Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.
Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.
Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-
فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا
Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?
Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.
Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)
Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut.
Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.
Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :
لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف
Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)
Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.
Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.
Adakah
Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian, mengikut citarasa
masing-masing, canggih, tidak kiralah sama ada ia jarang memperlihatkan susuk
tubuh dan warna kulit di bawah pakaian, bertudung jarang sehingga kelihatan
rambut dan telinga, berseluar ketat, bert-shirt pendek dan sepertinya. Adakah
apa sahaja yang cantik menurut selera, walaupun seksi dibenarkan atas dasar ia
hak peribadi? Tidak boleh campuri urusan orang lain?
"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.
Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.
Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.
Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.
Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-
1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.
Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.
Sabda nabi SAW :
إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)
2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.
"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.
"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"
"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"
Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.
Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.
Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.
"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.
Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.
"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.
Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.
Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.
Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.
Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah.
Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.
1) Amerika dan larangan seluar londeh yang menjadi kegilaan wanita muda di Malaysia kini termasuk yang bertudung 'saji' (Istilah ini mungkin sesuai bagi yang bertudung tetapi tidak sempurna tutup auratnya, kumpulan ini sememangnya ramai dikeliling kita).
2) Negara China juga melarang pakaian seksi
3) Kelantan Melarang Pakaian Seksi
4) Komen pelik dari orang 'ISLAM' bila ada orang Islam yang lain cuba menjunjung titah perintah dan hak Allah di sebuah negeri.
ATLANTA, Georgia 29 Ogos - Langkah untuk menguatkuasakan larangan penggunaan seluar londeh atau sebarang fesyen pakaian yang mendedahkan pakaian dalam di kawasan awam kini semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS).
Terbaru, penduduk di Atlanta, Georgia pula menimbang untuk mengenakan larangan berkenaan, sekali gus menimbulkan perselisihan pendapat antara golongan tua yang menyokong dan golongan muda yang menentangnya.
Menurut ahli Majlis Perbandaran, C.T. Martin yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Undang-Undang dan Keselamatan Awam, injunksinya itu ditujukan kepada mereka yang gemar memakai seluar londeh yang terlalu jauh di bawah paras pusat hingga menampakkan seluar dalam, terutamanya seluar dalam jenis boxer yang dianggap sebagai trend terkini.
Ordinan itu yang mengenakan denda ke atas mereka yang melanggarnya, juga melarang wanita daripada mendedahkan tali seluar dalam mereka.
Penggunaan seluar londeh seumpama itu, telahpun diharamkan di selatan bandar Delcambre, Louisiana yang mengenakan denda AS$500 (RM1,700) atau sehingga enam bulan penjara.
Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.
Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.
They should "dress in a serious, proper, simple and natural way".
The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service.
The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say.
Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments".
'Elegant'
The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions.
"They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said.
"When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said.
"When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images."
Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women.
"The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said.
Pakaian ketat, singkat, diharamkan di Kota Baru 05-12-2006 10:37:52 AM Oleh: C.A.Zulkifle
KOTA BARU: Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) akan bertindak tegas terhadap pekerja wanita yang memakai pakaian yang disifatkan oleh majlis itu sebagai kurang sopan di premis perniagaan di bandar itu.
Pakaian yang diiktiraf sebagai tidak sopan oleh MPKB termasuk blaus atau seluar yang ketat dan skirt singkat.
Mengikut undang-undang kecil majlis itu, mereka yang berpakaian tidak sopan atau seksi boleh didenda sehingga RM500.
Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Mohd Azman Daham, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pekerja wanita yang berpakaian demikian bekerja di premis perniagaan dan restoran sebagai strategi menarik pelanggan.
"Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja pekerja yang berpakaian seksi boleh didenda, malah tuan punya premis juga boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan kami," katanya.
Mohd Azman berkata pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan di kawasan tadbiran MPKB kerana ia boleh mencemar nama baik Kota Baru sebagai sebuah bandaraya berstatus Islam.
Antara aduan yang diterima termasuk wanita memakai baju T yang mendedahkan pangkal dada, wanita memakai blaus atau baju T singkat yang menampakkan pusat dan mereka yang memakai seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung.
MPKB, katanya, akan meningkatkan penguatkuasaan bagi kesalahan ini di semua kawasan bawah pentadbirannya.
Bagi mengelak salah faham, katanya, kod berpakaian yang diterima bagi wanita Islam di kawasan MPKB adalah berpakaian labuh menutup aurat dan bertudung, sementara bagi bukan Islam pula, pakaian mestilah menunjukkan kesopanan.
Blaus dan seluar ketat, katanya, tidak termasuk dalam kod pakaian yang boleh diterima, walaupun untuk wanita bukan Islam.
Sebelum ini, katanya, walaupun undang-undang kecil itu memang telah wujud, ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Fokus, katanya, akan diberikan di beberapa kawasan tertentu termasuk di Taman Hijau, Taman Uda dan Taman Tengku Anis, serta beberapa kompleks membeli belah.
Nik Aziz: Lelaki tak hormat wanita seksi 05-12-2006 11:27:38 PM Oleh IAN MCINTYRE
KOTA BARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecilnya yang menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya.
Tindakan MPKB mengenakan denda RM500 terhadap wanita yang berpakaian sedemikian, menurut Menteri Besar Kelantan itu, memang satu tindakan tepat kerana mereka sepatutnya menghormati budaya dan nilai keagamaan yang diamalkan di Kelantan.
"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?
"Kedudukan moralnya juga nipis. Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Nik Aziz.
Katanya telah menjadi norma dan sifat semula jadi lelaki akan mudah tergoda apabila melihat wanita berpakaian seksi dan menjolok mata.
"Ini sebenarnya bukan satu undang-undang yang khusus bagi MPKB sahaja. Ia adalah peraturan bertepatan dengan Islam jadi ia tidak patut diperkecil dan dipersoalkan," tegasnya lagi.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis rasmi di Grand Riverview Hotel di sini, Nik Aziz berkata, wanita bebas berpakaian sesuka hati mereka ketika berada di rumah sendiri, tetapi perlu menepati tuntutan Islam agar berpakaian sopan di khalayak ramai.
Katanya, sudah sampai masanya bagi MPKB menguatkuasakan peraturan itu kerana setelah sekian lama menjalankan kempen dan program bagi menyedarkan wanita mengenai perkara itu, masih ramai yang terus berdegil.
Pakaian yang disifatkan tidak sopan dan bertentangan dengan undang-undang kecil MPKB itu termasuk blaus dan seluar ketat, skirt singkat, balus dan baju-T yang menampakkan pusat, seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung bagi wanita bukan Islam.
Bagi wanita Islam pula, pakaian mestilah yang menutup aurat dan labuh hingga menutup buku lali dan bertudung.
Selain mendenda wanita yang berpakaian tidak sopan, MPKB juga mengumumkan bahawa majikan mereka juga boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan pekerja mereka melanggar kod etika berpakaian, termasuk menarik balik permit perniagaan bagi mereka yang degil.
4) Komen Pelik
Shahrizat: Dress code is disrespectful and undermines women's capabilities
KUALA LUMPUR: The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women's capabilities.
Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan.
The state government, she said, should instead focus on how it can help the development of women instead of concentrating on flimsy issues such as dress codes.
"Why are they focusing on dressing issues when they should be thinking about how they can help women in Kelantan excel and develop fur ther, both in education and entrepreneurship?" she told The Star at the Parliament lobby Tuesday in commenting on its front-page report.
The Kota Baru Municipal Council had warned that both Muslim and non-Muslim women working in retail out lets and restaurants in Kelantan should take note of their dress ing or risk being fined.
The council said it would be conducting spot checks and women who flouted its guidelines could be fined up to RM500, Several women's organisations reacted with outrage.
Shahrizat said creating such a ruling will in the end back-fire on the Kelantan government.
"In the end, Kelantanese women will object to it," she warned.
"It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide.
"It just goes to show what kind of government they are."
KUALA LUMPUR, Malaysia, March 11--Malaysia's federal government has criticized Kelantan state's hardline Islamic administration for proposing a strict dress code for non-Muslim women, AFP reported.
The dress code, put forward by the municipal council of Kota Baru, the capital of the state--one of only 13 in Malaysia ruled by the opposition Islamic Party--would force non-Muslim women to don long skirts and loose, long-sleeved blouses.
The proposal came earlier this week after complaints over skimpily-dressed promotion women working in supermarkets.
The Islamic Party's spiritual leader Nik Aziz Nik Mat, who is also Kelantan's chief minister, said the dress code would help reduce sex crimes in the state.
But Culture, Arts and Heritage Minister Rais Yatim said the proposal was "outrageous" and would violate the rights of non-Muslim women, according to the New Straits Times.
The Kelantan government can dictate the dress code of civil servants under its jurisdiction but has no right to tell others what to wear, he said.
It has also come under fire from non-Muslim and women groups.
The Malaysian Chinese Association, a key pillar in the ruling coalition, slammed the Islamic Party for being out of touch with reality.
"Doesn't he (Nik Aziz) realize that most sex crime victims are fully dressed from head to toe and some of them are children? Someone with that kind of mindset on gender issues is an obstacle to the progress of women," said the association's women's wing chief Ng Yen Yen.
Muslim Malays make up some 55 percent of Malaysia's 25 million population, with Chinese accounting for 25 percent and Indians 7.5 percent.
It was thumped by the ruling coalition in last year's general elections, in which it lost power in neighboring state of Terengganu but kept its hold on Kelantan with a slim majority
Posted by puteri, on 22-04-2010 18:32, IP 118.101.213.114, Guest
1. wanita berniqab
salam ustaz saya pun tak brape fhm dgn senario yg berlaku skgr apatah lagi sy seorang yg berniqab kdg2 saya di panggil hantu tp yg pasti wanita2 dan muda mudi yg mendedahkan aurat ni langsung tak di cela depan2 mcm tu kdgkala terdetik dlm hati saya teruk sgt kan perempuan yg berniqab ni sehingga di panggil hantu pergi ke mana2 mesti orang memandang saya seperti makhluk asing boleh tak ustaz terangkan dgn lebih detail tentang wanita berniqab di web ustaz ni semoga mereka2 yg kurang arif dan tak pernah ada sifat utk ambil tahu betapa berdosanya membuka aurat kpd bkn mahram sekian terimakasih
Posted by fatin, on 20-03-2010 13:43, IP 203.82.92.116, Guest
2. perempuan
salam ustaz.. sbgai seorg mahasiswa di ipta,sy bpendapat bhw mslh ini smkin berleluasa sampai satu ketika kte x tau mn puncanya..yang mane 1 Islam,yg mane 1 bkn Islam pun dah x bleh beza..sbg seorg hamba ALLAH,sy ingin berdakwah pada kwn2 tapi tdk tahu cara yg sesuai..boleh ustaz cadangkan? time kasih..
Posted by rini syufini, on 08-01-2010 11:21, IP 60.51.118.219, Guest
3. seluar londeh dan pakaian seksi
slam us..sy stju ngan article ni sy lg stju klau ngri2 di mlysia pn buat cm ne ngri klntan, amrika n ngra china.. dnda bg ssiapa y mnntg..x slh rsenye.. kdg2 kte sndri kne pksa dri klau nk b'jya.. btol x us..?
Posted by Noreen, on 22-04-2009 14:03, IP 211.25.185.135, Guest
5. .......
salam UZAR... sukar sebenarnya nak menasihat kan perempuan yg suke berpakaian seksi ni supaya tutup aurat...sometimes lepas dinasihatkan...terus tak bertegur sapa...siap jawab lagi...suami pun tak tegur..mak bapak pun tak sibuk..nape org luar nak sibuk plak?itu la antara jawapan yg diberikan ustaz...sehingga kadang2 perasaan malas nak tegur tu timbul...
UZAR ; bagitu dia, Allah dan Rasulnya tegur, dan kita berharap kepad arahmat dan syafaat nabi bila mati. mak bapak dan suami bukan tempat kita nak minta tolong kat akhirat.
Posted by soul_addeen, on 17-03-2009 21:53, IP 118.100.129.97, Guest
6. stuju...infinity%
mereka yang bukak aurat tu....mempamerkan ssuatu pd org len walhal (ana khususkan pd wanita) tu hak milik mutlak suami dyorang....silap ari bulan nanti leh plak kwn2 laki dye ckp "lawa nyer rambut bini kau..." ataupun pujian2 len yang boleh mncabar jiwa llaki tu sbgai suami... fikir2 lah wahai mslimah... kalo nk kate x sampai seru, Al-Quran yg dh seribu tahun lebih 2 seru utk sape...? smoga kita sama2 mndpt dan dikekalkan hidayah taufik oleh Allah AzzA wa Jalla...amin...
Posted by hamba ALLAH s.w.t, on 14-02-2009 21:49, IP 202.184.124.13, Guest
7. kerajaan perlu main peranan
Rasanye mslh ni mkin mnular bile artis pon da tanpa segan silu pakai seksi & senang2 ditayangkan di tv.kerajaan seolah2 hanye tutup mate sedangkan artis la yg paling senang menyebarkan trend berpakaian.kalau kerajaan boleh buat peraturan berpakaian utk muncul di muke tv,mst dpt membantu..
Posted by HAMBA ALLAH, on 26-10-2008 14:52, IP 92.21.176.156, Guest
8. ...
salam...biasa la tu ustaz. ramai yang dah mula letak otak kat lutut skrg ni. x tau bezakan yang baik dgn buruk. apa2 pun lantak pi la diorg yg BODO X LEH DI AJAR, CERDIK X LEH DI IKUT tu.teruskan perjuangan. ALLAHU AKBAR...
Posted by mR.bLaCKRidER, on 21-08-2008 16:47, IP 90.240.186.250, Guest
10. ...
aslmlkm n salam sejahtera bg n0n-muslim
sy tertarik dgn k0men me,myself&i... tp,rse nk gelak p0n ade jgk...ade ke artikel 0r apape yg mndedahkan tntg ramai yg bersekedudukan kt kelantan?leh tunjukkan bukti x?
betul ckp 0mputeh" d0nt judge a b0ok by its c0ver"...tapi klw c0ver xde cmne kan...s0,xperlu la nk kaitkan s0al laen....ini s0al aurat,s0al pakai tudung.....sy cadangkan agar sesiape yg berkenaan bce surah An-nur,faham mksud dye.....wallahu a'lam............
Posted by sYeIkH mUhAmMaD jIbReEl, on 11-04-2008 23:09, IP 124.13.137.81, Guest
12. ...
Cube fikirkan sekiranye kite nak seksi. jangan terkejut dan marah kalau anak kite nanti lagi seksi dari kite, Sekiranya kite ni ske naek moto berkepit ngan BF atas alasan cinta dan open minded, jangan terkejut dan marah klu anak kite akan datang orang angkut siang, malam, Sekirenye kite ske beringan – ringanan..... Jangan terkejut anak kite akan datang lebih ske berberat – beratan... Sekirenye kite ske pakai tudung separuh, nampak jambul... Jangan terkejut anak kite akan datang pakai tudung ngan pakei skirt jer... (Dress Code Kamal Atarturk) Tapi cube fikirkan sekiranya kite nak jd seorang yang soleh, Jangan terkejut insyaAllah anak kite akan datang menjadi ulama, Sekirenya kite nak hafaz Al- Quran tp xkesampaian. Jangan terkejut insyaAllah anak kite akan datang akan menjadi seorang Hafiz.. Sekiranya kite mahukan keredhoaan Allah S.W.T, Jangan terkejut insyaAllah anak kite lebih wara' dlm mencari keredhaan Allah...
INGAT: KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN Pemimpinlah yang akan mencorak siapa yang dipimpin, kerana itulah sebaik sahaja seseorang itu menjadi pemimpin sebelah kakinya telah berada di neraka dan dia akan ditanya oleh Allah S.W.T tentang apa yang dipimpinya....
Posted by nur, on 15-03-2008 20:36, IP 124.13.137.151, Guest
13. ...
sy nk tny bg yg pakai purdah..yg pakai purdah ni wajib tutup dahi ke?ke ade khilaf yg mengatakanx yah tutup dahi?sesiapa yg blh ulas,harap kita leh kongsi ilmu
Posted by muqtada al saddr, on 21-02-2008 22:44, IP 60.52.103.147, Guest
15. ...
assalamualaikum w.b.t
dah dinyatakan mendedah AURAT adalah HARAM!!!!..buatpa nak DIHALALKAN atas sebab2 tertentu seperti ingin berbangga dengan ASET yg ada dan sebagainya.....HARAM TETAP HARAM!!!!TIADA KOMPROMI!!!.....
kalau nak ikut budaya....trend...perkembangan semasa..budaya mana yg kita tiru...?bukan barat...?yahudi laknatullah....?.....kalau nak ikut jugak....ikut sekali AMALAN mereka...AMALKAN apa yang dilakukan oleh mereka....
itu baru namanya MENGIKUT PERKEMBANGAN TERKINI!!!...NAUZUBILLAH!!!!
Posted by baitulizzah, on 01-02-2008 22:17, IP 60.52.101.81, Guest
18. ...
memang susah nak menyentuh hati mereka yang naif dan buat buat naif ni.. sampai kadang kadang tu dibalasnya bhw kubur asing -asing! saya ada satu tips nak membalas mereka yang menggunakan ayat popular ni... balas je balek... memang mati nanti kubur asing asing.. tapi nanti bila dah mati.. pergi kubur sendiri ye.. jangan nak menyusahkan orang nak mengusung pegi kubur,,,
Posted by Ummu amir, on 24-01-2008 18:57, IP 60.52.99.118, Guest
19. ...
Saya sebagai wanita yg menutup aurat juga rasa terganggu bila ada wanita lain yg pakai seksi - kita penat2 tutup dia senang2 dedah..al maklumlah yang kita tutup tu dari segi fizikalnya sama jugak dgn yg dia dedah tu..sangat mengaibkan!
Tujuan Islam minta umatnya tutup aurat untuk menjaga maruah wanita itu sendiri secara khasnya dan lain2 wanita secara amnya...dan sudah tentu untuk menjaga keharmonian masyarakat itu juga.
bahananya sekarang ini byk kes rogol n cabul , antara yg jadi mangsa nya adalah kanak2 dan ada juga wanita yg tak seksi pon. Bila nafsu serakah sudah menguasai diri sambar saja mana2 wanita/kanak2 untuk melepaskan nafsu..hatta kanak2 lelaki pon tidak terkecuali.
Saya sangat sedih bila ada kenyataan yang macam ni ..."Shahrizat: Dress code is disrespectful and undermines women's capabilities"
.. Pleaseee la.
Setiap hujah dan kata2 tersebut perlulah kepada dalil2 yang diambil dari al Qur'an dan assunnah bukan berdasarkan pendapat peribadi semata.
Janganlah sebab kita tak mau tutup aurat maka apa yg jadi kewajipan kita tolak mentah2..
lebih baik kita mengaku je kewajipan ini dan bagitaulah yg diri kita belum terbuka pintu hati nak tutup aurat atau kerana kelemahan iman kita maka kita tangguh dulu - please be careful sbb org yg menolak hukum berbeza sekali dgn org yg liat nak laksanakan sesuatu hukum tersebut.
Posted by lily, on 07-12-2007 19:20, IP 60.52.97.151, Guest
20. ...
Cakap psl aurat & remaja zmn skrg. pengamatan sy ttg pljr2 sek. & remaja skrg niramai yg. mmg tkde ilmu agama. masa ust/ustzh ngajor dlm kelas diorang tk bg perhatian.
Kat rmh jrg sgt ibubapa trgkn psl agama pd ank2 sbb skrg ni ramai jgk parent yg jahil tk pun serah je bulat2 kt pihak sek. utk ajar anak dia. Nak tunggu remaja2 ni cari ilmu disurau2 @ tempat2 lain, sory la. Kalau konsert ramailer yg pegi, majlis ilmu...
pendek kt. remaja skrg ni ramai yg pakai tudung hanya sbb. org2 disekeliling dia pakai tudung bukannya sebab aurat wajib kena tutup. sembahyang sbb semua org sembahyang, apa yg dia bc dlm sembahyang pun bknnya teliti sgt. main pakai hentam je, 2 minit dh siap. tamakninah ntah ke mana. kalu tanya tamakninah tu mcm.mn pun ramai yg tk tau.
kesimpulannya remaja dan anak2, (org tua pun sama je) kt Malaysia ni buat apa2 pun byk ats dasar ikut-ikutan. Dan yg plg byk diorang ikut yg diorang tgk dlm tv, majalah (yg lbh byk merosakkan anak bangsa dr mendidik utk jd manusia) jg surat khabar(yg indah khabar dr rupa) yg dihalalkan oleh kerajaan kita (kalau tkde permit baru dikira haram) dan rakyat yg selalu 'guna akal' ni ingat semua yg. kerajaan halalkn ni, kira blh buatlh kan. So, kerajaan skrg lah yg akan membentuk masyrakat yg akan dtg. sblm masyarakat skrg membentuk kerajaan yg akan datang
Posted by ????, on 07-12-2007 18:57, IP 60.52.97.151, Guest
21. ...
tepuk dada tanya selera..jangan terlalu taksub..itu yg leh saya katakan..terpulang pada dr sendiri..
takut rasa nyer apda seksa ALLAH S.W.T.. mungkin mereka masih belum sedar dan terbuka hati untuk tahu bahawase nye..apaer yg mereka lakukan adalah berdosa..dan memalukan..kita yg sedar la yg patut membantu... insyallah..
Posted by aina, on 30-10-2007 13:05, IP 60.52.100.127, Guest
24. ...
mmg masalah ini smkin mnjd2 terutama dalam kalangan pelajar...mreke mencari keseronokan dengan cara yang salah n cri keseronokan kat dunai aje...... padahal dieorang ni tak tahu ape2.....
Posted by unname, on 28-10-2007 21:08, IP 60.52.96.53, Guest
25. ...
ape2 pun penilaian atau hukuman itu hanya Tuhan saja yang layak menentukannya... kita masuk ke syurga pun kita tak boleh baa orang lain bersama. so, mind your own business!!!!
Posted by dayang annur, on 25-10-2007 19:19, IP 60.52.96.173, Guest
27. ...
Terpanggil untuk bg sedikit komen. Isu perempuan sekarang berpakaian seksi memang hangat difikiran saya.
Sebagai pengajar di salah sebuah iPTA tempatan, sakit mata melihat pelajar2 IPTA berpakaian sebegini. Walaupun dah jelas peraturan cara2 berpakaian di IPTA.
Sekali ditegur berubah sekejap untuk sehari..esoknya pakai macam tu balik. Alasan diaorang memang itu cara diaorang berpakaian.
Malah ada yg nak berhujah kata mereka, keluarga tak pernah menegur... Mereka tak merasa bersalah dalam hal ini.
Pada pendapat saya isu disini sebenarnya ramai yang kurang ilmu agamanya. Malah cara2 berpakaian utk seseorang muslimah pun dia orang tak tahu. Mungkin masa kecil ada diterapkan sedikit ilmu agama yang asas.
Cuba di tanya kpd anak-anak gadis sekarang ni tahu tak mereka t-shirt pendek dan jeans ketat tu haram... cuba tanya jugak remaja2 sekarang apa hukumnya warna rambut... pakai rambut palsu.. saya rasa ramai yg mengatakan tak tahu atau buat bo layan.
Takut saya memikirkan hakikat ini... So, macamana nak ubah mentaliti masyarakat Islam sekarang?
Sayapun agak kurang ilmu dalam hal ini tapi ingin saya memberi cadangan, yang pertama di pihak kerajaan. Perkara berkenaan hukum hakam perlu dititikberatkan.
Ahli-ahli politik jgn semberono memberi pendapat apabila diminta. Sebaiknya rujuk dahulu ahli agama. Sebab komen2 sambilewa yg diberikan akan dijadikan point oleh pihak2 yg tak bertanggungjawab.
Jgn mempolitikkan agama utk kepentingan parti!!!! Kerajaan juga perlu mengemaskini konsep islam hadhari (yg ni kan ditekan kan kerajaan).
Penerapannya perlu dibuat diperingkat akar umbi iaitu peringkat kanak2 lagi supaya apabila dewasa mereka tahu yg mana halal yg mana haram. Di kalangan ibu bapa pula... anda perlu lebih berhati2.
Kembalilah kepada ajaran islam. Jgn disebabkan nak ikut trend, biarkan anak2 berpakaian sebegitu. Semasa kecil memang cantik... pakaikan anak2 dgn skirt singkat, mekap, warnakan rambut. Bila dah besar mereka dah terbiasa dgn pakaian sebegitu.
Tak lg merasa malu... bila ditegur mereka marah kita balik mungkin....sekian terimakasih
Posted by Suka Tengok, on 22-10-2007 13:05, IP 211.25.51.1, Guest
28. ...
Saya ni bukan la yang baik sgt. bab agama pun lintang pungkang.
Saya komen pasal tajuk seksi ni bukan dari konteks agama. konteks apa pun saya x tau.
kebanyakkan wanita pakai seksi ni adalah pemalu. betul atau tidak? jawapan nya adalah betul. sebabnya? cuba kite tengok n tenung bahagian yang didedahkan. contohnya. alur punggung atau alur buah dada (minta maaf kerana tak tahu perkataan yang sesuai). tetiba sahaja dia tutup dengan tangan dan pape bahagian yang terdedah dan berkata "x malu ke tengok orang. dasar lelaki miang gatal pantang tengok orang".
So sapa yang pemalu. orang yang seksi tu yang pemalu kerana malu org tgk yg dedah dedah. dlm hati saya berkata kalo x nk org tgk, jgn bg org tgk.
Org yg tgk jugak yg dapat dosa. kalo nak dapat dosa, xpyh nk libatkan orang lain. xpasal pasal kita yg share dosa dia pakai seksi sebab tgk dia plak.
Posted by kopiah, on 11-10-2007 10:14, IP 60.52.96.168, Guest
29. ...
salam..aku bangga btul dgn kelantan,kalu seluruh mesia buat camtu,xde la kes2 buang ank,rogol...perogol bersiri,semua ni sgt memalukan bg kita yg beragama islam...
aku nk cdgkan pompuan2 islam yg suke sgt pakai londeh2,tangkap je diorg...masuk dlm penjra,masuk pusat ke..sebab benda tu xbermoral...
Posted by zafrullah, on 07-10-2007 14:18, IP 60.52.99.76, Guest
30. ...
Assalamualaikum...
Terima kasih lepada zaharudddin kerana menyediakan website ini khusus untuk kebaikan ummah kita bersama..
Pendapat saya, memang masalh bukak aurat ini semakin srius.lebih-lebih lagi ada undang-undang yang mengatakan cikgu2 tak leh memaksa pelajarnya (y muslim la) memakai tudung, jika cikgu itu memaksa, mereka boleh dikenakan tindakan undang2. kelihatan seperti dunia telah terbalik..di tengah2 dunia malaysia dikenali sebagai negara islam, sebenarnya keadaan sebenarya adalah menyedihkan semata-mata ingin memenuhi syarat negara berbilang kaum..para pemimpim..ingatlah..dosa kecil yang dilakukan oleh pemimpin dan diikuti oleh rakyatnya, maka dosa itu dikira dosa besar..buka aurat bukan masa;ah kecik,tapi perlu diteliti kesannya hingga ke akhir yang mana sudah pasti tiada langsung kebaikan kecuali kerosakan yang memusnahkan..wassalam
Posted by Ain, on 04-10-2007 17:20, IP 60.52.102.17, Guest
31. ...
Salam..
Thanks Ustaz coz sediakan ruangan ni..
Memang ramai pompuan skarang ni yang tanpa segan silu mendedahkan aurat mereka.. mereka tak fikir risikonya, yang penting mereka puas sbb dapat menunjukkan segala kelebihan dan kecantikan yang mereka miliki..
Padahal itu semua bukan hak milik mereka yang kekal.. Saya berdoa untuk mereka dan diri saya sendiri agar sentiasa mendapat perlindungan dari ALLAH dan tertutup pintu hati untuk mendedahkan yang tidak sepatutnya kepada yang tiada hak untuk melihatnya. amiiiiiiiinn
Posted by hassim, on 03-10-2007 18:56, IP 60.52.103.3, Guest
33. ...
Orang "sakit" sahaja yang mau berpakaian macam itu, lelaki juga tidak boleh berpakai seksi selian wanit. marilah sama-sama memulakannya dari rumah dalam segala perkara kearah kebaikan.
Posted by Pencinta Allah, on 29-09-2007 14:54, IP 60.52.101.140, Guest
34. ...
Syabas Tuan Guru Nik Aziz. Amal makruf nahi mungkar, beginilah ciri-ciri pemimpin islam yang diimpikan. Semoga Allah sentiasa merahmati Tuan Guru dalam memimpin ummah serta rakyat.
Posted by Matt, on 24-09-2007 12:14, IP 58.139.249.66, Guest
38. ...
Perkara aurat jangan dok bedebat lah!! dah terang lagi bersuluh.
Takkan tak faham2 lagi. manuasia jenis apa kita nie kalau alQuran Dan Hadis dah terang2 cakap. nak bantah ikut akal kita yang dumpul ker.. renti-renti kan lah!!
Posted by akil, on 22-09-2007 09:13, IP 60.52.99.160, Guest
39. ...
memang aurat seperti lurah memang sedap dipandang tetapi syaitan akn masuk dan terjadinya zina.Kenapa kerajaan x ambil kisah hal ini adakah tidak menguntungkan negara? bg saya hal yang sekecil ini amat bahaya jika di abaikan
Posted by humairah_almarrah, on 21-09-2007 16:30, IP 58.139.249.66, Guest
40. ...
Sedar atau tak sedar kan.. aurah semakin diketepikan... sedangkn mnutup aurah dan memakai skaff adalah dua pkara yang berbeza... betulkah pmakaian skaff dimalaysia hanyalah satu budaya, bukannya tuntutan agama?
Sebab tu, okay kirany tudung dpakai tp lekur_2 badan dplihatkn.. tak moden lah.. sedikit sahaja nampak... kalau ikut aql' kan atau logik, moden tak moden, yang pmakaian kurang itulah telah mnunjukkan kita kembali ke zaman gua paleolitik dahulukala...
Kalau pbandingn dbuat dr sirah zman_2 nabi, jahilliah pula umpama tayangan semula apa yang dah blaku sekarang ini kpada gadis_2 islam kan....
Ingat satu pkara... wanita adalah satu phiasan ddunia.. phiasan yang molek akan djagai dgan sempurna, contohny berlian, zamrud, dsb.. tapi yang plastik dan murah, ia akan dpakai hari_2 dan ditunjuk sampai ia luntur dek masa... namun, yang mahal dan indah, ia akan sentiasa tjaga dgan elok walaupun pelbagai lumpur yang ia tpalit ketika ia blum dtemui...
Same goes with another example: women equals to food. kalau wanita itu dibaratkan sbagai makanan yang enak dan lazat, anda nak yang tertutup atau tbuka?
lelaki sbagai ketua kluarga harus mnegur isteri dan anak_2 gadis mrka ketika hendak kluar rumah... suka kah anda if isteri @ anak_2 gadis dlihat dr atas hingga ke bawah? memanglah budak_2 ppuan yang masih kecil tak perlu tutup aurat, tp seelokny hendaklah tjaga pakaian.... kes budak nurin sudah cukup mbuktikn pkara ini... nafsu tak mgenal sama ada budak kecil atau sbalikny...
Saya taknak kita negara modern tp lupa ajaran Islam.... takkan nak jadi turki... atau morroco.. lelaki yang bkeluraga harus btanggungjawab akan aurah kluarga masing_2... memang susah nak menegur orang-2 tsayang... tapi kita mesti cuba dgan cara teguran lembut...
Posted by Anak Adam, on 20-09-2007 15:11, IP 60.52.96.27, Guest
42. ...
Ingatlah hidup hanya sementara, kematian telah ditetapkan semakin hari semakin dekat,kita yang tak tahu. Takkan hanya nak bawa dosa mengadap ALLAH. tak takutkah azab yang menanti. kalau kuat sangat try pegang api 10saat. SEDARLAH WAHAI KAUM HAWA.
Posted by anon, on 18-09-2007 14:54, IP 58.139.249.66, Guest
44. ...
As we was sending our son's friend back to UiTM last night, we saw something that is very distressing about out siswi at Shah Alam.
There were young couples on motobikes. The girls are wearing tudung but with tight jeans and an even tigther short-sleeve t-shirt holding on tightly to the boyfriends, takut jatuh motor konon, jatuh maruah tak apa!
Mind you this is bulan ramadhan. I hope org UiTM peka hal ini kerna ianya amat menjatuhkan imej UiTM.
Posted by danish, on 18-09-2007 13:13, IP 58.139.249.66, Guest
45. ...
Saya ingin menyarankan supaya apabila kita melihat orang2 yang berpakaian seksi agar :
1. yang paling penting kita terus berdoa untuk nya agar Allah memberikan hidayah supaya dia akan sedar serta menutup aurat pada masa akan datang atau pada suatu masa nnt sebelum ajal menjemputnya menghadap Ilahi.
2. Berilah didikan agama yang secukupnya sejak dari kecil lagi supaya kita tidak didakwa di hadapan Allah kelak. Tatkala itu mulut tidak lagi boleh berkata-kata, 'kejahatan2' kita akan diperakui oleh anggota tubuh badan kita sendiri.
3. Rapati mereka dan tegurlah mereka dengan berhikmah....
4. Mencuba pelbagai ikhtiar atau usaha ke arah 'membantu' mereka agar berubah...
5. Cuba renungkan : andai anda diberi pilihan untuk memilih gula-gula, 1 yang masih dibungkus dan 1 lagi yang tidak dibalut (yakni telah dibuang pembalutnya) yang manakah pilihan anda?
6. Seksi di dunia SEKSA di akhirat... buat lah pilihan bijak!
Posted by ayoh mud, on 17-09-2007 15:19, IP 58.139.249.66, Guest
47. ...
allahuakbar... kita hamba & allah adakah tuhanNya. Allah meletakan hukum atas kita hambaNya, sudah tentu seorang hamba tidak mempunyai alasan selain mentaatinya & pastinya Mencipta lebih mengetahui yg terbaik untuk kita...
Renungkanlah di kala berada di dalam Liang Lahad yang gelap, siapa yang mampu memberi pertolongan?
Posted by Guest, on 17-09-2007 14:22, IP 58.139.249.66, Guest
48. ...
Perintah Allah supaya wanita mentup aurat ini sudah jelas..tapi ada setengah muda mudi yg fikir nanti suatu masa nanti baru diorng nak pakai tudung dan berpakain mentup aurat.
Ada yg x fikir langsung psl nk tutp aurat ni.
Insaflah wahai golongn wanita yg masih berperangai macam ini..sampai bila nak hidup ngn gaya hidup cmni.smpai tua..?
Ingatlah bhw pd pg esok kita x dpt nk jamin yg kita masih mampu bernafas sama macm hari in.
Ikutlah contoh dr mereka yg sentiasa mentup aurat..jgn ikut contoh dr sesetengah pemimpin wanita kita ni yg hanya berpandukan hawa nafsu & logik pemikiran.bukan berlandaskan quran dan sunnah..mereka hanya tahu untuk memberi komen yg saya pk x patut di pertikaikan tentang usaha kerajaan Kelantan dalam mengendalikan hal menutup aurat ni..bagaimana malaysia nk diberkati sedangkan perintah Allah tidak dituruti..
Sbg contoh jiran kita indonesia sudah bnyk x ditimpa bala..insaflah wahai rakyat malaysia terutamanya pemimpin yg memimpin kami semua..
Posted by Pelawat(semenjak isu Swisscash, on 17-09-2007 12:23, IP 58.139.249.66, Guest
50. ...
Ini pandangan saya. Boleh dikatakan semua lelaki normal (tiada masalah) sukakan perempuan.
Lebih-lebih lagi yang cantik malah seksi. Susah mau cakap. Bagi saya itulah naluri sebenar seorang lelaki terhadap perempuan (termasuk yang ada kopiah atas kepala).
Cuma dia kena la bijak mengawal nafsu dan juga memilih yang halal saja.
Kepada perempuan pula, anda semua saya galakkan untuk seksi dan dedah sana sini, tetapi di depan suami. Bukan di khalayak umum. Rata-rata isteri kurang seksi (kurang dedah tubuh badan depan suami sebab kurangnya pendedahan ilmu), hanya seksi semasa baru-baru kahwin.
Bila dah ada anak, rasa malu pun menebal. Cadangan saya, bagi tidur anak kat bilik lain, melainkan bayi yang kena selalu pantau. Baru senang nak seksi depan suami.
Suami pula, jadilah pria terhebat masa tu, layan la habis-habis keindahan tubuh isteri anda, baru tak terkesan dengan gangguan luar. Kalau masih belum ada anak, dan rumah tertutup rapat (kena pastikan betul-betul rapat), adalah digalakkan isteri seksi di semua ruang yang ada di dalam rumah.
Jangan la asyik tutup aurat pulak masa tu, pakai la yang lebih 'ganas'.
Ni tidak, biarkan orang-orang seksi keluar dari Astro, Media Prima dan RTM. Dah tu, suami mulalah rasa geram. Isteri pulak tak paham-paham.
Kadang-kadang keluar gambar pakai bikini dan sangat seksi dalam tv. Hah, isteri apa lagi ? Ada berani pakai bikini (pakai tak sama warna pun tak mengapa, suami tak marah) lalu lintas dalam rumah (tiada orang lain, hanya suami) ?
Cubalah try, tapi jangan di siang hari bulan Ramadhan. Lepas tarawih tak pa. Bukan apa, takut dua-dua orang nanti terbatal puasa.