Rasulullah
Sallallahu alayhi wa alihi wassalam meninggalkan
untuk kita, kalam Allah yang berupa mukjizat serta sunnah yang jelas. Dengannya
kita mampu memandu diri dan manusia untuk mengendalikan kehidupan menurut gaya
dan matlamat yang diredhai Allah.
Kedua-duanya
jika dijadikan panduan dan pedoman sepanjang kehidupan, nescaya hilang kesedihan
dan ketakutan. Keduanya bakal menjauh kerana kecintaan kepada Allah dan
RasulNya. Dunia dan isinya tidak lagi mampu mendapat tempat untuk perasaan itu.
Tatkala itu, hidup dipenuhi rahmat Allah dan ketenangan hakiki.
MASALAH DAN KESENANGAN
Segala
masalah duniawi bakal terasa begitu kerdil, masalah berkaitan dunia yang sering
menekan jiwa pasti mampu diselesai. Namun kekuatan tidak akan mendatang tanpa
latihan dan kesukaran memperolehinya. Namun hasilnya adalah satu hati yang dilindungi
oleh ketaqwaan dan keimanan yang tulus. Sukar diganggu sugat oleh dunia yang sementara.
Segala
jenis kesusahan di dunia akan jelas terlihat sebagai ujian penghampir diri
kepada Allah, lalu ia sabar.
Kesenangan
duniawi pula diyakini sebagai sebuah dugaan, penguji tahap sedar dan peka keimanan
seseorang terhadap tanggungjawab selaku hamba Allah dan umat Muhammad s.a.w,
lalu ia bersyukur dan menunaikan hak yang sewajarnya.
KELEMAHAN KAMI
Ya
Rasulullah, kami bersaksi, sesungguhnya kamu telah menyampaikan risalah yang
dipertanggungjawabkan ke atasmu oleh Allah ta'ala.
Kini
giliran kami menanggungnya dan mengamalkannya, sebagai bukti kami umatmu dan
hamba Allah yang tulen serta taat.
Namun
akibat semua tidak mampu dicapai dek pancaindera fizikal, terlalu banyak culas
dan lemahnya kami. Dosa kerap menjelma dalam kehidupan, hingga laranganmu kerap
dilanggari, walau dalam sedar ia sebuah dosa. Anjuranmu pula selalu gagal
dipenuhi, sedang kami bercita-cita menjadi insan yang paling hampir denganmu di
akhirat kelak. Layakkah kami?
Ya
Allah, jangan biarkan dosa yang kami lakukan, tidak lagi terasa gentar dengan
azabmu, jangan dihilangkan rasa kesal dari jiwa kami, hingga tiada lagi debaran iman dijiwa
dan hati kami.
Kami
berusaha mengiringi segala kesilapan dengan taubat, istighfar dan gunungan
harapan agar Allah menerima taubat hambaNya yang lemah seperti kami, serentak
itu, kami juga berharap dirimu Ya Rasulullah, masih sudi menerima kami sebagai
umatmu, yang layak untuk tergolong dalam bilangan mereka yang terpilih bagi menerima
syafaat dan doamu di akhirat kelak.
Kami
yakin dan sedar, sebuah pengharapan tanpa usaha tidak ubah seperti berdoa perolehan
rezeki tanpa bekerja. Lalu ia hanya sebuah tawakal dan doa yang palsu.
SEMPENA INGATAN KEPADAMU
Justeru,
kami akan terus memasang azam agar di ketika ramai manusia cuba menyambut dan
mengenang tarikh kelahiranmu, kami pohonkan doa kepada Tuhan yang maha esa dan
berkuasa, Ya Allah, agar kami insan lemah ini, diberi kekuatan jiwa dan hati untuk
mendokong risalah perjuangan Nabimu.Teringat kami terhadap panggilanmu terhadap umatmu..umatku, umatku, umatku semasa dikau berada dalam kegeringan. Kini terpulang kepada kami untuk membuktikan panggilan belasmu itu disahut.
Akan
kami gali dengan lebih mendalam segala khazanah peninggalannmu YaRasulullah, insan terpilih. Moga dengannya
kami tahu dan mengerti keutamaan dalam melakar destinasi kehidupan, akhirnya
memampukan kami terpilih sebagai insan terpilih untuk memperolehi redha Allah yang
amat unggul dan syafaatmu yang khusus bagi mereka yang TERPILIH.
Akan
kami berusaha bagi mempersembahkan ratusan malah ribuan bukti bahawa kami
adalah Hamba Allah yang bersyukur dan umatmu yang patuh lagi taat, mengerti, memahami
tujuan serta matlamat kehidupan kami yang singkat ini.
Kami
sedar, mereka yang gagal pasti sangat ramai, yang berjaya juga masih ramai.
Masing-masing
berlumba bagi mendapat tempat di sisimu. Justeru, kami akan terus ‘berlari' untuk
mengejar sebuah kebaikan yang diiringi rasa ikhlas dan tulus. Moga dengannya,
kami terpilih untuk bersamamu.
Selawat
dan salam buat Nabi Muhammad Bin Abdullah Sallallahu
alayhi wa alihi wassalam. Sesungguhnya setiap selawat yang dipanjatkan
buat Rasulullah, akan dibalas olehnya sebanyak sepuluh kali ganda.Moga kita semua mampu berpuasa sunat di hari kelahirannya juga.
The Chosen One
By : Maher Zain
In a time of darkness
and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live محمد يا رسول الله
You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah Chosen One محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One
Posted by NORGAYAH BINTI MOHAMMAD, on 24-03-2010 23:06, IP 124.13.176.165, Guest
1. mohon izin..
mintak izin dari ust utk copy beberapa keratan ayat ust dari mane2 artikel utk dikongsi dgn anak2 murid saya dan tatapan ramai sbg sinambungan dakwah...
Posted by namarahsia, on 08-03-2010 12:27, IP 210.187.56.131, Guest
2. air mata
semalam dimasjid kg. saya adakan sambutan maulidur rasul. majlis diadakan ceramah dan diselangkan dgn nasyid hadrah. semasa hadrah dimainkan (selawat badar) terasa sedih sehingga keluar air mata. Saya nak bertanya Utz kenapa sampai boleh menangis sedangkan saya tak faham pun maksudnya, ataupun kerana alunan hadrah yang begitu menyentuh jiwa. Adakah ia satu kebaikan ataupun sebaliknya. Tolong komen sikit
Posted by Amran, on 03-03-2010 17:45, IP 121.121.5.39, Guest
4. MLM
Sekarang telah mula merebak satu lagi MLM iaitu 'scoreA.com'. Produk dia ialah jual software / program utk pelajar dan ibubapa. Dgn rendah hati saya minta agar ustaz komen pasal ni. Wassalam.
Posted by aishah, on 27-02-2010 03:14, IP 120.140.43.248, Guest
6. aku sedih..
salam..
sy selalu saja bertemu dgn kebtulan2 begini..baru saja sy tersedu2 mengenangkan wafatnya RAsulullah saw pd hari ni..hari ni sy x da mood hantar salam maulidurrasul..terasa sgt kasihsyang Nabi saw yg mulia yg tidak pun sepadan dgn balasan cinta sy kpd baginda yg mulia..kenapa selama ini x sy sedari cinta Rasulullah saw yg suci sudah terukir di hati baginda semenjak sy belum lahir ke dunia..?bgmna sy boleh gembira hari ini..t skh UZAR igtkan utk puasa setiap Isnin sempena mengingati hari kelahiran baginda spt yg Rasulullah saw sendiri anjurkan..terima kasih Allah menjadikan aku umat Islam umat Muhammad saw..tika tiada siapa menyatakan cinta kasih kpd ku setiap saat hembusan kasihmu ya Rasulullah saw dlm selawat kpdmu menenangkan ku..
Posted by zul hilmi, on 27-02-2010 01:00, IP 203.82.80.106, Guest
7. suka
assalamualaikum ustaz..
firstly, alhamdulillah sebab jumpa jugak website ilmiah sebegini.sebelum saya selalu baca artikel2 dari iluvislam.tapi banyak pendapat2 yang diberikan tidak memuaskan hati saya. setelah membaca artikel bertajuk "Blog Isteri Saya & Nasihat Buat Pemilik Blog serta Forum",saya baru sedar bahawa ilmu yang kita dapat dari forum2 atau dengan membaca tidak selalunya sahih.kita perlulah berguru dengan yg lebih tua atau yang berilmu pengetahuan tinggi.
insyaallah,saya akan selalu mengikuti perkembangan website ustaz dan isteri.ia banyak membantu saya dengan berdakwah kepada rakan2 saya.
Disini juga saya ingin meminta kebenaran untuk memetik coretan2 ustaz untuk dimuatkan didalam blog saya,http://
longlivezz.blogspot.com/.
semoga dapat membantu dalam memperjuangkan agama tercinta,Islam... komentar2 ustaz untuk blog saya amat dialu-alukan..
Posted by Muhammad Yap, on 26-02-2010 22:32, IP 118.101.108.186, Guest
8. Terima kasih,ustaz..
assalamu'alaikum...
artikel yg tepat masanya utk diri hamba Allah yg sedang dlm kesedihan,kekecewaan dan kerunsingan.. Insya Allah,byk membantu saya ni utk lebih mengenali hakikat duniawi dan mana keutamaan yg harus ku letakkan..
ustaz,boleh tak Muhammad Yap minta tolong ustaz tak? harap ini bukan permintaan yg berat lah.. yap nak minta ustaz tolong do'akan ibu bapa saya dan kakak saya serta 1 keluarga kami agar mereka masuk Islam dan mati dalam keadaan Islam..
yap akhiri dengan banyak2 terima kasih..
Semoga Allah membalas kebaikan ustaz dan 1 keluarga ustaz.. amin..
Posted by zaidi, on 26-02-2010 02:32, IP 180.73.39.221, Guest
10. en
kata mereka, ilmu dan amal hanya perkara yg disuruh buat oleh Allah dan rasul sebaik yg terdaya.. sedang dosa dan pahala serta balasan syurga hanya semata2 rahmat Allah.