Hal Ehwal Riba Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In'

Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In'

  • PDF
(22 votes, average 4.82 out of 5)

Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In' 

a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.

b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.

- ingin selamat di akhirat-

Jawapan :

a.      Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.

Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )  

Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).

Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa:  "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).

Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis. 

b- Jawapan Bagi ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.

Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu? 

Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"

JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #71 gadaian emasnorshahida 2012-03-23 17:59
assalamualaikum wbt ustaz...sy ada kemusykilan berkenaan dgn emas yg telah ditebus oleh bkn empunya emas tersebut...situasinya begini..A memajak emas di kedai pajak gadai tetapi tidak mempunyai wang yg cukup utk menebus emas tersebut pd masa yg telah ditetapkan. jd A telah meminta B utk menebus dan A akan mengambil semula brg tersebut bila sudah ada cukup wang...setelah beberapa thn A mengambil emas tersebut dgn harga emas pd ms dahulu bkn pd masa semasa...soalan sy ialah adakah salah jika B meminta A membayar semula harga emas pada harga semasa...adakah ini dikira riba...sekian terima kasih....
Quote
0 #70 lock harga kerana pengubahsuaian barang kemasnizam 2012-02-13 11:28
ustaz soalan saya masih berkaitan dgn lock harga. bagaimana lock harga disebabkan saya ingin mengubah suai barang kemas.. contohnya saya ingin membeli gelang tangan pada hari isnin tetapi disebabkan gelang itu longgar saya terpaksa mengambilnya pada hr yang lain tetapi hg yang akan saya bayar adalah hg hari isnin....

adakah saya perlu membeli dahulu emas pada hari isnin, kemudian serah kepda tukang emas utk ubah suai dan datang kembali pada hari lain dan bayar upah ubahsuai terbabit?
Quote
+4 #69 Jual beli emas dengan bayaran bertangguhSolehah 2012-01-27 11:00
Assalamualaikum ... Ustaz, saya berniaga barang kemas, saya nak tanya boleh kah jual beli barang kemas, dengan bayaran tertangguh oleh si pembeli...sedangkan barang tesebut sudah diberikan kepada pembeli... Contohnya saya menjual rantai emas,si pembeli bersetuju untuk membeli rantai tersebut, tapi berjanji untuk membayarnya minggu hadapan dan saya memberi barang tersebut kepada pembeli tanpa mengambil sebarang bayaran kerana si pembeli sudah bejanji untuk membayar minggu hadapan dan saya percayakannya... Adakah boleh jual beli sedemikian dilakukan? Terima kasih
Quote
+1 #68 keraguan jual beli emasrohairy 2012-01-26 00:48
salam uzar..

saya ada kemusykilan menegenai pembelian emas dan pelaburan..

Soalan: Saya ingin beli emas 100g dengan harga rm 1000(contoh)..tp sya hanya perlu membayar kpda penjual 30% iaitu rm 300 shj..dan apabila pajak pada bank, bank akan bayar 70% iaitu rm 700 dari harga emas tersebut..dan rm 700 duit itu di bayar kepada penjual pada hari yg sama..sya hanya mendapat sijil pajakan tersebut..Dan sya hanya perlu membayar nilai 70% td kpda bank untuk mendapat emas tersebut..emas tersebut akan menjadi milik saya..

mohon penjelasan

terima kasih.
Quote
-1 #67 Mohon Penjelasan-emas dan wang kertaskhairul 2012-01-23 14:47
Salam ustz,

Menurut ustz membeli emas secara bertangguh adalah haram.
Ada pendapat yang mengharuskan pembelian emas secara bertangguh atas sebab pembelian tersebut adalah antara emas dengan wang kertas dan bukannya emas dgn emas.
Dalam waktu yg sama emas tidak boleh disamakan dgn wang kertas kerana nilai wang kertas boleh dimanipulasikan oleh pihak pemerintah sedangkan nilai emas pula tidak boleh dimanipulasikan .
Mohon penjelasan tuan.
Quote
0 #66 Hukum Memungut cukaiAin 2011-11-25 22:46
Assalamualaikum ....
Ust disini sy ingn bertanyakan beberapa soalan...
Harap ust dpt jwb dgn kadar sgera,,,,

1) apakah hukum memungut cukai drpd org islam??
2) Dan bagaimana pula dgn hukum cukai yang dipungut oleh kerajaan malaysia sekrg??
Quote
+2 #65 Beli dinar/emas dengan duit pinjamanFM 2011-11-24 12:00
Apakah hukum membeli dinar ini dengan wang hasil pinjaman dengan bank? Contoh, buat pinjaman RM 20k dengan bank, RM10k digunakan untuk beli dinar/emas.
Mohon respon ustaz. Terima kasih
Quote
-1 #64 Mrikim-fan 2011-11-24 02:05
Salam ustaz,

Tahniah ustaz kerana sentiasa mengingatkan dan menasihatkan umum tentang bahana riba dan urusniaga yg. berunsurkan riba. Moga Allah memberi kekuatan utk ustaz dan rakan2 lain meneruskan usaha dakwah dlm bidang ekonomi ini.

Satu yg. nak pohon ustaz jelaskan berkaitan Beli emas dengan duit gadaian Emas yg. dijadikan "modal" katanya di Al-Rahn, kalau saya faham drpd diskusi sebelum ini,haram kerana duit gadaian itu adalah bentuk hutang (tertangguh). Hari ini saya dengar di IKIM.fm ada seorang ustaz lain yg. mempromosikan teknik sedemikian.
Harap ustaz tolong jelaskan. Moga Allah memberi hidayah kepada kita semua dlm mencari pelaburan yg halal dan bebas riba. Terima kasih.
Quote
0 #63 cikatikah 2011-11-06 01:01
Quoting sazzy danial:
salam..ust,klau kebnyakannye kat sini hukumnye riba,takkan satu cara je blh beli emas,semata2 jumpe,beli dan bayar?takkan islam susah mcm tu skali?kalau sy nk beli dinar kelantan,sy tggal di selangor xkan sy nk kena pegi kelantan beli kat sana?jd teknologi harini tak boleh guna ke?ustaz blh terangkan?sy confuse.


assalamualaikum ustaz.
minta mohon penjelasan soalan di atas. sebab transaction di zaman moden ini selalunya online. Dan bayar separuh dulu, dapat barang baru byr penuh.Takkan islam tak benarkan guna teknologi terkini ustaz?Dan pembeli/penjual menyetujui harga yang dipamerkan.
sekian. terima kasih.
Quote
0 #62 Minta penjelasan penuh.Masih tak faham 2011-10-13 11:22
Quoting asrulasmah:
Ada teknik baru jual beli emas tapi saya tak dapat detect hukumnya adakah secara ansuran atau bagaimana.

Penjual memiliki 100gm emas. Harga semasa RM11k.Pembeli boleh dapatkan emas tersebut dengan hanya membayar kepada penjual RM 4000. Bakinya RM 7000, penjual akan dapat dengan menggadaikan di al-rahn (65% dari harga emas 100gm). Gadaian tersebut atas nama pembeli.

Adakah ini termasuk membeli secara ansuran?


UZAR : Ia adalah haram dan riba. kerana rahn itu sebanrnya berfungsi sebagai collateral untuk baki bayaran RM 7K yang tertangguh.


Assalamualaikum UZAR, saya masih tak faham part "rahn itu sebanrnya berfungsi sebagai collateral untuk baki bayaran RM 7K yang tertangguh"
Quote
+3 #61 zakat emastilmiz 2011-07-31 20:08
assalamu'alaikum w.b.t.....

ya ustaz,,1) bagaimana kita nak kira zakat emas yang kita beli daripada duit loan?adakah sempurna milik atau sebaliknya?mohon penjelasan..
2) bagaimana cara nak tunaikan zakat emas fizikal,,tapi duit cash xde?mohon penjelasan
Quote
+4 #60 hukum beli emas guna duit loansiti 2011-07-27 12:45
assalamualaikum wrt.ust,saya nak tanya..apa hukum kita buat loan kemudian kita gunakan duit tersebut untuk beli emas?
Quote
0 #59 musykilbeli emas 2011-05-15 16:27
salam uzar,

mtk pendapat berkenaan jual beli di bwh cth

harga tunai emas segram rm150
harga ansuran emas segram rm170

adakah jual beli di atas adalah haram jika penjual tersebut menetapkan harga seperti di atas dan saya memilih utk membeli secara harga ansuran? harap dpt penjelasan segera, terima kasih

wasalam
Quote
+1 #58 pohon pengesahkanhasfarizan hashim 2011-05-11 14:56
assalammualaiku m udzar..saya pohon kepada ustaz untuk perbetulkan saya jika saya silap...merujuk kepasa soalan sahabat kita no 27...
sistem belian emas yg akan saya buat adalah
pembeli hubungi penjual nak beli emas, dan pembeli bersetuju dgn harga lalu pembeli membayar kepada penjual mengukan bank bukan cash (dgn tujuan keselamatan), lalu pembeli memaklumkan kepada penjual yang dia telah bayar..lalu pembeli menyemak akaun lalu telah mengesahkan pembeli membayar, jadi pihak penjual menghantar email atau sms sebagai bukti pengesahan penerimaan bayaran
lalu pembeli akan membawa email yg telah dicetak atau bukti pengesahan kepada penjual untuk ambil emas

boleh tak cara nie?

dan bagaimana pulak jika barang tue ada cuma dicawangan dah habis kena tunggu shipment..kilang di penang cawangan di johor tertanguh 3 hari ...boleh tak diambil deposite?kalau boleh..berapa %?50% boleh tak udzar?

sekian diharap udzar dapat bantu saya
Quote
0 #57 mohon pembetulanwan 2011-04-26 22:13
salam ustaz... saya pernah bertanya dengan ustaz lain... mengikut kefahaman saya... pembelian emas dengan duit emasa sahaja yang tidak dibenarkan dilakukan dengan hutang/ansuran...
sedangkan pembelian emas dengan duit kertas (selain emas) adalah tidak ada apa2 masalah.... Adakah pendapat ini benar???

UZAR : pendapat itu memang ada tetapi sgt lemah dan tertolak oleh kesepakatan ulama contemporari dgn sgt byk hujjah.
Quote
-1 #56 emasavi 2011-04-03 16:44
Salam Ustaz,

Saya dah beli emas 10gram dr SGNET dan saya baru terbaca SOLUSI edisi 29 yang membeli emas secara ansuran termasuk dalam riba al-nasi'ah.

Kes die macam ni, saya book emas yang berharga rm1400 tu dan bayar 10% dahulu, kemudian bila dah dapat emas, saya bayar baki kesuluruhan. Jadi ini dikira riba dari segi tempoh penangguhan kan ustaz?

Apa yang perlu saya lakukan apabila dah beli emas secara riba selain bertaubat? Perlukah saya menjual balik emas itu dan mengambil balik rm1400? kerana harga emas kan sentiasa naik..

Terima kasih.
Quote
0 #55 pelik...sazzy danial 2011-03-19 10:05
salam..ust,klau kebnyakannye kat sini hukumnye riba,takkan satu cara je blh beli emas,semata2 jumpe,beli dan bayar?takkan islam susah mcm tu skali?kalau sy nk beli dinar kelantan,sy tggal di selangor xkan sy nk kena pegi kelantan beli kat sana?jd teknologi harini tak boleh guna ke?ustaz blh terangkan?sy confuse.
Quote
+1 #54 MusykilAzham 2011-03-02 12:44
Salam Ustaz...

Persoalan....

Saya wakil menjual emas...boleh ke saya jual emas iaitu sebagai orang tengah...bayaran upah saya tak minta sekadar membantu sesiapa yang hendak beli emas.
Quote
+1 #53 kurang paham..razman 2011-02-25 15:11
Assalamualaikum Ustaz, sy nak tny skit mengenai emas ni.. contohnya kalau kita beli dinar dgn harga tunai, kemudian kita pajak di ar-rahnu. duit dari hasil pajakkan kita beli emas yg lain.. boleh kah begitu atau masih dlm kategori haram?? tolong ustaz..

kemudian 1 lagi situasi kita beli dinar dgn harga tunai, lps beberapa tahun kita mengalami kesempitan kewangan. setahu kita harga emas mempunyai potensi yg tinggi untuk naik setiap tahun.. contohnya seperti ni, pada tahun 2020 kita beli dinar pada harga rm300. 2 3 tahun kemudian kita mengalami masalah kewangan dan kita jual dinar tersebut kepada org lain (direct). dlm 2 3 thn tersebut harga emas telah naik sebanyak rm200 dan menjadikan harga emas semasa adalah rm500. keuntungan yg kita dapat sebanyak rm200 itu adakah masih dikira sebagai riba? Harap Ustaz dapat jelaskan.. terima kasih.. sekian..
Quote
0 #52 Harga EmasSaat 2011-02-19 16:29
Uztaz, mohon dapat pengesahan.

1. Pada pendapat saya harga jual-beli emas adalah terpulang kepada persetujuan kita (penjual dan pembeli)dan bukan semestinya mengikut harga pasaran semasa.

2. Adakah sesuatu urusan jual beli emas itu menjadi haram jika salah satu pihak mengalami kerugian (dengan disedarinya) tetapi kedua belah pihak setuju dengan harga emas yang diperdagangkan tersebut.
Quote
-1 #51 mencari kebenaranazhar bin dun 2011-02-08 09:18
Salam UZAR.
Sekarang ni timbul pula pelaburan emas melalui internet (VGMC- vergin Gold Mining Corporation). Melabur usd 1050, company bagi dividen 0.1 oz emas sebulan,+ dengan usd 3000++ untuk trading online(jual beli emas dengan internet. Tiada swep, tiada leverage.)

Minta UZAR jelaskan boleh ke mcm ni? Jazakallah
Quote
+1 #50 Hukum beli emas dalam islamman 2011-01-23 23:51
Assalamualaikum ,

Uzar,
1. adakah emas yang dibeli menggunakan personal loan islamik digadaikan pada argo bank ikut sistem ar-rahnu dan duit yang digadaikan emas itu digunakan untuk membeli sebidang tanah HALAL?

2. adakah membeli emas dengan 'lock harga' pada hari ahad dengan 'dealer' dan 'bank in' dlm tempoh 2 minggu lagi dan mendapat dalam masa 2-3 selepas dari tarikh 'bank in' kerana penjual menerima tempahan yang banyak dan tidak dapat disiapkan pada hari yang 'lock harga' dengan 'dealer' ?

3. apakah hukum pada hari 'lock harga' dengan dealer dpembeli tidak mempunyai wang lagi dan selepas loan lulus baru mempunyai wang?
Quote
+5 #49 Buat loan untuk beli emasman 2011-01-23 23:30
Assalamualaikum ,

UZAR,
1. adakan membeli emas dengan duit loan HARAM dan gadaikan kembali emas yang dibeli untuk membeli emas lain pula HARAM?

2. adakah boleh kita membeli emas dengan lock harga dan dapat dalam masa 2minggu selepas itu kerana penjual sudah kehabisan emas pada hari tersebut kerana permintaan tinggi.
Quote
+1 #48 offer barang kemassm 2010-12-03 22:42
salam UZAR.

1) Jika saya beli barang kemas yg tgh offer mcm mana hukumnya? Cth: harga emas 1 gram = RM160. Tapi cincin 4 gram offer harga RM400 (1g = RM100). Adakah ini dikira riba?

2) Jika saya buat loan (islamik) untuk beli emas, adakah hukumnya haram?

harap UZAR boleh jelaskan,
Quote
+5 #47 lock hargaemas 2010-11-25 19:01
salam uzar.kalau saya jual emas,pembeli lock harga,kemudian malam nanti baru die bnk in duit pada saya.2 harikemudian baru die dapat emas tu.adakah ini dikira riba.kalau riba,mcm mane nak elakkan ye.adakah masa die nak beli,terus bank in duit pada saya?harap dapat bantu
Quote
0 #46 kutu emaseraedarbesut 2010-11-11 08:39
salam ustaz,
saya nk tnya..ape plak hukumnya main kutu emas...byr diut bulan2 n tggu smpai turn kita baru dpt emas...
adakah blh atau tidak...
Quote
+6 #45 beli emas melalui al-rahnal-rahn 2010-09-20 21:29
Salam, Ust, apa pandangan ust tentang menggadaikan emas di al-rahn, kemudian duit gadaian tersebut kita beli emas juga (rujuk: jutawanemas.com/.../...)...adakah ini hampir sama dengan personal finaicing yg Islamik yg boleh digunakan, ada kait riba tak cara beli melalui al-rahn ni?
Quote
+2 #44 Belian Emas Secara Ansuranbaroqah 2010-08-13 18:25
Salam,UZAR...SAYA NAK TAHU ADAKAH RIBA JUGA BERLAKU JIKA SESEORANG YANG HENDAK MEMBELI EMAS TETAPI DIA NIAT UNTUK MENYIMPAN DAHULU DUIT DI KEDAI EMAS SEHINGGA CUKUP,BARU PILIH BARANG YANG HENDAK DIBELI @ PILIH BARANG DAHULU TANPA PENETAPAN HARGA DAN BERAT..HANYA BUAT ANGGARAN HARGA SAHAJA KEMUDIAN SIMPAN DUIT DI KEDAI EMAS TERSEBUT..BILA CUKUP BARU AMBIL BARANG...JIKA TERDAPAT LEBIHAN DUIT YANG DISIMPAN AMBIL BAKINYA SEMULA DAN JIKA KURANG TAMBAH DARI HARGA YANG DITETAPKAN..HARAP DAPAT ULASAN/KOMEN DARI USTAZ DENGAN KADAR SEGERA..TERIMAKASIH..WASSALAM
Quote
+13 #43 jual beli emasnor sidah bt che din 2010-08-06 11:27
assalamualaikum ustaz, nk tanya sy x berapa nk fhm bila baca byk2 pendapat/nas2 yg ustaz tulis, kesimpulannya beli emas dgn ansur(bayar ansur2 sampai habis dulu harga emas yg telah di "lock "ikut pasaran kemudian baru ambil barang)boleh atau tidak ustaz?

2. kita gadai emas kat ar rahnu dan hasil duit beli kita beli emas pula sbg pelaburan boleh tak dan gadai lagi dan beli lagi sbg aset?

3. jual beli emas dgn public gold, dapat untung komisyen boleh tak?

sy nk buat jual beli emas sebagai pelaburan, beli emas kat public gold dgn harga pasaran dan kemudian jual kpd org ramai ikut harga pasaran, boleh ka ustaz?

maaf ustaz sy cuma nk belajar jual beli emas ttp takut tak mengikut syariat islam, harap ustaz dapat bantu, jazakallahu khairal jaza'.
Quote
+2 #42 belian secara onlineiman_imtithal 2010-06-23 18:52
Assalamualaikum UZAR... semoga usaha dakwah UZAR dirahmati n diberi ganjaran sebesar besar ganjaran...
UZAR,
sy btul2 ingin tau ttg pembelian secara online... sedia maklum teknologi sekarang hanya di hujung jari... pembelian secara online ni kita kena byr dulu... contohnya bank in kan duit n pastu barulah barang akan di hantar... mohon penjelasan ustaz... agar semua berasa selamat dengan n tenang...
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 83 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Hal Ehwal Riba Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In'