Kewangan Yuran Sekolah Di Tahun Baru 2008

Yuran Sekolah Di Tahun Baru 2008

  • PDF
(16 votes, average 4.44 out of 5)

Yuran Sekolah Di Tahun Baru 2008

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Tanggal 1 Januari 2008, hari ini saya mendaftarkan anak kedua saya memasuki tahap satu di sekolah kebangsaan.

Isu yuran sekolah yang diwarwarkan sebelum ini akan menjadi percuma semasa belanjawan yang lalu nampaknya menjadi isu di kalangan ibu bapa yang mendaftar anak masing-masing.

Yuran Sekolah Dimansukhkan dan Pendidikan Percuma?

Benarkah pendidikan percuam mulai 2008 sebagai yang diistiharkan oleh Pak Menteri seperti di link ini.

Rupa-rupanya yuran sekolah yang dimansukhkan hanya bernilai RM4.50 sahaja. Tak apalah, boleh juga dibeli nasi sebungkus dengannya. Terima kasih juga atas pinjaman buku teks bagi semua.

Ketika anak saya sedang berada di dalam barisan pelajar baru, saya disapa oleh seorang guru sekolah berkenaan yang mengenali saya. Setelah bersembang beberapa ketika, beliau menyatakan komen beliau tentang yuran :

"Nampaknya mungkin kami kena standby nak kena tumbuk la hari ini, ramai ibu bapa yang belum tahu yuran tambahan lain akan tetap ada"

Semasa saya mendaftarkan anak saya senarai ‘bayaran tambahan' dilekatkan di pintu kelas. Jelas tercatat bayaran terbahagi kepada 3 kategori iaitu:-

a- Bayaran Wajib : antara itemnya adalah

Kertas Ujian :                RM 8

MSSM/MSSD               RM 2

Aktiviti Agama               RM 8

Sukan Tahunan             RM 8

Kokurikulum                 RM 3

b- Bayaran Sumbangan

PIBG                                        RM 25

Majalah Sekolah                        RM 10

c- Pembelian Peralatan Sekolah

Keseluruhan item                     RM 57.90

Keseluruhan yuran anak untuk masuk tahun pertama : 123.40

Yuran sebanyak ini menyebabkan beberapa orang bapa me'membebel' di luar bilik kelas semasa beratur menunggu pembayaran. Macam-macam cerita dikeluarkan, ramai juga ibu bapa yang turut mengangguk-angguk semasa mendengar, ada juga yang sekali sekala menyampuk menambah perisa komentar.

Dari ramai-ramai yang merungut ada seorang bapa yang menjadi tekong membuat ceramah tidak puas hati tidak rasmi diluar kelas. Mendengar apa yang dikatakan, banyak juga benarnya.

Sumbangan Yang Diwajibkan?

Jika merujuk kepada senarai bayaran di atas, bahagian ‘B' dikatakan ‘sumbangan' tetapi bila saya bertanya kepada guru kelas yang menerima bayaran samada ia boleh tidak dibayar, guru menyatakan ia wajib encik.

Hmm.. ditulisnya di atas sebagai ‘Sumbangan' tetapi wajib pula? Jika wajib ia bukan lagi sumbangan. Mungkin di sekolah anak anda berlainan, tetapi demikianlah di sekolah anak saya.

Pak Menteri mengatakan bayaran tambahan ini tidak wajib, tetapi para guru di sekolah menjadikannya sebagai wajib. Bagaimana ye? Cuba baca di sini.

Malah bapa yang menjadi tekong tadi terus mengkondem kerana dikatakan anaknya sudah 4 orang bersekolah di situ tetapi satu majalah pun tidak diterimanya. Malangnya setiap tahun dia dikehendaki membayar harga majalah ‘ghaib' itu.

 Bagi anak pertama saya pula, kami perolehi majalah sekolah tersebut tapi malangnya majalah tersebut kelihatan melampau-lampau dalam persembahannya kerana menggunakan kertas tebal licin lagi mahal, sedangkan kertas biasa sudah memadai dan mampu mengurangkan kos RM 10 yang dikenakan. Majalah tersebut juga amat kurang manfaatnya bagi kami. Jika diberi pilihan sudah tentu kami tidak akan membelinya. Dari sudut hukum Fiqh, ini termasuk dalam satu jenis paksaan dalam jualan yang tidak diizinkan oleh Shariah.

Beban Berganda

Majlis ceramah tidak rasmi para bapa itu juga kelihatan merebak ke para ibu yang hadir. Mulalah semua menyumbangkan rungutan masing-masing terutamanya apabila bercerita berkenaan kos buku tulis, kos beli baju sekolah anak, dan sekarang yuran-yuran sekolah yang disangkakan tiada pula.

Jangkanya apabila diumumkan tiada yuran sekolah, semua jenis yuran-yuran ini akan ditanggung oleh kerajaan, rupanya hanya RM 4.50 sahaja. Tidak puas hati dengan keadaan ini, bapa tekong tadi mula mencongak berapakah pendapatan kepada sekolah dari yuran terkumpul .

"Bayangkan RM 123.40 di kalikan dengan jumlah pelajar tahun satu seramai 450 orang", katanya.

"Apa pula yang PIBG buat untuk kita?, mahal-mahal kita bayar RM 25 setiap tahun kepada mereka" Rungutnya lagi.

"Tahun ini pastinya barang, dan minyak naik harga lagi, kasihan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana." Kata bapa ini lagi.

Ceramahnya berlanjutan dari seorang ke seorang hingga meleret-leret hingga bercerita berkenaan kekayaan Menteri Besar Selangor pula.  Lucu pula saya melihat gelagatnya.

Demikianlah hari daftar pertama sekolah di awal tahun baru. Saya faham ada guru yang serba salah dengan hal ini dek kerana politik orang atas, mereka mungkin mendapat nama yang buruk akibat salah faham ini. 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

1 Januari 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #69 cikgula 2008-11-20 02:09
Assalammualaiku m w.b.t
Ibu bapa dan penjaga mestilah standby setiap bulan untuk pembayaran yuran dan buku tulis anak di hujung tahun.Tak dapat banyak sikit pun tidak mengapa demi untuk pembelajaran anak-anak mereka.Jadi, tak lah kelam kabut terutama yang anaknya ramai. Apapun pembelajaran anak mesti diutamakan biar mahal sekalipun kos yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga. Selamat tahun baru 2009.
Quote
0 #68 tak puas hati 2008-11-17 07:15
:D knpa ambl yuran PIBG terlalu mahal sampai rm40 1 keluarga, bila mesyuarat agung sekolah yg dapat cabutan bertuah adalah kalangan sekolah bkn ibubapa, sedangkan ibubapa ramai yg dtg, tetapi ... seperti ada muslihat disebalik cabutan itu...
Quote
0 #67 Guest 2008-06-12 01:45
hmmm... insyaallah kalau bersedia sepjg thn, mungkin parents berpendapatan sederhana ke atas dpt sediakn bajet mcukupi utk anak2 msk sekolah. ramai yg mampu subscribe astro tp merungut pula bila kena byr yuran sekolah. kpd yg benar2 berpendapatan rendah & ssh, tidak boleh ke dikecualikan atau diberi subsidi.
Quote
0 #66 elf 2008-06-09 00:02
Assalamualaikum wbt..
aduh... wat aper nk bising2 pasal yuran free tipu tu...pada guru pedalaman, mmg la kita bersyukur ttg yg k'jaan bg tu, walau pun RM4.50 free. syukur sgt2. tapi kurang2nye pak menteri jgn la memutarbelitkan fakta dgn mengatakan "tahun dpn yuran sekolah sumer free" ni dah disalah tafsir oleh sekalian penduduk bumi khususnya ibu bapa. kita byr yuran pun ikhlas, bkn x ikhlas. cuma biarlah apa yg dibyr tu berbaloi dgn apa yg anak2 dpt. so, MORAL OF THE STORY...Yang korang pandai2 g undi BN tu apesal???? :-? DAh tau yg k'jaan byk makan duit.X jga kebajikan rakyat.. (kalau jga, nape harga myk naik 3x setahun?)malah lebih mahal dr singapore.sedangkan kita pengeluar minyak... singapore impot myk :eek: .. adei.. nape la rakyat ni x paham2.. kesian la kat org2 yg berpendapatan sederhana, n rendah. myk naik, brg naik, anak 4,5 org.. nk makan ape? ni nk wat naye kat rakyat nih!!! !! PRU nanti, jgn pk 2x utk pangkah barisan alternatif yer. kalu x nk sokong pas pun, pangkahlah PKR atau selainnya, demi kepentingan bersama.Anwar Ibrahim dah janji, kalau dia yg memerintah, no1 dia wat, wat turun harga myak...Pakcik makcik sekalian x pakai kereta ker??? lani, RM10 = 3liter. myk motor pun x penuh dgn 3 liter. so skrg nk isi myk at least RM30 baru naik sket.adei.. naye ni..org byk duit,mcm pak2 menteri x per... diorang x rasa sesusahan rakyat. nk mampus kan rakyat lg ader la.ni, kita ni, sbg rakyat kenapa pilih BN dah tau byk pak2 menteri makan sedap, makan chiken chop,stik sedangkan rakyat makan nasi lauk telur mata kerbau, kuah kicap hari hari.. student2 IPT plak makan maggie hari2.. x kesian ke??ni gara2 myk naik, so brg2 pun abih naik.melampau betul. walaupun sy bkn ckgu, tp sy berkeluarga, anak seramai 4 org yg masih kecik2. bila brg naik 4,5 kali.. gaji baru naik 1x.. then brg naik lg 3,4 kali.. bkn ke sama jer tu maknanya. dah la tue, bonus x bg untuk tahun lepas. mmg sy x leh nk terima hakikat x dpt bonus sbb dgn duit bonus tu ajer la sy blh bli bju anak2 dan sy tau org lain pun byk bnda nk buat ngan bonus akhir tahun.kan,kan,kan??? so, jgn berfikir sejengkal dgn mengundi BN. pakcik makcik pikir la, dgn undi BN, bahagiakah kita? nape plak BA x dpt beri kebajikan pd rakyat. andai BA memerintah, mrk pun akan jga kbjikan rakyat sbb keuntungan negara dok d tgan mrk.mrk pun blh bri kmajuan. ambik cth kelantan... ramai org kta, klantan negeri miskin, x de pembangunan... wahai hamba Allah sekalian, anda dipersila-silakan datang ke bumi kelantan yang aman dan makmur lagi sentosa ni, lihatlah sendiri kemajuan kelantan dibawah pimpinan tok guru. kelantan negeri yg diwar-war kan sbg negeri miskin,ada TESCO, ada KBMall, Pacific, ada Billion, nanti akan dibuka pelangi Mall n Giant... Apa yg miskin lg? Rakyat??? Rakyat di negeri lain berlambak2 lagi yg jauh lbh miskin.Tok guru dah wat mcm2 perubahan di kelantan. Hanya org yg buta n pekak shj yg kata xder perubahan di kelantan.Moga2 Allah membukakan pintu hati umat manusia agar lebih bijak membuat pilihan pd plihanraya akan dtg. demi utk kepentingan rakyat. bkn utk kepentingan pak2 menteri. amin...
Quote
0 #65 Org Kite 2008-05-17 08:19
Sebenarnya perkara free ni menunjukkan kemajuan ekonomi negara.. ambil skop yg lebih kecil.. Yayasan Ai-Bukhori.. boleh memberi perunutukan tuisyen percuma kepada pelajar sains tulen dgn membayar elaun kepada guru yg terlibat.. itu menunjukkan pengasas yayasan telah menunukkan peningkatan dalam perniagaan.. untung byk.. apa salah tolong orang.. Malaysia kalau ekonomi kukuh, mesti duit banyak masuk.. setakat nak bagi subsidi atau percuma kepada rakyat apa salahnya.. lagi banyak free maksudnye ekonomi negara bertambah hebat..
Quote
0 #64 guru pedalaman 2008-02-13 15:50
salam,
ini kali pertama saya melawat laman web ni tertarik juga utk berbincang ttg topik yg masih hangat sampai ke hari ini. Saya adalah seorang guru yg telah hampir 15 tahun mengajar di kawasan pedalaman sabah walau pun berasal dari semenajung dan terlibat secara langsung dalam soal yuran ini krn memikul amanah sebagai PK HEM di sekolah. Rata-rata pelajar kami yang seramai lebih kurang 1700 org adalah dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. isu yuran ini bukanlah masalah utama kami di sini walaupun kalau difikirkan betul2 golongan ibu bapa ini lebih kecil; pendapatan dan lebih susah hidup daraipada ramai kita di semenanjung sana. ramai yg bising ini hanyalah mereka yg tau-tau sedikit tapi cuba nak tunjuk hero macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung. bersyukurlah dgn apa yg diberi pada kita selama ini, bayaran tambahan yg dikenakan itu sebenarnya tidak cukup utk pihak sekolah menjalankan segala aktiviti tambahan untuk meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah anak-anak kita di sekolah. kalau nak harap peruntukan dari kementerian bolehlah untuk laksanakan aktiviti pembelajaran di kelas sahaja tiada aktiviti2 lain. anggaplah bayaran itu sebagai sedekah krn semuanya itu hak Allah bila2 masa boleh diambil balik. Kalau sumbangan yg diberi itu tidak ikhlas nanti ilmu yg diperolehi anak2 kita tu jadi tak berkat itupun kalau dapat. fikir lah balik.....
Quote
0 #63 Shidi 2008-01-31 15:59
Kerajaan PAS kelantan walau pun hanya mempunyai skop kuasa yg sgt kecil dan terhad mampu tutup MAGNUM dan SPORT TOTO dan byk kedai2 arak.Kerajaan ISLAM HADHARI ada kuasa lebih besar (Pusat) tak mampu lakukannya? Pelik...ISLAM HAD HARI
Quote
0 #62 Anakhalal Taiping 2008-01-31 15:55
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." - al-Hujurat: 6

Bersamalah menghayatinya demi perubahan halatuju kehidupan di negara Malaysia tercinta.
Quote
0 #61 murid tua 2008-01-30 15:54
AsSalaMualaikum . Sy trgelk baca tulsn guru daif. smmangny naif betul cikgu ni. xtau sy dia ni cikgu pas normal, lepasan harian, maktab atau u.sy kalau ade duit sy antar anak ke sek swasta. sebab xde duitlah. xdtg pibg bkn sbb mlas tapi xde duit, kena krja kais pg mkn pagi, kais ptg mkn ptg.

xde cikgu yg di bwah garis miskin apelagi fakir, jdnya murahlah yuran tu pd ckgu. ckgu kata dpt buku free sptutnya brsyukur. bukan masalah syukur, tapi keadilan, mrk yg bruang, gaji blnan 5000 keatas anak sorang dua, mmg xpatut dpt buku & yuran free. ptutnya hanya yg bwh kategori fakir dan miskin saja yang patut dpt.

samalah dgn subsidi minyk. org seang dibntu sbb org senang je yg ade kreta. org sush naik bas, basikah & jln kaki paling-paling naik motor. jdnya xadil. kt lain, bntuan xdiberi tdak pd yang hak. sblum pak lah isytihar bbudak yuran prcuma, xdelah kecoh sgt. yg bising hanya org miskin yg xupaya. org mesekin mcm nilah yg patut dpt bntuan.

Duit kebajikan masyarakt tu beri pada mrk bukannya mcm azalina beri 27juta pd MNCF buat Le Tour de Langkawi yg xde faedah tu. atau mcm rais yatim buat pesta perayaan [censored] abis bejuta juta, klau bininy kt xbgus, abis pgwai kena marah dlm poscab. duit tu seme duit rakyat yg lebih baik dgunakn utk modal insan yg di pm tekan.

kalau cikgu daif nyalahkn ibubpa sbgai xbrsyukr, dah kasi free masih banyak songih, cikgu salah. pilah blajar lg. sy kalau kena bayar rm100 sbln pun sy xkesah sbb saya gaji besar dan akag sorang, tp adik sy anak tujuh, jd pmandu. sorg lagi anak lima jadi par n1, suru pun sipi sipi, mrk nilah yang menjerit dan mereka nilah yang patut dibantu. mrk xpi pibg mtg takut miss suru.

cam tulah cikgu daif oiiiiii. saya stuju dengan tulisan guru sekolah. sy rasa UZAR pun stuju, adil hanya berlaku apabila kita memberikan kepada yang hak. Dlm hal ni walaupun gajinya rm10,000 tp kena tanggung 10 anak, 3 cucu, mak dan ayah serta adik yang cacat, dia masih perlu dbantu.

sori cikgu daif, jgn buat-buat naif

sekian, terima kasih.
Quote
0 #60 tak sedih 2008-01-26 16:19
kepada sedih apa guna rakyat bayar cukai kalau tak digunakan dijalan yang betul. fikir-fikirkan.
Quote
0 #59 Abu 2008-01-24 23:31
Walaubagaimanap un ianya sudah menjadi satu Public Relations (PR) disaster...
Quote
0 #58 Ummu Amir 2008-01-24 20:17
Pasal Pemansuhan yuran sekolah ni , kalau masa bentang bajet hari tu pm terus bagitau amaun yg kena potong tu RM 4.50- 9.00 tentu isunya tak jadi besar n mengelirukan..hatta saya sendiri pun ingatkan dh takde yuran apa2 yg dikenakan kepada para ibu bapa yg terlibat ni. Biasanya tempat saya ni kalau hujung tahun ramai la ibu tunggal datang nk mengadu duit tak cukup nk bayar yuran sekolah anak terutamanya ibu tunggal yg tak ada pendapatan atau berpendapatan rendah..tapi hujung tahun 2007 memang tak de yang datang..mungkin mereka ni faham x kena bayar juga.Tambahan pula di sokong oleh menteri pelajaran sendiri yang bagi tau ttg pendidikan percuma..."pendidikan secara percuma mulai tahun depan"-

Jadi siapa yang silap dalam hal ini? Sebab itu lah setiap kenyataan perlu lebih jelas dan teliti sebab bukan semua rakyat jelata boleh faham apa yg tersirat n yang tersurat , bukan apa untuk megelakkan kekeliruan.

Bagi yang mampu hantar anak ke sekolah swasta -anda sudah terkeluar dari isu ini sbb anda mampu. Yang kecoh-kecoh ni bg yg tak mampu...tp bg yg buat2 tak mampu tu tolong insaf2 la sikit.

Jadi disarankan lain kali penjelasan tu perlu lebih terperinci

KOMEN UZAR : ITU LAH ISU KITA HARI INI, BUKANNYA KITA TAK MAHU BAYAR YURAN UNTUK ANAK DAN SEKOLAH, CUMA DIGAMBARKAN IA AKAN JADI FREE SEBELUM INI. ITU SAJA ISUNYA
Quote
0 #57 realitycheck 2008-01-23 21:21
orang kita ni semua nak free,itu masalahnya,nak free,suka komplen,masuk pibg tak mau,komplen belakang,nak bayar utk anak sendiri pun susah.tgk bangsa asing,tak komplen pun.zaman sekarang bukan zaman mcm dulu,kena berubahlah mentaliti kita orang melayu ni.
kenapa tidak dari kita komplen tak habis2,kita anggap sebagai cabaran untuk mendidik anak2?cakap memang senang,memaaaaa ang senang.
Quote
0 #56 Abu 2008-01-15 20:56
Jawapan untuk Isu yang dah selesai kot ?

"lihatlah sendiri selama ini, ceramah2 mereka banyaknya mengumpat,mengu tuk,menfitnah mencaci bukannya banyak ceramah ilmu membangunkan ummat."

Minta dapat berikan link atau website yang boleh mengesahkan ayat anda...

Kalu bab caci mencaci , tendang menendang saya nampak dari satu parti je .

Sila copy&paste dan layari link ini ;

1) Di Persidangan Dun Kelantan ( Tajuk : Mat Rempit di Dun Kelantan )
youtube.com/.../

2) Di Persidangan Dun Terengganu (Tajuk : Menteri Biadap)
youtube.com/.../

3) Aksi Menteri Besar Pahang
youtube.com/.../

Terima Kasih
Quote
0 #55 Abu 2008-01-15 18:27
Saya amat bersetuju dengan apa yang di katakan oleh Anak Halal Taiping...apa-apa pun kita mesti mengubah diri kita...Mari sini saya masukkan satu quote yang saya copy paste dari nukilan webbers yang lain ( menamakan diri beliau Chepa yang quote pula dari orang lain )

"Dzun Nun al-Misri, the great muslim saint used to say as? when I was a young man, I prayed to Allah to give me courage and strength to change the world, when I reached middle age, I prayed to Allah to give me courage and strength to change my my family, and now I?m an old man and I pray to Allah to give me courage and strength to change myself?

Sangat berkesan di hati saya ayat tu...PERTAMA SEKALI MARI KITA CARI ILMU...contohnya dengan membaca artikel Uzar ataupun dengan cara lain ( apa-apapun kena ada guru yang di yakini )...


Bercerita pasal pilihanraya yang makin hampir ini , izinkan saya forwardkan satu nukilan seorang pengunjung website yang menama diri beliau sebagai Nawi.

"my personal view.. what is PILIHANRAYA..? everyday we face a PILIHANRAYA.. choosing to eat, choosing a right lane, choosing a right parking space, choosing a right clothes, choosing a right words..etc?PRU is only a mean of selecting OUR REPRESENTATIVE. What / whom should be a REPRESENTATIVE? in the AL-QURAN.. there is lots of AYATS that describing details about the leadership, management & issues related to it.. i didn?t mean that all malaysian should relay to what i stand.. but if all this years, we ourselves.. voting for.. maybe for.. something lah..so be grateful.. but if u vote only for PARTY sake without knowing what the PRINCIPLES OF THE PARTY.. plz be CONSCIOUS.. because.. VOTING is actually an AKAD.. i believe in all RELIGION there is an AKAD.. especially refering to MARRIAGE.. when u vote for someone.. its actually BER-AKAD to someone, give him a POWER to a person or organisation to represent u in a period of time..

VOTING IS NOT JUST ABOUT MAKING ?X? MARKS IN THE BOX OF KERTAS UNDI TO WHOM U WANT TO REPRESENT U..
IF U VOTE someone.. the AKAD will goes like this = DENGAN INI AKU SERAHKAN KUASA INI KEPADA SI-ANU UNTUK MEWAKILI AKU DI PERINGKAT KAMPUNG/MUKIM/JAJAHAN/NEGERI/NEGARA. MAKA DENGAN KUASA INI, AKU MENYERAHKAN KEPADA SI-ANU UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN/CADANGAN DAN PERKARA2 YANG BERKAITAN DENGAN PEMERINTAHAN. SEGALANYA ATAS TANGGUNGJAWAB SI-ANU UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN. DENGAN INI AKU SERAHKAN KUASA KEPADA SI-ANU. >> in ISLAM.. whatever done by the REPRESENTATIVE, the people who vote for him will share every bit of goodness & badness that the representative done.. that is where the concept of voting for the RIGHT PERSON will give u FREE PAHALA and voting for the WRONG PERSON will give u FREE DOSA. that is what i learn & i comprehend.. and if i know there is someone or any party that goes with this stand.. i will vote for him/that party?

this is just a refreshment + my personal view.. if u guys find any good in it, plz take it.. "

Harap satu hari Ustaz dapat buat ulasan atau artikel mengenai kepentingan pilihanraya ( bukan siapa yang patut di undi nanti kontroversi...heheh ) kepada anak muda kerana terkini ramai anak muda yang tidak mahu mengundi kerana menganggap SEMUA ahli politik itu kotor...

Terima Kasih
Quote
0 #54 Pertanyaan untuk Salam 2008-01-15 18:02
"Kepentingan politik sempit" - saya nak tanyalah sebelum anda melemparkan tuduhan sebegitu ingin saya tanya selalunya dari manakah anda mendapat sumber-sumber begini yang menyebabkan anda berfikiran sebegini (Berita harian? Utusan?) Berapa luaskah tahap pembacaan anda terhadap segala ilmu yang ada? Apakah 2 buku "thought provokong" ilmiah terakhir yang anda baca?

Nak tahu je...
Quote
0 #53 Salam 2008-01-13 18:28
Salam, sokong pendapat Anakhalal Taiping. rancang kewangan dan tambah ilmu kewangan. ibu bapa yang betul2 susah nak bayar yuran (fakir miskin),sila tampil ke depan.. kita akan bantu melalui wang zakat. anda layak & boleh pohon zakat. yg mampu jgn nak mengada2 nak mainkan sentimen kebencian dan menangguk air keroh, utk kepentingan politik sempit. wallaualam.

ikhlas a
Quote
0 #52 Anakhalal Taiping 2008-01-13 17:59
Alhamdulillan saya dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata.

4 orang anak saya bersekolah tahun ini. 3 di sekolah kebangsaan (dan sekolah agama rakyat) seorang di PASTI. Untuk daftar PASTI saya keluarkan lebih RM400.

Saya redha demi pendidikan Islam. Malahan semua anak saya (kecuali yg bongsu) pernah belajar diPASTI. Sebelum ini tidak pernah terima bantuan buku Teks si sekolah kebangsaan. Cuma tahun ini dapat percuma.

Perbelanjaan persiapan untuk mereka mulakan persekolahan tahun di bulan Januari sahaja ini mencecah RM 3000 (dari A-Z). Itupun saya beli barang masa 'sale' dan di kedai pakaian biasa bukan di pasaraya jenama terkenal. Alhamdulillah sekali lagi saya dan isteri (tidak bekerja) telah merancang lebih awal perbelanjaan ini. Saya menyimpan RM250 sebulan dari Januari 2007.

Apabila sampai bulan Disember cukuplah RM 3000. Lega rasanya. Resepinya, menyimpan bukan berbelanja (yang tak perlu)

Dulu saya juga tak bijak merancang kewangan. Dari bujang sampai ke awal perkahwinan, wang gaji tak pernah cukup. Belajar di sekolah dan kolej dulupun tak ada sesiapa yang mengajar mengenai perancangan kewangan peribadi. Mak bapa, guru, rakan-rakan tak ada yang membantu sebabnya mereka pun sama, takmahir ilmu ini. Ilmu hutang piutang pandai sekali.

Saya pun pernah juga [censored] (seperti orang Melayu Islam [censored] lain) terlibat dalam MLM (tipu), saham, skim cepat kaya dan entah apa skim lagilah. Nak kaya cepat. Jadi saya bercakap melalui pengalaman. Walaupun umur di pertengahan 30an, tetapi alhamdulillah banyak juga pengalaman hidup yang dikutip.

Saranan saya buat ibubapa sempena Maal Hijrah, belilah buku perancangan kewangan yang banyak di pasaran. Antaranya keluaran CAP (Wang), Azizi Ali (Millionaires In Me, Millionaires form other Planet dan banyak lagi- terimakasih saudara Azizi, ilmu anda membantu saya), dan juga buku-buku lain yang anda rasa sesuai. Mulakan dengan berkata, Aku ni cetek ilmu kewangan, baiklah aku belajar segera supaya keluar dari kemelut kesusahan. Kemudian beli buku yang sesuai atau sertai majlis ilmu kewangan. Baca dan rujuk website perancangan kewangan Islam supaya apa yang dilakukan tidak lari dari syarak (seperti website ini). Amalkan dan nikmati hasilnya.

Jangan banyak merungut minta perubahan dari orang lain. Wang yang anda usahakan, anda lah yang paling berhak dalam penggunaannya. Gunakan dan simpan secara bijak untuk anda dan keluarga anda. Tunaikan zakat. Insyaallah banyak keberkatan hidup.

Jangan lupa bahawa kita semua adalah agen perubahan. Berubah dari tak elok kepada elok. Azam sempena Maal Hijrah ini yang saya cadangkan seperti berikut:

1. Berusaha untuk tambah ilmu mengenai perancangan kewangan peribadi.
2. Mula menyimpan wang untuk kegunaan apa sahaja di awal tahun depan supaya tiada keluh-kesah lagi.
3. Gunakan Bank-bank Islam sahaja untuk sebarang urusan kewangan. Elak Riba.
4. Guna hak sebagai pemilih untuk menukar pemerintahan dari yang membebankan dan menipu kepada yang pemerintahan yang diyakini boleh membawa kebaikan, contohnya PAS (belum cuba belum tahu). Beri peluang 5 tahun dulu dan lihat apa yang dilaksanakan. Kalau baik kekalkan, kalau tidak undi parti lain lagi. Kerana apa, kerana kita ada hak dan kita tidak taksub (maaf GULLATI - anda masih ketinggalan dari arus politik terkini dan sebenarnya anda malas nak berubah, masih di takuk lama. Kebenaran di depan mata anda).

Syukur kepada Allah.. atas rezeki yang dikurniakan.
Quote
0 #51 Segala-gala nya percuma ke, 2008-01-13 17:57
Assalamualaikum , cuba baca betul2 dan teliti teks dari abu...keratan akhbar... kerajaan kata bagi pendidikan percuma..bukannya PERCUMA 100%. ia meliputi percuma buku teks, yuran2 sekolah tertentu. bagi makan anak2 kita ikut RMT. bagi srkolah seles scr PERCUMA. tapi dia tak pernah kata SEGALA-GALANYA PERCUMA 100%. Ini adalah masalah bahasa dan sikap mentaliti kita yang mempunyai penyakit semua nak subsidi.

Anda dah silap faham kerajaan bukan nak bagi free 100%. Asal cakap free je, ingat semua 100% free.

Istilah bahasa ini tidak disertakan dengan niat, so janganlah kita sebarangan menfitnah berbohong tanpa kita menanyakan sendiri dan menyelidiki pada pak menteri tu. sebab sikap itu bukan sikap orang mukmin.

ikhlas a
Quote
0 #50 isu dah selesai kot? 2008-01-13 17:56
i think isu ni dah selesai, kalau tak silap kerajaan umunkan bg yg bpendapatan rendah boleh bayar ansuran serendah rm2 sahaja sebulan. saya yakin dgn kaedah ini geng2 pbangkang tetap tak puas hati. mereka akan pastikan sentimen kebencian kepada pemerintah itu tetap ada. mereka tidak boleh diam kalau kerajaan buat baik kat rakyat. alih2 mereka akan tuduh ada udang disebalik batu. kalau dah pembangkang cam gitula, keje dia bukan bangunkan ummah tapi mencari kesalahan pemerintah saja. lihatlah sendiri selama ini, ceramah2 mereka banyaknya mengumpat,mengu tuk,menfitnah mencaci bukannya banyak ceramah ilmu membangunkan ummat. tahniah ustaz uzar yg ceramahnya banyak kearah ilmu untuk islam tercinta.

Ali
Quote
0 #49 Sufi 2008-01-10 18:40
Selama ini mungkin ibubapa tak sedar bahwa merekalah yg membiayai banyak aktiviti anak mereka di sekolah.Kerajaan menyediakan infrastruktur,g aji kakitangan dan sumbangan asas.Kerajaan biaya tu banyak juga,katakan purata gaji kakitangan RM1500 sebulan.Untuk sebuah sekolah menengah yg ada 100 orang kakitangan kerajaan kene banyar RM150 000 sebulan,tu tak campur kos sumbangan asas lain.

Selebihnya makbapak le yg kene bayar.Tugas guru dan ajk PIBG lagi berat,mereka cari lagi duit untuk keselesaan aktiviti anak2 anda itu.Di sesetengah sekolah guru pun kene sumbang kepada tabung PIBG,tak banyak RM50 saja seperti sesengah yg berlaku.Kalau ada anak di sekolah tu guru pun kene banyar yuran sama seperti orang lain juga.ajk PIBG datang ke sekolah memantau aktiviti,mendap atkan sponsor dsb.Guru2 dan ajk PIBG ke sana sini,guna duit sendiri,duit minyak no claim tuu.Tak mudah untuk dapatkan duit tau.Untuk jalankan aktiviti dan pastikan anak anda cemerlang perlukan banyak duit tauu?

Kalau anda tak nak bayar datanglah mesyuarat PIBG,buat usul,tiada yuran,jika anda menang saya tabik.Tapi saya pasti kerajaan tidak akan biayai untuk aktiviti anak2 anda.
Quote
0 #48 Bersih 2008-01-09 02:39
Ikut irama lagu SM salim : 'Apa nak jadi..sampai sekarang bendera biru perintah lagi, Apa nak jadi...'

Ingat tanggungjawab Pemerintah Islam 'Tegakkan Islam, Mentadbir Negara dengan Islam..' Nescaya semua selamat.

Pilihan di tangan anda. Selepas itu, jangan merungut jika anda sendiri yang memilih 'yang bukan ahlinya'.
Quote
0 #47 ummi sakinah 2008-01-09 02:39
Di bumi ALLAH bila manusia berusaha berbuat kebaikan pasti ada ujian-ujiannya. Sejarah Rasulullah SAW dalam menegakkan kebenaran tentang agama ALLAH bukan sedikit kegetiran yang dihadapi. Rasulullah SAW yang terpuji sifat-sifatnya pun tidak terhindar daripada celaan manusia fasik lagi munafik.

Oleh itu, seandainya kita berjuang di jalan yang benar, memegang hukum ALLAH tanpa menggantikan dengan undang-undang manusia, menteladani Rasulullah SAW, kita akan berkata dengan kebenaran ALLAH bukan dengan kata-kata yang sia-sia.

Firman Allah SWT bermaksud:

'Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu,'

(Muhammad: 31)
Quote
0 #46 saya 2008-01-09 02:26
saya rasa sebenarnya ramai orang keliru sebelum ni tentang maksud yuran sekolah yang dimansuhkan. mula2 saya sendiri ingat yuran sekolah meliputi segala bayaran termasuklah yuran PIBG dan yuran tambahan lain..

sebab tu saya rasa semua orang rasa tertipu dan marah.

tentang yuran tambahan, dulu masa saya sekolah asrama penuh, memang terdapat banyak yuran tambahan. malah sekolah saya yang inginkan status sebagai sekolah 5 bintang, minta macam2 "sumbangan yang diwajibkan" untuk beli langsir kelas dan macam2 lagi untuk mencantikkan dan membeli pelbagai peralatan lain. apabila x dapat bayar, guru akan panggil dan ini sedikit sebanyak menekan pelajar.

mungkin peruntukan untuk sekolah kurang mencukupi sehingga terpaksa meminta sumbangan wajib dari pelajar2.

saya cadangkan pihak sekolah cari sumber pendapatan sampingan yang lain.
Quote
0 #45 john _kenny 2008-01-09 02:23
terima kasih kpd abu kerana memberi semula berita lama..
berita tersebut adalah sesuai kepada semua org yg memberikan komen disini...

sebenarnyer kerajaan jgnlah menipu atau ckp kosong.. inilah padahnyer.. kalo tak mampu ckp tak mampu.. mak bapak pun tak heran sbb dah biasa dan bleh prepare.. ini mak bapak semua dah happy.. alih2 tak jadi.. nak diikutkan mak bapak semua nie mampu membayar utk persekolahan anaknyer.. tapi cuma nak menuntut jnji yg tak tertunai.. bila semua org bising, ckp mak bapak kedekut nak free jerr dgn kerajaan nak bertongkat etc.. jgn berjanji kalo tak mampu nak ditunai..
tu jerr pointnyer..

hukum bg org yg menipu nie eloknyer dipotongjer lidahnyer..
Quote
0 #44 john_kenny 2008-01-08 02:13
alloo Gullit, lu ckp mcm tak tau berpikirlarr.. mcm mata buta pun ada.. tau tau nak buat perbandingan.. lu cuba tengok baper byk hutang kerajaan negeri kelantan kalo nak compare dgn negeri2 lain.. lu tau kerr kerjaan pusat ada support kelantan..?? baper byk kerajaan pusat bg duit..??? judi arak memang ada juaii kat sana.. sbb itu utk kaum bukan islam itu jnji diorang pd kaum bukan islam.. hukum sebat memang tak dpt dijalnkan sepenuhnyer lagi sbb kerjaan pusat tak bagi..kalo keraajaan pusat bg matilahh kerajaan pusat... ni lu tau ke tak tauu.. cuba ko citer ngan aku mana satu kerajaan kat dunia nie perfectt..?? dan lumrah keadaan, diri lu sendiri pun tak perfect.. lu nak compare lebih2 plak.. kerajaan kelantan sekurang2nyer bleh dijadikan cth yg baik.. walaupun nampak susah tapi mkanan tempat diorang mewah.. murah.. tak byk songeh mcm kat sini.. gaji 10K pun masih boleh rasa miskin.. cuba ko kejer kat kelantan gaji RM1K mauu ko beraya sakann kottsss..

bukan nak puji sgt pun dkt kerajaan kelantan tapi mereka ada usaha, cita2 angan2 nak membentuk satu kerjaan islam..

kerjaan pusat pun boleh buat yg lebih baik sebenarnyer, yg penting kerajaan kenalah megikut landa san islam yg sebenar.. dan begitu juga dgn pemimpinnyerr.. insyaallah PAS pun bleh tutp kedai punyerr..

jgnlerr asik temberang, tabur janji sana sini ckp belit2.. kan hisamudin dah terbelit dgn kata2nyer sendiri.. itu sbg cth yg terang dan nampak, tak taulerr aku kalo ko tak nampak..

lain kali kalo baca paper atau carik info jgn hya pada satu cerita cari byk2.. sdg ulamak terulung berguru bukan sorangg.. bukan satu negeri dia berjalan byk negeri dahh..

kadaang 2 ayat sesorang boleh menampakan tidak kecerdikan akal sesorang.. hmmm.. wallahuallam..
Quote
0 #43 Berita Lama 2008-01-08 02:09
Assalamualaikum

Izinkan saya masukkan satu berita lama dari ;http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0909&pub=utusan_malaysia &sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_07.htm&arc=hive

Tiada lagi alasan kewangan ? Hishammuddin

PEKAN 8 Sept. ? Ibu bapa kini tidak boleh memberi alasan kewangan untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah selepas kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini berikutan pengumuman Bajet 2008 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam telah memansuhkan yuran sekolah dan memberikan buku teks secara percuma kepada semua pelajar.

Menurut beliau, pengumuman mengenai perkara itu begitu bermakna dan menunjukkan keprihatinan serta komitmen pucuk pimpinan tertinggi dalam soal pendidikan rakyat.

??Perkara itu benar-benar memberi ruang kepada semua golongan dan merapatkan jurang pendidikan anak-anak daripada golongan miskin, anak-anak Orang Asli dan anak golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sama ada di luar bandar dan bandar,? katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada perasmian Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Dua Paloh Hinai dan Pelancaran Bakti Pendidikan Eastman di sekolah itu, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin memberitahu, persepsi dunia terhadap Malaysia sebagai antara negara membangun yang memberi peluang pendidikan secara percuma kepada rakyat akan dihormati dan dipandang tinggi.

Katanya, tidak ada negara membangun yang memberi pendidikan secara percuma seperti di Malaysia.

??Tetapi kita boleh lakukan, dan itu sebenarnya bukan satu perkara yang biasa di negara lain, malah di negara maju juga,? jelasnya.


Apakah hukumnya untuk orang yang menipu? heheh

Abu
Quote
0 #42 ibnu_uthman 2008-01-08 00:25
KEPADA GULLIT...ULANGAN KEPADA GULLIT....mulut tu jagala skit...tok sah la duk cerita pasal parti kat sini....untuk pengetahuan anda yang akal bagai duk bawah tempurung....yang banyak duk merungut pasal bende begini adalah orang melayu UMNO yang mmg hidup mereka dapat subsidi jer...selalu disuap....TAPI....orang PAS yang sedar diri mereka tak merungut...sebab mereka tak dapat pun subsidi kerajaan...sooooooooooo mereka dah ready awal-awal lagi cari duit kerana sedar diri mereka tiada siapa yang bantu....kecuali usaha mereka yang dimudahkan Allah. Cubala tgk rumah-rumah yang hampir menyembah bumi...tapi megahnya mengibarkan bendera dacing...apa hal ni...?
Quote
0 #41 perantau 2008-01-08 00:16
Sudah 50 tahun merdeka. Patutnya makin byk peningkatan. tetapi makin menghampakan. Jika mahu mengikut style negara maju, pembiayaan persekolahan baik di peringkat pra sekolah, rendah dan menengah perlulah menjadi tanggungjawab sosial SEPENUHNYA oleh kerajaan bukannya bebanan rakyat walaupun sedikit. Jika nak tiru negara maju, tiru betul-betul. bukan putar belit.
Quote
0 #40 hafreze 2008-01-08 00:12
alahai, bayar jerla yuran tue..untuk anak2 jugak. cube lah niatkan bayaran tu untuk kebaikkan anak2, walaupun 100+, tapi itu adalah yuran tahunan. bagi saya yang masih bujang, mungkin pendapat ini boleh disanggah, tapi cuba ibu bapa bayangkan..

jikalau waktu awal2 dahulu, sudah ada perancangan untuk anak2, saya rasa masalah pembayaran yuran bukan jadi masalah. cuba sewaktu terima gaji dahulu, sedikit wang disimpan untuk anak2, tentu bukan masalah.

Bagi saya, sekolah sudah melakukan yang terbaik untuk pendidikan anak2 kalian. dan wang inilah yang digunakan untuk kebaikkan bersama. walaupun adakalanya mereka tidak clarify apa yang perlu dilakukan untuk yuran tersebut, tapi kita fikir la positif, yang yuran itu mungkin juga untuk membantu projek sekolah, tabung kebajikan dan sebagainya.

akhir kata, RM100+ setahun sahaja, itu pun nak bising. Sedangkan bayar monthly kereta pun tak bising..
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 99 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Yuran Sekolah Di Tahun Baru 2008