Masalah PTPTN & Cadangan
Kaedah Islam
( Artikel ini telah diterbitkan di METRO AHAD, 30 Dis 07. Buka Di SINI )
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Laporan sebuah akhbar Melayu minggu lalu berkenaan PTPTN dan caj perkhidmatannya menarik perhatian saya sekali lagi. Laporan itu menyatakan Pengerusi PTPTN akan membawa isu caj ini ke Majlis fatwa Kebangsaan bagi ‘membersihkan' salah faham dan kekeliruan berkenaannya.

Saya amat menghargai hasrat Pengerusi PTPTN ini. Ia adalah tindakan yang amat wajar sekali, namun harapan, ‘hint' dan pendapat awal beliau mungkin boleh menyebabkan silap tafsirkan, beliau dilaporkan oleh akhbar ( Rujuk ) sebagai berkata :
‘‘Walaupun kami tahu caj itu caj perkhidmatan, tidak bertentangan dengan syarak, namun nama baik PTPTN mesti dipertahankan. Caj itu bukan riba tetapi adalah caj yang dikenakan selepas perkhidmatan diberikan,"
Kos Pentadbiran Yang Bermasalah
Kita semua mengetahui dengan jelas bahawa PTPTN menggunakan aqad pinjaman kepada para pelajar. Ia sangat jelas termaktub di dalam laman web PTPTN. ( Rujuk http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung)
Keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah Badan Kewangan & Perakauan Islam Antarabangsa (AAOIFI) (rujuk www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336)
Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR.
Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi
Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)
Malangnya, cara caj perkhidmatan yang dapat dilihat di PTPTN tidak menepati cara yang digariskan oleh majlis ulama dunia ini. Selain itu, fakta terpenting untuk difahami juga adalah, Riba tidak mengira samada dicaj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmtan diberikan. Ia adalah sama sahaja selagi mana caj dan kiraansedemikian diletakkan di dalam aqad atau kontrak pinjaman.
Cara Kiraan
Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 3 % dari jumlah pinjaman berbaki setiap bulan dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan yang halal dan sebenar sukar untuk diiktiraf oleh mereka yang benar-benar faham isu kewangan dan Shariah.
Malah formula kiraan caj perkhidmatan ini juga bersifat ‘reducing balance' dan ‘monthly rest'. Formulanya kiraan caj perkhidmatan seperti berikut (rujuk http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_l_id=PUB.1.150 )
Kos Pentadbiran Bulanan = 3 % x baki jumlah semasa x 1/12
Cara kiraan ini adalah hampir serupa dengan kiraan pinjaman Riba dalam pinjaman perumahan di bank-bank konvensional, bezanya ia lebih murah dari kadar riba bank konvensional yang bersifat komersial itu. Sebutan mudahnya, setiap bulan sejumlah riba akan diambil dari peminjam berdasarkan baki ‘outstanding balance' dalam bulan tersebut.
Bagi memberikan kejelasan dalam cara kriaan, katalah pinjaman saya seperti berikut :
Jumlah Pinjaman Pelajaran : RM 19,500 ( pinjaman penuh aliran sastera di IPTA untuk 3 tahun)
Tempoh bayaran semula : 120 bulan ( sebagaimana ditetapkan )
Caj Perkhidmatan : 3 % = Jumlah keseluruhan untuk 120 bulan = RM 3821.38
Cara kiraan penuhnya, anda boleh masukkan info di capaian halaman berikut :
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/loan_calc
Alternatif Cara Islamnya Bagaimana?
Mesti ramai yang meminta cara alternatif sejurus saya mengutarakan kritikan ini. Sebenarnyam adalah rumit untuk saya mengutarakannya di sini kerana ruang yang terhad dan kesuakaran menerangkan melalui tulisan.
Namun saya cuba menuliskan semudah dan seringkas mungkin, yang pasti tiada dharurat untuk menggunakan sistem kiraan dan aqad pinjaman dengan caj perkhidmatan begini, ini kerana terdapat cara lain yang disepakati menepati cara Shariah dan diiktiraf oleh Ulama seluruh dunia. Ia adalah seperti berikut :-
a- PTPTN perlu mendapatkan hak milik ke atas beberapa tempat atau ‘seat' di IPTA dan IPTS. Sebagai contoh pihak PTPTN mengadakan MOU dengan Universiti tempatan untuk menempah dan menyewa 1000 kelayakan untuk belajar bagi setiap universiti. Aqad Ijarah akan ditandatangani oleh PTPTN dan Universiti terbabit. Ia dinamakan sewa ‘intangible asset' dan telah disahkan menepati hukum Shariah oleh ulama sedunia.
b- Dengan termeterainya aqad ini, PTPTN sudah dianggap sebagai pemilik 1000 tempat belajar di UIA, UM USIM dan lain (contoh).
c- Setelah itu, apabila ada pelajar mendapat surat tawaran dari mana-mana universiti yang disebutkan tadi. Setiap pelajar yang mendapat surat tawaran ini boleh dan berpeluang untuk menyewa dari PTPTN salah satu dari 1000 tempat yang telah ditempah oleh PTPTN dari Universiti tadi. Melalui cara ini, bermakna proses ‘sub-lease' telah berlaku.
Iaitu Universiti menyewakan tempat kepada PTPTN, dan kemduian PTPTN menyewakan kepada Pelajar dengan harga sewaan yang fleksible menurut formula tertentu. Jumlah sewaan pula boleh di selesaikan oleh pelajar selepas tamat belajar. Ia tiada sebarang masalah dari sudut Shariah. Banyak lagi perkara teknikal di sini dan sukar untuk saya jelaskan semuanya. Namun, perlu difahami, ia boleh diuruskan menurut Shariah menlalui aqad Ijarah.
d- Hasilnya, PTPTN akan perlu membayar sewa kepada Universiti atas aqad Ijarah. Jumlah ini termasuklah jumlah yuran pelajar terbabit.
Itulah secara ringkas proses yang boleh dilaksanakan untuk memperkenalkan sistem pembiayaan pendidikan secara Islam, malah produk seperti ini telah pun dilaksanakan di beberapa buah Institusi Kewangan Islam di timur Tengah. Maka bertepatan dengan hasrat Malaysia untuk menjadi Pusat Kewangan dan Perbanakn Islam Sedunia. Langkah kreatif ini wajib diambil.
Malah jika, ada pihak merasakan sukar untuk dilaksanakan proses ini. Cara aqad Bai Tawarruq yang digunakan secara meluas di Timur Tengah juga boleh difikirkan. (Rujuk www.zaharuddin.net )
Kesimpulan
Ilmu yang tersedia ada di dalam khazanah Fiqh Islam mampu dihidupkan kembali dengan pendekatan baru jika ada yang benar-benar serius menggali dan mengusahakannya. Saya yakin, rakan-rakan tenaga pakar Kewangan Islam dan Shariah di UIAM dan lain-lain IPT berbesar hati untuk membantu PTPTN menstrukturkan kaedah pembiayaan pendidikan baru yang diiktiraf oleh para ulama seluruh dunia. InshaAllah.
Apapun, kerjasama dari pelbagai pihak amat diperlukan, terutamanya pihak Universiti itu sendiri. Tanpa persetujuan Universiti untuk bekerjsaam melaksanakan struktur ijarah ini. Kaedah baru ini akan terbengkalai dan masalah riba pasti akan berterusan. Moga Allah menyelamatkan dan menyedarkan kita dari dosa Riba yang tidak berbau itu.
Saya juga amat berharap para mufti dapat menilai sebaiknya semua isu Shariah dan fatwa-fatwa antarabangsa yang telah dibuat tentang caj sebegini sebelum mereka membuat sebarang ijtihad kelak.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
27 Disember 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
PTPTN Ujrah= 1%
Total loan = RM28,000.00
Tenure (tempoh) = 15 tahun
REMEMBER ! Even 1% is based on 12 month..
Thus, 1% devided by 12 month = 0.083 (ok..acceptable because of caj perkhidmatan etc/ perjanjian 2 pihak)
Next, 0.083% x RM 28,000.00 = RM 2,333.00
This is the part where the RIBA really crazy..
RM 2,333.00 x 180 month (15yr) = RM 42,000.00 !!!!!!!
THAT IS DOUBLE YOUR LOANS !!!! TAK PERCAYA VISIT LAMAN WEB PTPTN DAN CLICK CALCULATOR..
haiihh...kita nak sokong melayu...tapi melayu pon haprak!
Please...all of us lets loud it clear..PEOPLE'S POWER! change to Islamic!
1 perkara yang menjadi pegangan saya : HUTANG WAJIB DI BAYAR! wang tersebut yang telah biaya "makan" & "pengajian" saya. saya takut dengan azab yang Allah janji slps mati nanti! wallahualam.
sy peminjam ptptn batch 2004, dlm proses penukaran dr 3% ke Ujrah 1%. sy tanya kat official forum KPT psl caj perkhidmatan kalau settlekan bayaran awal (e.g. tempoh ditetapkan 15 thn tp nak settle dlm 10 thn, hajat sebenar nak settle dlm 7 thn je). jawapan ptptn: bayar caj tetap utk 15 thn wpn settle awal. mcm tak adil utk sy sebab pinjaman sy rm24.5k (tempoh byr balik 15 thn utk
dividen SSPN 4% setahun,halal @ haram??
Jika anda fikirkan hubungan antara PTPTN(Kerajaan) dan peminjam (Rakyat)logikny a ini menyediakan situasi "win&lost" diantara kedua belah pihak dimana keputusannya Kerajaan akan "win" dan rakyat akan "lost". Mengapa? Cuba anda fikir,kerajaan memberi pinjaman,apabil a peminjam sudah bekerja peminjam perlu mabayar balik pinjaman sedangkan secara hakikatnya peminjam juga "bekerja" utk negara bukan sekadar bekerja untuk dirinya sahaja. Maka disamping peminjam membuat keuntungan utk negara,rakyat juga terpaksa membayar balik pinjaman kepada kerajaan. Maksudnya kerajaan tidak sesekali menanggung kerugian sebaliknya mengaut keuntungan berlipat ganda. Secara tidak langsung kerajaan mendorong anak bangsa berhutang.Oleh itu bagaimana isu Ah-long kerajaan nak banteras sedangkan kerajaan itu sendiri secara halusnya ialah Ah-long. Ini merupakan taktik kotor. Anak bangsa sudah boleh berfikir. Bukan utk membangkang membuta tuli tetapi membangkang utk kebaikan. FIkirkan?Mahu berdiskusi dengan lajut email saya.T.K
tahniah pd ustaz cz ketengahkan isu ini..kami student ni blm mempunyai kerja tp hutang dh keliling pggang..bkn kami xnk byr tp mlampau sgt byknya bunga..cukup la kami byr yg kami pakai jek..smoga pihak kerajaan sedar..kami blaja untuk ngra..jgn terlalu manjakan plajar JPA & kmi yg PTPTN ni ditekan..kami warga malaysia gak
hairan kenape masih tidak ade tindakan dari ptptn..
ape lg yang diorang mahu kan?
susah payah ustaz memberi alternatif ini..tp mereka masih dgn alasan yg sama?
UZAR : TIDAK BENAR, CDGN SAYA DIBUAT ADALAH PADA AWAL BULAN APRIL DAN BUKAN DISEMBER 2007.
HASIL DARI APA YANG SAYA BAWA, DATO ZAHID TELAH ARAH JAKIM KAJI DAN BAWA DALAM MAJLIS FATWA.. LALU ISU PTPTN TELAH DIBINCANG PADA 7-8 MEI 2008 YANG LALU (DEMIKIAN MENURUT SEORANG MUFTI KEPADA SAYA), NAMUN MAJLIS FATWA HANYA BERI KEPUTUSAN PTPTN PERLU DIPERBAIKI DAN MEREKA TAK BERANI SEBUT TERUS TERANG HARAM, NAMUN TIDAK DISIARKAN AKHBAR.
Betul tak Ustaz?
uzar : YO, MAKCU
Masalah ptptn ni entah bila nak abis pun tak tau.. saya dah bayar separuh dari pinjaman, lepas tu setahun x bayar. Pinjaman yg lagi separuh x bayar tu dah bertambah-tambah lagi...
Nak wat potongan gaji, gaji cukup2 makan...Ptptn lak bertambah banyak..
komentar tentang ptptn ni tak tersebar meluas ke di 'mata' orang2 atasan ptptn (ptptipu) ke ? atau mereka ni tahu tapi buat2 tak nampak dgn hukum2 islam..? pihak tertinggi terutamanya.. beliau seorang muslim ke islamic man? dikatakan MALAYSIA ni islamic country tapi takde benda yang nampak pure islamic pun..
ustaz... ada tak inisiatif kreatif untuk me'nampak'an orang2 ini tentang peripentingnya syari'ah islamiah ni?
saya sempat pinjam ptptn 2 sem jer.. so total saya pinjam rm7000.. itu masa tahun 2003. tapi sekarang dah 2008, saya tak habis belajar lagi.. kos pengajian semua parents yang tanggung.. datng penyata ptpt-pu, pinjaman saya dah jadi lebih dari yang saya pinjam.. huhuhu... sedih..sedih... memang tak patut.. riba..riba..
ADMIN ; NAMUN PETRONAS BELUM BAYAR ZAKAT JUGA
Kepada Zal, info awak bg tu silap. Bukan 36% setahun, silap tu. Ok, katakan balance pinjaman awak ada RM10k. So next year punye 'caj perkhidmatan' camni = Rm10k x 3% = RM 300 setahun. Jadi, caj perkhidmatan untuk seblan ialah RM 300 / 12 = RM25 sebulan. Saya tau sbb saya dh kira camne 'caj perkhidmatan' PTPTN tu. Xcaya cube awak tengok penyata awak balik. Walau apapun, ia tetap HARAM kan ustaz?
masa saya mula2 masuk ipta dulu, saya tak tau pun pasal riba n ambik je la ptptn. lepas habis blajar baru tahu pasal ni. benda dah jadi, apo nak dikato...semoga Allah mengampuni saya..
so kesimpulannya kami student yg pinjam ptptn ni jg bdosa la?
tp ape lg jln yg kami ade.cm ni je yg dpt bantu kami utk kami lanjutkan plajaran dan seterusnya mningkatkn taraf hidup diri dan keluarga kami.nk harapkn biasiswa?kirim slm je la..
kami xde plhn lain selain ptptn..
ADMIN RAFAEL NADAL : PALING TIDAK PUN BAYAR POKOK YANG DIPINJAM, JIKA TAK BAYAR, JIKA MATI AKAN SUSAH.
SORRY UZAR...BERGURAU SIKIT
RSS feed for comments to this post