Utama arrow Lelaki & Wanita arrow Hukum Mewarnakan Rambut & Uban
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 91 guests online
Hukum Mewarnakan Rambut & Uban PDF Print
User Rating: / 23
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 01-11-2006 19:24
Views 20342    
Favoured 21

Hukum Mewarnakan Rambut dan Uban

SOALAN
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?


JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram


Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :


a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.


b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.


Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003

Last update: 01-11-2006 19:24

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (29) RSS feed comment
Posted by blep, on 17-01-2010 21:11, IP 118.2.202.30, Guest
1. ustaz,
komen2 yg dbalas mmg agak emosional. tak tahu kenapa, tapi banyak "ustaz2" atau "ulama2" lulusan dari asia barat kebanyakannya semacam panas baran.. haihh.. -_- agak mengecewakan.. 
dan, diharap jangan sekali2 balas komen guna HURUF BESAR. 
 
UZAR : kalau dibaca dgn intonasi panas, baran, maka akan jadi panas baran le..it's up to how you read the short message.  
 
Sbg contoh, ada berpuluh malah beribu komen dalam web ini, biasanya saya sendiri akan guna ayat ringkas straight to the point. Tiada masa nak berbunga-bunga atau guna ayat tertentu yang dianggap lembut. Itupun ada beribu lagi yang tak sempat nak jawab. 
 
huruf besar tu minda sdr je yang kena betulkan. Tak semua penggunaan huruf besar bermaksud marah dan tengking. betulkan mind set, maka hilangkan problem yang menghantui diri.
 
» Reply to this comment...

Posted by zahara, on 29-10-2009 18:12, IP 115.133.110.46, Guest
2. mewarnakan rambut
salam... ustaz saya ingin meminta pendapat ustaz ... anak buah saya masih muda dalam lingkungan 30an (perempuan). tetapi rambutnya telah ditumbuhi uban. bermacam ubat telah digunakan(inai, ubat uban dari tumbuh-tumbuhan, hena) tetapi uban masih kelihatan...  
 
memandangkan anak buah saya akan berkahwin tidak lama lagi keadaan ini telah membuatkan dia kemurungan dan takut bakal suaminya akan menyisihkan beliau apabila mendapati rambutnya beruban....  
 
bolehkah ustaz kalau anak buah saya mewarnakan rambutnya dengan pewarna rambut di pasaran (shurah) bagi tujuan kebahagiaan rumahtangganya. 
 
UZAR : tidak boleh, berubannya lelaki lebih laku dari yang tak beruban, kerana nampak kematanagannya
 
» Reply to this comment...

Posted by fatimah, on 28-10-2009 10:23, IP 115.135.94.82, Guest
3. musykil.....
1. b'dosakah jk seorg islam itu meluruskan rambutnya walaupun bkn b'tujuan utk b'bangga? 
 
2. sahkah solat seorang islam jk dia b'solat dlm keadaan rambut yg b'warna bkn warna asal rambutnya?
 
» Reply to this comment...

Posted by assiddiq, on 19-10-2009 17:20, IP 60.51.6.34, Guest
4. Hukum Bleach Rambut
ANA ADE BEBERAPA SOALAN... 
soalan ana ialah mengenai warnakan rambut.. 
 
baru-baru ni ana ade terbace pada majalah mengenai cara mewarna rmbt dgn menggunakan inai... 
 
cara nya ialah: 
1. basuh rmbt 
2 'blich' rmbt hitam dahulu. 
3. kemudian warna kan rmbt dgn inai.. 
 
persoalanya ialah cara ke '2' iaitu blinch rmbt hitam ape hukumnya?? 
halal atau haram>>
 
» Reply to this comment...

Posted by Rizz, on 16-10-2009 05:41, IP 123.243.222.180, Guest
5. Menanam rambut
Ustaz, 
ape hukumnya klu org yg hampir botak pergi utk procedure menanam rambut.? 
 
atau org yg mmg semulajadi dilahirkan sebagai berdahi tinggi, pegi menanam rambut ( hair transplant) utk mengurangkan saiz dahi yg luas. 
 
terimakasih
 
» Reply to this comment...

Posted by wan, on 14-10-2009 15:27, IP 118.101.16.51, Guest
6. musykilll..
saya ingin bertanya, sekiranya saya sudah mewarnakan rambut saya tapi setelah difikirkan, saya ingin rambut saya berwarna hitam semula kerana ibu saya kurang menyukai tindakan saya mewarnakan rambut saya kepada blonde. saya ada terbaca mewarnakan rambut kepada hitam semula hukumnya adalah haram. saya ingin bertanya, apa sebenarnya hukum jika ingin mewarnaka rambut kepada warna asal.
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba allah, on 12-08-2009 11:18, IP 60.50.182.98, Guest
7. rambut
ape hukumnya seseorang yg ingin membuat hair treatment dan jika org yg buat tuh seorang wanita yg bukan muhrim..?. 
 
 
UZAR : hukumnya berdosa
 
» Reply to this comment...

Posted by Lis, on 16-06-2009 08:43, IP 60.51.89.198, Guest
8. syampu menghitamkan rambut
salam Ustaz, sy ingin bertanya adakah haram menggunakan syampu yg menghitamkan rambut? adakah haram pd yg beruban> tetapi tidak pada yg tidak beruban? dinyatakan syampu ini halal dan tiada bahan kimia. Harap mendapat jawapan ustaz. 
 
UZAR : kena dipastikan dulu bagaiaman syapu tu boleh hitamkan rambut..jika dengan cara neutral dan kesihatan, jika cara kimia hukumnya lain.
 
» Reply to this comment...

Posted by KECEWA, on 21-04-2008 23:45, IP 124.13.138.215, Guest
9. ...
Assalamualaikum ust..... 
sy ingin b'tanyakan satu soalan...... 
mengapa segelintir orang mempunyai uban di usia muda.....seperti kawan saya....dia sdh mempunyai uban pada umur 21...bolehkah ust trangkan sbab uban t'sebut tumbuh...dan apakah hukum mencabut uban.?....saya harap ust dpt m'jwb soalan saya ini.. 
terima kasih...........
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by binti ashraf, on 19-04-2008 17:31, IP 60.52.103.62, Guest
10. ...
salam ustaz,  
persoalan saya di sini, bagaimana pula dengan hukum mewarnakan rambut dengan tujuan untuk memuaskan hati sendiri agar nampak cantik di rumah, bersama keluarga?? dan apa pula hukum mengikis warna asal rambut hingga berubah menjadi perang?? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by taksuka admin, on 26-03-2008 22:30, IP 60.52.96.13, Guest
11. ...
SALAM... SAYA DAPATI JAWAPAN-JAWAPAN YG DIBERIKAN KEPADA PELAWAT SANGATLAH TAK BERADAB. SAYA KURANG PASTI ADAKAH UZAR YG MENJAWAB ATAU ADMIN YG TUKANG JAWAB.  
 
SAYA HARAP KEDUANYA BERIKAN JAWAPAN DGN BERHEMAH BUKAN DENGAN CARA KASAR SURUH TGK JAWAPAN DLM ARTIKEL. OK 
 
uzar : biarklah admin jawab begitu, kerana setiap hari dia menyemak berpuluh soalan bijak dan kurang bijak, provokasi, pembuli siber, soalan menguji dan benar-benar, makian dan cacian yang cuba dimomokkan kepada saya. 
 
Jusyeru saya faham jika dengan selambanya beliau (admin) menggunakan ayat ringkas. Justeru terpulang kepada anda akan intonasi membacanya.  
 
Ayat sdr juga tidaklah begitu berhemah sebenarnya.
 
» Reply to this comment...

Posted by nurmuliawati, on 25-02-2008 19:29, IP 60.52.98.149, Guest
12. ...
tp kalu dah warna rambut selain dr warna itam krn nk ttup uban,akn timbulkn tanggapan negatif m'rakat.kalu ada uban,warna je dgn warna itam.org pn xtahu.
 
» Reply to this comment...

Posted by adidah, on 30-12-2007 12:41, IP 60.52.96.24, Guest
13. ...
ust, saya mempunyai anak lelaki yang berusia 17 tahun yang mempunyai masalah uban dirambut dan dia merasa amat malu. tanpa pengetahuan saya dia telah menwarnakan rambutnya kepada warna hitam. oleh itu apakah hukumnya dan jika dibolehkan apakah jenis perwarna yang dibenarkan.  
terima kasih. 
 
komen uzar uzar : jawapan ada dalam tulisan di atas. sekian
 
» Reply to this comment...

Posted by Alya, on 26-12-2007 10:23, IP 60.52.98.243, Guest
14. ...
assalamualaikum...saya ingin bertanya, adakah sah sembahyang saya maksud saya masuk kah air wudhu saya jika saya mewarnakan rambut?
 
» Reply to this comment...

Posted by imah, on 20-12-2007 07:06, IP 60.52.98.119, Guest
15. ...
salam.. 
ust, saya pun ingin tahu macam mana hukumnya meluruskan rambut, kalau dengan niat untuk menarik perhatian suami? 
apa hukumnya?
 
» Reply to this comment...

Posted by zura, on 20-12-2007 06:23, IP 60.52.98.119, Guest
16. ...
salam... 
ust, saya ingin tahu apa hukumnya meluruskan rambut. 
jika dengan tujuan untuk kelihatan cantik dihadapan suami. 
suami juga telah menyetujui. 
Adakah ia diharuskan? 
 
» Reply to this comment...

Posted by busta_dude, on 17-12-2007 18:16, IP 60.52.103.229, Guest
17. ...
Ustaz,bagaimana pula dengan situasi saya. Saya berumur 23 tahun tapi uban telah banyak tumbuh di atas kepala saya.  
 
Adakah dibenarkan saya mewarnai rambut saya dengan warna hitam kerana banyak kawan2 yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada saya dengan mengatakan beruban kerana saya kuat melakukan onani.  
 
Diharap dapat dijelaskan kemusykilan ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by moque, on 11-12-2007 13:53, IP 60.52.99.128, Guest
18. ...
kepada admin, adalah lebih baik jika menjawab segala persoalan daripada para visitor laman ini secara berhemah dan menggunakan bahasa yang bersopan. jika di teliti , saya mendapati jawapan yang di berikan admin sedikt emosional. jawapan yang ikhlas akan dapat menyentuh hati pembaca. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by shahbdq30, on 26-11-2007 17:49, IP 60.52.103.247, Guest
19. ...
:sigh 
 
Bagaimana pula dengan pemakaian tatu pada badan, 
 
setengah kawan saya dari iran ada memakainya(muslim)? 
 
mereka hanya memakainya pada badan bukan bahagian aurat2, bahagian yang wajib dibasahi ketika wuduk.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ima, on 07-11-2007 18:03, IP 60.52.98.235, Guest
20. ...
Assalamualaikum ust, saya masih kurang jelas dng taraf halal pewarna rambut yg terdapat di kaunter2 jualan krn yg ada di pasaran seperti loreal dan sbgnya hanya mendapat pengiktirafan halal dari luar dan bukannya dari pihak JAKIM. apakah masih dikira halal ustaz?  
 
kerana suami menyukai sekiranya rambut sy agak keperangan  
 
KOMEN UZAR : WALLAHU'ALAM, CUBA CARI BADAN YANG IKTIRAF TU SAMDA BETUL2 WUJUD DAN KEMUDIAN HUBUNGI MEREKA GUNA EMAIL KE.  
 
JGN LUPA JUGA LIHAT SENARAI BADAN AGAMA YANG DIIKTIRAF JAKIM.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by abu_walad, on 02-11-2007 15:39, IP 60.52.100.199, Guest
21. ...
emm...saya lebih suka melihat reliti kita mewarna rambut pada masa sekarang!!  
 
hukum asal memang harus....tetapi apabila ia disertakan dengan perasaan nak menunjuk2, bermegah2, meniru barat dll saya rasa hukum yg harus itu boleh berubah menjadi sebaliknya. 
 
apatah lagi bg perempuan. logiknya bila dah mewarna rambut sudah tentu untuk ditatapi oleh org.(bukan utk suami). sudah pasti juga tidak bertudung. ini sudah menjurus kepada hukum menutup aurat pulak... 
 
jadi apa komen ustaz dan rakan2...???
 
» Reply to this comment...

Posted by Dean, on 29-10-2007 15:32, IP 211.25.51.1, Guest
22. ...
Umur 30 tetapi penuh dgn uban, adakah harus menghitamkannya? Adakah umur 30 dianggap muda lagi utk dihitamkan rambutnya atau dianggap satu penipuan?
 
» Reply to this comment...

Posted by ika, on 09-10-2007 11:54, IP 211.25.51.1, Guest
23. ...
Berbalik kpd soalan adakah sah mandi wajib jika rambut berwarna, adakah pewarna rambut yg disahkan halal oleh Jakim tersebut tidak menyelaputi rambut?
 
» Reply to this comment...

Posted by fara, on 30-09-2007 22:48, IP 60.52.101.23, Guest
24. ...
ust. sy musykil..adakah sah mandi wajib seseorang jika rambutnya berwarna? :?  
 
JWPN UZAR ; BERGANTUNG KPD JENIS PEWARNA YG DIGUNAKAN.
 
» Reply to this comment...

Posted by MAMAGEE, on 27-09-2007 13:16, IP 58.139.249.66, Guest
25. ...
salam... saya masih tak paham... so tak bolehlah kita mewarnakan rambut ye...saya ingin menukar warna rambut kepada warna perang dan saya dlm lingkungan 30 -an :grin  
 
ADMIN : BACA LA ARTIKEL KAT ATAS..ITULAH JAWAPANNYA.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by JOWO, on 26-09-2007 16:50, IP 58.139.249.66, Guest
26. ...
:grin 
BUAT APA NAK UBAH YANG ASAL...SYUKUR DENGAN SEGALA YANG DIBERI...ASYIK DOK TUKAR WARNA..NANTI KEPALA JADI BOTAK..BARU PADAN MUKA!!!!
 
» Reply to this comment...

Posted by Aman, on 15-09-2007 18:47, IP 60.52.98.141, Guest
27. ...
Assalamualaikum... 
 
Saya masih muda.Secara fitrah rambut saya tidak akan tumbuh uban lagi tetapi berlaku sebaliknya. Rambut saya lebat dengan uban. Adakah saya dibenarkan mewarnakan rambut dengan warna hitam? 
 
Terima kasih 
 
KOMEN UST ZAHARUDDIN : Sdr Aman, Islam mengharamkan anda mewarnakan rambut dgn warna hitam. Jika nak warnakan dengan warna selain hitam, ia dibenarkan dengan syarat tidak berniat meniru style dan cara rambut ahli maksiat dan fasiq dari kalangan artis barat dan tempatan. sekian 
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad karim, on 09-09-2007 20:26, IP 60.52.98.105, Guest
28. ...
ust,bagaimana jika lelaki yg mahu meluruskan rambutnya?
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd faisal, on 09-09-2007 14:59, IP 60.52.98.45, Guest
29. ...
assalamualaikum...ini berkenaan dengan isu uban td...jika seseorang itu mempunyai uban di rambutnya sewaktu dia masih muda, adakah dibolehkan baginya mewarnakan rambutnya dengan warna hitam dengan menggunakan inai...apakah hukumnya?...adakah ianya dibolehkan?...
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom