Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Pelaburan arrow Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 73 guests online
PDF Print
User Rating: / 34
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 22-10-2008 03:36
Views 24618    
Favoured 23

Hukum Akaun Pelaburan Emas

di Bank Malaysia

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini. 
 
Dari maklumbalas yang diberikan ialah: 
 
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal. 
 
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual. 
 
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan. 
 
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan. 
 
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 

emas oh emas
 

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini. 

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

22 Oktober 2008

23 Syawal 1429 H

Wales, UK


Petikan info dari maybank2u.com.my

 

Benefits

  • Convenience of deposit, withdrawal and closing of GSPA account at any Maybank branch in Malaysia
  • Introduced by the country's largest bank, 100% backed by physical gold and in collaboration with the World Gold Council
  • Cheaper as gold prices quoted are pegged to international gold prices without additional charges
  • Ability to build a personal gold portfolio by purchasing gold in small amounts (minimum 5gms) regularly over a period of time
  • Opportunity for capital gain if the price of gold appreciates
  • Possible hedge against inflation

Who can apply

  • Individuals
  • Joint account - maximum 4 persons

How it works

The Gold Savings Passbook Account (GSPA) is an account that lets you invest in gold in a convenient, more secure and cheaper way. You can purchase gold in 999.9 fineness at all Maybank branches at daily quoted gold prices for 1gm in Malaysian Ringgit. All transactions will be recorded in your GSPA passbook.

Whenever you need to, you may conveniently withdraw from the GSPA at the prevailing gold price in the following ways:

  • Physical gold: Gold Wafers @ 10, 20, and 50 can be withdrawn at selected branches. A conversion charge to cover the shipping and insurance will be charged for the physical gold withdrawal
  • Gift Gold Certificate: The certificate can be made payable to a third party and is valid for 6 months. The certificate is non-negotiable, non-transferable and non-assignable. Hence, only the registered holders can redeem the certificates
  • Cash: The amount of gold holdings can be converted to Ringgit Malaysia at the prevailing market price. The amount in RM will be credited into your Maybank deposit account

Last update: 22-10-2008 03:46

Published in : Soal Jawab, Pelaburan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (52) RSS feed comment
Posted by Mohd Rosmadi Bin Muhammad, on 06-02-2010 12:29, IP 180.72.45.167, Guest
1. LELAKI
Salam Ustaz,bagaimana pula hukum kalau saya buat simpanan dalam akaun simpanan wang emas di bawah Maybank,adakah halal dari sudut pandangan Islam,insan yang ingin kepastian,terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd hasfarizan bin md hashim, on 01-01-2010 15:18, IP 203.82.92.155, Guest
2. ansuran emas tanpa interest..haram tak?
asslammualaikum ustaz..saya pohon pendapat ustaz tentang urusniaga yg telah saya ceburi 
saya adalah seorang penjual emas fizikal..tentang penulisan ustaz pasal pelaburan emas..saya dah faham dan alhamdulillah saya tidak amalkan..cuma saya nak kepastian dari ustz..tentang beberapa situasi urusniaga emas.. 
situasai 1 
saya membeli emas dengan ansuran..bayar 4kali..tetapi emas itu hanya akan saya dapat setelah saya habis bayar dan harga nya tetah ditetapkan dipersetujui pada awal perbincangan..contohnya katakan saya nak beli emas harga pada hari persetujuan itu katakan RM500 ikut harga emas semasa..dgn peretujuan itu saya bayar secara ansuran selama 4bln yakni 500/4=RM125 sebulan sahaja..selepas habis bayar emas itu, baru emas itu berada ditanggan saya..jadi soalan saya haram ke urusniaga ini dan ada riba ke urusniaga ini.. 
jika tiada riba dan halal..bagaimana nak kira tempoh zakatnya..adakah semasa proses persetujuan atau ketika emas itu ada ditanggan saya.. 
saya berharap ustaz dapat menjawab pertanyaan saya..saya amat-amat merayu agar ustaz tolong saya..sebab urus niaga itu sudah lama berlalu..jika salah tolong terbitkan dalam web ustaz.. 
 
 
UZAR : jika ikut fatwa dari empat mazhab, cara belian ansuran tu walau tak ada interest tetapi ia tetap RIBA kerana sebarang tangguhan beeerti riba an-nasiah
 
» Reply to this comment...

Posted by kedahi, on 16-12-2009 09:47, IP 202.185.88.71, Guest
3. pelajar
salam.. 
ustaz, terbaru,pihak maybank hantar emel pd saya dgn mengakui bahawa akaun emas maybank adalah akaun konvensional...apa pandangan ustaz?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by wan, on 02-12-2009 00:07, IP 60.48.56.192, Guest
4. emmmm
x payah tunggu mufti bg fatwa, kalu dah nama konvensional tuh , mmg compem haram punya, wat per nak pening2,kerna harta sanggup bg makan anok bini hasil yang shubhah.
 
» Reply to this comment...

Posted by mawaddah, on 31-05-2009 08:02, IP 60.52.30.147, Guest
5. emas - maybank islam or tak islam
Salam uztaz, sudah lama posting ni. saya ingin tahu jika ustaz kini mempunya info terbaru mengenai pelaburan emas maybank, kerana ianya tidak diletakkan di bawah maybank islamic adakah masih diragui? tetapi jika dilihat pada persoalan yg ustaz berikan, rasanya semuanya OK with GSPA under Maybank. mohon 2cents advice dari ustaz. 
 
jazakAllah. 
 
UZAR : wallahu'alam, ada kemungkinan juga tu..
 
» Reply to this comment...

Posted by Along, on 29-04-2009 12:33, IP 116.12.240.162, Guest
6. Urusniaga menurut muamalat Islam
Salam Ustaz, 
terima kasih dengan penerangan mengenai pelaburan emas masakini di bank Malaysia... Saya masih belanjar mengenai pasaran emas masakini ... 
Terdapat jugak pelaburan emas melalui skim seperti Afa , Miggold , Etika Emas etc... 
Tetapi saya lebih berminat mendapat emas on the spot .. maksudnya , ada duit baru beli emas ... Bagaimana dan syarat2x untuk berurusniaga sedemikian dengan harga emas sentiasa berubah mengikut permintaan semasa ? Ada sesetengah syarikat/bank yang menjual emas tetapi stok tiada dalam simpanan ,terpaksa menunggu pengeluar menghantar bekalan ... Bolehkah kita order/book dulu mengikut harga sekarang dan akan menjelaskan keseluruhan pembayaran bila masa penyerahan ? syarat ini ditetapkan oleh pihak penjual ...Bagaimana urusniaga dan transaksi membeli emas melalui internet ?
 
» Reply to this comment...

Posted by Luq, on 21-11-2008 04:55, IP 194.80.178.1, Guest
7. ...
Salam UZAR, 
 
Saya ada terlibat dgn satu sistem perniagaan. Begini, sekiranya saya melabur 3800,saya akan dibayar dgn post dated cek sebanyak 4500 dlm masa 3 bulan (maknyenya saya dpt cek 1500 tiap-tiap bulan). Apakah pandangan UZAR tentang konsep biznes ini ?
 
» Reply to this comment...

Posted by Rahman, on 14-11-2008 22:30, IP 194.80.178.1, Guest
8. ...
Salam,  
 
UZAR apa hukumnya jual beli syiling lama (yang tidak lagi laku) tetapi syiling itu mengandungi perak/emas melalui online? Adakah jual beli syiling lama seperti syiling USA yang mengandungi emas dan perak jika dijual beli secara online juga dikira RIBA AN-NASIAH?  
 
Harap jelaskan hukumnya. Pelaburan RARE COINS merupakan pelaburan yang baik ketika ini.  
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by ingin tau, on 10-11-2008 21:28, IP 194.80.178.1, Guest
9. ...
Ustaz, macam mana pula dengan hukum jual beli E-GOLD?  
 
Setahu sy, E-GOLD adalah method utk membuat bayaran di internet. Tp utk mendapatkan E-GOLD ini, kita perlu berurusniaga (beli) dari pihak tertentu. Apakah hukum urusniaga ini? 
 
Minta maaf klu soalan sy out of topic, tp sy amat berharap mendapat penjelasan ustaz. sekian, terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by SAIFULBAHRI, on 08-11-2008 07:29, IP 89.194.64.146, Guest
10. ...
UZAR, 
 
Saya dan wan_ly ada kemusykilan yang pernah diajukan di dalam shoutbox. Tapi mungkin UZAR terlepas pandang. Untuk itu saya tampalkan kemusykilan kami di sini. Harap UZAR ada kesempatan un tuk komen. 
 
 
------------------------------ ---- 
# wan_ly "SAIFULBAHRI, UZAR: pada pendapat saya,urusniaga masih tertangguh kerana pmbayaran loan masih blum selesai. bermakna emas terssbut blum menjadi hak mutlaknya selagi mana blum byr loan habis. Harap UZAR tahkikkan. Syukron" 
 
Details 
2008-10-23 12:37 PM 
Off 
 
------------------------------ ----- 
# SAIFULBAHRI "Pada ilmu saya yg cetek ni, tiada riba di situ krn syarat beli emas tlh dipatuhi. Byr cash dlm 1 majlis pd hrga emas tsbut. Akad pnjam duit dan akad beli emas saling x brkaitan krn ia akad berbeza dlm majlis bebeza. Hrp UZAR btlkn klu saya tersilap. Syukran." 
 
Details 
2008-10-22 11:30 PM 
Off 
------------------------------ ----- 
# SAIFULBAHRI "Salam UZAR. Harap Allah beri ksmpatn jwb kmskiln ni. Kita wat qardul hassan, dgn duit tu kita beli emas cash. Atau financing dgn bank, beli emas cash dgn duit tu. Wujudkah riba di situ?" 
 
Details 
2008-10-22 11:23 PM 
Off 
------------------------------ ----- 
 
Terima kasih atas jawapan ustaz. 
 
» Reply to this comment...

Posted by suhairi, on 04-11-2008 04:35, IP 194.80.178.1, Guest
11. ...
Saya kira soalan sy ini ada kaitan dgn persoalan muhammad & Mr T pd 23 Oct lepas di ruang comment pd website ust. 
 
1 sykt menawarkan 1 skim dimana setiap 100g emas yg dibeli akan ditambah dengan 100g milik sykt. 100g yg dibeli itu akan ada akad, surat perjanjian & surat hak milik. Emas tersebut akan digadaikan kepada ar-rahnu bank rakyat bersama-sama emas milik sykt & ia akan menjadi sebanyak 200 gram (100g di atas nama saya) dan duit pajakan sebnyk 65% akan diberi kepada sykt tersebut utk membeli emas yg baru bg perniagaan seterusnya. 
 
Keuntungan skim ini: 
1. tiap bulan sykt akan memberi RM300 tetap selama 6 bulan. 
2. "spot gold" di mana jika dalam tempoh 6 bulan itu harga emas naik, sykt akan menebus balik emas yg disimpan dari Ar-rahnu & di pajak balik utk mendapat keuntungan dari kenaikan harga emas td & keuntungan ini akan dibahagikan kepada kedua2 belah pihak. 
3. Jual balik emas denagn harga semasa jika tamat kontrak. 
 
Kontrak ini akan diperbaharui setiap 6 bulan,bergantung kepada pekendak si pembeli,samaada ingin memeruskan atau tidak. Jika tidak diteruskan, sykt akan memberikan 100g kepada si pembeli & terserahkan kepada pembeli utk membuat apa sj. Jika pembeli berhenti sebelum habis tempoh 6 bulan, denda akan dikenakan tetapi emas itu masih lagi hak milik si pembeli. 
 
Sykt/skim ini telah mendapat kelulusan dari bank negara. Apa pandangan Islam dalam program ini ? Minta jasa baik ust utk memberikan penjelasan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Remy UTHM, on 02-11-2008 23:19, IP 194.80.178.1, Guest
12. ...
Salam. info ini saya dapat dr kawan berkaitan dengan pelaburan emas.Harap dapat membantu pihak tuan 
 
Etika Emas Sdn. Bhd. membuat penjualan EMAS TULIN 999.9 24K dan boleh dipajakkan ke dalam Skim Pajakan Ar-Rahnu Bank Rakyat(emas akan diteliti dan diperiksa oleh pihak bank). 
Pihak bank akan mengeluarkan sijil atas nama pembeli sebagai pemajak emas tersebut. 
 
Selain pajakan sebelum dijual kembali kpd Etika Emas(bergantung kpd pembeli) utk mendapatkan keuntungan mengikut harga semasa, pihak Etika Emas juga akan membayar RM300, RM600, RM900 atau RM1200 sebulan kpd pembeli selama mana emas tersebut dipajakkan kpd Bank Rakyat. 
 
Pembayaran tersebut adalah hadiah/diskaun berjadual kpd pembeli hasil dari urusniaga Etika Emas, yg akan diterangkan kpd pembeli. 
Bayaran bulanan tersebut adalah tetap sepertimana yg akan dicatatkan dlm perjanjian yg akan dibuat antara Etika Emas dan pembeli. 
 
Potongan zakat atas simpanan itu akan diuruskan oleh Bank Rakyat dan Etika Emas. 
 
Keuntungan pembeli : 
1) Penjualan balik emas tersebut 
mengikut harga pasaran atau harga ketika belian,  
YANG MANA lbh tinggi 
2)Pendapatan Bulanan 
Bulanan RM300 : 6 bulan = RM1800, 
1 tahun = RM3400 @ 
Bulanan RM600 : 6 bulan = RM3600, 
1 tahun = RM7200 @ 
Bulanan RM900 : 6 bulan = RM5400, 
1 tahun = RM10800 @ 
Bulanan RM1200 : 6 bulan = RM7200, 
1 tahun = RM14400 
3) 25% keuntungan dibayar kpd pembeli apabila harga emas meningkat mengikut kenaikan tertentu(dlm tempoh pajakan). 
 
» Reply to this comment...

Posted by Amin007, on 02-11-2008 23:19, IP 194.80.178.1, Guest
13. ...
"Written by Mr.T on 2008-10-23 23:50:41Assalamualaikum Ustaz.  
 
Saya ada beberapa kemusykilan berkenaan pelaburan emas ini.  
 
Saya bercadang membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50k di Bank Rakyat.  
 
Daripada jumlah itu, sebanyak RM40k akan dilaburkan di dalam pelaburan emas dengan sebuah syarikat yang dilantik oleh pihak bank. Dengan itu, saya dijanjikan sebanyak 4 ketul emas yang mana seketul berharga RM10k. (maaf, saya kurang pasti beratnya).  
 
Dengan pelaburan ini, syarikat akan melaburkan emas saya di bank dan hasil daripada itu syarikat akan membayar saya sebanyak RM300 sebulan bagi seketul emas. Emas tersebut masih menjadi milik saya.  
 
Dalam kes ini, saya akan mendapat pendapatan tetap sebanyak RM1200 sebulan sehinggalah saya bercadang untuk menjual semua emas saya.  
 
Apa komen Ustaz berkenaan cara pelaburan ini?  
 
UZAR : Ia haram krn riba, kecuali jika bank rakyat yg buat arrangement mungkin pensiahat shariah nya telah semak hukum , tatkala tu harus. tapi jika bank konvensional, maka jauhi lah" 
 
haram??? tapi saya tak fikir yang bank rakyat terlibat sama pasal bank rakyat hanya buat gadaian aje kan 
 
akad MR.T hanya dengan syarikat tu sahaja. lagipun bayaran tetap pada setiap bulan. mungkin persoalan disini, syarikat tu boleh buat untung setiap2 bulan dengan menjual emas??? 
 
tapi apasal dia tetapkan bayaran tu???
 
» Reply to this comment...

Posted by azhar, on 02-11-2008 23:15, IP 194.80.178.1, Guest
14. ...
salam ustaz... 
ingin bertanya persoalan mengenai perbankan... bagi operasi yg dijalankan oleh sesebuah bank yg mempunyai islamic windows & juga konvesional...bagaimanakah bank tersebut memastikan tiada percampuran keuntungan bagi kedua2 operasinya...?  
jazaaka Allahu khairan lakum...
 
» Reply to this comment...

Posted by abi mirza, on 28-10-2008 16:36, IP 62.31.50.125, Guest
15. ...
salam...ustaz 
saya dah email ke zaharuddin@yahoo.com tp ustaz blum reply lg. ini mengenai no akaun ustaz. 
email saya di zamaliah@taknak.net 
 
syukran 
 
UZAR : Ok terima kasih bebanyak..nanti saya email..MOga diberkati Allah atas sumbangan yang ingin diberikan
 
» Reply to this comment...

Posted by Zex, on 28-10-2008 16:34, IP 62.31.50.125, Guest
16. ...
Brader. 
 
Ni ada artikel untuk dikongsi bersama dari web ni. 
 
http://www.iht.com/articles/ 2008/10/24/business/ shariah.php
 
» Reply to this comment...

Posted by firdausabdullah, on 28-10-2008 16:34, IP 62.31.50.125, Guest
17. ...
salam.. 
kita tunggu Pb GIA tu dapat title -i (islamic),jadi sekarang dah jelas takde..so mmg tak islamic lah.PB kalau islamic mesti taruh warna hijau.wa'allahualam
 
» Reply to this comment...

Posted by eGOLD916, on 26-10-2008 15:01, IP 92.21.176.156, Guest
18. ...
Salam Ya UZAR, 
ana ingin bertanyakan tentang perniagaan emas secara e-komez yang mana harga yang kita beli adalah tetap sebyk RM1560 (10 gm)walaupun ada turun naik harganya. Namun kita dpt rebet sbyk 2% (dibyr selama 12bulan). Melalui sistem e-Komez ni, resit pembelian emas boleh print dari akaun kita secara online. Apa pendpt UZAR tentang perniagaan emas melalui konsep MLM? 
info : www.jutawan22k.blogspot.com 
 
Selamat Hari Raya.
 
» Reply to this comment...

Posted by sarjantulang, on 26-10-2008 14:57, IP 92.21.176.156, Guest
19. ...
salam. 
 
alhamdulillah, hamba baru je tukar kad kredit spt saranan ustaz.  
 
skrg hamba ada soalan. berkaitan zakat. since semalam kt malaysia kecoh pasal isu zakat blh diberi pd bukan islam. so apa komen ustaz?berilah kami sedikit ilmu tentang perkara ni. 
 
tq 
 
sarjantulang 
 
UZAR : Alhamdulillah dah tukar kad kredit..tahniah. 
 
zakat memang boleh diberi pada bukan islam tapi asnafnya adalah "muallafatu al-qulub" iaitu yang sedang berjinak dengan Islam. dan ada beberapa lagi..tapi bukannya bagi secara open begitu shj.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by abdullah, on 25-10-2008 07:15, IP 92.21.176.156, Guest
20. ...
salam uzar.soalan memang xde kaitan ngan entry.sori2.memandangkan ramai yg x tahu lagi jadi saya tanya kat sini je. 
 
ikut kefahaman saya,sebarang penggunaan kad kredit konvensional adalah mengandungi riba,walaupun bil dijelaskan setiap bulan tanpa tunggakkan.adakah benar? 
 
saya berada di luar negara.saya ingin beli buku di malaysia.tempat saya ni tiada bank islam.kalau saya beli buku tersebut secara online dengan kad kredit adakah akan berlaku as-sarf? 
waktu bila yg kita buleh kata darurat?waktu rasa buku tu penting sgt ke?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mr.T, on 23-10-2008 23:50, IP 194.80.178.1, Guest
21. ...
Assalamualaikum Ustaz. 
 
Saya ada beberapa kemusykilan berkenaan pelaburan emas ini. 
 
Saya bercadang membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50k di Bank Rakyat. 
 
Daripada jumlah itu, sebanyak RM40k akan dilaburkan di dalam pelaburan emas dengan sebuah syarikat yang dilantik oleh pihak bank. Dengan itu, saya dijanjikan sebanyak 4 ketul emas yang mana seketul berharga RM10k. (maaf, saya kurang pasti beratnya). 
 
Dengan pelaburan ini, syarikat akan melaburkan emas saya di bank dan hasil daripada itu syarikat akan membayar saya sebanyak RM300 sebulan bagi seketul emas. Emas tersebut masih menjadi milik saya. 
 
Dalam kes ini, saya akan mendapat pendapatan tetap sebanyak RM1200 sebulan sehinggalah saya bercadang untuk menjual semua emas saya. 
 
Apa komen Ustaz berkenaan cara pelaburan ini? 
 
UZAR : Ia haram krn riba, kecuali jika bank rakyat yg buat arrangement mungkin pensiahat shariah nya telah semak hukum , tatkala tu harus. tapi jika bank konvensional, maka jauhi lah
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by rahmat, on 23-10-2008 23:47, IP 194.80.178.1, Guest
22. ...
Assalamualaikum ustaz,  
 
minta jasa ustaz untuk komen soalan Mr Ton (komen pertama dalam artikel ini)
 
» Reply to this comment...

Posted by Adry, on 23-10-2008 23:35, IP 194.80.178.1, Guest
23. ...
Salam.. Terima kasih untuk penerangan ini Ustaz... :)  
 
Adry @ http://www.adrysabry.com
 
» Reply to this comment...

Posted by muhammad, on 23-10-2008 21:23, IP 194.80.178.1, Guest
24. ...
Ustaz, saya ada membeli emas dari satu syarikat. Kemudian emas itu digadaikan kepada pajak gadai ar-rahnu bersama-sama dengan emas syarikat sebanyak 2 bahagian (beli 1 sykt tambah 2)atas nama saya. Diut gadaian itu diserahkan kepada sykt. Pihak sykt akan bayar hibah kerana benarkan nama kita digunakan untuk gadaian tersebut. Apakah hukum nya ust? Duit gadaian itu bersamaan dengan 2 bahagian emas sykt yang digadaikan atas nama pembeli. :? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by Pn. Nora, on 23-10-2008 21:20, IP 194.80.178.1, Guest
25. ...
Alhamdulilah, ruang ini banyak memberi info pada saya dan keluarga tentang upelaburan emas di pasaran. Terima kasih kepada yang menyertai blog ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by MUHAMMAD, on 23-10-2008 21:20, IP 194.80.178.1, Guest
26. ...
Ust, saya ada membeli emas bar 100 gram. Emas tersebut digadaikan kepada ar-rahnu bersama-sama emas milik sykt sebanyak 200 gram atas nama saya dan duit diberi kepada sykt tersebut. Tiap bulan sykt beri 300 selama 6 bulan.Kontrak ini boleh diperbaharui setiap 6 bulan. Apa pandangan Islam dalam program ini ? Minta penjelasan ust, terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Jannatul Firdaus, on 23-10-2008 21:20, IP 194.80.178.1, Guest
27. ...
Salam, 
 
Saya ada 2 soalan tetapi tiada kaitan dengan pelaburan emas. (Maaf terpaksa guna ruangan komen untuk bertanya soalan). 
 
1. Saya ada terbaca tentang debit card AmBank dan diniagakan oleh pihak ketiga. Kita boleh mendapat keuntungan sehingga 10 level (overiding). Tuan boleh refer website ini http://www.smartlink2u.com/ dan http://www.carigold.com/ portal/forums/showthread.php? t=54872 
 
Kad ini asalnya dikeluarkan oleh AmBank di http://www.ambg.com.my/ personal/promotions/personal/ creditcard/nexg/nexg.asp 
 
Adakah perniagaan syarikat ketiga ini halal? 
 
2. Saya pernah mendengar orang berkata bahawa membuat barangan dari emas seperti bijana, sudu, garfu dll (tidak termasuk barang kemas wanita) adalah haram. Adakah benar begitu?  
 
Sekian, terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by bandito, on 23-10-2008 21:20, IP 194.80.178.1, Guest
28. ...
Syukran jazilan Dr UZAR kerana memberikan jawapan utk keraguan saya. 
 
Jual beli emas fizikal secara tunai dlm 1 masa = Confirm HALAL. (walaupun mahal skit dari PB price)
 
» Reply to this comment...

Posted by Rahman, on 23-10-2008 21:20, IP 194.80.178.1, Guest
29. ...
Salam, 
 
Apa pula bezanya jual beli emas dalam bentuk akaun ini dengan jual beli emas melalui Gold Spot (FUTURE trading)? 
 
Adakah ianya sama? Atau ianya berbeza? 
 
Tolong UZAR jelaskan lagi. 
 
Terima kasih. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Rahman, on 23-10-2008 21:19, IP 194.80.178.1, Guest
30. ...
Salam, 
 
Terima kasih kepada UZAR yan telah berkesudian memberikan jawapan mengenai masalah pelaburan emas ini. 
 
Saya ingin bertanya lebih lanjut lagi mengenai pelaburan emas. 
 
Bolehkah kita beli emas secara online kerana membeli emas secara online dari dealer emas jauh lebih murah di bandingkan membeli dari pihak bank.  
 
Apa dia langkah-langkah untuk memastikan jual beli emas melalui online ini di benarkan (halal)? 
 
Boleh rujuk di www.bullionvault.com atau www.kitco.com 
 
Terima kasih. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by zue hamid, on 23-10-2008 03:29, IP 194.80.178.1, Guest
31. ...
alhamdulillah .. akhirnya uzar berkesempatan mengulas isu pelaburan emas ini.  
 
Dah lama saya menunggu dan kini saya berpuashati dengan penerangan uzar yang begitu mudah difahami. Terima kasih uzar.
 
» Reply to this comment...

Posted by naj_, on 23-10-2008 03:28, IP 194.80.178.1, Guest
32. ...
komen saya tidak berkaitan dengan isu di atas cuma saya ingin meminta nasihat daripada Uzar. 
 
saya punyai keinginan untuk menjadi seperti Uzar bijak muamalat,penceramah, mengajar kitab dan sebagainya..dan saya telah pun membaca tulisan Uzar ttg motivasi di web ini, namun melihat kepada dr ini, saya x sebijak Uzar. 
 
untuk pengetahuan, saya skg blajar di tahun akhir dan akan grad tahun hadapan pada usia 27 dan saya berminat menjadi pakar muamalat dan bidang yg lain juga pengajian bertalaqqi di timur tengah. 
 
apa nasihat Uzar? sekadar luahan terpulang kpd Uzar untuk respon..email saya rijal_qawiy@yahoo.com.my
 
» Reply to this comment...

Posted by DAN, on 22-10-2008 19:10, IP 194.80.178.1, Guest
33. ...
bagaimana pula kalau orang yang mebuat personal loan/ kad kredit untuk membeli emas fizikal? 
 
TQ 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by red_lotus, on 22-10-2008 18:28, IP 194.80.178.1, Guest
34. ...
salam~ 
 
sy sememangnya sgt berminat dgn kepentingan emas dlm ekonomi islam ni.kerana sy lihat islam bkn hnya boleh berkembg dr satu sudut shj-ekonomi adlh antara slah 1 medium yg berkesan.terima kasih ustaz. ustaz, sy minta izin utk copy artikel ustaz boleh? sbb sy ad buat sdikit kajian ttg emas ni dan target audience sy ialah pemuda/i islam (sbb sy pn termasuk dlm golongan tersebut).ustaz, sy ad permasalahan yg bkaitan fiqh muamalat ni,bgaimana sy dpt consult khidmat ustaz? May ALLAH bless us all. 
 
UZAR : Boleh copy, tapi ini bukan artikel tentang emas..kena karang lain jika artikel berkenaan emas tu. 
 
consultation fiqh muamalat..setakat yang mampu dan saya berada di UK
 
» Reply to this comment...

Posted by hafist, on 22-10-2008 18:27, IP 194.80.178.1, Guest
35. ...
Salam ustaz, 
kalau maybank punya gold saving passbook tu, transaksi yang direkodkan dalam passbook tu boleh dijadikan bukti dan hak tasarruf kan? 
 
UZAR : Ye boleh jika anda boleh dengan bebas jual emas yang anda milikinya sebagaimana tercatat dalam buku anda.
 
» Reply to this comment...

Posted by hisham, on 22-10-2008 18:25, IP 194.80.178.1, Guest
36. ...
Assalamualaikum UZAR, Mengenai pembelian emas kijang emas ini, bagaimana kalau pembelian menggunakan cara berhutang iaitu satu syarikat menawarkan pembelian dengan cara berhutang dan dibayar mengikut kadar yang telah ditentukan untuk setiap bulan. contohnya harga 12 keping emas jumlahnya 20,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM 245 sebulan selama 7 tahun secara ansuran tanpa ada faedah ke atas pinjaman tersebut, kemudian emas yang dibeli tadi secara hutang diperniagakan dan keuntungan dimasukan ke dalam akauan pembeli setiap bulan sekiranya pembeli membayar hutang RM 245 tersebut.  
Penerangan daripada ustaz amat dihargai. 
 
UZAR : Soalan yang baik, jawpaannya HARAM kerana syarat pembelian emas adalah 'yadan di yadin' iaitu serah terima semuanya dalam satu masa.  
 
Ia juga fatwa Majlis Fiqh Dunia
 
» Reply to this comment...

Posted by Amin007, on 22-10-2008 18:22, IP 194.80.178.1, Guest
37. ...
lupa pulak emas ada zakat :grin  
tak tanya pulak pihak bank macam mana 
nak bayar zakat emas yer 
 
kena pulak simpan dalam bentuk buku. 
boleh ker kita rujuk apa yang dalam buku tanpa tengok emas yang sebenar untuk bayar zakat??? 
 
UZAR : Sama dengan tengok duit dalam buku tanpa lihat fizikal duit bergulung-gulung. tiada masalah asalkan cukup semua syaratnya sebagaimana telah disebut. 
 
Bayar zakat emas boleh keluarkan duit dari poket atau buku lain sahaja. Tak semestinya datang dair buku emas tu sahaja
 
» Reply to this comment...

Posted by rosli, on 22-10-2008 18:20, IP 194.80.178.1, Guest
38. ...
salam UZAR,saya ingin berkongsi pendapat sikit,baru2 ni saya ada menelefon pihak PB dan meminta penjelasan berkenaan GOLD INVESTMENT ACCOUNT(GIA),mereka menjelaskan bahawa emas yang kita beli adalah merupakan atau berbentuk on paper tetapi sekiranye kita (pelanggan) ingin membeli secara fizikal maka segala kos(insuran,transport dll) adalah ditanggung oleh pihak kita ini adalah kerana emas tersebut berada di new york, saya juga dimaklumkan ianye lebih kepada kontra, kalau kita betul2 nak yang fizikal itulah syaratnye,walaubagaimanapun terima kasih UZAR kerana memberikan respond saya pun tgh standby nak buka GIA ni, kalau ada apa2 info saya akan hubungi UZAR, wassalam.....romod88@yahoo.com  
 
UZAR : kALAU ON PAPE RPUN TIADA BANYAK MASLAH JIKA CUKUP SYARATNYA SEBAGAIMANA YANG TELAH SAYA SEBUTKAN. 
 
Pastikan emas di new york tu dalam milik PB semasa dia jual. 
 
pastikan paper yang anda miliki tu, benar2 mewakili emas di New York tu sehingga jika anda tiba-tiba pergi New York dan bawa surat paper tu, anda akan diberikan emas fizikal tanpa masalah.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Ariff, on 22-10-2008 18:16, IP 194.80.178.1, Guest
39. ...
Benarkah Maybank akan menghadapi maslah besar disebabkan pembelian bank di Indon?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Ariff, on 22-10-2008 18:16, IP 194.80.178.1, Guest
40. ...
Apakah kaitan antara Bank Indon yg Maybank beli tu dengan Temasek? 
 
UZAR : Saya tiada info untuk mengulas ketika ini. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 22-10-2008 18:14, IP 194.80.178.1, Guest
41. ...
Salam Ustaz 
 
Sekadar info bagi Public Bank Gold Investment Account : 
Setiap pembelian emas tersebut ada dicatitkan pada buku simpanan yang dikeluarkan oleh pihak bank (bagi Public Bank). Catitan pada buku tersebut menunjukkan pembeli mempunyai amaun tertentu yang disimpan oleh pihak bank. Jualan semula emas tersebut boleh dilakukan pada bila-bila masa. 
 
soalan : 
 
1. Adakah menjadi tanggungjawab pembeli untuk memastikan ke mana wang tersebut digunakan sedangkan bank hanya platform/ penjual yang menjual emas. Adakah pembeli emas berdosa sekiranya wang belian tersebut digunakan/ dilaburkan ke tempat yang tidak syarak? 
 
Terima kasih. 
 
UZAR : Ye menajdi tanggungjawab kerana ia tidak diwartakan sebagai produk pelaburan Islam. Justeru, telah sedia maklum secara asasnya, product konvensional akan diurus tadbir dan digunakan tanpa mengira hukum hakam syariah.  
 
hukumnya sama sepertoikita menyimpan atau menminjamkan duit kepada orang yang telah kita tahu amat amat suka berjudi. .. maka menjadi tgjwb kita untuk pastikan duit yang kiat berikan tidak diguna untuk tujuan haram.  
 
Ia berbeza dengan jual beli..apa yang saya maksudkan di sini adalah di waktu akaun emas itu dibuka. Bukan semasa jual beli emas dibuat ( ini stage pertama), stage kedua adalah anda menyimpan emas itu kepada custodian bank.
 
» Reply to this comment...

Posted by fznzm, on 22-10-2008 18:09, IP 194.80.178.1, Guest
42. ...
bagaimana pula dgn futures komoditi gold?  
http:// preciousmetals.osk188.com.hk/ en/home.html 
 
oskib.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by muhammad, on 22-10-2008 18:08, IP 194.80.178.1, Guest
43. ...
Alhamdulillah, Persoalan yang agak lama bermain difikiran saya sudah dujelaskan. Terima kasih Ust atas persoalan-persoalan yang dilontarkan. Info yang sangat-sangat dinantikan.  
 
Harap akan memdapat maklum balas dari pembaca-pembaca tentang persoalan-persoalan yang diutarakan oleh ust diatas...
 
» Reply to this comment...

Posted by Zahbi wal Fiddhah, on 22-10-2008 18:06, IP 194.80.178.1, Guest
44. ...
Ustaz, camne pulak dgn skim belian emas yg menawarkan rebate 2% kpd pembeli selama setahun? www.ggfgold.com
 
» Reply to this comment...

Posted by syuk, on 22-10-2008 18:06, IP 194.80.178.1, Guest
45. ...
Alhamdulillah, akhirnya terjawab sudah persoalan yg membelunggu fikiran saya. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan pada UZAR atas ilmu ini. 
 
Kini umat Islam di Malaysia khususnya dapat merebut peluang yg ada tanpa was-was dan dapat menjauhi pelaburan yang syak dan menjurus kepada riba'. 
Syukran ya ustaz. 
 
» Reply to this comment...

Posted by rodin, on 22-10-2008 18:05, IP 194.80.178.1, Guest
46. ...
assalamualaikum Ustaz.alhamdullilah selepas penerangan ustaz saya, saya lebih sedar yang transaksi saya lakukan adalah halal.  
 
semasa saya membeli secara direct daripada pihak bank tersebut,sebanyak memang diberi emas scara fizikal dan diberikan resit pembelian sekali,dan memang hak mutlak maybank emas tu..bentuk bulat sebesar syiling 50 sen. yg satu ounce besar sikit lagi,tapi tak brani nak beli,pasal baru percubaan..sepertin yang pernah saya katakan saya membeli ketika kegawatan ekonomi pada lebih kurang dua tahun lepas semasa harga emas mengalami kenaikan yang tidak turun selama beberapa bulan.tetapi nasib kurang menyebelahi, selepas tu turun mendadak..terpaksa tunggu beberapa lama untuk naik balik menghampiri harga pembelian dan terus jual melalui seorang ustaz yang pernah saya ceritakan.. 
 
Berkenaan gold saving passbook ni saya tak sertai, wujud selepas kejadian saya membeli secara direct tersebut (Sebab ada ustaz kat kampung saya mengatakan "haram" jadi malas nak ambil tahu sangat).tapi apa yang saya tahu sedikit pasal passbook ni untuk orang yang kurang mampu nak beli secara banyak kerana boleh beli serendah 1gm. tapi dalam hal ni saya rasa mereka lakukan semperti kumulatif money,bermaksud begini, seorang membeli 1gm emas secara berkongsi dengan pelabur lain, pasal emas yang wujud hanya dalam 1/4 ounce,1/2 ounce dan 1 ounce..(1 ounce = 28.34952gm using scientific calculator).jadi paling rendah nak beli secara direct emas 1/4 ounce adalah 7.08738gm, harga dulu dalam RM670 lebih kurang..dari situ saya boleh anggap kalau maybank benarkan membeli 1gm bermakna pemilikan berdasarkan kumulatif para pelabur..ustaz bolehlah cari hukum pasal ni, sama ada kumulatif tersebut mengikut syarak atau tidak..cuma nak cakap, kalau nak buat, elok beli direct,nampak terus emas kat tangan,bayar terus dapat emas,tapi nak simpan risau gak la.. 
 
saya rasa banyak dah ni, insyaAllah kalau diberi kesempatan saya hantar email, macam mana saya buat dulu, nak cakap kat sini susah kerana agak panjang..email ustaz zaharuddin@yahoo.com kan? 
 
UZAR : ye
 
» Reply to this comment...

Posted by rodin, on 22-10-2008 18:04, IP 194.80.178.1, Guest
47. ...
tambahan..berkenaan public bank tersebut.saya tak tahu betul atau tidak mereka ni tapi semacam tidak benar kerana semasa membeli di maybank dulu, pihak mereka mengatakan BNM hanya memberi kebenaran kepada dua bank sahaja iaitu maybank sendiri dan Bumiputera Commerce Berhad (BCB). Skarang dah jadi lain, HSBC kan. jadi ada kemungkinan Public Bank membeli daripada bank yang lain sahaja..ok ustaz, harap memberi info.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Mohd Ariff, on 22-10-2008 18:04, IP 194.80.178.1, Guest
48. ...
ade pihak yg mencadangkan supaya cukai pendapatan sikaya di US dinaikkan untuk diagihkan kpd golongan miskin supaya samarata. 
 
Ape pendapat tuan?dan ape hikmah 2.5% dlm zakat perniagaan/pendapatan?Angka 0.025
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullah, on 22-10-2008 18:03, IP 194.80.178.1, Guest
49. ...
Berikut adalah jawapan dari PB. 
 
1. The GIA is operated in the following manner : 
- Gold purchase by customer will be based on the prevailing Bank's gold SELLING price quoted in RM per gram. 
- Gold sale by customer will be based on the prevailing Bank's gold BUYING price quoted in RM per gram.  
 
2. Physical gold withdrawal is one of the features of our Gold Investment Account (GIA). However, the service is currently not available as we are working out on the logistic for implementation nationwide. We will inform all GIA customers accordingly once the ang service is implemented nationwide.  
 
3. The physical gold bars that were purchased by customers are kept with an authorised custodian bank. 
 
4. GIA was launched as a conventional investment product. 
 
Should you require further clarification or information, please call our free-phone at 1-800-88-3323 during normal working hours or approach your nearest Public Bank branch. Our staff would be happy to serve you.  
 
Soalan : Adakah wujud unsur gharar disini selagi PB tidak menjamin bhw jual beli emas adalah berdasarkan emas fizikal? 
Hrp dpt penjelasan Dr UZAR.Syukran.
 
» Reply to this comment...

Posted by bandito, on 22-10-2008 18:00, IP 194.80.178.1, Guest
50. ...
Salam Dr UZAR, 
 
Jadi Public Bank GIA ,adakah kita blh katakan masih mempunyai unsur gharar? 
 
Berikut jwpn dari PB : 
 
We refer to your enquiry and are pleased to provide the following on Gold Investment Account (GIA) for your kind information : 
 
1. The GIA is operated in the following manner : 
- Gold purchase by customer will be based on the prevailing Bank's gold SELLING price quoted in RM per gram. 
- Gold sale by customer will be based on the prevailing Bank's gold BUYING price quoted in RM per gram. 
2. Physical gold withdrawal is one of the features of our Gold Investment Account (GIA). However, the service is currently not available as we are working out on the logistic for implementation nationwide. We will inform all GIA customers accordingly once the ang service is implemented nationwide.  
3. The physical gold bars that were purchased by customers are kept with an authorised custodian bank. 
4. GIA was launched as a conventional investment product. 
 
Should you require further clarification or information, please call our free-phone at 1-800-88-3323 during normal working hours or approach your nearest Public Bank branch. Our staff would be happy to serve you. 
 
Hrp Dr dpt beri penjelasan.SYukran.  
 
UZAR : Jawapan PB yang diberi dengan jelas beritahu bhw ia adalah akaun pelaburan konvensional, ini bermakna tiada sebarang kepastain berkenaan status Shariahnya, aqadnya, kegunaan emas yang dalam simpananya juga tidak disahkan digunakan hanya untuk tujuan yang menepati Shariah sahaja.  
 
Jika demikian, penjelasan mereka. saya cenderung ia tidak halal atau paling kurang pun punyai syubhah yang besar
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom