Lisa Zaharan <ayong136@yahoo.com
Assalamualaikum maaf kalau soalan ni pernah ditanya Belum dapat cari sepenuhnya jawapan pada persoalan saya saya sekarang menetap di luar negara dan negara ni tak der sistem perbankan islam (tak seperti UK) Ramai kawan kawan yg dah bekerja membeli rumah secara mortgage dgn pinjaman bank di sini ( bersama interest) ramai juga membeli kereta Kebanyakan mereka mmg alim dlm agama jadi saya sentiasa assume yg perkara ni dibenarkan seperti kata mereka hukumnya harus sbb kat sini memang tak der sistem perbankan islam, rumah adalah rumah pertama dan tujuan utk didiami dan dlm keadaan darurat. dan yusuf qardawi membenarkannya. (tak sure fatwa penuh) Juga disebabkan interest yg dikenakan adalah fixed interest. Adakah dibenarkan perkara ini dlm syarak islam? ataupun lebih utama tidak mengambilnya dan hanya menyewa rumah dan membeli kereta murah secara tunai?
terima kasih
yg ingin tahu
LISA.
| |
JAWAPAN wa'alaikumussalam,
Ye benar, Dr Yusof al-qaradawi dan Majlis Fatwa Eropah menyebut bahwa harus ketika itu apabila tiada langsung bank islam dan keprluan untuk memiliki rumah pula adalah amat tinggi. Sewaan juga tinggi. Pandangan ini juga disokong oleh Syeikh Prof Mustafa Az-Zarqa di dalam kitabnya al-Fatawa.
Bagaimanapun ada syarat-syaratnya...antara yang mereka letakkan adalah mestilah anda perlu duduk sama untuk tempoh yang lama dan bukannya hanya sekadar 4 thaun belajar BA je. meaning, untuk mereka yg bekerja di sana mungkin. juga sudah samapi tahap hajiat iaitu keperluan mendesak. dan bukan dengan niat melabur dan mendapat untung, tetapi utk kediaman dan kegunaaan sendiri.
Ada lagi syarat-syarat mereka yang tidak sempat saya keluarkan di sini buat masa ini. mungkin saya akan buatkan artikel ringkas kelak.
Kesimpulan : Mereka mengharuskan mengambil pandangan syaz (ganjil dan lemah) berkenaan keharusan bermualamat dengan kafir harbi.
sekian
ust zaharuddin 1 dis 2006 | |
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Sebagai pelajar tajaan, kami perlu membuka akaun bank di sini (Ireland). Sepertimana yang Ustaz tahu, di Ireland tiada Islamic banking seperti di UK. Jadi, kami memang terlibat mendapat hasil faedah dari bank di sini. Beberapa percubaan telah di lakukan untuk meminta pihak bank menghapuskan faedah kpd Akaun bank pelajar Muslim. tetapi cubaan tersebut tidak berjaya.
Sebagai alternatif yang lain, pihak persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland telah mewujudkan tabung riba'. Di mana pelajar muslim boleh menyalurkan wang faedah hasil simpanan mereka kepada kami, untuk di sedekahkan (kepada tabung Gaza dan sebagainya.)
Persolannya,
1.adakah betul cara kami ini untuk mengelakkan daripada secara langsung memakan harta riba?
2.Ke manakah saluran yang paling sesuai untuk kami berikan wang kumpulan faedah tersebut? i.e tabung Gaza, tabung masjid,tabung relief mission ataupun tabung apakah yang paling sesuai?
Harap ustaz dapat jawab supaya kami dapat berkongsi dengan rakan2 di sini. Sekian, terima kasih.
UZAR :
1) YA cara yang betul, itu adalah resolusi majlis fatwa eropah.
2) faqir miskin adalah priority
RSS feed for comments to this post