Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Lelaki dan wanita arrow 'Ringan-ringan' Bakal Lahirkan Keluarga & Zuriat Zina
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 66 guests online
PDF Print
User Rating: / 66
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 01-08-2007 17:52
Views 32079    
Favoured 19

Zina Bakal Lahirkan

Keluarga & Zuriat Zina

Soalan

Assalamualaikum ustaz,saya baru saja membaca metro hari ini 29/07/2007.saya sudah bertunang pada hujung tahun lepas dan akan berkahwin pada bulan november tahun ini,sepanjang kami bercinta dan bertunang kami telah banyak kali terlanjur, saya nak lupakan apa yang kami telah lakukan dan saya ingin bertaubat. Saya tak nak selepas berkahwin nanti hubungan kami dilanda masalah seperti tertulis dalam metro hari ini,sebelum ini saya sudah cuba untuk meninggalkan apa yang kami pernah lakukan, saya harap ustaz dapat bantu saya,dan saya harap ustaz dapat sertakan niat solat taubat dan waktu yang wajib saya lakukan.

Soalan melalui email

This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Jawapan :

Benar, tanpa taubat yang sungguh-sungguh, pastinya benih-benih dosa dan kejahatan yang diasaskan seperti 'ringan-ringan dan zina' semasa bercinta akan merebak selepas kahwin dan seterusnya kepada zuriatnya. Nauzubillah minzalik (minta di jauhkan Allah). Sila baca artikel saya di METRO ahad lepas di sini.

Ia berdalilkan firman Allah SWT :

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً

Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya " ( Al-Baqarah : 10 )

Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina', ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi  dengan celaan atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya.  

Sudah tentu sebelum ia berlaku wahai umat Islam yang dikasihi sekalian, ubat dan 'antidot' adalah taubat dari kedua-dua belah pihak dengan taubat nasuha yang penuh kesungguhan dan keinsafan. Justeru, bagi mencapai taubat yang sebenar ini. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman bukannya yang lain.

Imam Al Bukhari menyebut tentang keperluan sesuatu amal dan ibadah termasuklah taubat yang diakari oleh ilmu di dalam shahihnya hingga dibuat satu bab khas bertajuk : bab: "Ilmu sebelum beramal". Beliau menyebut firman Allah SWT berikut sebagai dalil keperluan ini:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Ertinya : Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu (Muhammad: 19)

Jelas disebut di dalam ayat berkenaan didahulukan perintah untuk berilmu dari perintah untuk beristighfar dan taubat.

Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an). Dan dalam hadith:

Ertinya : "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati". (Hadits muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).

Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)

Ringan-ringan & terlanjur..penyakit yang bakal merebak selepas kahwin & kepada zuriat
 

2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu. Firman Allah :-

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

3) Segera menangisi dosa zina yang telah anda lakukan dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.

4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Bukti azam kukuh itu adalah dengan membatalkan semua 'dating' dengan tunang itu dan tidak lagi berdua-duaan sehinggalah berkahwin.

Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan kemaksiatan. (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi )

Imam Ibnu Katsir berkata: "Sedangkan jika ia bertekad untuk bertaubat dan memegang teguh tekadnya, maka itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya pada masa lalu. Seperti terdapat dalam hadits sahih "Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, dan taubat menghapuskan dosa yang sebelumnya".

5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Jangan berchat dan ber'sms' akan perkara yang boleh membangkitkan nafsu anda dan tunang. Hentikan dan putuskan talian jika perasaan itu mula mendatang.

6) Berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah). Firman Allah SWT ertinya :

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً

Ertinya : "Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

7) Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah :

إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيم

Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).

Justeru, banyakkan bersedeqah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Berbekalkan pahala kebaikan ini diharap ianya dapat menutup dan memadamkan dosa zina tadi.

Tanda Sempurna

Tanda kesempurnaan taubat adalah anda merasa bencinya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana takutnya dilemparkan ke neraka atau lebih mudah untuk gambarannya adalah sebagaimana anda takut dan benci untuk mati 'accident' dengan kepala terburai dan pecah isi perut dalam keadaan zina.

Tanda kesempurnaan taubat juga adalah anda akan berubah dalam majoriti sifat dan rutin seharian anda kepada yang lebih baik. Ringan melakukan amal soleh dan suka bergaul dengan rakan-rakan dan solehah sahaja.

Mengulangi Selepas Taubat ?

Imam Ibnu Kathir berkata: "apakah syarat taubat nasuha itu orang harus tetap bersikap seperti itu hingga ia mati, seperti diungkapkan dalam hadits dan atsar: "kemudian ia tidak kembali melakukannya selama-lamanya", ataukah cukup bertekad untuk tidak mengulangi lagi, untuk menghapus dosa yang telah lalu, sehingga ketika ia kembali melakukan dosa setelah itu, maka ia tidak merusak taubatnya dan menghidupkan kembali dosa yang telah terhapuskan, dengan melihat generalitas pengertian hadits:

"Taubat menghapus dosa yang sebelumnya" [Tafsir Ibnu Katsir: 4/ 392].

Imam Ibnu Qayyim membicarakan hal ini dalam kitabnya "Madarij Salikin" dan menyebut dua pendapat:

Pertama : Mengharuskan agar orang itu tidak mengulangi kembali dosanya sama sekali. Menurut pendapat ini, ketika ia kembali melakukan dosa, maka jelaslah taubatnya yang dahulu itu batal dan tidak sah.

Kedua : Ia pendangan majoriti ulama , hal itu tidak menjadi syarat. Kesahihan taubat hanya ditentukan oleh tindakannya meninggalkan dosa itu, dan bertaubat darinya, serta bertekad dengan kuat untuk tidak mengulanginya lagi. Dan jika ia mengulanginya lagi padahal ia dahulu telah bertekad untuk tidak mengulang dosanya itu, maka saat itu ia seperti orang yang melakukan kemaksiatan dari permulaan sekali, sehingga taubatnya yang lalu tidak batal.

Kumpulan ini berpendapat, tidak disyaratkan dalam kesahihan taubat itu ia tidak pernah berdosa hingga mati. Namun jika ia telah menyesal dan meninggalkan dosa serta bertekad untuk meninggalkan sama sekali perbuatannya itu, niscaya dosanya segera terhapuskan. Dan jika ia kembali melakukannya, ia memulai dari baru catatan dosanya itu.

Namun, jangan tersilap memahami pandangan majoriti ini sebagai untuk menyematkan sikit azam untuk melakukannya lagi. Kerana jika terdapat azam dan niat jahat itu di celah hati tatkala taubat, taubat itu tidak sah menurut seluruh ulama dari kedua-dua kumpulan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

1 Ogos 2007



Last update: 02-08-2007 20:26

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (32) RSS feed comment
Posted by alLy, on 24-01-2010 10:09, IP 203.82.92.102, Guest
1. hukum berkhayal tentang seks
salam ustaz, apa hukumnya jika kita sering berkhayal tentang seks.. tetapi tidak melakukan apa2 pada kemaluan mahupun beronani.apakah hukumnya
 
» Reply to this comment...

Posted by j, on 04-12-2009 12:50, IP 121.120.13.129, Guest
2. zina
ustaz, saya mendapat tahu kakak saya pernah melakukan zina. apa harus saya buat?. hubungan mereka sudah putus beberapa bulan dahulu. patutkah saya beritahu keluarga supaya mereka dikahwinkan?. atau patutkah saya senyapkan saja?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hamba Allah.., on 27-10-2009 13:13, IP 60.52.126.245, Guest
3. ASKM...
say bertunang dalam mase setahu..sebenarye byk kali saye dn tunang minta diawalkan nikah..tp ditolak oleh ahli keluarga saya..malangnya akhirye kami terlanjur..ustaz..tolong kami ustaz.. :?
 
» Reply to this comment...

Posted by mawar, on 15-10-2009 20:19, IP 120.141.140.77, Guest
4. imaginasi
salam ustaz... sebelum ni sy selalu menjauhkan diri dari hidup berkapel.. tp ms sy msuk degree, ada sorg laki sukakan sy.. dia ckp dh sukakn sy lama sejak sekolah lg.. lama2 kami pun kapel... sy ada wat istikarah.. sy mintak petunjuk sekiranya dia bukan lelaki yg baik untuk sy.. sy mintk dijauhkan.. kmi kapel selama 7 bulan..  
 
akhirnya sy yg meminta supaya kmi putus saja.. sepjg kapel, kmi tak pernah sembg pasal seks @ benda2 yg tak baik.. sy tak pernah kuar dating dgn dia walaupun byk kalu dia ajak berjumpa.. sy mintak putus sebb cr layanan dia tak sama mcm layanan ms2 mula2 kami kapel.. dia dh malas mesej saya mungkin sebb sy selalu menolak bila dia ajar keluar.. tapi 2,3 bulan selepas itu, sy dengar dia dah ada pompuan lain.. saya berasa kecewa sangat.. yang sedihnya dia dah kawan dengan pompuan tu dah lama.. 
ustaz, sebenarnya sepanjang kami kapel, sy selalu dengan tidak sengajanya berimaginasi melakukan seks dengan dia.. sy takut.. tpi hanya sy saja yg tahu.. sy tak pernah berbual pasal benda ni dengan dia.. sy takut ustaz.. sy rs sya dh melakukan dosa.. adakah peluang untuk bertemu lelaki yg terbaik terbuka untuk saya.. saya tak pernah keluar berdua dengan lelaki @ berckp perkara tak senonoh.. tetapi kadang2 sy suka terimaginasi benda2 yg tak sepatutnya.. apa pndgn ustaz? 
 
UZAR : istigfar dan memperbanyakkan amalan soleh agar dosa2 imaginasi tadi akan terhapus
 
» Reply to this comment...

Posted by xyg0328, on 14-09-2009 13:37, IP 203.82.91.102, Guest
5. ...
assalamualaikum 
buat sesiapa yg membaca..plez drop your comment..saye mmg sgt memerlukn sokongn dr sume org.. 
 
sy dgn bf xpernah tlnjur.. 
tp yg ringan2 ade.. 
saye byk kali b'usaha nk brubah 
sbb sya sgt kesal bila pandang muka mak bapak sya 
sya xboleh nak idup cmtu.. 
tp saya xdpt nak lwn balik bila bf dh ajak 
jd mcm xsmpai hati 
saya pernah ajak dye kawin awal..sbb kteorg msh studi 
tp dye ckp nanti la lepas habis studi 
asal saye brubah msti xsmpai sbulan.. 
boleh x ustaz or pmbace2 beri cdgn utk kuatkan hati sya 
n bagi la cdgn cmne nak menolak permintaan seorg lelaki..
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by takut dosa, on 16-06-2009 11:46, IP 202.75.4.189, Guest
6. .......
Assalamualaikum........ 
Terlalu banyak cerita yg kita dgr psl zina....mudahan dijauhi perkara terkutuk ini........ 
 
ustaz sy ingin tanya ada ke patut sy berkawan dgn org yg pernah berzina... 
 
UZAR : Nabi suruh kita teliti siapa yang ingindijadikan rakan kerana kelak kita akan ikut jejak langkahnya. Justeru jauhilah kawan penzina ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by Syaifuddin Hamzah, on 03-06-2009 21:37, IP 78.146.212.88, Guest
7. Penggunaa "terlanjur"
Assalamualaikum ustaz. 
 
Saya rasa antara perkara yg menyebabkan semakin ramai bangsa kita, terutama golongan muda yg berzina adalah penggunaan perkataan terlanjur secara meluas di media massa dan penulisan harian. 
 
Pada pendapat saya, maksud "terlanjur" pada bahasa adalah tak disengajakan (yg saya paham), pada adat pula maksudnya "ter"berzina. 
 
Perkataan ini saya rasa telah jadi alasan untuk penzina-penzina ni. Penggunaan perkataan ni juga telah menyebabkan masyarakat "memaafkan" perbuatan zina sehingga menganggap zina tu macam "tersepak batu" je. 
 
Cuba bandingkan dua ayat ini: 
 
a. "terlanjur beberapa kali" 
b. "berzina beberapa kali". 
 
Saya rasa sudah jelas. Dua ayat ini berbeza tapi membawa maksud yg sangat sama. Tapi kunun guna "terlanjur" sopan sikit, xdala nampak jijik sangat. 
 
Hakikatnya zina tetap zina, tetap najis dan menjijikkan. 
Apa pandangan ustaz? 
Terima kaseh. 
 
Jazakallahu khoir. 
Barakallahufik. 
 
UZAR : Ya, saya boleh bersetuju dengan ulasan sdr.
 
» Reply to this comment...

Posted by dilemma, on 31-05-2009 14:27, IP 121.121.231.139, Guest
8. teman lelaki pernah berzina
asslamualaikum ustaz... bantula sy...sy benar2 dlm dilemma... sy mengenali teman lelaki saya semenjak tadika. tp hny menjadi teman istimewa setelah masing2 berusia 30tahun. hubungan intimewa ini baru berumur 6bulan... dia seorng yang ikhlas & menghormati sy sebagai wanita islam. kami berkwn tidak pnh berpegang tgn pun... saya d kl, dan dia di penang.. bila berjumpa pun, sy dalam hati selalu mendoakan agar kami dijauhkan zina &maksiat...hubungan kami sgt terbatas.  
 
Dia pnh mengaku sebelum ini pernah berjudi & telah pun buang tabiat buruk ini. sy dah pun sayang pdnya & berharap diala jodoh sy dunia&akhirat. dia pun dah solat & ada masa ke surau, dan melakukan amalan2 yg lain.  
 
baru-baru ini dia tlh menyatakan dgn jujur bhw semasa tingkatan satu tlh hilang teruna/berzina & pada usia 20 pnh bersekedudukan dgn wanita bkn muhrim selama 3tahun...tak sanggup dia menipu sy lagi sbb sy teramat jujur & dia berharap agar sya dpt menerimanya seadaanya.. 
 
Dia hny berserah pd keputusan sy..dan terima apa jua keputusan sy cpt atau lmbt.. kecewa & gelap fikiran saya pd masa itu... hati masih sayang tp otak saya tak dpt terima perbuatannya itu... sya paling takut kalau dia boleh berlku curang slpas kami berkawin nanti.. sy sgt menjaga maruah sy, apakah di benar2 jodoh saya? sy sgt buntu... bolehka sy menerimanya... apakah dia benar2 telah bertaubat? tolong la sy harungi dugaan ini.... saya redha... 
 
UZAR : Hanya ALlah dan lelaki itu shj yang mengetahui taubatnya adalah benar-benar atau tidak..memang sukar untuk ditentukan. 
 
Saya sukar untuk memberikan sebarang nasihat sebenanrya, hati saya lebih kepada nasihat untuk 'tidak galakkan' sdri bersamanya kerana pengalaman zinanya memang amat boleh menganggu keharmonian rumahtangga kelak.
 
» Reply to this comment...

Posted by muslimah, on 18-11-2008 01:20, IP 194.80.178.1, Guest
9. ...
Assalamualaikum Ustaz, 
 
Saya ingin meminta pendapat dan pandangan ustaz tentang masalah yg saya hadapi kerana saya sudah tidak tahu apakah cara saya untuk menyelasaikan masalah ini. 
 
Saya mendirikan rumahtangga pada bulan Februari 2007 atas dasar suka sama suka. Semasa tempoh pertunangan kami sering bergaduh sampai ada satu ketika tunang saya pun hairan kenapa kami sering selisih faham pasal perkara2 kecil. Kadang2 kala dia memberitahu saya yg apabila berjumpa atau bercakap dgn sy dia akan rasa nak marah aje dgn saya.Walaupun sering bergaduh akhirnya kami dapat juga berkahwin. Selepas bernikah, kami tak dapat bersama kerana sy tidak bernafsu langsung dgnnya dan menyebabkan sy mengalami kesakitan dan suami tak dpt nak meneruskan niat untuk bersama dgn saya. Pada masa yang sama, setiap kali ingin bersama, sy ternampak bayangan lelaki yg sy tak kelihatan wajahnya. Setelah 2 minggu mencuba, akhirnya suami saya mengamuk dan marah kerana tidak dapat bersama dgn sy, dan enggan memberi nafkah kepada sy. Di awal perkahwinan, kami tinggal berasingan, suami di KL dan sy tinggal bersama keluarga di Perak.Suami tidak pulang, tetapi sy yg pergi ke KL utk berjumpa dgnnya.  
 
Setiap kali mencuba utk bersama, sy akan menjerit kesakitan, dan suami tak dapat nak meneruskan niatnya sampai pernah suami memukul sy kerana tidak dapat nak melepaskan tuntutan batinnya.Perkara ini berlanjutan sehingga 4-5 bulan. 
 
Saya pergi berubat ke merata2 tempat, yang kebanyakkan mengatakan yg nafsu sy dikunci utk suami dan suami juga telah dibomohkan org. Suami semakin dingin dgn sy dan tidak mahu pulang ke rumah mertua dan menyebabkan keluarga sy marah dan mula membencinya.  
 
Akhirnya pada bulan Julai 07, kami dapat bersama tetapi suami seakan2 tidak puas dan masih bersikap dingin dgn sy.  
 
Saya semakin tertekan dan kami selalu bergaduh. Saya minta diceraikan tetapi suami enggan Terjadi satu peristiwa di mana, sy telah pergi ke rumah jiran utk majlis pertunangan tanpa izinnya. Suami marah dan sy enggan menjawap panggilannya lalu dia menelefon ayah sy dan telah terjadi pergaduhan di mana dia telah memarahi bapa sy.  
 
Sejak kejadian itu, bapa dan keluarga sy semakin membencinya. Sehingga pada suatu hari, sy membaca mesej daripada seorang perempuan pada handphone suami. 
 
Suami tidak mengaku mempunyai apa2 hubungan dgn perempuan tersebut. Sy tidak puas hati lalu menelefon perempuan tersebut.Perempuan tersebut mengaku hubungan mereka rapat, dan sy telah pergi ke rumah ibu mertua sy (pada masa itu suami ada di sana) selepas habis kerja (Waktu malam, dalam pukul 11.00 malam) minta suami ceraikan saya. Dia tidak mahu ceraikan sy dan menafikan ada hubungan istimewa dgn perempuan tersebut dan bertindak balik ke KL pada malam itu juga. Setelah itu bapa sy masuk ke rumah ibu mertua sy dan meluahkan segala perasaannya termasuk mengeluarkan kata-kata kesat yang telah melukakan hati ibu mertua sy.  
 
Malah sy akui ada kata-katanya yg tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang lelaki matang sepertinya. Keesokan harinya, bapa membawa sy berjumpa peguam untuk memfailkan cerai. Saya hanya menurut sahaja.Selepas kejadian itu, permohonan pertukaran sy diluluskan ke KL. 
 
Setelah menfailkan permohonan perceraian, suami menghubungi sy utk bertemu dan berbincang. Suami bersumpah di depan saya dengan memegang Al Quran, yg dia tidak ada apa2 hubungan dgn perempuan tersebut. Sy ragu2 untuk mempercayainya, Sy meminta suami menelefon bapa dan seterusnya meminta berjumpa dan memohon maaf. 
 
Tetapi suami tidak jadi menghubungi bapa kerana keluarga terutama kakak2nya tidak mengizinkan kerana pada mereka bapa sy telah menghina keluarga mereka pada malam itu.Mereka juga tidak mahu suami menghubungi sy dan tak dapat nak menerima sy dan keluarga. Keluarga saya juga melarang kami bertemu dan tidak mahu menerima suami sy lagi. 
 
Kami bertemu secara sembunyi2 kerana tentangan keluarga. Kami masih saling menyayangi satu sama lain. Saya menggugurkan permohonan cerai tersebut dan meminta suami supaya tinggal bersama walaupun keluarga kami menghalang.Suami enggan kerana bapa sy telah menghina keluarganya tambahan pula kakaknya sering memantau pergerakannya dan sering menghantar sms mengingatkan dia agar jgn teruskan hubungan dgn saya. Keluarga sy semakin mendesak untuk sy menfailkan balik permohonan cerai kerana suami masih tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya di samping perasaan benci yg semakin menebal. Sy semakin tertekan dan memberi kata dua pada suami, samada dia failkan perceraian atau sy yg akan failkan semula perceraian. Setelah berbincang, kami telah bersetuju utk bercerai, 
 
Saya ingat setelah bercerai segala-galanya akan berakhir, tetapi sy tak dapat nak melupakan suami saya. Bahkan sy merinduinya. Suami juga mengkui masih sygkan sy dan tidak dapat melupakan sy. Suami mengajak rujuk semula, sy enggan kerana tahu yg keluarga sy dan keluarganya tidak akn dapat menerima kami lagi. Tetapi setelah berpisah, jiwa sy rasa begitu tersiksa, sy tak dpt nak melupakannya.  
 
Sy ada melakukan solat istikharah, dan sy rasakan sy mahu menerimanya kembali.Dua hari sebelum habis idah, kami telah rujuk semula tanpa restu dan pengetahuan kedua2 belah pihak. Sejak rujuk semula, dua bulan yg lalu, kami berjumpa secara sembunyi2, dan sy perhatikan yg suami sudah mula berubah.  
 
Benerapa hari menjelang hari raya aidilfitri yg lalu, suami ada menyatakan hasrat utk berjumpa keluarga sy dan meminta maaf dan berharap keluarga sy dapat menerima dia kembali.Kami berhasrat untuk membina perkahwinan kami yang telah hancur.  
 
Sy menyatakan hasrat tersebut kepada ibu sy.Pada mulanya ibu tidak setuju kerana takut dia mensia-siakan sy lagi tapi akan cuba berbincang dengan bapa. Bila ibu sebut aje nama suami, bapa sy menjadi terlalu marah sampai tak mahu lagi nama tersebut disebut dalam keluarga kami dan jika sy kembali kepada suami sy, sy akan dibuang keluarga. 
 
Saya rasa begitu kecewa.Adakah sy tidak wajar memaafkannya dan memberi peluang untuk dia membuktikan yg dia suami yg bertanggungjawab? 
Pada saat ini, sy rasa betul2 tertekan.Tak tau apa yg perlu sy lakukan.Sejak kecil, sy tak pernah melawan ckp ibubapa sy dan sekarang, sy terpaksa membuat pilihan yg sy tak mampu lakukan. 
 
Saya tak nampak jalan keluar dari masalah ini.Selepas kami rujuk kembali, sy sering solat hajat dan istikharah utk dpt petunjuk dan setiap kali selepas solat perasaan sy tetap tidak mahu berpisah dgn suami.Tetapi apabila melihat kepada realiti yg berada di hadapan sy, perkahwinan kami tidak mungkin direstui. Saya benar2 keliru, adakah istikharah sy itu tidak benar, maksud sy adakah dipengaruhi oleh perasaan sy atau adakah sy patut teruskan dgn perkahwinan ini? Atau adakah lebih baik kami berpisah? Tapi bagaimana dengan penerimaan keluarga sy? Sy tak sanggup kehilangan kedua2nya.Buat pengetahuan ustaz, ibu mertua sy masih sygkan sy Cuma dia tidak dapat menerima tindakan bapa sy yg menghinanya.Saya harap ustaz dapat membantu sy kerana sy dah tak mampu nak tanggung masalah ini lagi.Saya berterima kasih pd ustaz kerana sudi membaca email ini dan minta maaf kerana email ini terlalu panjang dan mengambil masa ustaz utk membacanya. 
 
Wassalam  
 
 
UZAR : Benar, terlalu panjang maslaah yang diberikan dan saya simpati terhadap apa yag berlaku, namun bagi saya tindakan rujuk tadi adalah tepat..wp tidak disuaki keluarga puan..dari masa- kesemasa akan berasnur baik inshaAllAH , BYKKAN DOA.. 
 
InshaAllah bila ada anak nanti mungkin ibu dan family semakin sejuk..teruskan kehidupan murni dgn suami..
 
» Reply to this comment...

Posted by meeraAnnesa, on 23-09-2008 17:12, IP 84.71.80.120, Guest
10. ...
Salam.. 
Subhanallah.. 
Saya pun insaf baca cerita2 diatas.. Saya pun banyak sangat mendekati zina dan banyak buat dosa dengan kekasih.  
 
Kami dalam proses memperbaiki diri(InsyaAllah).. Semoga Allah memperkuatkan iman kita.. Harap2 menyesal @ taubat sampai ke akhir hayat..
 
» Reply to this comment...

Posted by lumeiwarock, on 12-09-2008 15:51, IP 81.79.146.30, Guest
11. ...
assalamualaikum...... 
banyaknyer citer zina n maksiat beralaku sekarang.....sedihnyer saya baca.saya pun remaja..apa yang saya lihat,wlaupun kiter ni belajar tinggi dan berpelajaran..kiter kalah pada nafsu.... 
bahananye nafsu ni..membahayakan keimanan,saya pun tak terlepas dengan bercinta....hampir 5 tahun kami bercinta.3 tahun awal bercinta, kami dapat kawal semua godaan syaitan...tapi lepas tu...banyak bisikkan saiyan..nasib la saya terkenang mak n abah...saya mohon spy dapat pegi jauh dari buah ati saya walaupun sayang nak tinggal...terpaksa demi nak menjaga diri saya and diri dia...saya tau bercinta tu pun tak elok..tapi kami dah terjebak...sy dapat kerja berhampiran dengan keluarga...disitu saya rasa selamat.... 
kami masih berkawan.mmg kami nak cepat2 tamatkan rasa berdosa kerana bercinta..tapi tuntutan wang yang buat niat kami tertangguh....hmm... 
harap2 taun depan kami bernikah..mak dan ayah kami masing pun da setuju agar kami sama2 dinikahkan dulu,walaupun kenduri kecil2....saya pun rasa patut buat aja....saya tak nak malu jaga standart tak buat kenduri meriah...saya nak takut pada Allah...huhuhu...kawan- kawan...Allah Maha penyayang...kalau kiter tak sombong nak mencari dan menagih bantuan Allah...kalau kiter rasa takut terjebak dengan hal2 zina, walau pun terdetik hanya dalam hati mari la kiter beristifar...saya pun takut sangat...saya pun masih belum selamat lagi dengan ikatan nikah yang sah...saya harap kiter sama-sama dapat menjaga hati kiter...berjuang
 
» Reply to this comment...

Posted by salam, on 03-09-2008 17:20, IP 90.240.186.250, Guest
12. ...
minta nasihat sangat pada ustaz. saya ada berkawan dengan seorang lelaki, mulanya saya hanya anggap dia sebagai senior,namun akhrnya kami mula rapat.tapi rapat kami hanya didalam sms dan tdak pernh bercakap soal hati dan perasaan,hanya mengambl berat hal masng2 dan keluarga.kami juga tdak pernah keluar dating.  
dia sering mnta saya misscall waktu subuh untuk tahajjud atau solat subuh jka dia khuatir tak dapat bangun. 
mulanya saya akur, tetapi bla memikirkan yang dia tak pernah pun memutuskan status hubungan kami, maka saya jadi bosan dan bertanya padanya apa maksud dia berkawan dengan saya selama ini.keputusan yg saya buat iaitu bertanya padanya tntg status hubungan kami adlh kerana saya sendri rasa bersalah kepada Allah,kerana saya mendapat tahu berhubung dengan lelki untuk perkara yg tak pentng adalah dosa. 
selepas saya bertanya dia hanya mnta istkharah. saya kurang yakn dgn jawapannya kerana rasa spt dia tak serius walaupun apa yg dkatakan agak baik. sekarang ini,setelah sebulan, saya dan dia semakin renggang dan terlalu jarang berhubung kerana saya agak dingin membalas smsnya walaupun sekadar mengambil berat kerana saya tak mahu mengulang keslapan dulu.saya sangat berharap dapat seorang lelaki yg soleh. dia sendiri sehingga sekarang tak memberikan keputusan istikharahnya pun.pada pendapat ustaz adakah patut saya yg memberikan jawapan istikharah saya terlebih dahulu atau saya perlu menunggu keputusannya? dan adakah dia benar-bnar ikhlas menurut pendapat ustaz? terma kash 
 
UZAR : SEORANG LELAKI YANG BAIK AKAN BERKAWAN RAPAT DGN WANITA HANYA KERANA UTK MENJADIKANNYA ISTERI DAN MRK AKAN BERTERUS TERANG.  
 
LELAKI YANG TIDAK SERIUS HANYA BERKAWAN DGN WANITA HANYA UNTUK MENZINAAINYA DAN MELARIKAN DIRI SELEPAS ITU. FAHAMILAH. 
 
JIKA ISTIKHARAH SDRI ADALAH NEGATIF..MAKA ITULAH KEPUTUSANNYA. TIADA PERLU LAGI ISTIKHARAHNYA
 
» Reply to this comment...

Posted by mine, on 05-08-2008 23:40, IP 194.80.178.1, Guest
13. ...
salam..ustaz saya ingin meminta pendapat ustaz untuk menjauhkan diri sy dr zina.sy dh banyak kali berzina dgn teman yg dianggap terlalu mesra tanpa ikatan boyfren atau tunang.sy cuba mengelak tp kadangkala sy tewas.sy selalu berdoa agar dialah lelaki terakhir dan pertama dlm hidup sy.tp sy tidak mampu nak menetukan sume tu.ari2 sy berdoa jauhkan dia dr sy agar sy dpt mengelakkan perkara yg tidak elok sblum sy kahwin tp setiap kali tu jugak la dia yg akan muncul.sy keliru..dan sy ingin bertanya adakah perlu sy menceritakan pd suami sy kelak yg sy pernah terlanjur walaupun pd masa tu sy dha bertaubat.harap ustaz dpt membantu
 
» Reply to this comment...

Posted by sha, on 07-07-2008 14:29, IP 84.64.151.184, Guest
14. ...
sy punyai bf..sekarang kami berkawan bukan cam dlu lagi, kami pun pernah tewas ngan hasutan syaitan..bf saya ni dlu mmg suka bicara soal imgnasi seks..dia lah yang blaja mgheret saya.. 
sekarang dia kata dah insaf n taubat takkn dekati pmpuan bkn muhrim lagi..masalahnya saya kami prnah buat ringan2, sblm tu lagi mmg dia nak ambik saya jadi wife..banyak menabur janji, p tak mampu.. 
nak jer saya paksa dia..p dia lak cakap pintu hati daia dah tertutup nk bercinta lagi..Sukar saya nak maafkan dia..
 
» Reply to this comment...

Posted by din, on 03-06-2008 07:35, IP 60.52.103.218, Guest
15. ...
salam..saya ade masalah dgn tunang sye..selama 4 tahun bercinta dan 1 tahun tunang kami pernah terlanjur dan kami berjanji akan berkahwin dan sye xakan tinggalkan dia..walau bagaimana pun sejak akhir2 nie tunang sye kuar dgn laki lain..dan hendak putuskan tunang.atas alasan tidak mencintai sye.masalahnye kami pernah terlanjur..dan sye rase bertanggung jawab keatas dia...apakah yg perlu sye buat? 
adakah sye perlu bgtau pada ayah nye keterlanjuran kami supaya sye dpt kahwin dan bertanggung jawab keatasnye? 
atau biarkan saja lelaki lain mengambil tempat sye? 
Sye tau ape yg berlaku adalah salah dan berdosa.tapi kenapa tunang sye cuba mengelak.....
 
» Reply to this comment...

Posted by wanita lemah, on 07-05-2008 19:51, IP 60.52.103.110, Guest
16. ...
assalammualaikum 
 
ustaz,saya mengenali sorang lelaki,dan berkawan dgnnya.lama kelamaan perasaan syg timbul krn sy melihat agama yg ada padanya.jika kami keluar berjalan2,dia pasti akn sggh solat apabila sampai wktunya.disamping itu,sifat mengambil berat akn diri saya mmbuat sy jatuh hati dan ini kali pertama sy bercinta.sblm ini,saya agak keras hati.utk pgtahuan ustaz,bapanya juga seorang ustaz dan imam di masjid.sepanjang kami mnjadi psgan kekasih.kami mnjga adab2 pergaulan antara llki ngan wnita,xpernah berpegangan tgn,mnjaga aurat, krna tau hukumnya haram.kami juga agak jarang berjumpa,kdg sebulan skali atau 2,3 mggu skali krna dia bkrja d perlis dan sy d slgor. 
 
kami bru hbs blaja.tp setiap hari dia akn sms dan menelefon bertanya khbr.dia juga sering menziarahi ke rumah sy dan hubungan dia dgn keluarga sy juga mnjdi rapat. 
 
namun,akhir2 ini,setelah hampir 2tahun lebih hbgn kami,kami tewas dgn godaan nafsu,tp bkn terlanjur.kdg2 dia ska bbcara mgnai imaginasi seks d telefon dan sy melayani perbualannya.dia pernah mnyatakan hasrat utk brkhwin tp duit xckup.dia juga ada bgtau yg dia sudah tahap wajib kawin.apabila brjmpa kmi mula berpggn tgn n pegang2 anggota bdn yg lain..sy sedar ini salah, sy mngis krna mrsa berdosa.sy dgn dia tidak kuat utk menahan godaan nafsu.sy rasa ingn putuskan hbgn ini,tp sy rasa kesian.dtmbh lg keluarga sy menyenanginya.apa yg patut saya buat ustaz. 
 
UZAR : LELAKI YANG TIADA SEGAN BERBICARA DENGAN WANITA BUKAN ISTERI BERKENAAN IMIGINASI SEKS ADALAH LELAKI YG BURUK AKHLAKNYA, BOLEH SAJA IA MENGULANGINYA DENGAN WANITA LAIN SELEPAS KAHWIN. 
 
NAMUN JIKA SDRI MELAYANNYA, SDRI JUGA SAMALAH SEPERTINYA.. 
 
ALLAH MENYEBUT "LELAKI YANG BURUK UTNUK WANTA YANG BURUK..." 
 
JUSTERU YANG PELRU DIBUAT ADALAH, TAUBAT KEDUANAU DAN JADI BAIK KEMDUIAN KAHWIN
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 07-04-2008 18:23, IP 60.52.97.240, Guest
17. ...
salam.. 
 
terlalu sedih hati ni utk memulakan bicara..dulu sy pon mengalami nasib yang same..wlpon sebelum nih hati ni amat benci melihat 'couple2' berdua2 an..tp bile kite yg mghadapi situasi begitu..kite tewas ngn godaan syaitan..tiap kali terfikir kembali dose2 silam..hati ni sayu+sedih yang amat sangat..menyesali dengan dose2 silam..sekarang sy dan pasangan tengah memperbaki diri..kami x kuar dating..masing2 dekatkan diri ngn ALLAh..alhamdulillah..perasaan yang amat tenang sekali..dan sy bersyukur ALLAh masih menyayangi saya..masih terbuka ati nih utk berubah...mge dose kami mendapat pengampunan dari ALLAH
 
» Reply to this comment...

Posted by insan insaf, on 25-02-2008 17:16, IP 60.52.98.149, Guest
18. ...
javascript:ac_smilie(':sigh') 
javascript:ac_smilie(':sigh')memang begitula dunia moden.bukan nak kata family x ajar...memang ajar pendidikan agama dan bahaya zina...tetapi salah sendiri sebab tidak mengawal nafsu dan terlalu terpengaruh dengan budaya barat.. walaupun 6 bulan lagi saya akan bernikah,saya hampir berzina tetapi masih dikategori sebagai berzina jugalah. bila dah risau nak mengandung, barulah terfikir betapa bodohnya diri saya.saya dan kekasih berazam ingin bertaubat nasuha.kami tidak akan mengulanginya sehingga kami kawin.Allah dah terlalu banyak bagi kami rezeki..rasa serba salah sangat..terima kasih pada artikle uztaz..akan kami ikut panduan ini.kepada mereka yg terikut sangat dengan keseronokan luar...taubatlah dan insaflah...hidup yang bahagia adalah hidup yang mengikut kehdupan berlandaskan keberkatan Allah... :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by macheboy, on 25-11-2007 15:18, IP 60.52.98.125, Guest
19. ...
Mcm ni lah manusia sekarang... 
hidup di dunia tiada pedoman.. 
masih mencari2 keseronokan sementara didunia walhal akhirat itu tiada penghujungnya... 
 
Saya tertanya2 "agak2 berapa ramai manusia yang couple&akan betul2 kahwin ngan pasangannya?"  
atau samada hanya suka2? 
 
lebih baik kahwin je terus...jaga batas2 pergaulan 
Semoga semua akan menginsafi diri masing2 termasuk saya sendirik... 
 
komen uzar : inshaAllah di doakan semua kita selamat
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 23-11-2007 14:12, IP 60.52.101.99, Guest
20. ...
assalamualaikum  
masalah yg paling parah dia takut manusia nampak tp dgn Allah dia tak takut pun.mcm yg pernah sy dgr si gf ajak nikah sbb taknak terus buat maksiat tp si bf (laki org) ni dok ckp dah buat terus jala atau nak kene tinggal terus. ada ke patut dah ko dah rosakkan masa depan dia janji bukan2 duit pun minta si perempuan pastu senang ja ckp mcmtu. sy ckp ni sbb ada kwn yg terkene.kesian sy tgk dia skrg dahlah memang tak sosial dr kecil last2 terkene juga dgn laki jahanam ni. so ada apa2 pandangan tak sy nak suruh kwn sy ni buat report agar perempuan lain tak terkene sama. :upset
 
» Reply to this comment...

Posted by afiq, on 19-11-2007 18:47, IP 60.52.101.93, Guest
21. ...
salam ustaz.. 
kalau kita memang bertaubat dan tahu benda tu salah.. 
nak membenci tu sgt susah .. 
susah nak tipu hai bila dah suka satu kemungkaran tu 
susah nak tinggal 
pastu saya cuba kurangkan sikit2 amalan berdosa u ustaz.. 
boleh ker??? 
taubat saya dikira ker?? 
saya buat tu semua kerana ALLAH..sebab dia larang..  
tipu kalau saya katakan saya tak suka buat benda tu.. 
cuba berubah sikit2.... 
boleh ker ustaz??? :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by hafiz, on 17-11-2007 18:43, IP 60.52.102.72, Guest
22. ...
apa pendapat anda mengenai org Islam semakin tidak kisah dgn pergaulan tidak berpandukan akhlaq Islami? 
bagaimana yg dikatakn pergaulan Islam antara lelaki & perempuan? 
bagaimana nak sedarkan kembali masyarakat Islam hari ini?
 
» Reply to this comment...

Posted by mee, on 16-11-2007 14:15, IP 211.25.130.42, Guest
23. ...
saye sakit hati betul semalam... :upset :upset :upset mase saye naik motor... seorang lelaki bawak teman wanita naik motor. si lelaki pakai jaket terbalik (biasa mat2 moto pakai jaket macam ni-zip jaket depan di bahagian belakang ). saye lihat tangan perempuan peluk pinggang si lelaki. Tapi tangan kiri perempuan 'bergerak-gerak'! :eek Astaghfirullah... atas moto perempuan dan lelaki tu buat 'sesuatu'. Saya tunggang moto kesebelah kanan sisi. Saye lihat perempuan itu tutup mata, si lelaki (bawak moto yamaha). :eek Saya melintas moto itu sambil melihat dengan tepat muka si lelaki tu dan memberi isyarat marah (pada wajah):( :( . :upset LElaki itu menoleh pade saya dan die boleh berlalu sambil tersenyum begitu sahaja! hendak je saye rentap jaket yang melindungi bahagian depan lelaki tu biar die malu, die ingat org tak tau ape yang die buat. Tapi bimbang org ingat kes ragut pulak. Ape sepatutnye saye buat?!! :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by n.eelda, on 09-11-2007 11:49, IP 60.52.97.228, Guest
24. ...
mengucap pnjg...astgfirullahalazim..buk tinye remaja kini makin terdedah kpd penzinaan yg tiada penghujug jika mereka sendiri tidak mahu insaf.insaflah ..sesunguhnya pintu taubat sentiasa terbuka pd hamba allah..
 
» Reply to this comment...

Posted by salman, on 03-11-2007 15:10, IP 60.52.97.42, Guest
25. ...
Hati kita kena bersih, cegah sebelum parah. Nak merawat susah. Hati semakin hitam. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa mereka.
 
» Reply to this comment...

Posted by konijiwa, on 26-09-2007 16:35, IP 58.139.249.66, Guest
26. ...
Ya Allah..tuhan pencipta sekelian alam..darinya kita datang,padanya kita pulang..moga..diampunkan dosa sekelian umat manusia... :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by sue, on 15-09-2007 18:46, IP 60.52.98.141, Guest
27. ...
Diaorang sume nie mudah sangat terpengaruh..fikir dan ingatlah ALLAH S.W.T sebelum melakukan sesuatu semoga di beri petunjuk olehNYA. 
 
Jangan terlalu ikut hati dan perasaan..lain jadinya nanti.. byk2kan berdoa moga dijauhi dari benda2 yang mungkar..WALLAHUALAM.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by mat84, on 13-09-2007 09:16, IP 58.139.249.66, Guest
28. ...
astaghfirullah...sy slalu berzina mate...n hati...tu kre zine gak ek...ya allah.. :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by Aisya Humairah, on 10-09-2007 13:00, IP 58.139.249.66, Guest
29. ...
Janganlah kita mendekati zina, Dekatilah Allah S.W.T Pencipta kita dan malulah padaNya.
 
» Reply to this comment...

Posted by matjan, on 07-09-2007 15:15, IP 58.139.249.66, Guest
30. ...
Ini masalahnya.. bila adat melayu tidak lagi diamalkan.."Adat bersemikan Hukum,Hukum bersemukan Syarak. 
 
Hukum mengata Adat menurut.. seingat saya ini pesan seorang pahlawan melayu... renung dan ingatla.. kalo dulu, bila mana bertunang lagi susah nak jumpa kalo tidak bersama ibu dan ayah bersama.. tp skrg ni.. masyaAllah.. renung2kn.. wallahullam..  
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullah, on 29-08-2007 15:36, IP 60.52.97.237, Guest
31. ...
salam.saya sbg bapa dan ingin berpesan kpd diri sendiri dan ayah2 di luar sana.moden walau sekali pun gaya hidup kita jgn lupa kita sbg org Islam yg ada tata susila hidupnya.Sebuas-buas singa,harimau dan buaya pun tak nak anaknya di makan oleh binatang lain.jd jika ada bapa yg sanggup biarkan anak2nya "dimakan" olh "budaya moden" yg tak tentu hala,maka dia lebih teruk drp binatang2 di atas.utk renungan brsama.wallahu a'lam
 
» Reply to this comment...

Posted by nurr, on 27-08-2007 12:36, IP 58.139.249.66, Guest
32. ...
salam.. 
terlalu sedih dgn generasi hari ini yg menganggap 'ringan2' adalah perkara biasa dlm hubungan sblm berkahwin... 
bagaimana cara terbaik menegur org2 seperti ini ustaz? seperti yg ustaz katakan dlm artikel diatas,  
banyakkan bersedeqah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. 
mereka tanpa segan silu menceritakan 'kemesraan bersama pasangan dan menunjukkan gambar2 mereke bersama... 
Allahuakhbar...semoga diberi kekuatan pada hamba yang lemah ini!
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom