Kewangan Pembiayaan Rumah & Kereta Cara Islam diperlukan Oleh Kakitangan

Pembiayaan Rumah & Kereta Cara Islam diperlukan Oleh Kakitangan

  • PDF
(8 votes, average 4.50 out of 5)

Pembiayaan Rumah & Kereta Cara Islam

Diperlukan Oleh Kakitangan

Oleh

Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Minggu lepas saya telah memperlihatkan bagaimana gagalnya teknik penggabungan jumlah pinjaman pokok dan jumlah riba untuk di'aqadkan di awal transaksi bagi menghalalkannya. Kali ini saya ingin berkongsi idea berkenaan kemudahan pembiayaan perumahan dan kereta yang kerap di berikan oleh majikan untuk kakitangannya.

Sebagai asasnya, perlu saya ingatkan bahawa semua jenis pinjaman kakitangan yang diberi atas nama ‘PINJAMAN' pastinya akan terlibat dengan Riba. Bagi mengelakkan hal ini berlaku, usaha telah dilakukan oleh beberapa syarikat atau Institusi Kewangan Islam untuk menawarkan kemudahan ini kepada kakitangan mereka. Bagaimanapun, sesetengah majikan masih gagal dalam menawarkan kemudahan secara Islam kepada kaitangannya walaupun institusi itu menawarkan produk-produk Islam kepada orang luar. Tidak dinafikan ini adalah satu perkara yang mendukacitakan terutamanya diwaktu wujudnya cara pembiayaan Islam yang boleh menggantikannya dengan berkesan, demikian juga di ketika Malaysia ingin menjadi sebuah Pusat Antarabangsa bagi Kewangan dan Perbankan Islam.

Bagi Institusi Kewangan Islam dan majikan-majikan syarikat yang mengambil berat dengan keperluan kakitangan Islamnya mereka perlulah bertindak dengan tepat. Sebagaimana diketahui, pihak majikan akan memberikan kadar keuntungan khas buat kakitangannya dan sejurus kakitangan itu keluar, tiada lagi hak untuk mendapat kadar istimewa tadi. Sebagai contoh; sebagai kakitangan, anda hanya dikenakan kadar 3 % untuk pembiayaan perumahan dari majikan anda (terutamanya jika majikan adalah sebuah bank), jika anda berhenti berkhidmat, maka kadar maksimum seperti 8 % akan dikenakan kepada anda.

Dalam kaedah pinjaman konvensional, ia memang mudah. Faedah sebanyak 3 % dikenakan sebagai kakitangan, dan kadar 8 % akan bermula sejurus jika berhenti berkhidmat. Bagaimanapun cara ini ditolak oleh Islam kerana kontrak yang digunakan di antara kakitangan dan majikan adalah kontrak pinjaman. Justeru ia akan menjadi pinjaman dengan riba sebagai tambahan.

Sebagai jalan keluar, mana-mana majikan yang ingin menawarkan cara kemudahan Islam buat kakitangannya boleh melakukan kaedah berikut :-

1) Pembiayaan rumah siap - Pihak majikan perlulah membeli rumah tersebut dari pemilik asal dan menyewakan kepada kakitangannya dengan kadar boleh ubah (mestilah disebut di awal-awal kontrak sewaan). Kadar boleh berubah jenis ini HARUS digunakan dalam aqad ‘Ijarah' atau sewaan. Ini bermakna, pihak majikan menyewakan rumah itu kepada kakitangannya dengan kadar 3 % atau (sebagai contoh RM 1200 sebulan) selagi mana ia berkhidmat. Sejurus ia berhenti (jika majikan adalah bank), jumlah sewaan akan dikaji semula mengikut harga pasaran. Cara ini adalah diterima oleh semua cendiakawan Shariah dalam dan luar negara. Adapun, jika majikan bukan sebuah bank dan sukar untuk meneruskan konsep ini selepas kakitangan berhenti, majikan bolehlah mensyaratkan kakitangannya untuk berjanji akan membeli rumah tadi dengan satu harga yang akan ditetapkan sejurus mereka berhenti. Ini bermakna si kakitangan tadi perlulah mencari mana-mana Bank Islam untuk proses ‘Re-Financing' (pembiayaan semula).

2) Pembiayaan rumah dalam pembinaan - Oleh kerana rumah masih belum siap, maka pihak majikan terpaksa melakukan proses membeli rumah dari kakitangannya menggunakan kontrak Parallel Istisna' (kontrak pembuatan selari) iaitu pihak majikan membeli dan mengarah pembuatan rumah kepada kakitangannya, hasilnya pihak majikan perlu membayar kakitanganya harga tempahan pembuatan itu, kemudian, pihak kakitangan pula akan memasuki satu lagi kontrak pembuatan dengan pemaju dan perlu membayar pemaju pula. Selepas aqad ini selesai, pihak majikan terus menyewakan rumah yang bakal siap itu menggunakan konsep ‘Ijarah Mawsufah Fi Az-zimmah' atau ‘advance rental payment'. Apabila rumah siap, maka majikan akan terus menyewakan rumah itu kepada kakitangannya dengan cara yang tersebut sebelum ini. Ika rumah ini terbengkalai, semua jumlah sewaan yang telah dibayar perlu dipulangkan semula.

3) Pembiayaan rumah dan kereta - Jika pihak majikan tidak mahu menghadapi kesukaran dengan pelbagai struktur yang disebut di atas. Majikan boleh memberi kebebasan kepada kakitangan untuk mengambil pembiayaan perumahan dengan mana-mana Institusi kewangan Islam yang ada, dan majikan hanya memperuntukan sejumlah wang setiap bulan kepada kakitangannya (atas asas elaun) mengikut tahap kelayakan kakitangan. Ia hanya akan berjalan selama tempoh kakitangan berkhidmat, apabila berhenti, saluran peruntukan akan ditamatkan. Ia lebih mudah.

4) Pembiayaan rumah dan kereta - Terdapat juga majikan bank yang memberikan pembiayaan kepada kakitangannya menggunakan konsep Bai' Bi Thaman Ajil (BBA), iaitu pihak bank membeli rumah atau kereta itu dari kakitangannya dengan harga contoh RM 200,000 secara tunai tetapi pembayaran akan dibuat terus kepada pemaju dan penjual kereta), kemudian pihak majikan bank tadi menjualkan semula kereta atau rumah tadi kepada kakitangannya dengan harga RM 200,000 campur 8 % keuntungan untuk bayar dalam tempoh 20 tahun, demikian disebut di dalam kontrak. Bagaimanapun sebagai kemudahan kepada kakitangannya, pihak majikan bank ini memberikan ‘rebate' atau diskaun bersyarat. Syaratnya ialah sepanjang berkhidmat dengannya, kakitangan hanya perlu membayar 3 % sahaja (ini bermakna pihak majikan memberi diskaun sebanyak 5 % kepada kakitangan). Sejurus kakitangan itu berhenti atau keluar, kadar 8 % akan berkuatkuasa tanpa diskaun. Konsep ini telah diluluskan oleh beberapa cendiakawan Shariah di Malaysia, bagaimanapun, ia masih baru dan diperdebatkan di kalangan ulama seluruh dunia. Saya cenderung kepada tidak menerima konsep ini kerana dibimbangi melanggari larangan baginda untuk menjauhi membeli seusatu barangan yang mempunyai dua harga berlainan. Wallahu' alam.

5) Pembiayaan rumah siap dan dalam pembinaan - Terdapat juga satu kaedah lagi pembiyaan yangboleh digunakan oleh majikan iaitu menggunakan kaedah Musyarakah Mutanaqasiqah atau ‘Diminshing Musharakah'. Satu konsep yang membolehkan satu rumah dimilki bermasa oleh majikan dan kakitangan berdasarkan bahagian masing-masing, sebagai contoh majikan memilki 90 % , dan kakitangan memiliki 10 %. Dari Secara mudahnya, sepanjang berkhidmat sebagai kakitangan, ia perlu membeli secara berperingkat bahagian yang dimilki oleh majikan dengan (sebagai contoh) harga RM 1000 untuk 5 % bahagian. Tetapi harga ini akan berubah kepada harga yang akan ditetapkan kemudian sejurus kakitangan itu berhenti.

Kesimpulannya, sememangnya banyak cara boleh diaplikasikan oleh majikan untuk meng'islam'kan kemudahan asas ini. Cara termudah adalah yang ketiga. Manakala cara-cara lain memerlukan kesediaan majikan untuk mempelajari bagaimana bentuk aplikasinya dengan lebih baik.

Tidak dinafikan bahawa, kebanyakan syarikat dan organisasi agak kurang berminat untuk menghadapi kesukaran untuk memahami bagaimana cara pembiayaan Islam dilakukan. Hal ini adalah amat negatif serta boleh membantutkan perkembangan industri kewangan Islam yang sedang meningkat hari ini. Sewajarnya, seseorang tidak hanya patut berpuas hati dengan sesuatu ‘kebiasaan'nya dan kemampuan ‘terhad'nya, sedangkan sesuatu perubahan itu boleh membawa kepada lebih baik, cuma pastinya memerlukan sedikit tambahan usaha, keberanian dan mungkin juga kos.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 35 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Pembiayaan Rumah & Kereta Cara Islam diperlukan Oleh Kakitangan