Tuduhan: Riba & Jual Beli Adalah Sama
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Sejak zaman baginda Nabi s.a.w lagi, golongan kafir Quraisy dan munafiq mempertikaikan perbezaan di antara riba dan jual beli. Oleh yang demikian, tidak hairan terdapat individu di zaman moden, yang turut berfikiran seperti golongan Jahiliyah ini. Pertikaian mereka direkodkan oleh Allah swt sebagaimana berikut :-
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا
Maksudnya : ..disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,
(Al-Baqarah : 275)
Menelurusi penulisan dan keterangan para ulama, pertikaian ini timbul disebabkan hal berikut:-
- Jika sekiranya riba itu haram, maka tentulah jual beli juga menjadi haram, ini kerana jual beli juga turut menghasilkan sesuatu yang lebih, iaitu modal berbanding dan margin keuntungan. Manakala bagi riba, pokok pinjaman dan kadar bunganya. [1]
- Jika sekiranya jual beli itu halal, pastilah riba juga wajar menjadi halal, bahkan riba itu lebih jelas berbanding jual beli, sehinggakan jualbeli disamakan dengan riba dan bukan sebaliknya. At-Tabari mengatakan inilah tahap buruk dan melampaunya puak kafir, sebenarnya mereka sengaja menjadikan riba sebagai rujukan perbandingan dan bukan yang dibandingkan.[2]
- Riba dikatakan menyamai jual beli secara muajjal (bayaran tangguh), iaitu apabila dijual satu barang dengan harga tunai sebanyak RM100, manakala RM150 jika bayaran bertangguh.[3] Malangnya, pertikaian ini juga diterima oleh beberapa pemikir Islam semasa sehingga menghalalkan pertambahan bagi kedua-dua pinjaman kewangan dan juga jual beli. Hasilnya, faedah bank bagi simpanan wang di bank-bank konvensional dianggap halal.[4] Mereka menjadikan keharusan kenaikan harga pada kontrak jual beli bertangguh sebagai hujjah dan asas keharusan.
Melihat beberapa jawapan ulama silam, kita akan dapati bahawa Al-Qaffal As-Syafie telah berjaya menerangkan perbezaan antara jual beli dan riba dengan baik, beliau berkata [5] :-
Di dalam jual beli : Apabila seseorang menjual sehelai pakaian yang bernilai (modal) sepuluh (dirham sebagai contoh), dengan harga dua puluh dirham, maka baju tersebut adalah sebab untuk pihak penjual memperolehi harga dua puluh dirham tadi. Oleh itu, sekiranya diperolehi redha dari kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli, akan termeterai kontrak pertukaran pemilikan harta (pada wang dan pakaian) di antara keduanya. Kedua-dua pihak tidak mengambil milik yang lain tanpa balasan material.
Di dalam pinjaman dengan faedah : jika seseorang memberikan pinjam sepuluh dengan mengambil lebih dari sepuluh dirham pula tanpa sebarang pertukran milik harta sebagai baju dalam kes jual beli di atas, kini apakah sebab yang membolehkan pemberi pinjam untuk mengambil lebih daripada apa yang diberi?
Kita tidak boleh mengatakan ‘penangguhan pulangan' untuk sesutau tempoh itu sebagai harta, kerana ‘penangguhan' itu sendiri adalah bukan sebuah harta yang mempunyai nilaian tersendiri. Atas sebab itu, tiada sebab untuk pemberi pinjam mendapat lebihan sebanyak sepuluh dirham tadi.
Dengan itu, kita sepatutnya telah dapat memahami perbezaan antara jual beli tangguh yang berasaskan asset, berbanding pinjaman riba tangguh yang tidak didasari aset.
Selain Al-Qaffal, Fakhruddin Ar-Razi dan Al-Baidawi turut memberikan penjelasan tambahan :
Dalam jual beli; seseorang yang menjual sesuatu aset yang bermodal 10 dinar dengan harga 11 dinar, dia telah memberikan pembeli peluang dan kemudahan hasil dari barang yang dibeli sama ada untuk dirinya atau untuk diniagakan, atas sebab itu penjual berhak untuk mendapat bayaran lebih berpunca dari satu nilai kebaikan pada aset yang diberikan. Itu juga adalah sumber untuk perolehan keuntungan halal serta beredarnya harta di dalam sebuah masyarakat.
Dalam pinjaman : Seseorang peminjam yang membayar lebih atas pinjamannya, tidak beroleh sebarang manfaat kecuali hanya berpeluang memanfaatkan wang pinjaman yang diperolehinya. Walaupun dia boleh berniaga menggunakan wang tersebut sebagai modal lalu mendapat keuntungan, namun ia tidak dapat lari dari proses jual beli aset dan barang,
Mungkin ada yang mengatakan si peminjam boleh mendapat keuntunagn dengan cara memberi pinjam kepada individu lain dengan riba. Jika begitu cara pendapatan keuntungan, bayangkan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat. Pertumbuhan ekonomi di dalam sesebuah Negara akan pasti sukar disebabkan tiadanya proses jual beli berdasarkan real asset atau barangan sebenar. Atas sebab itu, jual beli amat berbeza dengan pinjaman dengan riba.
Syeikh Ibn Asyur pula cuba menambah pula apabila menegaskan perbezaan juga boleh dilihat daripada keadaan diri peminjam dan pembeli. Kebiasaannya, seorang pembeli adalah golongan yang mempunyai wang dan berhajat kepada sesuatu barangan, manakala peminjam biasanya akan menggunakan wang pinjaman untuk keperluan dirinya. Justeru, mengambil keuntungan atas pemberian pinjam tidak lain kecuali menambah tekanan kepada golongan miskin, justeru ia diharamkan dan ia tentunya berbeza dengan jual beli. [6]
Namun begitu, hujah yang dikemukakan oleh Ibn Asyur mungkin sukar diterima oleh keadaan perniagaan masakini yang mana menyaksikan begitu ramai ushaawan besar dan kecil meminjam untuk bisnes mereka.
Justeru itu, saya berpendapat hujah yang dikemukan oleh Al-Qaffal, Ar-Razi dan Al-Baidhawi sudah cukup jelas memberikan letak duduk perbezaan yang sebenar, menolak dakwaan puak musuh Islam di zaman Nabi s.a.w. Dakwaan yang juga diterimapakai oleh ramai indifivdu di zaman ini yang sering menafikan perbezaan di antara keduanya.
Kesimpulannya, perbezaan di antara keduanya adalah :-
Pinjaman Riba | Jual beli |
Pertukaran antara jenis yang sama iaitu matawang dengan matawang | Pertukaran antara dua yang berbeza, iaitu aset dengan matawang |
Pertukaran wang kepada wang yang lebih banyak kepada pemberi pinjam hanya pusingan duit yang sama, tiada peluang kekayaan dibina untuk yang lain selain pemberi pinjam. Hanya (wealth transfer) | Jualan aset membentuk peluang kekayaan kepada banyak pihak (wealth creation) |
Pinjaman adalah kontrak belas ehsan (Irfaq) | Jual beli adalah kontrak perniagaan pertukaran harta. |
Pulangannya tetap | Pulangannya tidak tetap |
Pinjaman adalah sebuah aktiviti yang berasingan daripada pertumbuhan sebenar | Aktiviti jual beli berkait dengan perniagaan aset sebenar. |
Keuntungan diperolehi hasil tempoh penangguhan yang diberi | Keuntungan diperolehi hasil barang yang dijual dan manfaatnya |
|
|
Atas sebab itulah Allah swt menolak dakwaan penyerupaan antara jual beli dan riba dengan firmannya yang jelas :
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Ertinya : Dan dihalalkan jual beli dan diharamkan riba ( Al-Baqarah : 275)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
13 Sha'ban 1430 H
04 Ogos 2009
[1] Al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran, Muhammad az-Zarkasyi (tahqiq Ibrahim Abu Al-Fadhl), Dar al-Makrifat, Beirut, jil 3, hlm 427
[2] Jami'ul Bayan, Muhammad Bin Jarir At-Tabari, 3/82
[3] Mafatihul Ghayb, Ar-Razi, hlm 76; Tafsir Al-Manar, Rasyid Redha, 3/107
[4] Majallah Liwa al-Islam, Abd Wahab Khallaf, Rejab 1370 H ( 1951)
[5] Mafatihul Ghayb, Muhammad Bin Umar Ar-Razi, Dar Kutub Ilmiah, Beirut, 2005, hlm 3/277
[6] At-Tahrir wa At-Tanwir, Tohir Ibn Asyur, Dar Suhnun, 3/85
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
apakah status gaji saya dimasukkan melalui akaun simpanan konvensional, saya pun x perasan adakah akaun simpanan tersebut ada memberi faedah keatas simpanan tersebut(seinga t saya tiada sebarang pertambahan dlm simpanan tersebut)......apakah hukumnya saya menggunakan wang dlm akaun tersebut?
Boleh terangkan bagaimana yang dikatakan dengan menjual beli atas barangan orang lain ?
Apakah hukum menjual barangan pre-order, yakni kita belum mempunyai barang tetapi sudah mengambil deposit dari pembeli.
terima kasih, salam.
semuga ustaz & keluarga sihat.
mohon maaf sekiranya ruang ini x sesuai untk sy tanyakan soalan berikutnya.
sy n suami selalu mengikuti rancangan ustaz di radio ikim.antara lain ustaz ada sebut kurangkan hutang.sy mohon pandangan ustaz wajarkah sy menjual tanah lot yg dah lama sy beli untuk menyelesaikan hutang kereta secara konvensional.( berlaku krn kenaifan km berkaitan agreement.sy tlh bertanya kpd kerani tersebut & diberitahu secara islamik walhal tidak).km jg mempunyai hutang cacd credit dan 2 personel loan.kami juga masih belum menunaikan haji.
km sekarang sedang mempertimbangka n untuk mengambil tindakan seperti diatas.adakah tindakan kami ini wajar.memandangkan tanah tersebut juga boleh memberi kami keuntungan sehingga rm 90 ribu.
terima kasih
(1) Boleh ke kita beli jongkong emas yang ditawarkan sebegini:
Harga: 6% lebih dari harga pasaran.
Tempoh dapat emas: lebih kurang seminggu kerana menunggu agreement siap. Semasa itu, wang kita dimasukkan ke Trust a/c.
Pendapatan: dijanjikan 1.8% drp nilai belian, selama 6 bulan. Diakhir 6 bulan, ada pilihan untuk jual jongkong emas itu ikut harga semasa dibeli dahulu, atau renew contract, contract baru kosnya harga semasa yg baru + 6%.
(2) Boleh tak Uztaz terangkan tentang sistem gadaian yang dibenarkan dalam Islam? (atau mungkin Uztaz dah ada buku tentangnya?
Syukran, Wassalam.
1)Apa pendapat ustaz dengan sign contract ni:
"segala property itu yang dihasilkan oleh individu akan menjadi hak milik company tersebut"(misalnya antara company dengan penulis)
soalannya:
-So adakah ini dikira riba?
-jika royalties itu diberikan kepada penulis dengan tidak adilnya, apakah itu riba?
-bagaimana boleh buku itu jadi hak milik mereka sedangkan tidak ada akad jualbeli dalam perjanjian?dan penulis tidak ada niat untuk menjual atau menyerahkan hak milik kepada mereka.
2)misalnya ustaz sponsor saya untuk menghasilkan sesuatu barang, tetapi barang itu tercipta atas hasil idea saya sendiri, siapakah pemilik yang betul2 hak keatas barang itu? jika barang itu dijual, apakah solusinya untuk berlaku adil dalam pembahagian profit?
terima kasih ustaz
saya belum nampak post mengenai jual-beli yg untung berganda tu.
1. Sy pengumpul barang lama. Selalunya untung yg sy peroleh ialah 5-6kali ganda dari modal. Cth: beli dgn harga rm10, jual dgn harga rm70. Halalkah begini?
2. Jika sesuatu brg itu pd tahun 1972 harganya ialah rm100, dan sekarang pada tahun 2011 sy beli brg itu(baru, stok lama) dgn harga rm5 sahaja, kemudian sy jual dgn harga rm90(lebih murah dr harga asal). Ini kerana brg2 itu dh jadi rare item, dan pembeli sanggup beli. Halalkah untung sebegini?
Apa yang patut dilakukan.
Tolong perjelaskan dua model ini. dan perbezaan kedua-duanya
1) Saya dapati ramai peniaga yang malas sekarang untuk mencari duit kecil (baki).Pembeli akan disuruh bagi duit kecil. jika tiada,sesetenga h peniaga akan menyuruh pembeli untuk bayar bila2. Ini mungkin menjadi masalah bagi pembeli yang tidak tinggal di kawasan tersebut atau sekiranya peniaga tersebut telah menutup perniagaan. Apakah hukum bagi peniaga yang sebegini?
2) Ramai umat Islam yang berhati2 dengan makanan halal & haram. tetapi masih ramai yang masih menggunakan kad kredit konvensional. Adakah dengan menggunakan kad kredit konvensional, barang2 makanan yang dibeli juga telah jatuh hukum haram?.
terima kasih ustaz
Semoga dgn kisah itu dpt memahamkan saudara.
Di riwayatkan pd suatu hari Imam Abu Hanifah pergi ke sebuah kampung utk mengutip hutang.
Setelah selesai urusan beliau dan ketika hendak pergi meninggalkan kampung tersebut tiba2 hujang turun dgn lebatnya.
Lalu org ramai yg lalu-lalang di situ, bertempiaran lari mencari tempat utk berteduh termasuk Imam Abu Hanifah.
Tetapi yg peliknya ialah tatkala org ramai mencari tempat berteduh di bumbung2 rumah org kampung di situ sebaliknya Imam Abu Hanifah cuma berteduh di bawah sebatang pokok yg tak dapat melindungi sepenuhnya beliau drp basah lenjun.
lalu dtg sesorang lelaki bertanya kpd beliau kenapa tidak berteduh di bawah bumbung rumah bersama org ramai...?
Lalu di jawab oleh Imam Abu Hanifah bahawa rumah tersebut adalah rumah org yg mempunyai hutang dgn beliau maka aku TIDAK MAHU MENGAMBIL MENFAAT LAIN(RIBA) SELAIN DRP APA TELAH DI PERSETUJUI BERSAMA KETIKA MEMBERI HUTANG DAHULU.
INILAH SATU SIFAT YG AGUNG YG TELAH DI TUNJUK OLEH ULAMA BESAR YG MEMAHAMI ISLAM DGN KEFAHAMAN YG SEBENARNYA.
*UZAR* betulkan saya jika ada yg salah
ustaz..
sy ingin meminta penjelasan ustaz berkenaan beza di antara interest dan profit sharing..
kedua, adakah riba dan usury itu sama..kerana sesetengah buku menggunakan perkataan riba, dan sesetengahnya gunakan usury..
sekian, terima kasih...
UZAR : riba lebih tepat, cuma usury itu ada sedikit persamaan dengan riba, so istilah tu sahaja yang adakalanya sesuai untuk represent istilah riba.
kawan saya seorang penjual seluar. dia pernah beritahu, seorg kawannya membuat pelaburan atau beri modal sebanyak RM1000. dan mereka telah berjanji, keuntungan yang dapat lebih kurang 28 % akan dikongsi, 10% dan 18 %.adakah ini riba,?
Satu lagi, ustaz,
Kawan saya ni meniaga di pasar malam, dia meniaga seluar jenama Dockers tapi bukan yang original dan dia jual harga lebih kurang RM 38.00. Kalau orignal atau kat butik lebih kurang RM 200.00 lebih.
Boleh ke jual barang macam tu?
UZAR : 1) ITU TIDAK RIBA JIKA TIADA JAMINAN UNTUK kedua-dua pihak, bermakna masing hanya akan dapat nisbah 10 : 18 x 28 itu.
2) Paling minimum, hasil jualan adalah syubhat, kerana jual barang tiruan guna nama terkenal tanpa izin.
UZAR : bai inah ada di ulas dalam buku saya 'bai al-murabahah' sebab dia ada kiatan dengan konsep murabahah yang dimalakan di Malaysia. Ulasan lebih panjang akan ada dalam buku baru yang akan keluar hujung bulan ini oleh telaga biru, inshaaAllah
saya masih keliru, wang rm4300 ribu itu diberikan tanpa diminta oleh yang memberi hutang,jadi bagaimana boleh dikira sebagai riba.
Dari pemahaman saya ianya tidak riba kerana wang RM4300 adalah hadiah yang tidak diminta oleh pemberi pinjaman...
UZAR : tak larat dah saya nak ulang. semua fakta dan data serta hadis dah ada di artikel-artikel saya. saya dah terang sebaik mungkin mana satu jenis tambahan yang haram, dan mana satu yang halal.
Jika masih tak terang...kena minta penerangan ilmuan lain yang mungkin boleh guna bahasa yang lebih boleh difahami.
saya nk tanya...adakah dividen yang diberikan oleh pihak ASB sebanyak 8% kepada pelabur dikira sebagai RIBA.....
sekiranya kita menggunakan duit dividen itu untuk membayar pinjaman PTPTN...adakah ianya berdosa?
terima kasih.
UZAR : bENAR, MANFAAT YANG DIBERI SUKARELA OLEH PEMINJAM TANPA DISYARATKAN ADALAH HALAL MALAH TERPUJI DALAM ISLAM, DALILNYA, TELAH DIBERI DALAM ARTIKEL
2. Hadiah dari kawan
salam ustaz..
kawan saya meminjam wang saya 43,000 ribu dan berjanji akan bayar selepas setahun..dia gunakan wang saya untuk jual beli saham di bursa saham (yg sah syarak katanya)..selepas 2 bulan dia memberikan kepada saya rm4300 setiap bulan selama setahun sebagai hadiah kerana keuntungannya dalam pelaburan tersebut..selepas cukup setahun dia telah memulangkan wang rm43,000 tersbut kepada saya sebagai bayaran hutang..dan wnag 4300 setiap bulan sebelum ini dia berikan kepada saya sebagai hadiah dan tanda terima kasih memberinya pinjam.
soalan saya ustaz..
1. bolehkah saya menerima wang hadiah tersebut? dan adakah ia di kira riba?
2. saya mohon nasihat dari ustaz sekiranya hal ini haram..
terima kasih ustaz
UZAR :
1) IA ADALAH RIBA dan haram
2) jangan terlibat dalam aktivti tersbeut lagi da wang yang diperolehi gunakan untuk faqir miskin dan maslahat awam
Ustaz, kenapakah kes diatas dianggap riba kerana wang RM4300 itu adalah hadiah daripada peminjam. Sedangkan pemiutang tidak meletakkan sebarang syarat apabila memberikan hutang. Hadiah itu adalah pemberian sukarela. Mohomn penjelasan dari ustaz
UZAR : Kenapa ia riba, sila baca buku wang, anda dan islam, dan tekuni artikel di atas. Kenapa tidak syarat tidak riba, kerana tiada unsur penindasan secara direct atau indirect di situ, pemberian tambahan atas kerelaan tanpa syarat.
Saya cuma ingin mendapatkan kepastian di mana ustaz ada menyatakan bahawa pembeliaan baragan di courts mammoth adalah halal selagi tidak mengambil wang dari mereka.
Untuk makluman ustaz, courts mengenakan caj 2% sebulan atas pembelian dan kadar ini adalah tetap. Justeru saya harap ustaz dapat perjelaskan kadar ini memandangkan ada terdapat golongan ustaz yg membeli barang secara hutang di corts mammoth dan ijtihad mereka adalah darurat. Mohon ustaz perjelaskan yer.Terima kasih.
UZAR : Susah benar nak bagi faham padahal isu ini mudah je. Jawapan dan kefahaman bertaburan di dalam web saya ni. Untuk faham lebih sikit sila rujuk artikel saya bertajuk "jual mahal berkali ganda, bolehkah" dan satu lagi "tangguh mahal, tunai murah" (www.zaharuddin.net/.../95)
..ia ada kaitan dengan cara jualan courts momorut yang naikkan harga kerana skim bayaran ansuran yang dipilih oleh pelanggan.
Boleh ustaz jelaskan?
UZAR : saya tiada maklumat
kawan saya meminjam wang saya 43,000 ribu dan berjanji akan bayar selepas setahun..dia gunakan wang saya untuk jual beli saham di bursa saham (yg sah syarak katanya)..selepas 2 bulan dia memberikan kepada saya rm4300 setiap bulan selama setahun sebagai hadiah kerana keuntungannya dalam pelaburan tersebut..selepas cukup setahun dia telah memulangkan wang rm43,000 tersbut kepada saya sebagai bayaran hutang..dan wnag 4300 setiap bulan sebelum ini dia berikan kepada saya sebagai hadiah dan tanda terima kasih memberinya pinjam.
soalan saya ustaz..
1. bolehkah saya menerima wang hadiah tersebut? dan adakah ia di kira riba?
2. saya mohon nasihat dari ustaz sekiranya hal ini haram..
terima kasih ustaz
UZAR :
1) IA ADALAH RIBA dan haram
2) jangan terlibat dalam aktivti tersbeut lagi da wang yang diperolehi gunakan untuk faqir miskin dan maslahat awam
Time dia bagi duit congo tu, saya kata kalau saya ada duit asing, esok saya bawak.
Saya nak kena pulangkan ke duit congo tu kat kawan saya?
thx
UZAR : itu riba nasiah kerana tangguh serah dari sebelah pihak, kecuali kalau kedua-dua duit tu tiada nilai lagi dan hanya sebagai hiasan macam setem lama aja
Ustaz...hukum ASN,ASB, ASNB applicable untuk Amanah Saham 1 Malaysia?
Thank you.
UZAR : no generalize, kena checak satu ppersatu
UZAR : ya betul ia halal jika kita tidak meminjam sebarang duit dari courts mamourts.
Adakah dibolehkan jika sy membuat pembayaran yuran pengajian di sebuah IPTA/IPTS dengan membayar secara bank in didalam akaun bukan alwadiah atau konvensional?
Adakah ia juga termasuk dalam kategori pengamalan riba ataupun perkara ini boleh diberi pengecualian memandangkan sy adalah seorang pelajar?minta penjelasan ustaz..
UZAR : SAYA KURANG FAHAM SOALAN, adakah maskudnya akaun konvensional tu milik universiti?..pelajar kena bayar yuran univeriti dgn cara masukkan duit ke dalam akaun tu tanpa pilihan?..jika begitu, maka tiada sebarang kesalahan ke atas pelajar, universiti yang salah.
RSS feed for comments to this post