Hal Ehwal Riba Bahaya Riba Dalam Urusan Kewangan (23 May '06)

Bahaya Riba Dalam Urusan Kewangan (23 May '06)

  • PDF
(14 votes, average 4.86 out of 5)
Untitled Document

 

 

 

Pada minggu ini, penulisan ini akan mendedahkan pula jenis Riba yang kedua, ia juga tidak kurang banyaknya berlaku dalam masyarkat Malaysia.

• Riba al-Buyu’ (Muncul dari Jual Beli Barangan Ribawi) : (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada’I As-Sonai’ , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu’asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592 )

Keterangannya : Iaitu ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi atau pertukarannya di buat secara tangguh. Ia pula terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu :-

a. Riba An-Nasak : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS secara tangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa).

Contohnya :-

i- 5 gram emas di jual dengan harga RM200; atau RM3,800 dijual dengan harga USD1,000 secara tangguh

ii. 10 kg beras dijual dengan 15 kg gandum secara tangguh;

Riba akan muncul apabila transaksi di atas berlaku secara tangguh. Dalam konteks semasa, Riba akan berlaku apabila wanita masa kini membeli emas secara tangguh.

Ia adalah termasuk di dalam Riba An-Nasak.

 

 

b. Riba al-Fadhl : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti).

Contohnya :

i – Menukar 5 gram emas (jenis 916 ) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750) : HARAM kerana sepatutnya kedua-duanya 5 gram.

ii. Menukar atau menjual 10 gram Beras Basmathi dengan bayarannya 15 gram beras jenis A1 : HARAM kerana kedua-duanya sepatutnya 10 gram.

Dalam kedua-dua contoh di atas, terdapat 2 syarat yang wajib di penuhi agar terhindar dari Riba Al-Fadhl dan An-Nasak, iaitu : Pertama : Mesti sama beratnya (walaupun berbeza kualiti dan nilainya). Kedua : Transaksi pertukaran itu mestilah di lakukan dalam satu masa atau satu majlis ( ertinya, kedua-dua penjual dan pembeli tidak boleh berpisah sebelum menyerahkan item masing-masing)

 

 

Jenis

 

Jenis Matawang

  

  

Jenis Makanan Asasi

  

 

 

 

Emas

Perak

Gandum

Barli

Tamar

Garam

 

Matawang

Emas

  

  

  

  

  

  

 

  

Perak

  

  

  

  

  

  

 

Makanan

Gandum

  

  

  

  

  

  

 

Asasi

Barli

  

  

  

  

  

  

 

  

Tamar

  

  

  

  

  

  

 

  

Garam

  

  

  

  

  

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Petunjuk

  

 

Syarat pertukaran antara keduanya mesti pada masa yang sama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

Syarat mesti sama masa dan sama jumlah dan nilainya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

Bebas dari kedua-dua syarat di atas

 

 

Rajah : Menunjukkan Displin Islam Dalam Hal Item Ribawi

 

 

Hukuman Riba

 

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 ) 

Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apaibila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.  

  1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

 

Firman Allah SWT :  

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )  

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.  

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini. 

 

 

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :  

Ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT”  ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366) 

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : “ Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan”  (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)  

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :

Ertinya : “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” ( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 ) 

Berkata Imam Qatadah rh : “ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )  

  1. Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

 

Allah SWT berfirman :  

Ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 ) 

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

  • Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul ( Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf  al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn  Mas’ud r.a :-

 

Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 ) 

  • Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :

 

Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362  ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

 

  • Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri

 

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya..(Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)  

  1. Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

 

Nabi SAW bersabda :  

Ertinya : “Satu dirham Riba  yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )  

  1. Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar

 

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :  

Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

- bersambung -

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Hal Ehwal Riba Bahaya Riba Dalam Urusan Kewangan (23 May '06)