Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Soal Jawab Ibadah arrow Mercun, Ucapan Maaf & Duit Raya
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 101 guests online
PDF Print
User Rating: / 33
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 18-09-2009 04:00
Views 19613    
Favoured 23

Mercun, Ucapan Maaf & Duit Raya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Dalam penulisan ini, saya ingin menyentuh 3 perkara berkenaan hari raya yang sering dilakukan oleh umat Islam. Apakah pandangan Islam terhadap Mercun, pemberian duit raya dan ucapan ‘Maaf Zahir Batin'?.

Main Mercun

Membawa Bahaya
Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Dari pandangan Islam pula saya kira amat mudah untuk diketahui hukumnya. Semua perkara yang membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah diharamkan di dalam Islam.

fakta
 

Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-

1)   Mudarat Kepada Diri

Ini tidak perlu lagi dihuraikan. Cukup laporan akhbar ini sebagai fakta : BUKA DI SINI

hadiah hari raya

2)   Mudarat Orang Lain

Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.

Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Saya boleh menggangap ia terdapat persamaan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.

Nabi s.a.w bersabda :

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Saya masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk dalam buaian seorang bayi.

Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya.

‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera," katanya".

Baca Di Sini 

3)   Pembaziran

Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.

Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.

Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.

Saya kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya.

Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain.

Isu Duit Raya

Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

Perspektif Baik :

Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-

كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)

Justeru,  sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.

Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya'.

Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.

Perspektif Negatif

Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -

1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.

Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.

2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.

3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.

Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.

Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.

Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.

Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.

4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.

Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.

Sebuah hadis menyebut :

لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ

Ertinya  : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

Sebuah Hadith lagi : ertinya

قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ

Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.

Ucapan Maaf Zahir Batin

Ucapan Maaf Zahir Batin sering diberikan oleh rakan dan taulan sempena hariraya ini. Amalan maaf bermaafan asalnya adalah bersifat ‘neutral' dan boleh diteruskan di hari raya ini asalkan ungkapan kemaafan yang dipinta dan yang diberi adalah beserta penyesalan yang benar atas segala kesilapan yang dilakukan.  

Ia selaras dengan objektif Ramadhan bagi mencapai keampunan Allah SWT sebagaimana di fahami dari Hadith :

جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،

Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapui tidak mendpaat keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. (tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644)

Bagi seseorang yang berdosa dengan Allah SWT, amat diharapkan beroleh keampunan di bulan Ramadhan ini.

Bagaimanapun, jika melakukan dosa dari jenis kesalahan kepada manusia lain seperti mengumpat, memfitnah, memukul, merendahkannya, mencuri duitnya dan lain-lain. Seolah-olah keampunan yang sepatutnya diperolehi dari ramadhan tergantung kepada keampunan manusia yang pernah dizalimi ini.

Tatkala itu, mangsa sahaja yang mampu mengampunkan orang yang menzaliminya.

Pada hemat saya, objektif mendapatkan keampunan Allah sukar untuk dicapai sebaiknya jika tidak ada proses maaf bermaafan di hujung ramadhan atau di awal Syawal.

Mengambil peluang cuti dan bertemu di hari raya sebagai waktu yang sesuai untuk meminta ampun. Oleh kerana itu, saya secara peribadi tidak nampak sebarang masalah dalam amalan ini selagi mana ia dilaksanakan dengan ilmu dan ikhlas. Wallahu ‘alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Ramadhan 1428 H

7 Oktober 2007

ULANG SIAR : 26 Ramadhan 1429 H = 26 Sept 2008 

 

 

 

6431

Last update: 18-09-2009 06:09

Published in : Soal Jawab, Ibadah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (55) RSS feed comment
Posted by asamadji, on 14-10-2009 15:20, IP 211.24.132.226, Guest
1. Hukum menggunkan duit raya anak-anak
Salam Ustaz, 
 
Tak pasti macamana nak post soalan. Saya ingin bertanyakan hukum ibu/bapa menggunakan duit raya yang diperolehi oleh anak-anak sebagai contoh belanja barang keperluan dapur atau bayar bil air/letrik 
 
wassalam 
 
UZAR : jika anak2 tu masih belum baligh, maka tiada masalah, khususnya anak yang masih dalam tangungan ibu bapanya. Malah jika sudah baligh pun..Nabi pernah menyebut : "kamu dan hartamu adalah milik bapamu" 
 
Ada penjelasan lanjut tentang hadis tu, tapi ringkasnya, ia boleh digunakan oleh ibu bapa.
 
» Reply to this comment...

Posted by HariRaya, on 22-09-2009 20:42, IP 115.135.24.128, Guest
2. Permudahkan, Jangan menyusahkan Umat
:) Ustaz.... 
 
Saya harap ustaz dapat menghasilkan artikel yang pro-kebaikan. 
Jangan suka mengenengahkan isu-isu menyusahkan umat Islam. 
 
Berdakwahlah secara mudah dan senang agar semua munusia minat dan mencintai Islam, bukan dalam sesetengah artikel ustaz yang keras dan menghentam seperti ustaz seorang pendemdam. 
 
Semoga Islam nampak lebih mudah, senang dan mudah dipraktikkan oleh umat manusia. Saya melihat, Islam bergitu mudah dan senang diamalkan selaras dengan syiar Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah. 
 
UZAR : thanks. namun demikian. cara persepsi bacaan banyak bergantung kepada diri pembaca itu juga. Bukan sekadar teknik penulisan semata. Kalau si pembaca jenis pendendam maka kebanyakan yang dibacanya akan dirasakan sepertinya..
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by fikry, on 19-09-2009 01:10, IP 203.82.79.101, Guest
3. eid mubarak
salam... 
buat uzar sekeluarga,selamat menyambut Hari Lebaran..moga sentiasa dlm rahmat & kasih sayang ALLAH.. :)  
"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"  
ameen..
 
» Reply to this comment...

Posted by musafir, on 18-09-2009 09:34, IP 60.51.14.53, Guest
4. Minta izin link
Salam  
 
Info yang bagus. 
Uzar, minta izin link ke email kawan. 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd, on 18-09-2009 09:18, IP 218.208.110.225, Guest
5. insurans
Salam ustaz.. Maaf sebab soalan ni agak menyimpang dari tajuk.. saya nk tanye tentang insurans, dimana baru2 ni syarikat insurans AIG ada menghubungi saya.. adakah insurans syarikat ini halal di sisi Islam? 
 
uzar : tidak
 
» Reply to this comment...

Posted by Ingin Tahu, on 03-01-2009 21:10, IP 60.53.16.213, Guest
6. Hukum Menggunakan Duit Yang Dijumpai
Salam..ust.. sy ingin tahu.. apakah hukum kita menggunakan duit yang kita terjumpa?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mangsa mercun, on 17-10-2008 01:37, IP 194.80.178.1, Guest
7. ...
Orang kampung saya kat Sepang ramai yang jadi kontractor.masing2 rumah banglow dan berkereta mewah... Alhamdulillah. 
 
Bila hari raya anak2 mereka dari yang kecik sampai ketua joli main mercun macam tak ingat dunia. Sepanjang malam non stop sampaikan saya rasa macam duduk di palastine berperang lawan tembakan sana sini. Pernah mercun tu masuk kerumah saya meletup dan terbakar baju berjenama saya. Sakit hati tak boleh cakap... rasa macam saya nak sumbat mercun tu kat dubur orang dan saya bakar!! 
 
Keesokan harinya mereka semua berbangga dengan timbunan merah bangkai mercun bertimbun di depan rumah mereka. 
 
Menurut anggaran saya puluhan malahan ratusan ribu habis dibazirkan begitu sahaja. 
 
Saya berfikir kenapa jadi begitu. Lama-lama saya buat conclusion mungkin yang mereka semua tu DUIT-DUIT HARAM yang mereka dapati dengan cara haram, subhah, bukan hak mereka. Mereka tu ramai yang kroni-kroni dapat projek berjuta2 dengan goyang kaki aje. 
Yo lah.... boleh ke bakar duit haram ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by muslimah, on 09-10-2008 21:33, IP 194.80.178.1, Guest
8. ...
salam. ustaz setiap hari saya melayari web ustaz. bayak pengetahuan dan rujukan yang saya dapt. banyak perkara yang perlu saya ubah. contohnya pinjaman perumahan ( pinjaman perumah kerajaan - cara convensional). nak tukar kpd yang islamik. suami x setuju. dan banyak perkara lain yang saya nak ubah suami saya x setuju. suami saya ni susah nak bawa brbincang. bila berbincang kesudahannya saya yg x betul. baru-baru ni dia membeli berbagi jenis mercun,. saya memang marah. tap x leh wat apa. kalau saya beritahu kat dia pasal kesalahan beli mercun ni tentu dia x stuju.apa -ap saje lah yang saya beri pandangan dia selalu x terima. kekadang tu saya nak buat tanpa pengetahunanya. boleh ke ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by MHHY, on 07-10-2008 00:31, IP 194.80.178.1, Guest
9. ...
Saya juga masih lagi berpegang pada pendapat bahawa mercun memudaratkan dari segi : 
1. pembaziran 
2. pencemaran bunyi 
3. kemalangan diri/orang lain 
 
Walaupun ada yang berpendapat mercun/lampu minyak tanah menjelmakan kemeriahan namun ia bukan amalan orang Islam. Mercun amalan orang cina dan permasangan lampu amalan orang india. 
 
"Janganla kamu mencampakkan diri dan keluarga kamu dalam bencana.."
 
» Reply to this comment...

Posted by farid, on 07-10-2008 00:22, IP 194.80.178.1, Guest
10. ...
assalamualaikum ust.. 
sy selalu jgk beli mercun.. 
tp utk kegunaan ayah sy halau khinzir kat kebun.. 
boleh ke? 
 
UZAR : Jika itu tujuannya tiada masalah
 
» Reply to this comment...

Posted by Afdhal, on 01-10-2008 00:05, IP 84.71.80.120, Guest
11. ...
Assalamualaikum.. 
ustaz, maen bunga api boleh ?? 
 
UZAR : Jika tak merbahaya dan ala kadar jumlahnya, ia masih harus
 
» Reply to this comment...

Posted by A, on 30-09-2008 03:08, IP 84.71.80.120, Guest
12. ...
Tq ustaz krn br advice... ttg mercun & slmat hri rya :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by Shahmuzir, on 30-09-2008 03:07, IP 84.71.80.120, Guest
13. ...
Terima kasih ustadz atas peringatan. InsyaALLAH, tahun ni saya cuba utk tidak membeli mercun/bunga api. 
 
Hari Raya tidak hilang meriahnya tanpa bunga api/mercun. Apatah lagi apabila mercun/bunga api ni tak sesuai dengan syariat ISLAM. 
 
TaqabbalALLAHu minna waminkum, amin...
 
» Reply to this comment...

Posted by alifalya, on 29-09-2008 16:44, IP 84.71.80.120, Guest
14. ...
Utz. Tahniah semoga Allah memberi kesihatan pd utz. Selamat hari raya. 
 
» Reply to this comment...

Posted by siti salmah, on 29-09-2008 16:34, IP 84.71.80.120, Guest
15. ...
assalammualaikum.. 
ustaz saya ingin bertanya.. adakah duit raya itu boleh dikira kita bersedekah.. 
Adakah saudara mara kita tu golongan yg layak menerima sedekah mintak ustaz perjelaskan.. wassalam 
 
UZAR : ye, sedeqah pada adik beradik dan saudara mara lebih baik jika mereka memerlukan, ia lebih baik dari beri pada orang luar yang tidak dikenali..
 
» Reply to this comment...

Posted by aiyrie, on 29-09-2008 16:31, IP 84.71.80.120, Guest
16. ...
Assalamu'alaikum... 
 
Tak terfikir pula tentang sampul duit raya yang mempromosikan perbankan konvensional yang mengandungi unsur riba. Terima kasih atas perkongsian. 
 
Salam Aidil Fitri buat UZAR dan keluarga, dan tak lupa juga buat para pengunjung blog ini...
 
» Reply to this comment...

Posted by Najime.., on 29-09-2008 16:31, IP 84.71.80.120, Guest
17. ...
Salam Ustaz.. 
Nak tanya apa amalan yg terbaik untuk Malam Raya selain bertakbir. Ada org kata baik kita hidupkan malam tu dengan qiammulail dsb.. Kindly advice. 
 
UZAR : Tiada ibadat khusus padamalam tu, boleh buat seperti malam-malam lain juga ibadahnya..nak baca Quran boleh, solat boleh, baca buku boleh dan lain-lain..semua lebih baik dari tidur le
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 29-09-2008 16:29, IP 84.71.80.120, Guest
18. ...
salam ustaz, 
syukran atas penerangan ustaz tu terutamanya pasal sampul duit raya tu. Saya dapat sampul raya tempat kerja (bank konvensional)secara free. sy tambah je perkataan (Bank`s name)*** Islamic gune marker kat sampul tu.sbb (Bank`s name)*** Islamic tu mmg subsidiary under bank konventional tu. 
Moga ramai orang tahu bahawa wujudnya islamic subsidiary bank ni. InsyaAllah 
oklah ustaz..sekadar coretan untuk berkongsi.Eid mubarak ustaz! :)  
wassalam 
 
UZAR : Yes sudah memadai begitu..inshaAllah..
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammady7, on 29-09-2008 16:29, IP 84.71.80.120, Guest
19. ...
Haa...ustaz,x nak kasi duit raya ke? :grin  
 
UZAR : Marilah ziarah rumah kami ..inshaAllah ada duit raya RM 10..:)
 
» Reply to this comment...

Posted by rich_Le@der, on 28-09-2008 17:35, IP 84.71.80.120, Guest
20. ...
askum ustaz ana ucapkan syukran jazilan kepada ustaz kerana membri penjelasan yang ringkas tapi padat , ana disini ingi mengucapkn slmat menyambt rmadhan trakhir dan slamt menyambt lbran yang bakal tiba ini ,minal aidil walfaizin , ASSALAMUALAKUM W.R.B. :) :)
 
» Reply to this comment...

Posted by jebon, on 28-09-2008 17:09, IP 84.71.80.120, Guest
21. ...
apakah hukumnya kerajaan main mercun @ bunga api sewaktu perayaan kemerdekaan yg kosnya berjumlah jutaan ringgit ? hanya jugak ke ?? 
 
UZAR : Bagus soalan, tapi nampaknya majlis Fatwa Kebangsaan pelru bincang hal itu.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 28-09-2008 17:03, IP 84.71.80.120, Guest
22. ...
tq ustaz mengupas isu mercun ni. saya pun suka main mercun. next year tak beli dah. this year last.
 
» Reply to this comment...

Posted by amy, on 28-09-2008 17:00, IP 84.71.80.120, Guest
23. ...
utz,saya hidup bermadu.sebagai isteri pertama yg bekerja suami tak pernah bg belanja dapur utk beli ikan,sayur dll.alasannya tak cukup duit.tp bila giliran dirumah saya,bila dia tidur saya mesti jadi toyol ambik duit dia sebab saya tau dia ada duit.kdg2 rm50.rm20 pun ada.adakah saya berdosa ust.kalau saya mati adakah roh saya akan tergantung? 
 
UZAR : Jika yg diambil itu memang untuk belanja dapur dan nafqah puan, maka ia halal dan telah disbeut oleh Nabi s.a.w berkenaan harusnya isteri ambil duit suami yang enggan beri nafqah sekadar jumlah nafqah yang sepatutnya. 
 
» Reply to this comment...

Posted by anai2, on 28-09-2008 16:57, IP 84.71.80.120, Guest
24. ...
ustaz..berkaitan ngn sampul duit raya..sekarang nie byk bank konvensional yg telah menyediakan sistem perbankkan islam, tetapi masih mengekalkan nama bank tersebut..jd!!adakah sampul dr bank konvesional yg turut menyediakan sistem kewangan islam juga haram.kerana secara tidak langsung kite juga mengiklankan sistem kewangan islam & sistem konvensional mereka. :? :?  
 
UZAR : Jika adaa logo dua-dua, padam pakai marker pen logo konvensional.
 
» Reply to this comment...

Posted by megat ismail akil, on 28-09-2008 16:45, IP 84.71.80.120, Guest
25. ...
salam uzar! 
 
terima kasih kerana terus memberi peringatan serta panduan dalam membentuk kehidupan untuk seorang yang beragama Islam menjadi Muslim sejati.... 
 
Di ucapkan Salam Idulfitri buat Uzar sekeluarga walaupun berada di negara orang serta umat Islam seluruhnya, mohon ampun dan maaf sekiranya disepanjang coretan di alam maya ini ada yang tersentuh dari zahir serta batin... 
 
Moga-moga Allah memberi rahmat untuk semua umatNya.....
 
» Reply to this comment...

Posted by siti, on 28-09-2008 16:43, IP 84.71.80.120, Guest
26. ...
assalamualikum ya ustaz... 
 
sy nk tanya berkenaan zakat.Org yg mcm mana layak utk terima zakat sebab kat tempat saya ni ada org yg datang ke rumah utk minta zakat tp telah diketahui yg org itu solat tak pernah cukup.. 
terima kasih.. 
 
 
UZAR : Masih boleh diberikan zakat jika layak tergolong dalam kategori faqir atau miskin. Solatnya tu, elok dinasihtkan semasa memberikan zakat tu
 
» Reply to this comment...

Posted by ja,ar, on 29-11-2007 16:08, IP 60.52.103.183, Guest
27. ...
nak tahu apa hukum kalau orang itu suka mencarut selalu? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by YANG NAK TAHU, on 23-11-2007 07:49, IP 211.25.130.42, Guest
28. ...
ADAKAH SALAH JIKA BERMAIN MERCUN HANYA UNTUK KEMERIAHAN HARI RAYA? ??????  
 
ADMIN ; JAWAPAN KAN DAH ADA DI ATAS, AWAT TANYA LAGI.
 
» Reply to this comment...

Posted by hadi, on 21-10-2007 08:48, IP 60.52.100.114, Guest
29. ...
mcm mana pula hukum bunga api ye ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by FAZI, on 11-10-2007 15:35, IP 60.52.103.188, Guest
30. ...
SALAM, 
 
TERIMA KASIH DI ATAS INFO INI USTAZ BANYAK MANFAATNYA.
 
» Reply to this comment...

Posted by naji, on 11-10-2007 10:13, IP 60.52.96.168, Guest
31. ...
salam Ust n all, 
 
'eid mubarak! 
taqabbalallahu minnaa wa minkum 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by ujang, on 11-10-2007 05:21, IP 60.52.102.241, Guest
32. ...
Dalam solat kita tidak boleh pakai kain sutera.. 
 
Saya mohon ustaz perjelasan kejahilan saya ,tentang kelambu kaabah diperbuat daripada kain sutera boleh digunakan... 
 
KOMEN UZAR : KAABAH TU BUKAN SEORANG MANUSIA LELAKI YANG NAK BERSOLAT. ORANG YANG SOLAT YANG MENGHADAPNYA. 
 
NABI LARANG ORANG LELAKI SAHAJA UNTUK PAKAI PAKAIAN SUTERA. 
 
» Reply to this comment...

Posted by sahak, on 09-10-2007 10:50, IP 211.25.51.1, Guest
33. ...
assalamualaikum...ust  
 
apa kabar..sy nak ty ust ... diketahui yg terlibat dgn riba adalah dosa besar... terpanggil dari dosa besar ini sy bertaubat dan berserah diri kepada Allah dan memohon ampon dariNYA..moga2.. baru2 ini sy membeli rumah melalui bank dlm skim pembiayaan conversional... sebelum tuh sy ader memberitahu pihak bank sy mahu membuat pinjaman secara islam ..tetapi pihak bank berkata tiada.....jadi seteleh pinjaman sy lulus dlm skim pembiayan conversional... 
 
Saya rasa berdosa dan ingin menukar skim pembiayaan kepada islamik tetapi pihak bank memberitahu kepada saya sy kena tunggu 5 tahun utk menukar skim pinjaman itu....jadi minta dari ust macam mana nak menyelesiakan masalah ini..... 
 
Sesungguhnya sy takut akan azab yg akan kena kepada saya dari ALLah 
 
KOMEN UZAR ; JIKA ADA KEMAMPUAN, TUKAR JUGA KE ISLAMIK ..WP SEBELUM 5 TAHUN, TAPI AKAN KENA DENDA DUIT JE DARI BANK.  
 
JIKA TAK MAMPU, SEMAT AZAM KUKUH UNTUK TUKAR SEUJURS TAHUN KE LIMA. 
 
DOA AGAR TIDAK MATI KECUALI SETELAH SEMPAT BERSIHKANNYA DARI RIBA.
 
» Reply to this comment...

Posted by AWE, on 09-10-2007 08:10, IP 211.25.51.1, Guest
34. ...
ASSALAMUALAIKUM UST , 
APA PANDANGAN UST TENTANG SAMBUTAN MALAM TUJUH LIKUR DENGAN MEMASANG PELITA . ADAKAH DIBOLEHKAN DISISI ISLAM @ ADAKAH IANYA MENYERUPAI SAMBUTAN DEEPAVALI ? MOHON PENJELASAN. :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by MOHD SAIFULNIZAM, on 09-10-2007 06:12, IP 60.52.101.57, Guest
35. ...
SALAM 
sungguh teliti sekali penerangan ustaz itu 
 
KOMEN UZAR : TIDAKLAH TELITI SANGAT, BANYAK LAGI HUJJAH SEBENARNYA, TAPI DIRINGKASNYA AGAR TIDAK MEMBEBANKAN PEMBACA
 
» Reply to this comment...

Posted by lol, on 08-10-2007 21:42, IP 60.52.103.194, Guest
36. ...
Pelik sungguh malaysiaku ini, kenapa tiada seorang ulama berkata-kata ketika malaysia menyambut 50 tahun, pertandingan bunga api dilancarkan?  
 
Adakah hukum pertandingan ini halal? Atau kerajaan halal tapi rakyat haram? 
 
» Reply to this comment...

Posted by faiz, on 08-10-2007 21:42, IP 60.52.103.194, Guest
37. ...
salam. ust, kalau kita mengumpat, memfitnah, merendahkannya wajib ke menyebut jenis kesalahan semasa bermafan atau cukup sekadar ucap maaf zahir dan batin shj.mohon penjelasan...
 
» Reply to this comment...

Posted by raihan, on 08-10-2007 21:41, IP 60.52.103.194, Guest
38. ...
ustaz,  
 
macamana kalau sampul duit tu dari bank yang campur2, ada konventional ada islamik. selain al-rajhi, kfh, bank rakyat dan bank persatuan, rasanya yg lain semuanya bercampur. 
 
UZAR ; TAK MAHU JUGA..JIKA DIA LETAK YG ISLAMIC AJA, BARU BOLEH
 
» Reply to this comment...

Posted by harun al haj, on 08-10-2007 21:35, IP 60.52.103.194, Guest
39. ...
salam... 
trima kasih dan tahniah atas info ini ya fadillah UZAR
 
» Reply to this comment...

Posted by Norah Ahmad, on 08-10-2007 18:59, IP 60.52.103.194, Guest
40. ...
Sudah Jelas lagi bersuluh...Pembakaran mercun ini seharusnya di lihat dari perspektif dan konteks yang lebih menyeluruh di mana isu pengharamannya tidak hanya tertumpu kepada Hari Raya sahaja malah sambutan2 lain di Malaysia seperti Hari Merdeka, Majlis Perkahwinan dan sebagainya.  
 
» Reply to this comment...

Posted by Arrozilan, on 08-10-2007 18:45, IP 60.52.103.194, Guest
41. ...
Ya ustaz, 
 
Dalam keterangan ustaz berkenaan dgn larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dlm hal memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram, ustaz ada menyebut 10 golongan laknatullah dlam urusan arak. 
 
Bagaimana hukumnya saya yang bekerja di dalam sebuah syarikat peruncitan dan pengurusan kompleks membeli-belah yang terkenal di Malaysia yang juga menjual arak di dlm salah satu toko yang terdapat di dalamnya? 
 
Akan tetapi saya tidak terlibat dlm urusan jualbeli arak tersebut, cuma menguruskan fasiliti dan keselamatan bangunan kompleks membeli-belah tersebut.  
 
Adakah saya juga terlibat dlm golongan yang menjual arak? 
 
Adakah halal gaji yang saya dapat setiap bulan?
 
» Reply to this comment...

Posted by mamagee, on 08-10-2007 18:37, IP 60.52.103.194, Guest
42. ...
bagus dan terang sungguh penjelasan ustazz :)
 
» Reply to this comment...

Posted by syamsiyyah, on 08-10-2007 16:50, IP 60.52.103.194, Guest
43. ...
Salam... 
 
Saya ingin bertanya pendapat ustaz mengenai muzik. 
 
Adakah ianya haram secara keseluruhannya?saya terbaca mengenai 1 artikel menyatakan muzik itu haram tidak kira melalaikan ataupun tidak...so,saya ingin pejelasan ustaz mengenainya...wasalam 
 
» Reply to this comment...

Posted by Lia, on 08-10-2007 16:46, IP 60.52.103.194, Guest
44. ...
Alhamdulillah. terima kasih Ustadz atas ilmu yang disampaikan. tapi.. yang sedihnya setiap tahun org2 melayu Islam jugak la yang menjuarai pesta membakar mercun dan memudaratkan diri sendiri ni.. :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by Acik Rina, on 08-10-2007 15:08, IP 60.52.99.201, Guest
45. ...
Assalamualaikum, 
 
Saya hanya ingin tahu apa bezanya konsep pahala dan rahmat? 
Adakah ianya berbeza atau sama? 
Menapa dalam solah, kita tidak meminta diberikan pahala, tetapi diminta diberi rahmat? Minta penjelasan beserta dalil, alquran dsbnya. terima kasih. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Amalina, on 08-10-2007 11:28, IP 211.25.51.1, Guest
46. ...
Thanks for the explanation, especially on the nullsampul duit rayanull.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Luqman, on 08-10-2007 09:59, IP 60.52.101.138, Guest
47. ...
Salam, 
Bakar Mercun macam bakar rokok juga kut...bezanya rokok tak meletup....Duit Raya pun kadang2 mengeluh juga bila ber batalion budak2 datang ber'RAYA'...betul2 menguji keikhlasan. 
Bab bermaaf maafan rasanya lepas buat silap terus minta maaf , tak perlu nak tunggu raya.....kut2 malaikat maut mai dulu jumpa kita sebelum raya.....& Kita pun hari2 maafkan semua orang.
 
» Reply to this comment...

Posted by ib_rahimz, on 08-10-2007 09:59, IP 60.52.101.138, Guest
48. ...
alhamdulilah sekurang2nya sahabat dluar sana ada kesedaran untk x membelikan mercun untk anaknya tksh ust jelas dan montap penjelasannya
 
» Reply to this comment...

Posted by Bengang, on 08-10-2007 09:56, IP 60.52.101.138, Guest
49. ...
Sedangkan bunyi lunak Hand phone pun haram jika mengganggu solat inikan pula bunyi letupan mercun yg di mainkan di kawasan surau atau masjid. Harap2 pihak ajk masjid lebih tegas dlm isu ni
 
» Reply to this comment...

Posted by abu abi, on 08-10-2007 09:56, IP 60.52.101.138, Guest
50. ...
tima kasih. cuma ingin penjelasan yang lebih padat beserta dalil kepada golongan yang memberi hadiah "wajib" kononnya kepada orang-orang tertentu seperti hamper, angpau, hadiah dan sebagainya sempena hari raya. seperti kontraktor, usahawan2 bagi hamper kepada tauke2, boss2, menteri2. Katanya sebagai membalas budi dan sebagai ucapan terima kasih dapat projek dan moga2 terus dapat lagi di masa hadapan. Tu je. Adakah itu juga haram dan hadiah yang macam mana yang tak haramnya??? tq
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom