Zalim Bukan Penentu Riba
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
(Nota : Perbincangan dalam artikel kali ini adalah sedikit berat bagi mereka yang tidak biasa walaupun saya telah cuba memudahkannya sedaya mungkin. Persediaan minda dan pembacaan teliti satu demi satu beserta faham diperlukan)
Ramai yang terkeliru dalam hal ini, ada yang mengatakan bahawa setiap kezaliman dalam urusan kewangan adalah riba.
"Bukankah riba itu diharamkan kerana zalimnya" kata seorang pelajar sarjana Shariah kepada saya.
"Oo tidak, saudara tersilap faham. Mengelakkan kezaliman bukanlah ‘illah kepada riba tetapi ia hanyalah hikmah dan wisdom disebalik pengharaman riba. Ia adalah dua perkara yang berbeza" Ulas saya
" errmm tak faham" dia membalas lemah.

Untuk memahami perbezaan, kita perlu memahami apa itu ‘illah dan apa syarat-syaratnya. Secara ringkas, ‘illah itu bolehlah dikatakan sebagai satu asas atau sifat yang standard.
Apabila sifat ini ('illah) ada dalam sesuatu transaksi, maka hukumnya akan mengikutnya lalu menjadikan transaksi atau tindakan itu haram, makruh atau halal dan sebagainya.
Disebutkan dalam kaedah Fiqh :-
الحكم يدور مع علته وجودا وعدما
Ertinya : Hukum (dalam Fiqh Islam) itu berpusing (mengikut) 'illah nya, jika terdapat illahnya maka hukumnya juga ada, jika ‘illah tu tiada maka hukum juga tiada. (‘Ianah At-Tolibin, 2/290 ; Nihayatul Muhtaj, 3/292 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 24/159)
CONTOH MUDAH, ARAK.
‘Illah pengharaman arak adalah mabuk. Manakala hikmah disebalik pengharamannya arak yang memabukkan ini adalah untuk menjaga aqal manusia.
Justeru itu, semua benda yang memabukkan minda apabila diminum atau makan (bukan dengan tujuan perubatan - ia punyai perbincangan lain) adalah dikira arak yang haram. Apabila minuman dan makana itu tidak memabukkan sama ada banyak atau sedikitnya, ia bukanlah arak dan tidaklah haram.
HUKUM MUSAFIR
Demikian juga hukum musafir yang layak mengqasarkan solat.
Apakah ‘illah perjalanan untuk dikategorikan sebagai ‘musafir'?
Perlu difahami, bukanlah kesusahan perjalanan, lelah dan letih atau ‘masyaqqah' dalam perjalanan yang menyebabkan sesuatu perjalan itu diiktiraf sebagai ‘musafir'(dari sudut hukum) sehingga layak diberikan kemudahan qasar solat.
Ini kerana kesusahan adalah berbeza-beza di antara seorang dengan yang lain. Ketidaktentuan inilah yang dinamakan ‘TIDAK STANDARD', sekaligus menyebabkan "susah" tidak boleh dijadikan ‘illah dalam mengenalpasti sesuatu perjalanan itu ‘musafir' atau tidak.
Majoriti ulama bersetuju jarak kilometer tertentu atau dua marhalah adalah yang paling sesuai dianggap sebagai ‘illah bagi menentukan satu perjalanan itu musafir atau tidak. Justeru, setiap perjalanan yang mencecah dua marhalah (2 marhalah bersamaan dengan 84 atau 85 kilometer) mazhab Hanafi pula mengatakannya 90 kilometer (Al-Majmu', 4/322 ; Fiqh Islami Waadillatuh, Az-Zuhayli)
Justeru apa sahaja perjalanan yang akan mencecah 85 KM secara automatik digelar musafir di dalam Islam, lalu layaklah untuk qasar solat dalam perjalan sebegini tanpa mengira sama ada perjalanan itu sukar atau tidak, meletihkan atau tidak.
BAGAIMANA PULA RIBA ??
Adakah zalim sesuai dijadikan ‘illah ?. Jika sesuai ini bermakna setiap yang zalim itu riba?.. Para ulama bersepakat bahawa ‘zalim' tidak sesuai kerana ia adalah satu sifat yang tidak mundabid (standard).
Dikenakan faedah (interest) sebanyak RM 500 ke atas pinjaman RM 1 juta mungkin dinggap tidak zalim menurut logik aqal berbanding jika dikenakan RM 200,000. terutamanya jika si peminjam seorang usahwan berjaya.
Namun RM 500 yang sama juga mungkin akan dianggap zalim bagi usahawan yang belum maju. Oleh kerana itu, jika zalim dijadikan illah kepada riba, hukum akan menjadi permainan dan sentiasa berubah mengikut nafsu manusia. Ramailah pula yang mendakwa dizalimi dan ramai pula yang mengatakan tidak.
Saya masih ingat, tercatat di dalam kitab Usul Fiqh yang unggul bertajuk Al-Mustasfa karangan Imam Abu Hamid Al-Ghazzali, kisah seorang raja yang melakukan kesalahan bersetubuh disiang hari bulan Ramadhan.
Hukumannya adalah berdasarkan hadis sohih ini :-
جاء رَجُلٌ إلى النبي فقال إِنَّ الآخر وَقَعَ على امْرَأَتِهِ في رَمَضَانَ فقال أَتَجِدُ ما تُحَرِّرُ رَقَبَةً قال لَا قال فَتَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قال لَا قال أَفَتَجِدُ ما تُطْعِمُ بِهِ سِتِّينَ مِسْكِينًا
Ertinya : Datang kepada nabi seorang lelaki yang telah menyetubuhi isterinya di siang hari Ramdhan
Nabi bertanya, : Adakah kamu mempunyai hamaba untuk dibebaskan ?
Lelaki berkata : "Tiada"
Nabi membalas : Adakah kamu boleh berpuasa 60 hari berturut-turut ?
Lelaki : Tidak berupaya wahai rasul.
Nabi membalas : Adakah kamu mempunyai makan yang boleh memberi makan 60 orang miskin?.. ( Riwayat Al-Bukhari, no 1835, 3/ 684 )
Justeru, pandangan majoriti ulama. Kaffarah atau denda bagi kesalahan itu, mestilah mengikut tertib yang tercatat di atas. 1) membebaskan hamba 2) puasa 60 hari berturut 3) memberi makan 60 orang miskin.
Apabila raja merujuk kepada qadhi, sang qadhi terus memberikan hukuman puasa 60 hari berturut kepada raja dengan alasan hukuman pertama terlalu amat mudah bagi raja kerana ia kaya dan mempunyai ramai hamba. Lalu dibimbangi ia tidak akan memberikan sebarang kesan kepada sang raja. Tindakannya berdasarkan maslahat yang dilihatnya lebih penting dari berpegang kepada nas hadis yang menyebut bebaskan hamba terlebih dahulu.
Anda mungkin bersetuju dengan tindakan qadhi tadi. Betul tak ?
Namun tindakan qadhi ini telah dijadikan contoh popular bagi semua yang mempelajari ilmu usul fiqh..iaitu contoh bagaimana ‘maslahat mulgha' (maslahat yang tertolak) atau "kepentingan" yang disalah gunakan sehingga melanggar nas hadis yang specifik memberikan tertib hukuman kaffarah . Tindakan qadhi ini ditolak oleh ulama Usul Fiqh.
Imam Al-Ghazzali berkata semasa memberi komen terhadap kes di atas :-
فهذا قول باطل ومخالف لنص الكتاب بالمصلحة وفتح هذا الباب يؤدي إلى تغيير جميع حدود الشرائع ونصوصها بسبب تغير الأحوال
Ertinya : Tindakan dan kata-kata seperti tadi (keputusan tadi) adalah pendapat yang batil serta bercanggah dengan nas dari Al-Quran berselindung di sebalik nama maslahat, sebarang tindakan membenarkannya berlaku akan menyebabkan perubahan seluruh undang-undang Syariat dan nasnya atas sebab perubahan lokasi dan masa. ( Al-Mustasfa Min ‘Ilmi Al-Usul, 1/216, cet Ihya At-turath Al-Arabiy)
Lihat!.. apabila nas sudah jelas..tiada elemen logik, redha dan perasaan kemanusiaan boleh masuk campur untuk membatalkannya. Kecuali dalam isu-isu hukum yang terbuka untuk itu, tetapi tidak dalam isu ini dan juga riba.
Ada yang cuba berhujjah dengan saya kononnya riba di institusi kewangan riba atau konvensional tidak mahal, kemudian ada pula yang mengatakan riba sekadar 3 % bagi pinjaman rumah dan pelajaran tidak sewajarnya diharamkan kerana ia memberi manfaat kepada peminjam. Justeru ia tidak riba kerana tidak zalim dan memperolehi redha kedua-dua pihak.
"Yang riba dan zalim adalah Institusi Kewangan Islam yang mencecik darah dan mahal." demikian kata-kata mereka yang terkeliru akibat ilmu yang kosong di dada.
Silap..!.
Dalam mengenal pasti dan menentukan riba, illahnya jelas dari nas hadis..
Iaitu :-
1) Lebih : Sebarang excess atau lebihan dalam : -
a- Pemberian pinjaman wang atau manfaat asset (beri pinjam kereta sebagai contoh) yang DISYARATKAN PULANGAN BESERTA LEBIHAN MANFAAT. Sebarang lebihan sama ada banyak atau sedikit, dirasakan zalim atau tidak. Ia adalah riba yang haram.
b- Sebarang lebihan berat emas atau perak dalam pertukaran emas dengan emas. Samada bezanya 1 gram atau 30 gram,. Ia sama sahaja haramnya. Sebagai contoh, menukar rantai emas seberat 20 gram dengan rantai yang baru seberat 23 gram. Ia adalah riba samada redha atau tidak, sikit atau banyak.
2) Tangguh : sebarang bentuk tangguh dalam :-
a- Pertukaran matawang dengan matawang lain
b- Pertukaran emas dengan emas atau dengan perak.
Itulah illah yang disepakati oleh majoriti ulama, ia bersifat standard dalam semua keadaan bagi semua orang, semua benua dan negara. Tidak terkesan dengan nafsu seseorang.
Saya akui, agak sukar untuk saya memudahkan penerangan ini dalam bentuk tulisan ringkas ini. Penerangan secara verbal mungkin lebih mudah. Namun saya masih berharap pembaca yangtidak mempunyai latar belakang ilmu Usul Fiqh mampu memahaminya.
REDHA DALAM RIBA YANG MURAH BOLEH TAK?
"Mengapa redha dalam hal riba tidak terpakai?" Berkerut dahi student saya ketika bertanya di luar kelas di UIAM.
Saya membalas :
"Kerana riba adalah satu bentuk dosa yang tergolong dalam HAK ALLAH semata-mata, justeru manusia wajib menurutinya tanpa boleh memindanya dengan redha dan rela hati mereka."
"Sama seperti zina.!, adakah zina menjadi halal apabila kedua-dua pasangan redha dan rela..Tidak sama sekali, demikian juga halnya membuka aurat, ia Hak Allah dan ujian yang Allah berikan kepada manusia, bagi menilai siapa yang taat dan siapa yang derhaka" jawab saya.
ASAL HUKUM TRANSAKSI KEWANGAN DI BANK ADALAH HARAM
Ada pihak yang cuba bermudah-mudah dengan mengambil kaedah fiqh yang menyebut
"Asal semuanya adalah harus selagi tidak dibuktikan haram"
Namun, perlu difahami secara halus kaedah tersebut. Yang paling tepat, kaedah ini sememangnya terpakai tanpa syak lagi buat semua perkara ciptaan Allah swt. Sepeprti hukum makan tupai, apakah hukumnya?..justeru selagi tiada nas yang haram, dan tidak pula memudaratkan. Ia kekal sebagai hukum HARUS DAN HALAL. Demikian aplikasinya.
Namun dalam instrument kewangan moden di bank khususnya, para ulama kontemporari mempunyai pendapat lain. Dr Md Daud Bakar (Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia) pernah menyebut dalam bengkel Muzakarah Cendiakawan Shariah Nusantara, bahawa asal hukum semua transaksi kewangan di bank adalah haram selagi belum dibuktikan halal.

Saya bersetuju seratus peratus dengan pandangan beliau. Ini kerana instrument kewangan moden di bank dan pelaburan lain kebanyakkannya adalah hasil ciptaan Yahudi dan puak kapitalis yang sentiasa menjadikan riba, gharar dan judi sebagai tapak ciptaan instrument kewangan moden ini.
Objektif utama mereka bagaimana ingin mencipta lebih banyak wang untuk mereka tanpa mengira kesan kepada orang lain. Pasaranlah yang akan menentukan kesannya kelak.
Hasilnya, adalah amat wajar dan tepat bagi ulama menganggapnya haram selagi belum dibuktikan harus dan halal.

Pengalaman meneliti produk kewangan moden yang wujud hari ini amat tepat bagi membuat keismpulan, amat sukar untuk disah halal sesuatu skim dan produk kewangan itu. Jika ingin menjadikannya halal mesti akan perlukan banyak atau sedikit modifisikasi. Setelah modifikasi barulah ia mampu menjadi harus dan halal.
Akhirnya, kerana sebab itulah umat Islam wajib menggunakan perkhidmatan bank-bank Islam dan Takaful. Mereka mempunyai pakar Shariah yang ditugaskan memantaunya serta mengambil tanggungjawab didunia dan akhirat.

Tanpa pakar Shariah yang menelitinya, setiap individu bertanggung jawab sendiri di akhirat untuk menjawab berkenaan keterlibatannya dengan sebarang skim pelaburan dan bank. Tiada excuse boleh diberikan. Hidup hanya sebentar, jangan leka dengan sebarang skim riba yang memukau nafsu cintakan harta.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
21 April 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
hujah yg sgt menarik. kezaliman bukanlah ?illah kepada riba. penindasan juga bukanlah ?illah kepada riba. Contoh yg lain: ikut hukum fiqh lelaki memang boleh kahwin dgn budak ppuan umur 9 thn jika budak tu dah akil baligh. So klu ada sorang 'ustaz' ni nak menikah dgn budak ppuan umur 9 thn dibolehkan ke tdk?
Wassalam.
thx
uzar : boleh dan halal.
Adakah harga jualan untuk bayar 2 kali (ansuran) yang berbeza dengahn harga tunai itu semestinya riba? Contohnya, beli tudung di pejabat. Harga cash RM50. Tapi jika ansuran 2 kali, jadi 2 darab RM30 =RM60. Adakah rm10 itu riba?
Saya ada menyertai satu skim yang dipanggilsebaga i perkongsian perniagaan. Syarikat ini adalah syarikat Bumiputra berasakan MLM. Yuran ahlinya adalah percuma. Bagaimanapun untuk menjadi ahli seseorang itu perlu membelisekurang kurangnya 2kotak produk kopi dengan harga RM36. Seperti biasa sistem MLM ahli perlu membeli dan menjual barang untuk mendapat pendapatan.
Sekiranya ahli tidak berupaya atau tidak berminat mencari ahli tetapi mempunyai wang, ahli tadi boleh membeli barang yang diperniagakan oleh syarikat ini (barang harian keperluan rumah) mengikut jumlah lot iaitu 1 lot dengan RM2250 (1 lot mempunyai 15 akaun atas nama ahli yang sama). Barang yang dibeli akan dijual balik kepada syarikat untuk diniagakan dan Syarikat memberi jaminan akan membayar keuntungan sebanyak 20% atau RM450 selama setahun. Bagaimanapun pembelian barang tidak disertai dengan penyerahan barang secara fizikal antara ahli dan syarikat tetapi berdasarkan sejumlah tertentu barangan senilai dengan RM2250 daripada senarai barangan yang berada dalam kedai stokis syarikat.Selepas setahun pulangan 20% akan tamat dan ahli yang ingin terus menjana pendapatan boleh melakukan melalui "maintain" pembelian setiap bulan dan syarikat akan memberi bonus tambahan yang mana bonus tambahan yang diterima (pada bulan berikunya) adalah melebihi dari kos "maintain" pembelain tadi.
Soalan: Apakah hukum urusniaga ini dan hukum pulangan keuntungan sebayak 20% oleh syarikat kepada ahliselama setahun. Wasalam
UZAR... saya pekerja disebuah Sykt kewangan Islam, thn lps syarikat kami digabungkan dengan sykt kewangan Konvesional.dan kami (kewangan islam)ditugaska n membuat kerja2 konvensional, dan kami memang sedia maklum bahawa konvesional mengamalkan sistem riba.. tolonglah kami UZAR mcmana kami nk lari daripada syubhat mengamalkan riba.
UZAR : SEGERA HANTAR RESUME KE BANK-BANK iSLAM DAN TAAKAFUL..
Alhamdulillah saya faham penerangan uzar, lebih-lebih lagi saya ikuti kursus kewangan uzar baru-baru nie, Uzarpun ada sebut pasal 'illah nie...alhamdulillah bertulis nie senang sket leh print dan baca berkali-kali..
jazakallah uzar, hanya Allah yang mampu membalas kebaikan uzar...
ada soalan out of topic:
- berkenaan wanita yg redo isterinya berpoligami, betul ke hadis berkenaan payung emas tu? saya muykil le sebab ramai antara kami dalam program usrah kami kata ianya hadis. risau jugak kalau bukan hadis, berdosa kami mensabitkan sesuatu yg bukan dari Baginda....
Payah gak saya nak terangkan walaupun hakikatnya kakak saya tu lulusan ilmu wahyu. jadi artikel UZAR ni mmg betul2 membantu saya untuk menjawab pertanyaan kakak saya tu. Saya rasa, mmg terlalu ramai lagi umat Islam di Malaysia ni yg tak paham persoalan riba' ni.
Saya terpanggil untuk berkongsi persoalan pembaca ttg pinjaman RM90 pada tahun 60-an dan dibayar pada tahun ini. mmg sgt berbeza nilainya. sbb tu la klu kita perhalusi, Rasulullah mensabitkan nilai pada barangan/apa-apa yg bersifat semasa..cthnya nilai emas-pinjam 2 dinar tahun 60 sepatutnya dibayar juga 2 dinar pada tahun 2008.
Jadi peminjam tidak berasa kerugian. .itulah juga sbbnya kenapa penting untuk kita kembali kepada kewangan islam berasaskan emas dan perak berbanding sandaran nilai USD yang terdedah kepada manipulasi. Wallahu'alam, pandangan sahaja melalui pemacaan yang tak brape byk. Klu salah mintak UZAR tolong perbetulkan.
ADMIN : SILA GUNA FUNGSI CARIAN CARI ARTIKEL TAJUK 'BANK ISLAM MAHAL DAN ZALIM" DAN 'BANK ISLAM MENIPU" , SEMUA ITU TELAH MENJAWAB SOALAN SDR, KERNAA ITU UZAR TIDAK MENJAWAB, KERANA DIA DAH JAWAB BERJUTA KALI. & DAH MASUK ARTIKEL DI METRO LAGI
Perlu ingat bahawa setiap bank adalah suatu syarikat yang tertakluk dengan macam macam syarat perniagaan, risk managment dan lain-lain. Pengalaman saya sendiri telah dua kali di tolak oleh Bank Islam Malaysia Berhad untuk membuat pinjaman perumahan dan juga persendirian. Tetapi saya tak putus asa dan memohon kepada bank seperti HSBC Amanah, RHB Islamic dan juga sekarang lagi satu bank islam, Bank AlRajhi. Alhamdulillah, dapat juga jalan keluar bagi kemelut kewangan.
Pada tahun 1998, apabila economic crunch affected the banking industries, ramai kenkawan saya yang mengambil loan bank conventional semua jadi bankrupt. Hancur hidup mereka. Masa tu semua teman teman saya yang berbangsa CIna bertukar arah dan opt for Islamic Loan.
Saya komen berdasarkan pengalaman saya sebagai peminjam dan juga sebagai peguam. Lawyers know how destructive a conventional loan can be, sebab the interest imposed in the loan is dynamite waiting to explode! Tu pasal lah banyak syarikat yang bukan diterajui oleh orang islam sekarang berlumba lumba nak dapatkan islamic facilities.
Contohnya; Gaji A ialah RM3000. Bayaran ansuran dari bank konvensional RM1000 sebulan. Bayaran ansuran dari Bank Islam pula 1200. Oleh kerana kelayakan untuk ansuran ini ialah 1/3 dari gaji, maka A hanya layak untuk ansuran dari bank konvensional sahaja.
Inilah sebenarnya dilema masyarakat kita. Saya suka merujuk www.tunemoney.com di mana tawaran insuran mereka sangat bagus dan affordable. Dan sebenarnya produk insuran dia adalah takaful!
UZAR : MEMANG SAH TIDAK MEMBACA ISI WEB INI DENGAN BAIK SEBELUM MENGULAS.
SOALAN MELAMBANGKAN TAHAP ILMU KITA. JUSTERU YANG TERBAIK ADALAH MEMBUAT BEBERAPA STUDY SEBELUM MENGUTARAKAN SOALAN.
SEPATUTNYA KAMI DELETE SAHAJA SOALAN INI, TAPI DIBIARKAN SEBAGAI CONTOH KEPADA YANG LAIN.
SEORANG PAKAR KEWANGAN SHARIAH KATA
"ORANG YG MEMBANDINGKAN MAHAL DAN MURAH BERDASARKAN BAYARAN BULANAN MELAMBANGKAN ORANG PENDEK AWAL DALAM BAB KIRA-KIRA DAN PERBANKAN SERTA TAK FAHAM APA YANG MEREKA SEDANG BINCANGKAN."
SAYA SETUJU DENGAN KATA-KATANYA
saya seorang tenaga pengajar di salah sebuah IPT. Keadaan saya yang selalu berjumpa dengan pelbagai ragam pelajar telah membuatkan saya terpanggil untuk menyampaikan sesuatu, atau dalam erti kata lain, menegur jika ada yang tidak kena. Tetapi sebagai manusia yang kekurangan ilmu banyak benda yang tidak dapat disampaikan dengan betul. Jadi saya menjadikan artikel2 ustaz sebagai bahan rujukan saya dan kadang2 saya copy dan print serta edarkan kepada pelajar2 saya.
Disini saya ingin memohon kemaafan jika apa yang saya buat melanggar prinsip dan sebagainya dan saya juga mohon dihalalkan semuanya.
terima kasih
UZAR : SAMA-SAMA, BOLEH NO PROBLEM
saya nak tnya tentang beli motor hutang dengan kedai(cina). sekarang ada sesetengah boleh loan dgn aeon kredit dan ia patuh syariah. yang jadi mslah saya hutang dengan kedai.
mula2 fikir tiada masalah sebab jika beli cash katakan sebuah motor RM5000 dan beli hutang RM10000 selama 2 tahun so sebulan RM416. step ni saya rasa tak ada masalah,cuma jika lambat bayar akan ada interest, lepas tu tentang akad dalam dokumen jual beli... apa hukumnya uzar
Dalam surah al-Baqarah, riba ini dinyatakan sebagai ad-a'fan mudho a'fah. Apakah itu maksudnya..riba itu adalah yang berganda? Pinjam 1000, kena bayar 2000. Itu baru riba...atau bagaimana maksud ayat itu??? Tk.
UZAR : TIDAK BENAR, ITU ADALAH PENYELWENGAN DALAM PENTERJEMAHAN AL-QURAN
Alhamdulillah, walaupun saya tidak mempunyai latar belakang fiqh yang baik, dengan kehendak Allah dan usaha daripada pihak Ustaz, saya boleh memahami artikel ini dengan baik dan berazam untuk cuba daripada awal, memandangkan saya belum mempunyai sumebr kewangan peribadi, semoga boleh jadi panduan, insyaAllah.
Terima kasih UZAR.
Dosa riba itu adalah hak Allah dan sebarang pencabulan ke atas hak Allah adalah zalim. Saya teringat akan nasihat seorang ustaz dalam siri kuliahnya, "Apa jua yang berbentuk perlaksanaan hak kepada Allah, ia adalah wajib tanpa soal dan segala yang memungkirinya adalah haram kecuali terang nas yang mengharuskannya ."
Wallahualam.
cuma di sini saya ingin ustaz perjelaskan lagi dengan lebih lanjut. Begini soalan saya ;
"jika kita menjual suatu barang secara tunai dengan harga RM50, tetapi ada yang ingin membelinya secara hutang dan kita menaikkan harganya kepada RM60, adakah itu riba?
bagaimana pula jika menjualnya secara hutang dengan harga RM60 tetapi jika ada yang ingin membelinya secara tunai kita memberikan harga diskaun menjadi RM50?"
itu adalah soalan saya dan ustaz telah menjawab yang jual beli itu bukan riba, jadi saya ingin ustaz perjelaskan lagi dengan lebih lanjut .
terima kasih ustaz
wassalam
uzar : ia tidak riba menurut majortiti mazhab dan itulah keputusan majls fiqh sedunia.
ia dinamakan "bai at-Taqsit" atau "Bai al-Muajjal"
Macam courts mamourt buat tu... ia halal.
Soalan saya begini:
1. Arwah nenek saya ada memberi hutang kepada A pada awal tahun 1960an dulu. Wang di pinjamkan ialah sebanyak $90. Keluarga A hanya membayar hutang tersebut pada tahun 2007. Wang di bayar pun $90. What about value of the money UZAR, tahun 60an $90 tu besar harganya, tapi tahun 2007, $90 its only a fraction of the value.
2. What about zakat ke atas wang pinjaman yang dibayar olehpemberi pinjaman ke atas pinjaman yang jumlah nisabnya tersabit zakat? Boleh di tuntut tak semasa pembayarn balik di lakukan?
Penerangan ini ringkas dan padat juga mudah difahami. Terima kasih.
Semoga Allah sentiasa mengilham kan UZAR untuk menulis bagi membetulkan kefahaman rakyat malaysia ini tentang isu Riba dan lain-lain juga. Amin.
thanks info uzar menarik, riba tu haram memang haram sampai kiamat takkan halal sikit ker banyak ker kita terima hukum ALLAH habis cerita tentu ader ganjaran dan hikmat sebalik pengharamannyer , bagi saya kalau dah ader dalil haram terima jer tak yah banyak soal.....
kata UZAR,
Apabila minuman dan makana itu tidak memabukkan sama ada banyak atau sedikitnya, ia bukanlah arak dan tidaklah haram.
Saya jd terfikir,kalau seseorang minum beer cthnya, dlm kuantiti yg sedikit, dan tidak sampai memabukkan, adakah ianya tidak haram? sbb tk mabuk? Allahua'lam
UZAR : ITU ADALAH HARAM, TELAH DISBEUT SECARA NAS OLEH NABI DALAM HADIS
ERTINYA : "APA-APA YANG MINUM BANYAKNYA MABUK, MAKA MINUM SIKIT JUGA HARAM ( WALALUPUN TIDAK MABUK LAGI)"
APA YG SAYA TERANGKAN YANG MEMANG TIDAK MABUK SAMADA BANYAK ATAU SEDIKIT.
Rukun Islam ke-4 'zakat' itu sendiri berkisar tentang muamalah & sistem ekonomi Islam.. 1 dah, 2 dah, 3 dah.. 4&5 belum lg ttp dah nak berlagak jadi juara Islam hentam org itu ini,walhal ilmu basic Rukun Islam mengaji tak habis lg.. itulah dia dilema Melayu hadhari (masakini) . Kita yg tak sepesen dgn dia dianggap hina/jahil/kebaratan
Asyik2 kita dengar spisis ni juga bising pasal kadar keuntungan yg tinggi di ambil oleh bank islam .. bankislam kononnya kena bantu org Islam (bankislam dgn baitulmal pun tak reti beza).. kalo semua org rasa diri nk terima zakat..siapa yg nak berusaha keluar zakat? kalo majoriti org fikir taknak keluar zakat..mana dia yg dikatakan ciri2 'umat Islam' yg sepatutnya tunai semua Rukun Islam tu ? Nak minta tolong kat bukan Islam utk subsidi kita ka? Mana maruah kita (slogan hidup kita sebenarnya) yg Allah s.w.t sebut dlm Al-Quran "umat Islam umat terbaik contoh kpd umat2 lain"?
Tak pernah pulak spisis ni tolong bising yg simpanan deposit di bankislam pulangannya lebih tinggi drpd simpanan bank konvensional, kerana berlandaskan profit sharing, bukan fixed interest konvensional... kalo tolong bising jd marketing yg baik sebenarnya, dpt pahala lg bila dpt promote org keluar dari alam riba
Spisis ini juga yg taktau beza antara konsep insurans & takaful..ada ka kata nama jer beza, satu arab satu omputih..geleng kapla dibuatnya..kita kata jahil, kot melenting naik minyak...mengaji pulak takmau lebih2 lg dgn org muda, konon dah tahu semua pasal dah makan garam terlebih, walhal lebih makan garam boleh dpt darah tinggi , tak baik mana pun hasilnya kalo sakit pertahankan sesuatu yg sia2.. (apalah kaitan teknikal antara garam & ilmu agaknya?
.... meletakkan sesuatu tak kena pada tempatnya adalah dikira zalim.. nak tau kat mana nak letak kenalah belajar & fikir..
org ajar: "letak barang kat tempat kering, kalau basah nanti rosak", ..ttp apabila ilmu tu sampai kpd si tuli aqal, dia taknak fikir sendiri, dia akan akan tanya balik.."letak kat dlm almari boleh tak? letak kat bawah katil boleh tak? letak dlm peti simpanan bank boleh tak? letak dlm kapal terbang boleh tak? letak kat bulan boleh tak? letak kat matahari boleh tak? ..dll.. "
Can you handle that??
tulah dia tuan2 cek nak habaq mai spisis melayu tipikal ni- minda subsidi turun temurun..susah nk ubah.. kena byk bersabar..kita jgnlah jd Melayu tipikal. Jadilah seorg Muslim.
Siapa yg menzalimi diri siapa sebenarnya kalo bukan empunya diri itu?
"God loves to see His servant exhausted after an honest day's work
Hadith was narrated by Ad-Daylami
Harap jasa ustaz di Malaysia akan menghasilkan jenerasi yang cintakan ilmu islam.
Harap2 masa ustaz balik semula ke Malaysia,Semua umat islam telah beralih ke islamic banking sector.InsyaAllah
I?m just a soul whose intentions are good,
Oh Lord! Please don?t let me be misunderstood
wassalam
1) Lebih : Sebarang excess atau lebihan dalam : -
a- Pemberian pinjaman wang atau manfaat asset (beri pinjam kereta sebagai contoh) yang DISYARATKAN PULANGAN BESERTA LEBIHAN MANFAAT.
Sebarang lebihan sama ada banyak atau sedikit,
dirasakan zalim atau tidak. Ia adalah riba yang haram.
Sekiranya bank atau apa jua institusi kewangan yang memberikan pinjaman namun peminjam perlu membayar lebih dari jumlah yg dipinjam adakah ini riba..?
Jika pemberi pinjam mengunakan nama islam dalam urusan memberi pinjam adakah ini dapat dikatakan tidak riba.?
Bukankah si peminjam perlu bayar lebih dari jumlah yg dipinjam termasuk charge perkhitmatan dari pemberi pinjam yang menggunakan nama islam ini.?
Adakah dizaman Rasulullah ade charge perkhidmatan,ji ka ada beritahukan hadithnya.
Mintak tolong ulaskan bagi saya.
UZAR : CAJ PERKHIDMATAN TELAH SAYA ULAS DI ARTIKEL LAIN.
BANK ISLAM JUGA TIDAK DIBENARKAN AMBIL CAJ PERKHIDMATAN YANG BERBENTUK PERCENTAGE.
NAMUN, BANK ISLAM TIDAK BERI PINJAMAN ISLAM BUAT PEMBIAYAAN MELLAUI PROSES JUAL BELI, SEWA, PARTNERSHIP DAN LAIN-LAIN
Saudara Sufie menyebut "Gaya hidup orang barat ialah hutang..hutang.. hutangggg.Kita orang Islam, elaklah dari berhutang kecuali terdesak,gantik an dgn tabiat menabung dan melabur"
Saya kurang bersetuju dengan pendapat "Gaya hidup orang barat adalah hutang..hutang". Saya sudah tinggal di US selama 5 tahun termasuk tahun ini dan ternyata kebanyakan tanggapan negatif kita terhadap "orang barat" adalah tidak benar sama sekali.
Tahukah anda, orang di sini lebih ramai yang menyewa kereta berbanding membeli kerana tidak mahu terikat dengan hutang?
Tahukah anda kadar hutang credit card di US adalah 2X labih rendah berbanding negara2 Asia?
Kami memang gunakan credit card secara banyak dalam kehidupan harian. Namun tak ramai yang bersifat seperti orang Malaysia yang liat bayar hutang. Mungkin kerana interest rate yang terlalu besar menyebabkan semua berhati2 dengan pembayaran hutang credit card ini!
Tahukah anda istilah "personal loan" boleh dikatakan tidak diketahui langsung oleh penduduk di sini?
Tahukah anda, kebanyakan masyarakat di sini sangat cermat berbelanja dan terdapat banyak dana/yayasan pelaburan yang mengumpul billion of dollars di sini, hasil dari simpanan masyarakat?
Harap kita selidik dahulu perkara2 sebelum membuat kenyataan..... Bukan nak membela mereka tetapi saya lihat banyak sikap bagus mereka yang tiada di dalam masyarakat ISLAM kita di Malaysia
Tetapi berkenaan mengelakkan hutang, banyakkan menabung dan melabur, itu saya sokong 100%
UZAR : INFO YANG BAGUS DIKONGSIKAN DI SINI
RSS feed for comments to this post