Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Tuan Guru Nik Aziz & Tajaan Wang Haji
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 65 guests online
PDF Print
User Rating: / 21
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 17-11-2009 09:10
Views 16685    
Favoured 22

Tuan Guru Nik Aziz & Haji

Dengan Wang Hadiah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

 

nikaziz1.jpg

 

SOALAN

Apa pandangan ustaz berkenaan seseorang pergi haji dengan wang hadiah orang lain, saya rasa ustaz faham isu ini berkait dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun ini (2009) akibat pertikaian dan tuduhan rasuah. Tapi beliau masih bersedia menerima tajaan dari mana-mana pihak tahun hadapan.

JAWAPAN

Hukum asal bagi menunaikan haji dengan wang hadiah adalah HARUS tanpa sebarang khilaf. Walaupun seseorang digalakkan untuk menggunakan wang sendiri bagi menunaikan haji bagi memperolehi maksud haji yang menagih pengorbanan  tenaga dari tubuh badan, minda dan wang.

Namun demikian, adalah tidak salah sama sekali sesiapa yang mampu untuk menghadiahkan sebahgain dari kurniaan kekayaannya bagi menaja sesiapa sahaja khsuusnya bagi mereka yang belum menunaikan haji untuk melunaskan rukun Islam yang kelima itu. Demikian juga diharuskan untuk menaja mana-mana alim ulama atau sesiapa juga bagi tujuan yang sama.Lebih digalakkan jika sekiranay yang taja BELUM PERNAH menunaikan Haji.

Namun begitu, hukum asal akan berubah mengikut keadaan dan situasi. Persoalan niat adalah persoalan yang sukar dijadikan sandaran dalam hal ini kerana ia adalah urusan hati yang tersembunyi, diketahui secara tepat hanya oleh Allah swt.

Justeru, jika ada mana-mana ilmuan yang menjawab dalam persoalan ini bahawa semuanya bergantung kepada niat. Sudah tentu begitu di sisi Allah, namun pandang sisi manusia juga perlukan penjelasan yang lebih mendalam sebagai satu panduan.

Menyatakan hukum dengan menyandarkan ia kepada niat semata-mata tidak akan menyelesaikan kekeliruan, malah dibimbangi akan disilap fahami oleh orang awam sehingga menyalahgunakan hujjah tersebut dalam tindakan yang terangan bersalahan dengan displin Islam, seperti berdua-duaan (berdating) di tempat sunyi kemudian mendakwa niat mereka baik dan sebagainya.

APA RASUAH ?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, perlu difahami erti rasuah menurut istilah yang diterima pakai oleh perundangan Islam adalah :-

ما يُعطى لإبطال حق أو لإحقاق باطل

Ertinya : Apa-apa yang diberikan untuk membatalkan sesuatu yang benar dan membenar yang batil (melayakkan yang batil) ( Syarh as-Sunnah, Al-Baghawi, 10/88)

Namun demikian, takrif Rasuah menurut perundangan di Malaysia pula adalah lebih pelbagai dan boleh dibaca dari tulisan saya yang lalu di SINI .

JADI APA PANDUAN HUKUM DALAM HAL INI?

Bagi memahami perubahan hukum dalam hal ini, beberapa dalil dan situasi terpilih berikut boleh dijadikan rujukan.

 

  • 1)    Hadiah buat seseorang berpangkat

  من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

 

  • 2)    Sebuah Hadis :

  استعمل النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً من الأزد يُقال له ابن اللتبية على الصدقة، فلما قدم قال: هذا لكم وهذا أهدي لي، قال: فهلا جلس في بيت أبيه أو بيت أمه، فينظر أيُهدى له أم لا.... ثم قال: "اللهم هل بلغت ثلاثًا"

Ertinya : Nabi bersabda kepada seorang gabenornya bernama Ibn Lutbiah yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda

" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)

"Ya Tuhanku, adakah telah aku sampaikan (kepada umatku akan hal ini) sebanyak tiga kali..(Al-Bukhari, no 2597 & Muslim no 1832)

 

3)    Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.

Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:

"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].

 

4)    Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

BAGAIMANA KES MENTERI BESAR KELANTAN?

Bagi kes yang melihatkan Menteri Besar Kelantan, seorang tokoh agama yang dihormati lagi dikasihi oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan usahawannya. Jika dilihat dari sudut rasuah menurut istilah Syariah, kemungkinan besar tajaan ini tidak berkait dengan ciri utama rasuah menurut Islam.

Berkaitan isu WANG KHIANAT pada pandangan Islam pula, ia juga mungkin TIDAK JATUH kepada beliau, jika benar-benar semua hadiah yang diberikan itu tidak bersangkut paut dengan jawatannya tetapi hanya kerana dirinya adalah seorang ulama.

PENGECUALIAN sebegini memang wujud dari teks-teks fatwa silam sebagaimana berikut

يجوز لولاة الأمور والعُمَّال قبول الهدية ممن كان يهدي إليهم قبل توليتهم مناصبهم، كهدية من قريب أو صديق بشرط أن لا تزيد قيمة هذه الهدية عما كان يُهْدى إليهم قبل تولي مناصبهم ولا تكون لها أيَّة علاقة بأعمالهم.

Ertinya : Harus hukumnya bagi seseorang pemerintah dan pegawai (pentadbir) menerima hadiah dari pemberian hadiah itu bermula semenjak sebelum ia memegang jawatannya, seperti hadiah hubungan kerabat atau rakan, namun ia dengan syarat NILAI HADIAH YANG DIBERI (SELEPAS NAIK JAWATAN) ADALAH SAMA dengan sebelum naik jawatan, serta MESTILAH HADIAH TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI ikatan dan kaitan sama sekali dengan jawatannya ( kuasanya) [1]

Imam AN-Nawawi pula menegaskan :-

وقد بين صلى الله عليه وسلم في نفس الحديث السبب في تحريم الهدية عليه وأنها بسبب الولاية، بخلاف الهدية لغير العامل، فإنها مستحبة،

Ertinya : Nabi s.a.w telah menjelaskan dalam hadis yang sama (di atas) bahawa sebab pengharaman terima hadiah sebegitu adalah disebabkan oleh JAWATANNYA, berbeza dengan hadiah yang diberikan kepada bukan pegawai yang mana ianya adalah digalakkan. ( Syarah Sohih Muslim, 6/462 )

WALAUPUN BEGITU

Kesimpulannya, dalam kes Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nikmat, saya dan ramai lagi yakin bahawa ia tiada unsur rasuah mahupun wang khianat. Ini kerana saya yakin, walaupun beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar dan duduk di rumah sahaja sekalipun, masih ramai yang berlumba-lumba untuk memberikannya hadiah tajaan Haji dan lain-lain disebabkan kelebihaan ilmu dan amalan yang terzahir pada diri beliau dan bukan pada JAWATANNYA, sehinggakan seliparnya juga dicuri kerana ‘berkat'. [2]

Namun demikian, kita tidak boleh memandang hanya kepada mereka yang bersangka baik sahaja. Apa yang perlu diteliti kini, semua menyedari bahawa beliau bukan semata-mata seorang tokoh agama, namun juga adalah tokoh politik dan ketua eksekutif pentadbiran bagi sebuah negeri.

Justeru, atas dasar tersebut, menurut penilaian sederhana saya, adalah LEBIH WAJAR untuk  beliau menolak sebarang tawaran hadiah haji sedemikian selagi mana beliau masih memegang jawatan Menteri Besar. Pandangan saya ini berdasarkan banyak aspek dan sandaran, sebahagiannya adalah seperti berikut :-

1)     Mengelak tohmah dan sangka buruk yang memudaratkan.

Sekiranya kita menyusuri perbahasan hukum-hukum Fiqh di dalam kitab-kitab utama yang silam, akan didapati bagaimana beberapa amalan yang HARUS pada hukum asalnya menjadi HARAM atau ditegah akibat daaripada wujudnya unsur ‘tohmah' dan ‘kebolehan membawa sangkaan buruk' . Cukuplah kita ambil satu contoh dalam bab ini :

Imam Al-Kasani ketika membicarakan persoalan adab seorang qadhi (adab al-Qadha) menghurai :

ومنها : أن لا يقبل الهدية من أحدهما ، إلا إذا كان لا يلحقه به تهمة .

Ertinya : Sebahagian darinya (adab seorang qadhi) : Adalah tidak menerima hadiah dari salah seorang darinya (dua pihak yang sedang dibicarakan) kecuali jika ia tidak membawa kepada sebarang tohmahan (tuduhan buruk). (Bada'i As-Sona'ie, 7/10)

Walaupun teks di atas bukan dalam konteks menteri besar atau pemerintah, namun maqasidnya jelas, ia berkait dengan mereka yang memegang kuasa. PEMEGANG KUASA MESTILAH DIYAKINI DAN DILIHAT BERSIH OLEH ORANG-ORANG YANG BERGANTUNG DI BAWAHNYA, jika dia seorang hakim atau qadhi seperti dalam teks di atas, dia mestilah diyakini TIDAK BERAT SEBELAH oleh kedua-dua pihak di dalam mahkamahnya.

Jika dia pemerintah, hal yang sama juga terpakai, IAITU DIA MESTI DIYAKINI BERSIH DAN MAMPU MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT BERDASARKAN KELAYAKAN DAN BUKAN ATAS PENGARUH-PENGARUH SAMPINGAN SEPERTI KERABAT, HADIAH YANG DIBERI DAN SEBAGAINYA.

Justeru, dalam hal Menteri besar Kelantan, umumnya mungkin yakin dengan peribadi beliau dalam menjaga keadilan. Namun perlu diingat bahawa di bawah bidang kuasa seorang Menteri Besar,  terdapat pelbagai pegawai, pelbagai jenis kuasa untuk menentu dan memutuskan keputusan khsuusnya melibatkan penganugerahan jawatan dan kontrak. Sebahagian besarnya memerlukan kepada nasihat dan rundingan pegawai-pegawai ini terlebih dahulu sebelum dilulus oleh Menteri Besar. Maka sejauh mana pula, orang ramai boleh yakin kepada pegawai-pegawai ini sebegaimana keyakinan mereka kepada Menteri Besarnya.?

Saya kira, ramai orang di bawah beliau tidak mampu menyamai krebiliti, ketahanan sehebat beliau dan keyakinan ramai  kepada pegawainya juga tidak seperti keyakinan kepada Menteri Besar Kelantan.

Tatakala itu, orang ramai akan menggandaikan si pemberi hadiah akan dikenali oleh para pegawai beliau, yang sebahagiannya turut mempunyai kuasa tertentu, KEADAAN INI TIDAK DINAFIKAN AKAN MEMBAWA TOHMAHAN DAN SANGKA BURUK RAMAI.

Ia boleh membawa sangkaan ramai, BAHAWA PEMBERI HADIAH TAJAAN HAJI INI MENDAPAT LEBIH KEISTIMEWAAN BERBANDING YANG TIDAK MEMBERI HADIAH, Paling kurang, ia menjadikan syarikatnya LEBIH DIKENANG DAN DIINGATI OLEH PARA PEGAWAI. Hasilnya, mungkin lebih mudah untuk memperolehi tawaran kontrak tertentu.

Saya tidak menuduh, saya cuma menyedarkan bahawa ruang sangkaan dan tohmahan itu sangat boleh untuk terbuka. Atas asas itu, saya berpandangan AMAT WAJARLAH Menteri Besar Kelantan untuk MEMBATALKAN MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI DENGAN BERBEKALKAN WANG DAN PAKEJ TAJAAN.  Namun beliau tentunya MASIH boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Selain itu, saya juga berpandangan tajaan haji atau umrah di tahun-tahun akan mendatang juga wajar ditolak. Berikanlah sumbangan itu kepada alim ulama lain yang tidak berjawatan rasmi atau pembuat keputusan yang melibatkan wang dan kontrak, yang tidak mendatangkan tohmah dan fitnah dan sangka buruk. KECUALI jika ia dilakukan secara tertutup, ia terpulang kepada semua yang terlibat untuk menjaga displin hukum.

Nabi s.a.w bukan sahaja melarang umatnya bersangka buruk, namun kita juga diajar oleh baginda nabi s.a.w untuk CUBA SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN diri dari membuak ruang yang boleh menyebabkan diri kita disangka buruk. Itulah konsep sad az-Zara'i. (penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada haram oleh diri dan kepada diri).

 

2)     Menolak kemudaratan adalah didahulukan berbanding mendapatkan kebaikan

Ia jelas dari kaedah Fiqh yang cukup terkenal. Benar, menunaikan haji membawa kebaikan kepada penderma dan yang menerima, namun jika ia sehingga menyebabkan nama baik kerajaan pimpinannya rosak akibat dari itu. Wajarlah ia dijauhi. Tidak kiralah mudarat itu akibat sangka buruk, fitnah atau dusta, namun ia tetapi membawa mudarat yang jelas. Lihatlah sekeliling dan media yang sedang mencipta sesuatu buruk dan mudarat dalam isu ini.

 

3)        Maslahat umum didahulukan  ke atas maslahat individu (atau yang lebih kecil)

Benar, menerima tajaan hadiah haji itu adalah sebuah kebajikan dan pahala buat dipenderma, pahala dan ganjaran juga bagi yang menerima. Namun jika ia jelas boleh membawa mudarat seperti tuduhan rasuah yang sehingga boleh memudaratkan kemaslahatan yang lebih ramai, bukankah ia lebih baik dijauhi. Si pemberi masih boleh menderma kepada ilmuan lain bagi mendapatkan pahala yang diinginya.

AKHIRNYA

Kesimpulan jawapan saya kepada persoalan yang dikemukakan, SAYA AMAT BERSETUJU untuk Menteri Besar Kelantan menolak tajaan hadiah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, namun beliau masih boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Saya juga merasakan, TIDAK WAJAR untuk beliau menerima sebarang tajaan haji di tahun-tahun hadapan selagi beliau masih memegang jawatan Menteri Besar atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Sekdar itulah pendapat saya secara ringkasnya, ia bukan penentuan hukum, ia hanyalah sebuah pandangan dan nasihat yang boleh diterima atau ditolak oleh sesiapa sahaja.   Perlu disedari juga, pandangan dan jawapan kepada soalan di atas bukan sahaja terpakai kepada Menteri Besar Kelantan ketika ini, namun bagi semua penjawat awam, swasta dan ahli politik dari mana-mana jua parti politik.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Nov 2009

 

 

 



[1] Al-Mughni, Ibn Qudamah ( tahqiq At-Turki) 9/814 ; Subul as-Salam, 4/577

[2] Namun diharap tidak ada sesiapa yang jatuh dalam khurafat atau lain-lain masalah aqidah akibat menangkal dengan selipar seorang alim ulama. Atau meyakini selipar itu boleh membawa sesuatu kebaikan dan menolak keburukan, jika itu berlaku, amalan syirik amat dekat bagi si pencuri selipar.


Last update: 18-11-2009 17:56

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (33) RSS feed comment
Posted by anak klnte, on 13-01-2010 11:13, IP 115.135.18.213, Guest
1. klntanist origin
terima kasih tok guru... 
pemimpin di akhir zaman yg tiada tolak bandingnya...hidup tok guru...takbir.
 
» Reply to this comment...

Posted by Saiden bin Hj Zakaria, on 03-01-2010 10:30, IP 115.132.6.20, Guest
2. TUAN GURU NIK AZIZ & HAJI DENGAN WANG HADIAH
Salam, 
Baru saya faham penjelasan yang ustaz berikan. Moga kekeliruan dapat difahami dengan jelas dan nyata. Izinkan saya copy & paste muat dalam blog saya, untuk simpanan dan rakan2 yang layari blog saya, Terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by subramaniam, on 07-12-2009 21:37, IP 203.82.80.43, Guest
3. terima kasih tok guru
http:// ceramahpolitikonline.blogspot. com/2009/12/nik-aziz-himpunan- perpaduan-ummah-p1.htmltok guru mengatakan subramaniam yang menawarkan duit belanja untuk ke Mekah.  
 
Ada kepentingan ke si siva ni dalam pentadbiran kelantan. wallahua'lam, kena buat kajian la...sdra/i boleh menonton video ini untuk lebih kepastian. dengar bait-bait ucapan tok guru ketika berucap dihadapan kaum bukan islam yang saya kira tidak ramai di kalangan pendakwah kini yang sanggup melakukannya sebagaimana tok guru, kepada sahabatku UZAR terima kasih atas sumbangan ilmu ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by manora, on 03-12-2009 21:33, IP 115.134.177.48, Guest
4. kalau..
Saya tertarik membaca jawapan saudara, namun saya juga terfikir disebabkan sikap sesetengah pemimpin yang entah berapa kali pergi haji,,orang awam tak dapat kouta,,apakah ini wajar. dalam kes Tuan Guru, saya ditanya apakah agaknya respon dari pihak tertentu jiak yang ditaja itu pemimpin UMNO,, adakah kita boleh memberikan alasan yang sama..Saya melihat Tun Guru tak bersalah tetapi orang sekelilingnya yang makan banyak..
 
» Reply to this comment...

Posted by Umar al Khattab, on 01-12-2009 08:37, IP 218.111.102.94, Guest
5. Ultra Melayu
Peristiwa ini sememangnya adalah mesej tersirat penuh makna kepada pemimpin Ultra Nasionalis Melayu Ortodoksi...ambil pengajaran segera...sebelum dianggap terlambat dan muflis oleh ALLAH SWT..Kepada para pengikut pemimpin ultra melayu ini..pandai2 lah pilih pemimpin kat dunia, supaya ALLAH pula akan pilih kamu masuk syurga..
 
» Reply to this comment...

Posted by Sufie, on 30-11-2009 08:09, IP 203.82.79.108, Guest
6. hj
Bagaimana jika kita bicarakan menteri2 dan pegawai2 kerajaan dgn persoalan ini?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by awang, on 30-11-2009 01:43, IP 203.82.91.103, Guest
7. alahai
tok guru dah tolak pon. rasanya, uzar tak perlu ulas benda2 yang dipolitikkan ni sebagaimana uzar padamkan nama2 ulamak2 malaysia dari senarai ulamak2 dunia. nanti orang akan gunakan dengan tidak berkhemah. sekiranya uzar dah ulas, uzar pon kena ulas tindakan2 dari pemimpin parti kerajaan pula.  
 
kalau tidak, uzar akan dilihat berat sebelah. ini nasihat dari orang biasa seperti saya. orang seperti uzar kena berhati-hati dalam mengulas sesuatu isu. takut uzar tak larat hadapi tekanan yang berat nanti. wat ever, uzar dah mencelikkan umat islam di malaysia tentang muamalat islam. walaupon saya graduan usul, tapi bab muamalat moden ni, saya agak keliru. tapi setelah banyak membaca buku2 ustaz dan buku2 lain, alhamdulillah, sudah semakin terang. syukran 
 
 
UZAR : hal ini diulas bagi menjawab soalan dan juga kerana TGNA tak tolak tawaran yang tahun depan. Artikel ini juga dah sebut ulasannya tidak khhusus kpd kes TGNA tetapi semua.  
 
Dgn sebab tajuk ini saya ulasm maka ramai org politik masuk dan baca artikle ini, maka itulah sasaran saya, agar mereka baca hadis2 tu dan fahami penjawat awam x boleh terima hadiah krn jawatan. 
 
Sbb hati2 la saya tulis jawapan ini. Siapa yang lihat lebih jauh, akan dapati ia tegur semua bukan khusus
 
» Reply to this comment...

Posted by cee, on 29-11-2009 23:31, IP 115.134.223.240, Guest
8. ulas doa
salam,, 
Minta ulasan UZAR berkaitan iau terbaru iaitu mengenai doa TGNA utk memusnahkan masa depan PM jika ada niat tak baik dalam pemberian wang royalti kepada kelantan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Yus, on 29-11-2009 23:01, IP 203.82.91.104, Guest
9. Hidup TGNA
Tahniah UZAR atas kupasan ini...
 
» Reply to this comment...

Posted by LEBAI PONDOK, on 21-11-2009 10:15, IP 115.132.26.39, Guest
10. SAYANG-SAYANG SAUDARA ISLAM
;)  
Kepada Penyokong Tegar PAS. 
Kepada Para PenTAKSUB PAS. 
Kepada Para Pembuli UMNO. 
 
Sedar...lah 
SEDAR...LAH 
 
Jika kamu memusuhi UMNO ... 
seperti kamu musuhi ISLAM. 
 
Walaupun mereka penyokong UMNO.. 
Tapi mereka tetap menganuti agama ISLAM. 
Mereka faham rukun iman dan rukun Islam. 
Mereka juga mengamalkan semua amalan Sunnah Nabi. 
 
Jadi kita semua .... 
 
"SAUDARA SESAMA ISLAM" 
Perbezaan ideologi bukan matlamat sesebuah parti siasah. 
 
TAPI,  
PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM IALAH MATLAMAT KITA UNTUK MENYERU AGAR MANUSIA MENGENAL ALLAH s.w.t 
 
Lebai Pondok 
Ayer Hitam 
Kedah
 
» Reply to this comment...
» See all 9 replie(s)

Posted by fluppy02, on 21-11-2009 06:41, IP 203.82.79.109, Guest
11. alahai....
UZAR setuju tak bahawa skrg ni, ada golongan tertentu spt suka menangguk air yg keruh...Skrg ni zaman fitnah..Apapaun sy sependapat dengan pandangan UZAR. Cuma apabila sesuatu isu spt ingin dipolitikkan susahla mcm ni.... rakyat yg mudah terkeliru...Diharapkan UZAR terus berdakwah & tamat pengajian dengan jayanya, InsyaAllah....Amin...
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Fadzil, on 20-11-2009 23:55, IP 219.95.29.237, Guest
12. Tahniah Tuan Guru...!
KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. 
 
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'. 
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. 
 
***Majoriti media massa Malaysia tak siarkan benda ni, malah seperti tak berbangga...... 
 
Rujuk: http://www.harakahdaily.net/ v2/index.php? option=com_content&view=article&id=23332:nik-aziz-disenarai-50-tokoh-berpengaruh-di-dunia-islam-2009&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125
 
» Reply to this comment...
» See all 4 replie(s)

Posted by ade, on 20-11-2009 23:11, IP 118.101.232.68, Guest
13. RM2 Utk Tok Guru Ke Mekkah!!!
kupasan yg membuka semua mata... 
 
itu hanya syor penulis dan sahabat2 pengomen...tapi kupasan ini menunjukkan ada ruang utk TGNA menerima hadiah haji tersebut... 
 
Menolak fitnah jahat kepada beliau... 
 
WA
 
» Reply to this comment...

Posted by nadzri, on 20-11-2009 10:50, IP 58.26.5.10, Guest
14. kupasan menarik oleh adnan ibrahim
klik disini
 
» Reply to this comment...

Posted by sarjantulang, on 20-11-2009 10:03, IP 115.132.184.81, Guest
15. komen gambar ni...
salam UZAR.... 
 
harap ustaz dapat komen dan beri pandangan tentang gambar ini: 
 
http://img149.imageshack.us/ img149/3188/ 409740900290ae4716cdb.jpg 
 
gambar ni diambil di borneo(tidak pasti samada sabah atau sarawak... 
 
hari memperingati pejuang2 borneo dahulu.... 
 
walaupun kelihatan spt tidak worship bnde tu, tp saya agak terkilan aktiviti spt ini masih berlaku....sedangkan meletak kalungan bunga di tugu negara pun dah ada fatwa..... 
 
tq uzar 
 
sarjantulang
 
» Reply to this comment...

Posted by sofian, on 19-11-2009 15:20, IP 60.54.161.241, Guest
16. serupa ke?
bagaimana kalau seorang guru yang menerima hadiah dari muridnya cth baju kemeja.  
mungkin next time guru itu akan memberikan markah yg lebih tinggi kepada pljr itu scr  
tanpa disedari kerana terpengaruh dgn hadiah terutamanya dlm penilaian yg subjektif cth markah membuat presentation.  
adakah situasi ini sama spt dlm hadis Ibn Lutbiah td? bgmn kalau pemberian hadiah itu  
tdk menjejaskan penilaian guru itu, camne pulak. jd guru boleh terima hadiah dr murid?
 
» Reply to this comment...

Posted by gurl, on 19-11-2009 13:44, IP 60.52.200.50, Guest
17. sokong
salam..saya mmg stuju Tuan Guru xjadi pergi, maybe dia da smyang istiqarah & Allah bg petunjuk jgn pergi mungkin sebab dlm duit nak pegi tu xjelas halal haramnyer.. wallahua'lam..
 
» Reply to this comment...

Posted by wat, on 19-11-2009 13:12, IP 202.151.224.162, Guest
18. HAJ
Satu kupasan yg sgt meyakinkan lagi pd keyakinan yg dah ada. 
Perlu di kongsi juga untuk yg tidak mengetahui.Saya difahamkan org yg menaja itu bukan org lain dng TGNA beliau sudah macam keluarga dgn sejak TGNA belum menjadi MB, pangilan dia pd TGNA ialah Ayah Zid,selalu menjadi drebar TGNA untuk kehulu kehilir. 
Boleh baca blog penarik beca dia kenal rapat dng the so call penaja
 
» Reply to this comment...

Posted by poorguy, on 19-11-2009 09:10, IP 203.109.53.140, Guest
19. tok guruku
salam semua, 
kepada wassini, saya setuju dgn pendapat anda, tetapi saya kenal sgt tok guru dari dulu org nya sangat lurus, lurus dgn hukum syarak, lurus berkata kata, tiada sorok2, mungkin disebabkan syarak tidak menghalang menantu dari memegang jawatan, maka beliau dgn lururs dan bersangka baik pd semua org membenarka menantunya memegang jawatan penting selagi menantunya 'behave appropriately'. tapi bila kita perhatikan sekarang, banyak isu timbul, tok guru dgn tidak teragak agak membatalkan haji dan saya dengar beliau telah menggesa menantunya letak jawatan, ini bukti tok guru org yg ikhlas, biasalah beliau pun boleh terlepas pandang tentang potensi fitnah bila pegang jwatan mb ni, beliau pun manusia biasa yg doing always the best untuk islam kadang2 tersilap langkah. tapi jika kita lihat track record dia memang bersih, kalau dia nk hidup senang dah lama boleh. wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by taufik, on 19-11-2009 09:00, IP 161.142.24.130, Guest
20. Tajaan Haji dan pergi Haji
As Salaamu`alaikum, terima kasih atas penerangan ustadz, saya harap penaja untuk pergi haji ini sewajarnya menaja orang yang belum pernah pergi haji atau umrah sahaja dan juga penerima pula sewajarnya bukan dari kalangan orang yg berkemampuan dan berjawatan seperti anggota pihak berkuasa sesuatu organisasi/kerajaan. Orang yang dah pergi haji 1 kali perlu beri peluang kepada orang lain yg belum menunaikan haji kerana jika kita pergi haji setiap kali musim haji maka kita telah menafikan satu peluang kepada orang lain yg mungkin lebih layak menunaikan haji. Wallahu`a`lam, wassalaam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Wassini, on 18-11-2009 22:48, IP 118.101.21.90, Guest
21. Seandainya saya jadi TGNA
Assalamualaikum wbt... 
 
Seandainya saya menjadi TGNA; 
 
1) Saya TAKKAN BERSETUJU sama kali suku-sakat saya memegang jawatan tertinggi di dalam pentadbiran yang saya sendiri ada memegang jawatan tertinggi di dalamnya. Kalo dia dilantik tanpa pengetahuan saya maka saya akan bagi dia pilihan samada dia meletak jawatan atau saya yang terpaksa meletak jawatan. SEKALI pun Islam tidak menghalang perlantikan itu di atas dasar kelayakkannya. TUJUAN saya adalah untuk mengelakkan FITNAH dan tidak mahu memberi ruang kepada musuh untuk dijadikan modal ceramah. Dan yang kedua katalah Najib lantik anaknya menjadi pengerusi sesebuah organisasi terpenting... bagaimana kita nak mengatakan Najib itu melakukan kronisme sebab kalo kita kata Najib kronisme maka puak2 di sebelah sana akan membalas dengan mengatakan TGNA pun kronisme juga. 
 
2)Bila lantik suku-sakat apabila mahu membuat apa2 ianya menjadi sukar. Misalnya kalo suku-sakat saya buat keputusan A maka pegawai2nya tidak akan takut untuk tidak bersetuju kerana kedudukkan rapatnya dengan saya. Atau bila nak buat derma/merasmikan/ceramah kerajaan maka orang kata "dia nak bodek mertua dialah tu...". 
 
Pendek kata... Biar menantu saya jadi TUKANG SAPU sekolah daripada hidup dia dan saya dicaci orang. Banyak lagi kerja lain yang boleh dipegangnya tanpa melibatkan mertua kerana sijil yang ada padanya. 
 
Wallahualam....
 
» Reply to this comment...
» See all 3 replie(s)

Posted by Abd Jabbar, on 18-11-2009 12:11, IP 202.86.248.231, Guest
22. Keutamaan Haji
Salam Ustaz, 
 
Saya ada bebrapa soalan yg saya terfikir baru2 ni setelah membaca artikel berkenaan ibadah Haji: 
 
1. Apa hukumnya bagi kita untuk memberi komitmen ke atas ibadah Haji contohnya mampu menyimpan RM200 sebulan, selepas 5 tahun kita ada RM12,000. Oleh itu sebenarnya kita mampu pergi Haji dlm masa 5 tahun yg akan datang. Biasanya orang akan kata bila pencen baru nak pergi Haji bila dapat duit KWSP. (itu pun kalau panjang umur)  
-Bagaimana pula orang yang mampu simpan contoh RM200 diatas tetapi meletakkan duit itu dlm pelaburan lain dengan niat utk mendapatkan keuntungan sebagai pelaburan semata-mata. 
-Dan bagaimana pula orang yg ada kemampuan contoh RM200 diatas tetapi membelanjakan atas perkara yg kurang baik atau tujuan lain seperti duit rokok, makan luar & pergi melancong.  
 
2. Saya telah pergi umrah seorang diri sebelum berkahwin. Kini saya ada duit lebihan (utk 2 orang)yg saya kira boleh digunakan untuk ibadah Haji. Apakah keutamaan & patutkah saya guna untuk: 
- saya sendiri pergi Haji saya bersama isteri atau 
- Guna untuk ibu bapa saya pergi umrah (mereka telah pergi Haji agak awal tahun 1987 kini merindui untuk buat Umrah) 
- Atau guna untuk mertua saya yang belum pergi Haji 
 
Harap Ustaz dapat membantu.
 
» Reply to this comment...

Posted by helmi, on 18-11-2009 09:42, IP 60.51.70.113, Guest
23. salam
saya setuju dgn pandangan uzar. dlm hal ni byk fitnah akan terjadi walau apa pun niat kita. jd memang wajar tok guru menolaknya sebelum fitnah merebak ngan teruk.
 
» Reply to this comment...

Posted by nordin, on 17-11-2009 20:17, IP 60.50.172.206, Guest
24. ALHAMDULILLAH...
Alhamdulillah.. 
terima kasih kepada UZAR kerana mengungkai kekeliruan berkenaan isu rasuah dan hadiah Haji kepada Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat.. 
 
..p/s.. heran.. kenapa malam ni web Dr Maza (http://drmaza.com/) tak dapat diakses...???
 
» Reply to this comment...

Posted by ADAM AMIN, on 17-11-2009 19:10, IP 115.135.24.13, Guest
25. CAKAP, JANGAN CAKAP SEBARANG CAKAP ?
:)  
TERIMA KASIH. 
ARTIKEL YANG MENARIK. 
 
RASUAH,MANUSIA YANG CIPTAKAN. 
 
JADI,JANGAN CAKAP SEBARANG CAKAP. 
 
MAKA MASYARAKAT PUN PENING DENGAN ISTILAH RASUAH, HADIAH, PEMBERIAN UNTUK MEMBANTU SIMISKIN DAN LAIN-LAIN LAGI ISTILAH. 
 
JADI ORANG POLITIK, JANGAN SUKA BERMAIN POLITIK, TIKAK KIRA GOLONGAN AGAMAWAN, ILMUAN, KESARJANAAN ATAU KETAKSUBAN . INI AKAN MENYEBABKAN MASYARAKAT TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN. 
 
sekadar pandangan 
 
ADAM AMIN 
Kg Jerlun 
Kedah
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by 2012, on 17-11-2009 17:14, IP 119.160.153.34, Guest
26. setuju
Alhamdulillah,kita mesti mengelak agar fitnah dan bersangka buruk dari di jemput dalam kehidupan kita seharian.
 
» Reply to this comment...

Posted by Tasnim, on 17-11-2009 16:51, IP 60.51.4.229, Guest
27. tajaan haji
salam, terima kasih dan tahniah atas tulisan UZAR yg sentiasa dinanti, moga dapat panduan dan teladan kita semua atas kemuskilan dan kekeliruan semasa.
 
» Reply to this comment...

Posted by wikmal, on 17-11-2009 16:47, IP 203.82.91.104, Guest
28. Panduan buat semua
Salam.. 
Seperti biasa, kupasan ustaz terhadap sesuatu isu tidak menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya perkara asas isu tersebut yang dikupas dengan baik. Penulisan yg penuh dgn ilmu dan boleh dijadikan panduan oleh semua.. Di Doakan semoga lebih ramai cendikiawan Islam mampu memberi pandangan bersertakan dalil berpandukan Al Quran dan Hadith seperti ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ashraf, on 17-11-2009 13:57, IP 202.170.60.252, Guest
29. Setuju
Saya setuju dengan kenyataan ustaz ini, dalam kes ini kita perlu melihat kepada kepentingan umum, walaupun saya orang kelantan dan menyokong tok guru, namun, tidak smestinya saya setuju dengan tindakan beliau mengambil tajaan, kerana fitnah yang boleh tercipta
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullahbukhari, on 17-11-2009 11:52, IP 210.48.222.5, Guest
30. tajaan haji tok guru
Assalamualaykum syeikhuna,ana setuju sgt agar tok guru tolak untuk tahun ini atau tahun2 mendatang. Dalam kes ini, ruang tohmahan amat luas terbuka krn penaja adalah pemilik syarikat yg dapat tender papan billboard seluruh kelantan,satu billboard dianggarkan RM 25k,satu kelantan berapa? Dan tender ni mampu dilulus olh siapa lagi? Walaupun sipenaja ikhlas utk treat tok guru yg dianggap sbg gurunya,tetap dipandang serong olh yg lain. Peristiwa ini sedikit sebanyak sudah mencalar imej bersih tok guru. Kadang kala dalam dunia politik yg nampak ikhlas sebenarnya tidak dan yang menunjukka sebenarnya ikhlas..susah nak diukur dan terlalu subjektif, ikut apa yg nabi kata : tinggalkan apa yang meragukan kepada yang tidak meragukan..(Sahih al-Bukhari-Bab Tafsir al-Musyabbahat). Kita doakan agar tok guru terselamat drpd fitnah politik tanahair yang semakin menjadi2 sekarang ni
 
» Reply to this comment...

Posted by keliru, on 17-11-2009 11:50, IP 161.139.147.17, Guest
31. Samakah
SAlam uzar, 
 
Terima kasih atas artikel uzar. saya ada satu soalan. Adakah sama kalau saya memberikan hadiah kepada guru saya kerana sebelum ini dia pernah mengajar saya. Saya memberi guru saya hadiah atas kapasiti dia adalah guru saya. DAn hadiah saya itu atas dasar penghargaan saya atas ilmu yang dicurahkan.. thanks uzar.
 
» Reply to this comment...

Posted by Senja_nan_Sepi, on 17-11-2009 10:42, IP 202.60.56.221, Guest
32. Berkelana Mencari BaituLlah
Salam ustaz. 
Cantik kupasan ustaz.. Satu pandangan yang menjelaskan kekaburan. Jarang ada ilmuan ingin menyentuh hal berkaitan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini. Tokoh ilmuan di zaman fitnah ini. Saya sentiasa mencari hikmah di balik setiap tindakan Tuan Guru,kerana Tuan Guru banyak menggunakan ilmu Balaghah dalam menyatakan setiap jawapan mahupun tindakan. Biah(suasana) di Kelantan banyak mengajar saya berfikir, melihat dan mentafsir alunan percakapan tokoh-tokoh ilmuan. Yang jelas, masakan 19 tahun memerintah Kelantan, baru sekarang Tuan Guru berkehendakan tajaan, rasuah dan wang tersepak. Jom kita pakat-pakat fikir. Yang terbaik itu adalah kita menilai dengan Quran dan Sunnah. Ambil kata-kata UZAR "Perlu disedari juga, pandangan dan jawapan kepada soalan di atas bukan sahaja terpakai kepada Menteri Besar Kelantan ketika ini, namun bagi semua penjawat awam, swasta dan ahli politik dari mana-mana jua parti politik." Jom kita pakat-pakat fikir. Bukankah kita ni boleh berfikir....
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Roba, on 17-11-2009 10:33, IP 60.49.29.50, Guest
33. TGNA dan Haji
Alhamdulillah satu ulasan dan pandangan yang bagus dan berhati-hati. Boleh diterima pakai oleh kebanyakkan org.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom