PTPTN, Status Shariah & Kos Perkhidmatan
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelak dari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat info bahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapun demi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlu mengurakannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanya dengan adil.
Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalaha yang tidak diketahui.
Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru berlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan penilaian.
Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.
Apa itu Qard
‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.
Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari.
Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim)
Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " berkata Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812)
Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan
Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).
Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman
Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan. Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang bersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan' merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang lain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba.
Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar dari tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan, iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya.
Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI (http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336)
Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)
Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang melakukannya.
Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.
Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan' namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas asas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM 500.
Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen duit atau wang yang dipinjamkan.
Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan' dan fatwa oleh ulama sedunia berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan atau di salah fahami.
Yang Sudah Berlalu & Alternatif
Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam situasi 'hajiat' ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a'lam.
Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : " Allah tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya"
Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak (pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.
Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat tangan mengatakan "saya dharurat ustaz" atau 'saya amat terdesak' sehingga terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN si anak. Ini bermakna ibu bapa juga akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.
Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT.
Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda kerajaan "ISLAM HADARI" , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu menjadi realiti. wallahu alam.
Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu sebelum mengangkat tangan 'mengalah' dan mengambil yang riba. Bagi saya, adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu sebagaia 'kos perkhidmatan' kecuali jika anda belajar di luar negara yang kosnya terlalu tinggi.
Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin kosnya lebih tinggi.
Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.
Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti, mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis 'pinjaman boleh ubah', yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar mendapat skor tinggi.
Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah......
Sekian
UZAR
4 Julai 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
ana ingin mncdgkn dan menyeru kpd semua mahasiswa same2lah kita mg'active'kn PLAN B(backup) sblum trlambat.Mahasiswa prlu ada survival insticnt, usah mgharapkn PTPTN atau tajaan MAS(Mak Ayah Support),umur 20-an sepatutnya sudah bleh berbkti kpada ibu bapa, bkannya jadi bebanan kpd mereka. (peringatan buat dr sndiri juga). Sabda Rasulullah: tiada makanan yg lbih baik drpda hasil usaha tgn sndiri"-wallahua'lam
bukan itu sahaja saudara... itu juga yg berlaku bila ada golongan yang menuduh perbankan islam ini sama shj dgn perbankan konvensional, cuma tukar nama shj...
hutang lagi nk beli semua 2 ..
Jadi sebagai anak Muda, tunjukkan kuasa Anda dalam pilihanraya .. Undi Lah kerajaan yg memudahkan rakyat dan bukan menyusahkan ..
Jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah malaysia, kita semua akan dapat :
1-pendidikan percuma dr sekolah rendah hingga Universit
(maksudnya jika pinjam ptptn TAK PAYAH BAYAR lagi)
2-kesihatan percuma di hospital @ klinik2 kerajaan
3-Elaun tambahan rm500 kpd semua guru2 seluruh mlysia
4-Akta2 zalim di hapuskan spt ISA,AUKU dll ..
5-TIADA lagi bayaran TOL2 di semua jalan dimlysia ..
dan banyak lagi ...
Saya nak minta izin copy artikel dr ust..
Banyak plajar tahu psl ptptn nie, tapi konfius dgn putar belit mereka..
setahu saya kalu nilai caj tu adalah dalam bentuk tetap contoh RM400 bukan ikut %..
tapi,saya xtahu sangat bank mana xbuat caj ikut %...
sume amalkan riba,jd konfius,xbt pnjman..duit xckup..
nak usaha pun xtahu ke arah mana..slain doa kan mesti usaha juga.
Dan 1 lagi, insyaAllah mulai 1 jan 2011, ptptn akan turun caj kpd 1%..jadi apakah pndgan ust??
Adakah ianya di kategori riba atau caj prkhdmtan??
Sebab, sy tidak suka bt pmohonan utk biasiswa krna saya rasa ianya terikat dgn kerajaan..
saya bukan anti kerajaan, tapi saya rasa keje dalam krajaan lagi banyak riba..seolah2 dunia sekarang tidak lari dr riba..
Saya tekad utk jadikan ptptn tu sbagai biasiswa jd xperlu terikat dgn mana2 lpas belajar.. Doa2kan orang islam berjaya..insyaAllah.
contoh pinjam 10k dan dikenakan caj perkhidmatan(ku rsus,nasihat,pa ntauan) sebanyak rm100 sebulan.kalau pinjam 20k caj sebanyak rm200
saya ingin bertanya kepada ustaz 2 soalan:
1) apakah hukum bekerja di bank negara malaysia @ bank konvensional?
2) bolehkah kita menerima biasiswa daripada bank konvensional @ bank negara malaysia?
saya berharap agar ustaz dapat menjawab soalan saya secepat mungkin kerana saya merupakan pelajar lepasan spm2009 dan pada masa sekarang, saya sedang menunggu keputusan temuduga. oleh itu, saya ingin tahu bahawa bolehkah saya menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran daripada bank2 konvensional @ bank negara malaysia.
JZKK
x suka sok ,.. lu sakit ,.. bye2 melayu man....
p/s: dengar laa lagu Cina [censored]... itulah suara hati cinpeng..... Musuh dlm selimut....
UZAR : Itu bukan riba, dan ia bukan pinjaman,ia biasiswa, malah kontrak kerja dgn mereka pula adalah dengan gaji biasa, jika secara free, barulah salah
Bagaimana hukum baki bunga yang kita tak bayar? Maksud saya kita hanya bayar amaun yang kita pinjam sahaja...
Contohnya kita pinjam RM 18,000 dan dalam perjanjian asal kita dikehendaki bayar RM 21,000. Jadi kita hanya mahu langsaikan RM 18,000 atau Rm 21,000 sahaja dan bukannya caj2 yang dikenakan selepas itu..
Minta pandangan us...
Jazakallah...
UZAR : Ia bukan jalan penyelesaian kerana nanti org tu akan sama ada masuk lokap atau diistiharkan muflis kerana tak langsai hutangnya,
Jalan penyelesaian adalah ambil pembiayaan Islam.
saya nak minta kepastian dr UZAR.
1. Ada seorang Profesor Fiqh berpendapat PTPTN
wajar mengenakan peratusan tertentu drp jumlah pinjaman ini. Alasannya - nilai wang semasa ia diberi pinjam itu, kini telahsusut. Jadi, menurutnya jika nak bayar juga dalam jumlah yg sama, jadi pemberi pinjam akan kerugian.
2. Saya faham dari pendapat Prof itu: adakah jumlah bayaran balik tersebut boleh dinilai berdasarkan nilai susut atau naik wang itu? maksudnya, jika nilai susut, peminjam kene bayar lebih drp jumlah wang yg dilinjam; sebaliknya kalau nilai wang naik, kene bayar kurang...
Bagaimana Ustaz?
Syukran,
Yang jahil
UZAR : tidak timbul saya vs prof Fiqh,
sebenarnya isu ini dah dibincangkan oleh kesatuan fiqh sedunia. dan majoriti ahli fiqh sedunia memutuskan apa yang saya sbearkan, minoriti pula adalah pendapat yg prof fiqh yang anda sebut..
so bukan uzar vs professor fiqh tetapi..
Kesatuan Fiqh Sedunia & UZAR vs minoriti ulama Fiqh sedunia..
boleh tak UZAR atau rakan - rakan di sini bg tau adakah 4 % yg dikenakan atas pijaman perumahan kerajaan itu di kira sebagai riba, mohon bantuan- wassalam
UZAR : Kerajaan malaysia ada menyediakan dua jenis kemudahana utk kakitagan awam, yang halal dan yang haram..justeru pergilah kepada pembiayaan rumah BBA yang disediakan kerajaan. itu 4 % yang telah disahkan harus oleh majlis syariah.
kalau kita ada terniat nak halalkan riba, tunggulah azabnya..apa masalahnya kalau pinjaman 30k dibayar 3ok saja?
kta doa la sma2..
moga2 allah slamatkan sya dn sluruh umat drpd riba..
ameen..
Majlis Fatwa dah umumkan caj PTPTN menepati syarak, cuma kalo boleh dikurangkan.. boleh komen tak??
saya sudah jelas dgn konsep riba yg diamalkan ptptn..jadi saya cdgkan ustaz mengesyorkan kpd kami semua bank2 yang menyediakan pinjaman sprt 'qardul hasan'.
terima kasih...
ptptn adalah dari kerajaan dan bukan dari bank..mengapa perlu kerajaan mengikut telunjuk bank sedangkan kerajaan adalah kerajaan..maksudnya, kerajaan bukan satu institusi mengaut keuntungan, malah adalah untuk kebajikan rakyat..kerajaan juga mempunyai fund yg berkali2 ganda jika dibandingkan dengan bank2 komersial..mengapa tidak zero-interest loan ataupun qardul hasan yg tulen..apa salahnya kerajaan menanggung rugi dari susut nilai mata wang?
sedangkan kerajaan memperoleh berbilion keuntungan dari GLC, tax dan sebagainya..kerajaan perlu menjadikan ptptn adalah untuk kebajikan rakyat bukan untuk mengaut keuntungan..
saya percaya, 3% itu adalah sgt untung kerane inflasi yg tidak specific.
modus operandi ptptn ini juga membawa murka dari Allah..tidak perlu pening kepala mencari jalan..ikut sahaja kerajaan selangor yg telah memansuhkan 4% dr pinjaman yayasan selangor..
pokoknya mudah..kerajaan bukan institusi bank.
persoalan sy di sini, adkah tidak boleh bg seseorg yg mngmbil ptptn ini?kalau kita mmberi pinjamn,buknnya pinjmn itu akan kmbali sekaligus kpd kita..dan ini scara xlngsung mmbuat aset kita smakin berkurang,sbb org yg pnjam makin ramai, tp yg bayar xseramai yg dibayar..
jadi,kalau sy katakan faedah 3percent tu sbnarnya adlh supya proses pinjam memnjam ni dpt dicover balik.. bagaimana ust?
SYUKRAN,WALLAHU A'LAM..
jd saya mengharapkan sahabat2 sekalian, marilah kita berpakat bagi memastikan hidup kita bebas daripada dosa RIBA yang teramat BESAR dosa dan seksaannya. ana sgt mengharapkan kerjasama 200% drpd ustaz agar dpt menyedarkan jutaan hati y terlena mengenai isu y sgt berbahaya ini. wallahua'lam.
KOMEN UZAR : CONSULTATION HOURS : HARI SELASA DAN KHAMIS FROM 10-12 AM, 2-3 PM
ROOM NUMBER A 215
KOMEN UZAR : YE BOLEH..INSHAALLAH
Saya ingin bertanya tentang perbankan islam dan operasinya di Malaysia.
1)Maybank adalah perbankan konvensional dan ada skim islam di dalamnya seperti al-wadiah dan sebagainya.Persoalannya adakah simpanan wang di dalamnya telah dkira penyimpanan yang halal dan tidak terlibat dengan urusniaga yang haram?Selain itu, adakah maybank islamic juga telah benar2 bersih dari segi operasinya?
2) Saya tertarik dengan penjelasan ust tentang caj yang dikenakan oleh pihak pengurusan PTPTN sebanyak 3% kepada pelajar2 di Malaysia.Cuma saya masih kurang jelas tentang definisi caj perkhidmatan dan istilah "Qardul Hasan" serta operasi pengiraan yang sepatutnya untuk mengelakkan terjebak ke dalam lembah riba nasiah ini.
Penjelasan ust. amat diharapkan.Jika tidak keberatanboleh di emelkan kepada saya ( c2_were
ustaz,boleh terangkan perbezaan antara faedah dan riba(interest and usury)?
Logiknya jika pendapat itu digunapakai, kadar inflasi semasa pada tahun pembayaran patut dijadikan indikator. Contohnya jika pinjaman keseluruhan adalah RM30K:
1.Pada tahun pertama bermula pembayaran, kadar inflasi adalah 3%, maka jumlah bayaran balik: RM30K+3%=RM30,900. Peminjam membayar RM2500. Baki =RM28400
2. Tahun ke-2, kadar inflasi 2.3%. Jumlah bayaran balik RM28400+ 2.3% = RM29053..dan seterusnya
Secara alami, saya merasakan kadar yuran perkhidmatan secara flatrate adalah lebih adil.
(Pendapat di atas tidak dirujuk secara syariah)
RSS feed for comments to this post