Kewangan Gejala Rasuah : Bentuk, Kesan & Statistik Malaysia

Gejala Rasuah : Bentuk, Kesan & Statistik Malaysia

  • PDF
(61 votes, average 4.57 out of 5)

Gejala Rasuah : Bentuk, Kesan

& Statistik Malaysia

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Rasuah Menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.

Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Takrif Rasuah dan Sogokan

1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

 

3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

 

4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

 

5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

 

6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

 

7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;

Jenis Kesalahan Rasuah

Berikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-

Meminta/Menerima Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu

Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

(Rujukan)

Bagi sesiapa yang bekerja di sektor perniagaan dan politik  terutamanya, saya kira tidak sukar untuk menemui atau mendapati salah satu antara empat kategori tadi berlaku.

Ingatlah sekali lagi beberapa penekanan Islam berikut :-

1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-Bukhari & Muslim )

3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.

Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:

"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].

4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah  jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram.

Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir.

Ta'zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan. (http://www.mykhilafah.com/)

Isu Melapor Bagi Yang Mengetahui

Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan turut mendapat dosa hasil menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan gejala ini berterusan di sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam, syarikat, organisasi dan Negara. Akhirnay, semuanya akan terkesan dan merudum jatuh.

Malangnya, saya pasti senarai sebab-sebab berikut merupakan antara halangan utama seseorang yang mengetahui atau punyai maklumat dari melaporkannya :-

1) Tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam usaha membanteras rasuah.  

2) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan kenalan rapat.

Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut berdosa kerana bersubahat.

3) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang la, asalkan tidak libat aku, sudah'.

Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.

4) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di sini.

Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan. Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati' dari iman.

5) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin selamat.

Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam diri.

6) Kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil tindakan.

Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada mereka. Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan pembuktian tahap kesungguhan mereka.

7) Takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable', jawatan tinggi , hebat dan besar.

Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai keadaan ini.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!"

Kesan Buruk Dari Rasuah

Rasuah adalah haram di dalam Islam disebabkan kesan yang dibawanya ke dalam sesebuah masyarakat dan Negara. Saya tidak berhasrat untuk menghurai panjang dalam bab ini, cukuplah dinyatakan isi utama yang sempat difikirkan. Sebagai huraian ringkas ia seperti berikut :-

1) Jalan Mudah ke Neraka. Bagi Muslim khususnya, rasuah mencerahkan peluang seseorang untuk ke Neraka.

2) Menghancurkan keadilan dalam masyarakat. Tiada lagi jaminan penjagaan harta, maruah, nyawa dan diri seseorang. Semuanya boleh dibeli.

3) Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan skill. Jumlah masyarkat yang cekap , mahir dalam tugasan dan ilmu akan berkurangan kerana ‘skill' dan ilmu kemahiran semakin tiada erti lagi, yang lebih beerti adalah siapa lebih cekap menyogok.

4) Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Masing-masing memikirkan diri mereka semata-semata tanpa memikirkan kesan buruk terhadap mangsa bagi jangka pendek dan Negara bagi jangka panjang.

5) Menghasilkan hasil kerja yang buruk. merbahayakan keselamatan dan keharmonian. Kontrak kerja yang diberi secara rasuah kepada pengusaha yang bukan kerana merit tetapi kerana sogok, mendedahkan bahaya kepada orang ramai disebabakn kerjanya tidak berkualiti.

6) Kos pengurusan akan meningkat. Semua syarikat pengusaha baru terutamanya semakin sukar berkembang akibat kos meningkat kerana peruntukan kos rasuah diperlukan.

7) Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembap. Pengurusan sengaja melengahkan kerja kerana menunggu rasuah tertinggi. Pertambahan proses birokrasi juga boleh menambah kelembapan, kerana mungkin semua tahap pegawai inginkan rasuah terlebih dahulu sebelum memproses permohonan dan lain-lain.

8) Muncul si jahat yang bertambah jahat. Kaki makan rasuah menikmati hasil rasuah dan memberikan kelaurga makan harta rasuah. Justeru, Seluruh keluarganya bakal menjadi kaki rasuah di setiap sector selepas ini. Maka bertambah si jahat dan yang telah jahat akan semakin bertamabh jahat. Firman Allah s.w.t :-

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً

Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya " ( Al-Baqarah : 10 )

Maka sesiapa yang membiarkan perutnya dan keluarganya diisi dengan hasil rasuah Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur.

9) Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang. Kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin. Yang miskin sukar memperbaiki dirinya kerana tidak punayi ‘cable' yang baik, wang yang tidak mencukupi.

Fakta Kajian

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).

Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)].

Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).

Piawaian Rasuah di Malaysia

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004.

Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu 180, berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada lingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.

Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara mereka berada di tangga 30.  Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik di dunia.!

Rujuk senarai keputusan negara-negara seperti berikut :-

( Ia menggunakan skala 1- 10, dengan 0 menunjukkan tahap rasuah yang dicatat dan dikenalpasti adalah paling tinggi dan 10 menunjukkan tahap terendah.)

Global Corruption Perception Index 2007  

Country RankCountry2007 CPI ScoreSurveys UsedStandard DeviationHigh-Low Range
1Denmark9.460.38.9 - 9.8
1Finland9.460.39.1 - 9.8
1New Zealand9.460.48.9 - 9.8
4Singapore9.390.48.4 - 9.7
4Sweden9.360.29.0 - 9.5
6Iceland9.261.07.1 - 9.8
7Netherlands9.060.38.7 - 9.5
7Switzerland9.060.38.5 - 9.5
9Canada8.760.77.6 - 9.5
9Norway8.760.97.1 - 9.5
11Australia8.680.87.2 - 9.5
12Luxembourg8.450.77.1 - 8.9
12United Kingdom8.460.87.1 - 9.5
14Hong Kong8.381.06.3 - 9.1
15Austria8.160.97.1 - 9.1
16Germany7.860.97.1 - 9.2
17Ireland7.560.47.1 - 7.9
17Japan7.580.86.3 - 9.0
19France7.360.86.3 - 8.6
20USA7.281.05.1 - 8.6
21Belgium7.160.17.0 - 7.2
22Chile7.070.75.6 - 7.7
23Barbados6.940.36.4 - 7.1
24Saint Lucia6.830.66.1 - 7.1
25Spain6.760.65.6 - 7.1
25Uruguay6.750.46.2 - 7.1
27Slovenia6.680.75.1 - 7.6
28Estonia6.580.85.2 - 7.6
28Portugal6.561.15.1 - 7.6
30Israel6.160.95.2 - 7.6
30Saint Vincent and the Grenadines6.131.84.0 - 7.1
32Qatar6.040.75.2 - 6.6
33Malta5.840.65.2 - 6.6
34Macao5.741.24.3 - 6.8
34Taiwan5.790.74.9 - 6.7
34United Arab Emirates5.751.33.9 - 7.1
37Dominica5.631.54.0 - 7.1
38Botswana5.471.14.3 - 7.1
39Cyprus5.330.35.1 - 5.6
39Hungary5.380.54.2 - 5.8
41Czech Republic5.280.84.2 - 7.1
41Italy5.260.84.3 - 6.3
43Malaysia5.191.13.4 - 6.8
43South Africa5.190.64.4 - 6.2
43South Korea5.190.73.8 - 6.1
46Bahrain5.051.13.5 - 6.3
46Bhutan5.051.23.7 - 6.6
46Costa Rica5.050.54.3 - 5.6
49Cape Verde4.931.43.4 - 6.1
49Slovakia4.980.63.9 - 5.6
51Latvia4.860.63.8 - 5.3
51Lithuania4.870.83.9 - 6.2
53Jordan4.771.52.9 - 6.3
53Mauritius4.761.23.7 - 7.1
53Oman4.741.03.5 - 5.8
56Greece4.660.53.8 - 5.2
57Namibia4.571.13.4 - 6.2
57Samoa4.531.53.4 - 6.2
57Seychelles4.541.92.4 - 7.1
60Kuwait4.351.32.5 - 5.6
61Cuba4.240.83.2 - 5.2
61Poland4.281.22.7 - 5.6
61Tunisia4.261.12.4 - 5.3
64Bulgaria4.181.12.7 - 5.8
64Croatia4.180.83.2 - 5.2
64Turkey4.170.63.4 - 5.2
67El Salvador4.051.02.7 - 4.9
68Colombia3.870.82.7 - 5.2
69Ghana3.770.33.4 - 4.3
69Romania3.780.72.8 - 4.9
71Senegal3.670.82.6 - 5.2
72Brazil3.570.72.9 - 4.9
72China3.591.12.5 - 6.2
72India3.5100.42.7 - 4.3
72Mexico3.570.43.2 - 4.5
72Morocco3.571.02.5 - 5.2
72Peru3.550.23.4 - 3.8
72Suriname3.540.62.8 - 4.3
79Georgia3.461.12.7 - 5.6
79Grenada3.431.32.0 - 4.3
79Saudi Arabia3.440.72.5 - 4.3
79Serbia 3.460.82.7 - 4.9
79Trinidad and Tobago3.440.82.5 - 4.3
84Bosnia and Herzegovina3.370.62.6 - 4.3
84Gabon3.350.42.7 - 3.7
84Jamaica3.350.22.9 - 3.5
84Kiribati3.331.02.4 - 4.3
84Lesotho3.360.32.8 - 3.7
84Macedonia3.360.72.7 - 4.5
84Maldives3.341.42.2 - 5.2
84Montenegro3.341.02.0 - 4.3
84Swaziland3.351.12.4 - 5.2
84Thailand3.390.72.4 - 4.5
94Madagascar3.271.12.0 - 4.9
94Panama3.250.42.5 - 3.4
94Sri Lanka3.270.52.5 - 3.9
94Tanzania3.280.42.4 - 3.7
98Vanuatu3.131.12.4 - 4.3
99Algeria3.060.42.4 - 3.4
99Armenia3.070.32.7 - 3.7
99Belize3.031.12.0 - 4.2
99Dominican Republic3.050.32.7 - 3.4
99Lebanon3.041.01.9 - 4.2
99Mongolia3.060.62.2 - 3.7
105Albania2.960.42.2 - 3.4
105Argentina2.970.62.0 - 3.5
105Bolivia2.960.42.5 - 3.4
105Burkina Faso2.970.72.4 - 4.3
105Djibouti2.930.82.2 - 3.7
105Egypt2.970.62.0 - 3.8
111Eritrea2.851.01.7 - 4.3
111Guatemala2.850.62.0 - 3.5
111Moldova2.870.72.0 - 4.3
111Mozambique2.880.52.1 - 3.7
111Rwanda2.850.72.0 - 3.7
111Solomon Islands2.830.52.4 - 3.4
111Uganda2.880.52.1 - 3.5
118Benin2.770.72.0 - 3.9
118Malawi2.780.52.0 - 3.4
118Mali2.780.52.0 - 3.4
118Sao Tome and Principe2.730.42.4 - 3.2
118Ukraine2.770.42.0 - 3.2
123Comoros2.630.62.2 - 3.4
123Guyana2.640.22.2 - 2.7
123Mauritania2.661.01.7 - 4.3
123Nicaragua2.660.32.0 - 2.9
123Niger2.670.51.9 - 3.4
123Timor-Leste2.630.12.5 - 2.7
123Viet Nam2.690.51.9 - 3.5
123Zambia2.680.61.5 - 3.4
131Burundi2.570.91.3 - 3.7
131Honduras2.560.32.0 - 2.7
131Iran2.540.62.0 - 3.4
131Libya2.540.32.0 - 2.7
131Nepal2.570.32.0 - 2.9
131Philippines2.590.51.9 - 3.4
131Yemen2.550.62.0 - 3.4
138Cameroon2.480.51.9 - 3.4
138Ethiopia2.480.61.7 - 3.4
138Pakistan2.470.61.3 - 3.4
138Paraguay2.450.42.0 - 2.9
138Syria2.440.91.4 - 3.4
143Gambia2.360.51.8 - 3.2
143Indonesia2.3110.31.7 - 2.7
143Russia2.380.41.9 - 3.2
143Togo2.350.71.8 - 3.4
147Angola2.270.51.3 - 2.7
147Guinea-Bissau2.230.22.0 - 2.4
147Nigeria2.280.41.9 - 2.9
150Azerbaijan2.180.41.3 - 2.5
150Belarus2.150.71.3 - 3.2
150Congo, Republic2.160.21.9 - 2.4
150Côte d´Ivoire2.160.71.6 - 3.4
150Ecuador2.150.31.9 - 2.5
150Kazakhstan2.160.61.3 - 3.0
150Kenya2.180.41.4 - 2.6
150Kyrgyzstan2.170.21.9 - 2.4
150Liberia2.140.51.7 - 2.9
150Sierra Leone2.150.22.0 - 2.4
150Tajikistan2.180.41.5 - 2.7
150Zimbabwe2.180.51.5 - 3.1
162Bangladesh2.070.41.5 - 2.7
162Cambodia2.070.31.6 - 2.4
162Central African Republic2.050.31.7 - 2.5
162Papua New Guinea2.060.51.3 - 2.6
162Turkmenistan2.050.41.7 - 2.7
162Venezuela2.070.21.9 - 2.3
168Congo, Democratic Republic1.960.31.6 - 2.4
168Equatorial Guinea1.940.11.7 - 2.0
168Guinea1.961.01.0 - 3.7
168Laos1.960.41.5 - 2.7
172Afghanistan1.840.41.3 - 2.2
172Chad1.870.11.6 - 2.0
172Sudan1.860.21.4 - 2.0
175Tonga1.730.21.5 - 2.0
175Uzbekistan1.770.21.5 - 2.0
177Haiti1.640.41.3 - 2.0
178Iraq1.540.31.3 - 2.0
179Myanmar1.440.41.0 - 2.0
179Somalia1.440.41.0 - 2.0

Rujukan : http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml

Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006, mendapati kesan rasauh menurut sector di Malaysia seperti berikut :-

Sektor

Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)

Parti Politik

3.5

Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan

3.0

Bisnes & Syarikat Swasta

3.3

Polis

3.8

Kehakiman

2.8

Media

2.4

Badan Cukai

2.5

Perubatan

2.1

Pendidikan

2.2

Ketenteraan

2.0

Perkhidmatan

2.2

Pendaftaran & Permit Perkhidmatan

3.1

NGO ( Badan bukan kerajaan)

2.2

Badan Keagamaan

1.7

Rujukan : http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/gcb/2006

Dalam banyak-banyak kes rasuah yang berlaku, cuba anda lihat statistic tangkapan oleh BPR pada tahun 2007 .

Bulan

Tangkapan

Januari

33

Februari

37

Mac

63

April

51

May

45

Jun

33

Julai

47

Ogos

53

Total

362

Rujukan : http://www.bpr.gov.my/cda/m_info/sta_main.php

Satu sahaja soalan mudah dari saya secara ikhlas, Bolehkah jumlah tangkapan sedemikian banyak menyelamatkan Malaysia dari gejala rasuah? Ini menunjukkan kerjasama orang ramai, ahli politik, kerajaan dan BPR mesti disemak semula bagi menggubal formula lebih berkesan.

Antara Cadangan

Berikut adalah cadangan pihak pengkaji. Transparency International urges the following actions:

By lower-income countries

  • Increase resources and political will for anti-corruption efforts.
  • Enable greater public access to information about budgets, revenue and expenditure.

By higher-income countries

  • Combine increased aid with support for recipient-led reforms.
  • Reduce tied aid, which limits local opportunities and ownership of aid programmes.

By all countries

  • Promote strong coordination among governments, the private sector and civil society to increase efficiency and sustainability in anti-corruption and good governance efforts.
  • Ratify, implement and monitor existing anti-corruption conventions in all countries to establish international norms. These include, the UN Convention against Corruption, the OECD Anti-bribery Convention, and the regional conventions of the African Union and the Organization of American States.

Akhirnya, semoga tulisan ringkas ini dapat memerikan sedikit suntikan buat kita untuk mengelak diri dari rasuah dan membanterasnya dari berlaku di sekeliling kita. Jika kita ingin menjadi sebuah Negara maju, rasuah perlu dihapuskan. Lihatlah sekali lagi statistic yang disebutkan di atas. Ia jelas menunjukkan kadar rasuah di negara-negara maju adalah rendah. Fikirkan...terutamanya dari sudut Islam.

Ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditawarkan dengan pelbagai kesenangan hidup, harta dan takhta oleh kaum Quraish dengan menetapkan beberapa syarat iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mestilah meninggalkan perjuangan untuk mendaulatkan idealisme Islam, meniggalkan jihad, meninggalkan dakwah dan meninggalkan wawasan Baginda Rasulullah untuk membina masyarakat rabbani.

Bagaimanapun Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak tunduk dengan tawaran rasuah itu dan tidak berganjak seinci pun dengan komitmen Baginda meskipun mereka meminta bapa saudara Rasulullah, Abu Talib untuk memujuk namun Rasulullah tetap masih dengan pendiriannya dan bersabda:

"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini."

Ingi bersama Nabi di Mashyar?..ingin syafaat baginda??. Ikutilah tindakan baginda nescaya akan dikasihi Allah jua.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

5 November 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #41 Penerima Komisen yang Layak dari Segi Syarak dan Undang-undangZul 2012-03-03 14:33
Assalamualaikum UZAR...
Saya terlibat dalam pemasaran mewakili syarikat swasta bumiputra, secara rasmi berurusan dengan sektor awam.Peruntukan komisen ada tapi bagaimana cara yang dibenarkan dalam islam dan undang-undang untuk diberi kepada sektor awam ini??? bagaimana untuk tabung sukan? Mohon pandangan dan penjelasan dari UZAR. Jzakallah....
Quote
0 #40 kes sayauwais 2012-02-02 13:26
Assalamualaikum ustaz

saya ingin tahu adakah kes saya ini terlibat dengan
rasuah.
saya telah memohon jawatan technician kontract dengan sebuah company.gajinya rm 1200 sehari. saya telah call kawan saya yang berbangsa lain untuk tolong saya rekementkan bekerja di situ,apabila dia hantar CV saya ke syarikat itu dan syarikat itu telah temuduga saya..kawan saya memberitahu kepada saya bergantung kepada sesi interview tu samaada saya dapat jawab atau tidak.Alhamdulilah saya telah menjawab sesi temuduga itu dengan baik.dan pihak syarikat ingin mengambil saya bekerja.

persoalannya sekarang.apabila kawan saya tahu yang saya lulus temuduga..dia mengunakan istilah tolong-menolong, dia inginkan imbuhan sebanyak rm 10k dgn alasan untuk di berikan kepada pihak tertentu @ duit koceknya.saya tidak pasti

jika saya memberi duit itu..adakah saya terlibat dengan rasuah?

mohon bantuan
Quote
0 #39 nak tanyanur 2011-06-14 16:23
sy nak tanya apa hukumnya sekiranya ada penjawat awam yang menguruskan perolehan tetapi menipu jumlah harga seunit di dalam invoice?
Quote
0 #38 Saman ekorRedzuri 2010-12-06 08:53
Assalamualaikum

Saya ada masalah berkenaan dgn rasuah & teraniaya

Saya ada saman ekor 6 , jd saya terpaksa mengguna cara " under table " untuk mengurangkan bayaran saman . adakah boleh saya lakukan perkara sedemikian dl tuntutan agama
Quote
0 #37 akta rahsia rasmiarms 2010-10-19 17:18
assalamualaikum w.b.t

Rasanya ustaz perlu memahami betul2 akta rahsia rasmi...cari betul2 maklumat sbb ada portion dalam akta menyatakan KEWAJIPAN sesorang untuk melaporkan sebarang perkara yang tidak betul...tuan boleh rujuk akta ini di pejabat peguam yang berkaitan.

Terima kasih
Quote
+1 #36 sedihaliff mirza 2010-10-04 19:04
amat menyedihkan islam lagi teruh dri israel
mcm mna islam nk maju klau rasuah berleluasa :cry:
Quote
0 #35 Adakah ini rasuah??iza 2010-09-09 00:48
Ustaz..

Sy ada 1 persoalan.Sy bekerja di PBT dan terlibat dgn kerja2 yg menerima permohonan projek. Kebiasaannya apabila musim perayaan, kebanyakan pemaju akan memberikan kami hamper, limau mandarin (apabila Tahun Baru Cina)atau membelanja kami makanan dan minuman.. Adakah ini dianggap rasuah?? Utk pengetahuan ustaz, semua pemberian ini bukan diminta dan tiada perjanjian mengenai kepentingan kedua2 belah pihak.. Maksud sy, tiada ungkapan yg mengatakan "sy beri kamu hamper (atau brg2 lain), tp kamu mesti tlg sy cepatkan projek/berikan tender atau sebagainya" Apa yg sy faham, rasuah itu adalah perjanjian yakni apabila kt menerima sesuatu pemberian kt mesti memberi apa2 kepentingan pd pihak terbabit.

Persoalannya adakah situasi sy ini dianggap rasuah?? harap ustaz dpt membantu
Quote
0 #34 adakah tugas saya ini rasuah??sufian 2010-08-24 22:45
salam uzar??saya sufian..ingin tnya 1 soalan...
saya adalah pembantu pemasaran di sebuah syarikat dan tugas saya mendapatkan pesakit dari hospital kerajaan yang memerlukan tempat dan sudah melebihi masa disana..

jadi cara kami mendapatkan pesakit disana adalah dengan pergi ke setia wad,jabatan dan berjumpa dengan pekerja disana termasuk pegawai dan kami menawarkan kepada mereka RM200 untuk setiap pesakit yang mereka kenalkan..ini kerana pesakit itu mmg memerlukan rawatan yang seterusnya di swasta kerana tiada tempat di hosp kerajaan..adakah saya telah melakukan rasuah???ini kerana mereka cuma membantu saya untuk mengiklankan pusat rawaratan kami..

harap uzar dapat bantu..terima kasih..

UZAR : itu bukan rasuah, itu adalah upah komisyen atas satu usaha halal yang berjaya diselesaikan.
Quote
0 #33 Duit Rolling/Rasuahmukmin 2010-07-07 18:33
Salam Ustaz,

Saya merupakan Assistant Manager kepada sebuah syarikat swasta. Saya membuat resit untuk claim barang yang tak ada atas arahan bos saya. Duit claim tersebut bertujuan digunakan sebagai duit rolling untuk membiayai kos operation site kerana amat susah untuk mintak budget daripada HQ. Bos saya juga mengajar supaya tidak declare semua keuntungan kepada HQ kerana kalau tidak untung kami buat dekat site akan disapu oleh HQ yang tak wat ape2. Quotation daripada kontraktor jugak perlu dinaikkan supaya semua pihak win-win-win (kontraktor,kam i di site & HQ). Apakah perbuatan sebegini dikira rasuah? Niat kami adalah untuk company survival dan bukan untuk kegunaan sendiri. Minta penjelasan daripada Ustaz. Terima kasih.
Quote
0 #32 -hamba Allah 2010-06-06 09:34
Assalamualaikum , sy rase cam dh teraniaya dgn gjale rsuah ni.
sy dlm proses wat lesen kete. mule2 ckgu mmandu sy ckap rm1300 je. skrg ni ble da bis KPP dye ckap rm1500 lak. dye ckap tambah 200 tu ntuk senang lulus nk nti. kalo nk yg rm1300 bley tp x djamin. yg sy herannye rm200 tu dye bg kat sape ae??
dye gne wat knduri doa untuk slamt n kjayaan sy ke?? or RASUAH??? sy ni dr kluarge bpndaptan sderhane n kalo rm200 tu bsar nilainye bg sy. tp kalo bg org yg susah cmane lak ae? msti dorg sush na dptkn duet na wat lesen. tpakse lor dorg tngguh wat lesen. x pon wat part time ragut handbeg org. bg mreka yg bserah pd takdir tpakse la bwak kndraan tanpe lesen.Nti dgar crite harge lesen akn dnaikkn? adakh hrge lesen yg tgi mampu mngelakkn sseorg dr eksiden?? yg pasti blgn pmamdu tnpa lesen pasti akn mningkat. tp x pa la. kalo kne sman byr je la. at least kte myumbg kpd ptumbuhn ekonomi ngara yg kte cintai. sy teraniaya :cry:
Quote
0 #31 beli rumaham 2009-11-17 01:56
kawan2 tgk skrg...1 je aku nk sebut pasal beli rumah...knp harga kereta yg sama mcm harga rumah tp jangka masa tuk melunaskan hutang tu berbeza...rumah 20-25 tahun....tapi kete 7-9 tahun je..da blh settle..cuba korang pk...padahal harga same je...100k gak...
Quote
0 #30 diri kitainsyirah 2009-06-18 06:55
kesimpulannya adalah bergantung kepada diri kita. walau kita berada dlm sektor awan atau bukan kita terdedah kepada rasuah, samada kita boleh menjd pemberi atau penerima rasuah. pucuk pangkalnya adalah diri kita yang ingin melakukan atau tidak,kita takut azab Allah atau tidak, kita ingin menjadi hambaNYA yang taat atau tidak. semoga kita semua menjadi hambaNYA yang taat dalam segala aspek.. ameen.
Quote
0 #29 hukumansyafiin 2009-01-15 17:24
assalamualaikum ustaz...sye nk tnye skt ni dlm islam,apa hkman yg dknkn kpd org yg trlbt dlm rasuah?
Quote
0 #28 Jangan Salahkan Pihak Lain,..Hamba Allah 2008-12-31 00:55
Assalamualaikum ,Saya nak bagi pendapat sikit la, bukan semua orang kakitangan awam rasuah, kalu cakap macam 2 salah la, ada juga ustaz dan ustazah dalam kakitangan awam, dan juga orang yang ikhlas bekerja kerana Allah S.W.T , so kenapa POLIS dianggap penerima rasuah, ini kerana orang awam juga la yang bagi rasuah, bila kena saman atau didapati melanggar sesuatu kesalahan, untuk selesai cara mudah bagi duit kopi.. jadi orang awam la yang memulakan rasuah. jadi tanya diri sendiri la, kalu anda orang mempunyai Iman tentu anda tidak bercakap seperti itu.. mudah - mudahan Allah akan memberikan hidayah-Nya kepada Kita semua... Amin
Quote
0 #27 i,me,myself.. 2008-09-05 02:09
tgah cr artikel pasal rasuah,bile dah bace2,rase nak jd kakitangan awam mcm berkurang.slalunye kakitgn awam yang terlibat.cth,polis,kasta m,imegresen.hmmm...dunia nak kiamat. :-?
Quote
0 #26 prolink 2008-09-03 04:40
:roll:

macam mana caranya ya nak elak diri dari terlibat dengan rasuah atau yang seangkatan dengannya?

kadang-kadang kita terima arahan orang atas suruh buat sesuatu yang meragukan.tak buat nanti,takut kena tindakan.kalau buat dikira bersubahat...sedangkan ini jelah kerja kita untuk tanggung anak isteri...nak berhenti nanti,maklum jelah sekarang ni ramai yang dok mengganggur.

Nak nasihatkan orang atas,kita ni siapa...nak buat macam mana ya ustaz?

UZAR : memang sukar untuk mengamal Islam di akhir zaman ini, Nabi sehingga memberikan perumpanaan "seperti memegang bara api", namun sesuatu perlu dilakukan... bagi mereka yang berjaya elak dan mengajak orang elak, nabi sebut pahala mereka 50 kali ganda dari sahabatnya
Quote
0 #25 prihatin.. 2008-07-25 02:40
:eek:
mmg amat myedihkan :cry:
lebih2 lg konflik ini tercetus dlm kalangan org islam sendiri..
Quote
0 #24 rahsia.. 2008-02-08 15:18
hmm,no comment..banteras rasuah..demi negara.. :-)
Quote
0 #23 AMIZUL_faimizulira 2007-12-12 02:39
...sume org kene pk risiko klau d;org trime rasuah..jgn ar pk risiko kt dunia, coz dunia ni smentare jeh...tp, pk ar risiko kt akhirat n't...lau sanggup nak jd bahan bakar kt neraka n't, terpulang lah..ade otak, pk sndiri baik buruknya... :-)
Quote
0 #22 No Name 2007-11-29 16:24
Apa yg saudara Benjo ckp tu ada kebenarannya jugak..

Tp perlu diingat, yg MEMBERI pun sama. Kalau akal n iman kuat, nescaya dia akan tegur perbuatan meminta rasuah tersebut even dia tau teguran dia tu akan sebabkan dia xdpt tender or sebutharga. Allah itu Maha Kaya. Allah Pemberi Rezeki.

Setahu saya cuma orang2 atasan je yg meluluskan tender atau x. Org bwhn xtau ape2 pun cuma mesti bleh berfikir punya kenapa kontraktor ni je dpt tender. Ada rules tender pun x guna. Suma ikut nafsu.

KOMEN UZAR : MENURUT STATISTIK, ORANG BAWAH PUN AMBIL RASUAH JUGA. MALAH KERANI DAN RECEPTIOSNIST PUN ADA YANG TERIMA RASUH. KERNAA MEREKA ADAKALANYA YANG KONTROL SURAT SAMAPI KE ORANG ATAS.
Quote
0 #21 Benjo 2007-11-15 07:02
Rasuah dan kakitangan kerajaan x dapat dipisahkan.Kakitangan kerajaan terutama yang mempunyai kuasa yang agak besar adalah golongan paling ramai menyertai rasuah.Rasuah yang mereka terima untuk menanggung keluarga,pergi haji,meningkatk an taraf hidup dan sebagainya mereka tidak anggap berdosa atau rasa bersalah kerana mereka sudah biasa menerima wang rasuah tersebut.Ingat, sudah biasa.
Ada dikalangan mereka menggunakan pelbagai taktik atau dengan kata lain "pusing cerita" dalam mendapatkan ganjaran rasuah tersebut bagi mengelakkan wang rasuah yang mereka terima dianggap rasuah dari segi undang2 atau islam.Islam? Cuba pusing cerita supaya rasuah yang mereka terima tidak dianggap haram? What's wrong with them?Bukankah itu bermaksud mereka cuba menipu Allah?Menipu Allah? They are insane. They are really insane.
Sebagai contoh pihak kontraktor telah atau bakal mendapat tender dari sebuah badan kerajaan.Pihak kontraktor tersebut memberi wang kepada kakitangan yang bakal atau telah meluluskan pemberian tender tersebut dengan rela hati atau diminta oleh kakitangan tersebut.Kakitangan kerajaan tersebut menganggap itu adalah upah.That is corruption you dummy.Mereka menipu diri sendiri dengan mengatakan itu adalah upah atau hadiah atau sebagainya.Mereka juga boleh dianggap menipu Allah kerana mereka cuba menghalalkan yang haram.They are BIG idiot.
Dalam keadaan seperti ini,mereka selalu menaikkan harga tender.Tender yang sepatutnya berharga RM20k boleh jadik RM50k.Tender yang sepatutnya berharga RM100k boleh jadik setengah juta.Bagi yang membaca ni pikir2kan lah.Kenapa harga tender boleh jadik macam tu?
Dalam keadaan seperti ini juga,selalu wujud tender2 yang x penting atau x masuk akal.See? Pikir2kan kenapa benda seperti ini terjadi.Gejala seperti inilah menyebabkan sesebuah badan kerajaan selalu ketandusan wang.Selalu lambat bayar.Terpaksa pinjam wang dari yang lebih berkuasa seperti kerajaan persekutuan dan sebagainya.Perkara seperti ini membantutkan pembangunan negara.Jadi pikir2kan lah. Saya prefer golongan executive kerajaan membaca artikel saya ni.
Quote
0 #20 ashuri sikitol 2007-11-14 02:55
Asalamualaikum , Amat menyedihkan juga kerana dalam badan keagamaan pun ada rasuah walaupun paling sedikit secara perbandngan, kalau ustaz dapat mewar warkan perkembangan tidak sihat ini dengan disekalikan dengan bukti-bukti amatlah baik khususnya dalam menakrifkan rasuah dalam bentuk keagamaan , contohnya tidak meletakkan hukum atau menyeleweng hukum agar kellihatan lebih liberal dan mudah diterima oleh kepmpinan negara.

Suatu masa dulu saya sangat mengkagumi Prof Dr ... dalam bidang solar fizik di UKM sebagai rakan seprofesional yang boleh menguasai ilmu sains barat dalam perspektif Islam .

Tapi bilanya dilantik sebagai ketua unit pemikiran Haddari di UKM , musnah semua harapan saya dan rakan-rakan lain yang merindukan apa yang dibawanya sebelum ini. Kerana Jawatan...sanggup lari dari perjuangan.

Beliau sendiri mengakui tiada sumber yang boleh diguna pakai secara intelektual dan ilmiah untuk meletakkan haddari sebagai asas tindakan dalam mempraktikan agama dalam kehidupan kemajuan seharian. kalau ada sekadar pekara yang direka-reka .....

Ini satu bentuk rasuah juga saya kira dan lebih parah kesanya kepada masayarakat keseluruhan dan agama. seperti juga dikalangan ustaz-ustaz yang menggunakan penguasaan agamanya (kalau betul) membina downline !!!!!!!! .Ampun YA ALLAH kalauy saya tersilap
Quote
+1 #19 Aku budak Johor 2007-11-13 02:37
Saya selalu ulang-alik dari Johor ke S'pura disebabkan tugasan. Bile keluar dari pusat kastam JB dan memasuki pusat imigresen S'pura, saya dpt rasakan perbezaan sikap bekerja / professionalism antara 2 negara berjiran ini. Begitu juga bile balik ke JB. Para petugas imigresen S'pura selalu periksa gambar di paspot DAN muke pemegangnya. Kaunter imigresen sama taraf dgn tingkap kerete bagi tujuan ini. Tapi bile masuk JB aje, dahlah kaunter tinggi, pegawai imigresen main cop aje paspot (tu pun dah bagus nak cop, ade yg sengaje taknak cop nak bagi org susah)..bknnye nak perikse samade pemegangnye sahih ke tdk. Mungkin mrk pikir, "Ahh...S'pore dah check ketat..jadi takyahlah check lagi". Ade yg tersengguk2 tido sambil menanti pengunjung! Ni bkn cerita rekaan. Dasar PEMALAS! Nak komplen pun tak guna. Camane nak maju? Buat malu bangsa dan negara aje. Tup-tup ngaku negare dah maju sbb dah hantar warga ke angkasa.
Quote
0 #18 kak Rose 2007-11-09 15:49
Gejala rasuah ini sudah terlalu lama di perbincangkan.Tapi sekiranya habuan dunia lebih diutamakan ditambah pula ilmu agama yang senipis kulit bawang selagi itulah gejala rasuah tidak akan dapat dihapuskan apa tah lagi nak dikurangkan.

Lebih-lebih lagi pengisian dari segi agama amat kurang. Kalau ada pun seperti melepaskan batuk di tangga. Sesuatu yang amat membimbangkan. :sigh:
Quote
0 #17 al merbawi 2007-11-09 01:30
Dulu saya pernah bekerja dengan syarikat pembinaan yang berkait dengan kontrak kerajaan (PBT). Oleh kerana saya pembantu boss, boss akan cerita pada sapa-sapa yang dia kena hulur dan kadang-kadang dia ajak saya pergi sekali.

Ya ALLAH, memang menakutkan. Boleh di katakan hampir semua k/tangan yang terlibat dengan kontrak ambil rasuah, tak kira yang tua, muda, jantan, betina malah bapok pun minta juga.
Ada sorang tu dak nak beranak sangat pun tapi tetap minta.

Yang sorang lagi ni masa dalam wad hospital pun minta. Tak berapa bulan lepas tu terus meninggal.

Tak lama lepas tu saya pergi umrah. Lepas balik umrah terus lepas jawatan. Takut nanti mati masa kerja apa nak jawab kat ALLAH.

Saya rasa keadaannya sekarang dah teruk sangat. Sebab itulah orang-orang besar seperti Raja Nazrin pun dah bersuara.

Dengarlah nasihat TGNA, orang yang ambil rasuah ialah orang yang rendah akal. Dalam satu ceramah tu TGNA kata, orang yang rasuah ini ialah orang [censored].

Sebab apa [censored]?, sebab kalau dia nak masuk syurga, dia mesti bertaubat. Kalau nak taubat, merti pulangkan balik harta rakyat yang dia balun. Kalau dah tahu kena pulangkan balik, buat apa pandai-pandai nak ambil sekarang?

Tang mana cerdiknya seseorang itu kalau hidup senang di dunia tapi bila mati masuk neraka?Begitulah pemikiran pemimpin yang berwawasan, fikir sampai akhirat.

Satu lagi yang saya takut ialah kadang-kadang sahabat, saudara mara, adik beradik kita pun terlibat sama sebab bila sudah masuk dalam sistem yang begini amat susah nak mengelak diri.

Ianya dah jadi budaya. Ada kkawan saya sebelah sana kata hanya 3 golongan yang tak rasuah. 1. Malaikat 2. Orang gila 3.Orang [censored]. Fikirkanlah.null
Quote
0 #16 bin ali 2007-11-07 21:07
ustaz, perlu tak ustaz terjun sekali dalam dunia haraki? saya bimbang nanti dunia haraki diterajui oleh orang-orang yang kurang tepat keahliannya.
Quote
0 #15 akujahil 2007-11-07 13:35
Singapore yg ke empat,
Sudah tentu, tak perlu terperanjat.

Kita tak usah bermimpi nak tandingi Singapore, sebuah negara yg mementingkan keilmuan dari yang lain.

Negara kita, sekarang nampak lebih mementingkan hiburan dari keilmuan. Artis2 diagung2kan.

Majlis ilmiah pun sekarang dihos oleh artis.
Mereka yang berjaya dalam pelajaran diketepikan dan dipandang sepi sahaja.

Bagaimana kita mahu mendidik generasi akan datang supaya berpekerti tinggi?

Tepuk dada, tanya Iman. Semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk saya dan semua bangsa seagama mengubah taraf budaya hidup kita. Insyallah.
Quote
0 #14 adi_sg 2007-11-07 13:35
sebagai org seberang tambak, memang sejak dahulu kala lagi cerita rasuah di JB ni tak habis2.

Saya rasa masalahnya adalah kerana tiada penguatkuasaan hukum secara ketat dan kerana gejala ini bukan sahaja di kalangan orang bawahan, malah ia termasuk mereka yang berpangkat dan jawatan tinggi.
Quote
0 #13 Bro 2007-11-07 02:31
Masih lagi nak bermegah-megah dgn projek angkasa? Pucuk pimpinan tak usahlah nak mewarwarkan negara kite M'sia sbg negara Islam contoh dsb. Kita patut mengambil ape2 point yg baik dari negare2 maju walaupun negara kafir..bkn pandai kutuk dan cari kelemahan mrk.

Mereka ni maju sbb terapkan nilai2 Islam spt bebas rasuah, buat kerja dgn itqan, dsb. Negare Islam pulak tinggalkan amalan2 ini...camne nak maju? Tapi kan..mengikut sunnatullah, setiap negare yg mencapai tahap yg tertinggi, akan menjunam akhirnye..slowly but surely.

Negare yg di bawah pule akan naik..TAPI mestilah dgn kesungguhan dlm menerapkan nilai2 murni Islam. Wawasan 2020 tak lame lagi. Agak2 bole capai ke dgn keadaan kemelut skrg ni? Ape sumbangan kite dlm merealisasikann ya?
Quote
0 #12 mujahid 2007-11-06 20:46
Rasuah ini saya lihat cuma salah satu dari beribu2 simptom yg timbul akibat dari perkara pokok yg diabaikan iaitu ingkar untuk melaksanakan sistem/hukum Allah..

Apabila Islam tidak lagi menjadi panduan manusia, bermacam2 perkara yg negatif akan timbul..
kerana itulah kita diseru supaya masuk ke dalam Islam secara syumul dan bukan hanya ketika hendak solat sahaja tetapi dalam urusan kehidupan sehari2 pun mestilah mengikut panduan Islam..

hidup tanpa berpegang dgn Islam umpama berjalan di malam yg gelap tanpa cahaya...wallahulam
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 102 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Gejala Rasuah : Bentuk, Kesan & Statistik Malaysia