Utama arrow Politik & Dakwah arrow Politik Islam & Dakwah arrow Al-Qaradawi: Tolak Istilah "Islam Moden"
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 48 guests online
PDF Print
User Rating: / 41
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 07-09-2007 09:34
Views 12955    
Favoured 18

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menolak

Penjenamaan Islam Dengan Pelbagai Nama  

( beberapa petikan dari artikel asal dan terjemahan beberapa teks sahaja)

Rujuk Artikel Asal

Bolehkah Islam Dijenamakan Semula?

من التعبيرات التي يُشنِّع بها العلمانيون والحداثيون تعبير (الإسلام السياسي)، وهي عبارة دخيلة على مجتمعنا الإسلامي بلا ريب،

Ertinya : Antara slogan-slogan yang dipelopori oleh puak secular dan kumpulan modernisme adalah slogan 'Islam Siyasi', iaitu satu bentuk slogan asing yang telah memasuki masyarakat islam tanpa ragu lagi.

وهم يطلقون هذه الكلمة (الإسلام السياسي) للتنفير من مضمونها ومن الدعاة الصادقين الذين يدعون إلى الإسلام الشامل؛ باعتباره عقيدة وشريعة، وعبادة ومعاملة، ودعوة ودولة.

Ertinya : Gelaran yang mereka berikan ini iaitu "Al-Islam As-Siyasi" sebenarnya untuk menjauhkan orang ramai dari kandungan islam yang sebenarnya dan bagi menghambat dari para pendakwah ikhlas yang sentiasa mengajak kepada pelaksanaan Islam secara sepenuhnya, aqidah, syariah, ibadat, muamalat, dakwah dan kenegaraan.

وقد كنت رددت على هذه الدعوة، وفنَّدت هذه التسمية في فتوى مطوَّلة، ظهرت في الجزء الثاني من كتابي: (فتاوى معاصرة)، ويحسن بي أن أقتبس فقرات منها فيما يلي:

Ertinya : Sejak dahulu aku telah menolak ajakan (slogan) ini dan aku juga telah menolak penamaan (gelaran) sebegini dalam fatwa yang panjang lebar yang boelh dilihat dalam juzu kedua dari kitabku " Fatawa Muasiroh", maka eloklah aku memetik beberapa peranggan darinya sebagaimana berikut :-

هذه التسمية مردودة وخاطئة:

وذلك لأنها تطبيق لخُطة وضعها خصوم الإسلام، تقوم على تجزئة الإسلام وتفتيته بحسب تقسيمات مختلفة، فليس هو إسلامًا واحدًا كما أنزله الله، وكما ندين به نحن المسلمين؛ بل هو (إسلامات) متعدِّدة مختلفة كما يحب هؤلاء.

فهو ينقسم أحيانًا بحسب الأقاليم: فهناك الإسلام الآسيوي، والإسلام الإفريقي.

Ertinya :

Ini adalah penamaan (istilah) yang terolak dan salah

Ia sebenarnya adalah satu bentuk pelaksanaan perancangan yang diletakkan oleh musuh-mush Islam. Dibina atas asas ingin memecah-belahkan Islam dengan pembahagian-pembahagian yang berbeza sehingga seolah-olah ia bukan Islam yang satu seperti yang diturunkan oleh Allah s.w.t, dan seolah-olah ia juga bukan sebagaimana (Islam) yang umat dianuti oleh kita umat Islam. Mereka (telah wujudkan) banyak Islam yang berbeza mengikut kesukaan mereka.

Antaranya mereka bahagikan Islam kepada pembahagian sempadan seperti : "Islam Asia" dan "Islam Afrika"

وأحيانًا بحسب العصور: فهناك الإسلام النبوي، والإسلام الراشدي، والإسلام الأُموي، والإسلام العباسي، والإسلام العثماني، والإسلام الحديث.

Ertinya : Kadangkala mereka bahagikan menurut waktu " Islam Nabawi", "Islam Rasyidi (zaman khulafa)", "Islam Umayi", "Islam Abbasi", "Islam Uthmani", "Islam al-Hadith (moden)"

وأحيانًا بحسب الأجناس: فهناك الإسلام العربي، والإسلام الهندي، والإسلام التركي، والإسلام الماليزي... إلخ.

Ertinya : Adakalanya mereka namakan menurut jenis kaum seperti : "Islam Arabi", "Islam India", "Islam Turki", "Islam Malaysia" dan lain-lain.

وزادوا على ذلك تقسيمات جديدة: فهناك الإسلام الثوري، والإسلام الرجعي أو الراديكالي، والكلاسيكي، والإسلام اليميني، والإسلام اليساري، والإسلام المُتزمِّت، والإسلام المُنفتح، وأخيرًا الإسلام السياسي، والإسلام الروحي، والإسلام الزمني،!.

Ertinya : Dan mereka juga menambah pembahagian baru yang seterusnya : sehingga ada "Islam Thawri (revolusi), "Islam Radikal dan Klasik", "Islam Al-Yamini (Haluan Kanan)", "Islam Al-Yasari (Haluan Kiri), "Islam Al-Mutazammit (Rigid), "Al-Islam Al-Munfateh (terbuka) dan akhirnya wujud pula "Al-Islam As-Siyasi" , "Al-Islam Ar-Ruhi ( ruh), "Al-Islam Az-Zamani (semasa)

تقسيمات مرفوضة للإسلام:

والحق أن هذه التقسيمات كلَّها مرفوضة في نظر المسلم، فليس هناك إلا إسلام واحد لا شريك له، ولا اعتراف بغيره، هو (الإسلام الأول)، إسلام القرآن والسنة.

الإسلام كما فهمه أفضل أجيال الأمة وخير قرونها، من الصحابة ومن تبعهم بإحسان، ممَّن أثنى الله عليهم ورسوله.

Ertinya : Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.

فهذا هو الإسلام الصحيح، قبل أن تشُوبه الشوائب، وتلوِّث صفاءه تُرَّهَات المِلَل وتطرفات النِّحَل، وشطحات الفلسفات، وابتداعات الفِرَق، وأهواء المُجادلين، وانتحالات المُبطلين، وتعقيدات المُتنطِّعين، وتعسُّفات المُتأوِّلين الجاهلين.

Ertinya : Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil.  

Sekian

http://www.zaharuddin.net/

7 September 2007

15 Syaaban 1428 H

Last update: 07-09-2007 10:47

Published in : Soal Jawab, Politik Islam & Dakwah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (42) RSS feed comment
Posted by sim_2096, on 23-05-2008 11:21, IP 211.25.51.200, Guest
1. ...
salam... 
kawan setuju benar dengan pendapat al-qaradawi, islam itu tak perlulah diberi pelbagai nama. penambahan nama islam itu akan menyebabkan masyarakat islam sendiri akan keliru. islam hadari la.. islam liberal..islam fundamental la... dan macam-macam lagi..ini mungkin akan mengakibatkan salah tafsir islam, yang dibuat mengikut pandangan atau acuan sendiri.islam itu adalah syumul jadi tak perlulah nak ditokok tambah kerana islam itu lengkap dan sesuai pada setiap ketika. 
wasallam
 
» Reply to this comment...

Posted by FADHIL, on 18-03-2008 11:21, IP 211.25.51.1, Guest
2. ...
salam 
benar, islam tidak pernah membenarkan umatnya berpisah, atau berbeza ideology... 
yg ada hanya satu..FIKIR NABI,KERJA NABI dan ALLAH akn satukn HATI2 umat ini bila mereka ambil sunnah nabi. 
ISLAM sudah sempurna (NABI bg tau ketika haji wida') 
 
MAULANA SAAD bg tau, bila umat ini tinggalkan sunnah, 
maka keCANTIKkan yg ada dlm islam itu akn pudar n hilang. 
so,bagaimana non-muslim nk terpikat pd islam... 
bahkan org2 islam sendiri yg makin jauh dr agama??? 
MAULANA bg tamsilan.. 
sekiranya satu buah bangunan hanya ada tiang dan base je (contohnya KLCC-kalu ade tiang n base saje tp xde dinding n bumbung(puncak)), so org xkn kate itu bangunan KLCC coz x sempurna binaannya. 
jadi MAULANA kata tiang n base adalah PERINTAH ALLAH (HUKUM AHKAM AGAMA) tp yg menyempurnakannya adalah SUNNAH RASULULLAH iaitu dinding n bumbung. baru org akan kater itu KLCC (bile sempurna binaannya). dan org2 ISLAM akn bawa agama yg mengikut aper yg telah nabi n sahabat tunjukkan... 
baru golongan non-muslim dtg pd ISLAM. 
tp hari nie umat islam sendiri x cinta pd sunnah??? 
bgaimana nak bawa agama yg telah pn sempurna dlm hidup umat islam?? mereka bawa ideology mereka dgn maksud utk bawa kbngkitan AGAMA, tp adakah mreka bertanya pd diri mereka- ADAKAH CARA(IDEOLOGY) MEREKA JAUH LEBIH BAIK DR APA YG TELAH RASULULLAH DAN SAHABAT TUNJUKKAN??? 
sama2lah kita fikirkan.. 
WALLAH HU A'LAN..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by park chick, on 11-03-2008 09:58, IP 211.25.51.1, Guest
3. ...
A'ah kat Malaysia ni banyak sangat penjenamaan islam.Setuju komen suhaimi.Islam complete tak usah tambah ape2 depan ka belakang, islam "hadhari" ke, islam "liberal" ke, "parti" islam ke. Balikkan semula kesatuan islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by rakyat malaysia, on 27-02-2008 07:22, IP 60.52.100.80, Guest
4. ...
pemimpin ikutan rakyat. Hairan aku kenapa pemimpin2 wanita & isteri2 pemimpin tak tutup aurat. Apa susah sangat ka? Dah le rambut macam sarang tebuan.....tension aku...aku rakyat malaysia juga tau, aku ada hak untuk melihat pemimpin2 dan isteri2 mereka menutup aurat sebagaimana dituntut dalam islam. 
 
Yang lagi heran, kenapa bila melawat sek2 agama, perasmian musabaqah, majlis2 yang berunsurkan islam, tahu pulak tutup kepala walaupun menampakkan 'remoih'....
 
» Reply to this comment...

Posted by Suhaimi, on 26-02-2008 19:03, IP 60.52.102.52, Guest
5. ...
Salam. 
Tak perlulah tambah apa2 kt depan Islam tu. Islam sahaja dah lengkap. Nabi dah bawa 1400 tahun lebih dah. Tak perlu mendabik diri dgn nama yg gah. Yang penting manusia tu sendiri. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 25-02-2008 21:08, IP 60.52.98.149, Guest
6. ...
inilah jadinya bile islam di politikkan di malaysia ni.. ana xsuka politik!
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba allah, on 25-02-2008 12:11, IP 60.52.98.149, Guest
7. ...
mcm2 yg berlaku d akhir zaman nie..mcm mn kita nak bersatu menentang musuh (kafir) yang sedang sibuk mengasah parang, sedangkan umat islam masih lagi lena tidur, membuat penjenamaan islam dan sebagainya.. 
 
kenapa lah nak sibuk menjenamakan islam moden la..islam maju la..islam hadhari la..kan lebih baik kita usaha atas iman.. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnumar, on 10-02-2008 18:39, IP 60.52.100.88, Guest
8. ...
ader lagi selain islam hadhari kat m'sia ni...islam liberal.islam plural,islam keturunan...hancusss.... :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by bukhari, on 21-01-2008 10:29, IP 211.25.130.42, Guest
9. ...
alhamdulillah..sekurang2nya ade orang macam ustaz yg berani suarakan kebenaran..kat Malaysia ni ramai pak ustaz..tp diam mmbisu..harap2 pasni lbih ramai agi ustaz2 yg berani bersuara cam UZAR :)
 
» Reply to this comment...

Posted by mohamad azam abu, on 12-01-2008 22:22, IP 60.52.99.44, Guest
10. ...
allamdulillah...moga Allah taala memberkati sesiapa yang membaca nya..dan memoeroleh kebahagian di dunia dan akhirat
 
» Reply to this comment...

Posted by Meon, on 27-12-2007 08:02, IP 211.25.51.1, Guest
11. ...
so skang ni mcm na kita nak bagi tau kat org ramai bahawasanya islam hadhari ni memang x leh pki?????? mmg besar ujian diakhir zaman sedangkan bapak aku pun sokong islam hadhari. adeh... nape aku sorang je yang minat bahagian2 agama ni, tp hubungan kita dgn mak ayah perlu dijaga.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 26-12-2007 21:39, IP 60.52.97.18, Guest
12. ...
sudah terang lagi bersuluh. UZAR nak bagitau bahawa Islam Hadhari pun tak boleh juga. cuma tak sebut aje. :)  
 
ADMIN : MEMANG BIJAK
 
» Reply to this comment...

Posted by Nourhanne, on 25-11-2007 22:55, IP 60.52.98.125, Guest
13. ...
Ada orang tu isytihar ISLAM HADHARI tapi keluarga sendiri tak ISLAMI...anak bini akhlak dan aurat tak jaga....sekarang ada bini no. 2, kepala tak tutup juga...tapi mendabik dada golongan ulama katanya, mengaji agama katanya....apa nak jadi wahai malaysia
 
» Reply to this comment...

Posted by Pok Lim, on 24-11-2007 00:08, IP 60.52.102.13, Guest
14. ...
Saya ada terdengar satu ceramah dari webTV...Kata penceramah.... yang betul ialah Hadhariah Islamiah....BUKAN Islam Hadhari...Yang seolah olah macam satu jenama Islam baru...Contoh yang tepat ..Katalah tuan punya beruk petik kelapa... disebut BERUK MAT YEH......BERUK dulu baru Mat Yeh...Cuba panggil beruk tu....MAT YEH BERUK...Nak kena penampar Mat yeh ...panggil lahhh..Itu sebab beruk tu selalu duduk didepan tidak dibelakang...Orang akan kata.." Haa.. maghi doh beruk Mat Yeh.. " Cuba letak dibelakang beruk tu..Orang akan panggil "Haa.. maghi doh Mat Yeh beruk"...Logik juga..Jangan samakan beruk dengan Islam.. Maaf ambo deh...
 
» Reply to this comment...

Posted by kuala ketiak, on 21-11-2007 08:51, IP 60.52.101.125, Guest
15. ...
null :islam tu islam la..mana ada hadhari..semua ni utk kepentingan politik semata- mata...allahhuakbar..........
 
» Reply to this comment...

Posted by fadli, on 28-10-2007 21:07, IP 60.52.96.53, Guest
16. ...
nak berdakwah banyak kaedah dan cara, tak semestinya me"wajib"kan diri anda masuk kelab Islam Hadhari...mcm2 kelab kat Universiti ditubuhkan, nama melambangkan organisasi, klo dah name carlsberg, Tiger, tentulah ianya arak, klo dah namenye Microsoft, tentulah ianya produk komputer, klo nmenye islam hadhari? mcm islam tu islam ada di Malaysia je ke, xde di tempat lain, mcm islam tu mesti dipecahkan kepada beberapa kumpulan baru ade kemajuan? mcm mane tu ek?
 
» Reply to this comment...

Posted by yang hairan, on 19-10-2007 11:15, IP 211.25.51.1, Guest
17. ...
Assalamualaikum,  
 
syukran atas penterjemahan di atas...... 
 
di utm, di kolej 11 ada kelab islam hadhari, ada di antara rakan-rakan saya yang menjadi ahlinya. 
 
ada alasan yang diberikan oleh mereka, 
1. kalau tak masuk kelab ni siapa nak handle bahagian biro kerohanian......-_-! 
 
2. pengetua kolej 11 yang tubuhkan kelab ni, so rasanya takde masalah nak join.... 
 
3. aku tak kisah nama islam hadhari ke apa ke , tapi yang penting aku nak berjuang dalam islam.  
 
4. nama tu tak penting , tapi isinya yang penting........ 
 
5. dan banyak le lagi alasan-alasan yang ingin membenarkan gelaran-gelaran ini. 
 
saya pun konfius, pengetua kolej 11 utm ni adalah seorang ustaz , seorang pensyarah di pusat pengajian islam di utm. saya bukan nak mengata tetapi ini adalah hakikat, ini disebabkan yang menubuhkan kelab islam hadhari ni adalah seorang ustaz -_-!.............. 
 
 
 
adakah ini boleh ?
 
» Reply to this comment...

Posted by kepastian, on 19-10-2007 11:12, IP 211.25.51.1, Guest
18. ...
yang hairannya, pemimpin pengganas terbesar dunia george w. bush ini memuji islam hadhari....... 
 
pemimpin yang melancarkan peperangan terhadap kaum muslimin di iraq, afghanistan dan lain-lain lagi. 
 
pastu tiba-tiba puji islam hadhari le pula..... 
 
 
http://www.youtube.com/watch? v=rahGPCZmctU 
 
-katakanlah yang haq walaupun itu pahit-
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by akil, on 10-10-2007 18:20, IP 60.52.97.110, Guest
19. ...
ustaz kene jelaskn islam hadhari ni kalu tidak ramai umat akan terkeliru, ini akan mendatangkn masalah di kemudian hari,  
 
walaupun ini slogan yang di reka oleh orang atas tapi atas nama islam, hadhari perlu ditolak kerana rasul berjaya mengislam 3 per 4 penduduk dunia dgn islam yang dibawanya, bukan islam hadhari
 
» Reply to this comment...

Posted by kenali 07, on 02-10-2007 18:41, IP 60.52.98.189, Guest
20. ...
inilah yang berlaku pada umat akhir zaman, betul salah satu daripada amanat terakhir nabi. 
Nabi S.A.W. bersabda "akan ada di kalangan umatku yang mengatakan mengenai ISLAM tetapi sangat TIPIS IMANNYA" 
 
Moga2 kita dilindungi ALLAH S.W.T. dan sentiasa berada d jln yang MUSTAQIM 
WALLAHUALAM........
 
» Reply to this comment...

Posted by ahli seumur hidup PAS, on 02-10-2007 13:18, IP 58.139.249.66, Guest
21. ...
Islam hadhari yg dok dilaung2 tu semata2 nk tarik perhatian org melayu supaya undi UMNO... 
 
(DELETED BY ADMIN)... 
 
Apa punya pemimpin mcm nih...Ustaz & ustazah pro gov pon dok sokong tolong berkempen....Nak kata x blajax agama tp nama ustaz & ustazah...Mai la kita pakat2 berdoa bagi golongan2 nih di beri petunjuk dan hidayah sebelum terpesong jauh dari jalan islam yg ad-deen...wasalam........
 
» Reply to this comment...

Posted by bintu zakariyya, on 27-09-2007 16:26, IP 58.139.249.66, Guest
22. ...
Assalamualaikum wrt wbt.. 
 
Saya keliru@cuba mengelirukan keadaan@buat2 x faham@ x mau nak terima hakikat tentang isu Islam Hadhari.  
 
Masalah saya di sini UZAR, apa keadaan/hukumnya bagi orang(ustaz/ustazah) yang dok ceramah sana sini tentang Islam Hadhari tapi bukan atas kemahuannya hanya kerana terikat dengan kerja? 
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba, on 27-09-2007 08:08, IP 58.139.249.66, Guest
23. ...
hadhari ke hadhariyah kee ... tapi Malaysia kita ni tang ituuuuuu jugak .. cakap lebih, bukan saja habuk pun tarak, makin busuk lagi ada ..
 
» Reply to this comment...

Posted by kamal, on 26-09-2007 16:35, IP 58.139.249.66, Guest
24. ...
maknanya Islam Hadhari yg digembar-gemburkan selama nie tergolong dalam yang ini jugak la...tak gitu ustaz..?? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 24-09-2007 14:20, IP 58.139.249.66, Guest
25. ...
perjuanng ini jika musuh kita menyokongnya . jadi kena check baliklah betul2 menepati islam ke tidak wallahuaklam
 
» Reply to this comment...

Posted by akil, on 22-09-2007 11:03, IP 60.52.99.160, Guest
26. ...
kalu islam hadhari camne plak ustaz, saya tengok islam hadhari hanya slogan untuk menarik orang melayu islam untuk mengundi di pihaknya
 
» Reply to this comment...

Posted by Imbi, on 20-09-2007 15:18, IP 60.52.96.27, Guest
27. ...
Puak-puak ni bukan apa Ustaz, nak menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan la konon, tapi Islam yang dibawa Islam yang mengikut nafsu mereka. Yang mengikut selera mereka, diikut. Begitulah sebaliknya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Pelawat, on 19-09-2007 08:29, IP 58.139.249.66, Guest
28. ...
Antara ciri-ciri orang yg fanatik agama adalah orang yg sanggup mengebom bunuh diri saudara seagamanya semata-mata kerana berlainan mazhab.
 
» Reply to this comment...

Posted by zainal, on 18-09-2007 07:37, IP 58.139.249.66, Guest
29. ...
ASB HALAL KE HARAM USTAZ...TOLONG PERJELASKAN DAN HEBOHKAN KERANA UMAT ISLAM MELABUR DALAM ASB 
 
ADMIN : ANDA NI BERTANYA DI TEMPAT YANG SALAH, MATA ANDA TAK NAMPAK KE TAJUK ARTIKEL DI WEB BERKENAAN ASB?. PELIK BETUL.
 
» Reply to this comment...

Posted by UNEEC, on 17-09-2007 15:26, IP 58.139.249.66, Guest
30. ...
Hadhari tu maknyanya "semasa atau terkini" sama lah dengan Islam Al-hadith dan Islam Az-zamani yang Dr Qardhawi sebut tu....
 
» Reply to this comment...

Posted by humairah_almarrah, on 15-09-2007 14:55, IP 60.52.98.141, Guest
31. ...
terima kasih, ustaz.. teruskan usaha-usaha sebegini... ALLAH is GREAT..  
 
meman sepatutny tiada istilah ISLAM mgikut ideologi dsb.. ISLAM adalah satu, dan paksiny hanya dua untuk rujukan utama: AL-QURAN dan 40 hadiths Rasulullah s.a.w... janganlah kita balik ke konsep Asabiyyah lagi... Hidup bpuak-puak.. 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by kadir, on 14-09-2007 08:30, IP 58.139.249.66, Guest
32. ...
Jelas dari keterangan Al-Qardawi bahawa beliau menolak sebarang penjenamaan Islam. Semoga kita dapat membezakan yang haq dan batil.
 
» Reply to this comment...

Posted by menakbar, on 11-09-2007 22:02, IP 60.52.103.97, Guest
33. ...
:grin Habis macam mana Islam hadhari dah pun diwar-warkan serata tanah air???...
 
» Reply to this comment...

Posted by Azam, on 11-09-2007 09:24, IP 60.52.99.149, Guest
34. ...
Sampai sekarang pun masih ramai lagi yang belum jelas mengenai konsep "Islam Hadhari"...tapi...makin dijelaskan..makin keliru...kerana seolah-olah terdapat perbezaan pengertian dan konsep islam yang difahami oleh masyarakat masa kini.... :? cuba tanya orang-orang kampung...mengenai islam hadhari....
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd halimin, on 10-09-2007 13:03, IP 58.139.249.66, Guest
35. ...
artikel yang baik sebagai panduan kepada mereka yang beria-ia benor memperjuangkan islam ITU.
 
» Reply to this comment...

Posted by LeeNa, on 10-09-2007 13:02, IP 58.139.249.66, Guest
36. ...
Syukurlah kerana ada jua 'someone' yg ingin menjelaskan kedudukan Islam yg sebenar. Hairan kerana setiap kali bila ada ucapan dari VVIP dlm majlis keagamaan, semuanya asyik dgn ayat spt berikut: Semua umat Islam di Malaysia perlu memahami Islam yg sebenar" sedangkan yg memberikan ucapan itu tidak pula mengamalkan kehidupan Islam yg sebenar. 
 
Semoga Allah melindungi kita semua. Teruskan perjuangan mu wahai UZAR. 
 
» Reply to this comment...

Posted by anakminang04, on 10-09-2007 09:13, IP 60.52.98.185, Guest
37. ...
islam hadhari udah di perjelaskan dah dalam kandungan resolusi persidangan majlis fiqh sedunia yg diadakan di putrajaya baru2 nie...mereka menolak secara tidak rasmi jenama islam hadhari dengan memanggilnya...manhaj hadharah fil islam.... 
 
suara YQ adalah lebih jelas kali ini......
 
» Reply to this comment...

Posted by danishafnan, on 10-09-2007 09:12, IP 60.52.98.185, Guest
38. ...
tolong jelaskan islam hadari
 
» Reply to this comment...

Posted by salman, on 09-09-2007 14:57, IP 60.52.98.45, Guest
39. ...
utz,nagaimana dengan islam hadhari atau hadharah islamiyyah?
 
» Reply to this comment...

Posted by firdaus, on 09-09-2007 14:55, IP 60.52.98.45, Guest
40. ...
terima kasih uzar kerana memberikan kami penjelasan,teruskan usaha uzar yang tiada orang lain di negara ini dapat membantu kami yang hauskan bimbingan dan penerangan....Allahuakhabar...
 
» Reply to this comment...

Posted by raIHaN, on 07-09-2007 11:47, IP 58.139.249.66, Guest
41. ...
Allahuakbar..hebat nya ujian akhir zaman nih.. 
Kalau dah mcm2 istilah baru utk Islam tu muncul mcm mana la tak Islam tu terpecah kpd 73 golongan??.. 
 
Tapi bagi orang mukmin Allah sentiasa pelihara,tumbuh la 73 juta golongan sekalipun org mukmin akan sentiasa teringat bahawa Allah s.w.t. hanya menerima Ahlus sunnah wal jamaah sahaja..yakni org yg beriman mengikut acuan yg di tunjukkan oleh Allah melalui kekasihnya yg mulia penghulu segala Nabi dan Rasul Muhammad s.a.w. 
 
"Ya Allah tunjuki la kami jalan2 org yg Engkau beri nikmat dan bkn jln org yg sesat dan jln org yg Engkau murkai"..Ameenn..  
 
» Reply to this comment...

Posted by abu maisarah, on 07-09-2007 11:46, IP 58.139.249.66, Guest
42. ...
TERIMA KASIH UZAR! semoga penjelasan di atas memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia.  
 
Alangkah bahagianya,.... bahagialah semua kita jika UZAR juga menjelaskan kedudukan ISLAM HADHARI.  
 
"QULIL HAQ WALAU KAANA MURRA".... Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom