Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Catatan Buku arrow Buku "Wang, Anda & Islam" (PEMBELIAN DIBUKA SEMULA MULAI 2 MAC 08)
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 96 guests online
PDF Print
User Rating: / 40
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 21-12-2007 19:05
Views 24867    
Favoured 21

Buku Pertama Sudah Terbit

Tajuk : "Wang, Anda & Islam"

( semua pembelian online melalui web ini telah ditutup) 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt sampai jua masa terbitnya buku pertama saya setebal 258 muka surat. Sebagaimana yang kerap dinyatakan oleh pelbagai penulis-penulis popular termasuk guru saya Syeikh Prof. Dr Md ‘Uqlah El-Ibrahim (Ulama Jordan). Buku pertama biasanya memberikan satu perasaan yang luar biasa buat penulis. Sama juga seperti artikel pertama di siarkan di akhbar atau majalah.

Masalah Penerbit

Buku ini sepatutanya telah terbit sekitar Julai 2007 yang lalu, tetapi oleh kerana penerbit ketika itu berkeras tidak mahu memasukkan teks Arab bagi Ayat Quran, Hadis, kata Ulama dan Kaedah Fiqh. Maka persetujuan dan usaha bersama selama 3 bulan sebelum itu terpaksa dibatalkan.

Bagi saya lafaz dan teks arab adalah amat penting kerana tanpanya saya anggap buku saya mengecut nilai ilmiahnya sebanyak 30%.

Saya tahu tentang penguasaan syarikat ini di pasaran buku, tetapi apa boleh buat, itu pendirian mereka dan itu juga pendirian saya. Lalu kami bersepakat untuk tidak bersetuju.

Biasanya pihak penerbit sebegini akan menampilkan rasional-rasional berikut untuk menjustifikasikan tindakan mereka : -

1) orang kurang agama akan gerun lalu tak jadi beli kerana banyak teks arab,
2) akan ada orang akan bawa masuk tandas,
3) lebih laku lagi dan boleh merentas pelbagai jenis latar belakang,
4) ulama besar pun setuju tak letak arabic text dalam buku mereka

Rasional yang diberikan sebegini mungkin rasional bagi mereka, tetapi maaf, bagi saya ia "tidak rasional". Ia lebih bersifat keputusan komersial dari melihat aspek ilmiah dan lain-lain.

Tidak mengapalah, apapun saya hormati pendirian masing-masing. Terpulang kepada masing-masing serta itu juga hak mereka kerana itu adalah syarikat mereka.

Saya juga ingin menerbitkan buku tentang "fiqh solat" sekarang ini, sebuah lagi buku kewangan berbahasa Inggeris, kini sedang dalam pencarian mencari penerbit yang bagus dan boleh menerima pendirian saya.

Adapun dalam hal buku ini, apabila pendirian saya ditolak, saya dengan segera mencari penerbit lain, dan Alhamdulillah dapat juga hasrat untuk menyempurnakan hasrat realisasikan kumpulan ilmu di web ini ke sebuah buku.

Web saya ini mungkin tidak mampu bertahan lama, maklumalah kita manusia ada pasang surut kesihatan. Kandungannya juga semakin bertambah hari demi hari yang menyebabkan sukarnya rujukan dilakukan dengan cepat dan pantas.

 

Komen & Isi Buku

Justeru saya kira, membukukan sebahagian besar isi kandungannya terutamanya yang melibatkan hal ehwal kewangan dan perbankan Islam yang masih kurang diulas dewasa ini adalah cara terbaik bagi memastikan ilmu ini dapat dinikmati secara lebih tersusun dan lebih lama dan boleh kekal di perpustakaan dan milik anda (jika anda beli).

Terus terang saya katakan anda sebenarnya boleh menikmati 75 % ilmu di dalam buku ini secara percuma di web ini, cuma versi buku lebih baik dari sudut struktur ayat selain terdapat beberapa tempat yang saya edit dan tambahan isi dan ulasan, juga beberapa pemotongan yang dikira perlu.

Berikut adalah testimoni dua orang tokoh akademik yang sempat meneliti buku ini :-

1) "Buku ini membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas  kepada pembangunan amalan perbankan dan kewangan Islam yang halal dan tanpa  riba.

Penulis menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan amalan perbankan dan kewangan Islam yang bersumberkan kepada khazanah warisan para Ulama silam dan sarjana Islam semasa serta penyelesaiannya menurut Muamalat Islam. Buku ini adalah sumber rujukan  yang bernilai kepada para sarjana berkenaan, pengamal perbankan dan kewangan Islam, penyelidik dan pelajar."

Prof. Dr Joni Tamkin Borhan

Fakulti Shariah & Ekonomi, 

Universiti Malaya

 

2)    "Buku karangan Ustaz Zaharuddin ini merupakan bahan bacaan penting bagi umat Islam di Malaysia pada masa kini terutamanya bagi memberikan perspektif yang benar dan jernih mengenai sistem muamalah Islam dalam konteks kewangan dan perbankan semasa.

Amat mendukacitakan selepas hampir 24 tahun industri perbankan dan kewangan Islam bertapak di Malaysia, masih ramai umat Islam yang tidak menggunakan perkhidmatan ini.

Kalau Laporan Bank Negara Malaysia tahun 2006 dijadikan ukuran, industri perbankan dan kewangan Islam hanya mampu menguasai 12 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran perbankan dan kewangan negara.

Fenomena yang mendukacitakan ini berkait-rapat dengan kedangkalan kefahaman umat mengenai aspek halal dan haram dalam aktiviti bermuamalah.

Justeru, kehadiran buku ini dlihat sebagai salah satu wahana penting yang diharapkan mampu mendidik umat mengenai sistem muamalah Islam sebenar, sekaligus merangsang perkembangan industri muamalah yang halal di Negara ini."

Dr Asyraf Wajdi Dusuki,

Pensyarah Jabatan Ekonomi, UIAM

3) "Al-Fadhil Ust Zaharuddin Abd Rahman ialah ahli dalam bidang Fiqh Al-Muamalat khususnya berkaitan perbankan dan kewangan. Pandangannya telah banyak membantu banyak pihak agar lebih memahami bidang yang penting ini. Saya percaya kehadiran buku ini boleh memberikan sumbangan yang sangat positif untuk orang ramai memahami hukum Syarak dalam bidang tersebut. Saya harap sumbangan ilmiah akan berterusan demi kebaikan umat agar mereka lebih mentaati hukum hakam yang Allah SWT perintahkan"

- Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis

 

 

cover belakang

Kandungan Buku

Bab 1 Mengapa perlu tahu tentang Halal dan Haram dalam Kewangan

Bahagian Pertama: Dalil dan Nas

Bahagian Kedua: Zuhud dan Salah Faham

Bab 2 Pengenalan kepada Ilmu Fiqh Mu'amalat

Bahagian Pertama: Kaedah asas dalam Fiqh Mu'amalat

Bahagian Kedua: Kontrak-kontrak dalam Mu'amalat Islam

Bahagian Ketiga: Rukun dan syarat jual beli dalam Islam

Bab 3 Unsur dan elemen haram dalam kewangan

Bab 4 Riba dan hukumannya

Bahagian Pertama: Erti riba

Bahagian Kedua: Jenis riba

Bahagian Ketiga: Hukuman riba dalam Islam

Bahagian Keempat: Riba dan bentuknya dalam konteks semasa

1. Riba dalam pinjaman

2. Riba dalam akaun simpanan dan pelaburan

3. Riba dalam kad kredit

4. Riba dalam insurans konvensional

5. Riba dalam jual beli perhiasan emas dan perak

Bab 5 Gharar dan Judi

Bahagian Pertama: Pengertian gharar dan dalil pengharaman

Bahagian Kedua: Jenis gharar dan tempat berlakunya

Bahagian Ketiga: Gharar dan judi dalam bentuk semasa

Bab 6 Perbezaan Perbankan Islam dan Konvensional

Bahagian Pertama: Hubungan perbankan Islam dan kepatuhan hukum Syariah

Bahagian Kedua: Tugasan majlis penasihat Syariah

Bahagian Ketiga: Proses pengesahan halal perbankan Islam dan Takaful

Bahagian Keempat: Produk perbankan Islam

Bahagian Kelima: Contoh dan bentuk produk kewangan Islam

1) Mudarabah

2) Musharakah 

Bahagian Keenam: Produk Takaful (Insurans Islam)

Bab 7 Unsur Haram dalam Perniagaan dan Kerjaya Semasa

Bahagian Pertama: Kerjaya peguam dan pegawai pemasaran produk pinjaman riba

Bahagian Kedua: Menipu dalam pendapatan harta

Bab 8 Isu-isu Perbankan dan Takaful

Bahagian Pertama: Isu modal bercampur

Bahagian Kedua: Adakah perbankan Islam mahal dan zalim?

Bahagian Ketiga: Penasihat Syariah dan pertembungan kepentingan

Bahagian Keempat: Terima logo halal atau Islam tanpa kaji

Bahagian Kelima: Ubah lafaz akad bagi halalkan riba

Bahagian Keenam: Pinjaman kakitangan

Bahagian Ketujuh: Kesilapan dalam implementasi qardhul hasan

Bahagian Kelapan: Denda lambat bayar di bank Islam mirip konvensional?

Bahagian Kesembilan: Status pemilikan aset sebelum menjual

Bab 9 Harta Haram dan Cara Mengurusnya.

Bahagian Pertama: Cara melupus

Bahagian Kedua: Sedekah dengan harta haram

Bahagian Ketiga: Menggunakan harta haram untuk membina masjid

Bahagian Keempat: Adakah harta haram dapat dibersihkan dengan zakat sahaja?

Bahagian Kelima: Cara melupus wang haram daripada pelaburan haram.

Bab 10 Hutang menurut Islam

Bab 11 Isu Syariah dalam Jualan Langsung (Multi Level Marketing)

Bahagian Pertama: Pengertian MLM

Bahagian Kedua: Para ‘Ustaz' dan MLM

Bahagian Ketiga: Beberapa keraguan Syariah dalam MLM

Bahagian Keempat: Syarat minimum Syariah bagi sesebuah MLM

Bahagian Kelima: Bentuk skim MLM alternatif dan menepati Syariah

Bahagian Keenam: Fatwa majlis ulama Indonesia berkenaan MLM

Bab 12 Beberapa Isu Kewangan dan Pelaburan Semasa

Bahagian Pertama: Pelaburan Swisscash

Bahagian Kedua: ABB Fund, Eaindex, Winlifund dan Arabic Fund: Kajian Kes

Bahagian Ketiga: Pelaburan mata wang dinar emas

Bahagian Keempat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Bahagian Kelima: Beberapa bentuk urusniaga saham dan hukum Syariah

Bahagian Keenam: Hukum urusniaga dengan syarikat Yahudi: Makan, beli, jual

Demikianlah tadi beberapa kandungan asas buku ini.   

Cara Pembelian

Buku pertama saya kini sudah boleh dibeli atau ditempah. Ia keluarkan oleh True Wealth Sdn Bhd syarikat yang dimiliki oleh Jutawan Azizi Ali.

Proses Pembelian Buku ini.

Individu yang berminat boleh mendapatkan buku ini dengan cara-cara berikut:-

1)    Kedai Buku : Anda boleh mencari buku ini dari mana-mana kedai buku yang biasa menjual buku keluaran Azizi Ali mulai Januari 2008 dengan harga RM 29.90 ( harga ditetapkan oleh penerbit dan bukan saya). Kedai buku yang dimaksudkan adalah MPH, Borders, Times, Kinokuniya dan lain-lain kedai buku di seluruh Malaysia, Singapore and Brunei.

2) Halaman web penerbit buku : http://www.millionairesplanet.com/ Namun, kerana buku ini baru sahaja siap dan dihantar stok pertamanya di premis penerbit pada 24 Disember 2007 (Isnin). Justeru saya tidak pasti bilakah mereka akan mula memuatkan info buku ini di web mereka.

3)  Ceramah & Kuliah Saya : Hadir ke kursus atau ceramah saya. InshaAllah biasanya saya akan membawa buku ini. Jualan secara terus dari saya menawarkan harga diskaun, iaitu hanya RM 22 senaskhah. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai sahaja.

4)    Membeli dengan cara tempahan ;

ditutup

Akhirnya  

Semoga buku ini diterima oleh Allah SWT sebagai amalan kebaikan dan soleh saya di akhirat kelak dan tergolong dalam jenis ilmu yang dimanfaatkan serta sedeqah jariah.Ameen.

Sabda Nabi saw :-
‏ ‏ ‏إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة من صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له

Ertinya : Apabil amati anak Adam, terputus amalannya kecuali dari tiga ( sumber) iaitu Sedeqah Jariah, Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai dan anak soleh yang mendoakan mereka ( si mati)" ( An-Nasaie 3591)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

21 Disember 2008

2 Zulhijjah 1428 H (Malaysia)

3 Zulhijjah 1428 H (Mekah)

Last update: 04-07-2008 00:31

Published in : Soal Jawab, Catatan Buku
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (120) RSS feed comment
Posted by m.fadhlan, on 23-06-2008 21:34, IP 60.52.98.106, Guest
1. ...
salam 
saya br sahaja membyr duit utk buku ust. 
wpun sy pelajar kejuruteraan,tp bg saya soal halal dan haram sangat lah penting 
buku ni sbg panduan harian mengenai riba.saya tgk kt MPH harga ni 29.90, so decide beli online je la..murah ckit.berjimat cermat... 
semoga ust. akan berjaya di masa2 akan datang.tahniah di atas penerbitan buku ini. 
wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by Zainul Aripin bin Zainal Aripi, on 18-06-2008 18:42, IP 60.52.98.219, Guest
2. ...
Askm ustaz..buku ustz Wang, anda dan Islam mrupkn buku yg trbaik yg pnah sya baca..ssuai utk subjek undg2 prbankan dan takaful Islam..tahniah ustaz..teruskn prjuangan mgarang lebih byk buku..
 
» Reply to this comment...

Posted by naseribrahim, on 26-05-2008 16:20, IP 60.52.96.170, Guest
3. ...
UTHM singkatan bagi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia....kalau nak panggil ustaz buat ceramah aper kriteria dan prosedur yang diperlukan? 
 
UZAR SILA HANTAR SURAT JEMPUTAN BY FAX KE 0361964850 DAN SEBELUM TU PERLU EMAIL DULU UTK PERSETUJUAN TARIKH DI tibyan2008@gmail.com
 
» Reply to this comment...

Posted by naseribrahim, on 14-05-2008 17:11, IP 60.52.101.67, Guest
4. ...
perpustakaan UTHM baru sahaja mendapatkan buku ni...saya rasa amat berbangga kerana ianya dibawah pesanan saya.  
 
Untuk pengetahuan saya merupakan perpustakawan UTHM di unit perolehan. Ketika sedang merekod pembelian bahan, tiba2 saya terpandang buku ustaz, dan alhamdulillah kini perpustakaan UTHM mmepunyai naskah tersebut...teruskan usaha ustaz untuk memartabatkan kewangan Islam :grin  
 
uzar : alhamdulillah, uthm singakatn bagi apa ye..maaf
 
» Reply to this comment...

Posted by durian, on 07-05-2008 19:41, IP 60.52.103.110, Guest
5. ...
"no to PTS" Nape ye ustaz 
 
 
UZAR : tak de apa, kerana mereka tak sudi dengan terbitkan penulisan saya. Mungkin krn kurang kualiti agaknya dan tidak meet their standard. so saya hanya boleh say 'no' le. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Qudwah Hasanah, on 22-04-2008 15:35, IP 60.52.103.190, Guest
6. ...
Buku ni memamg bagus utk student yg ambil kos kewangan Islam spti ana..Tahniah kerana berjaya menerbitkan buku ni...
 
» Reply to this comment...

Posted by secret...hahaha...., on 16-04-2008 22:10, IP 60.52.101.206, Guest
7. ...
satu pencapain yang bagus..........
 
» Reply to this comment...

Posted by anti-fitna..., on 16-04-2008 22:10, IP 60.52.101.206, Guest
8. ...
Saya dah beli buku ustaz... alhamdulillah bayak manfaat yang terkandung dalam buku ini. semoga berjaya menghasilkan lain-lain buku untuk tatapan semua...sapa tidak puas hati ngan filem fitna sila boikot benda2 belanda mcm shell dan lain2 lagi
 
» Reply to this comment...

Posted by Ustaz, on 10-04-2008 19:07, IP 211.25.51.14, Guest
9. ...
Bagi pendapat saya, selayaknya buku ini diterbitkan oleh penerbit yang berwibawa seperti PTS atau Telaga Biru.....  
sekadar pendapat 
 
UZAR : NO TO PTS.. TELAGA BIRU BUKU AKAN DATANG INSHAALLAH..
 
» Reply to this comment...

Posted by Ustaz, on 10-04-2008 19:06, IP 211.25.51.14, Guest
10. ...
Ustaz salah pilih penerbit....Tak sesuai langsung dan terpaksa berubah dari kehendak asal. elok ustaz pilih penerbit yang betul. 
 
UZAR : IYE KE..APA KEHENDAK ASAL NYE?..
 
» Reply to this comment...

Posted by zaidirazali, on 02-04-2008 01:22, IP 60.52.101.42, Guest
11. ...
terima kasih ustaz. buku ini telah selamat sampai ke tangan saya hari ini. ingatkan nipis, tebal rupanya..ikutkan harganya boleh dikenakan lebih dari rm30 ni...terima ustaz, semoga ustaz akan terus menghasilkan buku2 lain seperti ini di masa akan datang. 
 
wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohamad, on 27-03-2008 10:01, IP 211.25.51.1, Guest
12. ...
Saya dah beli buku ustaz... alhamdulillah bayak manfaat yang terkandung dalam buku ini. semoga berjaya menghasilkan lain-lain buku untuk tatapan semua...
 
» Reply to this comment...

Posted by ZaidiRazali, on 26-03-2008 16:53, IP 211.25.51.1, Guest
13. ...
tahniah ustaz atas penghasilan buku ini. 
 
saya telah buat bayaran untuk dapatkan buku ustaz. ustaz boleh cek emel untuk bukti pembayaran. 
 
harap ia diposkan secepat mungkin. teruja pula nak baca berkenaan muamalah islam ini dan lebih memahaminya. 
 
by www.zaidirazali.com 
 
UZAR : SAYA TAK DAPAT TOLONG ANDA DI SINI, PERLU EMAIL KE TIBYAN, BUKAN KE WEB INI
 
» Reply to this comment...

Posted by aisyah, on 20-03-2008 21:53, IP 124.13.136.90, Guest
14. ...
salam...baru2 ni sya ada bc atikel tentang sistem kewangan islam dan pertikaian dari sudut perundangan...saya berminat sekali dan ingin menjadikan sebagai kajian sya...ape pendapat tuan? 
 
UZAR : YE SESUAI
 
» Reply to this comment...

Posted by Hj Sofi, on 18-03-2008 11:19, IP 211.25.51.1, Guest
15. ...
Assalamualaikum.... 
 
Mcm mana kami di Brunei boleh mendapatkan buku ni? (maklumat yg diberikan hanya utk malaysian i.e harga buku & cost penghantaran bagi non-malaysian, dll) 
 
Terima Kasih 
 
UZAR : BOLEH EMAIL TEMPAHAN DULU, TEHNA PIHAK KAMI AKAN RUJUK PEJABAT POS UNTUK MENGETAHUI HARGA POS SAMADA BY AIR OR SEA. SELEPAS ITU PEMBAYARN DIBUAT DAN BUKU DIPOS. 
 
EMAIL KE tibyan2006@gmail.com 
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdul Baits, on 05-03-2008 18:07, IP 60.52.98.76, Guest
16. ...
Assalaumualaikum 
Saya asli Indonesia tinggal di Jakarta. saya punya buku bagus bertema "HIDUP ADALAH SEOLAH-OLAH", tebal halaman 382 hal. Saya ingin terbitkan di Malaysia, bagamana caranya dan siapa yang berkenan menterbitkan yaa. silahkan hubungi saya di email: elcepress@yahoo.co.id, buku ini membahas tentang masalah hati, akal dan adat istiadat yang sudah menjadi salah kaprah. terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by SLK, on 04-03-2008 19:08, IP 60.52.101.209, Guest
17. ...
salam Uzar. 
as requested. 
sudah di fax semula sebentar tadi. 
 
UZAR : TELAH DITERIMA DAN AKAN DIHANTAR INSHAALLAH
 
» Reply to this comment...

Posted by my-unit-trust.com, on 04-03-2008 07:12, IP 60.52.100.190, Guest
18. ...
Assalamualaikum! 
 
Tahniah dan terima kasih kerana mengarang buku yang sangat bernilai ini. Saya dah berjaya beli buku ni di Borders, Queensbay Mall, Penang ahad lepas.. taksabar nak tunggu ustaz re-open jualan kat web ni aritu..kat Borders mahal sikit dari harga kat web ustaz ni tapi tak kisahlah... sangat2 berbaloi dapat beli dan baca buku ni.. 
Sesiapa yang belum baca buku ni lagi, cepat2 lah cari... memang perlu dibaca supaya kita mendapat keberkatan didunia dan akhirat. 
 
Wassalam! 
Maliki. 
www.my-unit-trust.com
 
» Reply to this comment...

Posted by amin, on 03-03-2008 11:07, IP 211.25.51.1, Guest
19. ...
salam....buku dh ada ke? kata 2 mac, dah lama sy tunggu nak beli..  
 
UZAR : DAH ADA DAN BOLEH BELI SKRG
 
» Reply to this comment...

Posted by syafika, on 27-02-2008 10:06, IP 60.52.103.202, Guest
20. ...
tahniah ustaz.artikel ustaz ni menjadi panduan kepada U lain.semoga ustaz dapat meningkatkan lagi penulisan tentang halal haram dlm islam kerana masih ada sesetengah umat islam yang masih ragu2 dalam masalah kewangan dan perbankan. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Uttoh, on 26-02-2008 18:57, IP 60.52.102.52, Guest
21. ...
Assalamualaikum, 
 
Mohon pandangan ustaz, 
 
Saya mendapat ijazah pertama dalam bidang Syariah di luar negara, kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat sebagai memenuhi minat saya, dan saya telah pun menyempurnakan pengajian Teknologi Maklumat dengan jayanya. 
 
Saya berminat mendalami ilmu dalam bidang islamic banking, namun saya tak tau bagaimana ingin bermula.  
 
Saya amat berbesar hati sekiranya Ustaz dapat membantu saya dengan memberi judul beberapa buku rujukan sebagai permulaan saya memahami asas perbankan islam. 
 
Saya telahpun mendapatkan buku ustaz ini dan mendapati ianya amat menarik sekali. Jauh berbeza dengan pembelajaran fiqh muamalat yang saya belajar dulu, kerana perbincangan yang dibawa ustaz lebih bersifat kontemporari. 
 
Mohon bantuan dari Ustaz. 
 
Jazakallah
 
» Reply to this comment...

Posted by anifturkey, on 19-02-2008 22:46, IP 60.52.98.97, Guest
22. ...
Assalamualaikum Ustaz !! 
 
Bila agaknya cetakan kedua siap di cetak  
Kalau Kat shah Alam kat mana boleh dapat buku ni... 
 
UZAR : DALAM HUJUNG BULAN INI. UNTUK CEPAT, DAPATKAN DI WEB SAYA INI SAJA
 
» Reply to this comment...

Posted by Azila, on 15-02-2008 08:33, IP 211.25.51.1, Guest
23. ...
Assalamualaikum Ustaz,  
 
Saya ingin beli buku ini dalam kuantiti yang banyak. Minimum dalam 50 buah buku. Kalau masa Kursus Solat nanti, dah available ke buku-buku ini ya? 
 
Saya boleh bayar terus di sana dan ambil.  
 
Wassalam. 
 
UZAR : SAYA TAK DAPAT PASTI LAGI SAMADA BUKU NI DAH SIAP ATAU BELUM CETAKAN KALIKEDUANYA 2 MAC NANTI. TAPI JIKA LIHAT TARGET PENERBIT MEREKA KATA SEMPAT. INSHAALLAH
 
» Reply to this comment...

Posted by shahril, on 13-02-2008 09:52, IP 60.52.99.153, Guest
24. ...
ustaz,smlm cari buku di MPH SACC Mall shah Alam xde la buku tu.staf dia check dlm komputer pun xde..kat mid vallley ade lagi ke stok? 
 
UZAR : DI MID VALLEY DAH HABIS STOK PADA 3 FEB LAGI..KENA TUNGGU HUJUNG BULAN BARU SIAP CETAKAN KEDUA. MAAF SEMUA
 
» Reply to this comment...

Posted by backspace, on 13-02-2008 08:07, IP 60.52.99.153, Guest
25. ...
assalamualaikum ust.. 
sy nk tnye ust ttg hukum menggunakan ayt pengasih..boleh ust tlg jelaskan secara terperinci adkah ianya amalan yg syirik atau sebaliknya?hukumnya? 
 
UZAR : AYAT PENGASIH ADALAH TIDAK BENAR..TAPI MUNGKIN TIDAK SAMPAI KE SYIRIK. NAMN PERLUKAN KAJIAN LANJUT
 
» Reply to this comment...

Posted by Ridzuan_Syria, on 13-02-2008 07:47, IP 60.52.99.153, Guest
26. ...
Salam alaik...Syabas Sheikh, ana amat teruja dengan semua tulisan dan pandangan enta, khususnya berkaitan sistem kewangan islam dan permasalahan fiqh amnya, semoga ianya akan dimanfaatkan oleh semua UMAT seluruh dunia, isu 'tidak memasukkan arabic text' tidak perlu diperbesarkan, ana setuju dengan target enta untuk meluaskan penerimaan pembaca terhadap tulisan kewangan islam yang jarang ditemui seperti ini. apatah lagi pakar ekonomi dan kewangan kebanyakan dari golongan bukan islam,  
 
Ana menyokong enta sepenuhnya, semua tulisan dan buku enta akan ana beli, ana juga bercadang untuk ikuti seminar kewangan islam yang enta anjurkan, dan banyak juga belajar dari tulisan2 enta khusus dalam bidang ekonomi...semoga kita semua diberi kekuatan oleh ALLAH swt, barakallahu fika...( ana ada nak bincang dengan enta tentang tesis ana..tp xtau nak contact enta macamna..) Salam  
 
UZAR : ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH. BOLEH HUBUNGI ANA MELALUI EMAIL DI YAHPPGROUP ATAU CALL AJA UIAM, SAMBUNG KE KULIAH EKONOMI
 
» Reply to this comment...

Posted by hardy, on 09-02-2008 09:48, IP 60.52.96.66, Guest
27. ...
assalamualaikum ustaz..  
 
saya nak tanye. buku "wang, anda dan islam " ada stok lagi ? kalau sampai stok baru . infom le .. nak beli  
 
pandangan saya  
 
Quote
Sarankan untuk buku seterusnya Ustaz bergabung dengan saudara jutawan Azizi Ali menerbitkan buku "Bagaimana Umat Islam Boleh Menjadi Kaya Secara Halal" (tajuk cadangan)
 
 
bangun la solat subuh berjemaah .. berkat ... rezeki mudah masyuk...
 
» Reply to this comment...

Posted by Nurazzah, on 06-02-2008 09:09, IP 60.52.96.226, Guest
28. ...
Salam Ustaz, InsyaAllah nanti saya cari di MPH Shah Alam buku ni. 
 
Tapi skrg saya nak tanya satu persoalan. Katalah saya hendak menjual beg kpd kawan saya A dgn harga RM30 sebuah. Kawan telah ambil beg dan bawa balik rumah dengan tujuan nak tunjuk anak dia dahulu. Tiada akad jual beli lagi krn dia belum kata nak beli dan belum bagi duit pd saya lag. Esok nya dia jumpa saya kata dia dah jual kepada anak kawan dia B, dgn harga RM35.  
 
Persoalannya adakah keuntungan yg diambil oleh kawan saya itu dikira RIBA' krn antara saya dan dia belum lagi berlaku akad jual beli sedangkan dia sudah menjual beg itu kpd kwn dia dgn harga yg lebih tinggi? Harap ustaz dapat jelaskan. Terimakasih 
 
UZAR : UNTUNG KAWAN ANDA BUKAN RIBA, TAPI IA TERMASUK KATEGORI HARAM IAITU JUAL BENDA YANG BELUM DIMILIKI LAGI. IA DILARANG OLEH NABI KERANA TIADA SEBAB SI PENJUAL BOLEH DAPAT UNTUNG, KERANA IA TIDAK MENAGNGGUNG SEBARANG LIABILITI KE ATAS BARANG YANG DIJUAL KERANA IA BUKAN MILIKNYA. IA TELAH JUAL BARANG MILIK ORANG LAIN. NAMUN IA BOLEH JADI HARUS, JIKA IA CALL ANDA DULU SEBELUM JUAL DAN ANDA APPOINT DIA JADI WAKIL PENJUAL, JSUETRU BEZA HARGA TU BOLEH JADI UPAH DIA TOLONG JUAL.
 
» Reply to this comment...

Posted by Husnina, on 05-02-2008 11:41, IP 60.52.97.208, Guest
29. ...
Tahniah Ustaz. 
 
Saya sebenarnya pengujung setia laman web ustaz. Saya excited sgt nak dapatkan buku tulisan ustaz tu. Tapi bukanlah di waktu yang terdekat ni. Agak2 boleh tak ustaz letakkan buku ni di kedai buku POPULAR di bandar Taiping. Saya pasti ramai orang mendapatkannya termasuklah diri saya. Taiping ni bandar tumpuan termasuklah dr bagan serai, kuala kangsar, changkat jering, simpang 4, selama etc.. Gerenti laris macam goreng pisang panas!! 
 
So... I'm looking forward........ 
 
UZAR : SEPENGETAHUAN SAYA, BUKU SAYA TU DAH SAMPAI DI SANA, JIKA TIADA BERMAKNA IA DAH HABIS. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Syafrizal, on 29-01-2008 20:02, IP 60.52.103.13, Guest
30. ...
Alhamdulillah, saya dah beli dah buku UZAR di MPH Giant Shah Alam Sek 13 itu pun tinggal 3 buah buku je. Laris sungguh buku UZAR.
 
» Reply to this comment...

Posted by khairul, on 28-01-2008 14:04, IP 211.25.51.1, Guest
31. ...
Dah beli buku ni semalam. kat MPH dah ade jual. orang penang bleh beli kat MPH plaza gurney.. tp harganya rm 29. so, sapa2 nak beli better beli online jer. dah siap diskaun dah.  
 
Esok ade kawan ajak minum2, sambil2 promot masuk MLM le tu, harap2 dengan buku ni nanti boleh la di jadikan panduan/hujah kenapa MLM tu haram. niat nak pinjamkan kat kawan tu..  
 
Uzar, mcmana kalau saya bagi buku ni pada non muslim (MLM)... sesuai tak? mudah tak untuk diorang faham?
 
» Reply to this comment...

Posted by coolmast3r, on 26-01-2008 23:48, IP 60.52.102.204, Guest
32. ...
Assalamualaikum. 
 
Kalau nak senang, beli melalui pos je.. 
Tak pun hadir ke mana2 siri ceramah ustaz, insyaallah boleh dapat.. 
 
Saya baru je beli semalam kat Masjid Taman Universiti, Johor. 
Kesian ustaz, sampai tengah berjalan nak keluar masjid pun still ada orang bertanya tentang hukum2 (pelaburan, ASB, dll) lagi.. 
:p (aku ler tuu..) 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by shariffudin khalifa, on 25-01-2008 18:43, IP 60.52.97.206, Guest
33. ...
kat kedai buku POPULAR takde jual ke buku ustaz ni???sebab baru2 ni saya cari di 3 kedai POPULAR,tp masih takde lagi.
 
» Reply to this comment...

Posted by HanaHjIshak, on 23-01-2008 17:56, IP 60.52.100.137, Guest
34. ...
Syabas ustaz! 
 
Saya pun ada cita2 dan keinginan nak menulis, tapi belum cukup ilmu di dada.  
 
saya pasti beli untuk tambah ilmu pengetahuan tentang kewangan islam! 8)
 
» Reply to this comment...

Posted by Nuek, on 22-01-2008 22:55, IP 60.52.103.198, Guest
35. ...
tahniah UZAR, boleh letak link dlm IKMAL. syariah ekonomi ni mmg memeningkan kepale. TAHNIAH!!! ese tumpang banggo!!!
 
» Reply to this comment...

Posted by fhm, on 22-01-2008 08:07, IP 60.52.96.185, Guest
36. ...
alhamdulillah, saya dah terima 2 naskah yg saya order sabtu lepas. terima kasih ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdul Aziz, on 19-01-2008 17:03, IP 60.52.96.71, Guest
37. ...
Salam, 
 
Ana nak tanya sikit dengan ustaz tentang hukum peraduan melalui SMS yang semakin banyak sekarang,adakah diharuskan atau harus bersyarat atau haram? 
 
Salam. 
 
KOMEN UZAR : SILA CARI JAWAPAN DI WEB INI, GUNAKAN BUTTON 'CARIAN'.
 
» Reply to this comment...

Posted by fhm, on 16-01-2008 07:01, IP 60.52.100.20, Guest
38. ...
salam ustaz,  
 
Ada stok lagi buku ni pada ustaz? saya nak order.. kalau ada, saya akan xfer duit dlm acc bank tu.. harga buku + penghantaran.. cari kedai buku masih takde lagi..  
 
KOMEN UZAR : INSHAALLAH, MASIH ADA
 
» Reply to this comment...

Posted by syarief, on 13-01-2008 22:06, IP 60.52.98.235, Guest
39. ...
alhamdulillah. saya dah mendapatkannya.. dan ianya sangat bermanfaat. terima kasih ustaz.. jazakumulLahu khairan katsira.
 
» Reply to this comment...

Posted by Syafrizal, on 13-01-2008 16:26, IP 60.52.97.1, Guest
40. ...
Alhamdulillah, saya akan tunggu buku Ustaz muncul di MPH nanti insya allah. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by lanlizacalonie, on 13-01-2008 12:21, IP 60.52.97.1, Guest
41. ...
salam ustaz, tahniah di atas satu usaha murni yang memang diperlukan oleh masyarakat Islam kini. Diharap dapat menerbitkan satu edisi bahasa inggeris bagi buku yang sama, memandangkan sistem kewangan dan perbankan kini lebih mengutamakan versi inggeris dalam urusannya... 
 
KOMEN UZAR : 
 
ALHAMDULILALH, VERSI BAHAASA INGGERIS HAMPIR SIAP, MUNGKIN DALAM BULAN APRIL AKAN BERTEMU DIPASARAN. INSHAALAAH
 
» Reply to this comment...

Posted by wanz.com.my, on 13-01-2008 10:00, IP 60.52.97.1, Guest
42. ...
Alhamdulillah ... Tahniah Ustaz, 
Terbitnya buku ini amat bermakna kepada para pejuang Islam, muslim dan mukmin yang memperjuangkan sistem ekonomi Islam di bumi Malaysia ini. Semoga usaha ustaz akan menjadi contoh teladan kepada para ustaz, ilmuan Islam, pensyarah2, ahli2 akademik dan para pemimpin yang memegang amanah dan tanggungjawab negara (juga makhluk Allah) untuk meletakkan Sistem Ekonomi Islam sewajarnya. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Zulkhair, on 13-01-2008 09:58, IP 60.52.97.1, Guest
43. ...
Saya tengok dua-dua betul. Ustaz betul penerbit yang ustaz tolak pun betul. Sebab satu buku tak boleh pukul kepada semua. Tapi definisi ustaz tentang komersial itu boleh difaham dengan cabang berbeda. 
 
Jadi dua-dua ada definisi yang betul... Sebab masing-masing bawak nas dan hujah yang kuat dari sudut tafsir quran dan sunnah :) 
 
Cuma kalau boleh edisi cetak kedua, ustaz carilah designer kulit yang bagus sebagai strategi dakwah mencantikan kulit buku agar orang yang tak mesra agama pun bisa jatoh cinta. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Hawa, on 12-01-2008 17:55, IP 60.52.98.240, Guest
44. ...
UZAR, 
 
salam.....dah tahu ke blm kes adik NurSharlini yg hilang rabu lalu. 
harap keluarganye tabah dan berdoa agar adik Nini dijumpai.... 
 
Dgn nama Allah,semoga adik Nini dapat dijumpai dgn segera dgn kesihatan dan keselamtan.amin
 
» Reply to this comment...

Posted by abu imtiaz, on 12-01-2008 11:28, IP 60.52.102.208, Guest
45. ...
Setelah 3 minggu memesan/menunggu, barula buku WADI ini sampai ke tangan saya di sabah. Bagi saya tempoh tu memang ngam lah dengan pos rm2...sebelum ni selalu juga beli secara online tapi biasa dikirim melalui pos laju, sampai dalam 3 hari saja. 
 
Apapun harap uzar meneruskan usaha ini, dan sekiranya cetakan pertama ini ada ralat diharap uzar dapat meng"highlight"kan dalam web ini, sebagai panduan pembeli cetakan pertama kerana difahamkan cetakan kedua lebih sempurna dari cetakan pertama. 
 
sekian terima kasih..
 
» Reply to this comment...

Posted by abu 'ammar, on 11-01-2008 18:24, IP 60.52.100.61, Guest
46. ...
baarakallahu fiika...jazaakallah kulla khair.
 
» Reply to this comment...

Posted by fuji, on 11-01-2008 18:23, IP 60.52.100.61, Guest
47. ...
Tahniah atas penerbitan uzar yang terbaru. 
 
saya syorkan ustaz mengulas pula berkenaan dokongan undang2 negara yang applied berkenaan perbankan islam dalam negara sekarang. 
 
kenapa mahkmah sivil yang dirujuk jika berlaku pelanggaran akad kontrak dalam muamalat Islam. rujukan kes Zulkifli V Affin Bank. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Amira, on 09-01-2008 18:50, IP 60.52.98.159, Guest
48. ...
Ustaz, adakah mudah berurusan dengan Truewealth? Bagi seseorang yang ingin jadi penulis, adakah Ustaz rekomen utk mereka menerbit dengan TrueWealth?
 
» Reply to this comment...

Posted by Anakhalal Taiping, on 09-01-2008 08:46, IP 211.25.130.42, Guest
49. ...
Salam ustaz, 
 
Terimakasih kerana jalankan tanggungjawab sebagai ilmuwan Islam. Saya akan cari dan beli buku ini bila balik ke Malaysia seminggu dua lagi. Sedang merantau cari rezeki halal di negara orang. 
 
Sarankan untuk buku seterusnya Ustaz bergabung dengan saudara jutawan Azizi Ali menerbitkan buku "Bagaimana Umat Islam Boleh Menjadi Kaya Secara Halal" (tajuk cadangan).  
 
Ini sebagai alternatif untuk umat Islam supaya tidak menjauhkan diri dari kekayaan dan seterusnya dapat berzakat untuk umat manusia yang lain. 
 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Sarimah Mohd Yunus, on 08-01-2008 09:57, IP 211.25.51.1, Guest
50. ...
Tahniah dengan terbitnya buku Ustaz. Saya nak tanya. Apakah ibadat yg dituntut dan digalakkan oleh Islam bagi menandakan kesyukuran dengan umur yg panjang dpt saya menyambut kedatangan Maal Hijrah.
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom