Kewangan Kad Diskaun, SMS, Pertandingan & Judi

Kad Diskaun, SMS, Pertandingan & Judi

  • PDF
(15 votes, average 4.80 out of 5)

Kad Diskaun, SMS, Pertandingan & Judi : Penilaian Shariah

Assalamualaikum...

saya inginkan penjelasan tentang fatwa judi sms yang telah diharamkan. Mengapa masih banyak pihak yang meneruskannya malah lebih lebat dari sebelum fatwa itu dikeluarkan? Ada fatwa baru ke yang menghalalkannya smula?

 - Putra Firdaus, K.Terenganu.

Judi Hari Ini Amat Licik, terutama di zaman orang mengejar WANG

Jawapan Soalan

Pertandingan melalui SMS di fatwakan sebagai haram kerana terdapat unsur perjudian dan gharar atau ketidaktentuan (uncertainty) iaitu para peserta bertaruh meletakkan wang masing-masing melalui sms, dengan harapan mencapai kemenangan peraduan tertentu, (saya pohon kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk mencari fatwa-fatwa dari badan fatwa di dalam negara). Ia di kira haram apabila :-

a) Semua peserta dikehendaki membayar wang penyertaan dalam sesuatu pertandingan yang mana semua peserta berserah kepada nasib bagi menentukan kemenangan mereka.

b) Hadiah yang disediakan oleh penganjur disediakan hasil pendapatan dari yuran penyertaan.

Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1) : Bahawa semua permainan dan pertandingan yang HADIAHNYA diambil dari hasil kumpulan wang penyertaan peserta. Hukumnya adalah HARAM HADIAH TERSEBUT. Kerana ia mengandungi unsur Judi.

Menurut keputusan Kesatuan ini juga, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :-


1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan


Sidang Kesatuan Fiqh Sedunia juga menetapkan bahawa dalam pertandingan dalam Promosi Perniagaan pula antaranya :-


1.  Jenis Kad yang menawarkan keistimewaan diskaun harga di tempat-tempat dan perkhidmatan tertentu.

Hukum : Jika kad tersebut mensyaratkan pembayaran yuran tahunan dan bulanan atau apa jua yuran, maka ia adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang ditegah di dalam Islam.

2.     Jenis Kad yg diberi percuma oleh syarikat untuk tujuan promosi barangan mereka tanpa dikenakan bayaran

Hukum : Hadiah yang disediakan adalah HARUS. 

3. Pemberian mata apabila menggunakan sesuatu perkhidmatan seperti Kapal Terbang dan lain-lain, lalu di beri mata tertentu.

Hukum : Mata ini kiranya terkumpul dalam jumlah tertentu akan melayakkan individu tersebut mendapat hadiah tertentu. Ia adalah HARUS .

4.   Membayar harga telefon yang tinggi(lebih dari biasa) kerana ingin memasuki sesuatu pertandingan melalui kaedah telefon

Hukum : Ia adalah HARAM DAN JUDI.

Manakala syarat umum sebarang jenis pertandingan yang dibenarkan syarak adalah :-

1) Pertandingan tanpa melibatkan hadiah adalah dibenarkan dengan syarat tidak terdapat nas syarak yang mengharamkannya.

 

2) Pertandingan dengan menawarkan hadiah adalah Harus jika memenuhi syarat berikut : -

a- Pertandingan itu mestilah mempunyai matlamat, tujuan serta cara pelaksanaan yang tidak berlanggar dengan syarak.

b-   Hadiah mestilah tidak datang dari sumber yuran yang diperolehi dari seluruh perserta.

c-  Mestilah tidak membawa kepada melakukan perkara haram dan meninggalkan yang wajib

  

Demikian tadi petikan daripada keputusan Kesatuan Fiqh Sedunia. Adapun dalam hal peraduan yang mensyaratkan pembayaran melalui telefon untuk menyertai sesuatu pertandingan pula, unsur Gharar dan penipuan telah berlaku antaranya kerana :-

a) Si penelefon tidak pasti berapa jumlah yang akan di bayar kerana biasanya penjawab elektronik akan menjawab terlebih dahulu, ini menyebabkan beberapa minit yang tidak dapat di pastikan menaikkan kos yuran.

b) Si penelefon tidak pasti adakah ia akan berjaya memasuki rancangan itu walaupun telah menelefonnya.

c) Si penelefon akan membayar bil telefon yang lebih daripada biasa kerana penyertaan itu.

Adapun, berkenaan persoalan mengapa pertandingan ini semakin bercambah terutamanya selepas fatwa di keluarkan. Jawapannya kerana :-

a) Tiada proses pendidikan kepada masyarakat tentang perjudian dan akibat buruk yang akan timbul darinya di alam selepas kematian.

b) Fatwa yang dikeluarkan tidak di sebar luaskan kepada pengetahuan masyarakat melalui media massa.

c) Badan tempatan yang mengeluarkan fatwa sudah menurun kredibilitinya pada pandangan masyarakat kerana amat jarang berfungsi membantu mengeluarkan fatwa yang konkrit dan segera.

d) Kelemahan ilmu dan iman umat Islam hari ini sehingga mereka menganggap hukum dalam agama sebagai mainan yang boleh di pandang rendah. Allah berfirman : " Orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai barang sia-sia dan mainan adalah orang yang telah di tipu oleh dunia" (Al-a'raf : )

e) Tiada penguat kuasaan dari sudut undang-undang setempat, serta kepimpinan yang juga tidak serius dalam mengunakan kuasanya untuk membanteras gejala ini.

f) Kecenderungan masyarakat hari ini yang langsung tidak merasa takut dengan ancaman Allah SWT, jangankan fatwa yang dilanggarnya, malah perkara yang terang-terang dosa besar pun mereka lakukannya dengan penuh enak sekali seperti minum arak, zina, sumbang mahram, makan riba, rasuah, membuka aurat dan lain-lain. Maka jika demikian, perkara fatwa seumpama ini terlebih lagi dipandang amat enteng.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

25 jan 07

www.zaharuddin.net



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 4 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Kad Diskaun, SMS, Pertandingan & Judi