Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Lelaki dan wanita arrow Bolehkah Wanita Berdakwah Dengan Nashid?
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 50 guests online
PDF Print
User Rating: / 54
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 29-05-2007 14:56
Views 14191    
Favoured 24

Bolehkah Wanita Berdakwah

Melalui Nashed ?

Teks yang ditambah berwarna marron di bawah

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 gambar hiasan

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?

Suara Wanita

Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu

أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)

Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat. 

Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.

Berubah Menjadi Aurat

Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.

Inilah perbincangan saya.

Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.

"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya

" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.

"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.

"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga

"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.

Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.

Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.

Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.

Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.

Entah apa yang merasuk mereka..

Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :

"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"

"siswi mana" tanya saya

"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu

Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !

Teringat Di Jordan

Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?  

Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.

Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya. 

Amaran Allah

Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir  menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat  ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.

Suara Wanita Ketika Beribadah

Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-

1) Ingin Menegur Imam semasa solat,

Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.

Hadithnya :-

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "

Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)

Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)

2)                 Wanita dan azan

Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)

Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )

3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.

Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)

Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )

Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan

فرع : صرّح في النوازل  بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال  والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )

Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath  Al-Qadir, 1/206 )

4) Suara wanita dan talbiah Haji

Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )

Kesimpulan

Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )

2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.

" tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.

Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.

Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ

Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228  )

Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.

Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.

Nabi SAW bersabda :

إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم

Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya.  ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )

Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.

Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.

Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.

BANTAHAN KEPADA ARTIKEL 

Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.

Hadith ini adalah seperti berikut :-

عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ  يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

 Ertinya : Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar  r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335

Dalam riwayat lain :

عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام فقال دَعْهُمَا

ُErtinya : "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, maka baginda terus baring dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya"

Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-

1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.

2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas

"وليستا بمغنيتين"

Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-

معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به

Ertinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442)

3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-

وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن

Ertinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)

4) Takrif ‘Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-

قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ

Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)

قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ

Ertinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )

Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-

لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب

Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181)

Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.

 

Sekian

http://www.zaharuddin.net/

29 Mei 2007

12 Jumada Awal 1428 H

Last update: 01-06-2007 15:51

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (21) RSS feed comment
Posted by Izzah, on 29-01-2010 21:38, IP 203.82.92.115, Guest
1. Artikel yang menarik
Ini adalah artikel yang saya cari. Terima kasih. Izinkan saya menyebarkan artikel ini...Syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by saini, on 22-01-2010 15:43, IP 203.82.80.22, Guest
2. student
Assalammualikum ust. Alhamdulillah difahami apa yg ust terangkan melalui artikl di atas. Saya cuma nak ust jelaskan ttg "Safar Mar'ah" permusafiran wanita...khususnya utk orng perempuan yang belajar di luar negara dan jauh2,setelah pelajar itu belajar jauh2,tap dalam masa yg sama pelajar perempuan tu jalan2 plk(bt lawatan ke tempat2 yg di luar kawasan belajar mereka). kemudian,blh x ust datangkan pandangan imam dari 4 mazhab yg muktabar dan imam masa kini. wasslam.
 
» Reply to this comment...

Posted by dayana, on 07-01-2010 16:01, IP 118.100.60.69, Guest
3. kwn sy
assalamualaikum ustaz... 
sy mempunyai seorang kwn yg bernama Sheda.. 
sheda ni suara die lmbut sngt dan manje(semulajadi).. 
shinggakan stu hari die mngamuk krane diganggu rakan skelas(laki2),tapi suaranye bkn kasar,tapi ttp lembut... 
sy x tau mcm mane nak membuatkan laki2 di klas sy supaya tidak mengganggu dier..buntu dibuatnye.. :? 
 
 
UZAR : lebih dilayan, makin suka la budak lelaki, tips untuk elak kacau adalah jalan layan dan tak perlu bersuara langsung, ia akan buat budak laki rasa mereka 'bodoh'.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Azhar Bin Sulaiman, on 17-12-2009 09:48, IP 203.121.104.30, Guest
4. Artikel..
Izinkan saya sebarkan artikel ini. Tq
 
» Reply to this comment...

Posted by farhanah, on 23-11-2009 15:07, IP 124.82.48.100, Guest
5. wanita brdkwh melalui nasyid??
dapat ke mereka brdkwh melalui nasyid sedangkn pakaian mereka pun ade yg mcm2 fesyen..apatah lagi gerak badan yg mengoda..
 
» Reply to this comment...

Posted by bersalah, on 18-09-2009 13:05, IP 202.184.111.88, Guest
6. sms vs suara
salam. hrp ustaz sudi jawab soalan... 
bagaimana pulak hukum teks mesej yang boleh menaikkan bulu roma orang yang membacanya..bukan bermaksud mesej lucah tetapi mesej panggilan..cth 'abang, sayang'... 
wassalam
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ASRAF, on 18-06-2009 03:22, IP 60.50.201.59, Guest
7. Bolehkah Wanita Berdakwah Melalui Nashe
1. Qari'ah lak camna? 
Assalamualaikum ustaz... bagaimana status qari'ah pula yang mengalunkan bacaan alqur'an seperti menyertai pertandingan tilawah al-Quran. adakah sama hukumnya bagi yang menyanyi/bernasyid
 
» Reply to this comment...

Posted by assulami, on 12-06-2009 16:30, IP 124.82.231.157, Guest
8. Qari'ah lak camna?
Assalamualaikum ustaz... bagaimana status qari'ah pula yang mengalunkan bacaan alqur'an seperti menyertai pertandingan tilawah al-Quran. adakah sama hukumnya bagi yang menyanyi/bernasyid
 
» Reply to this comment...

Posted by manusia, on 11-06-2009 23:56, IP 219.93.21.126, Guest
9. Suara wanita.
ustaz, camne kalau seorang ustazah yang suara nya menarik perhatian lelaki ketika menyampaikan ceramah seperti forom perdana ehwal islam...? hingga kadang2 ada lelaki yang tunggu semata2 sebab best dengar suara ustazah tersebut? camne hukumnye suara ustazah tersebut? harap penjelasan. 
 
UZAR : hukum terpakai utk semua, tidak kira ustazah atau bukan. Pandai-pandai la ustazah itu utk adjust suaranya agar tidak manja dan menggoda.
 
» Reply to this comment...

Posted by lanjut, on 10-06-2009 15:53, IP 119.40.112.4, Guest
10. bolehkah wanita berdafwah melalui nasyid
salam Ustaz, bagaimana dengan pekerjaan seorg telefonis wanita / pekerja khidmat pelanggan yang sekadar menyahut dan menjawab persoalan/ masalah dari penelefon? adakah haram juga sedangkan penelefon tidak kenal dan tidak melihat mukanya.  
 
wasalam, jazakallah 
 
UZAR : Jika dilembutkan dan dimanjakan suara maka tetap haram walau tidak nampak muka atau kenal. 
 
Jika suara biasa, ia dibenarkan
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 03-05-2009 23:49, IP 60.50.89.164, Guest
11. hukum suara wanita
salammm..ya ustaz,soalan ini agak bingung memiirkannya...emm..apakah hukum bg suara wanita sewaktu menyampaikan suara mereka yg membuatkan para pendengar menjadi lalai dan leka terhadap ibadah2 fardu, akibat leka dengan hiburan yg tak tentu arah motifnya...??? 
 
UZAR : jwpnnya ada di dalam artikel
 
» Reply to this comment...

Posted by siti zulaikha, on 04-04-2009 16:20, IP 94.249.18.75, Guest
12. peminat mawaddah
salam ust...bg saya yg mmg mengenali sebahagian ahli2 kumpulan mawaddah,saya sgt kagum dgn cara dakwah yg mereka gunakan.mmg tak dinafikan berapa ramai yg tergoda mendengar suara yg mereka lantunkan ...ttp adakah kita perasan berapa ramai juga yang insaf bila mendengar alunan dari nasyid dan senikata yg mereka lantunkan?saya berani katakan ramai manusia yg insaf mendengar nasyid mereka dr manusia yg tergoda mendengar suara mereka.... 
 
UZAR : semuanya assumption. kaedah fiqh sebut, menolak kemuidaratan didahulukan dari memperoleh kemaslahatan.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hanif, on 12-05-2008 14:32, IP 60.52.96.33, Guest
13. ...
assalamu laikum 
mmg betul apa yg ustaz putuskan. tapi ada pula ustaz-ustazah yg kata halal wanita menyanyi? jadi fitnah kpd ulama. 
tk 
 
UZAR : WANITA HALAL MENANYI DI DEPAN WANITA DAN SUAMI MEREKA SECARA TERTUTUP
 
» Reply to this comment...

Posted by Nabil, on 30-04-2008 12:17, IP 60.52.100.145, Guest
14. ...
Salam..bagaimana hukum wanita yang bermain alat muzik..sebagai kerjaya?..Diharapkan Ustaz dapat memberi penjelasan terperinci..Terima Kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by asrar, on 18-04-2008 10:40, IP 211.25.51.200, Guest
15. ...
salam ust.. mohon keizinan untuk copy artikel ini kerana saya kira amat berguna untuk shbt2 saya.. link ke web ust akn saya sertakn bg rujukn lanjut..
 
» Reply to this comment...

Posted by Rusliza, on 30-01-2008 19:17, IP 60.52.98.204, Guest
16. ...
Akum. Ustaz saya ingin bertanya, macamana pula kedudukan wanita yang semulajadi suaranya lembut dan ini telah menyebabkan ada dikalangan lelaki yang berkata tidak senang duduk kalau tidak dapat mendengar suaranya sehari.  
 
Apa yang harus wanita ini lakukan? 
 
UZAR : BERHENTI KERJA DAN JADI SURI RUMAH YANG MANTAP, SUMBANG KPD UMUM MELALUI TULISAN
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nursakinah ahmad, on 25-12-2007 21:45, IP 60.52.97.254, Guest
17. ...
Assalamualaikum. 
 
ustaz, ana ingin bertanya...ustaz ada menyebut mengenai wanita yang memakai pakaian yang cantik... 
 
Bagaimana 'dressing' yang sepatutnya dipakai oleh seorang muslimah semasa keluar dari rumah..semasa bekerja..semasa menerima tetamu (termasuk lelaki bukan muhrim)..semasa berhadapan dengan wanita bukan Islam..dan dll... 
dewasa ini..wanita tidak hanya duduk di rumah tetapi turut bekerja dan banyak melakukan aktiviti luar.  
 
Adakah membawa kepada dosa jika seorang wanita itu sekadar berpakaian menurut kesukaannya sahaja untuk kelihatan tidak 'hudoh' dipandangan orang lain...samada dengan memakai baju cantik..'make-up ringan spt bedak,lipstik,celak,dll) dan bagi wanita yang gemar beriadah..memakai pakaian sukan seperti seluar panjang(track), t-shirt tangan panjang, dan bertudung(bukan tudung labuh...tudung 4segi) 
 
Adakah pemakaian seperti ini boleh membawa kepada dosa ustaz? apa cadangan ustaz terhadap permasalahan ini? 
 
Terima kasih kepada ustaz. assalamualaikum. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnatulahmad, on 05-12-2007 19:54, IP 60.52.99.178, Guest
18. ...
assalamualaikum ustaz,saya nak bertanya dgn ustaz tentang bagaimana adab2 antara lelaki dan wanita yang berada dalam 1 kelas.memandangkan saya masih belajar di salah satu institusi. 
 
ini amat susah untuk saya hadapi .sewaktu sekolah dahulu ,kami diasingkan antara lelaki dan perempuan. 
 
KOMEN UZAR : SOALAN TERLLAU UMUM DAN SUKAR UNTUK SAYA BERIKAN CADANGAN. YG PENTING, JAGA DIRI MENURUT SHARIAH,. MAKA WALAUPUN KELAS BERCAMPUR, IA TIDAK AKAN MEMBERIKAN KESAN KPD ANDA.
 
» Reply to this comment...

Posted by mesir, on 07-11-2007 05:39, IP 60.52.96.12, Guest
19. ...
salam ustz,ustz bloeh jelaskan tak tentang hukum bersanding,sebab ape tokleh,hmm terima kasih kepada semua tulisan
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Ingin Tahu, on 17-09-2007 08:38, IP 60.52.99.34, Guest
20. ...
Saya ada melihat di TV3 (17 September 2007, 3.30AM) di mana ada kumpulan di Amerika dikatakan berdakwah dgn rentak Hip-Hop dan di Indonesia dgn rentak Rock dan mereka mendakwa bahawa gaya ini yang diterima oleh masyarakat sekarang (mungkin untuk masyarakat tempatan mereka) selain dahaga kepada hiburan dan agama, 
 
Bagaimana pula dengan kumpulan nasyid tempatan yang menggunakan rentak kontemporari yang kini menggunakan alat muzik moden seperti yang digunakan dalam muzik2 tekno dan alat muzik yang tidak saya faham tidak dibenarkan seperti alat muzik bertali dan alat muzik yang ditiup. 
 
Akhir kata harap ustaz dapat memberikan penjelasan, dan minta maaf jika tulisan saya ini ada menyinggung perasaan atau pon penggunaan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan sesiapa pon.
 
» Reply to this comment...

Posted by nurA, on 31-08-2007 17:00, IP 60.52.102.33, Guest
21. ...
assalamualaykum wbt ustaz. ana bukan mahu bertanya mengenai suara wanita, tapi mengenai bersanding. ustaz menyebut dalam artikel ini bahawa ulama` menyebut bahawa haram bersanding. 
 
adakah pengharaman itu secara total, atau ada syarat2 nya? 
 
bagaimanakah sebenarnya yang dikatakan bersanding? jika sekadar duduk di suatu kerusi khas? 
 
boleh ustaz terangkan dengan lebih lanjut?
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom