Kerjaya Rasuah, Kontrak dan Dharurat

Rasuah, Kontrak dan Dharurat

  • PDF
(5 votes, average 4.20 out of 5)

Assalamualaikum....
> > Saya ada satu kemuskilan yang perlu dijelaskan.
> >
> > Saya adalah kakitangan awam yang bekerja di sebuah institusi.
Tugas
> > hakiki saya adalah sebagai seorang pensyarah. Disamping itu saya
> > juga ditugaskan sebagai ketua bengkel (bukan tugas hakiki, tetapi
> > tugas membantu ketua jabatan didalam soal perolehan bengkel)di
> > insitusi tersebut.Satu hari saya didatangi seorang kawan lama
yang
> > merupakan seorang pembekal didalam soal pembekalan barangan..
Ianya
> > mempunyai syarikat sendiri dan mampu membekalkan apa-apa barangan
> > jika saya ingin membelinya.Pada suatu ketika bengkel saya ingin
> > membeli barang tertentu, dan dia mengetahuinya,lalu datang
berjumpa
> > saya. Saya menanyalah jika syarikatnya boleh membekalkan barang
yang
> > hendak saya beli itu,katanya syarikatnya mampu membekalkan kepada
> > saya sekiranya syarikatnya berjaya, dan dia memohon supaya saya
> > menolongnya mendapatkan pembekalan tersebut dan bersetuju memberi
> > sedikit imbuhan setelah semua peringkat selesai hingga ke proses
> > pembayaran oleh insitusi tersebut. Oleh kerana syarikatnya
mengikuti
> > segala aspek barangan yang dikehendaki,mengikut apa yang
dikehendaki
> > oleh bengkel,tidak ada keraguan dr segi barang yang ditawarkan,
maka
> > saya telah mengambil syarikatnya supaya membekalkan kepada
bengkel
> > saya.
> >
> > Selepas beberapa minggu dia datang dan ucapkan terima kasih
kerana
> > membeli dr syarikatnya dan mengotakan janjinya.Katanya dia ikhlas
> > menolong saya, kerana saya telah membeli dr syarikatnya.
> >
> > Jadi adakah imbuhan yang saya terima itu dianggap rasuah,
sedangkan
> > tugas yang saya buat itu bukan digajikan untuk proses pembelian
> > barang, tetapi tugas hakiki adalah pensyarah.Tolonglah saya.
> > Terima KAsih.

Jawapan Ringkas Ust Zaharuddin Abd Rahman ( ini jawapan lanjutan kedua, sila baca jawapan pertama di bawah sekali)

wa'alaikumussalam

Ye benar, ia tidak boleh dianggap dharurat. Malah jika kita meneruskan demikian maka kita dikira bersyubahat bagi memakmurkan lagi amalan haram rasuah ini. Adapun berkenaan, ungkapan "tiada business yang boleh didapati tanpa rasuah" yang sering digunakan oleh usahawan zaman ini...maka saya nasihatkan agar membaca erti firman Allah ini..

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang musyrik itu najis (kerana mempersekutukan Allah) , maka janganlah benarkan mereka memasuki masjid al-aharam sesudah tahun ini (iaitu tahun 9 hijrah). Dan jika kamu khuwatir menjadi miskin (kerana larangan ini akan menyebabkan hilangnya punca perniagaan bagi orang Islam di Mekah), maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu dari KurniaNya, jika dia mengkehendaki. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi bijaksana" (At-Tawbah : 28)

Lihatlah, bagaimana Allah menginginkan umat Islam berpegang dengan arahan dan prinsip walaupun dari sudut zahirnya kelihatan akan membawa kerugian (atau tak dapat kontrak), Allah menguji keiman umat Islam terhadap keyakinan mereka bahawa pemberi rezseki adalah Allah selagi kamu bertaqwa .. Sebuah ayat lagi menyebut :-

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya... ( At-Talaq : 2-3)

Jelas, kuatkan iman dan banyakkan tawakkal, saya pernah bertugas di Ingress Corporation berhad. Syarikat ini begitu teguh mengelak dari rasuah (setakat pengetahuan saya), hinggakan banyak kali mereka gagal mendapat kontrak yang biasanya diperolehi oleh syarikat Cina yang menawarkan rasuah, tetapi berkat kesabaran dan berpegang dengan prinsip Islam ini, mereka akhirnya berjaya menembusi pasaran Thailand dan Indonesia, malah keuntungan berlipat kali ganda pula selepas itu. Itulah fakta yang berlaku depan mata saya yang cukup menarik.

Bagaimanapun perlu saya ingatkan terdapat sedikit kelonggaran yang diberi oleh Islam dalam hal rasuah seperti berikut :-

Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi mengatakan, terdapat beberapa pengecualian seperti "Barangsiapa yang kehilangan haknya, namun tidak mungkin mendapatkannya kembali kecuali dengan jalan menyogok, atau akan berlaku kezaliman ke atasnya kecuali terpaksa memberi suapan wang, walaupun demikian, adalah lebih utama untuknya bersabar, jika tiada pilihan kecuali dengan menyogok wang, ketika itu yang berdosa adalah penerima sogokkan sahaja" (Naylul Awtar, 8/622 ; Al-Halal Wal Haram Fil Islam, hlm 301) Keadaan di atas berdasarkan hadith Riwayat Abu Ya'la dan Ahmad.

Sekadar itu dahulu

Ust Zaharuddin Abd Rahman

11 Sept 2006

Mohd Masri Mohd Ramli <muslimz87@yahoo.com> wrote:

wslm wbt

wallahu'alam..sblm ustaz zaharuddin menjwb, saya merasakan ia
bukanlah satu kes yang darurat. Bahkan berdosa yg mengamalkannya,
termasuklah dlm mereka yg terliabt dgn rasuah. Rasuah2 yg besar
bermula dgn yang kecil. Hatta yg disaman polis pun akan menggunakan
alasan darurat utk menyogok polis dgn alasan bayaran saman terlalu
mahal. Hatta businessman2 pun akan menggunakan alasan yg sama dgn
alasan utk maintain business mrk.

Maka pada pandangan saya, ia bukanlah darurat bahkan membuka pintu
kpd maksiat2 yg lbih besar.

wslm wbt

--- In
zaharuddin@yahoogroups.com, "abuamirul haziq"
<abuamirulhaziq@...> wrote:
>
> ustaz,
> bagaimana pula jika kes tender, kita tahu adalah menjadi satu
tradisi
> sogokan diberikan kpd
> pihak tertentu. Contohnya, kalau tak dibagi masuk 10 tender pun
memang tak
> sangkut manakala
> kita berniaga dan perlukan income utk hidup. Adakah itu termasuk
dalam
> darurat yg dibenarkan?
>
>
>
> On 9/7/06, zaharuddin arahman <zaharuddin@...> wrote:
> >
> > wa'alaikumussalam
,
> >
> > jwpn atau pandangan ringkas saya.
> >
> > Ia dikira sbg salah satu jenis rasuah kerana komsiyen itu telah
> > mempengrahui keputusan anda utk mengambil kontraknya, sedangkan
mungkin ada
> > peniaga lain yang lebih layak. Ikhlas yang dikatakan oleh
peniaga itu tiada
> > sebarang nilai , ia hanyalah topeng untuk menhilangkan rasa
berdosa dalam
> > membuat dosa. macam artis menyebut syukur dan alhamdulillah dan
ikhlas
> > bernyanyi untuk rakyat malaysia. ia tetap haram.
> >
> > Tetapai jika tiada sbrg arrangement awal utk beri komisyen, lalu
anda
> > memilihnya adalah berdasarkan merit.,..kemudian hasil terima
kasihnya, ia
> > beri some komsieyn pada anda...tatkala itu, hasil komisyen itu
menjadi
> > syubhah sahja. lebih elok di berikan kpd bengkel datau
institusi. kerana
> > upah atau komsiyen itu diberikan kerana kita bekerja di situ,
jika tidak,
> > mesti tiada sapa yang ingin beri kita komsiyen itu.
> >
> > Ia adalah tugasan hakiki anda skrg kerana anda telah di tugaskan
utk buat
> > kerja itu oleh institusi, maka anda perlulah melakukan pemilihan
secara
> > kolektif bagi mengelak unsur rasuah dan godaannya menyerang.
> >
> > untuk tamhaban penerangan, sila baca jwpn saya dalam majalah i
yang lepas,
> > di laman
> >
> >
http://www.zaharuddin.com/artikel_soal_jawab_6.htm
> >
> > sekian
> >
> > sila lawat www.zaharuddin.com
> > dan join Yahoogroup :
http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/
 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #24 Hukum Pembayaran PenaltiHamba Allah 2012-03-23 08:38
Assalamualaikum Tuan,

Saya bekerja disalah sebuah syarikat swasta.
Baru-baru ini saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana menyambung pelajaran.
Mengikut etika kerja disana saya perlu memberi 3bulan notis berhenti kerja atau dikenakan penalti 3 bulan gaji (jika notis tidak mencukupi).
Adakah berdosa sekiranya saya tidak membayar penalti tersebut? Atau ini hanyalah hukum dunia.
Quote
0 #23 Bayaran PenaltiHamba Allah 2012-03-23 08:05
Assalamualaikum ustaz..
Saya bekerja disalah sebuah syarikat swasta.
Baru-baru ini saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana menyambung pelajaran.
Mengikut etika kerja disana saya perlu memberi 3bulan notis berhenti kerja atau dikenakan penalti 3 bulan gaji (jika notis tidak mencukupi).Adakah berdosa sekiranya saya tidak membayar penalti tersebut?
Quote
0 #22 rasuahfzalinst 2012-02-03 14:47
saya bekerja sbg technician .contract..

saya telah meminta rakan saya rekemant bekerja sbg technician kontrak di sebuah syarikat.kontract selama satu tahun sahaja..rakan saya telah menolong saya membawa cv saya kepada syarikat itu dan saya telah di temuduga dan telah di pilih bekerja,

persoalannya,ra kan saya meminta imbuhan selepas mengetahui saya lulus temuduga dan akan di ambil bekerja di situ.

ketika ini saya telah menggangur selama 2 bulan kerana kerja yg lama sudah habis kontract dan mencari kerja kontract yang baru

adakan saya di kira rasuah jika memberi kpd rakan saya sperti apa yg di minta?
Quote
0 #21 menjual training programfytria 2012-02-03 12:59
Assalamualaikum ustaz.. Ni ringkasan tugassan sy di sebuah company yg menyediakan training program utk company lain.
1. call operator company. Cth: petronas. swaktu bhubung dengan operator, kami perlu mengambil info ttg sapa HoD, (bgantung dgn training yg dijual, cth:audit trng, HoD Audit), pangkat beliau, PA serta direct line. dekat operator kami tak boleh bagitau tujuan sebenar call, dan nama company dan nama kami pun x boleh. slalunya kami akan bgtahu jemputan dr hotel atau survey.
2. lepas tu, call PA, dekat Pa pun x boleh bgtau nature of call, nama sebenar dan nama company. selalunya kitorg bagitau cth: aduit issue.tu je. kalau PA tu nak tau jugak, kami kena cakap, I'm more comfortable tot alk to HoD.
3. kalau dah sampai HoD tu, baru boleh bagitau nature of call, tp nama company dan nama kami x boleh bgtau. kdg2 tu kna tokok tambah ckit yg x bkaitan dgn program, klau girl plak, salunya guna taktik suara manja utk pancing client laki.
tu secara ringkas la ustaz.
Quote
0 #20 Kerja Ini Halal @ Haram?Muhammad 2012-01-24 00:11
1. Apakah status pekerjaan Saiful, Halal@Haram?

2. Jika Haram, bagaimana utk bertaubat? Perlu ke Saiful utk berhenti kerja (Syarat taubat nasuha-suci dr kesalahan).

"Aisyah, kakak kepada Saiful telah meminta Datuk Abu untuk menolong Saiful mendapatkan sebuah pekerjaan tertentu. Setelah Saiful berjaya ditawarkan pekerjaan tersebut, Aisyah berjumpa Datuk Abu untuk mengucapkan terima kaish sambil memberikan sebungkus tomyam & kalender secara ikhlas tanpa ada permintaan & perjanjian.

Namun, Datuk Abu menyatakan bahawa telefon anaknya rosak, yang membawa maksud bahawa Datuk Abu inginkan sebuah telefon bimbit daripada Aisyah tanpa menyatakan atas tujuan apa permintaan itu dibuat.

Jesteru, sebuah telefon bimbit diberikan kepada Datuk Abu, kerana takut akan menjejaskan tawaran perkerjaan tersebut. Namun, Saiful tetap yakin bahawa Datuk Abu tidak dapat memanupulasi sistem pengambilan perkerjaan tersebut"
Quote
0 #19 HADIAH LIMAU MANDARINnorm 2012-01-11 15:26
Assalamualikum Ustaz,

Ingin bertanya pada ustaz,setelah bertahun-tahun kerja dan setiap tahun pada tahun baru cina,syarikat yang saya bekerja pasti memberikan limau mandarin kepada pegawai-pegawai bank.Tergerak dihati saya adakah ini rasuah kerana kononnya ingin menjaga hubungan antara syarikat dan pegawai2 bank tersebut.

Harap ustaz boleh membantu....
Quote
0 #18 ANTARA DUNIA DAN AKHIRATMOHD. HAIRILNIZWAR 2011-09-12 10:27
Assalamualaikum Ustaz,

Mohon pendapat Ustaz. Saya ditawarkan bekerja sebagai Safety and Health Officer (SHO) di syarikat pembinaan, majikan adalah kenalan rapat yang selalu bertemu di surau dan minum sekali. Setelah ditawarkan pekerjaan, beliau menceritakan antaranya:
1. Segala tender yang diperolehi adalah dengan cara memberi sejumlah wang bawah meja (yg saya fikir adalah rasuah).
2. Saya dikehendaki tidak membuat sebarang laporan kemalangan, andaikata berlaku sesuatu kemalangan di tapak projek. Walhal itu menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang SHO berlandaskan undang2 yg sedia ada.
3. Akhirnya setelah bermuhasabah diri, sy dgn rela hati meletakkan jawatan walaupun telah ditawarkan hampir RM 6,000 seterusnya pd hari pertama sy melapor dgn memberi alasan selain drpd masalah diatas utk menjaga hati majikan dan tiada kekuatan diri utk menceritakan hal yg sebenar.
4. Adakah tepat tindakan saya ini Ustaz?
Quote
0 #17 referral feeprinsip 2011-05-02 19:41
Assalamualaikum ustaz,

saya nak tanya jika pegawai bank menawarkan kerja2 urusan dokumentasi jual beli dan pinjaman mengikut projek kepada saya selaku peguam dan bersetuju utk bagi saya kerja2 tu dgn syarat saya memberi 30% daripada yuran guaman sebagai referral fee..adakah ianya rasuah? saya rasa rasuah...kalau tak bagi x dapat kerja...saya check dgn ramai kwn2 peguam..rata2 kata ianya adalah common practise..
Quote
0 #16 Antara rasuah, hadiah dan penghargaanSiti 2010-11-13 16:19
Assalamualaikum ...

Suami sy seorang kakitangan awam. Tugas dia berkaitan kelulusan
pelan. Suami sy seorang yg mesra pelanggan n komited dlm kerja. Customer slalunya senang hati dgn khidmat beliau n sering
bg duit/ belanja makan/cenderahati. Tetapi semua pemberian itu tidak mempengaruhi lulus or reject sesuatu
pelan. Dia ttp ikut prosedur yg sepatutnya..adakah dikira rasuah? Dan bagaimana dengan hadiah perkahwinan? duit
raye? hadiah sempena dpt cahaya mata dr customer? adakah rasuah? Bagaimana jika suami sy berkawan dgn customer2 dan kwn2 dia
belanja mkn/ bg duit/ hadiah?? adakah rasuah? apakah perbezaan
hadiah dan rasuah dlm konteks hubungan antara customer sbg kwn dan
customer tp bkn kwn...Dan bagaimana pula dgn konsep sponsor drp
customer samaada utk individu atau utk semua kakitangan?? Terima
kasih..
Quote
0 #15 Belanja makanKhafiz 2010-05-12 06:41
Assalamualaikum ustaz,
disini ingin saye mengemukakan sdikit kemusykilan,dih arap ustaz dpt memberi sedikit ulasan dan perjelasan.
-apekah hukumnya kontraktor membelanja makan,sedangkan kita tau bahawa,skiranya kontraktor memberi sesuatu kpada kite ia dianggap umpama rasuah. terima kasih,

wassalam
Quote
0 #14 ganjaran hadiahfiza 2010-03-28 19:59
Assalamualaikum ustaz

Saya nak tanya,pekerjaan saya meluluskan projek dan permohonan.saya menolak bila diberi duit selepas lawatan tapak dibuat. tetapi kadang2 ada yg memberi duit kerana tak sempat nak belanja minum.ada yang memberi kerana telah lulus sebagai hadiah penghargaan dan kesudian saya membuat lawatan tapak.Boleh ustaz beri pandangan berkaitan hal ini kerana saya runsing dengan keadaan sekarang. Terima kasih. wassalam
Quote
0 #13 Menuntut Hak Melalui "kickback"Haprak 2010-03-22 11:12
Saya terdesak untuk membuat apa yang dipanggil "kickback" semasa dalam transaksi jualan syarikat dengan memberi "discount" lebihan supaya ia dapat diberikan balik kepada saya sebagai komisyen tanpa pengetahuan majikan. Saya berbuat demikian kerana majikan saya yang sudah beberapa kali tidak mahu membayar komisyen jualan dengan menggunakan alasan2 yang berpihak kepada mereka. Saya yakin akn hak saya akan tetapi, sebagai pekerja, sebarang tuntutan atau "complaints" akan membawa kepada "being blacklisted", "not in good the good books", kemungkinan dibuang kerja dll. Saya hanya mahu menuntut komisyen hak saya.
Quote
0 #12 hukum terlibat dengan tempat hiburanhamba Allah 2010-03-11 22:36
salam ustaz,sy ingin bertanya..apakah hukum sekiranya kita terlibat dalam pembinaan tempat hiburan..contohnya menyediakan rekabentuk sesebuah pusat hiburan?sedangkan seperti yang kita sedia maklum,tempat2 sebegitu sememengnya akan ada maksiat n kemungkinan minuman haram..
Quote
0 #11 BANTU CONTRACTOR ISI TENDERMATNAKTAHU 2010-02-23 19:31
ASSALAMULAIKUM USTAZ..

SAYA BERKERJA DI SEBUAH SYARIKAT SWASTA..
BOLEH KE SAYA MEMBANTU CONTRACTOR MENGISI TENDER YANG DITAWARKAN DISYARIKAT SAYA BEKERJA DAN MELENGKAPKAN SEGALA DOKUMEN BAGI TUJUAN AGAR TENDER TERSEBUT DIPILIH...SAYA MENGISI TENDER TERSEBUT DENGAN PENGIRAAN SENDIRI..KEMUDIAN SAYA DIBERI UPAH BERDASARKAN KERJA YANG SAYA BUAT ITU..HARAM ATAU HALAL DUIT ITU..WASSALAM
Quote
0 #10 komisyen sebagai broker hartanah & pasirnizam 2009-12-27 02:31
salam ustaz,
ape hukumnye kalo sy perolehi komisyen drpd urusan jualbeli tanah???
kerja sy ialah menemukan pemilik dan pembeli..

lg1, sy sedang uruskan bekalan pasir ke satu projek di sepang..
perlukah sy periksa sama ada pembekal pasir ni mempunyai semua dokumen yg sah utk supply pasir??
ape hukumnye jika saya tau n xtau perkara tersebut??
mohon pendapat ustaz kerana meeting akan diadakan pd mgu depan..

tq ustaz..

UZAR : kerjaya sbgi broker yang menemukan dua pihak, adalah halal dan pendapatan komisyennya juga halal selagi mana semuanya jelas, dan tiada unsur rasuah serta projek juga halal.
Quote
0 #9 Rasuah atau Belanja?Dzul 2009-08-18 18:44
Salam Ustaz,
saya sedang berpraktikal di sebuah sykt developer (civil engineering). Secara ringkas, sykt saya telah memberikan kontrak yang banyak kepada sebuah sykt kontrator A (saya tidak tahu samada ianya secara rasuah atau tidak).

Oleh demikian, Sykt A tersebut mengadakan jamuan utk meraikan kontrak2 tersebut dan mengajak rakan sekerja dan saya untuk hadir. Sykt A adalah sykt Cina. Adakah boleh untuk saya hadir? atau ia dikira sebagai rasuah?

insan kepeningan, harap ust respon dalam masa terdekat

UZAR : syubhat di zaman moden, nak kata rasuah pun macam rasuah, nak kata tidak pun macam rasuah.
Quote
0 #8 g-mie 2008-10-07 08:41
Assalamualikum Ustaz

Perihal Saya
============
-Saya berkerja sendiri (berniaga).
-Saya adalah software developer.
-Umur perniagaaan 2 tahun.

Soalan
======
1. Perihal Rasuah
-Saya telah berjaya mendapat kontrak untuk bina software untuk satu jabatan kerajaan. Saya memperolehinya tanpa sebarang unsur rasuah. Pembinaannya sudah hampir SIAP.
-Saya telah berniat dalam hati saya, saya ingin MEMBERI sedikit wang kepada pegawai incharge jabatan terbabit yang membantu saya dalam pembinaan software ini. Ini kerana saya berpuas hati akan bantuan beliau kepada saya. Beliau tetap membantu saya walaupun pada weekand. Beliau BUKAN pegawai yang meluluskan kontrak ini. Beliau hanya person incharge akan pembinaan software ini sahaja.
-Adakah PEMBERIAN saya ini dianggap RASUAH sedangkan saya iklas sebagai tanda terima kasih kepada beliau dan saya TELAH pun memperolehi kontrak ini?

2. Hukum Wang Upah
Sekiranya kawan saya memperplehi projek untuk membina software secara RASUAH dan projek tersebut diberikan kepada saya, apakah wang UPAH yang saya terima dari kawan saya tersebut adalah HARAM?

3. Derhaka Kepada Ibu
-Ibu saya lebih berminat agar saya kerja makan gaji terutamanya kerja kerajaan. Ini kerana ibu saya menganggap kerja makan gaji lebih selamat. Dan berniaga mempunyai risiko kegagalan yang tinggi. Ibu saya takut saya gagal.
-Saya juga belum dapat menunjukkan hasil perniaggan dan bukti kepada ibu saya lagi kerana baru berniaga 2 tahun.
-Adalah saya dianggap ANAK DERHAKA kerana meneruskan perniaggan saya ini?


Mohon pendapat ustaz

Terima kasih

Wassalam

UZAR : 1) Tidak harus diberikan, kerana pegawai tersebut sudah ada gaji. Sdr hanya pelru membuat satu surat penghargaan dan hantar kepada boss dia..inshaallah mudah dia untuk naik gaji. Dan jangan beritahu dia apa2 berkenaan hal tersebut.

2) Jika sdr tahu dia dapat melalui rasuah, maka hal menjadi syubhah dan hampir kpd haram. Jika sdr tidak tahu, ia kekal harus dan halal.

Sumber hukumnya, seperti sdr sudah tahu ada penjual menjual jam curi, apakah hukum membeli darinya?..hukumnya haram kerana ia akan menggalakkan lagi industri curi.

3) Jika ibu kecil hati dan kecewa, ia boleh menjadikan sdr anak derhaka, namun ia boleh dielakkan dengan sdr memberi penjelasan dan meyakinan ibu serta mendpaatkan restunya. INshaAllah baik dan diberkati
Quote
+1 #7 suhaimi 2008-09-04 01:32
salam ya ustaz...apakah hukum kerja di syarikat insurans kurnia(kurnia insurance)?

UZAR : INSURAN KONVENSIONAL ADLAH HARAM..HUKUM KERJA DI SANA PULA TELAH SAYA TULISKAN DI BAHAGIAN 'KERJAYA' DI WEB INI..SILA RUJUK
Quote
0 #6 fobia kontrak 2008-04-10 08:13
situasi kerja saya memantau dan meluluskan kerja2 pembinaan
selepas kerja selesai dan telah lulus serah kerja saya diberi duit oleh kontraktor terbabit. saya menolak tetapi kontraktor tetap ingin memberi duit itu.. katanya cuma beri hadiah kepada saya..
Quote
0 #5 shahril 2008-03-28 03:50
USTAZ, LINK www.zaharuddin.com/.../
tak boleh masuk la.boleh tak copykan artikel and diletakkan dalam ni?

uzar : tukar yang dot com kepada dot net
Quote
0 #4 solat 2008-03-19 19:15
saya balik kerja pukul 5.30 ptg dan sampai rumah pukul 9.10mlm.Saya balik menaiki kenderaan awam.Soalan saya ialah dalam keadaan sebergini bolehkan diadakan kelonggaran agar saya men jammak takhir solat saya.Bagaiman melakukannya?
zulbah_ri@yahoo .com.my
Quote
0 #3 Unit Trust Consultant 2008-01-20 19:28
Salam. Ustaz.

Saya ada kemusykilan, kurang jelas... adakah hukumnya memberi rasuah, jika saya menawarkan promosi kepada klien saya iaitu pulangan cash RM100 bagi stiap pelaburan RM10k dengan pelaburan minimum RM100k?
hmmmm...

komen uzar : itu bukan rasuah tapi ia adalah riba
Quote
+1 #2 wan tanah merah 2007-09-24 16:23
Ada yang mengatakan bahawa pendapatan negara yang terbesar adalah daripada cukai arak dan judi.

Daripada hasil inilah kakitangan kerajaan di bayar gajinya. Oleh itu apakah hukum orang yang makan gaji tersebut.

ADMIN : SILA CARI DALAM WEB NI TAJUK "HUKUM KERJA KERAJAAN" GUNAKAN SEARCH
Quote
0 #1 kb 2007-09-24 16:22
Ada yang mengatakan melabur dalam ASB adalah haram kerana pelaburannya bercampur dengan perkara-perkara haram.

Jadi sekiranya benar dakwaan ini, kemanakah dividen atau bonus yang diambil itu hendak di manfaatkan.

ADMIN : SILA CARI DALAM WEB NI ARTIKEL TAJUK, CARA MELUPUS WANG HARAM. SEKIAN
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 97 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kerjaya Rasuah, Kontrak dan Dharurat