Kewangan Hasil Petronas, Caj PTPTN & Subsidi

Hasil Petronas, Caj PTPTN & Subsidi

  • PDF
(36 votes, average 4.89 out of 5)

Hasil Petronas, Caj PTPTN &

Subsidi Bagi rakyat 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Kelmarin (25 November 2007) saya ada terbaca satu berita kecil di akhbar perdana, ringkasannya seperti berikut :-

Belum putus hapus kos pentadbiran PTPTN: Mustapa

JELI: Keputusan untuk menghapuskan kos pentadbiran sebanyak tiga peratus yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata perbincangan perkara itu sedang berjalan dan turut membabitkan beberapa pihak lain, sebelum sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata, sehingga sebarang keputusan belum dibuat, kerajaan akan mengekalkan kos pentadbiran tiga peratus setahun itu berdasarkan baki pokok bulanan.

"Kerajaan sudah buat kajian pada awal tahun ini mengenai perkara itu dan kita bersetuju mengekalkan caj pentadbiran sebanyak tiga peratus setahun yang dikenakan kepada peminjam.

"Bagaimanapun, kita meneliti semula perkara itu dan perbincangan mengenainya mengambil masa kerana membabitkan banyak pihak, khususnya Kementerian Kewangan kerana kita memerlukan peruntukan kewangan besar," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan bersedia menghapuskan caj tiga peratus atau mengurangkan caj terbabit, Mustapa berkata: "Penelitian itu belum dimuktamadkan... kajian belum muktamad dan kita tak tahu apa berlaku kerana ia bergantung kepada banyak pihak". (tamat petikan)

Hukum Caj PTPTN 

Sebelum ini saya telah menulis fatwa ulama Islam berkenaan hukum caj perkhidmatan dalam pinjaman jenis begini di sekitar tahun 2006 yang lalu. Kesimpulannya, kaedah caj perkhidmatan yang dilaksanakan dengan mengenakan peratusan terhadap jumlah pinjaman yang diberi adalah bukan caj perkhidmatan yang diiktiraf di sisi Islam dan ia adalah Riba yang haram di sisi Shariah. Sila baca berkenaannya di sini Hukum Caj Perkhidmatan PTPTN  

Umum juga telah mengetahui bahawa pihak PTPTN sebenarnya meminjam duit dari dana KWSP dengan kadar faedah 5 % (ini juga adalah riba yang diharamkan), lalu apa yang dikenakan oleh PTPTN kepada pelajar iaitu 3 % dikira agak rendah, ini adalah hasil subsidi sebanyak 2 % yang diberikan oleh kerajaan. Namun, riba tetap haram samada banyak atau sedikit, samada redha atau tidak, ia tetap riba yang diharamkan. 

Justeru, disebabkan keputusan untuk mengabaikan permintaan pelbagai pihak untuk menghapuskan caj PTPTN masih belum dimuktamadkan, kita berharap lebih banyak pihak termasuk NGO di Negara kita sudi membantu para pelajar Malaysia dengan mendesak pihak berwajib dan berbincang agar caj perkhidmatan tersebut dapat dihapuskan.

Ia amat penting kerana mengelak riba serta merupakan tanggung jawab sosial kerajaan yang sebelum ini mewarwarkan ingin meningkatkan pembangunan manusia.

Isu ini juga telah dibangkitkan sekali lagi oleh rakan pensyarah UIAM dalam artikel beliau di utusan Malaysia pada 25 Okt 2007. Rujuk di sini.

Kekayaan Petronas Adalah Milik Semua Rakyat
 

Limpahan Hasil Petronas & Mampukah Malaysia Memberi Biasiswa?

Menurut belanjawan terkini yang disebutkan oleh Kementerian Kewangan, hasil pendapatan Malaysia berjumlah RM 141,790 juta pada tahun 2007. Dari jumlah ini pendapatan dari minyak dan gas sahaja mencecah RM 53,311 juta atau RM 53.3 billion 

Jumlah RM 53,311 juta ini tidak termasuk lagi cukai yang perlu dibayar oleh syarikat-syarikat minyak di Malaysia. Justeru jumlah ini mampu meningkat lebih tinggi lagi.

Pendapatan hasil PETRONAS yang berjaya diraih oleh Negara sejak tahun 1974 diwartakan bernilai RM 500 billion, selain itu Menteri Kewangan Kedua juga pernah memberitahu bahawa setiap kenaikan USD 1 kepada harga minyak dunia, kerajaan turut mendapat penambahan pendapatan bersih sebanyak RM 250 juta.

Dalam tahun 2006 pula dinyatakan bahawa setiap kenaikan USD 1 bagi satu barrel minyak akan menambah hasil bersih Negara sebanyak RM 228 Juta. Rujukan di sini.

Kini, harga minyak sudah melebihi USD 80 satu barrel. Bayangkan berapakah jumlah pendapatn bersih darinya. Jika ia ditadbir dengan betul pastinya ekonomi rakyat akan lebih baik dari hari ini. Barangan yang semakin banyak akan naik mengancam golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kejayaan Singapura dalam membahagikan kekayaannya boleh diambil sebagai contoh, walaupun Singapura Negara pengimport petrol, mereka masih mampu membahagikan sebanyak S$ 2,000-2,500 kepada rakyat miskin dan faqir secara tahunan.

Justeru jika kerajan mengambil keputusan untuk meniadakan subsidi bagi petrol dan yang berkaitan dengan petrol yang dianggarkan berjumlah RM 40-50 billion setahun, kerajaan sudah tentu mempunyai kemampuan untuk memberikan pendidikan percuma atau minimum. PTPTN juga mampu diberi secara biasiswa kembali. Malah di ketika ini juga sepatutnya kerajaan sudah mampu berbuat yang lebih baik dari caj 3 % PTPTN itu.

Kita semua WAJIB berusaha agar index rasuah Malaysia dapat diperbaiki, gejala rasuah yang menular mesti disekat sebelum Malaysia kehabisan simpanan minyaknya. Tatkala itu Malaysia akan menjadi Negara pengimport minyak sahaja. Tanpa pengurusan bebas rasuah, Malaysia dan rakyat di dalam bahaya.

Di ketika itu, sumber pendapatan besar negara akan tergugat, hanya rakyat yang cekap dan berkemahiran sahaja boleh bersaing. Namun, rakyat yang dididik dan dibiasakan hidup atas suasana bisnes berlandaskan rasuah dan komisyen atas angin tidak akan mampu bersaing, kerana mereka tiada punyai sebarang 'skills', yang dipunyai hanyalah kemahiran tercanggih kaedah dan teknik menyogok sahaja. Rujuk tulisan saya ini. Statistik rasuah.

Menurut laporan PETRONAS pada tahun 1 Januari 2007 yang lalu, Malaysia masih mempunyai simpanan minyak sebanyak 3 billion barrel iaitu sekitar 18 tahun lagi dan simpanan gas sebanyak 75 trillion cubic feet (tcf) iaitu sekitar 33 tahun lagi.

Senarai Rujukan fakta di atas  :-

1) http://www.eia.doe.gov/emeu/cabs/Malaysia/pdf.pdf

2)  http://www.gasandoil.com/goc/company/cns52914.htm

3) http://www.aliran.com/content/view/342/10/

4) http://www.iht.com/articles/ap/2007/06/28/business/AS-FIN-EARNS-Malaysia-Petronas.php

 

Tol Pula ? 

Hari ini juga timbul idea dari Dato Shahrir Abd Samad agar pihak kerajaan membeli saham PLUS expresway Berhad. PLUS kini merupakan satu-satunya pemegang konsesi lebuh raya yang terbesar menguasai lebuhraya Utara- Selatan dan sebahagain besar yang menuju ke Bandaraya KL.


Kata beliau pembelian itu nanti akan menjadikan aset PLUS sebagai aset awam, lalu isu kenaikkan harga tol dan pampasan yang perlu dibayar kerajaan dapat dikaji dan disemak semula sekaligus mampu mengelakkan rakyat dari bebanan kenaikkan wajib kadar tol yang terus berpanjangan. Pada hemat saya, cadangan ia adalah baik dan boleh dikaji lanjut dan diterima demi memberikan kebajikan dan jaminan sosial kepada rakyat.

 

Tadbir Urus & Info Dari Mufti

Seorang Mufti pernah memaklumkan kepada saya jika PETRONAS mengeluarkan zakat, nescaya majoriti umat Islam akan dapat begitu banyak merasa manfaat dari kekayaan Negara. Sehingga ini mufti tersebut berkata masih belum ada zakat yang dikeluarkan. Wallahu ‘alam.

Tadbir urus pendapatan lumayan dari hasil minyak yang telus dan berhemah akan membawa kebaikan pengurusan sesebuah Negara. Ia dibuktikan oleh Norway yang diwartakan mampu untuk hidup selama 80 tahun tanpa satu sen hasil pun, semuanya hasil kebijaksanaan menggunakan hasil kekayaan Negara.

Ini juga  bertepatan dengan anjuran Islam yang mengajar agar berjimat cermat di waktu senang agar waktu susah dapat ditangani dengan lebih baik.

Hal ini pernah disebutkan di dalam kisah Nabi Yusuf a.s. dalam perancangan lima belas tahun yang dilakukannya sebagai jalan keluar daripada krisis yang melanda negara.

Salah satu langkah yang diambilnya dalam perancangan itu ialah mengurangkan aspek kepenggunaan dalam tahun-tahun kemakmuran, di samping menyediakan bahan-bahan makanan yang dapat disimpan untuk menghadapi tahun-tahun kemarau.

Disebut di dalam Al-Quran:

قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ

Ertinya : Yusuf berkata: ""Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan." (Yusuf: 47).

ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تُحْصِنُونَ

Ertinya : "Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan" (Yusof : 48)

Akhirnya, segeralah tambahkan keberkatan kepada ekonomi Negara, jauhkan diri dari riba, hancurkan rasuah, hemah berbelanja wang Negara dan PETRONAS, keutamaan dalam sektor pendidikan dan pembangunan manusiawi, kembali mewujudkan biasiswa PTPTN.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

26 Nov 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #62 Kena MohonHamba Allah 2011-03-10 10:54
Quoting nelcyndana:
ustaz,

kalu setelah dikira2 msh x mampu nk cover kos adik belajar di universiti sementara nk apply MARA atau zakat... bagaimana pula. sy x pernah dgr lagi zakat sponsor student. normally, MARA @ JPA amik ms almost sethn utk approved.


Pasal sponsor tu sy tak pasti, tp pihak zakat KL & S'gor ada peruntukkan bantuan utk student yg melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah. Kalo perlu bantuan kenalah memohon baru blh bantu..
Quote
0 #61 nelcyndana 2008-06-11 22:05
ustaz,

kalu setelah dikira2 msh x mampu nk cover kos adik belajar di universiti sementara nk apply MARA atau zakat... bagaimana pula. sy x pernah dgr lagi zakat sponsor student. normally, MARA @ JPA amik ms almost sethn utk approved.
Quote
0 #60 cahaya 2008-05-12 02:20
ustaz ,saya btul2 rungsing dgn PTPN ni...cam ne nak setelkan sume.saya dgr klu bley setel in 6 month after study then no interest willl b count.

mane nak cari duit byr sumenye???
doakan kami ustaz,moga dipermudahkan dlm sgl hal dan dielakkan dari involve dgn RIBA...

doakan kami sume...
Quote
0 #59 saya 2008-05-10 07:39
apela perkhidmatan yg ptptn buat sampai nak caj 3% sebulan drp jumlah baki pinjaman... byk tau caj 3% sebulan, tiap2 bulan kena caj..melampau betul!
Quote
0 #58 mencari sinar... 2008-01-19 21:37
assalamualaikum ustaz,,..
sy amat berterima kasih kpd ustaz sbb telah pn menjelaskn tentg haramnya PTPTN kerana telh mengamalkan riba..dahuluny sy memg agk confuse..persoaln 'apekah caj yg dikenakn ptptn adalh riba?' sering mnjadi tanda tanya kpada sy sblm mngambil ptptn..jd krn was2 sy tetp cube memohon altelnatif lain..spt yaysan negeri dn sebgnya..mereka menolak krn katany sy sush ade ptptn...sy seakn2 sdah pn ptus asa dan berharap mudh2an ptptn itu tdk haram...ttpsy ttp berusaha jgk ttp xmghrp lg..sehinggalah sy mghadiri ceramah ustaz di uiam awl tahun ni...Oleh krn tkut sy tetp berdoa mdhn2an sy dpt keluar dr mngmbil pinjamn ptptn dan alhamdulillah kini sy sudh pn ditwarkn scholarship drpd JPA.. tetapi persoalnny bgaimanakah sy ingn mmbersihkn diri sy yg telh pn pernh mgunakn ptptn selama 11/2 thn..? pengajian sy pula selama 4thn..bermkna hnya 2thn 1/2 sy tdk mggunkn ptptn ..
Quote
0 #57 fauzi 2008-01-18 20:52
Assalamualaikum ustaz

sy amat setuju dgn tulisan ini. Alangkah indah negara ini sekiranya di pimpin oleh pemimpin yg dtg dr golongan yg beriman rakyat makmur negara kaya hasil dr anugerah Allah, seperti mana yg dinyatakan dlm Al-Quran. Jadi adalah satu kewajipan dan tanggungjawab kita untuk mencari ciri2 pemimpin yg telah disarankan dalam Al-Quran jika ingin kebahagian di dunia dan akhirat.
Quote
0 #56 yosh 2008-01-17 02:29
salam..
kn bagus komen? yang ade dlm laman web ni di baca oleh pembesar? kerajaan Malaysia.. x kire la pembangkang ke parti bersekutu ke..biar terbukak skit pemikiran dorg tu..jgn hanya pikirkan diri sendri sampai rakyat sensara.. bl rakyat bersuara sedikit trus kne hentam..entahlah..nasib org bawahan sllu kne tindas...
Quote
0 #55 wan ridhzuan 2008-01-10 18:17
assalamualaikum ustaz..
saya bersetuju dengan pandangan ustaz...isu ptptn ini sudah jelas haramnya, petronas untung berganda...nampaknya negara mahu mencari kekayaan tanpa ikut tuntutan syariat..usaha untuk memperjuangkan modal insan melalui pendidikan sebenarnya terbantut...
Quote
0 #54 Abu Luthfi 2007-12-28 05:53
Assalamualaikum

Tidak ada siapa yang setuju dengan 3% tersebut. Ada yang cadangkan option utk cari biasiswa lain. Biasanya, PTPTN diambil setelah tiada option utk biasiswa/pinjaman lain.

1. For students, take PTPTN only if you don't have any other option with other scholarship. Please try and keep trying. For people who can afford their own fee, please don't take PTPTN just for fun. Even somehow student lifestyle could be look into.

2. For others, take a look on our goverment system. Could it be change? There must be a united force that could voice out our concern regarding this fee. How come liberal country could provide a free fee for schools and universtiy but muslim country couldn't? We could united under the NGO voices. Join and take action. Don't just keep babbling without action.
Quote
0 #53 nazriay 2007-12-20 07:14
Zaman sekarang Riba dahpun berleluasa sana dan sini... Semua kehidupan telahpun dipengaruhi dengan Riba. Buat loan itu dan ini semua terlibat dengan Riba... Sepatutnya ketua kerajaan perlu ambil berat soal agama...Ni merekapun bersekongkol dengan Riba dan membenarkan amalan ini.. Sultanpun dah jadi macam tunggul kayu langgsung takde peranan.. Makan gaji dari hasil rakyat.. Apa komen UZAR.
Quote
0 #52 Abang 2007-12-15 17:55
Terima kasih atas nasihat UZAR. Mmg sy pada mulanya berpendapat demikian iaitu mencari dulu alternatif lain sebelum ambil PTPTN, apapun terlalu sukar bg sy utk berbincang hal ini dgn ayah lantaran kesuntukan masa jg disebabkan kelalaian sy bertindak dr awal.Confirm kene fire lg..:-).sy jg terfikir pembiayaan study oleh islamic banking yg ada. Cuma sy perlu mencari yg mana terbaik dlm memberikan pembiayaan dan senang utk repayment kemudian.InsyaAllah. Terima kasih skali lg.wassalam.
Quote
0 #51 mr mind 2007-12-15 17:51
salam ustaz..
saya seorang pelajar IPT dan pengajian saya berbaki 1 semester lagi. macamana kalau saya tak sedar yang selama ni caj 3% adalah sebenarnya riba? kerana dalam perjanjian mengatakan yang caj 3% tu adalah caj perkhidmatan. mungkin saya ni jahil tapi saya tidak mahu terus menerus menanggung dosa. dan saya pasti ramai lagi yang mengalami situasi yang sama seperti saya. nak buat macamana, dah pun pinjam. macamana nak bersihkan pinjaman kita tu dari unsur riba? adakah ada jalan lain? :sigh:
Quote
0 #50 Abang 2007-12-14 20:15
Assalamualaikum ,

Bila baca artikel berkenaan riba ni dan hukumnya mmglah kita akan terasa betapa besarnya kemungkaran yg telah selama ini berlaku dlm sistem pendidikan kita.

Namun hakikatnya begitulah. Sy jg dlm kerunsingan sekarang...apa yg merunsingkan sy, semlm ayah call menyuruh sy uruskan hal loan PTPTN utk adik yg baru nk apply PTPTN ni.

Mulut sy terdetik utk mengatakan bahawa PTPTN amalkan riba tapi tak sanggup plk nak menyanggah ayah sendiri,apapun sy skit lega bila ayah tahu ia riba tapi kecewa bila ayah kata "takpalah,riba pun ribalah...nk buat mcm mana..dah takde pilihan lg"...utk pengetahuan, ayah saya seoarang ustaz dan slalu ngajar kitab agama di kampung..apapun kami bukanlah dari keluarga yg senang, utk itu dgn mengambil loan blaja saja mmpu kurangkan beban ayah sy yg dah semakin berusia.

Apapun sy tahu ayah juga kecewa dgn PTPTN ni..tapi disebabkan urusan ini perlu di submit isnin ni, maka tiada pilihan lain utk sy tlg uruskan hal berkenaan dgn adik.

Sy ada katakan pada ayah yg sy akan bncg dulu dgn adik tentang loan dari Pihak lain spt MARA, tapi katanya ms dh suntuk n sepatutnya sy sebagai abg awal2 lg alert ttg hal ini katanya.sy pun rs bersalah jg.

Akhirnya sy berpandangan takpalah, amik sajalah PTPTN, dosa riba akan di tanggung oleh pihak berkenaan kerana mengamalkannya.Tp mmg berat hati jg. Lagi2 terfikir bila nk byr balik nnti pasti serabut jg dgn bunga yg dikenakan tu.kesian jg dkt adik.Apapun tawakkal ajelah,sy anggap itu sebagai ujian yg perlu dia hadapi utk dapatkan setitik dari selautan ilmu Allah.Jika teman2 ada pandangan yg boleh membantu..silalah.Sekian terima kasih

KOMEN UZAR : SAYA TURUT SIMPATI ATAS KETERPAKSAAN ANDA DAN KELUARGA. NAMUN HAKIKATNYA BELUM SAMPAI TAHAP TERPAKSA.

JIKA ADIK ANDA HANYA BELAJAR DI DALAM NEGARA, PERLU DILIHAT DAHULU SAMADA KOSNYA UNTUK SATU ATAU DUA SEMESTER MAMPU DITANGGUNG KOSNYA OLEH ANDA SEKELAURGA.

DALAM MASA YANG SAMA, USAHAKAN PINJAMAN MARA, KERANA SAYA DIFAHAMAKAN OLEH PENGURUSAN TERTINGGI MARA MEREKABERIKAN PINJAMAN TANPA FAEDAH MALAH PUNYAI SKIM BOLEH UBAH KE BIASISWA.

PERLU DIUSAHAKAN JUGA PUSAT ZAKAT DALAM TEMPOH SEMENATARA ITU.

SETELAH SEMUA USAHA2 INI GAGAL BARULAH KITA BOLEH BERFIKIR UNTUK KE PTPTN . TIDAK HARUS KITA CUBA BERLEPAS DIRI DENGAN MELETAKKAN TANGGUNG JAWAB DOSA KEPADA MEREKA YANG MENAWAR, SEDANGKAN KITA SENDIRI BERSALAH KERANA MASLAH BERUSAHA CARA LAIN DENGAN LEBIH AWAL.

DOSA RIBA ADALAH MAHA BESAR DAN TIDAK SEHARUSNYA KITA AMBIL RINGAN DAN TERLIBAT DENGANNYA TANPA USAHA HABIS-HABISAN ELAKKAN DIRI.
Quote
0 #49 Petronas vendor 2007-12-13 22:06
Petronas!!!!!
If we want to survive, we must FEED them first.

No money, no talk.....
Quote
0 #48 ummameerah 2007-12-11 05:41
saya seorang warga singapura yang telah "lari" dari singapura, kerana nak hidup di bumi yang menawarkan islamic lifestyle, seperti malaysia. walaupun kerap kecewa, tapi saya rasa malaysia lebih baik dari singapura sebab saya ada option.

Untuk makluman negeri singapura ialah negeri business man, kalau dia untung, dia kasi bonus, which saya dah dapat rasa 2 kali. Tapi, saya rasa was-was nak guna duit tu sebab singapura memang mengamalkan conventional financing, its money breed money thing. And I dunno where they have invested the money into, lagi lah ni casino nak start operation.

Apapun, setiap negera ada kepincangan nya. Terpulanglah lah kita nak ambil yang mana. Between two devil, i chose one that is greener ;-)

Cuma, saya nak kepastian adakah Petronas membayar zakat ke tak? Sebab i have the impression that it is quite an islamic set up??? ;-) ;-)
Quote
0 #47 No Name 2007-12-10 21:38
Sbb tu kalau sesape yg dh terbaca artikel ni, war2kan kat org lain. Bgtau adik2,jiran2, saudara mara, kwn2 yg berkeinginan nk pinjam PTPTN untuk tggung kos pengajiannya.

Ckp kat diorg jgn PINJAM PTPTN, guna biasiswa je. Oleh itu, pasni suruh diorg belajar ngan cemerlang agar mudah dpt biasiswa..

KOMEN UZAR : PINJAMAN MARA TIDAK PUNYAI RIBA.. DAN IA JENIS BOLEH UBAH. JSUTERU BOLEH APPLY MARA
Quote
0 #46 Hannah 2007-12-10 07:08
Sungguh menyedihkan dan menyakitkan bila interest 3% saya dah mencecah hampir rm200. setiap bualn jadimngsa baya interest je. sedihnyaaa..
Quote
0 #45 damia 2007-12-08 03:15
saya tak faham masa sain agreement tu dulu, kami tidak diberi pilihan melainkan dipanggil beramai2 untuk sain agreement tu...tidak diterangkan kesan dan isi2 penting dlm terma2 agmt tu, yg dijelaskan pada hari tersebut ialah di mana patut disain, dan dimana patut di iniatial...tu je, bila dah abis blajar nak bayar, baru rasa tertekan...
Quote
0 #44 Musni 2007-12-08 03:03
Assalamualaikum ustaz...
Saya amat menyokong pendapat yang ustaz tuliskan di dalam artikel ini.
Quote
0 #43 hamba allah 2007-12-06 18:55
sebenarnyer sayapun peminjam PTPTN..saya nak ckp kat sini ms terima pinjaman tu saya sebenarnyer x jelas 3% tu camne...maklumlah bukan org akaun kan...kalau org akaun mgkin die paham...tp dlm ms saya membayar ni la baru tau camne...saya dlu lg trasa sbb 4% masa tu...nak xnak saya byr ler jugak skit2..
Quote
0 #42 Hisham 2007-12-06 03:55
Syukur Alhamdulillah kerana saya dpt biasiswa dari JPA.

Tips: Belajar la semasa SPM / STPM / Matrikulasi bersungguh supaya dapat result yg cemerlang. Lepas tu apply Biasiswa JPA; Dapat la elak riba PTPTN. Tapi jangan la pulak dok joli dgn duit biasiswa tu, beli handset mahal2, beli kasut bola mahal2 sampai kebulur nak makan nasi..>>>>>>
Quote
0 #41 Stupid Forumner 2007-12-06 03:51
Kita diberi akal untuk berfikir.. setahu saya kita tidak dipaksa untuk meminjam dari PTPTN.

Terpulang kepada kita untuk pinjam atau tidak. Dalam perjanjian pun telah dinyatakan bahawa ada caj-caj berkaitan yang perlu dibayar.

Persoalannya sekarang anda yang meminjam yang bersetuju dengan terma-terma yang telah disyaratkan. Kenapa tidak berfikir dahulu halal atau haramnya?

Jangan selepas dapat hajat dihati baru nak salahkan org lain; e.g tak nak bayar. Kalau along yang beri pinjam dah lama kepala kena p*t*ng.
Quote
0 #40 Romi SA 2007-12-04 20:51
Akum semua,

Saya jg salah seorang peminjam PTPTN. Mmng membebankan dengan caj 3% tu. Sampai sekarang saya dok fikir biler hutang saya nie nak selesai. Tp saya selalu ingatkan kat adik2 saya, sedara mara, kawan2 saya kalu pinjam dgn PTPTN tu cepat2 le bayar jgn tangguh jangan miss, kalu tidak diri sendiri dok pening sampai ntah biler. Apa pun hutang mesti dibayar... Allah sentiasa membantu mereka yg mengigati Nye. :-?
Quote
0 #39 zaini_jb 2007-12-03 20:37
Salam...
Terime Kasih UZAR..
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan UZAR
Quote
0 #38 insyirah 2007-12-03 00:41
Apa yg termampu,saya mengambil pendekatan dengan meniatkan bayaran lebihan 3% sebagai hibah kpd PTPTN, lambang terima kasih kerana membantu ketika saya memerlukan,berd asarkan hadis nabi yg menggalakkan(su nat) agar peminjam membayar hutang lebih sedikit dari jumlah yg dipinjam sebagai tanda terima kasih.namun,saya tetap berharap agar mendapat rebate.hai dunia..skrg ni semua org suka berhutang(cthny a penggunaan kad kredit-yg tak ikut etika) tanpa mengukur baju di badan sendiri..moga segala urusan dipelihara Allah..

KOMEN UZAR : MALANGNYA, NIAT ANDA TU TIDAK TERPAKAI MENURUT SHARIAH. ITU SILAP GUNA HADIS HIBAH NAMANYA
Quote
0 #37 insyirah 2007-12-03 00:41
Saya juga peminjam PTPTN setelah cuba cari alternatif lain.mmg 3% itu merunsingkan saya,tambahan dgn dilema lambakan graduan yg menganggur skrg bg membolehkan sy melunaskan hutang tersebut.

Dalam satu hadis, Nabi ada berdoa selepas tahiyat akhir untuk mengelak drpd azab qubur,fitnah dajjal,fitnah kehidupan dan mati serta mengakhiri doa Baginda dgn memohon dijauhkan dari perkara2 yg membawa kpd dosa n hutang. apabila ditanya oleh Aisyah mengapa mohon dijauhkan dari berhutang,Bagin da menjawab; berhutang menyebabkan seseorg menipu apabila bercakap dan,mungkir apabila berjanji.nauzubillah.

Mohon ustaz upload doa ini untuk amalan bersama.

KOMEN UZAR : IA SUDAH LAMA DI UPLOAD, BOLEH RUJUK ARTIKEL TAJUK "BAHAYA HUTANG DARI PERSPEKTIF ISLAM"
Quote
0 #36 marhain 2007-11-30 22:22
Kekayaan petronas akan berterusan mengalir ke projek2 mega spt Wilayah ekonomi ( timur , utara ,selatan)...semoga rakyat akan mendapat manfaat jua....( kalu dapat la!)

Humaira n hafizul tak payah melenting....just read between the line !
Quote
0 #35 tetamu muda 2007-11-30 17:21
assalamualaikum , ustaz. maaf, nak tny..saya tak faham sgt pasal hukum2 ekonomi ni, tp berdasarkan ayat ust kat atas tu

"Umum juga telah mengetahui bahawa pihak PTPTN sebenarnya meminjam duit dari dana KWSP dengan kadar faedah 5 % (ini juga adalah riba yang diharamkan), " - adakah KWSP juga adalah riba yang diharamkan?

KOMEN UZAR : BUKAN SEMUA KWSP, SAYA HANYA FOKUS KEPADA TRANSAKSI KWSP DENGAN PTPTN INI.
Quote
0 #34 hafeezzul 2007-11-30 05:41
Tidak berapa setuju dengan melabelkan PETRONAS tidak adil. Untuk pengetahuan semua pekerja PETRONAS merupakan pekerja yang mempunyai gaji paling sedikit di dalam bidang industri minyak dan gas, Ini telah pun diumumkan oleh CEO PETRONAS.

Hal ini berlaku kerana pekerja PETRONAS telah di ingatkan bahawa mereka hanya bekerja dan membantu kerajaan sahaja.

Cukai sebanyak hampir 70% dibayar kepada kerajaan atau dengan kata lain setiap rakyat Malaysia berhak mendapat RM3ribu setiap orang. Jika hendak dibandingkan dengan SHELL mahupun EXXONMOBIL gaji pekerja PETRONAS hanya setengah daripada syarikat ternama ini.

Maka tidak adil melabelkan PETROANAS tidak adil.

PETRONAS telah membayar kepada kerajaan hasil rizab telaga minyak kerana membenarkan PETRONAS menggali minyak di Malaysia. Terpulang la kepada kerajaan bagaimana mereka menguruskan duit yg PETRONAS berikan??

ADMIN : SAYA CUBA BACA SEMULA ARTIKEL UZAR, TIADA PULA UZAR MENYALAHKAN PETRONAS DI MANA-MANA. MEMANG SUDAH DIKETAHUI KAKITANGAN PETORNAS PUNYAI GAJI TERKECIL DI DALAM INDUSTRY.

ARTIKEL UZAR MEMFOKUSKAN KEPADA DUIT YANG DIBERI KEPADA PETRONAS KEPADA KERAJAAN, KATA LAIN. URUS TADBIR OLEH KERAJAAN YANG UZAR FOKUS UNTUK DIPERKEMAS.
Quote
0 #33 IncikApiEs 2007-11-30 05:39
(Deleted By Admin : tiada kebenaran so tak yah bukti, pergi cari web lain, buang boreh je)
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 102 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Hasil Petronas, Caj PTPTN & Subsidi