di kalangan individu kaya di Timur Tengah sekarang mencecah USD 1.5 trillion dan sedang menaik kepada USD 2 trillion dalam tahun 2010.

Untuk tujuan itu, banyak bank-bank Islam mampu membantu untuk menyediakan produk seperti pembiayaan perumahan dan kenderaan kakitangan dan banyak lagi..



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #19 masalah dlm pinjaman wangsuhaimi 2012-03-07 12:47
Assalamualaikum Tuan/ Puan,

Saya ingin mengaju soalan ini yang saya rasa ia adalah berkenaan permasalahan semasa mengenai pinjaman wang melalui bank konvensional. Apakah ianya dikategorikan sebagai haram sekiranya didapati di tanah air saya sendiri tiada tempat dinamakan pinjaman wang dari Bank Islam seperti yang terdapat di negara sini. Di tempat saya rata-rata orang-orang sebangsa dan seagama saya yang berada di seluruh pelusuk pulau mendiami rumah-rumah flat yang tertakluk pada syarat dalam pinjaman wang sama ada dari Bank Konvensioanal mahu pun dari pihak perumahan itu sendiri dengan wang interest yang tersedia ada. Ini tidak termasuk bagi mereka yang meminjam wang dari bank-bank tertentu untuk mempunyai kenderaan agar mudah untuk bergerak. Saya harap dapat penjelasan Ustaz, terima kasih.
Quote
+1 #18 MusykilLeman Jb 2011-12-02 16:05
www.fusionexcel.com/
minta ust tengokkan bisnes nie halal atau haram dari segi marketingnya......ramai yg dah masuk buat pelaburan di sini....
Quote
-1 #17 Hamba AllahAzam 2011-10-17 13:05
Ada beberapa kemusykilan: Semenjak saya sering mendengar Rancangan Radio Islam IKIM.fm menyedarkan saya ..
1- Bagaimana nak selesaikan pinjaman peribadi (personal loan) dari B.Rakyat tukar kepada Islamic Loan.. dgn kadar kemampuan dan taraf sara hidup tinggi..
2- Keperluan membeli rumah..Sistem Islam dari bank mana yang perlu saya ambil?. Pandangan saya..: Labih baik dok menyewa macam skrg dari menanggung Dosa Riba dari pinjaman Bank - Komen Ustaz ..

Harap dapar penjelasan serba ringkas dari pihak tuan.
Wasalam!!
Quote
0 #16 Salam,ascat 2011-07-20 13:40
Assalamualaikum ustaz,
saya ingin mengetahui bagaimana utk membuat pinjaman bagi emas...iaitu emas yang digunakan untuk pelaburan bukan emas yang digunakan?
Adakah di dalam Islam kita boleh membuat pinjaman utk urusniaga emas?
Quote
0 #15 MrSandnessjoen 2011-06-10 03:49
Assalamualikom UZAR

Saya telah membuat pinjaman konvensional dalam pembelian kereta saya ketika itu kurang pengetauhuan tentang loan konvensional dan islamic. Persoalannya sekarang untuk menukar ke Islamic loan , setelah bebincang dgn bank mereka mengatakan tidak boleh menukar ke Islamic loan ..

1. Apakah downpayment yg kita bayar dulu dikira burn setelah menjual kereta tersebut ?
2. Adakah cara atau option lain untuk saya ustaz?

Full settlement - tak mampu
Personal Islamic Loan - kalau harga tinggal 60,000 , membebankan jugak untuk bayar bulan2
Quote
+1 #14 pinjaman keretatarmizi 2011-06-07 14:40
salam.UZAR.macam mana kalau kita hendak membeli kereta dengan pinjaman bukan riba?apakah kontrak yang perlu kita buat?
Quote
0 #13 Hukum Pinjaman peribadi islamic untuk membeli emas Fizikal di kuwait finance houseAzreel99 2011-05-19 12:43
Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum kalau ambik pinjaman peribadi dari bank islam sebanyak 100K (bayaran balik dalam 20 thn- lebih kurang Rm700 sebulan) untuk membeli emas secara fizikal di Kuwait Finance House?

Niat bukan untuk riba tapi untuk membeli emas fizikal dgn pinjaman tersebut. mcm mana hukum itu ustaz?
Quote
0 #12 kredit hpamirul 2011-05-14 14:27
Assalamualaikum ustaz,

tahun lepas, kawan saya meminta kredit saya rm1 untuk meng'activate' kreditnya yang tamat tempoh. Jadi kredit saya ditolak rm 1 dan cas 50 sen dikenakan. kawan saya ingin membayar balik kredit saya sebanyak rm2. ini kerana dia ingin membayar kredit rm1 dan cas yang dikenakan kepada saya. Tapi dia juga dikenakan cas 50 sen untuk menghantar kredit rm2 kepada saya. Dia juga mengatakan "takpelah 50 sen tu' yang merupakan lebihan daripada penghantaran kreditnya. Sepanjang kejadian saya hanya berdiam saja. mohon penjelasan ustaz...
Quote
+1 #11 konsep perbankan islamdaniel 2011-05-11 09:22
assamualaikum ustaz,

apa yg saya dapati dan lihat bnayak bank termasuk bank-bank islam memperkenalkan skim pembiayaan peribadi berkonsepkan islam dengan menggunapakai konsep Ijarah, bait al inah dan lain2...konsep ini adalah konsep"jual beli" malangnya apa yg saya dapati pembiayaan peribadi yg ditawarkan adalah berbentuk kewangan dimana peminjam berakad dengan akad berkonsepkan ijarah atau bait al inah tetapi yg berlaku ialah peminjam diberi sejumlah wang yg dipersetujui untukpembiayaan peribadi. tidakkkah ini bertentangan dengan konsepyg digunapaki itu sendiri??? apakah hukumnya pula???
Quote
0 #10 pinjaman asbsiti 2011-04-15 13:52
assalamualaikum UZAR sejak sy bc blog ni br sy sedar yg sy terlibt dlm riba. Sekarang sy dlm proses nk tukarkn bnk2 yg sy gnkn.Cuma nk pastikan ngan UZAR gaji sy dimasukkn dlm akaun maybank, maybnk mmg ade riba ya UZAR?kalu ya boleh cadangkn sy bnk ape yg patut sy tukar?

Sy juga ade buat pinjmn ngan ASB, nk tye smpai sekarg pun masih lg x dpt perakuan dr majlis syariah kan ustaz? sbb sy nk berentikn pnjmn sy ni, tp kene byr 3% dr pjmn tp bik nasib skit je...

Sorii UZAR sbb tnye....
Quote
0 #9 Kaedah akad semula pinjaman konvensionalmaar 2011-02-17 11:51
Assalamualaikum Ustaz...saya ada satu masalah...saya telah membuat pinjaman kereta baru (trade in kereta lama) tetapi daripada sebuah bank konvensional (sebenarnya saya telah memohon kpd dealer kereta tersebut untuk masuk ke bank islamic termasuk insurans nya sekali kepada takaful tetapi entah macamana dia tak lakukan dan saya juga turut tersilap dengan tidak membaca terma kontrak secara terperinci semasa menandatangani) ...saya rasa tak senang hati tetapi semuanya telah terjadi...nak mintak pertolongan ustaz bagaimana nak mengatasinya samada boleh berakad semula dengan wakil bank tersebut sebab sebelum ini ada seorang ustaz tu membuat cara tersebut dengan wakil bank tersebut & bagaimana cara ucapan akad tersebut dengan susunan ayat yang betul?...terima kasih ustaz...
Quote
+1 #8 Jawapan kepada soalan tersebut.habiburrahman 2010-09-04 05:14
assalamualaikum wbt.

Tuan, komisen itu bukan riba. Tapi ia adalah upah yang diberikan kepada tuan yang berjaya menjualnya. Maka, juallah banyak2. Ianya Halal. Tapi dengan syarat, barang yang dijual tersebut tidak melanggar Hukum Allah. Wallahua`lam.
Quote
0 #7 ribalieza 2010-07-23 03:19
assalamualaikum ustaz...
saya ingin bertanya...kawan saya meminta tolong dari saya untuk menjual barang di tempat kerja..saya di beri pula komisyen jika saya dapat menjualnya..apakah hukum nye ustaz? adakah itu riba? syukran jazilan ya ustaz
Quote
0 #6 Bank pertaniansyam 2009-10-28 21:17
salam ,
Adakah saya boleh membuat pinjaman melalui bank pertanian? Adakah bank tersebut mengamalkan sistem Riba?
Terima kasih.

UZAR : saya tajk pasti statu sterkin bank pertanian. nama barunay agro bank kan? cuba buka webnya dan baca samada ia telah diconvert jadi islamic bank atau tidak
Quote
+1 #5 Hukum Pinjaman Peribadi Bank IslamFatimah 2009-04-14 02:30
Assalamualaikum , ustaz

Saya nak tahu tentang hukum pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank- bank yang berasaskan syariah. Tidakkah lebihan wang yang kita bayar tu dikira riba juga?

Prinsip syariah apa yang mereka guna untuk membolehkan mereka terima bayaran lebih daripada pinjaman yang kita buat? Sebab kalau dalam belian rumah atau kereta, kita boleh guna akad jual beli tapi yang ini macam mana?

UZAR : ia bukan riba, ia menggunakan aqad bai al-inah, bai at-tawarruq, ujrah, ijarah dan banyak lagi..so banyakkan pembacaan sebelum tersilap sehingga boleh kesimpulan yang salah.
Quote
0 #4 mssumaiyah 2008-11-28 18:12
salam ustaz,

saya ada satu kemusykilan. Ada seorang saudara terdekat saya menggunakan nama saya untuk membeli kereta secara konvensional. sebelum ini saya tidak mengetahui pembelian kereta secara konvensional adalah riba.

setelah mengetahui, saya ingin menukarkan kepada islamic loan. memandangkan kereta itu sudah melebihi 10 tahun, maka tiada bank mahu membuat refinancing. jalan yang termudah yang boleh saya buat adalah membuat full settlement. tapi saya tidak mampu ke arah itu.

satu lagi cara adalah melalui membuat pembiayaan peribadi untuk melangsaikan hutang tersebut. Untuk pengetahuan ustaz, saudara saya ini tidak begitu menghiraukan pembelian kereta ini secara konvensional ataupun islamic. memandangklan kereta ini atas nama saya.

saya amat risau dengan dosa riba ke atas saya. saya berkira kira untuk membuat pembiyaan peribadi dan membuat full settlement, tetapi ada sedikit kegusaran kerana buat masa sekarang,(kadan g kadang) saya terpaksa membuat bayaran bagi pihaknya.

Jika saya saya membuat full settlement, kemungkinan besar dia enggan untuk melangsaikan hutangnya. Jika saya terpaksa menjelaskan hutangnya setiap bulan, ini akan memberi tekanan kepada saya.
jadi apa pandangan ustaz atas hal ini

UZAR : Dari padangan Islam, dosa riba pastinya jatuh ke atas rakan saudara yang membeli kereta itu menggunakan nama saudara.

Bagi saudara pula, jika semua bank-bank islam menolak dan saudara pula tiada kemampuan kemampuan untuk full settlemnet atau membuat personal financing islamic. Tatkala itu, jalan terakhir adalah mendesaknya menjualnya kereta tersebut dan membeli yang baru menggunakan namanya sendiri.
Quote
0 #3 iskandar 2008-06-04 00:10
nak tanya soalan hantar sms la :D

riba sikit ke berganda tak boleh. sapa yang terlibat itu berperang dengan Allah & RasulNya.

Tak de dosa lain yang istihar perang dengan Allah & RasulNya

tapi dlm Islam ada Qawaid Fiqiyyah. dalam keadaan tertentu diberi kemudahan.

bottomline bagi saya, tak boleh sebab ada jalan lain lain untuk membeli motor, walaupun motor buruk.

bagi MAl84, anda wajib membiayai ikut cara islam sekiranya mampu. tak kira lah kalupun lebih mahal dari yang anda bayar sekarang
Quote
+3 #2 Khairul 2007-11-15 02:24
Assalamualaikum ustaz,
Bagaimana pula dengan pembelian motosikal secara hutang? Sebab biasanya penjual motor tidak menyediakan pembiayaan jual beli secara islam.... Bolehkah kita memasukkan nilai faedah ke atas harga motor dan akad dengan harga yg baru yg dibayar secara bulanan? Ramai rakan2 saya bertanyakan hal ini kerana kebanyakan dari mereka tidak mampu untuk membeli secara tunai...
Quote
0 #1 Mal84 2007-11-06 03:49
assalamualaikum ustaz..untuk pengetahuan ustaz sy tlh membuat pinjaman perumahan secara konvesional..Dan sudah pasti ia mengamalkan sistem riba..adakah terdpt cara utk sy mengelakkn riba?perlukah sy menukat pinjaman tersebut??apakah komen ustaz??
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 79 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Hal Ehwal Riba Teknik Elak Riba Yang Tersilap