Bekas
Mufti Perlis tidak dinafikan mempunyai ramai penyokong dan juga pembenci. Itu
sudah tabiat manusia yang amat pelbagai. Kita tidak akan mampu untuk
mengelakkan diri dari berbeza pendapat, saya juga banyak berbeza pendapat
dengan beliau. Kita juga adakalanya tidak mampu untuk mengelak diri dari
dibenci secara tiba-tiba, apatah lagi jika seseorang itu terkenal.
Namun,
yang dibimbangi adalah perbezaan pendapat yang membawa kepada permusuhan yang
dahsyat, label melabel, tuduh menuduh, dan sesat menyesatkan. Sehingga jika diselami hati para pembenci, pasti ada terlihat
keinginan yang amat luar biasa malah keji seperti ingin melihat pihak yang lain
ditangkap, dipenjara atau lebih dari itu, meninggal dunia.
Padahal
isu yang berbangkit kebanyakannya adalah isu yang bersifat zhonni atau yang menerima perbezaan takwilan dan pandangan. Tidak
wajar dipergaduhkan dalam bentuk yang ekstrem dan keras. Memadailah untuk
mengemukakan hujjah balas kepada apa yang dirasakan lemah, dan kemudian jika
pihak di sebelah sana tidak dapat menerimanya, berlapang dadalah.
Selain itu, janganlah dengan mudah
menggelarkan seseorang dengan gelaran Wahabi serta terkeluar dari kelompok
ahli Sunnah wal Jamaah. Adalah tidak tepat untuk menuduh pandangan ijtihad
selain mazhab Syafie adalah Wahhabi, kerana kebanyakkan pendapat yang lain yang
diterima pakai oleh sebahagian kelompok di Malaysia (yang berlainan) sebenarnya
bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah
yang lain seperti Hanbali, Maliki dan Hanafi.
Sebagai contoh:
tidak
melakukan qunut Subuh adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi,
menggoyangkan
jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki,
membolehkan
memgang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki,
tidak
membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh
dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi.
Isu-isu sebegini kerap disalah ertikan
sehingga disenaraikan sebagai ciri pengikut Wahabi. Ini tidak benar sama
sekali, malah Wahabi itu bukan sebuah mazhab Fiqh atau Aqidah serta tidak
mempunyai takrifan yang khas di kalangan para ilmuan Islam sedunia.
Malah menurut sebahagian pandangan
ulama antarabangsa, istilah itu dipelopori oleh musuh-musuh Islam dari kalangan
bukan Islam, untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam. Memang benar, terdapat
ulama moden yang menggunakan istilah tersebut di dalam penulisan mereka, namun
ia merujuk kepada pengikut aliran Muhammad Ab Wahab di Saudi suatu ketika
dahulu, ia bukan sebuah mazhab yang khas.
Di sebelah pihak yang lain pula, jangan
pula terlalu ringan lidah menggelar sesuatu amalan itu sebagai bid'ah, sesat,
ahli bid'ah dan lain-lain gelaran yang menyakitkan telinga. Gunakan hikmah
dalam nasihat, hujjah dan panduan, bukan hukuman dan kejian. Perlu disedari bahawa hujjah YANG DIYAKINI KITA SEBAGAI KUKUH tidak semestinya dinilai kukuh dan tepat oleh ilmuan lain berdasarkan dalil dan kaedah yang juga betul serta diterima dalam displin ilmu Fiqh atau Aqidah Islam.
Imam Muhammad Ibn Sirin berkata :
" Sesiapa yang tidak tidak
mengkaji kepelbagaian pendapat fiqh, mereka sebenarnya belum pun dapat mencium
bau Fiqh itu"
Bau Fiqh pun belum dapat, apatah lagi
inti Fiqh itu sendiri. Banyak menuduh dan meggelar mungkin akan boleh
memberikan indikasi bahawa mereka yang terlibat sebenarnya belum menghidu bau
Fiqh. Belum masak dan matang dalam ilmu Fiqh.
BERLAPANG DADA, IKTIRAF USAHA &
PANDANGAN
Imam
Al-Awza'ie ketika ditanya berkenaan sama ada batal wudhu atau tidak bagi
lelaki yang mencium isterinya menjawab :
Ertinya
: Jika seseorang bertanya kepadaku, aku akan menjawab, batal dan perlu
mengambil wudhu semula, namun sekiranya dia tidak mengambil wudhu, aku tidak
akan mengutuknya ( Tartib At-Tamhid, 3/345 )
Imam
Ahmad Bin Hanbal pula pernah ditanya sama ada sah solat yang menggunakan kulit musang.
Jawabnya :
Ertinya
: "JIka perbuatannya itu adalah hasil pemahamannya dari nas ((Apa-apa yang
disamak maka telah menjadi suci )), lalu bolehlah solat di belakangnya"[1]
Maka
ditanya : Adakah engkau juga melihatnya sebagai harus?
Imam
Ahmad menjawab
لا
, نحن لا نراه جائزا ولكن إذا كان هو يتأول فلا بأس أن يصلي خلفه
Ertinya:
Tidak, kami tidak melihatnya harus, tetapi dia ingin menafsirkannya
(menggunakan) nas itu, tiada masalah untuk solat di belakangnya.[2]
Al-Qaradawi
menegaskan bahawa kewujudan dua pendapat betul dalam satu masalah, sememangnya
boleh berlaku. Beliau mengatakan, mungkin satu pihak mengambil rukhsah, yang lain mengambil ‘azimah. Atau kedua-dua benar dalam
situasi tertentu yang berbeza, atau kedua-duanya benar sebagaimana wujudnya
qiraat bacaan Al-Quran.
Banyak
lagi kisah-kisah sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati. Malah
perlu difahami juga, hal ini juga boleh berlaku didalam perihal aqidah. Syeikh
Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa ilmu aqidah itu
terbahagi kepada [3]
a)Usul
Aqidah : iaitu ilmu bersumber ayat Al-Quran yang tidak
terdedah kepada sebarang tafsiran dan takwilan menurut ilmu Usul Fiqh seperti
kewujudan Allah, keesaanNya, sifat kesempurnaanNya dan banyak lagi.
b)Furu'
Aqidah : Ilmu aqidah yang bersumber ayat Quran dan Hadis
sohih tetapi terdedah kepada tafsiran dan takwilan yang sesuai menurut
kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh. Seperti Syafaat di akhirat, Melihat Allah di
syurga, mentakwil ayat sifat Allah, Imam Mahdi, penurunan Nabi Isa a.s dan banyak
lagi.
Justeru,
bagi memahami pembahagian ini, perlu difahami sebaiknya ilmu dalalatul ahkam di dalam pengajian ilmu
Usul Fiqh.
Saya
membawakan hal ini sekadar ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa hal ini jika
tidak dihayati dan difahami dengan sebaiknya, akan mula muncul perasaan ingin
menghina dan bermusuh dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
Namun
ingat, segala perbezaan ini mestilah datang dari mereka yang berkeahlian.
Yang
paling perlu dielakkan adalah, seorang alim melayan debat dengan seorang jahil.
Ia
sangat membuang waktu dan menyakitkan kepala sahaja. Kerana si jahil tidak akan
mampu memahami laras bahasa dan istilah yang digunapakai oleh si alim. Justeru,
tindakan terbaik bagi si alim adalah diam.
Kesimpulannya,
dibenarkan untuk menolak hujjah pihak yang lain, namun dalam pada kritikan
ilmiah dibuat, jangan lupa juga mengiktiraf bahawa pihak yang lain juga ada
niat baik untuk kebaikan Islam. Masing-masing merasakan pendekatan dan ilmu
mereka adalah yang lebih tepat untuk membawa kepada keagungan Islam.
Namun
jangan terlupa, ruang kesilapan masih boleh wujud di pihak kita. Saya sendiri
sering mengingatkan diri saya ketika mengulas isu-isu kewangan dan riba, bahawa
saya mungkin boleh berada di pihak yang kurang kuat dan tidak kukuh hujjahnya,
Justeru
itu kerap saya katakan kpeada mereka yang sibuk dan marah-marah dengan
pandangan saya,
"Pandangan
dan tulisan saya tidak wajib ke atas sesiapa untuk mengambilnya, anda bebas
untuk terima atau menolaknya"
Cuma
harapan saya, jika menolaknya, tolaknya disebabkan kerana hujjah yang lebih
meyakinkan dari mereka yang berkelayakan bukan kerana kita terlibat dalam
bisnes itu nescaya mesti nak jadikan ia halal, atau dalam kata lainnya, kerana
nafsu sendiri.
TANGKAPAN JAIS: SIAPA UNTUNG?
Memang
benar JAIS punyai hak mendakwa sesiapa sahaja yang berceramah tanpa tauliah,
itulah yang diarahkan oleh Sultan Selangor selaku Ketua Agama di Negeri
Selangor.
Namun
demikian, saya kira untuk menangkap seorang bekas Mufti sebuah negeri yang
telah diiktiraf keilmuannya oleh UIAM sehingga diberi PhD dalam bidang agama,
juga oleh Raja Perlis sehingga dilantik menjadi Mufti negeri dan diberi
anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Negeri. Tindakan itu boleh dikatakan kurang bijak dan secara tidak langsung memperkecilkan penilaian Raja Perlis, Universiti Sains Malaysia (USM) dan banyak pihak lain yang berautoriti.
Bagi
saya isu ini lahir hasil ‘sakit hati' yang datang dari pertembungan kedua-dua
belah pihak, penyokong dan penentang Dr Asri di Malaysia.
Dr
Asri di sebelah pihak yang dikatakan ingin membawa pembaharuan dalam pemikiran
agama di Malaysia, manakala sebelah pihak lain adalah mereka yang meyakini
sudah cukup dengan cara dan pemikiran agama yang sedia ada, nescaya
pertembungan berlaku.
Bermula
dari sedikit, ia menjadi semakin besar apabila anak-anak murid fanatik menyemarakkan
api pertengkaran serta kutuk mengutuk. Tidak terkecuali kedua-dua pihak
mempunyai tekong ‘bergaduh' yang hebat, aktif serta dinamik dalam tugas kurang
sihat ini.
Saya
yakin, penangkapan Dr Asri berpunca dari perkembangan kurang sihat tersebut
tadi, ia sangat mudah dibaca dari laman-laman web ‘tekong-tekong gaduh', ya amat
pasti dan ia seolah-olah satu open secret
bagi kedua-dua pihak. Ketiadaan tauliah hanya dijadikan alat dan cara
berselindung di sebalik undang-undang yang sedia ada.
Memorandum
Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia boleh memberikan pengesahan berkenaan
persengketaan dan perbalahan ini.
Namun
sebenarnya, siapa yang untung dengan tangkapan ini?
Memang
benar, untung rugi bukan persoalannya di sini, tapi pastinya yang membenci
ingin kononnya mematikan dan menggangu gerakan yang dibawa oleh Dr Asri.
Dirasakan cara ini adalah terbaik bagi menakutkan kumpulan itu.
Tetapi
nampaknya, tangkapan itu menjadi back
fire kepada mereka.
Ya
benar, saya berasa yakin kini pihak yang tidak menyukai Dr Asri akan merasa
tertampar dengan liputan media terhadap isu ini.
Sebagai orang luar dan pemerhati
saya lihat, tiada banyak keuntungan diperolehi oleh pihak
yang membenci Dr Asri, kerana tangkapan ini hanya menaikkan populariti beliau, malah
kalau sebelum ini Dr Asri hanya menceritakan secara peribadi dan agak tertutup
berkenaan sokongan pelbagai orang berjawatan besar, ternama dan pelbagai parti
politik kepadanya, namun dengan berlakunya hal ini, sokongan tersebut menjadi
nyata kepada awam.
Perdana
Menteri memberi sokongan,
Mursyidul Am PAS
Menteri
Agama,
Menteri
Besar Selangor,
Ketua
Pemuda UMNO,
Dibincang di dalam Parlimen Malaysia
Ketua
Pemuda PAS,
Bekas
YDP YADIM,
Tajuk
besar beberpaa buah akhbar perdana,
Serta
ramai dan banyak lagi
Semua
ini membuka lebih besar jalan kepada Dr Asri untuk mendapat samada perhatian,
sokongan dan dakwahnya juga akan semakin dekat dan sampai ke hati orang ramai
yang baru tertarik untuk membaca blognya, mendengar ucapannya dan sebagainya.
Semua ini akibat dari isu penangkapan tersebut.
"Jadi
ustaz, siapa yang rugi dan siapa yang untung ? " tanya seorang kenalan di UK
"Sudah
tentu Dr Asri dan gerakannya, jadi kalau di ketika ini ahli-ahli gerakannya
perlu tampil kehadapan dengan lebih aktif untuk menerang dan menjelas, mereka
akan mendapat merit yang banyak, Malah ORANG YANG TAK SOKONG pun boleh jadi sokong kerana mula berasa SIMPATI"
"Namun
demikian, mesti disedari, populariti juga boleh ‘membunuh' seseorang ahli
agama, rasa ujub, riya dan takbur amat mudah berkembang. Justeru itu dia kena
jaga. Kelak nanti setiap lafaz boleh berubah menjadi sombong. Teguran pula akan
sentiasa dibakul sampahkan kerana merasa diri sangat popular dan berpengaruh. DAN ORANG YANG SOKONG pun boleh jadi TIDAK sokong kerana mula berasa MELUAT"
Tegas saya lagi menjelaskan.
Demikian
pendapat saya sebagai pemerhati dari luar, ya luar negara.
SUDAH-SUDAHLAH BERBALAH : BERDAMAILAH
Satu
lagi, saya amat ingin melihat kedua-dua pihak menambahkan sikap lunak dan lebih
bijak. Benar, bijak itu banyak caranya, keras dan garang juga mungkin sahaja
tergolong dalam tindakan yang paling bijak dalam keadaan tertentu. Cuma lunak
dan lembut adalah lebih digemari oleh Nabi s.a.w berbanding keras dan kasar.
Jangan
pula mengatakan:
"Ala
dia yang mula mengutuk dan mengecam, kita balaslah, geng dia saman dulu, kita
bagilah dia tindakan undang-undang sebagai balasan"
Ini
satu sikap yang tergambar hati yang busuk serta tidak matang. Jangan sampai
orang melakukan cara ahli neraka, maka sebagai balasan, kita juga ingin menjadi
sepertinya.
Selain
itu, saya berkongsi bahawa ulama silam yang hebat kerap meninggalkan
kontroversi dan konfrontasi dengan pegangan ahli agama setempat.
Jika
ingin membawa perbezaan pendapat sekalipun, sewajarya dilaksana secara
berperingkat tanpa menyakitkan sesiapa dengan kata-kata yang mudah
disilaptafsirkan, khususnya bagi mereka yang sudah benci.
Ali
Abi Talib diriwayatkan berkata :
أقضوا
ما كنتم تقضون فإني أكره الإختلاف حتى يكون للناس جماعة
" Putuskanlah hukuman mengikut apa yang telah kamu biasa
putuskan, sesungguhnya kau tidak gemar kepada perbezaan agar orang ramai boleh
tersu berada di dalam satu jemaah (Tarikh Baghdad, 8/42)
Ahmad
Bin Hanbal berkata :
لا
بنبغي للفقيه أن يحمل الناس على مذهبه ولا يشدد عليهم
Ertinya
: Tidak sewajarnya seorang ahli Fiqh, mendorong orang ramai kepada pegangannya
dan berkeras atau memaksakannya (menerima pandangannya) ke atas orang ramai
Benar,
perbalahan sesama kita hanya menyebabkan kita letih di pertengahan jalan, kerja
gagal dijalankan, imej Islam pula yang menjadi semakin buruk. Kerana itulah ulama
haraki seperti Imam Hasan Al-Banna menyarankan agar kita maju ke depan dengan
tugas dan usaha masing-masing, lalu satu kaedah yang amat baik dari Syeikh
Rashid Redha dicadangkan :
نتعاون
فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما نختلف فيه
Ertinya
: "Kita bekerjasama dalam perkara yang telah kita sepakati, dan saling
menguzurkan diri dari perkara yang diperbezakan"
Akhir
sekali, HENTIKANLAH berbalah, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dan tangkap
menangkap disebabkan oleh perbezaan pendapat dalam hal agama oleh mereka yang
berkelayakan. Ia mencemar imej Islam dan menjatuhkan keyakinan mad'u kita yang
sebenar kepada Islam.
Ertinya
: Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan,
yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah.
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ( Al-Anfaal : 46 )
Posted by fansurihakimi, on 10-01-2010 16:53, IP 115.135.213.111, Guest
1. isu bid'ah dan wahabi
salam.. ini satu isu yang lama tetapi sampai sekarang masih lagi bercanggahpendapat sesamacerdik pandai agama.tiada penerangan secara ilmiah, berlapang dada, cuma yang ada masing2 mengakui mereka dipihak yang benar, cepat menjatuhkan hukum..ikut apa yang saya pernah belajar semasa di ipt suatu waktu dahulu, "bid'ah itu adalah sesat dan sesat tempatnya di neraka" , tetapiwujud pula satu golongan lain yang juga mengakui pakar agama yang mendakwa terdapatnya bid'ah hasanah..bukannya bid'ah dolaalah..inilah pertikaian yang tak pernah selesai hingga ke hari ini..wallahu'alam...
Posted by doel, on 03-01-2010 09:28, IP 60.49.39.5, Guest
2. mr
Quote
Namun ingat, segala perbezaan ini mestilah datang dari mereka yang berkeahlian.
Saya setuju dengan ustaz dengan pandangan tersebut diatas. Yang paling perlu dielakkan adalah, seorang alim melayan debat dengan seorang jahil
Saya bersetuju supaya perkara khilafiah jangan dijadikan bahan untuk menonjolkan diri oleh penceramah penceramah.
Perkara khilafiah yang dibawa oleh Dr Asri di Taman Sri Ukay telah menyebabkan jemaah solat terawih di situ berpecah kepada tiga tempat, walaupun bilangan penduduk nya kecil.
Saya fikir apabila perkara khilafiah tidak lagi didebatkan maka tiada lagi bahan untuk kita berbalah, dan penceramah tidak dapat lagi bermegah megah dengan ilmu yang cetek.
Posted by semut, on 14-12-2009 14:38, IP 60.48.223.126, Guest
3. Komentar Uzar saya sokong 100percent
... Saya suka baca komen uzar tentang kes nie... memang ade kematangan sekarang bila uzar berkomentar.. hmmm... maybe sebab umur pun dah beralih setiap tahun... syukran..!!! Teruskan usaha..!!
Posted by Jayabdih, on 23-11-2009 07:18, IP 118.101.115.77, Guest
6. SEDIH PARA ILMUAN BERTELAGAH
Beginilah nasib jika orang beranggapan bahawa PhD mengatasi segala-galanya. Sedangkan Allah mendidik kita supaya jangan terlalu meninggi diri, claiming bahawa PhD satu lesen untuk masuk negeri orang sesuka hati. Ilmu PhD vs. tinta tujuh lautan tak sama. So..jangan mendabik dada meminta diiktiraf kerana nanti kita malu sendiri dengan Allah yang lebih mengetahui siapa kita dan segala kelemahan kita. Malu kepada Allah kerana ilmu yang kita perolehi di dunia hanya setitik sahaja dari tinta tujuh lautan atau lebih. Paling menakutkan ialah Allah boleh menarik-kembali ilmu yang diperolehi kerana riak serta bangga diri hanya kerana empat tahun mengambil PhD dan lulus dengan 'flying colours'. Bila disemak semula 'thesis'PhDnya rupa-rupanya hasil tulisan ulama terdahulu yang disador sewenang-wenangnya untuk dijadikan 'exhibit' PhD sehingga lulus. Lepas itu...hentam balik ulama 'lama' kerana ketinggalan zaman!. Yang ini tak patut..
Posted by Uwais Al-Pekani, on 20-11-2009 09:14, IP 60.52.144.238, Guest
7. Benar Pasti Benar Salah Tetap Salah
Salam Kegemilangan & Salam 1 Malaysia. MENNGENAI ISU DR.ASRI INI BIARLAH PIHAK JAIS DAN MAHKAMAH TENTUKAN TERLEBIH DAHULU,TIDAK PERLU DI POLIMIKKAN LAGI,SAMA2 BERDOA ALLAH SWT BERSAMA2 DENGAN ORANG YANG BENAR.
SETIAP NEGERI PUNYAI KUASA MASING-MASING BERDSARKAN PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERKARA KEDUA JADUAL KESEMBILAN.SEGI SYIASAH SYARIYYAH SENDIRI MENGIKTIRAF PERKARA INI DAN FATWA YANG BERBEZA BAGI SESEBUAH NEGERI ADALAH TIDAK BERSALAHAN. SEMUA KITA MENGHORMATI JAIS DAN SULTAN SELANGOR,BIAR PERKARA INI DISELESAIKAN DAHULU,KITA TUNGGU KEPUTUSAN.
UZAR TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN HUJAH MENGATAKAN BILA TANGKAPAN INI DILAKUKAN TIDAK MENGHORMATI SULTAN PERLIS,TIDAK PERLU BERHUJAH BEGITU,JANGAN BERHUKUM PADA KEADAAN BEGITU,DULU ADA YANG BERIMAN,SEKARANG KUFUR,DULU KUFUR DAN SEKARANG BERIMAN,MAKSUDNYA TIDAK BOLEH SNADARKAN PADA KEADAAN SEBAGAIMANA YANG UZAR KATAKAN.PERATURAN TETAP PERATURAN,KITA MESTI MENGHORMATI KUASA DAN UNDANG2 SESEBUAH NEGERI,BEGITU JUGA UZAR SEANDAINYA BERCERAMAH DI PAHANG TANPA TAULIAH,BOLEH DITANGKAP.BUKAN MENGATAKAN SESIAPA TETAPI PERATURAN. PERSOALAN YANG TIMBUL SEJAUH MANA PERATURAN ITU DIGUNAKAN SAMADA UNTUK MENYEKAT YANG SALAH ATAU YANG BENAR. WALLAHU 'ALAM. UWAIS WWW.UWAISS.BLOGSTARZ.MY
Posted by zaidi, on 19-11-2009 20:57, IP 120.141.51.188, Guest
9. dr asri
banyak ceramah dr asri menepati citarasa saya sebagai muslim dgn dalil dan nas yg di sogokkan, cuma nampak jelas dr asri agak agresif, ciri-ciri yg kurang hemah untuk jadi sebagai idola yg mengamalkan sunah nabi saw.
Posted by rahbar, on 16-11-2009 17:19, IP 115.135.241.74, Guest
10. rahbar
Salam,
sekiranya seseorang mempunyai ijazah untuk berijtihad maka tiada masalah untuk dia memilih pendapat yang dia rasakan benar.
tapi sekiranya dia tidak ada ijazah untuk tarjih mana-mana masalah fiqhiyyah, maka dia tidak patut mengeluarkan pendapat.
memang benar terdapat pendapat khilafiah ada dlm pelbagai mazhab. bezanya ialah perbezaan tersebut adalah tarjih imam-imam terdahulu terhadap masail khilafiah yg ada dr zaman sahabat.
mereka boleh tarjih kerana mereka tahu dalil setiap pihak. yg ada hari ni, mcm yg tak buat qunut, adakah mereka tahu semua dalil mengenai qunut sebelum mereka tolak qunut?
tarjih tanpa dalil tidak betul...walaupun tu mgkn pendapat hanafiah...imam abu hanifah pn masa kata xde qunut dia masih tahu dalil ibn zubair yg buat qunut...
tidak sepatutnya seorang yg tidak ada sanad dan ijazah dlm berijtihad utk mengeluarkan pendapat. ini adalah penghinaan terhadap mereka-mereka yg belajar agama...
hafiz ibnu hajar pn xberani nk berijtihad sendiri, siap bwk semua dalil psl qunut dlm fathul-bari...
siapalah org2 yg tak nak ikut mazhab ni utk pilih apa yg mereka suka? pernahkah mereka belajar kitab-kitab hadis dgn sanad-sanadnya sekali seperti ulamak dulu belajar?bukan setakat celup sana dan celup sini...tp detail dari satu hadis ke hadis yg lain?
klu pernah msti dorg akan ikut satu mazhab shj dan pasti mereka akan tahu betapa kerdilnya ilmu kita utk tarjih sesuka hati...
hampir kesemua ulamak tersohor yg dtg selepas abad ke4 hijrah ikut satu mazhab, bkn tarjih apa yg mereka rasa betul sewenang2...jd, dr mana dtg keyakinan ghair muqallid hari ini utk terjih pendapat?
Posted by Sallehuddin, on 15-11-2009 09:14, IP 115.132.25.102, Guest
11. Ada yang salah ada yg benar kah?
Tidak bersetuju dengan pandangan seseorang atau bertelagah dari hal pendapat adalah perkara biasa... memang naluri manusia macam tu, sebab tu ada jawatan negotiator dan sebagainya... ia juga timbul dari 'persaingan' yg diwujudkan.
Namun dalam hal agama ni... lebih2 lg dua golongan yg berilmu tinggi atau kata lain ULAMAK (yg diiktiraf) hmmm... macamana ek? Ada yg benar atau salah kah dalam mentauhidkan Allah ni? Kalau ajaran sesat tu lainlah... kita tau sesat... kita tangkaplah...hehehe... tapi, eh jahil betul saya ni... Dr Asri dah sesat ker?
Tapi ye lah... mereka yg terlibat pasti lebih mengetahui dan ada hujah masing2... cuma harapnya, jgnlah menuduh sesuatu pihak tu sesat ke apa pulak... sebab yg tu Allah swt jer yg tahu. Hatta Rasulullah pun suruh kita pergi sembahyangkan org2 yg kita tau fasiq...
Posted by ZAMRI, on 13-11-2009 15:46, IP 118.101.54.4, Guest
12. Berdamai la
Assalamualaikum. Setuju ngan ustaz and with some comments ! Berdamailah ! Lagipun, apalah yang nak dibuktikan kekuatan or kekuasaan masing masing pun. Takde nampak kekuatan yang boleh dibanggakan pun. Yang rugi, umat Islam sendiri. Kami dahlah macamni, ingatkan bolehlsh dirujuk dengan orang yang meyakinkan. Tapi ... perilaku mereka tu lebih kepada sifat yang menyebelahi or lebih kurang sama dengan perbuatan musuh utama Islam. Teruklah kami kalau ulamak berpecah belah. Iblis can be kat mane mane ! dalam ceramah agamapun dia boleh menyelit. Dengan mereka yang berilmupun dia boleh berdampingan, lagilah berduyun-duyun depa datang ! Orang biasa, ustaz, ulamak, mufti, pengarah jabatan agama negara. Please Sit down ! discuss, crashing, conclude, resolve and explain it back to us. SALAM
Posted by Said, on 12-11-2009 07:56, IP 202.188.163.163, Guest
13. Isu Tangkapan: Bukan Isu Wahabiy
Saya bersetuju dengan pdgn ustaz diatas. Akhir2 ini para penyokong tokoh tertentu dan ustaz2 yg sewaktu dgnnya gemar melabelkan sesuatu amalan sebagai bid'ah sesat & seumpamanya tanpa menghiraukan adap ikhtilaf yg mereka semua tahu...tapi ilmu adab ini disembunyikan...Saya menghormati kaedah yg ustaz lakukan selama ini yang sering menghormati antara satu pandangan dgn pandangan yg lain.
" Putuskanlah hukuman mengikut apa yang telah kamu biasa putuskan, sesungguhnya KAU(-->aku?) tidak gemar kepada perbezaan agar orang ramai boleh TERSU(-->terus?) berada di dalam satu jemaah (Tarikh Baghdad, 8/42)
Posted by muhammad, on 10-11-2009 09:47, IP 60.54.161.241, Guest
16. komen
saya setuju dgn sedara ms. sy rs ulama'2 lain yg tak sependapat dgn dr asri tak boleh menyalahkan beliau. dr asri telah berjaya mendatangkan hujjah dalam apa yg diperjuangkan, sedangkan sebahagian ulama'2 lain yang diberi jawatan hanya duduk mendiamkan diri dari tanpa menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ASWJ kpd org awam. sy berminat mendengar ceramah2 tapi bila tengok forum perdana saya rasa kosong. kdgtu suara kuat tapi macam takde isi. jarang2 hadis2 dibacakan. rancangan di tv pun jarang2 membincangkan soal akidah secara jelas. Sedangkan dr asri memberi kuliah yg padat dengan dalil hadis dan Al Quran. ada juga yg saya tengok utz di tv hanya mengajar orang cara gelak ketawa. Terang la aqidah dulu. bila dr asri menerangkan soal pokok akidah, ramai yg bangkang. saya berharap ulama di malaysia ini dapat menjelaskan soal akidah yg jelas dengan rujukan yang sohih dari Imam Syafie cth dari kitab Al umm sbb kita mengaku bermazhab syafie. yang saya tahu akidah dan amalan kita sendiri byk yg berbeza dgn Imam Syafie. yg mereka panggil wahabi itu lebih sesuai dgn syafie daripada apa yg msyrkt kita amalkan. Msyrakt kita lebih suka amalkan amalan2 yg diturunkan oleh org2 dulu. kenapa tak buka kitab Al umm dalam forum perdana? ambil rujukan dari imam syafie yg tulen. ini komen membina kpd ulama malaysia. bukan menghina.
Posted by Asrar, on 09-11-2009 11:55, IP 219.93.77.222, Guest
17. Adalah HIKMAHNYA tu...
Salam,
Kalaulah semua manusia memandang setiap kejadian ini ada HIKMAH-NYA tentu tiada keraguan,tiada buruk sangka, senang hidup, tetapi ternyata kita masih diselubungi dgn NAFSU maka selagi itulah segala bentuk kejadian Buruk atau Baik,Mana,Bila, Bagaimana dan sebagainya, manusia itu tidak akan puas dgn setakat itu sahaja, ditambah dgn adanya "HAWA". Kalau hendak difikir secara mendalam, semuanya telah tertulis awal2 sejak azali di Lauf Mahfuz, biarpun konon semuanya adalah dgn usaha, dgn akal fikiran kita sendiri walhal,semuanya dari awal kita TIADA kpd ADA adalah semua percaturan ALLAH belaka..wallahu'alam
Posted by adam, on 09-11-2009 10:25, IP 120.141.188.14, Guest
18. satu pandangan
Assalamualaikum ustaz.. Ana setuju ngn pandangan ustaz iaitu kedua2 pihak mesti berlapang dada sbb pertelingkahan berkaitan perkara furu' n bukan perkara iktikad..tp malangnya dr asri xmampu berlapang dada dan menghormati pandangan ahli sunnah..malah membidaahkn(menyesatkn) pandangan n fahaman ahli sunnah sehingga sgup mgatakn masyarakat yang mengamalkan perkara furu' tersebut akn masuk neraka..membidaahkn perkara furu' bkn lg masalah kecil tp satu pandangan yang berat n melampau..sblm ini ramai pndokong dr asri dtg memberi sokongan,n slps itu mufti perak n mufti pahang jelas menolak fahaman asri,iAllah slps ini lebih ramai lg pndokong ASWJ n ulama' besar y akn menolak fahaman dr asri ini..tuduhan sesat dan kafir dr azwira(satu fikrah dgn dr asri)terhadap tuan guru dato' prof dr harun din al-hafiz berkenaan isu selawat syifa' sgt mlampau dan merupakan salah satu contoh golongan dr asri ini y xmampu utk berlapang dada..wallahua'lam rujukan:al-ghari.blogspot & www.darussyifa.org
Posted by cd70s, on 09-11-2009 00:50, IP 124.82.98.59, Guest
19. ms
Salaam, pelik tapi benar, tapi inilah hakikatnya. kenapa Dr Asri diperlakukan sedemikian, sekurang2nya Dr Asri tidak bercakap di luar bidangnya, mungkin penagkapan Dr Asri tidak mungkin berlaku jika dia berhujah di tanah arab, di KSA, misalnya, saya bukanlah arif tapi, tapi beliau memperjuangkan Islam dengan berbekalkan Quran dan Hadis, saya pun nak cari bahan agama rujuk je dgn ustaz di KSA, rasa lebih yakin, dan hujah2 yang dikemukakan oleh Dr Asri mmg saya tak rasa pelik, pun walaupun saya nih bukannya ahli sangat dalam bidang agama. bila rujuk dgn ustaz2 di KSA tuh, mereka tak gelarpun diri mereka sbg wahabi, tapi sbg salafi, yang memperjuangkan ISLAM dengan quran dan hadis.
saya tak rujuk dgn JAKIM, sy x yakin, sbb sy masih pelik knp nasyid wanita dihalalkan? kenpa mawlidur rasul, dirayakan? bukankah amalan tersebut spt yg biasa dijelaskan oleh para ustaz salafi, bahawa ia bukanlah amalan Nabi Muhammad saw, tak perlu diraikan sbb dah bukan amalan/sunnah nabi. cuba awak semua tanya pihak jakim, apakah jawapan yang mereka berikan beserta sokongan dari quran dan hadis utk menyokong amalan mawlidur rasul, mereka akan jawab simple je, takpe ah, tak salah pun. oh ok, tak salah ye, so ada tak sokongan dari quran and sunnah, and percayalah, mereka tak kan dapat beri jawapan yang meyakinkan. yang pelik tapi benar, kenapa ye bila saja dihujahkan kita kena utamakan sunnah nabi dgn sokongan quran, mesti seseorang tu di label sbg wahabi? kenapa? and biasanya mereka akan perli .. kenapa tak naik unta kalau nak sangat ikut sunnah nabi? ..
Astaghfirallah aladzim, saya yang tak ahli agama nih pun tak terkata macamana seorang yang menggelarkan diri mereka ustaz ahli sunah waljamaah tapi ble cakap macam tuh? salafi hny perjuangkan hal2 hukum, bab naik unta adalah kemudhan, hal yg x terkait dgn haram halal. cth dekat mereka larang keras perayaan mawlidur rasul, mrk x larang suka2 tapi dgn sokongan quran and hadis, jwpn yg meyakinkan, tapi hal ni x berlaku dgn JAKIM (maaf)
Posted by ummunaili, on 08-11-2009 23:15, IP 124.82.9.193, Guest
20. Sunnah
Jaga sunnah bab qunut, tapi bila bertelingkah, adakah cara menanganinya mengikut sunnah ? Bayangan sunnah pun tidak ada.
Marilah sama-sama melihat sunnah dalam konteks yang lebih besar. Adakah sunnah apabila bertelingkah hal kaifiat ibadat sunat tapi meremehkan silaturrahmi ? Sunnah ke tu ?
Perubahan itu baik tapi jangan sehingga lupa asasnya.
Saya suka kata-kata ustaz zaharuddin, walaupun kita rasa hujjah kita kukuh, tak semestinya hujjah orang lain tak kukuh. Berlapang dada lah sedikit.
Posted by astaghfirullah, on 08-11-2009 22:13, IP 180.72.2.189, Guest
21. kenapa mesti camni??
At about 10pm last Sunday, there was a commotion at the gate. A large group of men from the Selangor Religious Affairs department, or Jais, and several policemen said they were there to arrest Dr Asri for preaching in the state without a permit.
A long argument ensued, followed by the Jais officials entering the house and banging on the door of the bedroom where the owner had asked Dr Asri to go.
“His two young children who had come with him were sleeping inside, but these people didn’t care. They were shouting at him to come out, saying things like, ‘You think you are the only graduate? I am from Al-Azhar (University), I am also a graduate.’ It was very shocking and arrogant behaviour,” said Zuraidah.
Posted by bujang terlajak, on 08-11-2009 16:35, IP 60.52.51.255, Guest
22. a
perbahasan tentang isu ini sebenarnya bagi saya membuang masa...... ulamak dahulupun gagal mengeluarkan kata sepakat tentang hukum yang telah mereka khilafkan apatah lagi ulamak zaman ini..... saya AMAT BERSETUJU dengan pandangan UZAR supaya semua pehak BERLAPANG DADA tetapi kalangan ahli agama yang bertelingkah dalam isu ini pun tak mahu berlapang dada menerima khilaf ulamak apatah lagi kalangan pengikut fanatik dari klangan orang awam... Tahniah atas ulasan Uzar yang menarik dalam isu ini moga2 Allah melapang dada mereka yang bertelingkah diluar sana....amin... banyak lagi kerja dakwah yang perlu dibuat selain dari bertelingkah....
Posted by pelajar, on 08-11-2009 13:27, IP 192.43.227.18, Guest
23. persoalan
salam UZAR,
maaf luar topik artikel, saya sedang belajar di luar negara, saya telah membaca hujah yg mengatakan tidak boleh duduk bersama mereka yang minum arak walaupun kita tidak minum di laman Islam QA. salah satu dalilnya ialah:
“And it has already been revealed to you in the Book (this Qur’aan) that when you hear the Verses of Allaah being denied and mocked at, then sit not with them, until they engage in a talk other than that; (but if you stayed with them) certainly in that case you would be like them. Surely, Allaah will collect the hypocrites and disbelievers all together in Hell”
[al-Nisa’ 4:140]
Persoalan saya bagaimana pula dengan keberadaan kita di negara yang sememangnya bukan negara Islam ie majoriti manusia dengan terang dan nyata menyekutukan Allah. Hatta di Malaysia pun,bukan semua orang di sekeliling kita menyembah Allah. Bagaimana dengan hukum terhadap perkara ini? Sememangnya kita akan bergaul, berbincang dengan mereka yang menyekutukan Allah yang jauh lebih besar dosanya drp minum arak.
Harap UZAR dapat bantu saya mendapatkan penjelasan.
Posted by putera iman..., on 08-11-2009 09:13, IP 203.82.91.103, Guest
24. hukum menggunakan BONE CHINE
Assalamualaikum..ustaz...boleh ustaz jelaskan hukum menggunakan bone china.. yang dikatakan ada campuran tulang khinzir. sdgkan begitu banyak pnggan mngkuk yg selama ini digunakan...mohon ustaz memberi kepastian hukum yang sebenar...syukran...
Posted by hj_maikel, on 07-11-2009 13:38, IP 115.133.140.101, Guest
25. hentikan topik nie
hentikan topik remeh temeh nie.. sbb hanya memecahkan umat bukan menyatukan.. hanya kerana tokoh penyokong bertelagah antara satu sama lain.. bukan ini yg kita perlukan tetapi kesaatuan yg kukuh..
UZAR sekadar memberi pandangan bukan dijadikan bahan utk bertelagah.. macam mana nak pergi berperang kalo sama sendiri pun bergadoh..?? sebuk mengukur ilmu tapi tak bermanfaat apa gunanya.. tunaikan rukun yg 5 dahulu itu yg wajib asasnya.. pening pakcik dgn org melayu nie.. pantang ada isu ada jer modal nak bertelagah..
UZAR : inshaAllah, lepas ini jika ada komen yang jenis provok dan bantai serta hentam sana sini, akan dipadam sahaja.
Artikel ini tidak menyokong sesiapa atau mana-mana pihak, ia adalah teguran kepada kedua-dua pihak.
Posted by shahrozaini, on 07-11-2009 09:27, IP 124.82.60.82, Guest
26. selawat syifa'
Salam Ustaz,
Ada satu video klip yang menarik perhatian saya fatwa dari Dr Asri yang mempunyai PhD ini iaitu Dr Asri menyebutkan bahawa SELAWAT SYIFA' BERCANGGAH DENGAN AQIDAH ISLAM. Buktinya :
http://www.youtube.com/watch?
v=J0Qu0d76cp8
Selawat Syifa' bercanggah dengan Aqidah Islam? Maka sesatlah ulamak dan umat Islam yang mengamalkannya. Kafirlah hukumnya kerana sudah bertentangan dengan AQIDAH ISLAM. Perkara yang disentuh oleh Dr Asri ini bukan lagi menyentuh mengenai perkara furuk (cabang) Tetapi menyentuh AQIDAH.
Tuduhan tanpa hak ini telah dijawab oleh Darussyifa' Online iaitu :
Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.
Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar di website Darussyifa'.
Apa pandangan Ustaz.....tentang 'petuduhan' syirik ini lebih lebih lagi kepada Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dan Dr Amran Kasimin....sebagai Pengarang Buku Rawatan Secara islam dan Pengasas Darussyifa'?
Posted by Fauzan, on 07-11-2009 07:22, IP 121.123.20.138, Guest
27. kekecewaan terhadap suasana terkini
asslamualaikum ustaz. keengganan PGSM dan sekutunya enggan memohon maaf ke atas dr asri amat-amat mengecewakan. dahulunya saya sering berfikir untuk menganggotai salah satu pertubuhan seperti ABIM atau JIM. akan tetapi sekarang ini semua itu hancur berkecai, biarlah saya tidak menganggotai mana2 pertubuhan. apakan daya keputusan yang berat tetapi terpaksa.
Posted by khalid yong, on 07-11-2009 03:56, IP 60.53.137.106, Guest
28. Penemuan2 Baru dlm Quran - Subhanallah
Penemuan2 terbaru yang menakjubkan dalam kitab Al-Quran http://kajian-
quran.blogspot.com/ Apa jua marilah kita semua berdamai dan sama-sama berpegang kepada tali Allah (AL-Quran). Marilah kita berganding tenaga mengkaji Al-Quran dan mengeluarkan ilmu-ilmu yang boleh membangun umat Islam dan melihat sendiri kebesaran Allah SWT melalui mukjizat Al-Quran.
Posted by anti blogger one way, on 07-11-2009 00:05, IP 203.82.79.109, Guest
30. istimewa buat blogger
Salam buat UZAR, salam utk semua
Rentetan daripada isu Dr Asri, saya perhatikan ramai yang tak puas hati dengannya.Cuma yang pelik,ramai dikalangan cerdik pandai agama. Jadi tak hairanlah dia org buat buat blog khas untuk menghentam Dr Asri. Betul la kata UZAR, makin popular Dr Asri. Tapi amatlah mengecewakan dan pelik yang berkelulusan agama ni dok sibuk menghentam Dr Asri daripada berdakwah pasal agama. Adakah ini akhlak seorang pendakwah? Adakah ini jiwa seorang pensyarah agama. Kat Malaysia ni, macam-macam isu yang boleh kita bantu. Kenapa tak sibuk pasal pelacur, kaki judi, lesbian, penghina agama, pengambil riba. Aduhai, kenapa Dr Asri juga yang jadi modal nukilan anda. Andai beliau benar atau tak, bukan ini caranya. Berfikirlah wahai "cerdik pandai". Apapun, pandangan peribadi saya, masalah ini datang daripada hasad dengki, penyakit ain yang tak kenal status. Wahai abu syafiq, sila ubah penulisan anda. Akhir sekali harap UZAR dapat ulas lagi isu Dr Asri untuk part selanjutnya.
Posted by Ungu73, on 06-11-2009 23:50, IP 115.133.75.208, Guest
31. Pandangan dari Orang Awam
Salam UZAR,
Pandangan saya sebagai orang awam :- saya sudah rimas, bosan dan keliru melihat tokoh-tokoh ilmuwan agama ini bertelingkah sesama sendiri. Dalam isu ini, tiada sesiapa yang untung, semuanya rugi...
Kadang-kadang pelik melihat tokoh-tokoh ilmuan agama ini mempunyai ijazah berjela-jela tapi dalam bidang bab akhlak dan adab saya tengok masya'Allah.....mengeleng kepala saya dibuatnya.
Isu seperti ini sepatutnya dibawa berbincang dengan penuh hikmah, penuh beradab dan perbincangan itu menjurus untuk perpaduan ummah...
Teringat kisah Dato'Ishak Baharom yang dipecat dari jawatan Mufti dulu. Saya melihatnya ketika itu, beliau tidak melatah, tenang dan bersikap tawadhuk..
Posted by al-Usuli al-Azhari, on 06-11-2009 22:25, IP 60.50.63.126, Guest
32. Benarkah En. Asri tidak promote Wahhabi?
a) Kenapa tidak pilih wahhabi? Wahhabi salah ke? Tapi kenapa Encik Asri itu promote buku Muhammad Abd Wahab?
b) UZAR memberi Pandangan Bernas dan adil? Encik Asri itu pernah menghalang tiga tokoh Ulama Mazhab Syafie dari Yaman untuk memberi ceramah TANPA TAULIAH. Adilnya.
3. UZAR senaraikan ahli2 yang menyokong Encik Asri yang kebanyakannya terdiri dari AHLI POLITIK. Di sini senarai yang menyokong tindakan JAIS;
1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia
2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
3. Yayasan Jenderami
4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)
Posted by umminaili, on 06-11-2009 20:38, IP 118.101.190.205, Guest
33. USUL FIQH
Al Fadhil Ustaz, Saya ingin bertanya berdasar ilmu.
Ustaz mengaji quran saya berpendapat dDlam soal selawat antara tarawih, beliau menghukum bida'ah.
Saya menduga beliau apakah usul fiqh yang diambil beliau dalam memberi hukum tersebut. Niat saya cuma mencari yang benar.
Beliau berkata, kaedah fiqh yang diambilnya ialah :
SETIAP IBADAH ITU HUKUM ASALNYA HARAM KECUALI ADA PERINTAH. SEGALA URUSAN DUNIA HALAL KECUALI ADA LARANGAN.
Saya ini orang yang tidak alim soal fiqh, maka saya tidak mahu berbahas. Jadi saya ingin bertanya ustaz yang lebih ahli. Betulkah usul fiqh yang diambil ini ? Saya rasa ianya tidak mungkin begitu rigid, tapi saya tidak ahli. Harap ustaz dapat beri sedikit pendapat untuk pencerahan.
UZAR : kaedah yg diguna itu adalah betul. Tetapi kaedah tidak qat'ie dan putus , demikian juga madlulnya, justeru, masih ada ulama yang menafsirkan beberapa jenis ibadah termasuk dalam dalil, walaupun tidak secara specifik.
Panjang lagi, cuma kesimpulannya..tidak semudah itu untuk tuduh bid'ah, tidak juga mudah untuk menerima sesuatu ibadah yang tiada dalil specifik
Posted by Adie, on 06-11-2009 14:57, IP 60.51.60.80, Guest
34. Pendapat Orang Muda..
Assalammualaikum...
Bagi saya kadang2 perbezaan pendapat ada kebaikkan asalkan ia belandaskan Al-Quran & Sunnah dan tidak terpesong dari Akidah. Inilah kehebatan Islam...
"Kadangkala ada 2 pendapat yang benar dalam 1 masalah.."
Tapi andai kedua-dua golongan membawa@ menjerumus kepada kepecahaan kaum@umat Islam, wajarkah kedua-duanya diikuti?
Berbalik kepada perkara asas.. Penyebab kepada perpecahan umat Islam itu hukumnya Haram.. Tidak sempurna iman seseorang yang memutuskan silaturrahim.. Jadi fikirkanlah bersama..
Posted by Harisah Mat Daud, on 06-11-2009 10:53, IP 58.26.99.201, Guest
35. Pandangan
Assalamualaikum
Ustaz, saya musykil.. adakah dengan PHD dan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Negeri bermaksud semua orang perlu iktiraf ilmu agamanya?
Saya terkilan bila ustaz sendiri terjebak dengan isu nie.. sama ada ustaz sedar tak sedar.. laman web ustaz nie ramai pengikutnya termasuk saya sendiri.. Dengan penulisan ustaz nie sedikit sebanyak ustaz menyumbang kepada populariti maza!
saya juga terkilan kerana ustaz menyatakan pendirian ustaz bahawa tindakan JAIS ni ada unsur 'sakit hati' oleh pihak tertentu di mana JAIS dipergunakan dan maza mangsanya? kenapa perlu ada spekulasi sebegini? ada bukti yang boleh dishare di sini?
Posted by zunaidah mohd marzuki, on 05-11-2009 23:56, IP 203.82.79.107, Guest
36. PERBEZAAN WUJUD SEJAK ZAMAN NABI
Saya ingin memberi respon terhadap salah satu komentar yg di "post"kan oleh Fadli di dalam laman web zaharudin.net.
Hal Pertama Katanya: Semasa Nabi Muhammad SAW ada, mengapa ada satu fahaman ..
Ulasan saya: Kita harus faham, bahawa pada Zaman Nabi Muhammad SAW masih hidup, wahyu masih turun. Setiap kejadian ada rujukan yang asli iaitu ayat-ayat Allah dan Nabi (sunnahyaerkataan, perlakuan,pengakuan, dan sifat Baginda). Jika ada kesilapan yang dilakukan dalam ijtihad (keputusan fikiran) Baginda, Allah betulkan.
Contohnya, ketika baginda berdakwah kepada pemimpin-pemimpin Qurasy ketika itu iaitu Utbah bin Rabiah, Abu Jahl bin Hisham, dan Abbas Abdul Mutalib (bapa saudara Nabi yg ketika itu belum masuk Islam), datang Abdullah bin Umm Maktum (sahabat Nabi yang buta). Abdullah yg tidak dapat melihat situasi majlis itu meminta Baginda mengajarkanya satu ayat Al-Quran. Namun, Nabi tidak memberi jawapan pada saat itu juga kerana fokus Baginda ketika itu adalah dakwah kepada pembesar2 tadi. Nabi memalingkan muka daripada memandang wajah Abdullah ke arah lain. Selepas majlis ini tamat, Allah menegur keputusan Nabi melui firmanNya dalam Surah 'Abas (frowning). (SILA RUJUK AL- QURAN BESERTA TAFSIR BAGI SURAH KE-80). Boleh rujuk mana2 Tafsir seperti Tafsir Maariful-Quran, asalnya dalam Bahasa Urdu, diterjemahkan kedalam Bahasa Inggeris, boleh downdload/upload free. Boleh juga baca Tafsir Ibn Kathir, Fi Zilal Al-Quran yang sudah sekian lama diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu.
Manakala dikalangan sahabat-sahabat Nabi juga telah berlaku perbezaan pendapat. Contohnya perbezaan para sahabat ketika menghadapi Perang Bani Quraizah. Sabda Baginda:« D' J5DJF #-/ 'D951 %D' AJ (FJ B1J » terjemah Bahasa Melayu: "Janganlah sesiapa pun bersolat Asar melainkan di Bani Quraizah"{ Hadis daripada Sahih Bukhari, Jilid 1, M/s 321, No Hadis 904, dan jilid 4, m/s 1510, No 3893; dan Sahih Muslim, jilid 3, m/s 1391, No 1770}. Juga direkodkan dengan teks yg berbeza didalam Mu'jam al-Kabir oleh Ahmad bin Sulaiman at-Tabrani dengan sanad yg sahih, jilid 19, m/s 79, No 160; dan dalam Majma' az-Zawaid oleh Al-Haithami, jilid 6, m/s 140, cetakan Darul Kitab,Beirut, Cetakan ke-2, tahun 1967M.
Mereka berselisih pendapat tentang hadis Baginda tadi. Ada sebahagian mereka yg memahami maksud hadis dengan mengatakan:"Kita tidak akan bersolat Asar kecuali di kampung Bani Quraizah seperti yg diperintahkan". Sebahagian lagi berkata:"Bukannya Baginda bermaksud begitu, tetapi tujuan baginda berkata begitu supaya kita cepat2 keluar". Lantaran itu, kumpulan pertama tadi bersolat Asar di Bani Quraizah manakala kumpulan kedua tadi bersolat di pertengahan jalan sebaik masuk waktu sebelum sampai ke kampung tersebut. Namun Baginda membenarkan perlakuan kedua-dua kumpulan tersebut dan tidak mencela mereka.(Boleh rujuk tentang peristiwa Perang Bani Quraizah dalam buku Sirah Nabawiyah terjemahan daripada Bahasa Arab "Ar-Rahiq Al-Makhtum", karangan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, m/s 461, terbitan YADIM), buku ini ada juga diterjemahkan kedalam B.Inggeris. Ini adalah contoh perbezaan pendapat dalam hadis Nabi. Ada juga kes salah faham Sahabat Nabi dalam memahami ayat A-Quran atas sebab berbeza tahap kefahaman mereka. Ya, itulah realitinya, adakah semua manusia mempunyai tahap kefahaman, kebijaksanaan, ketelitian yang sama??? Jawapannya tentu tidak bukan?!
Hal Kedua Katanya: selepas wafatnya nabi ada 4 mazhab yg berbeza pendapatnya
Ulasan saya: Sebenarnya mazhab fekah yang ada selepas kewatan Nabi bukan hanya 4 (Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hanbali). Tetapi ada juga mazhab yg dipanggil "az-Zahiri" yang disandarkan kepada Ibn Hazm. Namun dek tenggelam oleh zaman, hanya 4 mazhab ini sahaja yang masyhur dan melata keseluruh dunia hingga kini. Untuk mengetahui tentang sejarah dan kaedah yang digunapakai oleh mazhab-mazhab ini eloklah rujuk buku-buku pengenalan tentang Fekah dan Usul Fekah.
Hal Ketiga: Katanya: seperti qunut di waktu subuh,bersentuhan suami isteri dan batal wuduk nya seperti qunut di waktu subuh .. Ulasan saya: Silah bertanya kepada orang-orang yang menguasai bidang fekah. Boleh juga bertanya kepada orang yang belajar agama selain daripada fekah seperti bidang tafsir Al-Quran, bidang hadis, dan lain2. Tetapi jika anda bertanya kepada mereka yang alim dalam bab fekah seperti UZAR, pasti jawapan lebih meyakinkan.
Hal Keempat: Katanya: Apakah tidak cukup/lengkap ajaran yang di sampaikan Nabi Muhammad SAW sehingga perlu penambahan2 dan perbezaan2 ini?
Ulasan saya: Ada banyak sebab yang membawa kepada perbezaan fahaman terhadap teks Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW. Cukuplah saya katakana bahawa untuk mengetahu dengan terperinci tentang perbezaan ini, tuntutlah ilmu agama yang merangkumi pelbagai bidang :Fekah, al-Quran, Hadis dan sebagainya. Jika dalam bidang Hadis, kita akan berjumpa dengan istilah-istilah seperti "Mukhtalif Hadis"(iaitu hadis-hadis yang berlawanan), "Hadis Mutashabih" (iaitu hadis2 yang maknanya tidak jelas) dan pelbagai istilah lagi. Adakah istilah-istilah ini wujud di zaman Nabi? Jika tiada, adakah ulama-ulama telah membuat bid'ah? Sebenarnya istilah-istilah ini dirumuskan oleh ulama dalam bidang masing-masing untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas.
Saranan saya Janganlah ambil mudah dalam soal agama. Tuntutlah ilmu. Bergurulah dengan guru-guru yang boleh mendidik jiwa dan rohani juga, bukan sekadar ilmiah semata-mata. Semua orang termasuk orang-orang barat boleh memiliki PHD dalam bidang agama. Tetapi siapakah yang benar-benar menuju kejalan Allah? Nilai ukuran ilmu bukan hanya pada PHD kerana Nabi, sahabat dan para ulama tidak mempunyai PHD pun. PHD adalah ciptaan zaman sekarang hanya sebagai lesen dan bukti di atas kertas yang kita belajar ilmu agama. Tetapi ilmu di dada? Tepuk dada tanyalah iman…..
Allah Maha Mengetahui
Pesanan: Jika salah harap betulkan…. Oleh: Zunaidah Binti Mohd Marzuki, Jabatan Quran dan Sunnah UIAM (http://ez-zumar.blogspot.com/
)
Posted by Din, on 05-11-2009 22:16, IP 58.27.115.84, Guest
37. pandangan mufti
IPOH - Kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak sepatutnya dijadikan isu dan dipertikaikan.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini.
Menurutnya, sebagai sebuah negara berperlembagaan yang memberi kuasa kepada pentadbir-pentadbir agama seperti Jabatan Agama Islam, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah menjalankan tugas, penangkapan terhadap mana-mana individu yang mengajar agama tanpa pentauliahan adalah wajar.
"Saya pelik kenapa orang ramai riuh rendah, termasuk orang-orang atasan yang mendukung negara. Perkara ini tak perlu jadi isu.
"Saya juga pelik kenapa Dr Mohd Asri tidak ambil berat dengan amaran yang dibuat Jais sebelum ini, tak ada tauliah memang tak boleh tapi dia tak endahkan," katanya kepada Sinar Harian semalam, mengulas isu penangkapan bekas mufti itu Selasa lalu.
Mengenai pentauliahan, Harussani berkata, semua pihak perlu akur dengan perlembagaan dan enakmen berkaitannya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri serta telah disahkan oleh raja-raja.
Menurutnya, enakmen berkenaan sudah diselaraskan di seluruh Malaysia supaya terdapat kawalan dari segi penyebaran agama di setiap negeri.
"Tak ada (tauliah) memang salah, tak ada siapa pun yang berkecuali termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain, saya juga mohon tauliah, ibarat kita mohon lesen sama seperti bidang profesional lain yang perlu ada lesen," katanya.
Beliau berkata, semenjak Islam berada di Malaysia, Mazhab Shafie adalah pegangan umat Islam dan atas dasar itu perlembagaan dalam undang-undang Islam negara ini berperanan mengawal jika terdapat ajaran-ajaran yang bertentangan dihebahkan.
"Negara kita ada prinsip lima rukun negara, kalau tak guna salah satu daripadanya, tak betullah.
"Situasi negara kita sekarang sudah teruk dengan momokan isu politik, cukuplah dengan hal itu sahaja jangan sampai hal-hal agama pula jadi tak betul," katanya.
Posted by Ramli, on 05-11-2009 20:17, IP 118.101.35.150, Guest
38. Punca muda mudi tidak peduli Islam
salah satu punca muda-mudi tidak peduli lagi kepada ajaran Islam ialah kerana mereka lihat para ustaz2 yg ilmu agama tinggi melangit pun bergaduh2.
Ustaz tu kata Allah duduk, ustaz ni kata Allah tidak duduk... orang muda-mudi kata kat kwn2 dia, "ustaz2 pun tidak tetap pendirian ttg Allah (duduk/tidak duduk)" , jadi orang yg nipis ilmu agama cam kita ni akan pilih jalan sendiri.
Akhirat esok bila Allah tanya kenapa tak ikut ajaran Islam sebenar, mungkin jawapan yg akan di beri ialah = sebab ustaz2 pun masih tak betul pendirian mereka ttg Islam.
Posted by KAB3700i, on 05-11-2009 19:24, IP 115.133.140.101, Guest
39. macam mana ni..??
salam ustat,
setelah saya baca komen ustat dan para pembaca dan juga org2 yg mengaku kenal tak kurang juga ada yg mengkritik Dr. Asri yg kekadang terlalu mudah menjatuhkan hukum.. dalam menghadapi sisa2 kehidupan akhir zaman ini byk sgt perkara2 yg mengelirukan akibatnya tak tahu nk ikut siapa yg bisa membantu untuk menyuluh hidup.. terkenang hadis Rasullah SAW. ketika akhir zaman nnti fitnah itu akan berleluasa.. memang benarlah kini apa yg terjadi, sehingga islam itu digelar agama terrorist dan tak kurang juga semakin ramai pulak pengikutnya sungguhpun digelar terrorist..
imam mahdi yg dinantikan ntah bila akan munculnya.. (boleh dikatakan ramai yg menunggu2 diseluruh dunia) tapi masaalah nya macam mana kita nak tahu sipolan itu imam mahdi..?? sedang ramai yg mengaku imam dan dapat gelaran imam/ustat sebagainya.. itu belum campur rasa was2 lagi..
kemudian diberitahu imam mahdi itu dibait di mekah.. pulak tu kalau kami dimalaysia camana..??? dia mai naik kapal terbang ke berkuda..? nampak soalan macam pelik bukan.. yelah mana taknya nabi sendiri pesan "pergilah kamu mendekatinya walaupun terpaksa merangkak didlm salji.." masaalahnya macam mana kami nak cari dia..? kami pi cari dia atau tunggu dia pi cari kami..??
ustat terangkanlah sserba sedikit persediaan bagi kami utk menghadapinya ustat.. terkontang kami nie.. udahlah fitnah hampir shj memenuhi bumi.. bantulah ustat.. terima kasih..
Posted by zakaria ahmad, on 05-11-2009 18:17, IP 202.187.110.146, Guest
40. Berkenaan Tangkapan Dr Mohd Asri : Suatu
Bekas …………………………………….. berlapang dadalah. Ulasan: Isu yang berbangkit bukan isu perbezaan furu’ (i.e. pecahan) dalam fiqh tetapi isu perbezaan asas dalam aqidah. Orang yang berlainan aqidah tidak ada keperluan untuk membincangkan isu furu’ yang kita amalkan within ASWJ dan kita pun tidak ada keperluan untuk membincangkan isu furu’ yang mereka amalkan within firqah mereka. Selain itu, janganlah dengan mudah menggelarkan seseorang dengan gelaran Wahabi serta terkeluar dari kelompok ahli Sunnah wal Jamaah. Adalah tidak tepat untuk menuduh pandangan ijtihad selain mazhab Syafie adalah Wahhabi, kerana kebanyakkan pendapat yang lain yang diterima pakai oleh sebahagian kelompok di Malaysia (yang berlainan) sebenarnya bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah yang lain seperti Hanbali, Maliki dan Hanafi. Ulasan: Syafie adalah mazhab fiqh manakala wahabi adalah firqah aqidah. Sebagai contoh: • tidak melakukan qunut Subuh adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi, • menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki, • membolehkan memgang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki, • tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi. Isu-isu sebegini kerap disalah ertikan sehingga disenaraikan sebagai ciri pengikut Wahabi. Ini tidak benar sama sekali, malah Wahabi itu bukan sebuah mazhab Fiqh atau Aqidah serta tidak mempunyai takrifan yang khas di kalangan para ilmuan Islam sedunia. Ulasan: 4 isu yang dikemukakan seperti di atas di kalangan mazhab yang 4 (i.e. Maliki, Hanafi, Syafi’e dan Hambali) adalah isu furu’ (i.e. pecahan) within ASWJ dan itu semua sudah difahami dan tidak lagi menimbulkan masalah pada hari ini. Malah menurut sebahagian pandangan ulama antarabangsa, istilah itu dipelopori oleh musuh-musuh Islam dari kalangan bukan Islam, untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam. Memang benar, terdapat ulama moden yang menggunakan istilah tersebut di dalam penulisan mereka, namun ia merujuk kepada pengikut aliran Muhammad Ab Wahab di Saudi suatu ketika dahulu, ia bukan sebuah mazhab yang khas. Di sebelah pihak yang lain pula, jangan pula terlalu ringan lidah menggelar sesuatu amalan itu sebagai bid'ah, sesat, ahli bid'ah dan lain-lain gelaran yang menyakitkan telinga. Gunakan hikmah dalam nasihat, hujjah dan panduan, bukan hukuman dan kejian. Perlu disedari bahawa hujjah YANG DIYAKINI KITA SEBAGAI KUKUH tidak semestinya dinilai kukuh dan tepat oleh ilmuan lain berdasarkan dalil dan kaedah yang juga betul serta diterima dalam displin ilmu Fiqh atau Aqidah Islam. Ulasan: Asri dan konco-konconya adalah bukan dari firqah ASWJ dan mereka yang cukup lantang membid’ahkan banyak amalan yang diamalkan within ASWJ. Imam Muhammad Ibn Sirin berkata :……………………..) nas itu, tiada masalah untuk solat di belakangnya.[2] Al-Qaradawi menegaskan bahawa kewujudan dua pendapat betul dalam satu masalah, sememangnya boleh berlaku. Beliau mengatakan, mungkin satu pihak mengambil rukhsah, yang lain mengambil ‘azimah. Atau kedua-dua benar dalam situasi tertentu yang berbeza, atau kedua-duanya benar sebagaimana wujudnya qiraat bacaan AL-QURAN. Ulasan: Semua contoh di atas adalah contoh perbezaan pendapat dalam fiqh within ASWJ, ia bukan masalah. Banyak lagi kisah-kisah sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati. Malah perlu difahami juga, hal ini juga boleh berlaku didalam perihal aqidah. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa ilmu aqidah itu terbahagi kepada [3] • a) Usul Aqidah : iaitu ilmu bersumber ayat Al-Quran yang tidak terdedah kepada sebarang tafsiran dan takwilan menurut ilmu Usul Fiqh seperti kewujudan Allah, keesaanNya, sifat kesempurnaanNya dan banyak lagi. • b) Furu' Aqidah : Ilmu aqidah yang bersumber ayat Quran dan Hadis sohih tetapi terdedah kepada tafsiran dan takwilan yang sesuai menurut kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh. Seperti Syafaat di akhirat, Melihat Allah di syurga, mentakwil ayat sifat Allah, Imam Mahdi, penurunan Nabi Isa a.s dan banyak lagi. Ulasan: Di sini kita tidak sependapat dengan Wahabi terutama dalam isu mujassimah dan musabbihah terbit dari kelainan dalam pengambilan usul aqidah dan menjalar kepada kelainan dalam melihat furu’ aqidah. Apabila sahaja ada kelainan dalam usul dan furu’ aqidah maka kita sepatutnya berhenti di situ kerana furu’ fiqh hanya sepatutnya dibahas dalam lingkungan yang sama aqidah. Justeru, …………………………..Cuma harapan saya, jika menolaknya, tolaknya disebabkan kerana hujjah yang lebih meyakinkan dari mereka yang berkelayakan bukan kerana kita terlibat dalam bisnes itu nescaya mesti nak jadikan ia halal, atau dalam kata lainnya, kerana nafsu sendiri. Ulasan: Jika Zaharuddin dari ASWJ maka ada isu yang boleh dibincang dan dibahas tetapi jika Zaharuddin dari selain ASWJ maka langsung tidak ada isu. TANGKAPAN JAIS: SIAPA UNTUNG? Memang benar JAIS punyai hak mendakwa sesiapa sahaja yang berceramah tanpa tauliah, itulah yang diarahkan oleh Sultan Selangor selaku Ketua Agama di Negeri Selangor. Namun demikian, saya kira untuk menangkap seorang bekas Mufti sebuah negeri yang telah diiktiraf keilmuannya oleh UIAM sehingga diberi PhD dalam bidang agama, juga oleh Raja Perlis sehingga dilantik menjadi Mufti negeri dan diberi anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Negeri. Tindakan itu boleh dikatakan kurang bijak dan secara tidak langsung memperkecilkan penilaian Raja Perlis, Universiti Sains Malaysia (USM) dan banyak pihak lain yang berautoriti. Ulasan: Dari sudut aqidah penilaian Raja Perlis tidak ada nilai untuk dijadikan justifikasi. WBP dari sudut budaya dan politik maka ianya memang ada nilai pemberat kerana sudut budaya dan sudut politik tidak ada satu garisan yang clear untuk justify suatu perkara sebagai betul atau salah, halal atau haram dan sah atau batil. Bagi saya isu ini lahir hasil ‘sakit hati' yang datang dari pertembungan kedua-dua belah pihak, penyokong dan penentang Dr Asri di Malaysia. Ulasan: Saya tidak sependapat dengan Zaharuddin. It got nothing to do dengan ‘sakit hati’. Ianya lebih kepada security phase sama ada pada phase of security measure atau pun pada phase of security alarm. Kita nak masyarakat ASWJ di Selangor tahu, sedar, berhati-hati dan mengambil langkah menghalang berkembangnya aktiviti yang boleh merosakkan aqidah ASWJ. Kita tidak masuk campur aktiviti Asri di Perlis atau Negeri-negeri lain. Contohnya jika Selangor diumpamakan seperti rumah saya, adakah menjadi salah untuk saya menghalang Asri buat aktiviti dalam rumah saya? Bolehkan langkah saya menghalang aktiviti berkenaan digelar sebagai langkah ‘sakit hati’? Dr Asri di sebelah pihak ……………….Demikian pendapat saya sebagai pemerhati dari luar, ya luar negara.
Ulasan: Setuju bahawa ianya menguntungkan Asri. Akan tetapi bila kita semak senarai pihak yang member sokongan kepada Asri itu kita dapati ianya tidak ada nilai dari sudut Islam kerana individu dan pihak yang menyokong Asri adalah 99% dari golongan politik dan lidah politik adalah lidah yang sukar untuk dipercayai. Kalangan awam yang tahu menggunakan akal niscaya dapat melihat point ini dengan jelas! SUDAH-SUDAHLAH BERBALAH : BERDAMAILAH Satu lagi, saya amat ingin melihat kedua-dua pihak menambahkan sikap lunak dan lebih bijak. Benar, bijak itu banyak caranya, keras dan garang juga mungkin sahaja tergolong dalam tindakan yang paling bijak dalam keadaan tertentu. Cuma lunak dan lembut adalah lebih digemari oleh …………………… Ertinya : Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ( Al-Anfaal : 26 )
Ulasan: Ayat Alquran adalah benar. Pendapat Zahruddin saya tidak setuju. ASWJ kena pergi kepada plan B iaitu dengan pergi kepada isu pokok iaitu tangkapan dibuat kerana perbezaan dalam usul dan furu’ aqidah. Ini tidak perlu disorok-sorokkan lagi. Kena direct to the point. Buka bab aqidah. Wahabi adalah firqah yang berpegang dengan aqidah mujassimah dan musabbihah. Demikian juga ada lagi beberapa perbezaan dalam furu’ aqidah. Minta Asri buat pengakuan mengenai pegangan aqidah beliau yang sebenar. Tak mahu jawapan dolak dalik. Masyarakat boleh lihat dan nilai ikut akal fikiran masing-masing. Siapa yang ingin selamat kena tolak aqidah Wahabi dan kekal berpegang dengan aqidah ASWJ yang digariskan oleh Imam Abu Hassan Alasy’ari dan Imam Abu Musa Almaturidi. Perbezaan pendapat dalam fiqh within aqidah ASWJ yang sama boleh tolerate tetapi apabila perbezaan pendapat itu dalam soal aqidah maka ianya adalah basic, critical dan tidak boleh tolerate sama sekali.
Posted by cikokui, on 05-11-2009 16:38, IP 60.51.101.188, Guest
41. tahniah
tahniah sebab berjaya keluarkan artikel yg baik mcm ni. tidak ada berat sebelah. saya suka baca artikel sebegini. Dr Asri jgn diperlakukan seolah2 dia ni pembawa ajaran sesat.
Posted by Khadijah, on 05-11-2009 16:18, IP 115.133.102.77, Guest
42. Amalan yang bidaah
Assalammua'laikum UZAR,
Saya ingin bertanya samada amalan-malan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di rauntau ini seperti, tahlil, kenduri arwah, membaca talkin di pengkebumian jenazah, berzikir beramai-ramai dan mengaminkan bacaan doa imam selepas solat waktu, bersolat hajat, membaca yasin malam jumaat secara berjemaah di masjid dan surau adalah bidaah dan boleh membawa ke Neraka?
Sebab saya pernah membaca tulisan Dr. Asri berkenaan ini yang dikatakan adalah bidaah. Bolehkan Ustaz terangkan supaya saya atau orang-orang yang kurang pengetahuan ugama dapat memahami tentang perkara ini.
Posted by fadil, on 05-11-2009 11:27, IP 210.187.41.18, Guest
43. mereka telah lupa pesanan rasulullah saw
petikan dari sebuah lagu nasyid ..
tuhan kau telah memberi tahu kami, tentang peristiwa akhir zaman, peristiwa di zaman kami ini, melalui lidah nabi mu..
di zaman ini ikhtilaf(perbezaan pendapat) banyak terjadi, firqah(golongan/ajaran) sesat 72 banyaknya, (antaranya golongan meriam) al quran di jadikan barangan dagangan, isi nya sudah tidak di hiraukan, tuhan, kekasihmu memberitahu, dunia di jadikan barang yg di buru, muslimin di siksa dan di hina, oleh tangan2 kafir durjana,
tuhan nabi mu terus bermadah, ilmu akhirat di tinggalkan orang, ilmu dunia di jadikan rebutan, perempuan2 di jadikan hiasan, rumah2 syaitan penuh riang, rumah2 tuhan kosong dan lengan,
tuhan yang paling menakutkan, nabi mu pernah bersabda, di akhir zaman yang paling jahat, ulama yang memandang dunia, tabiat nya busuk bak bau bangkai, siapa tercium kan mati jiwa nya,
tuhan nabi mu menyambung lagi, terhadap peristiwa akhir zaman, perempuan hilang malu nya, anak tidak hormati ibu bapa, bahkan keduanya di jadikan kuli atau sudah tidak di peduli,
tuhan penutup kata kami critakan, dari lidah nabi kekasihmu, rezki yang halal susah di cari, ibarat mencari berlian berharga, tuhan kekasihmu menjanjikan, kedatangan mujadid(imam mahdi) baru..
muslimin.. nasibnya akan terbela, rumah2 tuhan penuh riang, rumah2 syaithan akan musnah, perempuan2 akan di lindungi, anak2 soleh dan solehah, kebenaran kan pasti terbukti…
Posted by halim, on 05-11-2009 08:34, IP 210.48.147.113, Guest
44. asri
bukan wahabi lagi ke kalau hina imam ghazali, imam nawawi dan imam2 mazhab yang lain.. apa yang dia buat kat perlis sampai lepas solat terus belah takde zikir dll.. sedangkan bile lagi kita sempat zikir kalau bukan lps solat. dia berckp mcm dia sorang betul.. orang lain semua salah..kata org tu salah org ni salah.. solat hajat x boleh... mcm2 benda baik yang kita buat selama ni dia pertikaikan... agaknya lepas ni solat fardu pun dia kata x payah kot... yelah ilmu hanya kat akal bukan kat hati. serban jubah dia kata abu jahal pun pakai... dia pakai tie takpe pulak... x faham definisi sunah ke?.. ulamak hari ni ulamak buku...takde tok guru. kalau dia hebat sgt..kenapa waktu dia jadi mufti maksiat dok byk tu jugak...silap2 makin bertambah. yelah..ustat tu salah ustat ni salah.. nabi x pernah buat... dia pernah tgk nabi ke?..silap2 tak pernah pun mimpi jumpa nabi... ingatlah aishah isteri nabi pun pernah tersilap dalam peperang siffin.. nikan pulak kita yang ada BA tapi jurusan lughah bukan syariah. bukan sy bandingkan...tetapi dia sendiri yang sebut sarjana..sarjana..sarjana.. waktu mula2 jadi mufti. layak ke dia kalau atas dasar tu.. kalau nak komen...3 hari x abis..bezanya dia ada flatform dan kita xde. cube tanya dia..boleh tak kencing berdiri..mungkin dia kata boleh...tapi budak darjah satu pun tahu kencing berdiri x baik.. so.. ilmu dia hebat ke?
Posted by ZAMRI, on 05-11-2009 01:56, IP 120.141.183.242, Guest
46. Ulamak dalam Jaiz boleh pakai ke?
Ulamak tuduh menuduh dalam media. Sebab ulamak lah jugak, pengikut cerai berai. Ulamak akhir zaman. Bila dah keluar dalam media, Ilmu yang telah disampaikan, yang keluar dari ulamak terus menerus diragui nanti. Both pihak. Macammana nak jawab. Bukan nak jawab kat media ... dengan Allah.
Posted by mesin pengimbas, on 04-11-2009 22:24, IP 203.82.92.109, Guest
48. UPLOAD
Apa nak jadi sampaikan sijil kelulusan diragui.Sedar atau tak,ia hanya memperbodohkan beberapa pihak seperti kerajaan negeri Perlis. tak terkecuali Saya mintak lepas ni semua pemilik blog yang bercerita tentang agama tolong upload sijil masing-masing. Ada berani. UZAR t
Posted by n,ajiz, on 04-11-2009 17:38, IP 203.217.176.61, Guest
49. Istiqamah dr maza...
Saya mendapati Dr MAZA seorang yang amat luhur dan ikhlas dalam perjuangan. Semasa dr maza menerima lantikan sebagai mufti, hati saya berprasangka beliau mungkin akan lupa diri sebagaimana mufti lain kerana sudah selesa di kerusi empuk.
Namun itu tidak berlaku malah dr maza adalah sama seperti sebelum menjadi mufti. Semasa menjadi mufti beliau mengambil risiko kehilangan jawatan mengkrtik parti pemerintah.
Akhir sekali beliau melepaskan jawatan mufti biarpun ditawar untuk disambung kontrak. Hati saya pilu apabila seorang tokoh yang ikhlas,alim dan dihormati masyarakat atas dan bawah diperlakukan sedemikian rupa. Mujur beliau banyak mengajar erti sabar dan sentiasa berakhlak mulia biarpun ditekan musuh yang penuh dengan dendam kesumat.
Posted by huffazdq, on 04-11-2009 16:53, IP 60.49.234.149, Guest
50. salam UZAR
salam UZAR, saya bersetuju dgn pandangan UZAR berkenaan hal ini...terima kasih atas pandangan itu sekaligus menambahkan ilmu utk sy...terima kasih smg ALLAH mempermudahkan segala urusan UZAR...ws