Hal Ehwal Riba Riba Halal Jika Kerajaan Dengan Rakyat ?

Riba Halal Jika Kerajaan Dengan Rakyat ?

  • PDF
(12 votes, average 4.92 out of 5)

Riba Halal Jika Kerajaan Dengan Rakyat ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

Pintu Gate

 

Ada pihak yang datang kepada saya berkenaan isu PTPTN lalu berkata:

"bukankah tiada riba di antara negara atau kerajaan dengan rakyat, sebagaimana tiada riba antara tuan dengan hambanya"

Benarkah riba menjadi halal apabila ia melibatkan hamba dan tuannya. Maka demikian juga kerajaan dan rakyat?

Sebelum saya mengulas ringkas berkenaan sejauh mana benarnya pandangan tentang riba antara kerajaan dan rakyat yang dikatakan halal, terlebih baik jika kita dapat melihat asas yang cuba digunakan, iaitu riba antara hamba dengan tuan.

RIBA ANTARA TUAN DAN HAMBA

Benar, mazhab Hanafi berpendapat riba tidak diharamkan jika transaksi itu di antara hamba dan tuannya.  Pandangan mazhab Hanafi ini ternyata dalam nas fatwanya: -

أن لا يكون البدلان ملكا لأحد المتبايعين , فإن كان (البدلان ملكا لواحد) لا يجري الربا   , وعلى هذا يخرج العبد ..

 

Ertinya : "Antara syaratnya (untuk jatuh riba) mestilah badal (harta) itu tidak dipunyai oleh satu pihak sahaja, jika (ia dipunyai oleh satu pihak sahaja) maka tiadalah jatuhnya riba, justeru itu terkeluarlah hamba " ( Badai As-Sonai'ie, Al-Kasani, 7/3129 )

Ringkasnya, asas pendapat Hanafi ini adalah kerana si hamba sebenarnya tidak boleh memilikinya hartanya sendiri, semua harta yang dimiliki oleh hamba sebenarnya milik tuannya.

Oleh kerana itu, tiada riba antara kedua-dua nya keran awnag hamab adalah wang tuan, dan wang si tuan juga wangnya juga. Maka tiada riba dalam hal wang satu pihak sahaja (iaitu si tuan).

MAJORITI MAZHAB TIDAK SETUJU

Namun, pandangan ini bertentangan dengan pendapat mazhab-mazhab lain yang berfatwa haramnya tetap sama. Imam Ibn Hazm dengan tegas menolak dengan dalil Saiyidina Hussain bin Ali pernah menerima hadiah kambing dari seorang hamba, apabila mengetahui ia dari seorang hamba, Hussain memulangkannya kembali tetapi kemudian hamba tersebut mengatakan dengan jelas :-

إنها لي

 

Ertinya : Ia ( kambing) itu milikku.

Dengan penjelasan itu, Sayyidina Hussain menerima hadiah kambing itu. Ini jelas membuktikan sang hamba masih boleh memiliki harta, jual beli, memberi hadiah dan sebagainya. Kalau hamba tidak boleh memiliki, sudah tentu, Sayyidina Hussain akan tetap menolaknya. ( Al-Muhalla, 8/515)

Apabila hamba dikitiraf boleh miliki harta secara berasingan dari tuannya, sudah tentulah riba tetap boleh berlaku di antara sio hamba dan tuannya.

Hal ini dikuatkan lagi oleh Imam  An-Nawawi berkata :-

يستوي في تحريم الربا الرجل والمرأة والعبد والمكاتب بالإجماع..

 

Ertinya : Sama taraf hukumnya dalam pengharaman riba sama ada antara lelaki dan wanita, hamba, hamba yang tertulis ( untuk bebas) secara ijma'.." ( Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, 9/442 )

BAGAIMANA PULA RIBA ANTARA KERAJAAN DAN RAKYAT?

Jika dilihat perbincangan di atas tadi, jelas kepada kita memang benar mazhab Hanafi berbeza fatwanya dengan majoriti mazhab dalam hal riba antara tuan dan hamba.

Walaupun demikian, pandangan yang lebih kuat adalah masih BERLAKU riba antara keduanya, ia juga merupakan pandangan majoriti ulama dan mazhab.

Namun wujud di zaman moden ini individu yang cuba menghalalkan riba yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat dan cuba mengambil hujjah mazhab hanafi berkenaan "tuan dan hamba".

Objektif di sebalik pandangan ini adalah untuk membenarkan sebuah bank yang dimiliki kerajaan atau pihak kementerian memberi pinjaman wang kepada rakyat dengan riba, atau meminjam wang dari pelabur dari kalangan rakyat lalu memberikan pulangan riba kepada mereka. Dengan itu ia dianggap halal kerana kononnya ia boleh diqiyaskan kepada fatwa mazhab Hanafi iaitu kes riba di antara hamba dan tuan.

QIYAS YANG MENYELEWENG?

Adakah ini qiyas yang benar?.

Sudah tentu tidak. Mazhab Hanafi tadi menganggap ia harus kerana bagi mereka sang hamba tidak punyai kapasiti untuk memiliki harta sendiri, kerana semua miliknya adalah untuk tuannya.

Jelas sekali sifat ini tidak relevan dengan rakyat, rakyat bukannya hamba. Harta rakyat juga tidak boleh diusik sewenang-wenangnya oleh kerajaan. Semua individu rakyat memiliki kapasiti khusus yang diiktiraf Islam untuk menjual, membeli, menyewa, melabur dan lain-lain dengan hartanya. Tanpa sebarang campur tangan kerajaan. Kerjaana hanya berhak mementukan undang-undang dan prasarana sesuai agar setiap transaksi terjaga dari eksploitasi dan penipuan.

Kerajaan tidak boleh campur tangan jika individu rakyat ingin membeli rumah di Kajang, di Damnsara dan sebagainya. Ia berlainan sama sekali dengan si hamba yang tidak boleh membeli rumah sendiri kecuali dengan arahan si tuan.

Tegasnya, rakyat bukan hamba yang dimiliki oleh kerajaan. Tidak sama sekali, malah kerajaanlah khadam dan hamba yang perlu berkhidmat untuk rakyat.

Kesimpulannya, pandangan yang cuba mengharuskan riba antara kerjaaan dan rkayat adalah tertolak dan tidak berasas sama sekali. Hal ini juga telah ditegaskan oleh Dr. Sami Hammud dan Prof  Dr. Yunus Al-Masri dalam kajian mereka. (Al-Jami fi Usul Al-Riba, hlm 202-204 ; Tatwir Al-A'mal Al-Masrafiah, hlm 201-205 )

Justeru, PTPTN tetap riba walaupun ia antara kerajaan dan rakyat, ini berdasarkan fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan ulama yang pakar dalam bidang kewangan Islam dengan hujjah-hujjah yang amat jelas dan terperinci.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 April 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #36 isu sspnFARIHEENA MOHAMMED Y 2011-12-19 12:00
assalam, Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, saya nak tanya hukum ambil tabungan sspn beserta dalil/hujjah. Jazakallah khairan jaza'.
Quote
-3 #35 RIBAamru 2010-10-27 10:10
Hanya 1 soalan saya.berapa org yg diatas ini yg beli kereta secara cash?bukan kah loan kereta itu juga termasuk dalam riba?macamana pula personal loan?ramai kan yg ambik personal loan?tapi kenapa tak pernah dipersoal kan pula hal ini?ada kah kerana pemimpin2 pembangkang membeli kereta secara loan atau dgn kata lain mereka juga melakukan riba?kenapa bila pembangkang melakukan riba ianya dihalalkan?

tolong lah berhenti mempolitikkan isu PTPTN ini.ini adalah untuk generasi muda.gelap lah masa depan mereka jika kerajaan memberhentikan sistem PTPTN ini.
Quote
-3 #34 RIBAamru 2010-10-27 10:10
Salam UZAR,

Saya baca komen2 diatas mengenai ketidak puas hatian org ramai dgn PTPTN ni....xdapat dinafikan rakyat akan gembira jika semua pelajar diberi biasiswa.tapi kita perlu berpijak dibumi yg nyata kerana semua tahu perkara itu tak akan berlaku.xada 1 negara pun didunia ni yg boleh menawar kan pembelajaran secara percuma kepada rakyatnya.

ramai juga yg menggodam PTPTN terutamanya pembangkang.adakah ini salah satu cara pembangkang utk menjatuhkan kerajaan dan membina kerajaan baru dgn acuan yg baru?saya rasa PTPTN ini hanya lah isu politik yg dipolitikkan pembangkang.
Quote
0 #33 PTPTN dan SSPNgyah 2009-07-28 21:27
salam ustaz...sy nie brcadang nak bukak akaun dlm SSPN dan nak buat pinjaman utk PTPTN...sy ingatkan 2 tu sama je...tak tau la pulak ada beza yang satu haram dan yg satu tu haram ke...

ms nie juga sy plan nak berhentikan takaful insuran utk ank2 sy sbb nak bukak akaun kat SSPN...tu la plan nak buat simpanan utk plajaran mereka...apa pendapat ustaz...perlu ka sy berhentikan takaful utk bukak akaun SSPN tu...sbb kalo nak masuk duit dlm 2 akaun rs tak mampu....dan lagi satu...betul ke tabung haji tu tak da bdn syariah...atau mungkn ustaz ada nak suggest tpt mana nak buat pnjaman utk pndidikan saya yg x da riba... :-? :-?

UZAR : pergi ke berpuluh bank islam di malaysia, semua tak riba
Quote
0 #32 mat coolfauzi 2009-06-01 08:49
aku rasa ptptn 2 dah turunkan kadar faedah y dikenakan kepada peminjam kepada 1%.. aku rasa ia boleh dikatakan faedah daripada kos perkhidmatan..cuba kita lihat dalam contoh y lebih kecil... kaLAU 1 organisasi nei dia ada rm 10 000,, dia ada 5 orang pekerja yang nk urus pinjaman... pas tu dia nak kasi pinjam kat 8 orang n setiap orang dia pinjam sorang rm 1000... so, balance kat pemberi pinjam cuma rm 2000.. so sekarang kalau dia bagi rm 8000 n dapat balik rm 8000... pas tu dia nak bayar gaji pekerja dia lagi... macam mana organisasi nei nak terus berdiri n macam mana generasi seterusnya nak dapatkan pinjaman??? minta ustaz komen pandangan saya nei...
Quote
0 #31 Taufiq 2008-06-05 17:41
Salam Ustaz dan komentar sekalian,

Riba antara tuan dan hamba dengan kerajaan dan rakyat tidak boleh disamakan.
Kerana rakyat bukanlah hamba kepada kerajaan.

Dalam soal ini, rakyat punyai hak kepada kerajaan supaya kerajaan menjalankan amanah dengan bertanggungjawa b dan memberi keadilan kepada rakyat.

Dalam hal hamba, ia sangat berbeza berkenaan hak mereka kepada tuan mereka.
Quote
0 #30 zzr 2008-06-02 19:26
Assalamualaikum UZAR,
Oleh krna PTPTN tu hukumnya HARAM,maka perlu ke saya menbayar baki pinjaman saya itu?

Bagaimana dari pendangan Ustaz jika saya hendak buat bayaran penuh so adakah caj 3% itu di tolak? atau sebaliknya?

Terima Kasih
Quote
0 #29 abdullah bin ali 2008-05-21 18:34
Pihak Kerajaan sememang tidak mengakui akan pinjaman PTPTN sebagai RIBA adalah salah satu usaha untuk mengubah ketetapan yang telah diwujudkan dalam Al-Quran. Surah An-Nisa ayat 161 telah menjelaskan :
" Dan juga (disebabkan) mereka mengambil 'riba' pada hal mereka dilarang melakukannya dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) . (Ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang kafir antara mereka, azad yang pedih."

Manakala Surah Al-Baqarah, ayat 278 hingga 280 Allah menerangkan FirmanNya yang bermaksud :

'Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allahdan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipunggut), jika kamu orang-orang yang benar-benar beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan ( meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagi mu pokok harta mu; kamu tidak akan menganayai dan tidak (pula) dianayai. Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia kelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

Betapalah besarnya Allah Taala mengajar kita supaya melakukan kebaikan hidup di atas dunia ini. Sebalik PTPTN mencari jalan salah yang boleh merosak setiap kakitangan dan mereka yang berkhidmat diPTPTN. Mencari jalan salah bagi menyara anak isteri/suami sepanjang hidup atas dunia.

Apakah kerajaan dan semua yang terlibat dalam hal ini boleh bersukaria begitu sahaja tanpa apa-apa perhitungan di akhirat nanti. Tunggulah bila bertemu dengan mati, siapa yang benar dan siapa yang melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.

Nauzubillah himinzalik.

Kami rakyat melihat pihak bertanggungjawa b tidak merasai takut dan gerun samasekali bakal dilalui selepas mati. Semua orang memikirkan hidup dan lupa pada mati. Walhal setiap orang mati saban waktu berlaku atas muka bumi, tapi tiada apa pengajaran bagi orang yang hidup.

Apa sudah jadi dengan manusia akhir zaman ini. Apakah mereka semua lupa akan ancaman yang telah disediakan oleh Allah selepas daripada mati?

Wallahualam.
Quote
+1 #28 Soleh 2008-05-20 02:47
sy antara peminjam ptptn...ms sy pinjam ptptn dulu dlm 1999 sy x tau bab riba 3% nih psl bole kata smua student amik ptpn termasuk ler yg belajar kat AI...

skrg dah kerja (cikgu) tiap2 bulan sy bayar RM300 utk ptptn. riba dr ptpn lak dlm RM60 setiap kali bayar. sy dah tak tau nak buat camna..kalo x bayar hutang akan bertambah...bayar kena riba, tak bayar pon kena riba...
skali ari tu, Allah ada bagi ilham kat sy camna nak settle ptptn x kena riba...caranya ialah...buat islamic personal loan ngan bank rakyat...settlekan skaligus ptptn...kita bayar plak secara islamik ngan bank rakyat (potongan angkasa)..kan tak kena riba tuh? slamat dunia akhirat...
Quote
0 #27 Salam 2008-05-16 04:25
apakah kerajaan-rakyat ibarat tuan-hamba? jadi siapa hamba,siapa tuan?
apekah kerajaan asl dan rakyat furu'?
mmg qias ni dibelit2kan..saya tak nampak persamaan..
moga2 dato zahid mengambil alternatif dr ustaz,walaupun ianya tampak masih ada 3%.. tp saya harap, keberkatan Allah turun dan mmpermudahkan bayaran balik ats pelajar yg sedang merana..moga usaha ustaz akan berterusan dan akan terbuka lagi pintu2 alternatif yg lebih islamik dr Allah jika ustaz bnr2 ikhlas..
dan saya harap ustaz sertakan cadangan turun 2% kerana mungkin akan ada suara2 yg kurang mengerti melabel perkara ini hilah..plg tidak inya nmpk beban dikurangkan..
lagi 1, saya ingin bertanya mengapa tidak administrative cost ini di fixed kan kepade angka jumlah wang dan tidak terikat kepada percentage dgn alasan inflasi?
apekah zero-interest loan betul2 diluar kemampuan kerajaan?
saya kurang percaya..
Quote
0 #26 aemin 2008-05-14 23:44
assalamualaikum UZAR? ada alamat emel tak?

UZAR : zaharuddin@yaho o.com
Quote
0 #25 selangorian 2008-05-14 00:04
alternatif untuk rakyat selangor,ada biasiswa yg disediakan oleh SUK...biasenye dibuka pada awal tahun...
Quote
+2 #24 Ameen 2008-05-10 07:35
Assalamualaikum UZAR,
UZAR ckp akan bg cadangan utk ubah sistem ptptn dlm masa terdekat.

Jadi, adakah ust cadangkan kami yg sdg berhutang dgn ptptn ni tggu hingga ptptn di'Islamik'kan baru bayar hutang
ATAU
bayar shj kalo ada duit yg menyebabkan kami membayar riba?

ana btol2 konfius smada nak byr skrg atau tggu hingga ptptn ubah sistem..
hrp ust dpt jawab
jazakallah

UZAR : HANYA USAHA, JIKA MEREKA TIDAK LAYAN..APA LAGI YANG MAMPU SAYA USAHAKAN..HMMM
Quote
0 #23 nurulizzati 2008-05-09 21:56
assalamualaikum ...
i'allah 17-19mei ini akan di adakan konvensyen majlis perwakilan pelajar seluruh kampus di malaysia di UPSI.
isu PTPTN adalah perkara yang paling penting untuk di utarakan saat itu nnt. Ana mohon doa kalian untuk kami di barisan MPP mampu menbawa perkara penting ini ketengah demi kesejahteraan umat.
Quote
0 #22 sarjantulang 2008-05-09 18:51
salam,

ustaz, minta izin utk salin sebahagian artikel yang terdapat dalam web ustaz utk dimuatkan ke dalam blog saya. saya akan letakkan web ustaz sebagai rujukan. artikel ini bagus utk tatapan semua. saya baru memulakan blog.tapi takde masa sangat nak tulis sesuatu. semoga Allah memberi kekuatan kepada pejuang2 di jalan-NYA.
takbir!!!

kunjungi blog yang baru saya di:
www.sarjantulang.blogspot.com

salam perjuangan

sarjantulang
Quote
0 #21 zahirul 2008-05-06 21:40
salam uzar...

tak tau nak bagitau betapa gembira tengok perjuangan uzar dalam memertabatkan kewangan islam....moga ramai lagi golongan akademik islam serta ulamak memperjuanganka n isu kwangan islam nie...semoga usaha kalian mendapatkan berkat dunia dan akhirat....
Quote
0 #20 SALAM 2008-05-05 06:34
ust adakah ini bermaksud masyarakat di malaysia yg meminjam duit ptptn dan meminjam duit daripada bank yg berunsurkan riba' untuk beli rumah dan sebagainya menanggung dosa
Quote
0 #19 Insan yang bersalah 2008-05-05 06:30
salam
ust saya org yg htr soalan ttg dosa orang yg terlibat dalam pemberian riba.... ust seorang yang saya sanjung, minta maaf sekiranya soalan tadi xsepatutnya ditanya... saya masih belajar dan masih kabur dalm hal tadi... saya tiada niat2 ape2 melainkan untuk mengetahui jawapan... asif jiddan
Quote
0 #18 fnd 2008-05-02 18:23
salam uzar,

Setakat ni yg saya faham salah satu collection agent SSPN ni adalah BankIslam Bhd. (BIMB) ..saya ada tanya kwn yg kerja kat situ..dia cakap BIMB ni segala product yg dia nk jd collection agent akan di screen oleh dia punya panel syariah dulu..sebab tu ASB/ASN/ASW mereka taknak jd collection agent..

Mungkin agaknya krn sifat SSPN tak labur dlm 'non-green' counter & bersifat mcm unit amanah.. boleh gali lg ni ttg SSPN ni utk cari maklumat lanjut & nilai.. saya pun teringin nk tau lebih lanjut sbb buleh dlm 'tax exemption' sehingga RM3,000 sebelum buat keputusan keluarkan simpanan takaful pendidikan ..mungkin uzar boleh bantu berhubung isu SSPN ini..

Kekadang kita kena gak pertimbang purata pulangan dgn purata kadar inflasi dgn syarat produk itu comply syariah..kalau pulangan dibawah kadar inflasi, duit kita akan 'depreciated in value' pada masa hadapan..hari ni roti canai mungkin RM0.70..18 tahun lg dgn kadar inflasi 4% dah jadi RM1.42..kalo kadar inflasi makanan 8% dah jd RM2.80.. time tu gaji RM2000/bln pun bukan besar mana kerana kuasa membeli dah jatuh 50% ditelan inflasi 8%..saya fikir datuk/nenek kita lebih 'kaya' kerana kuasa membeli mereka lebih tinggi w/pun gaji kecil.. (polis konstabel pun starting gaji RM60/bln zaman 40-50an dulu..starting cikgu RM300/bln, engineer RM500/bln, jd pengarah jabatan /pegawai daerah RM3,000/bln..kalo ikut kuasa membeli mereka = 10xganda sekarang!)

Maaf krn terlepas ckp & mungkin salah krn bg maklumat kurang pasti, buat masa ni saya fikir baik kita KIV dulu SSPN .Bukan byk sgt pulangan dia, dlm 3~ 5% jer setakat ni pencapaian dividen (baik sikit dari Takaful Pendidikan) , baik kita simpan Tabung Haji 4.75 ~ 7% , takpun unit amanah Islamic PB yg purata jumlah pulangan 25 ~120% utk tempoh 3-5 thn..(ttp agak berisiko). Nk Selamat ambil Takaful Pendidikan lah (2 ~ 6% avg return based on profit sharing). :P

Wallahualam..
Quote
0 #17 dzul 2008-05-02 08:34
semoga usaha UZAR memperjuangkan PTPTN mengikut pinjaman yg dibenarkan islam berjaya... student mmg takde cara lain selain pinjam kat ptptipu tu ha..hehehe ada la segelintir je yang dpat biasiswa KPM ke, Mara ke, beruntung la...tp biasiswa tu terhad jeeee...yang lain mane lagi nak pinjam...ke situ je la perginya kannn......eh tapi bank islam taknak buat pinjaman macam PTPTN ke? maksud saya pinjaman pelajran utk pelajar tp tanpa riba' la... hmmmm...konpem la lps ni PTPTN tidak dilayan...

UZAR : silap, saya tak perjuangkan pinjaman secara Islam oleh PTPTN.

tetapi pembiayaan pendidikan melalui konsep Ijarah dan sukuk ijarah
Quote
0 #16 wuzara 2008-05-01 18:51
Assalamualaikum wbt,

masalah riba' PTPTN ini sudah dibicarakan lama. sejak saya masih menuntut akhir tahun 90an, ia hangat dibincangkan. ada juga yang tak bersetuju dengan saya apabila saya mengatakan HARAM terlibat dengan PTPTN.
apatah lagi ada antara ustaz2 yang menghalalkan riba' tersebut atas alasan:
1) kos perkhidmatan
2) kemaslahatan ummat
memang tidak dinafikan ramai yang emosional dalam hal ini. yelah, ramai diantara kita yang hanya ada PTPTN untuk membiayai pengajian. biasanya saya membacakan firman Allah yang bermaksud:
"maka demi Rabbmu,mereke itu (hakikatnya) tidak beriman sebelum mereka menjadikan kamu(Muhammad) sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan terhedap keputusan yang engkau berikan, dan mereka
menerima dengan sepenuhnya" (An Nisa' 65)
alhamdulillah ada yang menerima untuk meninggalkan PTPTN walaupun susah, tetapi ada juga yang tidak menerima.
setelah sekian lama, Ustaz Zaharudin menjelaskan bahawa PTPTN itu adalah riba'.
saya rasa bagi mereka yang selama ini dalam kekaburan, tiada
alasan lagi untuk mengambil PTPTN. firman allah:
boleh jadi kamu tidak suka sesuatu tetapi ia baik untuk kamu. boleh jadi kamu suka sesuatu tetapi tidak baik untuk kamu. sesungguhnya allah maha mengetahui, kamu tidak mengetahui"

jom kawan2, tinggalkan segala jenis riba kerana diakhir zaman orang mengatakan riba' itu bukan riba', nauzubillah.
Quote
0 #15 fnd 2008-05-01 01:42
salam kpd semua pelajar PTPTN...

Memandangkan anda semua dah terjebak kerana kehimpitan situasi yg sukar dielak, maka mulalah beringat apabila dah bekerja nnt . Menabunglah untuk tabung pelajaran anak2 anda sejak mereka lahir didlm skim2 simpanan pendidikan yg comply syariah..SSPN, Unit Amanah Islamik, Takaful Pendidikan dll...bukan byk..RM50-100 sebulan..18tahun dah dpt dlm RM60-80k..pasal persaingan makin sengit lah..semua org dah pandai2. Daripada melebur duit tu beli spot rim besar kereta lembu, ekzoz besar serombong kapal & spoiler setinggi KLCC dan bakar duit dgn rokok..baik menyimpan..jgn jd ibubapa Melayu tipikal lah cek oiii..

Dah beringat menyimpan dari awal kan dah takyah meminjam RIBA..kalo anak kita pandai & dpt anugerah biasiswa, Alhamdulillah ..kita tak rugi sesen pun..untung lg adalah..duit tu bulehlah amik kat kita..pi Haji pon boleh..beli umah pon buleh..

Jd lah ibubapa yg bertanggung jawab noo..jgn jadi Melayu tipikal lagi dah ek..celiklah aqal..dunia dah berubah..kalo tak kita jd dinosour lah..

Peliharalah ahli keluarga drpd api neraka..jgn main2 hal riba ni cek oii..kelak tak boleh menjawab kita di akhirat kelak..bukan kerajaan nk jawab bagi pihak kita kan..?

Sendiri mau ingat & usaha :P

wasallam

UZAR : BETUL KE SSPN TU MENEPATI SHARIAH?. EMM..
Quote
0 #14 hafiz_din 2008-04-30 15:40
assalamua'laikum...
disini saya ingi menyatakan persoalan...apakah terdapat kepentingan @ aula nya terhadap pinjaman ptptn walaupun ia riba' dan salah di sisi syariat??
Quote
0 #13 Musykil 2008-04-30 15:37
salam uzar

saya merujuk pd jawapan uzar kpd soalan ajim.

mengenai Tabung Haji (TH), maksud nya selama ini TH tidak pernah ada Lembaga Penasihat Shariah?

bagaimana dgn wang yg disimpan oleh orgramai? adakah wang yg disimpan dilaburkan kpd perniagaan2 yg halal?

b'mana pula dgn div/bonus yg diterima..adakah urusan TH juga terlibat dgn riba?

penjelasan uzar di dahului dgn ucapan terimakasih
Quote
0 #12 moza5067 2008-04-30 15:35
Assalamualaikum ,

Dari permerhatian saya, apa yg diperjuangkan adalah urusniaga yg dibenarkan oleh Islam yaitu tanpa riba. Tetapi ada juga komen mintak dihapuskan 3% tu. Dia ni masih tak faham lg urusniaga dlam Islam. 3% ti mungkin akan tetap ada tetapi mengikut aqad ijarah, barulah tak jadi riba.

Sekarang ni mana ada orang nak bagi pinjam tanpa keuntungan, tetapi caranya hendaklah berlandaskan Islam. MARA je kot...

Betul tak komen saya tu UZAR :roll:
Quote
0 #11 fnd 2008-04-30 15:29
salam semua,

Betul ckp UZAR..Bila masa pula rakyat jadi hamba kerajaan... kerajaan tu sepatutnya jadi hamba rakyat pasal kita yg pilih mereka melalui pilihanraya.... perkara asas pun dah tak betul lg mereka ni nk berhujah dangkal...

RIBA TETAP HARAM...TIADA HUKUM RIBA HALAM ATAU HAILAM (HALAM = Halal + Haram) ... Pandai2 jer puak2 ni nk menghalalkan yg haram walhal dah terang2 di sebut dlm Al-Baqarah:275-279.

Kalau ikut undang2 ciptaan manusia sekalipun (yakni Perlembagaan Persekutuan Malaysia) apabila Enekmen (yakni undang2 di draft peringkat Negeri) menyalahi peruntukan Akta (Undang2 Persekutuan)..secara automatik undang2 Enekmen itu akan terbatal! ... so kalo Al-Quran satu Perlembagaan yakni AKTA..sendiri mau faham lah 'the consequences' kpd segala 'enekmen'2 ini...

..tak payah bertekak pertahan konon dengar hujah ustaz itu ini betul/berasas bilamana hujah itu sendiri bercanggah dgn hukum Allah s.w.t yg jelas...itu dah kira merapu namanya..ular..auta..
org yg suka dengar hal merapu ni sama ada jenis mudah tertipu, suka mengampu atau dungu..

Nak percaya cakap org tanpa usul periksa ke nak percaya Al-Quran?? Tepuk dada tanya rukun Iman...

To those 'over-smart' people...Please, please..do not act God! Really2 sick hearing about it..geram & tensen.. :roll:

Siapa hamba..siapa Tuhan...Itu yg sendiri lebih patut mau ingat..
wasallam
Quote
0 #10 seri 2008-04-30 15:28
Assalamualaikum ..
Pada saya sebenarnya kerajaan lebih daripada mampu untuk memberi pinjaman tanpa riba kepada pelajar sebenarnya. Klu kerajaan boleh menaja rm1Billion setahun untuk petronas sauber F1, apalah sangat PTPTN yg baru nak mencapai rm1Billion nilai pinjaman setelah sekian lama diperkenalkan. Cuba kita kira2, klu kerajaan suntik dana rm1billion untuk pelajar setiap tahun, brape byk dana dah ada dalam tabung pengajian tinngi tu? Lagi satu, pada pengamatan saya, pelajar yang tidak ambil pinjaman PTPTN ni kelihatan lebih yakin dan mantap dalam pembelajaran. mungkin faktor ketenangan dan munkin juga keberkatan. Saya amat berharap kita semua (rakyat Malaysia) dapat bersama2 perjuangkan perkara ni kerana kita bukan negara miskin..Hanya kerana hasil negara kita tidak diselenggara dengan baik dan amanah oleh pihak2 yang bertanggungjawa b.
Quote
0 #9 NHAR 2008-04-29 15:23
Salam,
ni lah akibatnye bile manusia terlalu tamak dgn harta dunia.
yg haram sanggup dihalalkan.
saya dan kakak saya mmg guna PTPTN sbb dah xde alternatif lain.
tp saya dah pesan kpd mak supaya apply pinjaman mara utk adik yg bakal msk u.
harap mslh PTPTN ni dpt diselesaikan..
kalau xramai yg berdosa mkn harta haram.
wallahu'alam
Quote
0 #8 am0i ida 2008-04-29 15:20
Salam

Kasihan kat pelajar, sepatutnya bagi pendidkan percuma macam sesetengah negara asing...

Semoga Allah membantu usaha Uzar membawa perubahan yang terbaik buat maslahat ummat.
Quote
0 #7 ajim 2008-04-29 04:21
syabas UZAR.. moga cadangan UZAR itu akn diterima oleh Dtk.. jika berjaya, mungkin ASB pulak pasnie..

UZAR : Saya hanya berusaha, ASB sukar krn mereka sudah ada penasihat Shariah yang liberal.

Saya akan cuba cadangan Tabung Haji pula lantik Penasihat Shariah khusus.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 83 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Hal Ehwal Riba Riba Halal Jika Kerajaan Dengan Rakyat ?