Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Politik Islam & Dakwah arrow Isu Filem Fitna : Wajar Boikot Barang Belanda & Tidak ?
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 64 guests online
PDF Print
User Rating: / 39
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 02-04-2008 00:52
Views 16865    
Favoured 24

Isu Filem Fitna : Wajar & Tidak Boikot ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Filem Jahat

Tidak dinafikan terdapat pro kontra dalam isu filem ‘Fitna', iaitu sama ada perlu boikot barangan keluaran Belanda atau tidak.

Pandangan ringkas saya, kita wajar memboikot atas rasional berikut :-

1)            Hidupkan sensitiviti Umat Islam terhadap kesucian Islam:

Kesan tindakan Boikot ini mungkin sedikit sukar mengenai pembikin filem fitna iaitu Geert Wilders secara

Geert Wilders

‘direct' namun Maqasid atau objektif dari tindakan boikot beberapa barangan Belanda terkuat ini hanya sebagai  meraih sensitiviti umat Islam terhadap apa sahaja isu yang mencemar kemuliaan Islam. Terlalu kerap umat Islam dilihat lembik dan sering dimakan suasana yang dikawal oleh Barat, dengan mudah mereka mempermainkan deen Islam.

 

Ada yang berkata "adakah kerana sebab seorang maka satu negara kita hukum?"

" bayangkan jika terdapat penduduk Malaysia biadap maka semua barangan Malaysia dihukum, adilkah?'

"Ye, namun masyarakat Malaysia belum ada yang biadap sebegitu, so kita tunggu dan kalau ada pun pihak sebelah sana mungkin akan senyap sahaja kerana bagi mereka agama ini adalah mainan sahaja dan mereka tidak peduli apa pun orang nak kata tentang kristian dan sekular mereka, kita tidak sama dengan mereka, kita sensitif dengan hal agama tidak seperti mereka." saya menjawab

"Namun jika benar-benar wujud kebiadapan sebegitu di kalangan orang Malaysia, bolehkah dibebankan kepada beberapa syarikat Malaysia yang besar?. Bagi saya, tindakan boikot ini masih terima di sisi Islam dalam keadaan tertentu terutamanya syarikat Malaysia ini mempunyai pengaruh ke atas kerajaan. Ini kerana kerajaan sebagai pemimpin bertanggung jawab ke atas perangai  dan sikap rakyatnya, justeru mereka perlu ambil tindakan sebaiknya selain menafikan kerjasama dan pengiktirafan. " Jawab saya

"Kita tidak mahu perangai Amerika yang apabila menjatuhkan bom ke atas kampung umat Islam yang didakwanya pusat tentera. Apabila dikutuk kerana ia penempatan orang awam, mereka meminta maaf  dengan wajah seposen dan habis begitu sahaja, Kita mahu mereka diberi sedar lebih dari itu, ye lebih besar dari ITU!!" Tambah saya lagi

Cukup dalil berikut menunjukkan pemimpin dan rakyat negara mereka perlu nasihat si biadap, tiada yang mampu mendorong mereka bertindak kepada si biadap kecuali ditegur mereka juga, kerana semua hidup secara bermasyarakat:-

 

 سمعت النبي يقول: ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

Mafhum : "Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga" ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Walaupun hadis ini berkisar berkenaan hal pemimpin beragama Islam, namun kaedah asasnya sama bagi seseorang pemimpin. Mereka perlu bertanggungjawab.  

Sebuah athar lagi menyebut

الناس على دين ملوكهم

Ertinya : "Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka" ( Al-Asrar Al-Marfu'ah, Ali Al-Qarri, hlm 367 ; Fath Al-Bari, 7/151 )  

Maka dalam hal kebiadapan ini, ia bergantung juga kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Ia ia jenis kesalahan besar seperti ‘Fitna' ini, saya tidak fikir kita boleh berdiam diri dengan hujjah ‘kita perlu koreksi diri dalam menggambarkan Islam yang betul semata-mata atas alasan berfikir panjang"

Syaa bimbang berfikir panjang untuk memikirkan tindakan sehingga tertidur sebenarnya. Dan pihak yang biadap sudah puas hati dan dunia melihat penganut Islam sama seperti mereka yang tidak sensitif dengan hal agama.

"bagaimana dengan orang di sana yang membunuh orang islam, di sini dan semua , kenapa dtidak diboikot?" Ada yang bertanya kepada saya

Bukankah kita sedang membincang strategi, justeru boikot juga perlu dibuat berstrategi. Ia perlu dilakukan secara fokus specifik dan bertempoh agar dapat memberikan sedikit kesan. Kita jugamemang tidak mampu untuk memboikot semua, justeru dipilih kes-kes yang dikira besar dan tersebar.

 

Ambil Peluang Atas Ucapan Wakil Islam

Tidak saya nafikan, mungkin ada benarnya Geert Wilders mengambil peluang dengan mengambil beberapa ucapan dan sepanduk tertentu lalu dipetik di luar konteks. Mungkin ada yang dalam konteksnya tetapi diungkap secara emosi, tertutup dan perlukan huraian. Namun apabila saya melihat filem ciptaannya dan cuba berfikir sebagai seorang awam, liberal serta ahli maksiat, saya kira ia amat boleh menambahkan kebencian ramai kepada Islam.

2)            Gunakan Kuasa Ekonomi Di zaman Industri Untuk Mengajar :

Saya  menyokong semua cadangan yang bersifat pendidikan, penerangan dan lain-lain. Ye tentunya saya menyokong namun dalam jangka masa dekat, ia hanya satu pandangan idealitsik yang akan mematikan sensitviti umat Islam terhadap agama mereka.

Umar Al-Khattab dan Uthman r.a berkata :-

لما يزع الله بالسلطان أعظم مما يزع بالقرآن

Ertinya : Apa-apa yang Allah halangi melalui penguatkuasaan undang-undang (kuasa) adalah lebih utama lebih besar (urusan) yang dilarangi melalui nasihat-nasihat (bacaan ayat-ayat Al-Quran kepada sasaran)" ( Tarikh Baghdad, 4/107 ; Akhbar Al-Madinah, 2/115 ; Al-Mubdi', 3/343)

Ibn Taymiah berkata dalam menghuraikan athar di atas :

"Amar ma'ruf dan nahi mungkar tidak akan sempurna kecuali dengan pelaksanaan hukuman (kuatkasaan undang-undang Syariah) kerana Allah menahan dan melarang dengan ancaman hukuman bagi kejahatan yang tidak mampu dihalang dengan nasihat Al-Quran" ( Fatawa Ibn Taymiah, 28/107 )

Justeru, pada hemat saya ‘maslahat ‘ammah‘ dalam hal ini adalah ‘to preserve and protect our faith' lalu perlu dilakukan tindakan boikot ini sebagai ‘halangan dengan kuasa' selain yang boleh menajamkan sensitiviti umat Islam dalam semua hal yang diperlukan untuk mencapai maqasid ini.

Kenyataan  Perdana Menteri Belanda amat dihargai sebagai pemimpin politik, namun bagi saya kenyataan ini dikeluarkan adalah hasil bantahan, demonstrasi, memorandum dan laungan boikot umat Islam daripada pelbagai Negara. Jika ditambah dengan boikot, sudah tentu selepas hukuman lebih keras boleh difikirkan oleh pemerintah Belanda ke atas rakyatnya agar mereka tidak akan lagi menjadi mangsa hukuman umat Islam selepas ini disebabkan kebiadapan rakyat mereka.

Government's reaction to Wilders' film

News item | 27-03-2008

Prime Minister Jan Peter Balkenende has reacted to the film Fitna that MP Geert Wilders has released on the internet on 27 March.

Prime Minister Jan Peter Balkenende:

'On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.

The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.

The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.

We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.

Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone's deepest convictions.

We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.

The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.'  (Sumber

Muslim di Belanda Pendekatan Mungkin Berbeza

Adapun bagi Muslim di Belanda, adalah sedikit kurang sesuai untuk mereka turut berdemonstrasi, membaling batu ke gereja dan apa-apa tindakan agresif kerana impak negatif amat dekat dengan mereka. Bagi mereka amat wajar digunakan kaedah diplomasi dan rundingan. Namun umat Islam di luar Belanda perlu menunjukkan prostes lebih sederhana agresif dan terancang dalam pelbagai aspek.

Tidak perlu kita menafikan kewajaran boikot, dan hanya mengutamakan tindakan lain sahaja. Kerana bagi saya, boikot adalah salah satu cara. Dan ia juga patut dibuat bertempoh seperti dalam tempoh 2 bulan kepada barang terpilih untuk memberi mesej bahawa di dunia ekonomi kapitalis ini, umat Islam masih mempunyai kekuatan untuk menggugat, justeru seolah-olah kita melaungkan :

"Jika kamu sayangkan ekonomi kamu, tolong ajar mana-mana rakanmu yang membenci Islam agar jangan biadap. Jangan lupa untuk jaga hati kami umat Islam. Jangan biadap dengan Islam, jika tidak kami akan menyakitkan ekonomi yang kamu cintai itu".

Namun perlu diingat, pelbagai jenis tindakan perlu ada dan boikot dan demonstrasi bukanlah satu-satunya tindakan yang dikehendaki.

Boikot barangan secara sementara ini bukanlah berobjektif meruntuhkan seluruh ekonomi, itu bukan objektifnya tetapi objektifnya hanya memberi sedikit tekanan ekonomi sementara akibat perbuatan rakyat mereka, Ia jatuh harus apabila bertembung dua maslahat besar.   Ketika itu kita perlu mengorbankan satu maslahat demi mencapai maslahat yang lebih besar. Maslahat yang terpaksa dikorbankan adalah produk rakyat Belanda demi untuk menonjolkan masalaha yang lebih besar iaitu kesucian Islam.

Kisah boikot sementara dan tidak menghancur ini pernah berlaku di zaman Nabi.

Kisah ini dicatatkan di dalam oleh al-Bukhari berkenaan seorang pemimpin negara Al-Yamamah bernama Thumamah Bin Uthal yang ditangkap dan diikat di tepi masjid hingga beliau akhirnya memasuki Islam. ( Sohih Al-Bukhari, Bab Musryik masuk Masjid, no 457, 1/179 ,; Umdah Al-Qari', Al-'Aini, 14/256)

Al-Yamamah sebagai sebuah negara yang kaya dengan hasil pertanian seperti gandum ketika itu, apabila Thumamah kembali ke negerinya, beliau telah menamatkan bekalan bahan mentah dari negerinya ke Mekah bertahun-tahun lamanya atas alasan penduduk Mekah adalah Kafir sehingga penduduk Mekah kelaparan dan terpaksa memakan kulit-kulit. Hal ini disebutkan oleh Fakhruddin Ar-Razi tafsirnya dalam perbincangan berkenaan sebab nuzul ayat Surah Mukminun ayat 76  dengan katanya (Tafsir Al-Kabir, 23/99) :-

ولحق باليمامة منع الميرة عن أهل مكة فأخذهم الله بالسنين حتى أكلوا الجلود والجيف فجاء أبو سفيان إلى رسول الله وقال ألست تزعم أنك بعثت رحمة العالمين ثم قتلت الآباء بالسيف والأبناء بالجوع فادع الله يكشف عنا هذا القحط فدعا فكشف عنهم فأنزل الله هذه الآية والمعنى أخذناهم بالجوع فما أطاعوا

Ertinya : Thumamah balik ke negerinya di Yamamah ( Bahrain) lalu membyekat bekalan makanan ke Mekah beberapa tahun  sehingga penduduk Mekah tatkala itu terpaksa makan kuit-kulit, lalu datanglah Abu Sufyan kepada Nabi berkata : "BUkankah kamu mengatakan bahawa kamu dibangkitkan sebagai rahmat kepada seluruh alam? kemudian kamu membunuh lelalki dewasa ( tentera) menggunakan pedang dan membunuh kanak-kanak dengan kelaparan ( akibat boikot), doakanlah bagi kami kepada Allah untuk melepaskan kami dari kesengsaraan ini.."

 

Thumamah diriwayatkan menyebut kepada penduduk Mekah setelah mengaku dirinya Islam dengan katanya :-

والله لَا يَأْتِيكُمْ من الْيَمَامَةِ حَبَّةُ حِنْطَةٍ حتى يَأْذَنَ فيها النبي  صلى الله عليه وسلم

Ertinya : "Demi Allah tidak akan sampai dari negeri Yamamah satu biji gandum pun (kepadamu) sehingga jika diizinkan oleh Nabi s.a.w" ( Riwayat Al-Bukhari)

Namun akhirnya Nabi s.a.w menghantar surat memberitahu bahawa penduduk Mekah adalah di 'Ahl Allah' lalu diminta oleh Nabi untuk menamatkan sekatan yang dibuat. Keadaan ini dapat dilihat dari catatan berikut ( Al-Kamil Fi At-Tarikh, 4/22 ; Tarikh Ibn Khaldun, 3/185; Al-Bidayah Wa An-Nihaya) :-

أن ثمامة بن اثال لما أسلم قطع الميرة عن أهل مكة وهم مشركون , فكتب اليه رسول الله ان أهل مكة أهل الله فلا تمنعهم الميرة فجعلها لهم وأنك قطعت الميرة عنا ونحن مسلمون فجعلها نجدة لهم

 

Ertinya : Sesungguhnya Thumamah ketika beliau memboikot bekalan dari penduduk Mekah iaitu orang kafir musyrik, lalu (setelah beberapa lama orang mekah mengadu) , barulah rasulullah menghantar surat kepada Thumamah dan menasihtakn agar jangan memutuskan bekalan makanan.."

Hasilnya, boikot adalah satau tekanan sementara sahaja dan bentuk boikot yang dibuat oleh thumamah adalah berbeza dengan boikot beberapa barangan Belanda yang sementara dan bukannya boikot seluruh negara, ada yang perlu membuat rundingan politik, ada yang demonstrasi, ada yang hantar memorandum, ada yang bikin filem pendek gambaran sebenar Islam dan lain-lain.

 

3. Tuntutan Marah Kerana Allah Dari Hadith : Bertindak Sesuai Dengan Kesalahan

Terdapat rakan-rakan yang membawakan hujjah petikan hadis untuk menasihatkan umat Islam bersabar, fikir panjang, berhikmah,  tidak gopoh, template dan stereotype dalam tindakan :-

Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, "Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!"

Namun, saya tidak begitu bersetuju dengan penggunaan hadis ini dalam konteks ini berdasarkan nas berikut :-

1)            Hadis sohih

ما خُيِّرَ رسول اللَّهِ بين أَمْرَيْنِ إلا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا ما لم يَكُنْ إِثْمًا فَإِنْ كان إِثْمًا كان أَبْعَدَ الناس منه وما انْتَقَمَ رسول اللَّهِ لِنَفْسِهِ إلا أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللَّهِ فَيَنْتَقِمَ لِلَّهِ بها

Ertinya : Tidaklah Nabi S.a.w dalam memilih antara dua perkara kecuali akan mengambil yang lebih mudah selagimana tidak tergolong dalam dosa, namun jika ia tergolong dalam bab dosa maka Nabi akan menjadi orang yang paling jauh darinya dan tiadalah Nabi s.a.w membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan bertindak (marah) bagi pihak Allah ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1306 )

Imam Ibn Hajar mengulas hadis di atas dengan katanya :

وما انتقم لنفسه إلا أن تنتهك حرمة الله فإن انتهكت حرمة الله كان أشد الناس غضبا لله

Ertinya : Nabi s.a.w tidak membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan MENJADI MANUSIA YANG PALING MARAH DI KERANA ALLAH (Fath Al-Bari, 6/576)

Justeru jelas, marah dan bertindak memboikot barangan keluaran mereka yang tertentu sebagai pengajaran tidak lari dari konteks hadis ini. Ini kerana kita wajar menyedari bahawa puak musuh Islam hari ini bertuhankan ekonomi. Mereka berpegang kepada system Laissez-faire atau free market. Pasaran akan menentukan sikap mereka. Kerana itu, salah satu cara mengajar dan meluahkan kemarahan sesuai mengikut zaman adalah dengan boikot ekonomi.

Cara inilah yang kerap dilakukan oleh USA kepada Iraq, Iran dan lain-lain.

Kita tidak nafikan perlunya cara lain untuk memperbetulkan keadaan, tetapi cara ini adalah salah satu cara yang relevan di sisi puak hamba-hamba ekonomi.  Bila hal ini diusik bila mereak ganggu Islam, semua hamba-hamba ekonomi yang lain akan berawas-awas kerana takut akan diganggu WANG mereka juga.

Sebab itu jika kita hanya ingin menumpukan kepada cara pendidikan, penerangan semata-mata, ia tidak akan memberikan kesan yang banyak kepada mereka yang sombong seperti pembenci Islam. Walaupun demikian, kerana hidayah milik Allah, sudah tentu kita boleh meneruskan kaedah tadi tetapi ia adalah kaedah jangka sederhana dan panjang.

2)            Hadis :-

إن المؤمن يجاهد بسيفه ولسانه

Ertinya : Sesungguhnya orang Mukmin itu berjuang dengan pedangnya dan juga dengan lisannya ( tulisan, lidah, dan tindakannya) ( Riwayat Ahmad, 1934, : Hadis Sohih)

3)  Hadis Nabi s.a.w

قال سَعْدُ بن عُبَادَةَ لو رأيت رَجُلًا مع امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسَّيْفِ غير مُصْفَحٍ فقال النبي  أَتَعْجَبُونَ من غَيْرَةِ سَعْدٍ لَأَنَا أَغْيَرُ منه وَاللَّهُ أَغْيَرُ مِنِّي

Ertinya : Berkata Sa'ad bin Muadz , jika aku nampak seorang lelaki bersama isteriku nescaya akan kupukulnya dengan pedangku maka berkata Nabi : Adakah kamu kagum dengan cemburu, kasih dan rasa protective Sa'ad?, Sesungguhnya aku lebih dari Sa'ad dan Allah lebih dariku.. ( Riwayat Bukhari, 5/2002)

Kesimpulannya, tanda kemarahan itu boleh dizahirkan menurut suasana dan keadaan dunia sekarang, apa yang penting adalah yang boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat barat bahawa Islam bagi penganut Islam tidak sama dengan agama di kacamata mereka. Menurut mereka AGAMA sangat terhad seperti yang ditakrifkan :-

.  .  .  means a way of spending an hour or so on Sundays in practices which give him some support and strength in dealing with the problems of daily life, and which encourages him to be friendly towards other persons and to maintain the standards of sexual propriety; it has little or nothing to do with commerce or economics or politics or industrial relationships  .  .  . or may even look on religion as an opiate developed by exploiters of the common people in order to keep them in subjection. (Watt (1979, p.3)

Malah menurut pandangan kebanyakkan pemikir secular Barat juga berpandangan bahawa agama itu hanyalah (rujuk tulisan Prof. Dr Aslam, UIAM) :-

  • religion reduced to a private matter between and individual and his/her God(s)
  • no role to play in determining public affairs
  • science replaced religion as authority
  • religion for infantile man; science for modern/nature man

Kerana itu mereka sendiri kerap membuat filem yang menghina agama mereka dan TIADA siapa dari gereja mereka yang membantah. Ini menjadikan mereka menganggap Islam juga seperti agama mereka yang boleh dipermainkan dan hanya dianuti dan dipercayai oleh orang-orang ketinggalana zaman dan tidak matang.

Namun setelah diteliti filem ini, ia ternyata bukan dibuat untuk suka-suka kerana kejahilan pembuat semata-mata, ia juga jelas satu jenis perangkap dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

Fatwa Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi

Syeikh Al-Allamah Al-Qaradawi berkata :-

أما الرد الخامس الذي طالب به فيتمثل في المقاطعة الاقتصادية لبضائع الدول التي تسمح لرعاياها بالتطاول على المقدسات الإسلامية". ووصف المقاطعة بأنها "سلاح يوجع القوم

Ertinya : kaedah kelima (untuk  berdepan dengan masalah penghinaan filem fitna) adalah "Boikot ekonomi iaitu dengan boikot pembelian barangannegara-negara yang membenarkan rakyatnya biadap kepada hal ehwal suci umat Islam, disifatkan boikot ini sebagai senjata yang boleh menyedar dan menyakitkan satu kaum" ( rujuk )   

Kesimpulan dan Filem Akhirat

Harus di boikot barangan tertentu keluaran Belanda untuk tempoh tertentu ( cadangan saya 2 bulan) sebagai mesej jelas kepada Belanda dan semua non-muslim di dunia agar jangan lagi mempermainkan Islam. Sama ada boikot ini berjaya beri kesan atau tidak, ia tetap releven sebagaimana burung yang masih berusaha bertindak memadamkan api.. ramai di luar sana tidak mampu melakukan cadangan-cadangan seperti rundingan, penrangan sebanar wajah Islam dan lain-lain. Justeru, tanpa boikot, mereka hanya akan duduk saja tanpa apa-apa usaha dan daya yang disumbangkan dalam isu ini.  

 

Bantahan dan boikot yang sama perlu kita lontarkan kepada penebrit filem "AKHIRAT" keluaran tempatan yang menghina nama ‘akhirat' dengan cerita bertunjangkan seks, zina, raba, aksi intim, AIDS dan lain-lain, cerita yang secara tidak langsung menghina sensitiviti Islam. Tidak wajar sama sekali mereka menggunakan nama "Akhirat" satu lafaz yang penuh makan tersirat malah lafaz yang disebut di dalam al-Quran.  Biadap penerbit ini !! (rujukan kebiadapan dalam filem akhirat )

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 April 2008

Last update: 09-04-2008 16:27

Published in : Soal Jawab, Politik Islam & Dakwah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (60) RSS feed comment
Posted by rosleejb, on 23-04-2008 12:01, IP 60.52.96.236, Guest
1. ...
T kasih kepada ust dan semua yang telah memberi pandangan. Ingin saya mencelah sedikit tntang komen dan pandangan dari kalian. 
Sebagai umat Islam memanglah kita sensitive dengan isu2 spt ini, tetapi pernahkah kita fikir adakah semua orang akan setuju dan menurut sama apa yang kita lakukan?Kita marah bila orang kafir hina Islam, tapi adakah kita sebagai umat Isam sendiri menegakkan ajaran Islam di negara kita? Apa yang kita pertahankan Islam di Malaysia?Kenapa tak kita boikot saja barang kita dulu kerana kerajaannya tidak menegakkan Islam?. 
Dimana undang2 Islam yang betul2 kita ikut sptmana terkandung dlm AlQuran?Contoh yg paling mudah: kita buat majlis maulid di surau atau pun dimasjid, adakah masuk waktu solat mereka2 ini solat berjemaah bersama2 kita? Saban tahun negara kita mengadakan musabaqah AlQuran, adakan wanita yang hadir menutup aurat sptmana yg dituntut oleh AlQuran?. 
Berbalik pd boikot bargan td. Pd pendapat peribadi sayalah kalau nak buat betul2 bukan boikot barang2 tapi dengan mendesak kerajaan untuk panggil balik Duta kita disana...Saya nak mintak pandangan teman2, saya berkerja dengan syarikat UNILEVER, yang mana shareholdernye adalah PNB dan Tabung Haji. Takkanlah saya nak berhenti kerja, lagipun sijil setakat SPM mana nak dapat kerja dgn sijil yg saya ada ni. Sekian
 
» Reply to this comment...

Posted by furoice88, on 19-04-2008 17:31, IP 60.52.103.62, Guest
2. ...
Assalamualaikum... 
Saya rasa pelik kenapa tiba2 banyak pulak produk belanda ni.. Fererro Rocher rasanya berasal dari Italy, dan Knorr pulak rasanya dari German. Persoalan saya, sejauh mana kebenaran senarai produk itu merupakan dari belanda? Risau pulak takut tiba2 negara lain tak pasal2 kena boycott 
Satu lagi, sekiranya kita boycott barangan2 tu, bukankah manufacturer di malaysia yg manufacture produk2 tu akan mengalami kerugian yg sama. wajarkah dia menerima hukuman tersebut sedangkan mungkin sekali mereka juga membantah sgt2 produksi filem fitna tersebut?
 
» Reply to this comment...

Posted by fnd, on 18-04-2008 18:47, IP 60.52.98.16, Guest
3. ...
salam boy-cott, 
 
Sebelum tanya UZAR hal itu, cubalah fikir sendiri dulu secara rasional.. Islam tu agama perdamaian..bukan pemusuhan..kalo dikatakan Muslim tu, kita patut tunjuklah contoh umat terbaik & bukan sebaliknya..mana kita tau pemain bola tu semua penyokong kuat zionis di Palastine?Dia main bola full season di Chelsea di England..  
 
Ada 8 juta yahudi dimuka bumi...hanya lebih kurang 2 juta yg berfahaman zionis extreme..yg lain2 tu mcm kita jer perangai..tak kisah & tak peduli hal2 sekeliling malah hal2 agama..  
 
Bukan semua org Yahudi sokong keganasan di Palastine oleh kerajaan Zionis mereka...tak tengok CNN ke ada org Yahudi Israel sendiri yg piket protes kekejaman tentera Israel kt org Palastine? Kalau kerajaan kita zalim & org luar pun tuduh kita pun sama juga zalim mcm mana? kalo org kata kita ahli Jemaah Islamiah macam mana? Walhal kedua-duanya kita bukan...Ada rasa benci & marah kt org yg buat mcm tu? Tanya diri sendiri... 
 
Kalo sendiri tak suka org cerca kita & tak suka pihak berkuasa negara org periksa lebih2 masa masuk negara mereka, jgnlah ikut juga sikap sebegitu...kalo tidak, apa bezanya kita & mereka.. 
Org Yahudi dtg Malaysia yg kononnya ramai 'Muslim' , maka kita selaku Melayu Islam ni tunjuklah perilaku yg mencerminkan 'contoh umat terbaik' seperti di sebut dlm al-Quran....kalo tak nnt dia pun mesti kata kat M'sia pun sama jer..lagi bertambah benci..psikologi manusia - skeptical & prejudis terhadap apa yg tidak diketahui & difahaminya.. 
 
Rasulullah s.a.w tak pernah pulak halau org Yahudi atau kafir Quraisy hatta iblis yg dtg berjumpa baginda..  
 
Sapa cakap kita tak bleh kawan/berniaga dgn Yahudi? Rasulullah pun berurusniaga dgn Yahudi beli kelengkapan perang.. cuma yg disarankan berwaspada je lah dgn mereka tu... ada makhluk yg 'berlabel Islam' pun tetapi perangai lg teruk dari Yahudi.. 
 
Nasihat saya.. usahlah terlalu over reacting..ikut ajaran siapa tu? Inikah dikatakan pejuang sunnah? Mana akhlak? Setakat sunnah penampilan jer? cukup ke?.. Walhal sunnah akhlak, perilaku & strategi Rasulullah s.a.w ditinggalkan jauh sejuta tiang ke belakang..tak pernah rasanya Rasulullah suruh org piket halang rombongan perniagaan kafir Quraisy Mekah dtg Madinah, walhal org kafir Quraisy Mekah menyeksa teruk umat Islam di situ..  
 
Hmm..ntahlah...Dilema umat Islam hadhari (masakini) agaknya... 
 
wallahualam
 
» Reply to this comment...

Posted by Zil-el-Saif (ibrahzine.com), on 18-04-2008 12:24, IP 60.52.102.156, Guest
4. ...
Assalamualaikum.... 
 
Ana penerbit mini e-zine bulanan ibrahzine.comdan ana menyokong penuh pemboikotan produk Belanda ini dalam e-zine ana tersebut. Walau bagaimanapun berhadapan dengan pembaca e-zine yang bersetuju dengan boikot tersebut, ana tak mampu menjawab. Ana cuma bagi link untuk refer balik ke blog ustaz ni.
 
» Reply to this comment...

Posted by boy-cott, on 17-04-2008 14:32, IP 211.25.51.200, Guest
5. ...
ustaz, bleh komen berkenaan kedatangan kelab Chelsea yg termasuk jurulatih dan pemain YAHUDI LAKNATULLAH ke Malaysia?
 
» Reply to this comment...

Posted by Msafwan86, on 15-04-2008 21:43, IP 60.52.100.30, Guest
6. ...
Teringat 2 hari lepas, minyak kereta nak habis, tapi bila nampak Shell (kepunyaam Belanda), teruskan perjalanan sampai jumpa Petronas... alhamdulillah minyak x kering lagi...
 
» Reply to this comment...

Posted by fit, on 15-04-2008 21:21, IP 60.52.100.30, Guest
7. ...
Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-
 
» Reply to this comment...

Posted by Soleh, on 14-04-2008 20:03, IP 211.25.51.14, Guest
8. ...
Saya amat setuju dgn Ustaz 
ade jugak kawan2 yg tak mahu boikot dgn alasan org Belanda semua tak setuju dgn Wilders 
Bagi saya walaupun majority org belanda menentang, kita perlu jugak boikot agar mereka faham sensitiviti umat islam 
sedangkan mereka boleh buat undang2 anti yahudi kenapa tidak boleh buat undang2 anti islam atau anti religion
 
» Reply to this comment...

Posted by innocent, on 13-04-2008 10:07, IP 60.52.96.179, Guest
9. ...
aduh... baru tukar susu anak dari dutch lady ke dumex (rujuk web PPIM), rupanya dumex belanda punya gak ke... hu..hu..
 
» Reply to this comment...

Posted by taufik, on 13-04-2008 10:07, IP 60.52.96.179, Guest
10. ...
assalamualaikum....dalam mempraktikkkan program memboikot barang belanda,perlu juga kita menyelitkan rasa muhasabah diri sesama muslim.hal ini kerana masyarakat barat memandang serong terhadap umat islam disebabkan kesilapan umat islam itu sendiri.umat islam tidak mengamalkan ajaran islam ataupun umat islam tersilap memahami dan mempraktikkan ajaran itu sendiri padahal ajaran islam sendiri adalah syumul,sistematk.bukannya rigid
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Shah A.Hassan, on 12-04-2008 11:22, IP 60.52.100.61, Guest
11. ...
Assalamualaikum, salam sejahtera. 
 
Izinkan saya mencelah di ruangan ini. Membaca wacana asal oleh Ustaz dan komen oleh saudara-saudaraku sekalian dalam web ini saya mendapati wujud dua pendapat utama mengenai sama ada perlu atau tidak memboikot barangan Belanda. 
 
Seperti saudara-saudara sekalian, saya juga mempunyai pandangan mengenai perkara ini yang telah saya tuliskan di blog peribadi saya. Saya ajak saudara-saudara untuk berkongsi pendapat dengan saya di http://my.opera.com/SHAHAIKAL/ blog/show.dml/1887607  
 
Saya mempersilakan saudara-saudara untuk memberi komen dan berkongsi pendpat di blog peribadi saya itu. 
 
Mohon maaf kerana saya tidak muatkan pendapat saya di sini oleh kerana ia agak panjang untuk dimuatkan sebagai komen. 
 
Sudah tentu pendapat saya berada pada salah satu pendapat daripada dua pendapat yang dikemukakan dalam web ini. 
 
Silakan ke blog saya untuk mengetahui pendapat saya dan memahami pemikiran saya mengenai perkara ini.  
 
 
Sekian terima kasih. 
 
Mohd. Shah A.Hassan 
 
» Reply to this comment...

Posted by ana, on 11-04-2008 07:05, IP 60.52.101.24, Guest
12. ...
boikot je yg mampu sy yg hina lg tdk berkemampuan ini untuk BERTINDAK...dengan niat agar ianya menjadi ISYARAT sensitiviti kita sebagai hambaNYA...wallahua'lam
 
» Reply to this comment...

Posted by fnd, on 08-04-2008 19:39, IP 60.52.103.67, Guest
13. ...
salam to all.. 
 
Boycotting is one thing... countering with real facts about true Islam to defy all those false allegations in Fitna about Islam in an academical approach is also another thing...so far we only resort to one action, what about the other? 
 
It seem futile to deal with an european economic powerhouse to force them to bow down to us as we are at our weakest point since the fall of Ottoman Empire...as far as we know the end result with all boycotting will never bring any harms to those Islamophobia rascals..other than putting our own Malaysian Muslim at stake economically 
 
Boycotting local franchises/JV Dutch product seems to bring more colleteral damages to local Malaysian Muslims economy depending for source of incomes...Better boycott direct imported goods from Holland as it afect them directly, since the franchisers brand only contributed a minor fraction from their revenue to their principals. 
 
Some Dutch citizens who understand these situation fine also does not condone such act.. should we go further against these people who agree & understand us? ...lets not take chances to toss the coin again as situation might turn out to be infavourable to us. 
 
Its better to let the joker has all the opportunity to display his own notoriuos stupidity other that we ourselves get so much irritated and fall in his play and give him all the good time to further make fun on us,whereas we on the other hand could act in such a more wiser approach and savour the last laugh.. 
 
in fact this is just a cunning words & gesture game to provoke the muslim to go for 'auto-confession' as their so called label 'terrorist'.... 
 
follow Rasulullah s.a.w strategy..The true Ad-Deen speaks the quality for itself as it is not something from mortal invention..think smart...do not play the outraged violent game with a joker. 
 
wasallam
 
» Reply to this comment...

Posted by Dollah PM, on 08-04-2008 15:36, IP 60.52.96.46, Guest
14. ...
Siapa yang boikot? Dua tiga kerat aje kot? Kalau media tak turut boikot...
 
» Reply to this comment...

Posted by johann pachelbel, on 08-04-2008 15:18, IP 211.25.51.14, Guest
15. ...
pada saya kita perlu wat homework sket. saya pon tak tau pasal pekara ni, so mungkin kawan2 boleh bantu. 
 
1. adakah Geert Wilders ahli politik pemerintah negara belanda?  
 
jika ya, kita patut memboikot barangan belanda untuk menunjukkan protes. 
 
jika tidak, saya berpendapat tidak begitu wajar kita memboitkot kerana ia tidak menunjukkan pendirian sebenar ahli politik negara belanda.
 
» Reply to this comment...

Posted by keown, on 08-04-2008 14:18, IP 211.25.51.14, Guest
16. ...
Umat islam perlu sensitif...kalau orang cakap mak kita bodo, bengong, busuk n macam sampah..kite marah x... 
 
sama la dgn kes FITNA ni..ia satu FITNAH..boikot adalah jalan yg paling pratikal buat masa sekarang. 
 
cadangan-cadangan yg lain tu cuma pandai tulis dan cakap je.
 
» Reply to this comment...

Posted by NilzaSaza, on 08-04-2008 11:10, IP 211.25.51.14, Guest
17. ...
Salam Ust. 
First time bagi komen - Terima kasih atas artikel ini. Sebelum ini ana fwdkan kempen boikot tp ramai yg balas tak patut cam yg ust cerita kat atas. Tapi bila baca artikel ini , ana rasa yakin balik utk gesa kawan2 boikot barangan Belanda secara berstrategi untuk jaga maruah umat Islam. 
 
Kalau bukan kita yg bela Islam , nk tunggu sapa kan??? 
 
Jom BOIKOT BARANGAN BELANDA..at least 2 BULAN ....BERANI??? JOMMMM!!!! 
 
~ns
 
» Reply to this comment...

Posted by PENDAPAT LELAKI MATANG.., on 08-04-2008 08:11, IP 60.52.96.46, Guest
18. ...
Saya suka perbincangan dan perkongsian pendapat. Sebab ia boleh mencetuskan minda yang kritis. 
 
Pada pendapat saya, semua perbincangan tentang isu filem fitna ini adalah berasaskan strategi. Apa strategi yang patut kita ambil? Apakah matlamat kita bila isu ini timbul? 
 
Di sini saya percaya matlamat utama kita semua adalah sama iaitu untuk menegakkan deen islam. Namun bila bercakap soal strategi mana yang patut kita ambil, ramai antara kita yang berbeza pendapat.. 
 
Jd,harap kita sama2 dapat mengkaji yang mana strategi yang terbaik. 
 
Seperti sedia maklum, hasil usaha strategi kita tetap 100% ditentukan oleh Allah SWT.  
 
Namun, sebelum bertawakkal atau berserah kepada Allah, kita haruslah berusaha sedaya upaya mengikut kemampuan kita.  
 
Bila bercakap soal mampu, takat mana kita mampu lakukan pada hari ini? Adakah cukup kuat untuk kita gunakan kuasa pengaruh dan ekonomi untuk menentang mereka? Atau adakah cukup baik masyarakat kita untuk menerangkan kepada mereka tentang kebajikan/kebaikan kita sebagai masyarakat islam ? 
 
berbalik soal strategi, suke saya ketegorikan strategi kepada asas berikut: 
 
*kekerasan di balas kekerasan 
*kebaikan di balas kebaikan 
- pada pendapat saya, kedua-dua strategi ni adalah lumrah semulajadi manusia.. 
- ia tidak dapat membezakan sama ada kita islam atau kita bukan islam..  
 
*kekerasan di balas kebaikan 
- tentunya, strategi ni sangat mulia..kebanyakannya dipunyai oleh orang yang tinggi kesabarannya seperti Nabi2 dan Rasul2.. 
 
*kebaikan di balas kekerasan 
- tentunya, strategi ni sangat celaka..sudah pasti dipunyai syaitan.. 
 
Jadi yang mana kita nak pilih ustaz? 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Nabilah, on 07-04-2008 07:04, IP 60.52.97.240, Guest
19. ...
Thanx for the jawapan. :)  
 
Ustaz..ade e-mail tak? Saya ade tulis artikel berkaitan pandangan orang Dutch terhadap Islam. Saya nak pandangan ustaz. Saya cari kat bahagian 'contact us', tapi hanye ade nombor utk di'sms' dan fax. Saya kat oversea ni. Susah sket nk sms atau fax. Mesin fax pun saye tak ade... 
 
Wallahu'alam. 
Salam. 
 
uzar : email ke zaharuddin@yahoo.com tetapi tiada jaminan lagi saya sempat membacanya krn terlalu banyak email
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 07-04-2008 07:03, IP 60.52.97.240, Guest
20. ...
Assalamualaikum WBT... 
 
Ust.. Saya dpt rasakan bahawa msyrakt luar yg tidak tahu apa itu Islam sbenarnya akan berpendapat bahwa Islam ini adalah ganas.. kejam... sperti yg dapat kita lihat pada filem pendek tersebut.. yg ditunjukkan aksi ganas aksi ganas semata-mata..... tetapi mereka tidak tahu ada di antara slot2 tersebut wujudnya hukuman2 hudud yg memang dilaksanakan di negara Islam AsiaTimur Tengah... Itu adalah Islam.. yg berzina direjam smpai mati... Homoseks dibunuh... ini adalah satu cara Islam.. Cara Hidup Islam yg sebenar.. tapi mereka memanipulasikan hukuman sebegitu dgn mengambil kesempatan untuk menunjukan Islam ini zalim.. ganas.. tidak berperikemanusiaan.... sedangkan itu adalah cara yg terbaik untuk membasmi kemaksiatan antara manusia.... 
 
tetapi mereka tidak melihat apa yg dilakukan barat kepada negara Islam yg lain.. sperti Lubnan... Palestin.. iraq... afghanistan...  
 
maka... adalah perkara yg perlu kita umat Islam sejagat... untuk memboikot... memboikot mana2 produk dr mereka yg laknat ini supaya mereka sedar.. kita adalah tidak lemah... Agama kita dan saudara2 kita di Asia timur tengah itu bukan boleh diperkotak-katikkan... 
 
Allahuakbar!!
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba ALLAH, on 07-04-2008 06:59, IP 60.52.97.240, Guest
21. ...
salam ustaz.. ustaz.ana minta maaf kalu2 comment ana tu pelik.. lgpun ana baru di cni.emm, tp ana still confused. ana x ckp pun mane2 pihak pendek akal. cume kalu org ni ckp cm2, org tu ckp cmni, mst la golongan cm ana ni pening. kirenye kan ustaz, ia depends on niat kite ke? :?  
 
UZAR : SAYA TIDAK KATA PUN SAUDARA YANG CAKAP...HANYA HANYA BERI PERINGATAN UMUM KEPADA PEMBACA WEB DAN KOMENTAR DI WEB INI. SEKIAN
 
» Reply to this comment...

Posted by Adi Al Abror, on 07-04-2008 06:58, IP 60.52.97.240, Guest
22. ...
Asalamualaikum. Pada pendapat saya Orang Islam memang kuat diseluruh dunia. Disebabkan kekuatan dan adanya umat Islam diseluruh dunia, Allah masih lagi menyimpan pembalasan Hari Kiamat. Sempena Maulidur Rasul ini kita seharusnya melihat dan mengkaji sejarah Nabi Muhammad SAW. Kehebatan Baginda bukan kerana peperangan tetapi kepada Leadership and Management. Islan tersebar luas kerana dua elemen tersebut. Oleh itu KITA tidak wajar memboikot produk negara tersebut kerana KITA umat Islam berakhlak Nabi. Jadikan negara Belanda sebagai rakan KITA dan pasti mereka akan malu dengan KITA. Adakan perhubungan baik. Semua Pemimpin negara Islam pergi mengunjungi negara Belanda dan adakan perjanjian ekonomi bagi tujuan perpaduan. Di Malaysia Perdana Menteri KITA Pak Lah mesti bertemu Pucuk Pimpinan Belanda dan selepas ada perbincangan slotkan isu FITNA dan minta pihak Belanda menguruskan masalah ini. Itu adalah merupakan jalan terbaik dan semoga tiada pergolakan politik dunia yang menyebabkan perpperangan SALIB terjadi lagi. InsyaAllah dunia akan aman dan KITA sebagai makhluk Allah akan mudah beribadah. Sekian Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by komen skit., on 06-04-2008 17:31, IP 60.52.102.106, Guest
23. ...
Salam. Jangan melenting lagi. hehe. Aku 
tak kisah kalau korang nak boikot 
Belanda ke nak buat ape pun sebagai 
menunjukkan ketidakpuasan hati dan 
kemarahan kita pada mereka yang hina 
Nabi Muhammad SAW. 
 
Tapi kita fikirkanlah, apa sebenarnya 
yang kita telah lakukan demi menunjukkan 
kecintaan kita kepada Nabi SAW. Nabi 
bersabda dalam suatu hadith lebih kurang 
mafhumnya, "Barangsiapa yang mencintai 
sunnahku, maka dia mencintai aku. Dan 
siapa yang mencintai aku, dia akan 
bersamaku di syurga." - Bukhari & Muslim 
 
Apakah sunnah Nabi SAW? Tak payah 
bagitau, aku percaya kita semua telah 
sedia maklum. Cuma adakah kita telah 
mengamalkan atau sedang cuba untuk 
belajar beramal, atau terfikir untuk 
mengamalkan sunnah Nabi SAW? 
 
Apakah antara sunnah Nabi SAW yang 
paling besar? Iaitu, mengajak manusia 
kepada Allah SWT, sembahyang fardhu 
secara berjemaah bagi orang Islam 
lelaki, dan fikirkan tentang bagaimana 
hendak menyelamatkan umat Nabi SAW dari 
neraka dan masuk ke dalam syurga. Itulah 
antara sunnah2 Nabi SAW yang utama. 
 
Hari ini apa yang saya dan anda buat? 
Sembahyang berjemaah pun kita liat. 
Fikirkan umat, jauh panggang dari api. 
Tak habis2 kita nak cari kuasa, pangkat, 
harta di dunia, lebih buruk lagi 
mengaitkan dgn Islam. Yang tu je kita 
dok buat. 
 
Tiba2 dunia barat buat hal, kita plak 
yang melatah lebih2. Apa kes? Salah kita 
sebenarnya. Kita umat Islam hari ini tak 
tunjukkan akhlak seperti mana akhlak 
Nabi SAW dan para sahabat R.Anhum. Nak 
ajak dan kenalkan Allah SWT pada 
diorang, lagi lah kita tak buat. So apa 
cerita nak marah tak tentu pasal kalau 
ia bermula dari kita sendiri? 
 
Bukan tak boleh nak protes, boleh. Aku 
pun cuba nak protes. Tapi janganlah 
sampai nak maki dan kutuk mereka. 
Sepatutnya kita doa pada Allah SWT 
supaya Allah SWT berikan hidayat untuk 
mereka dan keturunan mereka. Sebagaimana 
yang Nabi SAW dan para sahabat buat masa 
mereka masuk Makkah pada "Hari Pembukaan 
Makkah". Malam2 mereka menangis minta 
Allah SWT beri hidayat pada musyrikin 
Makkah. 
 
Sampai Hindon yang pernah seksa jenazah 
Saidina Hamzah R.A. pun masuk Islam pada 
hari kedua 'Fatah Makkah'. Sahabat lain 
tanya pada Hindon, "Apa yang buatkan 
kamu masuk Islam?" Hindon menjawab, 
"Bukan aku yang masuk Islam, tapi Islam 
yang masuk ke dalam diriku." Hindon 
bercerita lagi, "Kami mengintip tentera 
Islam pada waktu malam semalam untuk 
mengetahui apa yang tentera Islam 
lakukan? Adakah mereka meraikan kejayaan 
'Fatah Makkah'? 
 
Hindon bercerita lagi, "Kami 
beramai-ramai pergi ke markas tentera 
Islam untuk mengintip. Dan kami 
tersentuh hati apabila melihat mereka 
sujud dan menangis kepada Allah SWT 
dengan meminta hidayat Allah SWT kepada 
kami dengan menyebut nama-nama kami. Aku 
sayu mendengar seorang sahabat menyebut 
nama aku kepada Allah SWT. Aku kagum 
dengan akhlak mereka. Lalu Islam telah 
masuk dalam diriku." 
 
Itulah akhlak Islam yang sebenar. Nabi 
SAW yang empunya diri kena kutuk, maki 
dan seksa pun, Nabi SAW tak marah dan 
maki. Nabi SAW berdoa lagi minta hidayat 
untuk mereka. (cnth- peristiwa Taif). 
Nabi yang hari2 kena kutuk n maki dgn 
Abu Jahal pun, Nabi buat xpeduli je. 
Nabi doa dan ziarah sebanyak 70kali. 
Nabi nak perang pun, Nabi SAW dakwah 
dulu selama 3hari kat tempat nak serang. 
 
Apa lagi nak di kata? Tiada alasan lagi 
untuk kita. Apakah kita dah buat macam 
Nabi SAW buat? Dah amalkan sunnah2 Nabi 
SAW? Fikirkanlah wahai sahabat. Aku tak 
halang korang nak buat ape pun. Yang 
penting, sunnah Nabi SAW jgn kita 
tinggal. Barulah kita umat Islam dan 
kuffar macam buku dgn ruas. Jangan 
sampai, yang dikejar tak dapat, yang 
dikendong berciciran sudah. 
 
Sebenarnya, aku tak berniat nak tujukan 
pada sesiapa. Aku berpesan 99% untuk 
diri aku dan 1% untuk korang. Supaya 
kita sama2 fikir bagaimana untuk dapat 
kejayaan yang hakiki di dunia dan di 
akhirat.  
 
btul x uzar??smg Allah trima kita smua
 
» Reply to this comment...

Posted by am0i ida, on 06-04-2008 15:10, IP 60.52.98.28, Guest
24. ...
Salam. 
 
Saya berpendapat apa yang Uzar terangkan dah cukup mantap beserta dalil, terpulang pada rakyat kita untuk bertindak.  
 
Kalau boikot sementara niepun rakyat tak mampu nak buat, apalagi bokot berterusan seperti boikot ke atas produk negara yang menzalimi Palestin. 
 
Maklumla, produk yang diboikot sedap2 di perut belaka walaupun bukan tiada alternatif produk lain, tanpa iman kepada ALlah, kesedaran dan merasai umat Islam itu bersaudara sudah tentu tak dapat dilakukan...dan golongan seperti ini akan bertanya macam-macam soalan kerana hakikatnya hati mereka berat dan tidak redha untuk berbuat.. 
 
Wallahu'alam
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba ALLAH, on 06-04-2008 06:35, IP 60.52.98.28, Guest
25. ...
salam ustaz.. ana confused.pendapat berbeza. nk ikut mane satu ni? cube ustaz tgk sndri this website.. ana nk komen pon ana xreti. sesama muslim tp pendapat berbeza. http://saifulislam.com/? p=1678#more-1678 :? :? harap ustaz dpt beri sedikit penjelasan. salam :) :)  
 
UZAR : its up to you..untuk berikan hujjah ..asala jangan duk anggap orang lain yang berbeza pendapat dengan anda sebagai pendek aqal sudah le.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdills, on 05-04-2008 09:37, IP 60.52.98.172, Guest
26. ...
Boikot saja apa susah-susah. 
JIHAD!! 
ALLAHHUAKBAR!!
 
» Reply to this comment...

Posted by Nabilah, on 05-04-2008 07:28, IP 60.52.98.172, Guest
27. ...
Assalamualaikum Ustaz.  
 
Saya nak tanye berkaitan kisah Thumamah dan sekatan bekalan gandum ke Mekah,... 
 
Jika dilihat, sebab Thumamah menghalang gandum ke Mekah ialah kerana masih ada kafir-kafir musyrik di Mekah. Tujuan sekatan bekalan gandum ialah untuk memberi tekanan kepada kaum2 musyrik ini untuk memasuki Islam. Tetapi apa yang dilihat, hasil sekatan ini ialah Rasul saw memohon agar sekatan diberhentikan, bukannya orang2 musyrik itu mengalah dan masuk Islam. Jadi, pada pendaoat saya, sekatan itu gagal. Tekanan ekonomi (kelaparan) yang ingin Thumamah kenakan atas kaum2 musyrik Mekah, telah mengena juga kepada orang2 Islam. Dan akhirnya, bukan orang2 musyrik yang masuk Islam, tetapi kerajaan Islam di bawah kepimpinan Rasul saw juga yang memohon agar sekatan diberhentikan. 
 
Saya tidak meragui kisah ini dan juga tidak menentang usaha boikot, tetapi kisah ini bukanlah contoh usaha boikot yang telah dilakukan pada zaman Nabi. Dan bukan pula contoh boikot yang berjaya. Pembaca2 mungkin tertarik dan terasa untuk menyokong tindakan boikot kerana "lihat...di zaman Nabi pun org2 boikot". Tetapi, bukalah mata anda dan lihatlah objektif boikot yang dilakukan oleh Thumamah dan adakah ia berjaya?  
 
Wallahu'alam. Maaf jika telah melampaui batas dalam mengutarakan pandangan. Minta penjelasan yang lebih dalam daripada Ustaz berkaitan kisah Al-Yamamah dalam hadis ini. 
 
Assalamualaikum 
 
UZAR : BAGUS, PEMBACAAN YANG TELITI, SAYA MEMANG TUNGGU ADA TAK ORANG PERASAN.  
 
CUMA PERLU BACA DENGAN LEBIH DALAM LAGI SEEPERTI BERIKUT :- 
 
1) BOIKOT TU HANYA DI MINTA DIHENTIKAN OLEH NABI SETELAH BERTAHUN-TAHUN SETELAH ADA PERMOHOHAN DARI WAKIL KAFIR. BERMAKNA SELAMA SEBELUM TU NABI BIARKAN TANPA SEBARANG LARANGAN. TIDAK LOGIK NABI TIDAK TAHU APA YANG BERLKAU DI MEKAH BERTAUHN SEBELUM ITU. 
 
DAN KERANA ITU JUGA SAYA CADANG DUA BULAN SAHAJA DAN BUKAN SELAMA-LAMANYA  
 
2) TINDAKAN BOIKOT ATAU TIDAK BUKAN IBADAH KHUSUS YANG MESTI ADA DALIL KHUSUS DARI NABI SECARA SPECIFIK. IA ADALAH TERGOLONG DALAM FIQH MUAMALAT YANG DINILAI KEHARUSAN BERSADARKAN MAQASID (OBJEKTIF), IA TERMASUK DALAM BENDA IJTIHADI YANG MENGIKUT ZAMAN DAN MASA SERTA PANDANGAN SIYASAH SYARIYYAH PEMERINTAH. KINI MAJLIS FATWA, JAKIM, MENTERI JAB PERDANA MENTERI DAH SURUH BOIKOT..MAKA WAJARLAH.
 
» Reply to this comment...

Posted by zulll, on 04-04-2008 22:00, IP 60.52.97.226, Guest
28. ...
benarkah semakin ramai penduduk negara eropah memeluk islam? menjadi salah satu sebab munculnya filem fitna ni?
 
» Reply to this comment...

Posted by noraini binti sulaiman, on 04-04-2008 16:45, IP 60.52.97.226, Guest
29. ...
Kesal, marah, kecewa dan sedih. itu perasaan saya.. bercampur baur. kesal kerana maruah Islam diperkotak katik... marah kerana punca Islam dipandang sebegitu adalah kerana sebahagian umat Islam sendiri yang menggunakan Islam sebagai alas kaki, kecewa kerana hanya sebahagian kecil umat Islam lain yang cuba menegakkan kebenaran dan sedih kerana tanda dunia semakin menghampiri kiamat.. dah dekat.. amat dekat... menanti masa... bila-bila masa
 
» Reply to this comment...

Posted by pelawat baru., on 04-04-2008 16:41, IP 60.52.97.226, Guest
30. ...
Lihat filem-filem yang ada di luar sana. Kenapa bukan prinsipnya "semua filem asalnya diboikot, kecuali yang dibuktikan boleh ditonton". 
 
UZAR : OK JUGAK TU :)
 
» Reply to this comment...

Posted by huseien kgmmb, on 04-04-2008 16:19, IP 60.52.97.226, Guest
31. ...
Assalamualaikum.  
InsyaAllah, saya secara peribadi bersetuju jika boikot itu tidak dilihat sebagai satu-satunya cara untuk berhadapan dengan isu ini, tetapi mengikut kemampuan dan tahap lapisan masyarakat.Maha Suci Allah, tiada yang akan terjadi setelah puncak ketinggian kecuali kejatuhan dan kehancuran. Armageddon akan berkecamuk di Bumi Palestin dimana di sana akan bertemu kumpulan-kumpulan pasukan besar. Semua umat Islam wajar bersatu menyatakan bantahan dan boikot
 
» Reply to this comment...

Posted by pejuang kebenaran, on 04-04-2008 16:19, IP 60.52.97.226, Guest
32. ...
salam...setelah membaca artikel ustaz ttg memboikot barangan belanda ini,saya amat bersetuju sekali.Memang tidak dinafikan tindakan memboikot ini ada keburukan dan kebaikannya kepada umat Islam.Tetapi daripada apa yg dapat dilihat,tindakan memboikot ini merupakan 1 alternatif yg terbaik dalam menjatuhkan musuh Islam.Jika kita lihat,sudah terlalu banyak penghinaan yg telah dilakukan oleh orang kafir terhadap Islam.Kita sebagai umat Islam x kan nak tengok dan biarkan shj.Sekurangnya ada tindakan yg perlu kita lakukan bagi membela nasib Islam yg dianggap oleh org kafir sbg 1 agama yg lemah.Kita sepatutnya menaikkan kembali nama Islam dan kembali kepada Islam yg kuat seperti mana zaman2 terdahulu.Insyaallah dengan melakukan boikot ini akan memberi kesedaran kepada org kafir bahawa kita umat Islam bukanlah lemah dan kita masih boleh hidup tanpa bergantung kepada barangan mereka.Hidup Islam...Takbir!!!!!!
 
» Reply to this comment...

Posted by manis, on 03-04-2008 14:15, IP 60.52.101.22, Guest
33. ...
Malaysian furore over Dutch film  
April 02, 2008 - 07:30  
 
 
Members of Malaysia's ruling party have joined worldwide Muslim condemnation of a Netherlands-produced film, released last week, that is critical of Islam. 
 
The youth wing of the United Malay National Organisation (Umno), the ruling coalition's main partner, held a protest on Wednesday against Fitna, made by a Geert Wilders, a Dutch legislator. 
 
Last week Wilders posted the 15-minute clip on the internet, which accuses the Quran of inciting violence, drawing waves of anger from Muslim nations. 
 
Since then, Malaysia's foreign ministry has strongly condemned the film as disrespectful and insensitive. 
 
On Monday, Malaysia's religious council ruled that Fitna was an insult to Islam and urged Muslims to protest by boycotting Dutch products, saying it created unnecessary tensions and misled viewers to link Islam with violence. 
 
Wilders criticised  
 
On Tuesday a group of Umno Youth members carried banners that read "Islam is Peace" outside the Dutch ambassador's residence, shouting "Allah is great" and displaying posters including one depicting Wilders as Satan. 
 
Pirdaus Ismail, who led some 20 Umno Youth members, said the Dutch government should promote religious harmony. 
 
Pirdaus also reiterated that freedom of speech is no justification to insult Muslim sensitivities. 
 
Marzuki Yahya, an official from the youth movement, said they wanted to tell the world not to "simply criticise Islam". 
 
'Respect Muslims' 
 
"They should respect Muslim people," Yahya said. 
 
"The government of Holland should apologise and take full responsibility." 
 
On the same day, Mydin Wholesale Emporium, one of the country's leading supermarket chains, initiated a soft boycott by marking products with red labels specifying all items made in the Netherlands. 
 
 
 
Wilders' film Fitna has triggered 
widespread condemnation [AFP] 
 
Ameer Ali Mydin, managing director of Mydin Mohamed Holdings Bhd, said 40 of his stores would participate in the campaign, which will give customers the option of boycotting Dutch products. 
 
"I think as a Muslim, we have to take a stand," Mydin told The Associated Press. 
 
The chain buys $18.8m worth of Dutch goods a year, ranging from dairy products and cosmetics to electronics. 
 
Muslims make up slightly more than 50 per cent of the 27 million people in Malaysia. 
 
Lody Embrechts, the Dutch ambassador to Malaysia, said the film's release was regrettable but called for a dialogue instead of a boycott of Dutch goods. 
 
Dialogue 
 
"The film indeed equates Islam with violence. The Dutch government rejects that interpretation," Embrechts told The Associated Press. 
 
"The Dutch government really regrets that Mr Wilders produced this movie ... to cause offence." 
 
On Wednesday, Malaysian dairy giant Dutch Lady Milk Industries, in a response to calls for a boycott of Dutch products, took out full-page newspaper advertisements to denounce the film. 
 
The public-listed company said in the newspaper announcements and on its website that it "strongly condemns this expression against Islam" by Wilders. 
 
 
Dutch Lady, whose parent is Dutch multinational firm Royal Friesland Foods, is 50 per cent owned by Malaysians and employs 660 Malaysians to make dairy products locally. 
 
Company's appeal 
 
"We are part of the Malaysian community and respect all its cultures as its own," Kamarul Ariffin Mohamad Yassin, the company's chairman, said in the advertisement. 
 
"We look forward to your continued support and will always cherish the values that we share." 
 
Late in 2005 Danish daily Jyllands-Posten published caricatures of Prophet Muhammad but a furore erupted only after other papers reprinted them in 2006. 
 
At least 50 people were killed in related protests against the publication of the cartoons, which some Muslims say are an affront to Islam. 
 
http://english.aljazeera.net/ NR/exeres/4F718297-CD35-4FCB- BB5B-5BCBCAB5D608.htm 
 
 
cayalah Mydin Hypermarket-how nice if others follow suit but hypermarket yg berlambak-lambak kat Malaysia ni semua bukan Muslim own and not even 100% Malaysian!
 
» Reply to this comment...

Posted by INGIN TAU, on 03-04-2008 11:24, IP 60.52.101.22, Guest
34. ...
a'kum ustaz...saya ingin kepastian...ustaz cakap...dalam filem "akhirat"...'kita boleh berhadapan sendiri dgn filem dan penerbitnya'...saya ingin tahu apakah ada usaha pihak2 tertentu untuk berjumpa dgn penerbit filem terbabit atau telah menghantar memorundum bantahan kepada mereka?...sebab filem itu tengah hangat ditayangkan...takkan baru habis tayangan dan mereka dah 'untung sakan' baru kita nak bantah?atau camne?.....belum terlambat boikot FILEM AKHIRAT.....
 
» Reply to this comment...

Posted by mamat, on 03-04-2008 09:36, IP 60.52.101.22, Guest
35. ...
salam.. 
 
kita umat islam harus bersatu memboikot barangan keluaran belanda..Sayangi la Agama kita dari diperlekehkan oleh orang kafir..barangsiapa membantu agama Allah, insyaAllah Allah membantu kita..Amin.  
 
saya ada terbaca komen daripada saudara din85 mengenai perang armagedon. adakah perang armageddon akan terjadi Uzar?? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibnu Muaz, on 03-04-2008 09:36, IP 60.52.101.22, Guest
36. Ibnu Muaz
Seperti komen saya seblum artikel ini. Tidak salah boikot. Namun bukan jalan keluar . Namuan dari senarai yang dikeluarkan sudah sekian lama atau beberapa lama saya tidak menggunakan barangan dan peralatan/perabot belanda.  
 
Namun lebih penting dari itu , bentuklah ummat islam kearah membetulkan , mengamalkan islam keseluruhan. Berapa ramai, ratusan, ribuan garduan ber title islam dikeluarkan setiap tahun dalam dan luar negara. Tanggungjawab yang besar atas mereka ini meneruskan risalah kerasulan dan sahabat r.hum . AKU TERSANGAT SEDIH MELIHAT KEADAAN INI. Allah tidak melihat kepada bilangan , kekautan senjata , strtegi sebagai yang pertama. Bilangan yang ramai , kuasa lll ???, kekauatan senjata , sterategi tidak penting tetapi satu keperluan . Perang Khandak , Perang badar , Hunain membuktikannya. Jangan lari dari membina senjata , bilangan dan strategi tetapi ada yang lebih penting dari itu iaitu membina insan taqwa/muttaggin . Orang bukan islam akan gentar kepada orang islam apabila orang islam membina keyakinan ini takqwa dan muttaqqin . Dan ini sebenarnya kerja berterusan saya dan antum sekelian. Orang islam sekarang umpama harimau / singa dalam kandang/sangkar/muzium. Masjid/surau kosong dari penghuni , amalan dan rohnya w'pun begitu banyak pengajian , ceramah diadakan. Baikotlah . tetapi adalah tugas yang lebih penting dari itu. Jalankan tugas tanpa meminta/mengharap upah wahai saya, antum jutaan graduan islam . Kembalikan ummat kepada pengamalan perintah Allah dan Sunnah rasul s.a.w. Wallah hu aklam. Maaf
 
» Reply to this comment...

Posted by no name, on 03-04-2008 09:35, IP 60.52.101.22, Guest
37. ...
Salam, 
 
amin, awak kena baca komen dr bwh. Jgn setakat baca artikel then terus bg komen. Sebab apa yg awak kata tu, dh diperkatakan awal2 lagi.
 
» Reply to this comment...

Posted by Munawwarah, on 03-04-2008 06:39, IP 60.52.96.208, Guest
38. ...
Seruan: Wajar counter short film FITNA dengan penjelasan mengenai Islam yang sebenar.kan misconception yg dibawakan oleh Wilders. 
 
UZAR : semua orang boleh cadanag benda ni tapi masih belum ada sesiapa yang reti buat. Hanya bercakap tanpa tndakan menyebabkan ahli parlimen tu makin seronok. 
 
kerana itu, boikot terpaksa digunakan.
 
» Reply to this comment...

Posted by hoho, on 03-04-2008 06:38, IP 60.52.96.208, Guest
39. ...
patut nya pihak admin YOUTUBE perlu block tayangan tu! 
 
UZAR : SALAH SATU IBJEKTIF BOIKOT ADALAH AGAR ADA TINDAKAN LEBIH KERAS DARI PEMERINTAH BELANDA KEPADA AHLI PARLIMEN SEHINGGA DIA TARIK BALIK TAYANGANNYA KERANA DIDESAK PELBAGAI PIHAK. TANPA BOIKOT (IAITU INILAH JALAN TERAKHIR KOT), SI AHLI PARLIMEN AKAN TERUS RELAX DAN SENYUM SAHAJA KERANA SEMUA RUNDINGAN, PENERANGAN, DIPLOMASI HANYA SAMPAI KE ORANG ATAS DAN STOP DI SITU.  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by altaaf, on 03-04-2008 06:35, IP 60.52.96.208, Guest
40. ...
Terima kasih banyak2 uzar atas komen tu.. 
betul tu, kita tak boleh pelekeh mereka ynag nak boikot2 ni, dan orang yang duk boikot tanpa ilmu @ pun dengan ilmu kena sangka baik pada orang yang solat berjemaah tapi nampak macam tak boikot..yang penting kita kena sensitif laa pada hal2 macam ni. 
 
Tanda kita sensitif bila agama & nabi di hina, mula2 skali kita sendiri kena usaha untuk amal ajaran islam dengan sempurna & amal sunnah nabi + boikot + ape2 cara yang ,menunjukkan kita sayang pada islam & nabi.. 
jazakallah
 
» Reply to this comment...

Posted by im, on 03-04-2008 06:34, IP 60.52.96.208, Guest
41. ...
ustaz, saya kurang setuju dengan pandangan ustaz. bukan nak kata ustaz salah, tapi pada saya, boikot 2 harus dilakukan sebagai langkah terakhir. saya tertarik dengan 1 artikel dalam www.iluvislam.com yang menulis: 
 
"Apa-apa pun, dalam bertindak, kita haruslah berfikir secara global dan rasional. Contoh termudah ialah seruan pemimpin-pemimpin di Malaysia untuk memboikot barangan Belanda, atas rasional mengajar kerajaan Belanda untuk menghormati sensiviti umat Islam. Persoalannya, sekiranya itu tujuan kita, selepas kita mencapai tujuan itu, apa pula yang kita akan buat? Dan apa yang kita dapat? 
 
Dibawah saya senaraikan persoalan yang perlu difikirkan sebelum kita membuat apa-apa tindakan: 
 
1. Apa yang kita harap untuk capai? 
2. Apa kesannya pada umat Islam? 
3. Apa kesannya pada masyarakat dunia? 
4. Apa kesannya pada kefahaman Islam di seluruh dunia? 
5. Apa kesannya pada persepsi terhadap orang Islam di seluruh dunia? 
6. Adakah da'wah telah disebarkan dengan baik dengan tindakan kita? 
7. Bagaimana mindset dan social background masyarakat di mana kita mengambil tindakan? 
8. Apa tindakan alternatif yang kita boleh buat? 
9. Adakah kita hanya berfikir dari sudut pandangan kita, dan tidak dari sudut pandangan orang lain (emphaty) 
10. Sejauh manakah keberkesanan tindakan kita dalam membersihkan atau menaikkan nama Islam di seluruh dunia? 
11. Adakah tindakan alternaif boleh menjawab soalan 1-10 dengan lebih berkesan?" 
 
dan sebagai pelajar overseas, saya xnampak lagi kumpulan2 Islam di sini memperbesarkan perkara ini. 
 
pada saya, sebagai Muslim, banyak lagi perkara yg kita boleh buat, especially dalam bidang Law. video yg incite hatred boleh diturunkan sekiranya lobby cukup kuat, insyaALLAH... 
 
mungkin saya melihat dalil yg diberi oleh ustaz itu berada dalam situasi yang berbeza, saya tidak tahu. tapi saya lebih setuju dgn pandangan ustaz hasrizal dan Dr Yusuf Qardhawi, dan boikot sepatutnya merupakan jalan terakhir... 
 
wallahua'lam 
 
UZAR : Anda silap, Dr Yusuf Al-Qaradawi turut memfatwakan boikot..tiada disebut di web nye sama ada jalan awal atau terakhir.  
 
Saya juga tidak mengatakannya terbaik dan jalan awal, bagaimana pula anda nak tentukan ini terawal atau terakhir..?
 
» Reply to this comment...

Posted by amin, on 03-04-2008 06:32, IP 60.52.96.208, Guest
42. ...
maaf jika pendapt saya agak bertentangan. 
 
saya melihat tindakan boikot lebih bersifat tidak adil kerana masalah ini hanyalah dilakukan oleh individu. malah ramai orang belanda yang menentang seperti kita.. 
 
apa yang kita rasa jika ekonomi kita disekat hanya kerana seorang ahli parlimen kita hina agama orang lain..adilkah? 
 
ada baiknya jika kita dapat mendengar pendapat ust. hasrizal di www.saifulislam.com 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by altaaf, on 02-04-2008 19:23, IP 60.52.98.214, Guest
43. ...
salam.. 
 
erm benar jugak ape yang uzar kemukakan..saya sebenarnya setuju je boikot nii..tapi saya rase sedih sebab org2 yangg duk laung2 boikot ni tak nak pun pegi solat bjemaah ( bukan uzar & pnyokong setia web ni laa, smua orang2 kat sini  
 
Alhamdulillah bagus2 semua, semua solat berjemaah dsb) sebab ape saya katekan macam tu, solat berjemaah tu perintah Allah & sunnah nabi saw, tapi boikot ni hanya ijhtithad saje, @ pandangan seseorang alim macam uzar n abu sai..memamg tidak dinafikan ade dikalangan orang yang solat berjemaah ni x boikot, tapi mereka sensitif cuma meraka guna kaedah lain, mereka doa untuk ummat ni..tp yang menghairankan orang yg duk lauang2 ank boikot ni sehingga duk forward mesej dalam  
Ym, email n siap tulis lagi kalu tak forward tanda x sayang islam..ish2, meraka2 ni xamal pn sunnah nabi, solat pn berterabur...jadi macam mana hidayah Allah nak turun..Allah akan bagi hidayah @ kesan pada orang kafir mahu pun orang islam dengan sebab perilau orang islam tu sendiri..jadi boikot ni bukan la wajib, cuma salah satu cara untuk menunjukkan kita sensitif pada agama kita..& menjadi tanggungjawab kita semua untuk bagtau orang islam bahawa boikot tu bagus, tapi perintah Allah pun kita kena laksanakan dengan sempurna juga..ape komen uzar pasal situasi ni( boikot, tapi tak nak amal agama dengan sempurna)?? 
jazakallah 
 
UZAR : APAPUN, ALLAH DAN RASUL ARAH KITA BERTAQWALAHA KEPADA ALLAH SEKADAR SEDAYA MAMPU. JIKA MERKA TAK SOLAT JEMAAH PUN, JGN DIPELEKEH NIAT BAIK MEREKA UTK BOIKOT..KRN SAYA BIMBANG TIDAK BOIKOT TANPA ILMU AKAN JATUH DALAM BAB ZALIM TERHADAP HAK ALLAH.
 
» Reply to this comment...

Posted by kamar, on 02-04-2008 19:21, IP 60.52.98.214, Guest
44. ...
pandangan daripada seorang non-muslim. 
 
http://www.sun2surf.com/ article.cfm?id=21266 
 
Moderates Tun Dr Mahathir Mohamad and Datuk Seri Hishammuddin Hussein condemned Wilders’ narrative and called for a boycott of the Dutch economy, but neither proposed to debate Wilders on his positionbut neither proposed to debate Wilders on his position
 
» Reply to this comment...

Posted by HanaHjIshak, on 02-04-2008 18:32, IP 60.52.98.214, Guest
45. ...
Kita boleh boikot produk keluaran Belanda....tapi selama ni kita pernah peduli ke produk yang kita beli tu keluaran mana? janji ada cop halal Jakim, then kita beli.  
 
Betul tak?...Jadi untuk merialisasikan usaha memboikot produk Belanda ini, di sini saya cuba untuk menyenaraikan beberapa produk Belanda yang popular di pasaran. 
(sumber dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia) 
 
1. Shell 
 
2. Barangan Eletrik/Mentol Philips 
 
3. Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady 
 
4. Restoran Windmill 
 
5. Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama ‘N.V.’ dan ‘B.V.’ 
 
6. Barangan penajaan Christian Albers 
 
7. Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 5 
 
8. coklat Forrero Roche 
 
9. insurans ING 
 
10. Teh Lipton 
 
11. perisa makanan Knor 
 
12. Produk mandian Dove. 
 
13. Syarikat Penerbangan KLM 
 
Semoga usaha kita ini diberkati Allah swt. 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by PEMUDA GAGAH, on 02-04-2008 17:06, IP 60.52.100.129, Guest
46. ...
Akum..nak tergelak tengok 'pemuda2 kerajaan' berarak sebab buat bantahan untuk filem FITNA yang menghina Islam itu... 
 
kenapa pemuda2 ni juga tak berarak buat bantahan besar2an terhadap filem AKHIRAT???...PENUH dgn adegan ghairah dan lucah yang berlebihan...setuju dgn uzar,guna nama akhirat,tapi jalan cerita penuh dgn aksi2 ke neraka jahannam....!!!!mana suara2 yang mengutuk filem FITNA?kenapa tak kutuk juga filem AKHIRAT yang dibuat oleh orang Islam sendiri di malaysia kita ni???mana suara2 tersebut? 
 
ayuh ramai2 bantah filem AKHIRAT yang dibuat oleh orang Islam sendiri yang jelas menghina Islam?...kenapa kita semua senyap membisu tak bincang pasal filem akhirat sama seperti kita mengutuk FITNA?.... 
 
bangkitlah orang Islam...Islam rosak,disebabkan ummat Islam sendiri yang jahil...dunia akhir zaman...selamatkanlah Ummat Muhammad s.a.w ya ALLAH....
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahid, on 02-04-2008 17:06, IP 60.52.100.129, Guest
47. ...
pada pendapat saya ustaz kita tak payah marah sangat dengan Belanda sebab memang depa dah musuh kita.memang dasar kapir harbi ni. 
 
dah memang kerja dia memburukkan islam melalui filem.ni bukan perkara baru dah bersepah filem dan clip menghina islam tgk saje kat youtube .  
 
tp apa yg saya pelik lg hairan mengapa tak ada penerbit filem kita menghasilkan filem bagi melawan balik filem yg dilakukan oleh musuh. 
 
kebanyakan filem kita lebih menonjolkan unsur gangterism ,jenayah rogol dan mcm2 lg benda negatif mcm filem anak halal atas alasan realiti masyarakat .sampai bila industri filem kita nak dibelenggu masalah seperti ni. 
 
patut ada director dan penerbit filem yg berfikrah islam bg menangkis dakyah golongan kuffar seperti mustapha akkad yg mengarah filem lion of the desert suatu masa dahulu. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by HEBOH..., on 02-04-2008 17:05, IP 60.52.100.129, Guest
48. ...
A'KUM UZAR....kenapa filem AKHIRAT tak dapat liputan meluas dalam kritikan?...tak seperti filem FITNA?...Padahal filem akhirat hasil orang Islam sendiri...sungguh jelek dan hinanya wanita dalam filem tersebut...menjatuhkan air muka wanita Islam...Islam menjaga dan memelihara maruah dan kehormatan kaun wanita...
 
» Reply to this comment...

Posted by Jebon, on 02-04-2008 15:50, IP 60.52.100.129, Guest
49. ...
BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH |Yang perlu di boikot; 
| | 
| 1. Dutch Lady - Susu | 
| 2. Ferrero Roche - Coklat | 
| 3. Wall's - Ais Krim | 
| 4. Ing -Insurans | 
| 5. Planta -Magerin | 
| 6. Lady's Choice -Magerin | 
| 7. Lipton -Teh | 
| 8. Shell -Minyak | 
| 9. Knorr -Perisa Makanan | 
| 10. Dove -Mandian | 
| 11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan | 
| 12. Radiant -Deodoran | 
| 13. Rexona -Deodoran | 
| 14. Ponds -Produk Kecantikan | 
| 15. Kieldsens -Coklat | 
| 16. Slimfast -Produk Pelangsing | 
| 17. Lego -Kismis | 
| 18. Philips -Barangan Elektrik | 
| 19. Duyvis -Makanan Ringan | 
| 20. Gouda -Keju | 
| 21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian | 
| 22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian | 
| 23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian | 
| 24. Labello -Lip Balm | 
| 25. Pickwick -Teh | 
| 26. Venz -Mentega Coklat | 
| 27. Kinder Bueno -Coklat | 
| 28. Unilever -Syarikat | 
| 29. Dumex -Susu Tepung | 
| 30. Nutricia -Susu Bayi | 
| 31. Sunsilk -Shampoo | 
| 32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan | 
| 33. Lux -Mandian | 
| 34. Vaseline -Lip Balm | 
| 35. Cif -Pencuci Lantai | 
| 36. Surf -Pencuci Kain | 
| 37. Wishbone -Pencuci Kain | 
| 38. Doriana - Keju Krim | 
| 39. Bertolli -Minyak Masak | 
| 40. Clear -Shampoo | 
| 41. Breeze -Pencuci Kain | 
| 42. Sun -Pencuci Kain  
 
Sumber: http:// www.muslimconsumer.org.my
 
» Reply to this comment...

Posted by Ucu Lina, on 02-04-2008 15:47, IP 60.52.100.129, Guest
50. ...
Salam untuk semua... Jom boikot, gunakan kuasa yang ada. Jangan berlengah lagi...Beri sokongan anda pada Islam.
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom