Riba : Jangan Ambil Mudah
Saya ingin menasihatkan umat Islam agar jangan memandang rendah dan remeh terhadap dosa Riba, sehingga boleh mencuba-cuba terlibat dalam sebarang aktiviti yang telah diputuskan oleh para ulama sebagai Riba secara sepakat. Antara bentuk Riba zaman moden adalah Pelaburan High Yield Investment Program (HYIP) melalui internet dan di sebarang institusi kewangan yang menjamin modal dan untung, pinjaman di bank-bank konvensional, kad kredit, insuran dan pelbagai lagi. Bagi mendapat kejelasannya, sila peruntukkan sekdaar 12 minit untuk membuka 'entry' ini.
Uzar
24 April 2007
DENGARKAN VIDEO 1 (6.40 MINIT)
DENGARKAN VIDEO 2 (6.40 MINIT)
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Berkenaan pendapatan yang berkaitan riba, boleh kah kita mensucikan pendapatan tersebut dengan menderma kepada anak2 yatim atau sbgnya....bagaimanakah cara utk membersihkan pendapatan yang berkaitan dgn sbrg syubahah???Sy ada terdengar kononya ia boleh di sedekahkan pada sesiapa....ada pendapat ianya hanya boleh disalurkan utk kerja2 kebajukan spt buat public road atau tandas awam...tlg perjelaskan supaya sy dpt sucikan harta saya yang dlm proses penghijrahan ini...
Rakan saya mengajak saya melabur kedalam syarikat pembinaa miliknya. Pelaburan yang saya beri akan digunakan sebagai modal bagi menjalankan projek pembinaan ( sivil). Sebagai balasan beliau menjanjikan pulangan sebanyak 100% daripada modal. Cth : Sekiranya saya memberinya modal RM10k, maka apabila projek selesai beliau akan memulangkan kepada saya 20k ( 10k modal + 10k untung). Saya agak was-was tenteng pemberian keuntungan tersebut. Adakah ianya halal atau tidak? Sekiranya ia adalah tidak halal, bolehkah ustaz memberikan panduan pemberian keuntungan yang dibenarkan dalam islam.
Harap ustaz dapat memberi panduan sebelum saya mengambil keputusan untuk melabur kedalam syarikatnya.
Sekian, terima kasih.
Ketika bekerja dahulu, saya mengambil card credit konvensional. Sejak 2006, saya telah berhenti kerja sebab masalah kesihatan dan hutang kredit dibayar suami. Setelah menyedari bahawa kad kredit adalah suatu bentuk riba, saya hendak menukar kad kredit saya kepada Islamic tapi bagaimana caranya? Buat masa sekarang, saya masih belum boleh bekerja. Saya mohon ulasan dari Ustaz..Terima Kasih.
Saya mohon jawapan dr ustaz saya telah menggunakan wang ptptn selama mana saya belajar. setelah saya membaca blog ustaz dan menonton tanyalah ustaz barulah saya sedar saya telah terlibat dalam riba. Saya minta pandangan ustaz bagaimana saya ingin menyucikan diri dari riba. Adakah saya perlu membayar ptptn seperti biasa sedangkan menjadi kewajipan membayar hutang dan telah ditetapkan oleh ptptn sesiapa yg tidak membayar dilarang keluar negara.Bagaimana saya hendak melakukan ibadah haji? Tidakah saya masih dalam riba jika saya membayarnya? Saya mohon penjelasan ustaz kerana siapa yang sanggup berperang dengan Allah sedangkan dia hidup dan merasa nikmat atas kehendak Allah dan siapa sanggup berperang dengan Rasullulah s.a.w. sedangkan kita mengharapkan syafaat Rasullulah S.a.w di hari yang penuh penyesalan dan kerugian.
UZAR : setiap kali masuk, keluarkan semua ke akaun Islamic
terima kasih diatas pandangan ustaz. semoga usaha dakwah ustaz terus hidup demi kepentingan umat Islam.
1. bolehkah saya membuat pinjaman peribadi di bank islam (BIMB),adakah pinjaman peribadi yang ditawarkan dari bank ini terlibat juga dengan unsur2 riba? ini kerana, saya bercadang untuk membuat pinjaman peribadi dalam masa terdekat ini.
UZAR : boleh buat..mrk ada penasihat syariah
UZAR : Hukum memajakkan aset atau barang milik sendiri untuk mendapatkan sejumlah wang adalah harsu dengan syarat, sistem itu tidak mengenakan riba. Cuba pergi di ar-rahnu. atau bank rakyat. jgn pergi ke gadaian bukan Islam
Sy benar2 ingin nasihat dari ustaz mengenai situasi sy skrg..Buat pengetahuan ustaz, sy memiliki kenderaan tp malangnya pinjaman yg dibuat adalah yg konventional (ada riba)..sy sedar atas dosa riba & sy bernekad utk menukar kpd pinjaman islamic.
Bank yg sy pinjam ada menawarkan pinjaman yg islamic ttp setelah mdpt penjelasan dr pihak bank,mereka tidak membenarkan convert kpd islamic tanpa ada penukaran hak milik kereta ataupun sy perlu membeli kereta baru (jual yg lama). Sy ketika ini tidak berkemampuan utk membeli kereta baru, jadi apa cadangan ustaz? Ada prnah org ckp, teruskan shj dgn pinjaman skrg tetapi bertaubat & nekad tidak akan mengulangi lagi mengambil riba. Slps tu, pastikan byr zakat & byk sedekah. Apa pendapat Ustaz? Adakah sy memilih utk teruskan dgn pinjaman skrg mendpt keampunan dr Allah hanya dgn bertaubat & byr zakat/sedekah.
Terima kasih.
UZAR : tukar hak milik kereta kepada bank tu perlu agar transaksi boleh dibuat secara Islam, tak perlu beli kereta baru. So kena tukar kpd Islamic ok..jgn berterusan duduk dalam riab jika mampu keluar darinya.
nak tanya keje bank tu haram ke..
saya nak tanya ustaz sedikit,saya pernah terlibat dlm kemalangan jalanraya 2 thn lepas dan setelah melalui proses turun naik mahkamah,pihak yg melanggar harus membayar tuntutan ganti rugi kepada saya.apakah hukumnya wang pampasan yang saya terima
itu(insurans mereka gunakan ialah kurnia insurans)halalk ah wang yg saya terima itu kerana setahu saya insuran kenderaan banyak
yg konvensional,bu kan islamik.saya sangat bimbang dengan situasi ini.harap ustaz dapat berikan pandangan tentang hal ini.terima kasih
UZAR : ya boleh terima..
Saya ada kemuskilan,Sesa orang telah meminjam wang daripada saya RM20k,kemudian dia telah mencagarkan hasil pertaniannya(ke lapa sawit) selama 10 tahun kepada saya demi menggantikan wang yang dipinjamnya dengan perjanjian.Jika ia melanggar sarat perjanjian dia dikenakan bayaran sekali ganda daripada wang yang dipinjamnya tadi. Adakah sarat perjanjian ini di kira riba? Apakah cara lain yang patut dikenakan keatasnya?
berkenaan riba, semasa PUISI di Ireland tahun lepas, ustaz ada sentuh berkenaan unsur hantaran 7 berbalas 9 dan ustaz beri kesempatan kepada peserta untuk berfikir sejenak sebelum ustaz memberikan huraian.
Tidak lama lagi, abang saya bakal mendirikan rumah tangga, dan saya telah memaklumkan hal ini kepada beliau. Dan beliau bertanyakan adakah soal kos hantaran saja yang perlu diambil kira, ataupun jumlah keseluruhan kos. Sebab kalau diikutkan walaupun pihak lelaki beri 7 dulang hantaran dan kurang sedikit berbanding pihak perempuan, tetapi nilai hantaran daripada pihak lelaki mungkin lebih kerana duit maskahwin dan juga hadiah hantaran. Dari segi kos lain pula, sewaktu pertunangan perempuan lebih banyak mengeluarkan perbelanjaan kerana majlis petunangan berlangsung di rumah pihak perempuan.
Jadi bagaimana ya ustaz? Bagaimana soal sama rata tersebut diambil kira? Bagaimana pula soal riba itu muncul dalam isu perkahwinan? Harap segala persoalan dapat dijawab. Jazakallah ya UZAR.
UZAR : Boleh ambil pendapat majoriti yang mengatakan tidak riba jika hadiah benda berbalas benda.
Saya pun mula la mencari pandangan Islam tentang HYIP ni.
Alhamdulillah, diri saya yang kurang ilmu ni dapat sampai ke laman web ustaz ni.
Saya memang dah sedar akan bahaya dosa riba ni. Tapi saya masih ada soalan.
Sekarang ni diut riba yang saya dapat hasil 2 hari saya join HYIP masih "dikurung" dalam akaun Liberty Reserve saya.
Kalau saya jual $10 LR ke $10 PayPal, jelas sekali duit PayPal tu memang hasil riba.
Soalannya, boleh ke kalau saya jual $10 LR untuk $15 PayPal. Pertukaran ni umpama tukar emas dengan perak kan ustaz? Tapi kalau saya tukar secara serentak ianya sah kan?
Kalau lah saya dengan pembeli membuat pertukaran serentak, dia hantar $15 ke akaun PayPal saya dan saya hantar $10 ke akaun LR dia, pertukaran masih dikira sah kan ustaz?
Adakah $15 yang saya terima tu semuanya dikira hasil riba atau cuma $10 sahaja? Sebab pada asalnya sumber $10 LR tu memang hasil riba kan. Baki $5 dari $15 kat PayPal saya tu kira hasil riba juga ke?
bolehkah dipanggil hibah dengan mdeposit sjumlah wang,melalui kontrak yang ditetapkan, dan akan dapat pulangan tetap setiap minggu...betulkah ini hibah?apakah hukumnya dan adakah tergolong dlm riba? terima kasih.
uzar : itu adalah riba, rujukan ( al-Jami' fi usul ar-Riba)
pening nk wat assaingment ni..
pasal riba ni la..huhuhu..
saya nak tahu perbezaan antara istihsan, istislah, dan istishab.
SEMUA PENULIS BUKU AGAMA ADALAH MENJAUL AGAMA KERANA BUKU ITU DIJUAL??
SEMUA PENCERAMAH DI TV MENJAUL AGAMA KERANA SEMUA CERAMAHA MEREKA BERBAYAR?
SEMUA GURU AGAMA DI SEKOLAH MENJUAL AGAM, KERANA GAJI MERKEA ADALAH KERNAA MENGAJAR AGAMA?
SEMUA ORANG BUAT BADAL HAJI ADALAH MENJUAL AGAMA, KERANA AMBIL UPAH BUAT HAJI UNTUK ORANG?
JIKA ANDA MENUDUH INI MENJUAL AGAMA, INILAH PEMIKIRAN YANG KARUT LAGI BIADAP)
KOMEN UZAR ; TAKWA APA YANG DIMAKSUDKAN YE?
sy tgk kat sini ustaz menyenaraikn link2 ke bank2 yg ada nama Islamic padanya. tetapi pd pemerhatian sy kebykn bank2 tersebut jg menjalankn sistem perbankan secara konvensional kecuali bank islam dan bank rakyat yg 1005 menjalankn cr islamik.
Jadi, blhkh ustaz trgkn status bank2 tersebut dan adakh blh kita menjadi pelanggan kpd bank2 trsebut spt membuat pinjaman atau menyimpan dlm bank2 tersebut..?
satu lg, mengapa kadar faeddah yg dikenakn oleh perbankan islamik lbh tggi dr bank konvensional? adakah krn dgn menggunakn nama islamik, mk kadar faedahnya berbeza?
ADMIN ; SEMUA SOALAN ANDA NI DAH USTAZ JAWAB DI WEB INI, PANDAI-PANDAI DAN RAJINLAH MENCARINYA DAN MEMBACA.
RSS feed for comments to this post