Minta tolong Ustaz Zaharuddin atau sesiapa yang berkenaan beri penjelasan mengenai hukum seseorang itu bekerja dengan bank konvensional.
- zahidi -
| |
Salam,
Bagi mempercepatkan tugas saya, eloknya baca jawapan ulama berikut :-
Dr. Monzer Kahf, Scholar in Islamic Economics & Financial Expert, states the following: "All of us know that bank interest is a kind of Riba which is prohibited in the Shariah. It is also prohibited to give it, receive or take it, write its contracts and be a witness on them. Hence, any job that requires a Muslim to make a contract of Ri ba, or be instrumental in making it such as negotiating it with the customer, getting it signed or signing it on behalf of the bank and other jobs related directly to making a Riba-based contract with regards to deposits or financing in a Reba based bank is prohibited.
There are jobs in banks that do not relate directly to Riba such as guards, tellers, treasurers, research, buildings and machines maintenance, etc., I personally quote two of the greatest Muslim scholars' views regarding that as follows:
His eminence Sheikh Muhammad al-Siddiq al-Darir of Sudan and His eminence Sheikh Muhammad al-Mukhtar al-Sallami of Tunis are of the opinion that such jobs are not included in the prohibition. However, they maintain that jobs which support the Riba-based operations are prohibited."
"We would like to clarify two important points. First, the economy is usually associated with Riba (interest). If you are obliged to work in this field, then there is nothing wrong, and you are excused for doing so. You must, however, repent to Allah, and ask Him to forgive you while striving hard to find another lawful way of earning a living.
Second, if you are directly involved in dealing with Riba, and it is your career and means of earning a living, then you are not allowed to adopt this kind of work. Finally, working in interest-based banks is not the normal choice of career for a Muslim. You are allowed to work there only if you find it extremely difficult to find a lawful way of earning a living. Try to keep in mind that you should leave this job the moment you find a more suitable one. If you are driven by the sincere intention to find a lawful way to earn a living, Allah Almighty will make it easy for you, in sha' Allah." Jawapan Dalam Bahasa Melayu
Pertamanya, kita ingin menekankan yang setiap Muslim yang taat mesti berkerja keras dan menumpukan tenaga untuk meningkatkan sistem ekonomi Muslim. Yakinlah, matlamat ini boleh di capai dan tidak mustahil. "Sistem ekonomi Islam berdasarkan permusuhan terhadap riba. Islam mengisytiharkan riba sebagai satu dosa besar yang membawa bencana dan keruntuhan sosial. Riba mengakibatkan mala-petaka dalam kehidupan ini dan hukuman keras di akhirat, sebagaimana Allah berfirman dalam al-Qur'an: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa." (Al-Baqarah: 276) Rasululllah (SAW) bersabda , "Jika zina dan riba berleluasa di satu kawasan, penduduk kawasan itu meminta azab Allah." Hukum Islam dalam melawan kejahatan adalah dengan melakukan yang terbaik untuk menentangnya, mengubahnya dan tidak bekerjasama dengan yang lain dalam melaksanakannya. Maka, jika semua Muslims terlibat dalam membunuh satu nyawa yang tidak berdosa, Allah SWT akan menghukum mereka semua. Rasululllah (SAW) melaknat mereka yang menghasilkan arak, menjualnya , meminumnya, mempromosinya , mereka yang duduk dengan peminumnya, pembawanya dan mereka yang arak itu dibawa kepada. Dalam hadith lain, Rasululllah (SAW) melaknat rasuah, mereka yang memberinya, penerimanya dan mereka yang mendorong kepadanya atau mempromosinya. Begitu juga , Rasululllah (SAW) melaknat riba, mereka yang mengambilnya, penulis kontraknya dan mereka yang menjadi saksi kontrak itu. Hadith Rasululllah (SAW) ini mengancam kehidupan sebahagian Muslims yang taat yang bekerja dengan bank dan institusi kewangan lain. Bahkan, halnya lebih daripada menjadi saksi kontrak. Riba menyerap ke dalam segenap lapisan sistem ekonomi dan institusi kewangan kita. Malapetaka ini menjadi umum, seperti Rasululllah (SAW) pernah bersabda, "Akan datang satu masa yang setiap orang makan riba dan mereka yang enggan akan disentuh oleh debunya." Malapetaka ini tidak akan berubah dengan keengganan seseorang untuk bekerja di bank. Perkara yang mengubah ialah kemahuan masyarakat untuk mengelakkan kesan buruk system riba. Riba berpunca daripada eksploitasi sistem kapitalis. Perubahan akan datang apabila manusia mengubah nasib mereka dengan tangan mereka dan bertindak sewajarnya. Islam tidak melarang membuang penyakit ini secara berperingkat. Ini ialah Sunnah Rasululllah (SAW) dan Islam dalam membuang tabiat minum arak. Apa yang penting ialah manusia mesti di yakinkan akan kesan buruk riba. Melalui cara ini, apabila mereka mempunyai kemahuan untuk berubah, mereka akan berubah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Maka, setiap Muslim sepatutnya bekerja bersungguh-sungguh dan menumpukan tenaga untuk membina system ekonomi kita mengikut arahan Islam. Matlamat ini boleh dicapai dan tidak mustahil. Terdapat banyak Negara dan berjuta-juta manusia yang tidak mengikuti system riba. Negara tersebut ialah Negara komunis. Jika kita juga melarang bekerja dengan bank dan institusi kewangan, maka non-Muslims akan mengawal ekonomi kita termasuk juga ekonomi antarabangsa. Biasanya, mereka yang mengawal ialah Yahudi dan ini tidak memberikan kita apa-apa kebaikan. Secara umumnya, kebanyakan kerja di bank tidak dilarang, kecuali sebahagian kecil kerja yang terlibat dengan riba. Saya lihat tiada masalah dalam bekerja dengan bank. Disamping itu, kita semua sepatutnya bekerja untuk menukar system itu dan melakukan yg terbaik dalam mengendalikan diri kita untuk disesuaikan dengan kerja kita dan keridaan Allah kepada kita. Bekerja ialah kewajipan untuk menyediakan rezeki kepada seseorang dan keluarganya. Maka, hukum darurat digunapakai disini. Allah SWT berfirman, "Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."." (Al-An`am: 145)
Terjemahan daripada: Working with Banks http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543128&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar
Pandangan Islam Terhadap Bekerja Dengan Bank Konvensional Soalan:
Adakah haram bekerja dengan bank atau berurusan dengan bank?
Jawapan oleh Dr. Monzer Kahf Pakar Ekonomi & Kewangan Islam:
"Kita semua tahu yang faedah bank ialah sejenis Riba yang diharamkan oleh Shariah. Shariah juga mengharamkan memberinya, menerimanya atau mengambilnya, menulis kontraknya dan menjadi saksi atasnya. Maka, sebarang kerja yang memerlukan seorang Muslim untuk membuat kontrak Riba, atau menjadi perantara dakam melakukannya seperti berunding dengan pelanggan, mendorong kontrak ditandatangani atau menandatangani bagi pihak bank dan kerja-kerja lain yang berkaitan secara langsung dengan membuat kontrak berasaskan Riba yang berkaitan dengan simpanan atau pembiayaan dalam bank yang berasaskan Riba adalah diharamkan.
Terdapat banyak kerja dalam bank yang tidak berkaitan secara langsung dengan Riba seperti pengawal keselamatan, juruwang, bendahari, penyelidik, penyelia bangunan dan mesin, dan sebagainya., Saya ingin memetik pendapat dua ulama muslim terkemuka dalam hal berkenaan seperti berikut: Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Siddiq al-Darir dari Sudan dan Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Mukhtar al-Sallami dari Tunis berpendapat yang pekerjaan seperti itu tidak termasuk dalam larangan itu. Bagaimanapun, mereka berpendapat yang kerja yang menyokong operasi berasaskan riba adalah haram."
Terjemahan daripada: Working for Banks: Islamic View Bekerja dengan Bank Bukan Islam Soalan: Adakah dibenarkan untuk bekerja dengan bank bukan Islam dalam jabatan sokongan teknologi? Saya menetap di Amerika Syarikat, dan saya sedang bekerja dengan bank berasaskan riba. Saya ingin berhenti kerja. Semuanya disini berkaitan dengan Riba. Jazakum Allahu khayran. Jawapan oleh, Sheikh `Abdus-Sattar Fathallah As-Sa`eed, professor Tafsir Qur'an dan Ulum Qur'an di Universiti Al-Azhar: Kesimpulannya, bekerja dengan bank berasaskan riba bukanlah pilihan kerja biasa bagi seseorang Muslim. Anda dibenarkan bekerja dalam bidang itu hanya jika anda dapati betul-betul sukar untuk mencari kerja yang halal untuk mencari rezeki. Ingatlah yang anda mesti meninggalkan kerja ini pada ketika anda menemui kerja yang lebih sesuai. Jika anda berpandukan niat ikhlas untuk mecari kerja yang halal untuk mencari rezeki, Allah SWT akan mempermudahkannya bagi anda, in sha' Allah." Terjemahan daripada: Working for Non-Islamic Banks
Kerja IT Dengan Bank
Soalan:
Sila bantu kami mencari jalan yang benar dalam hidup kami. Saya seorang jurutera software bekerja dengan syarikat software. Syarikat saya dibiayai oleh sebuah bank Islam. Tumpuan syarikat software kami pada tahun depan ialah bidang perbankkan dan kebanyakkan pelanggan ialah bank. Masalah yang saya akan hadapi ialah projek yang saya sepatutnya bekerja selepas ini untuk perbankkan software dan kebanyakkan bank yang saya akan bekerja ialah bank bukan Islam. Saya memohon panduan sama ada bekerja untuk bank adalah haram (dilarang ) walau pun saya tidak secara langsung bekerja dengan bank itu. Jazakum Allah khayran.
Jawapan: Menjawab persoalan anda, kami ingin menyatakan yang dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangai kontrak bagi pihak bank.
Dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional, jabatan kredit, jabatan IT atau software atau jabatan-jabatan lain, selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangani kontrak bagi pihak bank.
Dr. Monzer menambah :
Bekerja dengan bank konvensional tidak haram kecuali pekerja dalam bidang perlaksanaan kontrak pinjaman dengan pelanggan. Jika anda bekerja dalam IT, anda tidak membuat kontrak itu dan kerja anda dibenarkan. Untuk mendakwa yang berlawanan memerlukan dalil daripada Shari`ah kerana Rasululllah (SAW) mengisytiharkan murka Allah atas pengambil riba, pemberinya, penulisnya dan saksinya. Anda tidak perlu memperluaskan la`nah (murka) kepada jurutaip, juruwang, pekerja IT atau software dan pengawal bank. Disamping itu, tidak semua aktiviti bank konvensional berada dalam bidang riba; mereka juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain yang dibenarkan.
Terjemahan daripada: IT Job for a Bank
sekian, harap ianya jelas..
ust zaharuddin abd rahman |
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites