Kerjaya Lagi Berkenaan Kakitangan Awam & Cukai Halal Haram

Lagi Berkenaan Kakitangan Awam & Cukai Halal Haram

  • PDF
(4 votes, average 4.75 out of 5)

Kakitangan Awam & Cukai Halal Haram

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

tax.jpg

 

Soalan

Berdasarkan apa yang ustaz tulis sebelum ini, apa yang saya faham tanggungjawab pengutipan cukai tersebut adalah daripada pemerintah. jika pemerintah mencampuradukkan wang kutipan halal haram tersebut, dosa tersebut ditanggung oleh mereka sendiri,walaupun kutipan cukai yang paling banyak boleh dikatakan datang daripada Genting group.  
 
Kakitangan kerajaan pula selagi mana melakukan kerja secara halal, selagi itu wang tersebut halal, walaupun dari segi peratusan kutipan cukai haram melebihi yang halal. begitu ker ustaz? Saya muskil dari segi peratusan, jika peratusan yang haram melebihi daripada yang halal (memandangkan syarikat besar banyak milik Cina). Adakah hukumnya sama? 

Jawapan

Jawapan saya sebelum ini yang dirujuk oleh penyoal, sila buka di sini .

Benar, selagi mana terdapat peratusan halal, selagi itu kakitangan awam tidak perlu bimbang berkenaan pendapatan gajinya selama mana kakitangan tadi tidak bertugas membantu yang haram atau memperolehi pendapatan dari jalan haram seperti rasuah, hadiah yang berkait dengan jawatannya dan sebagainya.  
 
Mungkin ada yang akan menyoal, bagaimana jika gaji keseluruhan kakitangan mengambil 30 % dari hasil kerajaan, dan cukai daripada sumber halal adalah hanya mencecah 10 % dari keseluruhan cukai.  
 
Itu soalan yang relevan, pertamanya saya tidak mempunyai statistic ini untuk memmastikan sama ada andaian itu betul atau salah, keduanya jika benar skealipun andaian peratusan kumpulan wang cukai tadi, pendapatan kerajaan tidak terhad kepada cukai sahaja, malah terdapat banyak bentuk pendapatan kerajaan yang lain. Sekali lagi pasti timbul, semua pendapatan lain turut datang dari sumber bercampur. Maka jika itu berlaku, kakitangan awam dan orang awam tidaklah dituntut untuk mengkajinya dengan terperinci kecuali jika dimaklumkan sendiri oleh kerajaan secara terbuka. Selagi ia bukan informasi yang terbuka dan mampu diperolehi, tatkala itu, hukum harus gaji kakitangan awam adalah kekal.   
 
Mungkin akan pula yang berkata

"tidak dapat diketahui kakitangan mana yang akan dapat bahagian halal terlebih dahulu, dari pendapatan kerajaan tadi, Justeru bagaimana dengan kakitangan yang terpaksa menerima bahagian dari yang haram ?".

Isu ini juga tidak timbul kerana sekali lagi ia tergolong dalam tanggjungjawab pembuat dasar dan diluar kemampuan orang biasa untuk memperolehi maklumat serta ia juga tidak dituntut ke atas kakitangan awam untuk mengkajinya. Selain itu, ia turut boleh dianggap tergolong dalam kategori 'umum al-balwa' yang merupakan salah satu cabang rukhsah atau keringan atau kesalahan dimaafkan menurut Islam akibat ketidakmampuan untuk elak dan dijaga dalam keadaan biasa.

Antara definisi Umum al-Balwa adalah :

شمول وقوع الحادثة ـ مع تعليق التكليف بها ـ بحيث يعسر احتراز المكلفين أو استغناؤهم عن العمل بها الا بمشقة زائدة تقتضي التيسير والتخفيف.. أو يحتاج جميع المكلفين ـ أو كثرتهم ـ إلي معرفة حكمها

Ertinya : Menyeluruhnya berlaku sesuatu perkara yang terlalu amat sukar bagi seorang mukallaf mengelakkan diri dari melakukannya, atau ia berhadapan dengan kesukaran tambahan yang menuntut keringanan, atau terlalu sukar untuk orang ramai mengetahui hukumnya secara tepat.

Konsep ini sebenarnya duduk di bawah kaedah Umum Fiqh iaitu

المشقة تجلب التيسير

Ertinya : Kesukaran yang bersangatan boleh membawa kepada keringan (dalam hukum)

Namun Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi mengatakan dengan jelas bahawa kaedah ini tidak terpakai dalam perkara harian yang telah putus hukumannya dengan jelas ( Qat'ie) seperti zina, rompak, rasuah, riba, bunuh, homoseksual, liwat dan banyak lagi.

Imam al-Ghazzali berkata :-

أن يكون الاحتراز أو الاستغناء عنها فيه مشقه وصعوبة نظرا لاشتباهه بغيره من الحلال والمباح واختلاطه به وامتزاجه معه بحيث يصعب الانفكاك منه كما هو ظاهر في بعض صور النجاسات والمستقذرات واختلاط الأموال

Ertinya : iaitu apabila untuk menjaga dan mengelak diir darinya menjadi terlalu sukar, disebabkan kekeliruan dan percampurannya antara halal dan haram, sehingga terlalu sukar diasingkan sebagaimana yang berlaku dalam beberapa bentuk percampuran najis, kotoran dan juga percampuran dalam harta (antara halal dan haram)

Antara bentuk lain dalam kes ini adalah :-

      1)      Tawaf di bahagian atas masjidil haram

      2)      Menggunakan jadual waktu solat bagi menentukan masuk dan habis waktu.

      3)      Menggunakan kompas bagi mencari arah ka'abah.

      4)      Menonton televisyen.

      5)      Wanita bekerja dan terlibat dalam nafkah keluarga.

      6)      Mencukur janggut dan jambang.

Dan lain-lain lagi. Namun demikian, penggunaan kaedah Umum al-Balwa diikat dengan pelbagai syarat dan di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk saya jelaskannya dengan terperinci.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

14 Feb 2009

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #11 Tanah Cerobohsemail 2012-05-02 10:24
assalamualaikum ustaz.
mohon maaf terlebih dahulu sebab menggunakan ruangan ini untuk bertanya.

adakah boleh menceroboh/ menggunakan tanah yang terbiar dan mengusahakannya lalu mendapat hasil dari usaha tersebut? mohon penjelasan.
Quote
+2 #10 Bekerja di Firma AuditAini 2010-10-19 23:58
Assalamualaikum ustaz..
Saya ingin bertanya, apakah hukumnya bekerja di firma audit?Biasanya di firma audit akan menyediakan perakaunan,peng auditan dan percukaian. Apakah hukumnya membuat akaun untuk sesebuah syarikat dan kemudiannya akan membuat pindaan semata-mata untuk mengurangkan cukai untuk syarikat tersebut?Adakah ia dibolehkan didalam hukum hakam islam?
Mohon diberi penjelasan..Terima kasih
Quote
+1 #9 jurujual rokokmazlan 2010-08-27 09:07
setahu sy ada mngatakn rokok adalah haram,jadi adakah pndaptn sy pun haram..
Quote
+2 #8 guru atau doktorfadzli 2010-05-28 01:52
assalamualaikum . .ustaz menurut pndngan ustaz . .yg mna lebih baik .. menjadi seorang guru atau pun menjadi seorang ustaz ..
Quote
+1 #7 doktor gigicik 2009-12-28 20:06
asalamialaikum ustaz..
saya pelajar lepasan spm dan saya berhasrat untuk melanjutkan peljaran dlm bdg pergigian. namun saya khuatir sekiranya saya menjadi doktor gigi dan pesakit saya meminta untuk membuat pembedahan gusi / gigi atau sebagainya dan saya melakukannya. jika dia hendak melakukannya atas niat nak cantik dan saya pula telah membantunya. bukankah itu salah satu perbuatan mengubah ciptaan Allah?dan ianya berdosa besar? apakah saranan ustaz ?
Quote
0 #6 pasal islam bela anjingsalam 2009-04-05 17:53
salam
saudara,mungkin saya ble tolong sket kat sini tapi saudara kene tnya ustaz utk kefahaman yg lanjut la.

saudara boleh baca sket artikel kat blog saya yg saya ada amik dr sorng ustaz ttg ni.sedikit sebanyak ble membantu dlm hal ni la.

shahdreamdesign.blogspot.com/.../...

saya ada baca gak sal blog dia,n yg saya tau dia berpegangan mazhab maliki sdgkan sya (atau mgkin ada juga) mengikut mazhab shafie(and mostly org islam Malaysia adalah mzhb syafie)

sekali lagi,ini hnyalah info yg mgkin anda boleh kongsi bersama,penjele lasan lanjut sila tnya ustaz utk mengelak salah faham.
Quote
+1 #5 Pinjaman TekunMuaz 2009-03-31 20:42
Assalamualaikum ustaz.
saya ada satu pertanyaan, saya igin memulakan perniagaan dengan membuat pinjaman tekun, adakah ianya halal atau tidak?
lagi satu apa lagi alternatif lain untuk saya membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan?
Terima kasih banyak2 ustaz atas kesudian ustaz meluangkan masa menjawab soalan saya ini.
Quote
+1 #4 Hukum Beli Keretapaip_duit 2009-03-04 09:16
Salam Ustaz, boleh berikan pendapat apa hukumnya 1) Seseorang muslim membeli kereta dengan membuat pinjaman Bank? 2) Hukum Duit seseorang muslim menggunakan wang kwsp yang tidak tahu dimana dilaburkan. 3) Hukum seseorang muslim menyimpan duit di bank dibawah skim ASB. 4) Bagaimana pula mengenai pinjaman perumahan perbankan islamik yang mengenakan kadar yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan BLR dalam jangka masa yang panjang, tidakkah ianya membebankan peminjam dan bagaimana pula yang dikatakan cara islam. 4)Bagaimana pula kerajaan meluluskan lesen insuran takaful kepada syarikat konvensional sedangkan ada akad jual beli di jalankan oleh bukan isalam apabila menjual kepada orang islam, Tolong bantu saya mendapatkan maklumat. Terimakasih.
Quote
0 #3 blog pasal anjingrose 2009-02-16 18:17
salam ustaz
maaf sebab ruangan komen ni saya gunakan untuk bertanyakan hal yang lain daripada artikel.
saya baru je menjengah satu blog (kittun.blogspot.com/) dan penemuan itu memeranjatkan saya. Dalam blog itu ditunjukkan ramai orang melayu dan mengaku islam memelihara anjing! malahan pemilik blog tersebut terang-terangan memakai purdah. Di sini saya nak minta pendapat ustaz berkenaan hal ini kerana pemilik blog telah mentafsirkan hadis dan quran yang membenarkan seseorang muslim memiliki anjing. Harap ustaz dapat tolong huraikan
syukran ya ustaz
Quote
0 #2 salamamin 2009-02-16 17:46
boleh tak uztaz komen pasal www.hmeonetwork.com???
Saya sudah berhujah dengan ejennya dengan munggunakan artikel uztaz insurans konvensional, tetapi dana islam.

tetapi diorang cuba berhujah dengan saya dengan menggunakan fatwa gaji seorang pegawai bank.

boleh tak uztaz komen pasal ni kerana ramai orang melayu muslim menyertai skim ini??

Sekian, terima kasih.
kalau uztaz sudi, lawatlah blog saya:
pemudaislah1286.blogspot.com/

Assalamu'alaikum.
Quote
+1 #1 halal dan haramAmin007 2009-02-16 17:42
jadi kalau bab gaji ni terletak pada membuat dasar laa selama mana kakitangan tadi tidak bertugas membantu yang haram atau memperolehi pendapatan dari jalan haram seperti rasuah, hadiah yang berkait dengan jawatannya dan sebagainya.

tapi bab peratusan tu susah nak pastikan sama ada betul ker tak, bukan ker kena tanya kerajaan kalau macam tu.

uztaz cakap "Antara bentuk lain dalam kes ini adalah :-
1) Tawaf di bahagian atas masjidil haram
2) Menggunakan jadual waktu solat bagi menentukan masuk dan habis waktu.
3) Menggunakan kompas bagi mencari arah ka'abah.
4) Menonton televisyen.
5) Wanita bekerja dan terlibat dalam nafkah keluarga.
6) Mencukur janggut dan jambang."

mungkin ustaz ada buku untuk dibuat rujukan bagi bab ni?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 96 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kerjaya Lagi Berkenaan Kakitangan Awam & Cukai Halal Haram