Utama arrow Kewangan arrow Hukum Penggunaan Kad Kredit
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 88 guests online
PDF Print
User Rating: / 68
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 18-01-2007 17:23
Views 27238    
Favoured 22

Penggunaan Kad Kredit

Menurut Neraca Shariah

Disediakan Oleh :

Ust. Zaharuddin Abd Rahman

بسم الله الرحمن الرحيم

Kad Yang Boleh Memerangkap ManusiaSegala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du'at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-

  1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
  2. Hukum setiap urusniaga dan yang berkaitan dengan Kad Kredit.

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yang mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bagaimanapun penulisan ini dibuat dalam bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dapat menjelaskan ‘mawqif'(pendirian) Islam terhadap kontrak yang kian popular di kalangan masyarakt hari ini.

RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT

1. Takrif Kad Kredit

Menurut Kamus Oxford : " Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)"

‘Hutang' dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi "Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak)"

Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma' Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : "Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar."

2. Jenis Kad

Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut :

•a)                 Kad Jenis (Charge Card)

Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.

Antaranya jenisnya : American Express, Diners Club.

Antara cirinya yang terpenting :-

1)  Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kepada Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang-hutangnya hasil penggunaan kad.

2)  Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line and limit), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek' yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dengan penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.

3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yang ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibuang dari keahlian dan sebagainya.

4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.

•b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)

*Jenis ia adalah yang paling banyak tersebar di seluruh dunia. Antaranya     Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.

  • Ia juga mempunyai banyak ciri yang sama dengan yang pertama tadi cuma terdapat beberapa perbezaan utama.
  • Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna' nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan, TETAPI DIBENARKAN UNTUK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini.
  • Kad ini juga ada yang mempunyai had tertinggi penggunaan. Bermakna pemegang hanya boleh berbelanja sebanyak mana yang disukainya selagi mana di dalam kadar maksimum yang dibenarkan, dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil (sekitar 5 % sahaja), manakala jika bakinya di tangguh sehingga melepasi tempoh percuma (biasanya 30 hari), pelanggan akan dikenakan peratusan faedah. Biasanya kadar faedahnya amat tinggi iaitu sekitar 18-25 % setahun. Inilah Riba yang amat jelas malah amat membebankan dan menindas.
  • Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana2 sahaja asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
  • Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.

HUKUM BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.

Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana ‘Kafil' (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), ‘Makful' (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu' (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dengan kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kepada Pengeluar.

Maka tidak harus peniaga menuntutnya daripada Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dan lain lain. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.


2. Menggunakan Kad kredit Konvensional dalam tempoh dibenarkan

Dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang meletakkan syarat Faedah Riba tetapi ia berazam sentiasa menjaga tempoh pembayaran semula sebelum di kenakan faedah Riba, Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC (OIC Interntional Fiqh Academy) dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai TIDAK HARUS terutamanya di waktu kewujudan Kad Kredit Islam. Bagaimanapun, ketetapan dalam persidangan yang sama juga telah dibuat; mengharuskan membuat kad kredit konvensional yang tiada meletakkan sebarang syarat Faedah / Riba di dalam kontraknya. Bagaimanapun dengan syarat mestilah melangsaikan jumlah penggunaan sebelum di kenakan faedah Riba.

3. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad


Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat sebenar yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma' Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) pada persidangnnya ke-3 pada Oktober 1986.

2. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar.


Adakalanya pihak Bank atau pengeluar Kad akan meletakkan syarat dalam perjanjiannya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu' dalam bentuk peratusan yang akan di ambil dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)

Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yang disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.

Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah. (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan lain lain ). Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah Wakalah) kepada Bank kerana menjadi ‘wakil' bagi Peniaga dalam mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).

4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)

Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap Ringgit Malaysia (RM) hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)

Hukumnya : berbeza menurut jenis hadiah; ia seperti berikut :-


a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.

Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi' (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).

Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa "Dimaafkan yang berlaku pd tawabi' dan tidak pd lainnya" (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).

b) Hadiah-hadiah lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan syarat hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal menurut pandangan Shariah. Bagaimanapun, ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai' (Menutup jalan haram dari berlaku).

5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Sahaja

Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa persetujuan Pemegang kad.

Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara', kerana kontrak yang diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak ‘Ghair Lazim' (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.

6. Membeli Emas & Perak dengan Kad Kredit


Ulama Fiqh telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut "at-taqabud fil hal" dalam istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan syarat dan keperluan itu. Ini adalah kerana wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.

Persoalannya dalam isu Kad Kredit adalah : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC telah membuat dua ketetapan ; Iaitu yang lama yang yang baru . Pandangan lama (dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995) menyebut : "Proses terima serah "At-Taqabud" sebenarnya telah terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat". Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Ia juga merupakan ketetapan dari Simposium Ekonomi Islam ke -12 anjuran Dallah al-Barakah pada 1996.

Pandangan baru mereka (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) ; mereka memfatwakannya sebagai HARAM  ( Berdasarkan keputusan nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 )

Justeru, saya menyarankan agar orang ramai menjauhi hal ini lebih baik dari mengambil mudah. Ini kerana kaedah Fiqh menyatakan " Keluar dari khilaf adalah lebih diutamakan" . Maka hukumnya : HARAM.

7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf') Dengan Kad Kredit.


Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sebagaimana termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.

Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa syarat dalam Islam bagi pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.

Hukumnya : HARAM. Ini adalah kerana kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu' . Ia menurut ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC dalam sidangnya yang ke 12 pada September 2000. BAGAIMANAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yang amat sangat.

8. Denda Penalti Kerana Lewat Langsaian Bil Wajib bagi ‘Kredit Kad.

Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Credit card, bahawa pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bil wajib minimanya dalam tempoh izin (30 hari). Sudah tentu ia berbentuk wang.

Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sangat dilarang di dalam Islam kerana terdapat unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma' seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.

Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.

BAGAIMANAPUN terdapat keputusan berbeza dari persidangan Ekonomi Islam AL-BARAKAH ke 12 pada tahun 1996, yang memutuskan HARUS, tetapi jumlah denda itu mestilah digunakan untuk tujuan derma kebajikan.  Ia dibolehkan berdasarkan kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan mazhab Maliki dan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.

9. Bunga @ Faedah Dikenakan bagi Memperbaharui Bil Bagi Kredit Kad

Terkandung dalam syarat kontrak ‘Kredit Kad' bahawa pemegang yang tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yang berbaki tersebut akan dikenakan faedah.

Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu-ragu. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.

Soalan : Adakah harus seorang muslim memohon Kad ini, yang jelas mensyaratkan faedah bagi bil berbaki?

JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bagaimanapun terdapat pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dengan syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebarang baki yang boleh dikenakan Faedah.

10. Mengeluarkan Wang dengan Kad Kredit
Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kepada Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine' bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sebagai wakil).

Hukumnya:

1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya sahaja. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dengan kadar khidmat mereka yang sebenar.

2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YANG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SAHAJA. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.

3. Jika Pemegang tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank. dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sebagaimana Kaedah: ‘Kullu Qardhin Jarra Naf'an Fahuwa Riba' Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.

Sekian

Irbid, Jordan

2003

Last update: 22-08-2007 22:41

Published in : Soal Jawab, Kewangan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (22) RSS feed comment
Posted by Zainudin Kornain, on 09-12-2009 16:10, IP 203.82.79.102, Guest
1. Kalau dah terbeli emas pakai kad kredit
Askm Ustaz, 
 
Apa yg perlu dibuat sekiranya telah terbeli sebentuk cincin emas untuk isteri saya. Apa kah kaedah yang boleh dipakai. Adakah saya perlu menjualnya kembali atau bagaimana?
 
» Reply to this comment...

Posted by nik huzaifah, on 11-10-2009 08:51, IP 203.82.91.104, Guest
2. beli barang
Assalamualaikum... 
Saya telah membeli komputer menggunakan kad kredit konvensional. 
Saya membayarnya sikit sikit... bulan demi bulan 
SOALANNYA... Sekarang saya mengetahui bahawa ianya salah... Jd mcm mana dengan status komputer saya? Adakah saya perlu menjualnya kembali? atau membuangnya?  
Harap dapat Ustaz menerangkannya? 
Jika tidak menyusahkan Ustaz, emailkan pd saya jawapannya.... nickhuzaifah@gmail.com
 
» Reply to this comment...

Posted by hanafi, on 13-09-2009 15:39, IP 203.82.79.101, Guest
3. kad kredit
askum ustaz 
 
saya pengguna kad kredit PM mastercard,adakah urus niaga saya gn PB haram?setahu saya setiap pengeluaran duit cash dikenakan 5% @ 20.00 setiap pengeluaran, 
kalu pembelian 3% kalu x ikut tarikh date line PB............ 
adakah RIBA kesemua itu?
 
» Reply to this comment...

Posted by shahrul, on 02-09-2009 10:33, IP 121.121.194.74, Guest
4. Loan Dari Kad Kredit
Assalaamu'alaikum Uzar 
Saya ada kad kredit AL-Aiman BSN iaitu kad kredit Islamic. BSN ada menawarkan 'BSN EASY CASH' untuk pengeluaran wang dari kad kredit tersebut. masalahnya sekarang BSN menyatakan ia mengenakan faedah/caj keuntungan 8.50%, apakah caj keuntngan ini halal disisi syarak? sebab BSN mengambil keuntungan bukan dengan kaedah jualbeli tapi dicaj dari nilai jumlah pengeluaran wang yang kita mohon. harap UZAR DAPAT bagi pandangan. Sekian Terima Kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by sai, on 08-05-2009 13:01, IP 60.53.225.67, Guest
5. Kalau baru tahu
Salam Ustaz, 
 
kalau saya baru tahu bahawa membeli emas 999.9 menggunakan credit card fatwanya HARAM, apa perlu saya buat dengan emas yang dah terbeli. Kena jualkah atau simpan sahaja.
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnu ahmad, on 20-03-2009 18:24, IP 60.52.59.178, Guest
6. Hukum Kad Debit PB Visa Electron
Salam ustaz, 
 
saya ade mencari perbincangan hukum penggunaan Kad Debit PB Visa Electron yg dikeluarkan oleh Public Bank tapi x jumpe dlm ni. 
 
Penggunaan Kad debit ini bleh apply terus tampa memerlukan ada akaun simpanan public bank. http://www.pbebank.com/en/ en_content/personal/cards/ visa_elt.html w/bagaimanapun saya ada membuka akaun simpana wadiah di bank ini. 
 
Bila dah guna kad ini syaratnye, minimum duit kene ade Rm25, pastu yuran tahunan sebanyak Rm 24 (http://www.pbebank.com/en/ en_content/personal/rates/ cards.html bahagian PB Visa Electron) 
Tidak akan dicaj utk pengeluaran wang. 
 
soalan saya adakah hukumnya HARAM kerana dikeluarkan oleh bank konvensional? adakah sebab yuran tahunan itu kita dikira bersubahat kerana bank konvesional yg keluarkan kad itu? 
 
Mohon penjelasan ustaz.. 
 
UZAR : HUKUM kad debit adalah berdasarkan akaun yang dibuka, jika ia akaun public bank islamic, nescaya halallah kad tersbeut, jika sebaliknya maka haram.
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by Head addict, on 19-02-2009 00:19, IP 202.160.45.30, Guest
7. melangsaikan hutang
aslkum ustaz ,saya ada niat untuk menyelesaikan habis hutang saya pada kad kredit ini bagi saya untuk tidak lagi terjebak dalam dosa riba,  
 
Soalannya masa ini saya ada kenal sebuah syarikat yang menjual barang perabut secara pembayaran beransur-ansur melalui bank di mana saya terima tiap-tiap bulan, syarikat tersebut itu juga membolehkan pinjaman wang jika membeli perabut, contoh nya bank yang saya terima gaji bulan-bulan memberi saya pinjaman untuk membeli perabut sebanyak $10,000. dengan potongan sekian-sekian tiap-tiap bulan selama 5 tahun, seterusnya saya terus berurusan dengan syarikat tersebut, syarikat tersebut memberi saya pilihan jika saya mahu wang bukan perabut, syarikat tersebut memberi syarat 35% hendaklah pada perabut selebihnya 65% adalah duit, ini bermakna saya akan mendapat tunai sebanyak $6500.00, urusan ini antara saya dengan syarikat tersebut tanpa pengetahuan pihak bank,bolehkah saya mengunakan duit ini untuk menyelesaikan hutang kad kredit saya seterusnya menutup kad kredit agar tidak lagi terjebak dalam dosa riba.saya tidak lagi ada cara untuk menyelesaikan hutang saya pada kad kredit ini kerana bank tidak lagi memberi saya pembiayan peribadi kerana belum habis hutang pembiayan kecuali pembiyaan untuk membeli peralatan rumah, terima kasih ustaz :? :sigh 
 
 
UZAR ; Jika pinjaman itu sendiri sudah punyai riba, bagaimaan mungkin sdr ingin menggunakannya untuk menyelesaikan riba kad kredit?. ia ibarat membasuh najis dengan memgunakan air najis. 
 
Justeru, caranya sepatutnya adalah membuat pembiayaan peribadi dari mana-mana bank Islam atau koperasi Islam. dan gunakannya untuk membayar hutang kad kredit secara sekaligus. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Auni, on 12-02-2009 17:43, IP 130.95.16.119, Guest
8. perth
Assalamualaikum wbt ustaz, 
 
Ana munsykil tentang 2 ayat di bawah yg nampak semacam 'contradict' (atau mungkin ana yg tak reti bahasa melayu) 
 
Bagaimanapun, ketetapan dalam persidangan yang sama juga telah dibuat; mengharuskan membuat kad kredit konvensional yang tiada meletakkan sebarang syarat Faedah / Riba di dalam kontraknya.... 
 
Bagaimanapun dengan syarat mestilah melangsaikan jumlah penggunaan sebelum di kenakan faedah Riba. 
 
ayat pertama menyebut, harus membuat kad kredit konvensional yg tiada syarat faedah riba, jadi mengapa ayat kedua sebut, mestilah melangsaikan jumlah penggunaan sebelum di kenakan faedah Riba.? mengapa perlu bayar sblm kena faedah riba, sedangkan tiada syarat faedah riba pun? 
 
soalan kedua, makna mudah bagi hukum harus ialah boleh. jadi bagaimana pula takrif mudah TIDAK HARUS (dalam perenggan yg sama)? tidak boleh? 
 
jzkk ustaz 
 
UZAR: Tiada kontradik, tapi keputusan perenggan pertama mengatakan boleh jika tiada dalm kontrak berkenaan riba. maka boleh. tapi actually fatwa tu yang berpijak di bumi nyata krn mana ada kad krrdit konvensional yang tiada meletakkan interest dalam agreement
 
» Reply to this comment...

Posted by Nadiah, on 20-01-2009 17:36, IP 213.94.253.114, Guest
9. Daruratkah?
Salam ustaz. Selepas Puisi08 lepas, saya dan kebanyakan peserta baru tahu dan jelas tentang penggunaan kad kredit konvensional yang haram di bumi Ireland/UK.  
 
Soalan saya,  
 
1)since kami masih belum ada lagi kad kredit halal ( kena tunggu balik msia time summer insyaAllah akn buat).. bolehkah kami menggunakan kad kredit konvensional dahulu untuk urusan pembelian tiket2 flight ke UK dsbg?? 
 
2) Jika boleh, apakah hukum menggunakan kad kredit konvensional tadi jika pada masa yang sama ada travel agent yang menawarkan pembelian tiket flight ke Msia secara cash tetapi mahal sedikit( majority selalu beli online kerana lebih murah)? Kira macam ada alternatif untuk elakkan riba la kan ustaz? Jatuh wajib tak untuk beli cash? 
 
Jazakallah ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by Shah, on 17-12-2008 02:54, IP 208.101.179.88, Guest
10. Kad kredit
Saya sudah menggunakan perkhidmatan kad kredit. Jika dinilai berdasarkan artikel ustaz diatas memang haram kerana kelewatan pembayaran akan di charge.  
 
soalannnya ialah 
1) Jika saya tidak pernah lewat membayar dan tidak pernah dicharge sebab lewat bayar (krn tak pernah byr lewat) adakah tetap hukumnya haram? 
 
2) Adakah charge annual fee yg dikenakan haram? 
 
3) Maaf jika terkeluar dari tajuk. Apa maksud variable dalam pemilihan kad kredit?
 
» Reply to this comment...

Posted by Nadal, on 15-12-2008 09:49, IP 208.101.179.88, Guest
11. Pilih kad
Ustaz, 
saya dalam proses ingin mendapatkan perkhidmatan kad kredit. Saya mempunyai pilihan seperti credit union, master card, visa dan capitol one. Bolehkah ustaz menolong saya memilih kad manakah yang halal? 
 
UZAR : pergi ke rajhi bank, am islamic bank atau bank islam malaysia berhad, mereka ada kad halal
 
» Reply to this comment...

Posted by iman, on 04-11-2008 04:25, IP 194.80.178.1, Guest
12. ...
kita ada pilihan. katakan tidak terus kepada kad riba. kita kan ada bank Islam credit card. pilih saja, saya baru apply creditcard bank Islam minggu lepas, minggu ni dah approved. dapat gold card visa dan master. Alhamdulillah ini card pertama saya, dan saya takkan apply credit card konvensional selagi bukan terdesak.
 
» Reply to this comment...

Posted by abuamar, on 08-09-2008 18:33, IP 81.79.146.30, Guest
13. ...
assalamualaikum ustaz 
 
saya masih keliru antara profit charge kad kredit bank Islam (18%) dengan interest kad kredit bank konvensianal (18%)setahun. bank konvensional confirm riba, bank Islam tu macammana ustaz?ada beza ke? :? :? :?  
 
UZAR : IA SERUPA TAPI TAK SAMA, MACAM MENGANDUNG HASIL NIKAH SAH DENGAN MENGANDUNG HASIL ZINA.
 
» Reply to this comment...

Posted by Masih Tak Nampak, on 11-04-2008 23:06, IP 124.13.137.81, Guest
14. ...
Ustaz, Saya masih kurang faham bagaimana boleh ada kad kredit Islamic? Dari pandangan saya, kad kredit ialah kita meminjam wang dari bank untuk tolong membayar pembelian kita. Jika kita dapat bayar sebelum "due date" maka kita membayar kepada bank amaun yang sama dengan harga pembelian. 
 
Tetapi jika dibayar lambat maka kita dikenakan interest. Konsep yang sama digunakan oleh Bank Islam & Ambank cuma dikatakan pihak bank tidak mengenakan "compounded interest". Yang saya muskhil, pihak bank masih lagi mengambil keuntungan bila tidak dibayar habis harga pembelian. Bagaimana ianya dibenarkan untuk kad kredit Islam sedangkan jika saya meminjam wang untuk pembelian barang dan saya bersetuju untuk harga transaksi, tetapi bila saya tepaksa menangguh kan pembayaran maka saya terpaksa bayar lebih. Dan amaunnya tidak diketahui dari awal sehingga saya dapat membayar habis hutang itu (tidak seperti loan rumah islamic) 
 
Harap dapat penerangan. 
 
UZAR : SILA HADIR KE KURSUS KEWANGAN ATAU DAPATKAN BUKU SAYA INSHAALLAH
 
» Reply to this comment...

Posted by sutera, on 19-03-2008 00:03, IP 60.52.96.221, Guest
15. ...
Assalamualaikum ustaz.. 
 
Dulu saya jahil berkenaan penggunaan kad kredit konvensional dan mempunyai outstanding balance yg tidak dapat dilangsaikan dalam masa terdekat. Sudah pasti saya terlibat dengan bayaran penalti oleh pihak bank konvensional. Kini saya takut, apa perlu saya buat utk membayar kesemuanya dalam masa terdekat adalah mustahil. Tetapi saya tetap berazam menjelaskannya secara perlahan. Tapi dalam tempoh itu juga saya terlibat dgn riba. Saya rasa berdosa dan taubat untuk menggunakannya. Tetapi saya perlu jelaskannya. Apakah ALLAH terima taubat saya ini?
 
» Reply to this comment...

Posted by Muslim, on 15-03-2008 07:31, IP 60.52.98.191, Guest
16. ...
ustaz,apa hukumnya onani(melancap) bagi orang yang belum berkahwin dan apa hukumnya pula bagi orang yang dah berkahwin. minta penjelasan
 
» Reply to this comment...

Posted by iskandar itam, on 22-02-2008 14:50, IP 60.52.101.118, Guest
17. ...
assalamualaikum, 
bagaimana pula skim pembelian pakai kad kredit yang boleh automatik 
dapat 0% interest for 12 months installment (Maybank dan Citibank 
biasa ada offer ni) ? Jzkk wasalam
 
» Reply to this comment...

Posted by su, on 15-02-2008 18:07, IP 60.52.103.216, Guest
18. ...
salam ustz, 
 
cemana kalo br insaf pasal riba ni n nak keluar dr masalah bebanan hutang kad kredit tapi duit pulak tak cukup nak langsaikan hutang sekaligus. Yg mampu byr min payment jer sedangkan kad kredit dpt dr 3 bank total >23k. Blh tak sy clear utg bank satu per satu, nak buat serentak impossible ler. Atau ustz ada idea lain. tq
 
» Reply to this comment...

Posted by leo, on 20-01-2008 13:35, IP 60.52.103.243, Guest
19. ...
Salam Uzar,  
 
Sy kurang jelas mengenai Hukum berkaitan penggunaan kad kredit bahagian --> "7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf') Dengan Kad Kredit. ". Minta jasa baik Uzar kasik terang skit bley..  
 
Satu lagik bagaimana pula kalau saya guna Islamic Kad kredit utk membeli belah di luar negara? Di situ juga berlaku transaksi matawang kan... Apa hukumnya? Terima kasih...
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammad Fahmi, on 20-01-2008 11:29, IP 60.52.103.243, Guest
20. ...
Salam sejahtera Ustaz, 
 
Adakah ketiga-tiga kad kredit tersebut betul-betul berlandaskan perbankan islam atau sama sahaja dengan yang konvensional. Mohon penjelasan. Terima kasih. 
 
KOMEN UZAR : BERBEZA, DAN IA JUGA PUNYAI MAJLIS SHARIAH YANG TELAH SAHKAN.
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammad Fahmi, on 12-01-2008 18:07, IP 60.52.98.240, Guest
21. ...
Salam sejahtera Ustaz, moga-moga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t. 
 
Sebagai mukaddimah, dahulunya saya menggunakan kad kredit konvensional dari Citibank & CIMB Bank. Untuk pengetahuan ustaz saya membayar hutang kad kredit sebelum 'due date' utk mengelakkan dari membayar' interest charge'. Setelah membuat tinjauan saya mendapati hanya 3 bank sahaja yang menawarkan kad kredit yang berasaskan perbankan islam: 
 
1. http://www.bankislam.com.my/ About_Bank_Islam_Card.aspx 
2. http://www.bsn.com.my/ KadKredit-i.html 
3. http://www.ambg.com.my/ personal/creditcard/al- taslifcreditcard-i.asp 
 
Atas dasar 'mencari yang halal itu wajib' saya telah memilih untuk menamatkan penggunaan kad-kad kredit konvensional yang saya gunakan dan memohon Al-Taslif Card-i dari AmBank berdasarkan kelebihan yang ditawarkan berbanding dengan Bank Islam dan BSN. Hingga ke hari ini saya masih membayar hutang kad kredit sebelum 'due date'. 
 
Mohon pandangan yang mudah dari ustaz mengenai hal ini. 
 
Bagaimana pula jika saya boleh memasarkan Al-Taslif Card-i dan mengambil komisen dari usaha tersebut. 
 
Sekian, terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamid, on 18-12-2007 10:23, IP 211.25.51.1, Guest
22. ...
Salam.. 
ustaz macam mana dengan penggunaan debit kad dari publik bank ye?
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom