Hal Ehwal Riba Musim Harga Naik : Bala Menunggu Pengguna Bank Riba

Musim Harga Naik : Bala Menunggu Pengguna Bank Riba

  • PDF
(13 votes, average 4.38 out of 5)

Malang Menunggu Pengguna

Bank Konvensional Riba

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

bala menunggu
 

Harga minyak dijangkakan akan terus naik, demikian juga yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Kedua. Walalupun di ketika ini Bank Negara Malaysia menyatakan, kadar pinjaman asas (BLR) masih lagi mampu dikekalkan, namun jika keadaan peningkatan berterusan dan inflasi bertambah naik. Kadar BLR pasti tiada jalan lain kecuali naik juga.

Kadar inflasi kini pada 4.8%. Menurut Prof Dr Arief, Pengarah Eksekutif MIER.

"kami menjangka kadar inflasi akan berlegar-legar antara empat hingga lima peratus, punca utama ialah kenaikan kos pengangkutan kerana semua aktiviti termasuk pertanian perlu diangkut ke sana kemari dan ini akan melonjakkan harga barangan. Kadar faedah negara pula akan dinaikkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyekat kenaikan kadar inflasi dan dijangka berada di bawah lima peratus, bergantung kepada sejauh mana kadar inflasi naik.

Ini bermakna, jika harga minyak naik lagi, inflasi akan turut naik sebagaimana inflasi naik kepada 4.8 % apabila kenaikan 5 Jun 2008 baru-baru ini.

Tatkala itu, BLR akan terpaksa naik juga akhirnya jika inflasi menokok kepada 5 % atau lebih. Semua menjangkakan harga minyak akan naik lagi dan lagi. Apabaila ia naik, satu berita BURUK buat sesiapa sahaja yang terlibat dengan pinjaman rumah secara konvesional, pinjaman perniagaan dan lain-lain.

Tekanan intuk menaikkan kadar faedah asas semakin kuat, ia juga dilaporkan oleh media seperti berikut :-

Impak inflasi terhadap kos bahan api dan tarif elektrik akan menyaksikan perubahan struktur dalam ekonomi dan ia akan memberi tekanan kepada Bank Pusat untuk menaikkan kadar faedah bagi membendung kadar faedah negatif ke atas deposit, yang akhirnya akan meningkatkan kadar pinjaman, katanya. (rujuk)  

AKHIRNYA

Selain dari kehancuran dari sudut spiritual dan hilangnya rahmat Allah swt, individu terlibat ini juga akan terperangkap dalam kiraan BLR yang semakin naik.

Telah kita ingatkan berkali-kali kelebihan ban-bank Islam yang tidak bergantung kepada BLR.

Benar ada bank-bank Islam yang kelihatan menggunakan BLR, tetapi ia tidak sama dengan apa yang digunakan oleh bank riba. BLR hanyalah digunakan dalam penentuan bayaran bulanan, iaitu untuk menentukan ada diskaun atau tidak, atau dalam sebahagian produk lain, untuk menentukan berapa harga sewaan yang akan dikenakan kepada pelanggan. Namun semua bentuk yang digunakan oleh bank-bank Islam WAJIB ada ceiling, lalu jika BLR melebihi kadar ceiling, ia akan tersekat di sana sahaja, tidak seperti bank konvensional.

Pelanggan di bank-bank Islam masih boleh menarik nafas lega walalupun bila BLr naik, tidak bagi pelanggan konvensional

Jika anda rasa kurang faham dan merasakan bank-bank Islam  lebih mahal, anda WAJIB membaca dua artikel saya yang berikut :-

1) Benarkah Bank Islam Zalim ?

2) Bank Islam enipu & Lebih Mahal ?

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

10 Jun 2008

Berikut petikan artikel saya yang lalu, untuk ingatan kembali:-

sejarah blr

 

Gambar : Kadar Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) 1991 - 2006

Bagaimana apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10 peratus seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar faedah yang perlu dibayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam praktis bank Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam memberikan rebate (ibra') apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal. Perlu dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini daripada 6 peratus sehingga 6.75 peratus. Ia juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan ekonomi.

Ada pihak yang mendakwa kadar BLR sekiranya naik sekalipun ia tidak akan berpanjangan. Jika anda melihat statistik di atas, kadar BLR melebihi 8 peratus bermula tahun 1995 sehingga 1998. Ini bermakna 36 bulan anda dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi. Ia mungkin mampu ditanggung oleh orang yang berada, tetapi tidak bagi orang yang sederhana dan mempunyai gaji yang sekadar cukup makan setiap bulan.

Perlu diingat juga, jika dalam tempoh tersebut anda tidak boleh membayar, anda akan dikenakan penalti yang tinggi oleh Bank Konvensional dan jumlah pinjaman pokok akan bertambah menggunung. Tatkala itu kadar BLR yang telah jatuh semula tidak banyak memberikan manfaat, kerana tiga tahun kadar BLR tinggi itu telah menjadikan pembayaran anda selama ini seperti membuang duit di dalam sungai kerana ia akan menaikkan semula jumlah pinjaman pokok anda. Akan didedahkan selepas ini mengapa ia berlaku.

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #29 Assalamualaikum ISmail Zainal 2010-04-07 05:48
Saya nak tanyer sikit skrg nie bukan perbankan islam pun dah guna blr ke?baru baru nie saya baru amik hong leong islamic harga rumah rm151.020.00 + mrta rm7,141.00 Montly rm751 IFR 5.80%

UZAR : baca artikel saya berkaitan di tajuk "bank islam menipu?", dah diulas sejak 2 tahun lepas, dalam buku pun ada. buat search.
Quote
-1 #28 kelebihan dan keburukanzuwreen 2010-02-03 19:28
boleh tak ustaz memberi kelebihan2 dan keburukan apabila terlibat dalam perbankan islam??
balas secepat mungkin..
Quote
0 #27 Rumahsuri 2009-04-14 01:07
Salam,

Ustaz suami saya membuat pinjaman rumah dgn MBSB naik pening dlm aggrement dh tertulis fix int tetap tapi skrg int smpai 7% melambung montly kami nak kena bayar lepas tu mcm2 diorg charges. so bole ker kitaorg nak tukar bank islamic lain. rumah baru 1thn lebih bayar....

:cry:

UZAR : boleh sepatutnya, tapi kena berbincang dengan mana-mana bank islam untuk mendapatkan persetujuan mereka untuk proses refinancing.
Quote
0 #26 Luqman 2008-07-08 07:13
:-) I have a lot of information
Quote
0 #25 Pejuang Muda 2008-06-23 01:01
Salam... nak tanya... masa ana beli kereta 3 thn lepas ana takde ilmu dan kesedaran ttg perbankan Islam. Jadi ana telah beli kereta terpakai menggunakan pinjaman CIMB Konvesional,ket ika itu BCB.. Jadi skrg ana nak keluar dari pinjaman riba' ini..ana dah tanya pada CIMB Islamic utk buat refinance.Tapi tak boleh sbb kereta ana dah lebih 10 tahun. Boleh UZAR tunjukkan jalan atau cadangan mana2 pembiayaan cara Islam yg boleh buat refinance utk kereta yg lebih 10 tahun?
Quote
0 #24 nizar 2008-06-20 07:20
salam,

ustaz, saya ada membuat pinjaman cimb bank melalui pakej pelaburan dalam ASB. Pada masa membuat pinjaman tersebut, tak terlintas langsung dalam hati saya pasal riba sehinggalah saya telah ditegur oleh kawan saya bahawa pinjaman/pakej tersebut adalah riba. Dalam perjanjian yang ditandatangani juga ada dinyatakan saya boleh terminate pinjaman tersebut dengan cara membayar pinjaman sekaligus dicampur dengan penalti.

Soalan saya: Bolehkah saya membuat pinjaman di mana2 bank Islam bagi membayar balik pinjaman di atas bagi mengelakkan riba? Saya menyesal membuat pinjaman tersebut dan kalau boleh tak nak terlibat dengan riba.Bantulah saya ustaz.
Quote
0 #23 noriah 2008-06-14 19:29
salam,

kami sedang mencari alternatif untuk refinance loan kereta yang sekarang ni jenis riba dari ambank. saya dah survey beberapa bank yang tawarkan pembiayaan islamik seperti berikut (pada bulan mei lalu):
1. ambank pada kadar 4.5% tp mesti ambil insurans ambank juga! (x takaful) untuk tahun pertama.
2. maybank pada kadar 4.75% tp pembiayaan up to 85% je. (banyak kena top up sendiri)
3. bank spt Hong Leong, Eoncap-I dan Public Bank dalam website mereka tawarkan refinance tp tak nyata rate. cubaan saya untuk call mereka tidak berjaya + dah hilang semangat sebab bank2 lain yang dihubungi tak tawarkan pakej refinance.

so maybe UZAR boleh sediakan windows untuk survey bilangan pelawat web ni yang nak refinance loan kereta. then maybe boleh forward kepada mana2 perbankan islam untuk tawarkan special package fully syariah compliance kepada pelanggan mcm saya ni. contohnya jiran saya branch manager Bank Muamalat, kalau saya sorang mana bank nak layan. mana tahu insyaAllah berkesan macam kes peraduan celcom tu.

UZAR : CUBA RHB ISLAMIC BANK, MEREKA SKERANG ANTARA YANG TERMURAH DI PASARAN. NAMUN BERGANTUNG KEPADA JENIS DAN TAHUN KERETA JUGA.

RAKAN YANG BELI KERETA SAYA BARU NI, DAPAT DI RHB ISLAMIC BANK DENGAN RATE 3.8 % SAHAJA. 90 % FINANCING
Quote
0 #22 sufie 2008-06-14 03:10
Biarlah BLR naik melambung.Baru tau kaki riba ni akan padahnya.
Quote
0 #21 wan 2008-06-13 04:22
usta untuk BLR maksd dia pe?n dia ade pd pinjaman umah jeke.....kat ne sy leh dptkan info psl ni selain web ustaz
Quote
0 #20 Khairul 2008-06-12 22:12
Manusia fikir mereka accounting mereka hebat tapi accounting Allah SWT lagi hebat. Sekali Allah SWT bagi bala, domino effect, tsunami effect semua effect keluar.
Quote
0 #19 Jebon 2008-06-12 21:47
Nizam Biasanya CIMB Islamic utk pembiayaan kereta baru atau utk refinancing berapa rate % dorang kenakan?
Quote
+1 #18 carmila 2008-06-12 21:47
Personal loan dr bank konvensional juga menggunakan BLR dlm perkiraan bayaran bulanan contohnya pd kadar BLR + 18% p.a. (6.75%+18%=24.75% setahun dikira sebagai faedah). Ini bermakna, bila BLR berubah maka akan berlaku kenaikan pd bayaran bulanan pinjaman tersebut. Pihak bank akan memberikan amaun baru utk bayaran bulanan & peminjam tidak dapat berbuat apa-apa krn syarat awal pinjaman tadi meletakkan BLR sebagai asas perkiraan kadar faedah.

UZAR : TEPAT SEKALI. PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAM TIDAK MENGGUNAKAN CARA INI
Quote
0 #17 dr aisyah 2008-06-12 20:16
terima kasih byk UZAR, saya akan usahakan... saya bersyukur ada laman web yg macam ni.. dapat memberi ilmu dan kesedaran, insyallah saya akan cuba bagitau mak dan ayah tentang kebaikan bank Islam vs. conventional.
Quote
0 #16 dr aisyah 2008-06-12 18:54
salam UZAR, masalah saya sama spt zainitar, 2 tahun lepas sy beli rumah guna loan citibank, tu pun atas pengaruh mak dan ayah yg jahil ttg bank islam, masa tu sy pun baru setahun kerja,

Selama ni memang mak dan ayah jadi sumber rujukan tapi sy akui kali ni sy tersilap perkiraan. sekarang saya dah insaf dan rancang nak tukar loan rumah ke bank islam / arrajhi, macamner yer UZAR? loan rumah ni dah setahun sy bayar, ada baki 4 tahun lg sebelum boleh tukar loan kerajaan, sementara nak tunggu 4 tahun lagi saya nak tukar bank islam, tapi nanti kena penalty ke? yang menyesal dan insaf....

UZAR : BOLEH TERUS HUBUNGI MANA-MANA BANK ISLAM UNTUK BINCANG DAN DAPATKAN RATE MEREKA DAN PANDANGAN MEREKA TERUS
Quote
0 #15 Ajumain 2008-06-12 18:53
Assalamualaikum ,

Alhamdullilah...laman web UZAR nie memg byk menyedarkan saya & isteri mengenali konsep kewangan islam sebenar dan yang penting sekali artikel2 yang diberikan amat mudah difahami dan dipraktikkan oleh orang2 biase. Mengenai BLR, HARGA MINYAK, BERAS dsb NAIK :-? sebenarnya boleh diminimakan oleh individu itu sendiri.
Itulah sebab mengapa pentingnya kesedaran mengenai cara SIMPANAN dan PELABURAN yang betul dapat meringankan beban kewangan seseorng itu.
Jika anda ada membuat SIMPANAN @ PELABURAN... Adakah KEUNTUNGAN yang diperolehi dapat melawan inflasi...(nilai infalsi kini sekitar 4-5%)???

Apa2pun ingin sya nasihatkan kpd semua & diri sya sendiri..."Rancanglah Kewangan ANDA SEKARANG Untuk Masadepan YANG LEBIH BAIK terutama sekali untuk masadepan anak2 kita..."

Ingin tahu cara sebenar dan menguntungkan dgn membuat Simpanan & Pelaburan secara Islamik??? hubungi sya...

Salam dari saya;
AJUMAIN - Perunding Kewangan & Unit Amanah - 017-3853626

"Sentiasa percaya ada HIKMAH YANG LEBIH BAIK disebalik MUSIBAH yang melanda"
:-? :-?
Quote
0 #14 shahrul 2008-06-12 06:23
bukti saintifik mmg ada kereta boleh air(hidrogen) utk dihidupkan. ada juga org malaysia yang da wat prototype tu.. tapi sbb kerajaan malaysia xbrminat utk melabur, so dijualkn pd ngara asing & dipatentkn .. (bukan si pereka tu xpatriotik, tapi dia pon manusia, nk cari rezki kn).bila da dipatentkn atas nama syarikat asing tu, demi menjaga golongan kapitalis minyak, paham2 lah. produk tu xdireleasekn utk pasaran. klo da ada injin guna air, sapa nk beli minyak pulak kn. bankrupt la tokey minyak.
Quote
0 #13 proto 2008-06-12 05:11
tensen nye psl minyak ni...btulke ade kereta yg guna hidrogen?nape x dimajukan?me (xsang.blogspot.com/)
Quote
0 #12 ummaiman 2008-06-11 19:29
Salam UZAR. Betulkah pada suatu hari nanti pada zaman akan datang, duit kertas akan tiada nilai lagi. Yang perlu adalah emas? Dikatakan siapa yang punya emas adalah lebih 'kaya' dari yang mempunyai simpanan duit kertas yang banyak? Syukran.
Quote
0 #11 zainitar 2008-06-11 17:58
salam ustaz,saya merupakan peminjam utk loan rumah saya..saya dah tanya pada bank rhb islamic dan bank islam..kaedah utk tukar tu mmg ada..tp utk pengetahuan,rum ah yg saya beli menggunakan loan konvesional rhb tu belum siap dan tidak boleh diduduki lagi..bagaimana cara kaedah utk tukarkan ke islamic?sedangkan bank islam kata tunggu rumah tu siap dan boleh duduki baru leh wat refinance balik gunakan islamic...tolong bagi kaedah...

UZAR : Cuba ke kuwait finance house atau ar-rajhi.
Quote
0 #10 ingin kepastian 2008-06-11 17:03
Salam UZAR & semua..

saya sudah membeli rumah melalui pinjaman secara islamic (hong leong islamic)..ceiling rate yg ditetapkan 10%. masa beli, BLR 6.75%.

Uzar, baru2 ni abg ipar saya (majistret)mera gui keadah ceiling rate ni. die cakap, kaedah ni sama jer dengan cara konvensional. die menyalahkan bank2 islam yg memanipulasikan kaedah tu. die cakap, islamic hanya pada kadar interest yg tetap sahaja..tak boleh ada ceiling rate..ini semua menipu umat islam, katanya..

saya cuba juga terangkan seperti apa yg uzar katakan dlm web ni. tp abg ipar saya masih tak boleh terima..

buat masa ni, saya masih percaya kaedah ceiling rate islamic ni..namun, saya ingin kepastian yg jelas..harap uzar boleh komen..insyaallah

UZAR : KEJAHILAN DAN PREJUDIS AKAN MENYEBABKAN SESEORANG MEMUSUHI SESUATU TERGESA-GESA.

SAYA DAH ULAS PANJANG LEBAR HAL INI DI BUKU SAA, DAN JUGA DI ARTIKEL DI WEB INI. SILA RUJUK. KESIMPULANNYA, ABAG IPAR SAUDARA TIDAK FAHAM HUKUM SYARIAH DAN CARA KIRAAN SEBENAR.
Quote
-1 #9 cary_hsbk 2008-06-11 17:00
salam ustaz..
camner gan kereta?
terlibat jugak ke?..
kalu terlibat..ngat nak amek langkah lain...
tq

UZAR : KERETA BIASNAYA TIDAK GUNA BLR. TAPI AWAS BAYARAN PENALTINYA JIKA TERLEWAT BAYAR DARI BANK KONVENSIONAL SEBANYAK 5% DAN AKAN DIMASUKKAN DALAM POKOK, MENYEBABKAN INTEREST SEMAKIN TINGGI.

MANAKALA BANK-BANK ISLAM HANYA 1 % DAN TIDAK DIMASUKKAN DALAM POKOK
Quote
0 #8 No Name 2008-06-11 06:06
Salam UZAR,

mohon kebenaran dr ustaz sbb saya nk forward artikel ni kepada org terdekat saya. Sblm ni puas saya terangkan perbezaan Bank2 Islam ngan Bank Konvensional. Mudah2an bila diorg baca artikel ustaz ni, diorg akan sedar akan hujjah diorg ni adalah salah.
Quote
0 #7 ayub 2008-06-11 02:14
sebenarnya mmg saya menunggu artikel uzar ttng ini, bila saya dgr mungkin faedah akan naik saya dah terfikir ini lah akibat menolak produk islam. akan terkunci dan membisu mulut mereka2 yg lantang bersuara yg bank islam zalim dan mahal sebelum ini..

ambil lah islam tu dengan seluruhnya.. bukan separuh yg memenuhi nafsu sahaja.
Quote
0 #6 anita 2008-06-11 01:09
Alhamdulillah, suami saya telah lama menggunakan kaedah pinjaman Islam masa mula2 diperkenalkan di bank2 kat Malaysia ni.

Saya juga sarankan anda membaca buku pengurusan wang oleh Hajah Ruhani Datuk.....(tak ingat nama bapanya)yang banyak mengajar kami cara menguruskan wang dan kami telah dapat melangsaikan pinjaman perumahan kami dengan cara pengeluaran KWSP dan kami jimat sebanyak RM80,000.Duit ansuran pinjaman itu kami buat simpanan secara tetap ke dlm tabung haji melalui potongan gaji.setiap anak kami juga mempunyai takaful pendidikan.

Zaman sekarang ni tidak menentu, merancanglah kewangan sendiri dengan baik mulai sekarang dan berjimat cermatlah semoga Allah sentiasa memberi jalan yang mudah untuk kita semua.Amin
Quote
0 #5 PakLong 2008-06-11 01:07
UZAR,
PakLong tengok nie lah masanya kebenaran terserlah,sebel um nie ramai yang mempertikaikan perbankan secara islam,mungkin ada yg mengatakannya bukan sahaa mahal malah menindas...

Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa di sebalik bala yang menimpa (kenaikkan harga minyak) Allah membuka pekung yg selama nie terselindung...

Mudah-mudahan ramai yang membuka mata dan mahu kembali ke pangkal jalanmembuka mata dan mahu kembali ke pangkal jalanInsyaallah.
Quote
0 #4 nizam 2008-06-10 23:47
Alhamdulillah, Pinjaman Kereta, Rumah saya semua dgn CIMB Islamic.. Kalau ikut BLR byk jugak tu sebab pembiayaan rumah saya RM530K...
Quote
0 #3 Guest 2008-06-10 23:39
( KOMEN ANDA DI PADAM KERANA IA ADALAH SALAH DAN MENYELEWENG)

UZAR : SAUDARA KELIRU DENGAN CARA KIRA, HINGGA SALAH KIRA..SILA RUJUK ARTIKEL SAYA SEBELUM NI DI BAHAGIAN PERBANKAN . ADA JAWAPANNYA.
Quote
0 #2 Abuzar 2008-06-10 23:36
Nothing to say.
Quote
0 #1 sarjantulang 2008-06-10 23:35
salam,

ustaz, jika pinjaman kereta macamana pula? adakah akan terlibat sekali?

sarjantulang
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 84 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Hal Ehwal Riba Musim Harga Naik : Bala Menunggu Pengguna Bank Riba