Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Peribadi, Tazkirah & Fikir arrow Silat, Kung Fu & Kekuatan Sebenar
PDF Print
User Rating: / 20
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 17-05-2008 00:10
Views 13738    
Favoured 46

Silat, Kung Fu & Kekuatan Sebenar

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Saya adalah peminat seni mempertahankan diri sejak dari dahulu lagi. Filem kung fu seperti Jackie Chan, Bruce Lee dan Jet li kerap menjadi minat saya sejak dari dahulu. Namun semenjak dua menjak ini kesibukan dan priority dakwah terlalu demanding hingga masa untuk melegakan minda dengan menonton aksi seni mempertahankan diri semakin berkurangan.

Semasa saya di Sekolah Menengah, saya sempat untuk menyertai Persatuan Silat Seni Gayong, namun belajar silat ini bolehlah dikatakan seperti belajar Bahasa Arab, iaitu masalah :-

"hangat-hangat tahi ayam ".

Terlalu ramai saya temui individu yang berkobar-kobar ingin  mempelajari bahasa arab mel;alui kursus-kursus luaran dan sampingan, berhasrat untuk boleh memhami Al-Quran adalah niatnya. Bagus memang bagus, namun kurang dari 5 % yang berjaya konsisten mempelajarinya sehingga boleh dikatakan boleh faham sedikit-sedikit ayat di dalam kitab. Untuk fahami Al-Quran mungkin masih agak jauh.

Begitulah juga seni silat ini saya kira, minat yang tidak betul-betul mendalam serta tanpa komitmen luar biasa akan menjadikan kita berhenti separuh jalan. Hasilnya saya tidak pun cekap bersilat hari ini malah lupa habis bunga-bunga dan kuncinya.

Silat

 

SUPER FLY

Apa yang menarik, walaupun hanya mempelajarinya dalam tempoh sekitar 1 tahun lebih, minat saya di waktu itu memang agak boleh tahan. Sehingga saya sempat digelar oleh Jurulatih silat Gayong di sekolah sebagai Super Fly kerana berjaya mempersembahkan aksi lompat halangan (lompatan anak kambing) dengan jauh, tinggi dan betul caranya. Lebih menarik bagi saya, sehingga jurulatih tercabar lalu mengajak saya bertarung mempersembahkan lompatan siapa yang lebih tinggi dan lebih jauh semasa sesi latihan bersama rakan-rakan lain.

Saya masih ingat ketika itu waktu hujan renyai-renyai di atas padang sekolah yang mulai becak, sudah tentu lompatan menjadi lebih kurang risiko kerana takungan air, namun risiko licin pula mendatang. Menarik juga terkenang kisah lama, namun malangnya tiada gambar yang dirakamkan untuk dikongsi. Hanya ada satu gambar ini di zaman muda, menunjukkan wajah yang kononnya 'macho'.

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

 

Walaupun tidak sempat mempelajari banyak buah kunci dan serang silat ini, saya terpilih juga mewakili sekolah dalam silat olahraga peringkat zon jika tidak silap saya.

Alhamdulillah saya berjaya menjadi naib johan, di samping berjaya menewaskan ramai pemegang tali pinggang yang lebih advance dari saya. Rasanya faktor utama kemenangan saya adalah sepakan saya kerap gagal dihalang peserta lain, sepakan saya selalu mengenai sasarannya hingga mendapat mata demi mata. Mungkin kerana minat saya yang kerap berlatih sepakan dan tendangan agar ia pantas dan cepat, ditambah pula dengan kaki saya biasanya lebih panjang dari kebanyakan peserta lain. Satu kelebihan orang bertubuh tinggi.

JEET KUNE DO

Semasa di Universiti Malaya pula, di tengah kesibukan yang pelbagai saya masih sempat mempelajari sedikit ilmu Jeet Kune Do, iaitu satu jenis seni bela diri yang diasaskan oleh Bruce Lee. Biasanya Jeet Kune Do, setiap sepakan dan tumbukan akan ditarik kembali dengan pantas.

Ketika pertemuan pertama dengan guru Jeet Kune Do di UM, beliau cuba mendemontrasi kepantasan elakan mereka dan serangan mereka. Seorang dari guru tersebut menyuruh beberapa orang dari kalangan kami untuk cuba menyepak kakinya dan dengan pantas. Jurulatih berkata dia akan menjerat kaki kami dan mendemosntrasikan kehebatan Jeet Kune Do, demikian katanya. Sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam di ketika itu, saya diminta oleh rakan-rakan untuk memulakan tendangan serta menanggung risiko pertamanya sebelum ahli exco saya

Kami bersedia, lalu saya mula menghadiahkan tendangan saya.

Oooo!!!, jurulatih lain tiba-tiba menjerit apabila saya menendang. Anda tahu kenapa?

Kerana jurulatih tadi gagal menangkap kaki saya dan juga gagal mengelak sepakan saya. Jurulatih lain bising kerana bimbang saya akan menyakiti jurulatih tadi kerana dimaklumkan selepas itu kaki jurulatih itu ada cedera lama, dia tidak pula menyangka sepakan saya akan berjaya mengenainya. Saya meminta maaf. Mereka bertanya :

" ada belajar ke sebelum ini?"

" saya ada ada belajar silat gayong dulu" jawab saya

"patut le.."kata tiga jurulatih ..

Itu kisah dulu, bukan nak menunjuk apa-apa pun. Malah sekarang bukannya saya cekap lagi pun, dah lama tinggal. Sekadar mengimbas minat saya dalam ilmu seni mempertahankan diri sahaja. Ia satu aktiviti yang sihat, kecuali jika dimasuki unsur syirik.

Biasanya semua yang apabila mempelajari ilmu silat, wushu, karate, taekwando dan lain-lain seni ilmu pertahan diri. Mereka akan kerap diuji dengan ilmu itu sendiri, iaitu ujian dengan perasaan rasa kuat, handal, hebat, ego dan teringin untuk membelasah akan muncul dalam diri. Jika tidak ditangani ia akan membawa kepada munculnya kumpulan kaki buli yang menyalahgunakan ilmu.

Saya masih ingat beberapa rakan di sekolah dan kampus yang gagal menangani gelodak ilmu mempertahan diri masing-masing sehingga menjadi terlalu ego, membuli dan sebagainya.

Ujian rasa kuat ini juga tidak ketinggalan dihadapi oleh pelajar yang menyertai pasukan RoTU (kadet tentera). Terdapat mereka yang perasan hebat kerana pernah memegang senjata, belajar lasak dan terasa diri kuat.

Ini semua cabaran yang mesti ditangani. Inilah ujian bagi mereka yang berilmu.

JET LI PAKAR WUSHU

Apa yang lebih menarik dari itu, saya pernah melayari website Jet Li. Di ruangan soal jawabnya saya berasa kagum dengan jawapannya yang bijak dan berhemah. Malah banyak juga yang menepati nilai-nilai yang diajar oleh Islam. Antara yang paling menarik adalah seperti di bawah (www.jetli.com) :-

Dear Mr. Li

I study Kung Fu and I believe not to use it outside the school. But people now are taking advantage of this knowing that I will not fight back. This has now escalated into me getting beaten up. Have you any advice on when it is ok to use martial arts and do you know any good techniques on avoiding confrontation?

Yours Sincerely
Alex Griffiths
Aberdeen, Scottland

Jet's Response

Fighting, or seeking revenge, is a self-defeating process and the escalation of retaliatory violence can have very bitter consequences.

For example, let's say that you fend off three attackers. That's fine, but when those people recover they'll come back to attack with six or eight. Even if your physical training and condition has improved, there is a point in which the outcome is worse than you had bargained for. In the end the potential for harm is unimaginable.

You have to ask yourself what is the benefit of fighting back -- what is the emotional reward? Happiness? Will you be happier if you fight them? What feelings will that situation promote? When you seek conflict, there is no end -- it continues until someone breaks the law, or even worse, death or injury. You use a fist, then maybe they get a knife. Then you get a sword, and they get a gun, and it escalates .. and the anger and potential for irreparable damage increases. Where does it end? You can't imagine at the beginning of this cycle what the end will hold.

 

(  aksi pilihan saya )

But if you don't fight back, then you are not allowing them to control your response. When you refuse to take revenge then you are in charge. They beat you up once. Then what? They beat you up a second time? Okay .. they already beat you up ... what do they want to prove? That they can win? They already proved that. Fine, they're "better" than you. Congratulations to them. What's next? After once or twice they'll lose interest in beating you up again, then it's finished

If you don't give in to the urge to fight back, you control the outcome. If you take revenge, the outcome controls you.

I'm proud of your decision not to fight back. When you learn martial arts, it's not just a physical endeavor -- it is also internal -- and your actions show an understanding of some of the highest levels of martial arts. Many masters of martial arts would have conducted themselves the same way as you. And, of course, one day those people who beat you up will have regrets that they hurt you -- they will feel guilty. So perhaps their outcome, even though they won in the short term, is not so kind in the long term.

 

( Aksi pilihan saya )

The goal with any conflict isn't to kill the other person. The goal is to win their heart. Turning one from enemy to friend is the highest level of martial arts. You win the battle without throwing a single punch.


 

Apa pandangan anda dengan jawapan artis popular kungfu Jet Li ?? BAGI SAYA CUKUP BAGUS, terutamanya bagi seorang yang amat mahir dalam bidang seni mempertahankan diri wushu sepertinya.

 

Kesimpulan saya apa yang dijawab oleh Jet Li adalah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Islam, bertepatan juga dengan konsep sabar, berpandangan jauh dan menahan marah.

 

Sabda nabi s.a.w : -

 

ما خُيِّرَ رسول اللَّهِ بين أَمْرَيْنِ إلا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا ما لم يَكُنْ إِثْمًا فَإِنْ كان إِثْمًا كان أَبْعَدَ الناس منه وما انْتَقَمَ رسول اللَّهِ لِنَفْسِهِ إلا أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللَّهِ فَيَنْتَقِمَ لِلَّهِ بها

Ertinya : Tidaklah Nabi S.a.w dalam memilih antara dua perkara kecuali akan mengambil yang lebih mudah selagimana tidak tergolong dalam dosa, namun jika ia tergolong dalam bab dosa maka Nabi akan menjadi orang yang paling jauh darinya dan tiadalah Nabi s.a.w membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan bertindak (marah) bagi pihak Allah ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1306 )

Selain itu nabi juga bersabda : -

 

فَمَا تَعُدُّونَ الصُّرَعَةَ فِيكُمْ قَالَ قُلْنَا الَّذِي لَا يَصْرَعُهُ الرِّجَالُ قَالَ لَيْسَ بِذَلِكَ وَلَكِنَّهُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Ertinya : Nabi bertanya sahabat : Apakah kamu fikir berkenaan hal kekuatan dalam gusti (berlawan)? Sahabat menjawab : Lelaki yang tidak mampu ditandingi gustinya   Nabi menjawab : tidak sedemikian tetapi kekuatan yang sebenarnya adalah seseorang yang mampu mengawal dirinya ketika marah" ( Riwayat Muslim, no 4722 )

 

Jelas dari hadis ini nabi s.a.w sedang menguji kefahaman sahabat, apabila kebiasaannya seseorang akan memuji orang yang handal bergusti serta dianggap kuat dan gagah.

 

Namun pada pandangan Islam, gagah itu berbeza sudutnya dari fizikal luaran. Penguasan dalaman lebih utama dari penguasaan luaran. Hati lebih penting dari fizikal. Benar itulah dia.

 

Memang dari satu sudut kita dibenarkan untuk mempertahankan diri, tetapi bila mengenangkan susulan mudarat yang mungkin mendatang, adakalanya lebih wajar untuk senyap kecuali jika pukulan boleh meragut nyawa dan melumpuhkan anggota diri jika tidak melawan.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Mei 2008

 

 

 

Last update: 20-05-2008 17:42

Published in : Soal Jawab, Peribadi, Tazkirah & Fikir
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (40) RSS feed comment
Posted by SpeeDemon, on 20-02-2010 01:42, IP 203.82.80.98, Guest
1. terharu...
pengalaman menarik :)
 
» Reply to this comment...

Posted by roy, on 12-01-2010 00:39, IP 60.50.186.252, Guest
2. seni bela diri pangkalnya agama
Assalamualaikum uzar. 
saya salah seorang yang mempelajari ilmu mempertahan kan diri, dan saya juga di ceritakan yg setiap seni bela diri ini pangkal nya adalah agama. sebagai contoh, kunfu yg asalnya dr tample budha, silambam drp agama hindu, tomoi dr siam, karate & taekwando drp agama yg di amalkn di jepun. pergerkan2 yg mereka gunakn juga ada yg melmbangkn penyembhn kpd tuhan mereka seperti "bow" yg diamalkan oleh ahli karate & taekwando yg asalnya pergerakan menyembah matahari dan tarian/bunga tomoi pula adalah cara mereka memuja dewa mereka. 
 
justeru itu, saya ingin bertanya, adakah boleh kita mempelajari seni bela diri yg seperti ini, sedangkan ada unsur2 mensyirikkan Allah dgn perlakuan & pergerakan walaupun tanpa niat berlaku. 
 
p/s: jika uzar terlalu sibuk sekalipun, tolong la beri jawapan boleh/tidak, itu sudah memadai.... :) 
 
UZAR : ia bergantung kpd kelas dan guru yg mengajar. Jika aspek keagamaan asal seni pertahankan diri itu telah dipisahkan dari pengajarannya, maka HARUS hukumnya,.
 
» Reply to this comment...

Posted by yana, on 21-06-2009 10:28, IP 115.132.10.91, Guest
3. ohh.. silat
salam ustaz:) x sangka ustaz pum minat silat..saya pun main gak silat.. tapi silat tuk game kat u.. silat olahraga.. baru2 nie kalah pusingan awal.. aih.. tapi xpelah pengalaman.. bg saya rasanya perempuan patut masuk silat @ apa2 seni pertahankan diri.. bkn apa, skarang byk sgt kes2 jenayah yang berlaku especially kat perempuan.. x gitu ustaz??
 
» Reply to this comment...

Posted by izwan, on 01-03-2009 11:34, IP 115.133.18.192, Guest
4. jeet kune do
hye,just nak tanya,kat malaysia ni kat mana ada class jeet kune do? thanx..kalau ada tolong email bagi tau yer. mohdizwanrazali@yahoo.com 
 
UZAR : Saya pun tak pasti dah kat mana ada..dah lost contact terus dengan semua orang-orangnya.
 
» Reply to this comment...

Posted by tanpa nama, on 10-07-2008 17:42, IP 62.136.230.51, Guest
5. ...
tak sangka ustaz pun minat cite2 jet li.ingatkan org cam saya je minat cite jet li tu.ustaz azhar idrus pun dlm kuliah2 beliau yang selalu saya dengar, ada jugak sebut2 pasal cite ong bak dan jet li ni.minat jugak lah tu dgn cite jet li ni... 
saya pun minat gile kat jet li. tubuhnya yang kecil serta tangkas dan tenang ketika berlawan membuat saya kagum dengan gayanya.gaya coolnya cam hero2 komik pedang setiawan je....
 
» Reply to this comment...

Posted by amir, on 17-06-2008 21:51, IP 60.52.98.84, Guest
6. ...
salam ustaz..tak sangka ustaz pun suke bersilat..dalam malaysia terlalu banyak silat..mcm2 silat sy dgr.sy terlalu meminati seni mempthankan diri.dulu time sek tak merasa nak masuk seni mpthnkm diri sbb mak tak bagi,tapi skang baru ade kebebasan. 
sy skang tengah berguru silat lincah sutan maakat..sebelum ni sy berlajar tomoi.lepas ni cita2 sy nak mempelajari taekwondo..sy sukakan skill... 
sebelum sy memulakan sesi latihan biasenye kami akan sedekahkn fatihah kepada Rasulullah,sheikh kadir jalani n guru2..selagi ia tidak menyimpang dari islam sy akan terus mengikutinyer..insyaAllah 
 
» Reply to this comment...

Posted by aishah, on 09-06-2008 18:04, IP 60.52.99.48, Guest
7. ...
salam uzar, 
Tak sangka rupanya ustaz pun peminat jet li. Saya pun sekarang belajar balik taek wando sebab utama untuk mempertahankan diri... kalau uzar ingat saya lagi, sy pernah tanya mengenai hormat dalam taekwando seperti rukuk dalam solat semasa kursus solat haritu. sekarang apabila sy hormat sy hanya tundukkan kepala saya sedikit sahaja. 
 
Memang banyak ilmu yang diajar oleh guru saya lebih2 lagi saya sebagai seorang perempuan tenaga amat terhad, jadi dia ajar gunakan benda2 lain yang ada di sekeliling untuk mempertahankan diri. contoh kunci kereta boleh melukakan jika kena pada sasaran.
 
» Reply to this comment...

Posted by M Safwan, on 09-06-2008 07:14, IP 60.52.99.117, Guest
8. ...
Assalamualaikum UZAR, 
Cadagan saya adalah perlunya JAKIM menyenaraikan SIlat-silat yang mengamalkan amalan sah di sisi Islam, dan Haramkan mana yang tidak sah di sisi Islam, ini dapat mengelakkan org Melayu terjerumus dalam penyembahan jin atau amalan syirik. 
 
Atau dengan kata lain, Cop Halal perlu disediakan kepada pertubuhan2 silat yang mengamalkan amalan sah di sisi Islam.  
 
Bak kata Tuan Hj Anuar (Guru Utama PSGFM) silat mendapat 3 revolusi iaitu animisme, hindu-buddha dan Islam, namun Islam tidak direvolusi sepenuhnya kerana penjajahan barat, hasilnya terdapat sebilangan kecil silat2 yg masih mengamalkan amalan animisme dan hindu-buddha.
 
» Reply to this comment...

Posted by Pendekar Silat, on 08-06-2008 23:37, IP 60.52.98.25, Guest
9. ...
Silat Gayong Malaysia tu setau saya kalau baca Surah Al-Ikhlas beberapa ribu kali akan datang semangat harimau dalam diri, sah ke di sisi Islam? 
 
Kemudian hal mandi bunga/limau/minyak tu sah ke di sisi Islam sehingga ramai yang org di bawah pertubuhan itu anggap dia akan menjadi kuat bila sudah 'mandi'.  
 
Memang byk silat yang bercanggah dengan Islam, setau saya Silat yang lepas dari JAKIM adalah "SENI GAYUNG FATANI" (tiada kena mengena dengan Gayung Malaysia. Buktinya, di HQ JAKIM sudah ada kelas Gayung Fatani.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 07-06-2008 10:08, IP 60.52.96.71, Guest
10. ...
salam sy nk email uzar cz ada mslah skit dgn doa dlam silat.....tlg yerk..... 
jalal_semudah@yahoo.com
 
» Reply to this comment...

Posted by Fuad Syazwan, on 28-05-2008 09:28, IP 60.52.97.238, Guest
11. ...
salam.. 
lepas ni kalau ada seminar, bleh la UZAR demonstrasi dulu sebutir dua buah silat. hehe... :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by tak tahu, on 25-05-2008 17:24, IP 124.13.137.146, Guest
12. ...
sy ada beberapa soalan untuk uzar mengenai hukum..tp tak tahu cmne nk tny uzar ni....ada sape2 bleh tlg kasi cara nk contact uzar ni..email ke ape ke? 
 
tq..
 
» Reply to this comment...

Posted by tak tahu, on 25-05-2008 17:14, IP 124.13.137.146, Guest
13. ...
admin..bleh bg emel uzar tak? 
nk tny hukum2 kt uzar n pendapat... 
 
kalau bleh bg emel uzar send kat saya ye.. mache.pc@gmail.com 
 
tak yah approve la comment ni..thanks..
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibnu hadi, on 23-05-2008 11:18, IP 211.25.51.200, Guest
14. ...
Salam ustaz, boleh tak ustaz terangkan amalan2 sampingan dalam silat seperti mandi ijazah, doa masuk gelanggang, mesti tidur dengan kain putih. sebab saya pernah ikut silat cekak tapi dia suruh mandi ijazah mesti lurut limau kat keliling perut dan tidur dengan kain putih.. tapi saya tak lurut limau dan mandi biasa dengan niat bersihkan diri dan tidur kain putih pula, saya tak tidur (saya terpaksa menipu guru saya yang saya lakukan amalan yang disuruh). Saya lebih rela menipu daripada jatuh syirik&bidaah. apakah saya bersalah?
 
» Reply to this comment...

Posted by amirul, on 21-05-2008 15:20, IP 60.52.102.68, Guest
15. ...
alhmdulillah..sy pun ad blajar silat skang ni..niat nak berhenti belajar dah mnjadi persoalan kpd diri sy sekarang ni..mcm mana ni ustz?.boleh bagi smngat ckit.. :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by UMIAN, on 21-05-2008 10:35, IP 60.52.102.68, Guest
16. ...
Kalau UZAR sudi, mohon UZAR memberi komen tentang persoalan yang dikemukakan oleh Albanna dalam bahasa Arab tu. Rasanya saya memahami sebab kenapa Albanna membuat persoalan tersebut dalam bahasa arab. 
 
Jazakallah
 
» Reply to this comment...

Posted by Albanna, on 20-05-2008 17:10, IP 60.52.103.116, Guest
17. ...
السلام عليكم.  
 
أستاذي الفاضل حفظه الله، 
 
كما لا يخفى عليكم أن النظر إلى عورة النساء بغير ضرورة حرام وأن النظر إلى المتبرجات حرام. 
 
والأفلام التي أشرتم إليها في هذا المقال لا تخلو من هذه المناظر المحرمة، فلا ينبغي لعالم يؤمن بالله واليوم الاخر أن ينشر للناس هذه الأفلام ويبدي إعجابه بها ولو أنه لا يقصدها ولكن يقصد غيرها من المنافع المباحة. 
 
وعوام الناس سيعتقدون أن هذه الأفلام مباحة أو مستحبة بدون أي تحرج لأن عالمهم يحبها وتعجبه. 
 
فللعالم أن يتجنب مثل هذه المشتبهات ولا ينشرها للناس لأنه في موقع القدوة وعلى الأقل عليه أن يشير إلى أن هذه الأفلام لا تخلو من هذه المناظر المحرمة لينتبه الناس منها، فلا حجة لهم في إباحتها مطلقة. 
 
من أخيكم ومحبكم في الله. 
 
» Reply to this comment...

Posted by UMIAN, on 20-05-2008 17:09, IP 60.52.103.116, Guest
18. ...
salam 
 
tersenyum sorang2 saya baca artikel UZAR kali ni. 
 
Duk asyik artikel serius, kadang kala selang seli dengan artikel macam ni bole je jadi bahan meringankan minda. Tambah pulak pasal hangat-hangat tahi ayam tu.  
 
saya juga belajar silat zaman budak-budak dulu. Ingatkan dapat bertaghan lama. Masuk bulan ketiga, dah malas dah. Letih je.  
 
sama jugak cita2 saya nak bersenam setiap hari. Bulan pertama ok la... masuk bulan seterusnya, sorry... malas. 
 
Bila lagi UZAR nak pecahkan rahsia lokasi sambung belajar tu. Ramai yang tertanya-tanya ni. 
 
:)
 
» Reply to this comment...

Posted by nisa, on 20-05-2008 17:07, IP 60.52.103.116, Guest
19. ...
salam..topic yg best!! I love jet li, bruce lee, jackie chan tp bila dah ramai anak nie terpaksa tolak tepi coz walaupun diorg tak tgk cd kungfu, silat & tae kwan do yg belajar kat sekolah pun dah susah nak control :cry  
 
uzar - if dah belajar lama boleh lupa ke? ingat mcm driving or swimming.. lama tak buat pun still tak lupa.. ;)  
 
UZAR : CARA TENDANG TAK LUPA..CUMA BUAH KUNCINYA LUPA..
 
» Reply to this comment...

Posted by martial arts mania, on 20-05-2008 14:46, IP 60.52.103.116, Guest
20. ...
i read once that Jet Li is so fast that filming him is a bit of a problem since they cannot keep up with his speed..;) 
on reflection, bila tengok clip tu terfikir pulak macam mana para syuhada di perang badr, dan macam mana gagahnya Syaidina Ali dan bagaimana pantasnya Syaidina Khalid ibn Walid.. 
caya lah UZAR, citer tang seni pertahanan diri pun boleh jadi tarbiah & dikaitkan dengan muhasabah diri 
 
hafizakallah ...
 
» Reply to this comment...

Posted by zufartihah, on 20-05-2008 12:59, IP 60.52.103.116, Guest
21. ...
salam, 
 
Mintak pandangan UZAR tentang Pertubuhan Gerak seni silat Abjab Asli jabat kilat Malaysia. ( ABJAD )
 
» Reply to this comment...

Posted by Jalal, on 20-05-2008 12:52, IP 60.52.103.116, Guest
22. ...
Salam... 
Tahniah ustaz atas artikel yg agak berbeza kali ini... saya pernah menuntut silat sendeng... lepas tu karate.. tapi semue sekerat jalan.. mungkin niat saya tak betul waktu itu...lebih utk mempertandingkan aliran mana lebih bagus... wal hasil... saya tak mahir pun dua2nya. tahu hanya buah2nya ...tanpa mengetahui falsafah dan seninya... Hanya suka waku sparring...sbb boleh menunjuk2 sidekick, backkick, turning kick and apa2 tah lagi... i just miss the main point... untuk menahan kesabaran dan sebenarnya teknik yg bagus ialah.. intimidation.. kita mengalahkan lawan tanpa body contact... kerna dia hormat atau takut.... saya tertarik waktu nonton rancangan Discovery.. dimana Jason Scott Lee.. belajar kejap dgn Guru silat sendeng... Power bahasa inggeris guru tuh.... 
Tahniah ustaz..semoga ada artikel2 mcm ni lain kali
 
» Reply to this comment...

Posted by zool ligakampung, on 19-05-2008 18:47, IP 60.52.96.162, Guest
23. ...
Tak sangka Uzar minat Jet Li ye... 
Saya pun ada belajar seni silat ni dan seperti UZar juga hangat2 tahi ayam.. 
Penah belajar silat cekak, cimandi tapi satu pun tak dapat talipinggang.. huhuhuhu/... tapi gerak2 tu ingatlah 
 
ZOol 
ligakampung.comBlog Zool
 
» Reply to this comment...

Posted by sufie, on 19-05-2008 11:19, IP 60.52.96.162, Guest
24. ...
Tahniah kerana UZAR berjaya mempelajari&memahami silat dan ilmu mempertahankan diri. 
 
Saya berpendapat ilmu seperti ini penting bagi meningkatkan kekuatan umat Islam.Biasanya umat Islam melihat kekuatan Islam terfokus kepada kekuatan spritualnya,tapi mereka lupa Islam juga memberi fokus kepada kekuatan fizikal.Lazimnya ramai melihat kejayaan Salahuddin Al-Ayubi merampas Baitul Maqdis adalah kerana beliau memdidik tentera beliau bangun solat malam,berpuasa,membaca Quran dan sebagainya.Tapi ramai lupa kejayaan Salahuddun tersebut disumbang juga oleh kecekapan tenteranya menggunakan senjata,mendisiplinkan diri,memiliki senjata baik,kuat fizikal dan sebagainya. 
 
Sekarang ini ramai kalangan umat Islam abaikan kekuatan fizikal,mereka cenderung kepada kepada perkara2 pelik dan mistri.Malangnya kekuatan zahir yang boleh dibukti di depan mata mereka abaikan.Sikap ini menyumbang kelemahan kepada umat Islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by raz, on 18-05-2008 17:49, IP 60.52.99.26, Guest
25. ...
minat gak ngan silat ni, sebelum ni ada belajar cekak, skrg rasa mcm nak beralih angin lak. tapi masalahnya kebanyakan silat menggunakan cara hormat yg berasal dari cara sembahyang hindu (betulkan sy jika sy silap), iaitu merapatkan kedua tapak tangan. apa pandangan UZAR terhadap perkara ini? 
 
kepada Aihanmi: 
bagi sy itu syirik.
 
» Reply to this comment...

Posted by Aihanmi, on 18-05-2008 15:49, IP 60.52.99.26, Guest
26. ...
salam uzar, 
saya juga baru mempelajari ilmu mempertahankan diri jepun iaitu Aikido. 
tetapi budaya jepun ni terlalu hormatkan orang dan kadang2 seperti 
kita rukuk dan sujud pula. 
Apa pandangan uzar?
 
» Reply to this comment...

Posted by Arif Rahman, on 18-05-2008 15:44, IP 60.52.99.26, Guest
27. ...
Salam alaikum, 
 
Ni first time saya melawat laman ustaz. Kawan saya bg link ke artikel ni sebab saya mmg minat silat. Walaupun saya sedang belajar di Australia, tp Alhamdulillah masih giat dalam belajar silat.  
 
Nak kongsi satu cerita jugak kalau boleh. Cerita ni terjadi waktu saya first year dulu (2005). Ada satu martial arts club baru ditubuhkan di uni saya. Asasnya Aikido, tp dia mengajar bagaimana nak menggunakan asas2 aikido dalam kehidupan seharian. Bukan utk self defence, tp benda2 biasa yg kita buat tiap2 hari. Contohnya mcm conflict management dalam pejabat, teamwork, stress management, concentration, focus, dll. First time diorang bukak, saya sorang je yg datang. Jd banyak jugak la saya belajar malam tu.  
 
Antara benda yg saya amat tertarik dengan pelajaran dia malam tu adalah tentang fokus. Dia buat satu lg demo nak kuatkan daya fokus. Dia angkat dan luruskan tgn dia, sama level dengan bahu. Lepas tu dia suruh saya cuba bengkokkan tgn dia tu. First time dia akan lawan dengan 'aggression' ie dgn kekuatan fizikal dan minda yg marah. Senang je saya dapat bengkokkan tgn dia. Lepas tu dia suruh saya try lg sekali. Kali ni mmg langsung tak boleh. Tiba2 je tgn dia jd keras. Tp muka dia rileks je.  
 
So lepas tu dia pun ajar la mcm mana dia buat. Dia kata ni semua adalah utk tunjukkan kehebatan daya fokus bila digunakan dgn baik. Dia cakap, bila angkat tgn tu, bayangkan ada air mengalir dalam tgn, dari bahu, ke siku, ke tapak, terus memancut keluar dari jari2 dan terus sampai kene dinding. Makin lama makin banyak. Makin lama makin kuat arus air tu. Jgn fikir pasal ada org nak bengkok kan tgn kita. Biarkan aje dia tu. Just fokus kepada pengaliran air tu. Bila saya try, mmg jadi. Bila buat mcm ni, takde rasa stress langsung nak lawan ngan org tu.  
 
Jadi bila habis je kelas tu, saya sangatlah 'teruja' dan tak sabar nak bagitau kawan2 lain. Mmg seronok sgt rasanya. Tak sabar nak share ilmu baru ni dgn kawan2 lain.  
 
Jadi masa dalam halaqah saya beberapa minggu lepas tu, saya mendapat peluang utk berkongsi ilmu ni dgn yg lain2. Saya pun cerita la balik apa yg saya belajar malam tu. And then saya pun buat la demonstrasi kekuatan tgn tu dgn diorg. Lepas diorg cuba bengkokkan tgn saya, saya ajar kat diorg, dan sorang2 cuba buat. Mmg berjaya. Semua org terkejut dgn kekuatan luar biasa yg diorg perolehi dgn teknik fokus kpd aliran air dlm tgn tu.  
 
Lepas tu, bila semua org dah settle down, dah nak sambung balik halaqah tu, murabbi saya bagi komen. Subhanallah, mmg mantap komen dia. Dia cakap, mmg fokus ni satu benda yg sgt penting dlm nak mengerjakan sesuatu itu. Teknik aliran air dlm tgn mmg berkesan utk menguatkan tgn sesorang tu dgn sgt luar biasa.  
 
Tp bayangkan zaman Rasulullah saw dan para sahabat dulu. Masa berperang, adakah mereka bayangkan ada air mengalir dlm badan mereka? Tidak, tp fokus mereka hanyalah kpd Allah SWT. Fokus mereka adalah utk memperjuangkan Islam, dah mati itu tidak menggentarkan mereka. Dgn fokus inilah diorg dapat mengalahkan musuh yg jauh lebih ramai dan lengkap drpd mereka.  
 
Subhanallah, terbukak mata saya dgn kata2 murabbi saya tu. Mmg betul, kalau kita betul2 fokus hanya kerana Allah, tak akan ada benda yg dapat menghalang kita dlm nak berbuat sesuatu pekerjaan, insyaAllah.  
 
Itulah dia cerita yg saya nak kongsi. Minta maaf sbb panjang sgt :p  
 
Btw, best artikel ustaz :grin  
 
 
Arif 
 
» Reply to this comment...

Posted by Apis, on 18-05-2008 06:41, IP 60.52.101.220, Guest
28. ...
Salam. 
 
Hihi... ustaz ni kira anak gayong juga rupanyer. tak sangka gak... tapi kalau tengok susuk tubuh memang ade ciri2 pendekar :)... saya pun anak gayong gak ustaz tapi dah lama tak bersilat, kurang masa. keris, parang & golok2 semua dah letak dalam almari jadi barang perhiasan. :) 
 
Pengalaman saya... makin tinggi belajar ilmu persilatan ni lebih kena hati2 dgn setiap ilmu yg dipelajari. sehingga sukar nak bezakan antara adat dan khurafat, antara amalan dan syariat. 
 
biarlah penuh ilmu agama didada... insyaallah musuh nyata (manusia) dan musuh ghaib (syaitan) dapat dihindari dengan pertolongan-Nya. 
 
*Kalau kene sparring ngan ustaz saya taknak... mesti sakit kene tendangan ustaz tu... :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by Konsesi Dakwah, on 17-05-2008 18:31, IP 60.52.99.13, Guest
29. ...
Erm2... bekas pimpinan PMI UM memang ramai yang minat jet li.. huhu... oh sungguh x kusangka termasuk juga ustadz... akhi dzul perlu tau nie... mesti dia gembira sakan... huhu.. teruskan ustadz dengan artikel2 seperti ini.. kadang2 dalam ilmiah perlu selit juga sewdikit santai... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by 84, on 17-05-2008 16:03, IP 60.52.99.13, Guest
30. ...
Assalamualaikum... 
Terkejut sat.... Ingatkan nak cerita pasai apa, rupanya pasai 'kekuatan sebenar seorang Muslim'.... 
Betui la UZAR, selalu sangat org yg ada ilmu seni mempertahankan diri ni berlagak dgnnya. Sy sndri dh rasa dan dh tengok semua tu. Baru tau jenis tendangan @ tumbukan baru, x sudah2 nk menunjuk...( ni boleh kata masa darah muda masih panas lagila ni, excited)... 
 
Kalau JetLi terbukak hati mencari hidayah tu, baguih dok ada la... Ada sifat terpuji dlm respon dia tu even dia x tau ajaran Islam memang lagu tu... Baik memang ramai manusia blh jadi baik, tapi beriman bukan semua org dpt.... Kalau dia dpt, Alhamdulillah.... 
 
Masa muda2 dolu UZAR ni kuruih noo... dok jeling tajam jaa, tengo sapa tu? hehe.. 
 
Yg penting kekuatan sebenar adalah kekuatan mengawal kemarahan dan hasutan2 jahat baik dari nafsu amarah mahupun bisikan Iblis dan Syaitan, kan bahagia hidup ni kalau takdak gaduh2? 
 
Wassalam..... :) 
 
» Reply to this comment...

Posted by mazlanmh@yahoo.com, on 17-05-2008 13:57, IP 60.52.99.13, Guest
31. ...
ustaz. salam. saya terbaca komen ustaz mngenai Arqam. dlm komen ustaz terhadap pengunjung. ustaz komen Arqam telah difatwakan haram oleh mufti. ustaz komen sila rujuk orang kanan bekas Arqam yang boleh membicarakan mengapa Arqam diharamkan. saya minta ustaz sendiri yang memberi fakta mengapa Arqam diharamkan. tentu ada sebab mengapa ustaz bersetuju dengan mufti yang mengharamkan Arqam. di atas komen ustaz itu nanti dapat dijadikan panduan utk diri sendiri. ucapan terima kasih di atas masa dan komen ustaz. wasallam. mazlan mohd hashim - kuantan. 
 
UZAR : oo itu panjang ceritanya, namun jawpaan JAKIM sudah memadai rasanya.
 
» Reply to this comment...

Posted by naji, on 17-05-2008 13:55, IP 60.52.99.13, Guest
32. ...
tq ust..m'perkenalkan jetli kpd saya. cara pemikiran beliau mmg cukup bagus, termasuk ttg agama. cuma perlu di'tune' sikit lg. moga Allah menganugerahkan nikmat Islam padanya ameen
 
» Reply to this comment...

Posted by rakyat marhein, on 17-05-2008 13:55, IP 60.52.99.13, Guest
33. ...
wah hebat ustaz..hebat..sesekali bleh laa persembahkan "bunga tanjung" dalam ceramah ustaz...menarik tuu..satu pendekatan baru.. 
 
cuma yang menyedihkan generasi muda sekarang nih tak banyak yang ada keinginan nak belajar silat di sekolah mahupun di kampung..apalagi laa dibandar..sukan pun tak berapa minat..remmpit, hisap rokok, ponteng skolah, pukul cikgu,, itu laakot sekarang nii..harap-harap ada laa dalam rancangan kementerian belia untuk sungguh-sungguh perkenalkan silat kepada belia.. 
 
Saya dulu pun belajar gak ustaz..kengkawan gelak sbb saya ni kecik ja..depa kata tak payah belajar silat laa..terus je bagi penumbukk tak perlu bunga-bunag..satu ja saya bgtau depa..belum try belum tau..cuba laa p tumbuk mana-mana budak yg ada asas silat...silap2 makan pasir...
 
» Reply to this comment...

Posted by hadi, on 17-05-2008 13:41, IP 60.52.99.13, Guest
34. ...
Salam~ 
Bagus juga artikel ni walau nampak lain tapi setiap orang ada pengalaman pasal ego, cepat marah, bangga dan sebagainya.  
T.kasih UZAR :)  
 
UZAR : betul, saya tidaklah generalize smeu aego, dll..saya hanya sebut ada sebahgain dari mereka. Malah saya sendiri ada rasa ego zaman tengah agak handal dulu tu :)..sebab saya tulis kerana saya tahu ia kesilapan yang kerap berlaku di kalangan ramai. 
 
Tetapi skerg tak relevan dah dengan saya kerana dah lupa habis.
 
» Reply to this comment...

Posted by Nizam, on 17-05-2008 13:37, IP 60.52.99.13, Guest
35. ...
Salam 
 
Wow!! ada gaya pendekar la Uzar.. 
 
tidak dinafikan ilmu mempertahankan diri x kira jenis apapun perlu ada pada setiap insan.. 
 
ia merupakan 'tool' senjata pada diri kita..apatah lagi zaman sekarang ni..semua perkara perlu berhati-hati..
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammady7, on 17-05-2008 13:36, IP 60.52.99.13, Guest
36. ...
peh,patut le tengok ustaz ni tegap badannya,tough,hehehehe pas ni x dak le org berani nak cari pasal ngan ustaz.... :grin  
 
UZAR : :), ACTUALLY ITU DULU, SEKARANG TAK LUPA HABIS DA..
 
» Reply to this comment...

Posted by ADLY, on 17-05-2008 07:38, IP 60.52.99.186, Guest
37. ...
SALAM, 
totally different story this time. menarik gak. tak sangka ustaz ada silat & jeet kune do. masih menyimpan lagi gambo lama? why look so serious? 
 
harap dpt lah manfaat utk mempertahankn diri dn keluarga. bleh jadi tok guru silat lak lepas nie selain pakar muamalat.... :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by Zulhimi, on 17-05-2008 07:38, IP 60.52.99.186, Guest
38. ...
Wow! 
Hebatnye ustaz. Hihi
 
» Reply to this comment...

Posted by Shahmuzir, on 17-05-2008 07:38, IP 60.52.99.186, Guest
39. ...
Assalamu'alaikum... 
 
Wah, tak sangka UZAR pun terror silat. Ala-ala pendekar jugak masa remaja dulu yek, :grin . Agaknya, dari situlah jiwa pendekar telah meresapi semangat dakwah UZAR, hehe. Saya juga ada pengalaman dgn Gayung & Cimande. Tapi, just asas2 sahaja, skrg dah lupa lak :sigh
 
Pada saya, mempelajari seni beladiri adalah suatu keperluan asas bagi muslim. ISLAM sendiri menyuruh kita sentiasa bersiap-siaga. Setidak2nya, dgn mempelajari seni bela diri, kita berupaya bertindak secara spontan tatkala situasi mencemaskan berlaku dan memerlukan kita untuk bertindak mempertahankan diri & insan tersayang. 
 
Selagi tidak bercanggah syara' dan menjauhi unsur2 syirik, silakanlah. Malah, 100% recommended. 
 
**Teringin nak tengok UZAR bersilat, hehe... 
 
Shahmuzir Nordzahir
 
» Reply to this comment...

Posted by am0i Ida, on 17-05-2008 07:38, IP 60.52.99.186, Guest
40. ...
Salam 
 
Terkejut sekejap. Ingat ke Uzar cerita pasal oranglain, rupa-rupanya kisah Uzar sendiri. Tak sangka Uzarpun minat juga dalam seni mempertahankan diri. 
 
Teringat masa sekolah dulu pernah berkobar-kobar nak masuk silat gayung tapi ayah tak bagi, tak sesuai untuk orang perempuan katanya... 
 
Tapi sekarang nie rasaya setiap wanita kena tahu sekurang-kurangnya asas untuk melepaskan diri dari penjahat yang menyerang secara tiba-tiba...macam dulu sibuk dengan penciptaan penyembur bercili dan macam-macam lagi... 
 
Tapi saya pernah dengar belajar silat nie ada bacaan dan jampi serapah tertentu..cuma saya tak pasti apadia..sebab adik beradik lelaki saya semua suka silat....jadi bimbang juga kerana setiap jenis silat tu ada amalan tertentu...saya memang kurang arif...mungkin Uzar boleh selitkan tentang ini... 
 
UZAR : JIKA CERITA PASAL ORANG LAIN, NANTI TERMENGUMPAT PULA..JADI TERPAKSALAH BAWA CERITA DIRI SENDIRI JE
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom