Politik & Dakwah Lelaki dan wanita Gadis Hampir Terlanjur Minta Nasihat

Gadis Hampir Terlanjur Minta Nasihat

  • PDF
(50 votes, average 4.80 out of 5)

Gadis Hampir Terlanjur Minta Nasihat

tawbat dan Doa
 

Assalamualaikum ustaz.... 
 
Ustaz saya seorang yang belum berkahwin.tetapi saya telah melakukan dosa yang besar, iaitu melakukan perkara yang menghampiri zina (tidak sampai memasukkan alat kemaluan), tapi ia tetap zinakan?

Saya tau ianya berdosa tetapi saya terlalu lemah untuk mengawal nafsu saya, setiap kali selepas melakukannya saya insaf dan melakukan solat taubat kerana saya takut akan hukuman Allah swt terhadap insan-insan seperti saya yang melakukan perkara yang dimurkai olehNYA.

Pada bulan Ramadhan baru-baru ini, pada siang hari kami telah melakukan perkara terkutuk itu lagi, Walaupun tau ianya berdosa tapi kami tak mampu untuk mengawalnya. 
 
Justeru, saya nak tau adakah saya perlu mengganti pose same seperti lelaki iaitu 60 hari dan bagaimana dengan teman lelaki saye itu, dia memang wajib kaffarah kan ustaz?  
 
Di sini juga,saya nk mohon sangat agar ustaz dapat memberikan tip atau surah-surah untuk mengelakkan godaan syaitan? 
 
Sesungguhnya saya amat takut akan hukuman Allah swt terhadap insan seperti saya ini. Untuk pengtahuan ustaz, teman lelaki memamg ade ajak nikah bagi kami mengelakkan melakukan perkara itu lagi tapi family saya mcm tak merestuinye kerana tak setaraf. Saya lulusan universiti tapi teman lelaki hanya biase jer, saya benar-benar perlu pandangan ustaz... 
 
Saya sentiase keliru, risau dan takut akan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Walaupun saya boleh dikatakan jarang meninggalkan solat tapi saya masih lemah untuk mengawal nafsu. Saya takut sangat staz, tolonglah saya nie. Saya betul-betul takut sangat bile memikirkannya........asslamualaikum

-gadis keliru, takut-  ( melalui ruangan komentar)

JAWAPAN UZAR

Pertamanya saya memohon maaf kerana saya bukanlah seorang kaunselor yang mahir memberikan penyelesaian dalam kes-kes sebegini.

Walaupun demikian saya akan cuba mengulasnya serba ringkas dri persepktif Islam. Sebelum itu, terdapat beberapa jenis soalan dalam tulisan saudari. Jawapannya seperti berikut :-

1) Berkenaan dengan perbutaan ‘permulaan zina' tetapi tidak sampai berzina yang saudari lakukan bersama teman lelaki di siang hari Ramadhan.

Hukum : Kedua-dua tidak dikenakan kaffarah kerana tiada persetubuhan berlaku. Tatkala itu, puasa kedua-dua anda adalah batal jika air mani terkeluar. Selain itu, pahala puasa pada hari tersebut juga tiada berdasarkan hadis Nabi s.a.w .

Jika tidak sampai mengeluarkan air mani, tetapi hanya air mazi sahaja, puasa tidak batal. Pahala puasa tetap tiada kerana ia berdasarkan hadis di atas juga.

2) Saudari mengatakan : "Saya sentiase keliru, risau dan takut akan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Walaupun saya boleh dikatakan jarang meninggalkan solat tapi saya masih lemah untuk mengawal nafsu. Saya takut sangat ustaz, tolonglah saya nie"

Respond : Saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.

Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Antara tip dan tindakan pemulihan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-

1) Bertawbat dengan sungguh-sungguh.

2) Tidak berjumpa teman lelaki atau ber'dating' berdua-duaan dengannya. Jika jumpa sekalipun, perlu diajak abang bersama. Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa. Jika tidak mampu juga, maaf..anda tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.

Jika tidak, saudari pasti akan berzina satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi celaka dan melahirkan zuriat yang celaka juga semakin membesar. Awas!

Dari kisah saudari membuktikan tahap bahayanya sudah sangat hampir kea rah kehancuran zina. Ini kerana saudari telah mampu melakukan permulaan zina tatkala berpuasa. Ini menunjukkan virusnya semakin dahsyat dan mampu membunuh iman.

Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ 

Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati.

3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari. Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang.

Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-

‏إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن ‏ ‏يحذيك ‏ ‏وإما أن ‏ ‏تبتاع ‏ ‏منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة

Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan penipu api di dapur arang; adapaun rakan seperti pembawa wangian, ia (mmembawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Adapun rakan seperti peniup api dapur , samda ia akan membkar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik.

4) Berkenaan ayat dan surah tertentu. Dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, tidak banyak membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.

ayatnya :-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ 

Ertinya : "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2) 

5) Memperbaiki solat, saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.

 

Berkenaan kesukaran keluarga saudari merestui teman lelaki anda, ia mungkin hanya sekadar sangkaan awal saudari sahaja. Yang penting usahakan majlis merisik secara serius dengan segera. Kesungguhan teman lelaki saudari mungkin boleh mengubah pendirian keluarga yang sukar menerimanya.

Jika gagal, mintalah bantuan sesiapa yang dihormati oleh keluarga saudari untuk berbincang dengan keluarga agar mereka tidak lagi mementingkan kelulusan dan darjat sebegitu. 

Sebagai akhirnya, ada baiknya jika saudari membaca tulisan saya yang lain sebagai kesedaran , iaitu artikel bertajuk "'Ringan-ringan' : Bakal Menghasilkan Rumahtangga dan Zuriat Zina". Buka artikel di sini.

Saya persilakan rakan-rakan pembaca yang lain utnuk member nasihat berguna kepada penanya di ruangan komentar. Moga bermanfaat.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

30 Oktober 2007

18 Syawwal 1428 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 9 guests

Komen Terbaru

You are here: Politik & Dakwah Lelaki dan wanita Gadis Hampir Terlanjur Minta Nasihat