| Written by Administrator, on 16-01-2007 10:51 |
| Views |
31069  |
|
|
|
Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB
Soalan : Pak Di
1)
Apakah alternatif pelaburan yang ada untuk orang Islam? Setahu saya,
ASB tergolong dalam kategori income fund. ASB juga tiada risiko
pelaburan. Tiada caj pengurusan dan segala caj yang tersembunyi yang
ditawarkan oleh institusi kewangan swasta yang menawarkan saham amanah.
Dan menawarkan pulangan yang konsisten.
ASB boleh
dimulakan dengan RM10. Dan sila beritahu saya apakah dana saham amanah
yang boleh dimulakan dengan RM 10? Adakah semua orang kampung mampu
bermula dengan RM 500 - RM 1000 seperti yang ditawarkan oleh dana
amanah swasta? Saham amanah apa yang dijual di pejabat pos, BSN yang
ada di segala pelusuk tempat di Malaysia?
RESPOND UST ZAHARUDDIN (uzar):
Pertama, perlu difahami
di dalam Islam, tidak semua perkara yang diharamkan akan ada
alternatifnya. Justeru tidak harus menyalahkan Islam apabila tiada
alternative. Sebagai contoh : "Apakah alternatif bagi orang ingin
melakukan hubungan seks tanpa perlu bernikah? " Jawabnya : Kahwin..tapi
kahwin perlukan nikah. Justeru ia sudah isu berlainan. Maka jawab yang
lebih specific, tiada alternatif, cuma peggantinya ada iaitu IKUT
PERINTAH ALLAH SWT, tinggalkan shahwat yang tidak menurut kehendak
Allah itu.
Dalam fakta yang
diberitahu penanya di atas, "ASB tergolong dalam kategori income fund.
ASB juga tiada risiko pelaburan. Tiada caj pengurusan dan segala caj
yang tersembunyi yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta yang
menawarkan saham amanah. Dan menawarkan pulangan yang konsisten."
Ini bukan ciri pelaburan Islam yang telah saya sebut dahulu iaitu :-
Jaminan wang modal pelaburan tidak lupus :
Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab.
Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai
Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa
modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya
terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak
pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan
berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak
itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj,
As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali,
syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai,
al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;
Kaedah Fiqh yang diambil dari Hadith menyebut : Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk) Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menhadapi risiko". Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi.
Selain itu, sebarang
pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini (jaminan modal oleh si
pengusaha atau jaminan untung atau kedua-daunya sekali) adalah
sebenarnya pinjaman dengan riba (dalam bentuk untung dan modal yang
dijamin, ia adalah sama dengan orang memberi pinjam duitnya kepada
individu B, pada tempoh tertentu, modal mesti terjamin, untung juga
terjamin).
Jaminan pulangan ini
menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest)
yang dijamin. Ia adalah haram secara sepakat.
Tetapi Islam, menghalalkan jaminan modal yang datang dari pihak ketiga dan bukannya oleh si pengurus dana pelaburan itu.
Pak Di mempersoalkan lagi
"ASB boleh dimulakan dengan
RM10. Dan sila beritahu saya apakah dana saham amanah yang boleh
dimulakan dengan RM 10? Adakah semua orang kampung mampu bermula dengan
RM 500 - RM 1000 seperti yang ditawarkan oleh dana amanah swasta? Saham
amanah apa yang dijual di pejabat pos, BSN yang ada di segala pelusuk
tempat di Malaysia?"
RESPOND :
•1) Keadaan
kesukaran yang digambarkan tiada kaitan dengan hukum, segala kesulitan
yang bersifat luaran ini tidak akan menjadikan sesuatu yang haram atau
riba itu bertukar kepada harus. Ini kerana kesukaran ini berbentuk hal
"tahsiniyat" iaitu perkara tambahan dalam kehidupan dan bukannya asas
dan keperluan utama seseorang, buktinya ramai orang yang tidak melabur
dalam dunia ni, tapi masih boleh hidup aman damai. Justeru, kesukaran
dalam bentuk begini TIDAK SAMA Sekali akan menjadikan haram itu harus.
•2) Jawapan
lain saya adalah, ia adalah tertakluk kepada inisiatif kerajaan
sendiri, jika kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai hub Kewangan
Islam Antarabangsa, sepatutnya disediakan pelaburan dengan caj minima
yang lebih rendah dari yang wujud. Tetapi masalahnya, dalam pelaburan
Islam yang tulen, adakah anda boleh melabur dengan RM 10 ? Adakah
jumlah itu ia boleh membantu sesuatu projek perusahaan? Jawabnya, boleh
iaitu apabila nilai itu dikumpul seramai puluhan ribu orang, maka
untung juga akan menjadi semakin mengecil, walaupun ia kecil, tapi ia
halal. Kesimpulana, ketiadaan dana amanah swasta yang halal serta
membolehkan dimulakan dengan RM 10, tidak akan menjadikan seseorang itu
harus melabur di tempat yang haram.
2. Apakah yang membezakan ASB dan KWSP dari sudut halal haram?
RESPOND:
Bezanya adalah :-
•1- ASB adalah pilihan sendiri untuk sertai atau tidak, tetapi KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB.
•2- ASB
adalah dana yang disediakan dengan tujuan untuk pelaburan dan
mendapatkan keuntungan. Ini bermakna semua orang yang menyertainya
adalah dengan niat melabur, guna aqad pelaburan dan ingin mendapatkan
untung hasil darinya kelak.
KWSP pula bukan dana
pelaburan, orang awam yang meletakkan duit di dalamnya bukan dengan
aqad pelaburan tetapi dengan aqad wadi'ah (safe keeping), justeru pihak
pengurusan kWSP yang melaburkannya atas insiatifnya sendiri dan jika
ada keuntungan, diberikan dividen, dividen ini adalah ‘hibah' dari
sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan
dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima
(berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan).
Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen
dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan.
3. Kalau ASB haram, maka
orang Islam wajib keluarkan semua duit dari ASB, maka PNB akan
kehilangan berbilion ringgit duit pelabur Islam. Justeru, apa yang akan
jadi dengan Maybank? Apa akan terjadi dengan pegangan strategik orang
Islam dalam sektor perbankan? Bukankah Maybank bank terbesar di
Malaysia. Bank kedua terbesar di Malaysia adalah Public Bank yang
dimiliki oleh orang bukan Islam.
RESPOND :
Tak perlu bertindak
begitu secara drastik, bagi yang belum melabur, cari dana amanah yang
ada penasihat Shariah dulu, kemudian pengurusan ASB boleh bertindak
berikut :-
•a- Melantik
Majlis Penasihat Shariah khas untuk ASB, ASN dan lain-lain dana
pelaburan. Tindakan selanjutnya boleh dan akan dibincangkan oleh Majlis
Penasihat Sharian ini kelak.
•b- Menghentikan
pelaburan yang telah dibuat dan menamatkannya walaupun sebelum maturity
dengan menanggung sedikit kerugian demi untuk ‘HIJRAH' yang besar.
•c- Menghadkan
penggunaan wang yang dilaburkan awam kepada kaunter tempatan dan
antarabangsa yang disahkan Shariah. Sebagaimana Public Ittikal buat, ia
mengambil IBFIM sebagai penasihat Shariah. Untungnya dari pelaburan ini
juga adalah hebat.
•d- Atau
jika tak nak, asingkan dua dana, satu pelaburan terbuka ( saya berlepas
diri dari dana ini), satu lagi khas untuk pelaburan di kaunter Islam
sahaja, tetapi mungkin pulangan akan mengecil sedikit, jadinya setiap
individu boleh memilih. Yang prihatin urusan halal haram akan ke dana
Shariah ASB, yang terbuka, terpulang.
•e- ASB
mengkhususkan pelaburan sekitar 30 % di dalam Maybank itu adalah khas
untuk operasi MAYBANK ISLAMIC window sahaja, dan bukannya secara
terbuka seperti sekarang. Dan banyak lagi yang boleh difikirkanoleh
Majlis Penasihat bersama pengurusan ASB.
* f- Mendapatkan
jaminan terhadap modal dari piohak ketiga yang bukan PNB dan bukan
kerajaan. Syarat untuk diiktiraf sebagai pihak ketiga menurut keputusan
Majma Fiqh Islami (Kesatuan Majlis Fiqh Sedunia) adalah mana-mana
institusi yang terasing dari PNB dan bukan dimilki oleh OPNB atau
kerajaan lebih dari 49 % sahamnya; yang mana jika ia salah satu
syaraikat di bawah kerjaan juga, mestilah kerajaan tidak memiliki lebih
dari 49 % sahamnya. Tatkala itu syarikat itu boleh memberikan jaminan
terhadap modal ASB dan ia adalah harus menurut pandangan uilama Shariah
sedunia. Terselamatlah aqad ASB dari masalah Shariah. Tidaklah sesukar
mana jika ada keinginan.
Sudahlah Syed Mokhtar
al-Bukhary, orang Islam terkaya di Malaysia pun jauh kebelakang
tertinggal dengan orang bukan Islam dari sudut kekayaan, adakah kita
mahu membiarkan Maybank, syarikat kedua terbesar di Bursa Malaysia
jatuh ke tangan foreign investor, dan pelabur bukan Islam?
Apa akan jadi dengan DEB? Sebab kurangnya pegangan ekuiti Melayu di
Maybank, maka makin jauh lah pegangan ekuiti Melayu di Malaysia.
RESPOND :
PNB boleh mengekalkan
pegangan equitynya di Maybank dan lain-lain, tetapi jangan jadikan ia
dari modal dana ASB. Guna dana kerajaan yang lain dan untungnya boleh
terus dimanfaatkan oleh kerajaan sepenuhnya untuk kebaikan awam seperti
tebus balik modalnya yang digunakan, jika ada lebih boleh guna untuk
bagi subsisdi Toll juga. Lebih tepat, Majlis penasihat PNB boleh
menasihatkan apa yang perlu dilakukan.
Lalu berharaplah kita
pada BIMB Holdings yang tidak tersenarai pun sebagai top 100 (Komponen
KLCI) untuk maju sebagai bank Islam. Untuk mengatasi masalah BIMB pun
kena panggil "orang luar", iaitu pegawai bank dari Citibank, bukannya
orang yang terlibat secara langsung dengan perbankan Islam.
Sedangkan dengan adanya pegangan PNB, banyak teknologi dan kemudahan
bank konvensional boleh dipelajari untuk terus memajukan bank Islam.
Mungkin tidak melalui BIMB, tetapi Maybank Islamic Windows.
4. Mungkin saya agak terkasar dan terlajak, tapi sebab saya sayangkan
Islam, saya mahu anda semua, sahabat seIslam saya fikir lebih jauh
sebelum mengeluarkan hukum.
Isu ASB bukan isu yang mudah.
RESPOND :
Memang bukan mudah ,
kerana telah terlampau lama bersarang dengan cara ini. Jika ada iman di
dada, ia pasti boleh dilaksanakan tanpa beralasan banyak. Kerana itu
Allah SWT berfirman ertinya :
" Dan manusia itu adalah yang paling banyak ber' jidal ‘ berdebat (tentang tanggung jawab yang arahkan) "
Kerana itu , berfikir lebih jauh sebelum melabur.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Last update: 16-02-2009 19:14
Users' Comments (34)
|
|
|