Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Lelaki dan wanita arrow Takziah Nurin Jazlin, Syafaat, Doa Pelindung & Siapa Cuai?
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 68 guests online
PDF Print
User Rating: / 77
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 21-09-2007 17:40
Views 22131    
Favoured 21

Takziah, Syafaat Anak & Doa Pelindung

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Musibah yang menimpa al-Marhumah Nurin Jazlin yang masih kanak-kanak bukanlah satu balasan terhadap dosanya, malah ia belum sempat untuk berdosa. Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya, adapun cara kejam pembunuhan itu adalah manifestasi kegagalan acuan dan hasil tangan manusia yang berlagak pandai untuk menguruskan kehidupan, mereka degil dari arahan dan larangan Allah s.w.t, lalu kelahiran manusia buas sedemikian adalah hasilnya, menandakan seriusnya tahap kejahilan dan kehancuran jiwa manusia di sekeliling.

Saya kira, semua insan normal akan merasa pedih apabila melihat gambar keadaan jenazah Nurin di atas, apatah lagi sesiapa yang melihatnya secara berdepan. Saya sendiri terganggu pemikiran sejak kelmarin apabila isu ini tersebar di berita. Terfikir betapa kesakitan yang dialami olehnya menyebabkan perhatian saya terganggu ketika memberikan ceramah. Ini kerana menurut media, ketika mayat Nurin Jazlin ditemui, ia baru 6 jam menemui kematian.

Bermakna, sejak kehilangannya selama 27 hari ia menanggung kesakitan dan hanya meninggal dunia pada hari mayatnya ditemui. Saya juga difahamkan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai, hasil bedah siasat mendapati perut Nurin Jazlin kosong dari sebarang makanan, seolah-olah ia tidak diberi makan selama sebulan kehilangannya dan hanya didera seksual sahaja. Inilah antara info yang amat menyukarkan minda saya menerimanya. 

Ceramah saya di Universiti Malaya dua hari lepas (20 September 2007) adalah yang paling terkesan, minda saya gagal memfokuskan kepada isi kuliah yang ingin disampaikan. Mungkin para pendengar yang hadir dapat melihat situasi itu.

Benar, Ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t ke atas kedua ibu bapanya. Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka.

Nabi bersabda :-

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.

Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.

Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.

Ciri Mukmin Yang Sentiasa Tabah

Sama-sama kita pasrah kepada Allah dan mengingati ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-


عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ 

Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim)

Nurin Jazlin
 

Syafaat Anak Kecil & Aqiqah  

Saya hanya mampu mendoakan al-marhumah Nurin Jazlin mendapat kenikmatan terbaik di alam barzakh ketika ini dan akhirat kelak. Moga ibu bapanya yang mampu redha dan sabar juga layak mendapat 'title' orang beriman dan redha Allah s.w.t. Ia sememangnya tidak mudah, tetapi redha adalah suatu kewajiban dan bukan pilihan.

Jika sekiranya ibu bapa Nurin Jazlin belum melakukan aqiqah untuknya, eloklah dibuat aqiqah tersebut.

Menurut Imam Ahmad r.h, sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada aqiqahnya ( Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu 'alam.

Ia berdasarkan kefahaman Imam Ahmad dari hadis :-

الغلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم السابع ويسمى ويحلق رأسه

Ertinya : anak tergantung kepada aqiqahnya, dilakukan sembelihan aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama serta dicukur kepalanya" ( Riwayat At-tirmizi dan Ahmad )

Justeru bagi semua ibu bapa samada Nurin Jazlin atau lain-lainnya, jika terdapat anak yang meninggal dunia dalam keadaan Islam, berusahalah menjadi ibu bapa yang beriman secara tulen. Allah s.w.t pasti akan menghubungkan anak dan ibu bapanya semula di akhirat. Janganlah terlalu bersedih dengan pemergiannya. Firman Allah s.w.t :-

والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم وما ألتناهم من عملهم من شيء

Ertinya: "Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." ( At-Tur : 21 )

I

sayu dan sebak
InshaAllah, anak-anak kecil yang meninggal ini akan berada di syurga Allah s.w.t. Disebut dalam kitab Ad-Durr Al-Manthur sesungguhnya orang yang beriman dan anak-anaknya akan berada di dalam syurga bersama-sama. (Ad-Durr Al-Manthur, 7/633 ; Tafsir At-Tabari, 27/25)

Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut,   perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.

Deretan Kes Perit Hampir Serupa Tanda Apa?

Apapun, segala macam bentuk perhatian kini perlu ditingkatkan, apa guna ibu bapa yang asyik dengan mencari duit dan wang sehingga tiada masa untuk melihat keselamatan anak. Begitu ramai ibu bapa yang tersangat sibuk dan sentiasa bertawakkal palsu tentang hal keselamatan anak-anak mereka.

Perlu diambil perhatian oleh kita semua bahawa keselamatan kanak-kanak perempuan semakin membimbangkan ibu bapa hari ini. Cuba lihat deratan kes di bawah :-

Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Kisah seterusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

Selain itu bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.

Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

Dan akhir pada 23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Doa Pilihan Pelindung Keluarga

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)

Disebut dalam satu riwayat lain,  nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله  أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?

Lelaki berkata : aku disengat kala

Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Siapa Cuai ? 

Takziah kepada keluarga Nurin Jazlin dan semua keluarga yang menghadapi cabaran yang sama. Saya juga TIDAK BERSETUJU atas kenyataan pihak berwajib yang ingin mendakwa kedua ibu bapa Nurin Jazlin atas alasan mereka cuai dan lalai. Mana ada manusia yang tidak sekali sekala terlalai dan terleka. Biarlah pedih mereka sembuh sebelum membuat kenyataan pelik seumpama ini.

Saya mengharapkan pihak polis dapat dengan CEKAP menjejaki si pembunuh, sebarang kegagalan akan menyebabkan semakin pudarnya keyakinan terhadap teknologi dan badan pengawas keamanan ini. LIHAT KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB R.A YANG SELALU BIMBANG SEMASA MENJADI KHALIFAH, SEKIRANYA ADA SEEKOR KAMBING MATI DI DALAM NEGARANYA, IA BIMBANG AKAN DITANYA DI AKHIRAT KELAK ATAS KECUAIANNYA SEBAGAI KHALIFAH.

Beliau diriwayatkan berkata : "Seandainnya ada keledai yang jatuh dari atas gunung di kawasan Irak sehingga patah kakinya, pasti Allah SWT meminta pertangungjawaban saya (Umar) karena tidak membuat jalan untuk dilintasi keledai tersebut"; dan "Kalau kambing tersasar dan hilang di pingiran sungai Eufrat, maka Umar akan bertanggung jawab pada hari akhirat".  

Begitu juga Ali bin Abi Talib ra ketika melihat Umar bin Khattab ra sedang berlari lalu bertanya: "Kenapa kamu lari wahai Umar? Aku (Umar) berlari karena ingin mengejar unta sedekah yang telah lepas dari tambatannya. 

INI KERANA TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI PEMIMPIN ADALAH MENYEDIAKAN NEGARA YANG AMAN DAN BAIK KEPADA MANUSIA DAN JUGA BINATANG SERTA MEMASTIKAN TIADA MANUSIA "BERHATI BINATANG".

Putrajaya
Bagi seluruh keluarga Nurin, ketahuilah doa mereka yang sedang dizalimi adalah maqbul, ditambah lagi di bulan Ramadhan penuh berkat ini, doalah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tertangkap. Ameen...

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

21 Sept 2007

9 Ramadhan 1427 H


Kes rogol meningkat



 Sumber : METRO

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila statistik jenayah terbaru menunjukkan peningkatan mendadak membabitkan kes rogol apabila 2,431 wanita dilaporkan diperkosa sepanjang tahun lalu, berbanding 1,931 mangsa pada 2005.

Peningkatan 26 peratus itu lebih membimbangkan apabila 70 peratus daripada mangsa remaja berusia di bawah 18 tahun dengan 54 peratus di bawah usia 16 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata statistik turut menunjukkan 56 peratus daripada mangsa perkosaan adalah pelajar, manakala 25 peratus lagi penganggur.

Menurutnya, kebanyakan mangsa diperkosa teman lelaki selepas bersetuju keluar melakukan temu janji.

 

"Setakat ini Selangor mencatatkan kejadian tertinggi iaitu 17 dan 19 peratus daripada keseluruhan indeks jenayah rogol, yang turut membabitkan kes sumbang mahram, setiap tahun," katanya selepas menghadiri majlis taklimat kepada Wanita MCA oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak di Auditorium Bukit Aman di sini, semalam.

 

Menurutnya, kes sumbang mahram turut menunjukkan peningkatan ketara daripada hanya 294 kes pada 2005 kepada 332 kes pada tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, 67 peratus mangsa sumbang mahram di bawah umur 16 tahun dengan 59 peratus daripadanya pelajar sekolah," katanya.

Sementara itu, kes penderaan kanak-kanak mencatat penurunan 25 peratus daripada 189 kes dilaporkan pada 2005 kepada hanya 141 kes pada 2006.

Bagaimanapun, kes penderaan terbabit hanya membabitkan kes yang dilaporkan kepada polis dan tidak termasuk kes yang terus diambil tindakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, bagi kes keganasan rumah tangga, beliau berkata jumlah kes meningkat sebanyak enam peratus iaitu daripada 3,093 pada 2005 kepada 3,264 pada 2006 dan kebanyakannya berpunca masalah kewangan, perselisihan faham dan cemburu.

 


Berita tarikh : 23 Sept 2007

319 budak masih hilang

BACA BERITA PENUH 

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Kematian tragis mangsa serangan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah berlalu.

Namun, nasib 319 kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun yang dilaporkan hilang bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini masih belum diketahui.

Adakah mereka akan melalui nasib sama yang dialami Nurin Jazlin atau kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat?

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang berkongsi kebimbangan itu berkata, unit baru polis dikenali Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak yang diwujudkan untuk menangani kes kanak-kanak dan keganasan rumah tangga akan diperluaskan untuk menjejaki mereka yang hilang.

"Kita tidak mahu rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan kes kematian tragis kanak-kanak dan remaja.

"Justeru, saya telah arahkan supaya peranan unit ini diperluaskan untuk mengumpul maklumat dan menjejaki kanak-kanak serta remaja yang dilaporkan hilang,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

KPN berkata demikian ketika diminta mengulas nasib 319 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang masih hilang seperti yang direkodkan dalam statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lebih membimbangkan, seramai 6,270 kanak-kanak di bawah kategori umur yang sama dilaporkan hilang sejak Januari 2004 hingga Mei lalu.

Daripada jumlah itu, 4,237 atau 67.5 peratus pulang semula ke rumah mereka manakala 2,033 masih belum dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Last update: 07-10-2007 12:21

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (104) RSS feed comment
Posted by zie, on 05-02-2010 12:46, IP 115.135.111.183, Guest
1. bimbang
:( saya jadi bimbang utk menghantar anak2 ke sekolah. makin waktu sekolah macam2 aktiviti petang dan sekolah pula dekat dengan taman permainan. sepatutnya pihak polis membuat permantauan di sekolah bg mengelak kejadian tak diingini berlaku. esok sudah terjadi barulah nak ambik tindakan.
 
» Reply to this comment...

Posted by nana@shah alam, on 12-03-2008 10:38, IP 211.25.51.1, Guest
2. ...
:cry  
sedih bila melihat kebenaran dunia kita sekarang. Kenapa mesti jadi begini. Berdosakah kanak-kanak kecil diperlakukan dengan kejam... mana perginya hati nurani yang dinamakna insan...... Pikirkan ????????
 
» Reply to this comment...

Posted by lily_mawar, on 15-11-2007 00:09, IP 60.52.102.32, Guest
3. ...
Sayu dan pilu bila baca keadaan mayat anak kecil yang tidak berdosa ini ...  
 
Apakah Allah telah mencabut nikmat ikhsan dari hati orang2 Islam sehinggakan ramai yang sanggup melakukan pekara2 zalim saperti itu ...
 
» Reply to this comment...

Posted by ezan, on 09-11-2007 08:54, IP 60.52.97.228, Guest
4. ...
al fatihah buat adik nurin 
semoga pihak berkuasa cekap menjalankan tugas dalam usaha menangkap penjenayah dan hukuman yang setimpal perlu diberikan.saya marah dengan kekejaman yang dilakukan... :upset
 
» Reply to this comment...

Posted by maria, on 31-10-2007 18:02, IP 60.52.97.124, Guest
5. ...
aslmkum....takziah saya ucapkan kepada keluarga Nurin...sabarlah setiap yg berlaku ada hikmahnya 
 
» Reply to this comment...

Posted by mauristus, on 22-10-2007 18:23, IP 60.52.97.14, Guest
6. ...
:( rasa pilu terhadap kes deraan kanak2 ini. apakah manusia layak digelar ciptaan TUHAN YANG PALING SEMPURNA.  
 
Hatta penjenayah itulah seburuk buruk iblis dan syaitan. kenapa mendera kanak2 kalau nafsu tidak tertahan liwat aja pelacur supaya di jangkiti HIV semoga cepat mati tidak membazir makanan di penjara.
 
» Reply to this comment...

Posted by emmm, on 15-10-2007 09:24, IP 60.52.100.182, Guest
7. ...
inilah nafsu, kejam... hanya iman sebagai pelindung..
 
» Reply to this comment...

Posted by fiza, on 15-10-2007 09:23, IP 60.52.100.182, Guest
8. ...
semoga roh adik nurin di cucuri rahmat.bersabar pada keluarganye...
 
» Reply to this comment...

Posted by ruqaiyah 7253, on 10-10-2007 10:59, IP 211.25.51.1, Guest
9. ...
Assalamualaikum.... 
 
Semoga roh adik nurin di cucuri rahmat & ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Amin.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 09-10-2007 21:46, IP 60.52.100.129, Guest
10. ...
kasihan betul budak-budak yang hilang itu :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by SAL, on 08-10-2007 21:11, IP 60.52.103.194, Guest
11. ...
Sebelum kemunculan Islam di Makkah, masyarakat jahiliyah Arab bergelumang dengan jenayah.  
 
Pelaksanaan hudud berikutan masyarakat Arab menerima Islam, jenayah dapat dibenteras.  
 
Amerika adalah bangsa yang paling maju dengan undang-undang jenayah yang ketat dan polis yang cekap, tetapi pembunuhan di New York bukan lagi mengikut hari tetapi mengikut jam. Setiap jam ada pembunuhan.  
 
Undang-undang manusia telah terbukti gagal untuk mengekang jenayah.  
 
Antara yang dijelaskan, selain dari jenayah itu amat berkurangan oleh pelaksanaan undang-undang yang menggerunkan tetapi adil, Allah tanamkan ke hati orang ramai rasa benci kepada semua bentuk jenayah. Justeru itu mereka tidak melakukan jenayah. Akhirnya jenayah itu hapus bukan kerana banyak tindakan yang dilakukan, tetapi kerana orang ramai dengan sendiri tidak melakukan jenayah.  
 
Yang menghapuskan jenayah itu bukan kerana polis cekap dan kuat kerja, tetapi keberkatan yang Allah beri menyebabkan tiada kejadian jenayah.  
 
Ia menambah kefahaman umat Islam tentang hikmat hudud dan orang bukan Islam ada pengetahuan mengenainya.  
 
Dan apabila undang-undang itu diluluskan oleh DUN Kelantan dan Terengganu, kerajaan Malaysia dan Umno menolaknya dan berloyar buruk pula dengannya. Maka hudud tidak dilaksanakan.  
 
Dulu jenayah itu terus ada kerana hudud tidak ada. Ia tidak seteruk sekarang kerana antara pemimpin kerajaaan dan Umno yang melaksanakan undang-undang dan memerintah tidak mendapat penjelasan Islam yang cukup tentang hudud.  
 
Sekarang mereka telah mendapat penjelasan yang cukup. Tetapi mereka menolaknya dan rakyat pula menyokong kedegilan kerajaan itu. Maka apakah balasan kepada orang-orang yang ingkar itu? Allah turunkan bala. Jenayah yang kian banyak itu adalah bala kerana tidak menerima ajaran Islam yang mengatakan hudud boleh mencegah jenayah. Kerajaan mengaku undang-undang Islam itu elok dan sempurna tetapi terus bebal dengan menolaknya.  
 
Nurin yang belum baligh menjadi mangsa pembunuhan. Apa salahnya? Dia tidak bersalah tetapi masyarakatnya dan kerajaan yang berkuasa atas masyarakatnya menolak hudud.
 
» Reply to this comment...

Posted by khar, on 05-10-2007 19:15, IP 60.52.96.227, Guest
12. ...
ini baru kes yang dilaporkan..berapa ramai budak2 yg ilang tapi masih tidak dpt dikesan....
 
» Reply to this comment...

Posted by nur cahaya, on 03-10-2007 19:00, IP 60.52.103.3, Guest
13. ...
null  
 
:cry :cry tiada kata yang dapat di luahkan bila mengetahui bag besar itu mengandungi jenazah adik nurin...semuga nurin jazlin aman di alam sana..al fatihah.. 
 
semuga pihak berkuasa dapat segera menangkap pembunuh adik nurin jazlin..
 
» Reply to this comment...

Posted by ummu, on 02-10-2007 15:00, IP 58.139.249.66, Guest
14. ...
Setuju dengan taffa
 
» Reply to this comment...

Posted by Rositah bt Mohd shariff, on 02-10-2007 15:00, IP 58.139.249.66, Guest
15. ...
Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.  
 
 
Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka 
 
Saya tertarik dgn kata-kata diatas..mungkin juga kanak-kanak tersebut akan menjadi penyelamat ummah apabila besar kelak, dan ini telah disedari oleh syaitan yg dilaknat oleh Allah..jadi mereka akan melakukan sesuatu kepada kanak2x tersebut supaya dia tak sempat dewasa kerna hendak melawan takdir tuhan. Apa-apa pun saya percaya syaitan sentiasa cuba hendak melemahkan semangat dan akidah manusia supaya menyalahkan tuhan akan segala musibah yg terjadi kepada mereka.  
 
ADMIN : WALLAHU'ALAM. TAPI YANG PASTI,,SYAITAN TAK KETAHUI PERKARA GHAIB AKAN DATANG. DAN ALLAH SAHAJA YG MAHA MENGETAHUI. JUSTERU TIDAK ELOK DITIMBULKAN KEMUNGKINAN SYAITAN TAHU THEN IA BERTINDAK UNTUK MENYEKAT.  
 
ITU HANYA ADA DALAM CERITA HOLLYWOOD, DENGAN TIME TRAVELNYA AJA. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by anti_maksiat, on 02-10-2007 14:58, IP 58.139.249.66, Guest
16. ...
Selagi hiburan terus disanjung, artis terus dijulang, ulama' pula dibuang... begini la jadinya. 
 
Kenapa la masih ramai lagi yang belum sedar lagi?! 
 
Artis yang terdedah sana,terdedah sini, melenggok2 ke sana ke mari, kononnya nak memberikan hiburan terkini, tapi orang yang geram bila melihat, tak dapat nak 'lepas' pada si artis jadi 'lepas' la pada orang-orang yang langsung tak berdosa. SALAH SIAPA??? 
 
bila dah jadi begini, mula la tunjuk simpati...KONON! pada hal dia la puncanya! :upset
 
» Reply to this comment...

Posted by Ustaz Johor, on 02-10-2007 13:19, IP 58.139.249.66, Guest
17. ...
Memang dah. kalu tok buat hukum Islam lagu ni la jadinya.!!!!
 
» Reply to this comment...

Posted by sedi kuantan, on 02-10-2007 11:33, IP 58.139.249.66, Guest
18. ...
Assalamualaikum, 
 
Saya sokong Ir.Shah...negara malaysia ni selagi tak tegakkan hukum Allah..selagi itulah tak selmat.. 
 
Wahai rakyat melayu sekalin..sedarlah..kuasa adalah ditangan anda..berubahlah demi anak-anak kita..kurangkan lah berhibur..jauhi maksiat..jangan terlalu agungkan sifat bangsa...kerana yang lebih penting adalah agama..renugkanlah.. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by effa, on 02-10-2007 09:35, IP 58.139.249.66, Guest
19. ...
semoga roh adik nurin jazlin aman dan sentiasa dilindungi oleh Allah selalu..sebak bila mengenangkan keadaan arwah semasa dalam krungan orng yang zalim itu..seharusnya undang2 mestilah menghukum pembunuh itu dengan hukuman yang setimpal dengan ape yang tlah dilakukan terhadap arwah.. 
 
al-fatihah untuk adik nurin jazlin
 
» Reply to this comment...

Posted by UMMI LIN, on 02-10-2007 06:12, IP 60.52.97.207, Guest
20. ...
AL-FATIHAH UNTUK ANAK-ANAK KECIL YANG TIDAK BERDOSA...SEMOGA MEREKA AMAN DI 'DUNIA' YANG INDAH NUN DI SANA....
 
» Reply to this comment...

Posted by nunair, on 01-10-2007 18:17, IP 60.52.96.50, Guest
21. ...
assalammualaikum.. 
 
al fathihah buat adik nurin..bersama2 kta mdoakn moga arwah dtmptkan di kalgn para syuhada...aminn.. 
 
takziah buat keluarga arwah...tabahkan hatimu..kami semua mdoakn agar 'binatang' itu ditngkap!!  
ALLAH maha Besar,...Allahuakhbar!!
 
» Reply to this comment...

Posted by natasha, on 01-10-2007 10:47, IP 58.139.249.66, Guest
22. ...
Saya amat tekejut apabila mdegar berita khilangan dan akhirnya kmatian nurin jazlin.. 
Tp saya yakin,jika undang2 islam ditegakkan,smua nya di bwah lindungan Allah.. 
 
Kenape kita harus mengagung2kan hukum ciptaan manusia tp tidak undang2 Allah.. 
smua ini takkan brulang lg jika hukum Islam di tegakkn di atas muka bumi Malaysia ini.. :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by sharyzal, on 29-09-2007 14:53, IP 60.52.101.140, Guest
23. ...
Salam..... 
 
Seluruh negara sekali lagi sedih akibat kesan kekejaman manusia yang tak berperikemanausian.... 
sama-sama kita berdoa semoga al-Marhumah Nurin Jazlin di tempatkan dikalangan orang-orang yang solihin......AMIN... 
 
Semoga kedua ibu dan bapanya redha dengan ketentuan yang maha ESA.... 
 
Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada al-Marhumah Nurin Jazlin.... 
 
» Reply to this comment...

Posted by daisy, on 29-09-2007 07:02, IP 60.52.100.34, Guest
24. ...
Ya Allah, Engkau Maha Adil.... hukumlah pembunuh adik Nurin Jazlin setimpalnya. Sayu hati ini mengenangkan penderitaan yang dilalui adik Nurin.... al-fatihah..
 
» Reply to this comment...

Posted by dayat, on 28-09-2007 16:52, IP 58.139.249.66, Guest
25. ...
walaupun dah lama kejadian yang menimpa adik nurin, namun kesedihan amat terasa.jadi marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah
 
» Reply to this comment...

Posted by Count_reeq, on 28-09-2007 16:52, IP 58.139.249.66, Guest
26. ...
assalamualaikum...... 
semoga roh nurin ditempatkan di kalangan para syuhada. 
semoga ibubapa nurin dapat menerima segala takdir ini. 
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
insyaallah.......dengan izinnya 
penjenayah itu tetap akan ditangkap jua....... 
biarlah dia dengan hidupnya dan semoga pembalasan didunia dan akhirat untuknya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 27-09-2007 20:05, IP 60.52.96.51, Guest
27. ...
Takziah utk keluarga nurin.. tiada kata2 yg mampu meredakan kesedihan mereka.. 
 
Deraian air mata kita x kan mampu membawa binatang tu ke muka pengadilan.. 
moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. 
tidak dapat digambarkan remuknya hati melihat penderitaan yang dilalui oleh nurin.. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 27-09-2007 16:39, IP 58.139.249.66, Guest
28. ...
Kalau di konangkan, memang sodeh na amat.  
 
Nafsu amarah yang tolampau moluap-luap kek oghang gilo yang buek kojo doso ni... mogo-mogo Allah kuekkan keimanan den ni...kot tak, dapek yo si gilo tu, den sosah cukup-cukup, bia padan muko eyyy... kepado ibu bapak arwah, semogo redho dan banyak ey soba...Allah akan tompek an arwah di jannah. Amin... 
 
» Reply to this comment...

Posted by siti_umie, on 27-09-2007 16:27, IP 58.139.249.66, Guest
29. ...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Nurin Jazlin dan menempatkannya di sisi orang-orang yang beriman di dalam Syurga
 
» Reply to this comment...

Posted by abu, on 27-09-2007 08:09, IP 58.139.249.66, Guest
30. ...
Nak baca lebih lanjut tentang keganasan seksual di negara kita? 
 
Sila ke link di bawah: 
 
http://www.bharian.com.my/ Current_News/BH/Monday/Citra/ 20070924071251/Article/ print_html 
 
Masih boleh berpeluk tubuh? 
Siapa boleh selamatkan kita?
 
» Reply to this comment...

Posted by said, on 26-09-2007 19:24, IP 60.52.102.3, Guest
31. ...
Undang-undang Islam penyelesai masalah 
 
Rentetan tragedi ngeri itu disebabkan tidak ada usaha untuk melaksanakan undang-undang Islam. Undang-undang Islam yang didakwa kolot sebenarnya memberi penyelesaian pada apa sahaja masalah yang berlaku dari dulu hingga kini.  
 
Jika penjenayah yang merogol dan membunuh Nor Shuhada Borak pada tahun 2000 telah dijatuhi hukuman rejam sampai mati di khalayak ramai dan mayatnya dibiar menjadi tontonan, insya-Allah tragedi ngeri itu tidak berulang.  
 
Sudah pasti ramai kanak-kanak dan gadis sunti terselamat daripada dibunuh, diliwat dan dirogol oleh `jantan' gila tidak berotak.  
 
Undang-undang Islam bukan menghukum tetapi memberi pengajaran kepada orang ramai. Menyelamatkan bukan saja umat Islam tetapi seluruh insan di negara Islam Hadhari ini.  
 
Inilah padahnya jika pimpinan tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam.  
 
Penulis yakin ramai pimpinan yang mengakui undang-undang Islam saja yang boleh menyelamatkan negara tetapi disebabkan ego mereka terlalu tinggi, mereka takut pembangkang mendapat sokongan rakyat, jadi mereka terpaksa berusaha mengadakan pelbagai cadangan dan menukar akta.  
 
Pimpinan kerajaan jangan lepas tanggungjawab dengan menyoal siasat bapa Nurin, Jazimin Abd Jalil, 33, kononnya cuai menjaga anak dan ada kes dengan ‘ah long’.  
 
Daripada pihak polis menyoal siasat ibu bapa Allahyarham Nurin bukankah lebih berfaedah polis meluaskan penyiasatan dan gerakan mencari semua penjenayah yang tidak berotak itu.  
 
Percayalah...selagi undang-undang Islam tidak terlaksana tragedi ngeri yang sama akan berulang. Tak caya...tunggu!!! 
null
 
» Reply to this comment...

Posted by latt sabah, on 26-09-2007 18:51, IP 60.52.102.3, Guest
32. ...
Pelaku jika dapat di tangkap hendaklah di sula di hadapan orang ramai dan agar menjadi pengajaran kepada mereka yang mempunyai persamaan tabiat dan nafsu.  
 
Agar kejadian seperti ini tidak berulang ulang lagi. Denda perogol juga hendaklah naikan dan penjara seumur hidup.
 
» Reply to this comment...

Posted by tiada gunanya sebak, on 26-09-2007 18:41, IP 60.52.102.3, Guest
33. ...
TIADA GUNANYA SEBAK, kerana undang2 hanya dapat di ubah dengan perlembagaan, selagi along tidak dihapuskan, selagi itulah melayu akan dizalimi
 
» Reply to this comment...

Posted by anco, on 26-09-2007 15:32, IP 58.139.249.66, Guest
34. ...
Mengalir air mata mengenangkan kejadian yg berlaku..
 
» Reply to this comment...

Posted by along, on 26-09-2007 14:49, IP 58.139.249.66, Guest
35. ...
Assalamualaikum, 
 
Sebagai ibu hati saya terlalu sayu melihat apa yang terjadi kepada adik Nurin... 
 
Hanya Allah lebih mengetahui.... 
Al-Fatihah...
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 26-09-2007 14:49, IP 58.139.249.66, Guest
36. ...
Kenapa la ada manusia sekejam itu...sanggup menculik, mendera, merogol, menyeksa dan membunuh dalam keadaan yang sangat kejam.... 
 
Semoga Allah membalas kekejaman manusia yang berhati binatang tersebut... :cry saya kecewa kerana ia berlaku dikalangan umat kita... 
 
» Reply to this comment...

Posted by Dores, on 26-09-2007 11:35, IP 58.139.249.66, Guest
37. ...
YA ALLAH.. BERIKAN PENGADILAN.. KO KETEMU KPD MEREKA YANG BERHAK MENANGKAP PENJAHAT YG MEMBUNUH NURIN JAZLIN.
 
» Reply to this comment...

Posted by Man, on 26-09-2007 11:35, IP 58.139.249.66, Guest
38. ...
Politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.  
 
Hanya hukuman yang berlandaskan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah s.w.t. Kenapa masih meragui undang-undang Islam???  
 
Kita orang Islam kenalah ikut UNDANG-UNDANG ISLAM!!! Tak kan orang kafir pulak yang nak implementasikannya! 
 
Cuba fikirkan asal usul kejadian kita..... Semuanya dengan izin Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak mengetahui. Islam adalah cara hidup. Kalau kita tidak amalkan, siapa lagi? 
 
Pemerintah negara ini perlu laksanakan UNDANG-UNDANG ISLAM selaras dengan Malaysia sebagai negara Islam / agama rasmi negara ini adalah agama Islam. Hanya Islam terbaik untuk semua makhluk Allah. 
 
Keadilan cuma dengan Islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by iman84, on 26-09-2007 11:19, IP 58.139.249.66, Guest
39. ...
Assalammualaikum....  
 
Rasa marah, geram, sedih segalanya bercampur... adakalanya terdetik di hati bagaimana nasib anak-anak dan keturunaan kita akan datang...  
 
Sebenarnya kita perlu kaji dan kembali semula pada perintah Allah, kadangkala kita lupa ini semua di beri amaran kepada semua umat islam bahawa manusia sudah semakin lupa kepadaNYA... apa yang saya harapkan semoga kita semua dapat berdoa agar keluarga dan keturunan kita di jaga oleh Allah s.w.t[/B]
 
» Reply to this comment...

Posted by vulpine, on 26-09-2007 10:30, IP 58.139.249.66, Guest
40. ...
Assalamualaikum wbt.. 
 
Semoga roh Nurin Jazlin dicucuri rahmat-Nya... 
Bahagia lah Nurin di sisi Ilahi..
 
» Reply to this comment...

Posted by eleein, on 26-09-2007 10:18, IP 58.139.249.66, Guest
41. ...
Assalammualaikum........... 
 
Sehingga hari ini saya masih rasa teramat sedih dengan apa yang terjadi ke atas Allahyarhamah Nurin.  
 
Saya juga sering berlinang air mata apabila membaca berita tentang beliau. Lebih-lebih lagi anak perempuan saya sebaya Nurin. 
 
Ya Allah Engkau permudahkan usaha memberkas penjenayah durjana itu agar mendapat balasan sewajarnya.....dan sudah pasti balasan Mu di akhirat akan diterima penjenayah tersebut....Amin.... 
 
Bagi kedua ibubapa serta ahli keluarga Nurin banyak lah bersabar....... 
Al-Fatihah.... :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by Jai, on 26-09-2007 05:26, IP 60.52.100.175, Guest
42. ...
Assalamualaikum.. 
 
Marilah kita bersama-sama berdoa supaya pembunuh kejam ini di tangkap..Kalau gagal di tangkap saya pasti Allah akan melaknat dia di dunia ini dan jua akhirat.. 
 
Saya adalah rakan kpd bapa Nurin yg saya panggil Amin(Jazimin).Saya mengambil cuti 1 1/2 hari untuk pengurusan jenazah..Ada juga cerita2 yg di politikkan dlm hal ini..ini yg sedih..hmmm.lupakan. 
 
Saya juga pergi menuntut jenazah dl rumah mayat HKL..Kami semua menangisi dgn kekejaman yg di lakukan pd adik Nurin ini..Tahlil dl dlm bilik mayat jua telah membuat kan semua menangis termasok Imam dari JAWI itu ketika mendoakan pembunuh di laknat oleh Allah swt.. 
 
Kami nk buat solat hajat supaya penjenayah itu di tangkap .. 
 
Untuk rujukan gambar saya dia atas yg mana bapa Nurin di dlm liang lahat tengah melihat ke arah saya(berbaju hitam/ketayap/jeans) 
 
Sekian...
 
» Reply to this comment...

Posted by salmah, on 25-09-2007 14:33, IP 58.139.249.66, Guest
43. ...
salmah@tatsumishokai.com 
 
TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM ADIK NURIN, TABAHLAH MENGHADAPI DUGAAN ALLAH, BERSANGKA BAIK LAH YANG ALLAH LEBIH MENYAYANGI NYA..  
 
REDHA LAH DIATAS DUGAAN INI ,SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN ADIK NURIN DI SYURGANYA YANG PENUH NIKMAT.SERAHKAN PADA ALLAH SEMUGA PENJENAYAH KEJAM INI SEGERA DITANGKAP SUPAYA KITA DAPAT MELIHAT MANUSIA IBLIS INI. 
 
KESIAN PADA SI IBU YG MELAHIRKAN MANUSIA SEPERTI INI...DAJAL YANG BERTOPENGKAN MANUSIA.NAUZUBILLAH.
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnumasran, on 25-09-2007 14:32, IP 58.139.249.66, Guest
44. ...
Al-fatihah...semoga roh almarhumah nurin jazlin aman di sana, keluarga nurin tabahlah menghadapi ujian allah..... kembalilah kepada Islam.. 
 
Kepada semua yang beraqal, jadikanlah peristiwa ini iktibar untuk kita memilih kerajaan yang benar2 mahu melaksanakan hukum Allah, yang mahu bertanggungjawab terhadap rakyatnya.  
 
Sudah masanya untuk kita tinggalkan pemerintah yang hanya menjaga perutnya sahaja. yang hipokrit dalam membenteras jenayah. 
 
Peristiwa perit ini dimaklumkan disaat ramadhan kareem, di saat berkerlipan logo 50 tahun merdeka! malaysiaku gemilang! .. 
 
Gemilangkah malaysia?? lihatlah fakta2 yang mencatit angka kehilangan remaja/kanak2 bawah umur 18 tahun yang begitu membimbangkan... adakah esok anak kita menjadi mangsa??? 
 
Kembalilah kepada perundangan Islam.. seruan kami, kembalilah kepada syariat islam yang syumul lagi terjamin...  
 
salam, 
 
ibnumasran albanjari 
htttp:// tarbiyyahibnumasran.blogspot.c om 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by rini n amy, on 25-09-2007 14:29, IP 58.139.249.66, Guest
45. ...
Takziah kepada keluarga adik Nurin diatas permergian allahyarhammah. 
 
Semoga roh adik Nurin di cucuri rahmat. kami akan berdoa semoga manusia yang berhati binatang itu akan menerima balasan yang setimpal.al-fatihah kami ucapkan.....amin... :upset :cry :(
 
» Reply to this comment...

Posted by JUNDULLAH, on 25-09-2007 14:29, IP 58.139.249.66, Guest
46. ...
salam, bilamana manusia cuba berlagak tuhan, maka munculah akibat-akibatnya.  
 
Tuhan telah menyediakan "highway to heaven" yang sempurna dengan manual perjalanan "Kitabullah dan Sunnah RasulNya".  
 
Mengapa manusia engkar mengikuti "highway tersebut" memilih jalan "singkat" yang akhirnya boleh membawa sesat atau mungkin binasa dalam perjalanan tersebut.  
 
Wahai makhluk bernama manusia. Insaflah..Alfatihah buat Almarhummah anakku NURIN JAZLIN.
 
» Reply to this comment...

Posted by SITI NURSHAHIRA, on 25-09-2007 12:12, IP 58.139.249.66, Guest
47. ...
AMEEN.............SMOGA PEMBUNUH ADIK NURIN DPT DIKESAN..SAYA JUGA B'HARAP AGAR KELUARGA ADIK NURIN SNTIASA TABAH DAN REDHA AKN PEMERGIANNYA..................  
 
SY JUGA B'HRP PEMBUNUH ADK NURIN M'DPT BALASAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...............
 
» Reply to this comment...

Posted by hidayah -permatang pauh, on 25-09-2007 11:41, IP 58.139.249.66, Guest
48. ...
salam...ameen untuk sdoa sume umat islam 
knp? knp sume ni berlaku? 
 
dimana undang2? tu la bahana mengagungkan law ciptaan manusia 
 
jadi...marilah bersama merealisasikan daulah islamiah
 
» Reply to this comment...

Posted by Man, on 25-09-2007 10:36, IP 58.139.249.66, Guest
49. ...
Sedih dan pilu....saya sendirian menitiskan air mata atas kehilangan yg bergitu menyayat hati.... 
 
Namun Allah itu maha berkuasa atas segalanya.. 
yg pasti apa yg terjadi itu adalah kedegilan pemerintah utk melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia ini... 
 
Mereka tak layak menjadi khalifah dan umara' di Malaysia ini kerana kejahilan dan kehinaan mereka...semoga Allah mengubahnya selepas iniu.. amin...
 
» Reply to this comment...

Posted by puteri nurul hanim husin, on 25-09-2007 09:14, IP 58.139.249.66, Guest
50. ...
Sama-samalah kita berdoa akan kesejahteraan roh adik nurin dan ketabahan hati keluarga beliau.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yg memikulnya..  
 
Isu antara salah siapa dan kecuaian siapa tidak timbul di sini kerana sememangnya manusia tidak penuh sempurna dan tidak akan terlepas daripada kelalaian...  
 
Setegasnya di sini, kerajaan dan badan-badan yg berwajib mesti mempertingkatkan mutu keselamatan negara kerana kejadian seperti ini sudah melanggar hak kebebasan seseorang individu khususnya bagi kaum wanita seperti saya. hukuman sebat kepada perogol sewajarnya di jalankan di khalayak ramai, supaya mereka berfikir sebelum membuat kekejaman kepada insan yang tidak berdosa. sememangnya hukuman secara islam... 
 
Undang-undang secara islam adalah yang terbaik, kerana ia datang daripada Allah s.w.t dan hukuman akan jalankan jika sudah mencukupi bukti-bukti yg kukuh dan sahih lagi terbukti bg seseorang pesalah. kenapa harus takut dengan bayang-bayang sendiri jika kamu tidak membuat kesalahan..?? undang-undang islam adalah yang terbaik dan ia menjamin keselamatan dan keharmonian sesama umat manusia.
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom