Dilemma Penjual Islam Akibat Sumber Bayaran
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Soalan 1
Assalamualaikum ustaz. Salam ramadhan dan semoga selamat bahagia di perantauan. Saya ingin bertanya dengan ustaz.Harap ustaz dapat menjawabnya.Saya seorang penjual kereta.Jika pelanggan memilih pinjaman konvensional, bersalah atau berdosakah saya?
Akan tetapi saya ade nasihatkan ambil pinjaman bank Islam sebelum mereka memilih pinjaman
konvensional. Adakah saya bersekongkol dengan riba? Sekian terima kasih.

UZAR :
Soalan saudara memang amat relevan dan menghantui banyak penjual Islam di seluruh dunia. Isu ini adalah lebih kurang sama dengan penjual Islam yang didatangi pembeli yang ingin membayar menggunakan kad kredit riba.
Jawapan yang wajar saya berikan sebenarnya agak panjang jika beserta huraian, namun disebabkan ruangan yang terhad, secara kesimpulannya saya berpandangan bahawa saudara TIDAK DIKIRA TERLIBAT terutamanya setelah anda menasihatinya untuk mengambil pembiayaan Islam.
Adalah lebih cemerlang jika saudara mempelajari serba ringkas kelebihan pembiayaan kereta dari bank-bank Islam demi menarik pembeli menggunakannya. Sebagai contoh mudah, pinjaman kereta secara riba dari bank konvensional mengenakan penalti setinggi 5 - 8 % sekiranya pelanggan terlewat membayar, manakala bank-bank Islam hanya mengenakan 1% dan sebahagian bank Islam menyalurkan jumlah itu kepada badan kebajikan.
Hujjah secara ringkas, ini adalah kerana penjual tiada boleh dipertanggungjawabkan atas sumber duit yang digunakan oleh pembeli, jika penjual ingin dipertanggungjawabkan ia akan mencetuskan satu keadaan kesukaran yang tiada taranya lagi. Oleh sebab itu, sebahagian ulama mengklasifikasikan ia sebagai urusan yang jatuh dalam peruntukan ‘Umum al-Balwa' iaitu suatu penegahan yang terlalu sukar untuk dielakkan.
KES KEMALANGAN KERETA INSURAN RIBA
Kes yang hampir sama boleh berlaku begini. Sebagai contoh kereta lelaki A berlanggar dengan kereta lelaki B. Kesalahan dikenal pasti berpunca dari lelaki B. Hasilnya, semua kos pembaikan kereta lelaki A akan ditanggung juga oleh syarikat Insuran kereta lelaki B. Persoalannya, bagaimana jika ia adalah sebuah syarikat insuran konvensional yang haram lagi riba?.
Jawapnya, tiada kesalahan ke atas lelaki A, ini kerana ia menerima pampasan syarikat yang menjamin lelaki B secara berasas, iaitu gantirugi atau apa jua asas yang seperttinya. Tatkala itu, dosa hanyalah jatuh kepada lelaki B yang sengaja melanggan insuran konvensional yang haram. Ia tidak menyeberang kepada lelaki A.
Ibn Masud r.a pernah ditanya :-قال جاء رجل إلى عبد الله يعني بن مسعود فقال إن لي جارا ولا أعلم له شيئا إلا خبثا أو حراما وأنه يدعوني فأحرج أن آتيه واتحرج ان لا آتيه فقال ائته أو أوجبه فإنما وزره عليه
Ertinya : Aku mempunyai seorang jiran dan tidak ku ketahui berkenaan hartanya kecuali semuanya haram dan kotor, dan dia menjemputku (ke rumahnya) aku merasa sukar untuk hadir dan sukar juga untuk tidak hadir. Berkata Ibn Masu'd : Terima dan hadirlah jemputannya sesungguhnya dosa-dosa (dari harta haram tadi) adalah tanggungannya sahaja" [1]
Kesimpulannya,
penjual hanya bertanggjung jawab atas aqad atau kontrak antara DIA (PENJUAL) dan pembeli sahaja, iaitu MEMASTIKANNYA tidak bercanggah dengan hukum Syariah dari pelbagai sudut termasuk syarat-syarat yang termeterai di dalam kontrak itu. Dalam konteks ini, aqad anda dengan pembeli adalah jualan biasa yang cukup syarat jual beli dalam Islam, manakala cara bayaran pula akan dating dari pihak bank (bagi pihak pembeli), adapun kontrak yang berunsur riba antara bank dengan pembeli (iaitu kontrak pinjam dengan riba) bukanlah di dalam bidang kuasa saudara.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
16 Sept 2008
16 Ramadhan 1429 H
[1] Riwayat Al-Baihaqi, 5/335 ; Al-Baihaqi berkata sanad riwayat ini tidak kukuh
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Soalan saya, kalau ambil duit tersebut dan laburkan pada ASB utk dapatkan dividen bulanan, adakah duit dividen itu halal utk saya? Selepas 3 atau 4 bulan, sy akan keluarkan duit RM 6000 lebih dalam akaun ASB itu, utk membayar yuran pengajian kepada universiti.
Adakah tindakan sy itu di bolehkan? Minta pandangan..
TQ.
ustaz bagaimana pendapatan sy dgn beniaga duit syiling,duit lama bukan emas @ perak duit sekitar tahun 60an ke 80an,harga mengikut kemahuan pelanggan ,mereka mintak sy cari dan sy akan jual jika ada,sbb selalunya harga depa letak tinggi untuk koleksi peribadi mrk...apakah hukum nya harap tuan dapat membantu sy,mengharapkan rezeki yg halal....
UZAR : ya boleh, jika harga masih menepati harga pasaran
UZAR : HMM, WALLAHU'ALAM..BAGI SAYA SEMUANYA ADALAH KOMPUTER MASING-MASING..DAN IA AMAT MUDAH UNTUK DISELSAIKAN JUGA.
ACTIVATE POP UP BLOCKER..DI KOMPUTER ANDA. TAMAT ..
UZAR : UNTUK MAKLUMAN, POP UPS TU TIADA KENA MENGENA DENGAN WEB SAYA, IA KELUAR ADALAH HASIL PENGGUNAAN INTERNET OLEH TUAN PUNYA KOMPUTER MASING-MASING.
Untuk Zikri, saya pun sependapat dengan izham. PC saya pun tak ada pop-up tu.
kalau owner kereta tu claim dgn insuran/takaful... maka untuk renew r/tax akan dtg, NCBnya akan jadi 0%, kalau skrg 55%...maka tuan perlu la ganti % yg kurang tu kepada owner kereta tu...setiap tahun lah sehingga NCB jadi 55%....wallahu a'lam.
sekadar pandangan
bagaimana ya hukum melanggan ke restoran yang kita ketahui pemiliknya difahamkan islam tetapi turut menjalankan perniagaan pub (arak + karaoke + GRO) bersebelahan restorannya itu tetapi entiti berasingan. Masakan situ memang sedap tapi jika x silap tokey BUKAN tukang masak. maybe isu ni boleh relate dgn perniagaan lain juga.. tq
TQ
Radik
UZAR : Bagus cdgn tu, InshaAllah..
akhirnya owner kereta yg saya pandu membuat laporan polis dan di dalam report tersebut owner mengaku bahawa dia yang membawa kereta tersebut untuk urusan insuran kerana saya tidak mampu untuk membayar cash kerana kerosakan teruk kedua-dua kereta.. apakah pendapat uzar?
sekiranya ini salah, apakah caranya untuk saya memperbetulkann ya? saya perlukan pendapat ust kerana perkara ini menghantui saya sebulan lebih dan kadang2 mengganggu solat kerana risaukan perkara ini...
UZAR : SEPATUTNYA BOLEH MASUKKAN NAMA JUGA..CUMA KENA BYR SIKIT PD TAKAFUL TU THEN..ANDA AKAN DI COVER JUGA. TAKAFUL MMNG ADA PERUNTUKAN BIASA UTK ITU.
jd jika kawan itu menggunakan kad kredit konvensional, dan berbelanja menggunakan crdt card tersebut maka boleh dikira itu haram la..so keadaan saya makan bersama ini dikire boleh kan?minta dijelaskan kekeliruan..saya pernah btau berkenaan crdt card yang islamik padanya...terima kasih..
UZAR : WALLAHU'ALAM, SETIAP KALI SAYA BUKA DI KOMPUETR YANG BERLAINAN (DI RUMAH ATAU DI LIBRARY UNIVERSITI WALES)..TIADA APA PUN POP UP YANG KELUAR..
CUBA KITA DAPATKAN RESPON DARI RAKAN-RAKAN PELAWAT YANG LAIN..
JIKA MEREKA JUGA KATA TIADA..SAH WORM TU DI KOMPUTER ANDA DAN BUKANNYA DI BLOG INI.
Sekadar pandangan peribadi saya.
"Ertinya : Aku mempunyai seorang jiran dan tidak ku ketahui berkenaan hartanya kecuali semuanya haram dan kotor, dan dia menjemputku (ke rumahnya) aku merasa sukar untuk hadir dan sukar juga untuk tidak hadir. Berkata Ibn Masu'd : Terima dan hadirlah jemputannya sesungguhnya dosa-dosa (dari harta haram tadi) adalah tanggungannya sahaja" [1] "
Rasanya adalah lebih baik jika disertakan sedikit usaha untuk menegur para 'pemilik' harta haram supaya tertegak 'amar ma'ruf nahi mungkar'. Kalau tiada langsung usaha utk menegur, seolah-olah penjual redha dgn jual-beli tersebut. Selemah-lemah iman ialah menegur dengan hati.
Allah lebih mengetahui.
Salam ramadhan..:D
RSS feed for comments to this post