Kewangan Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden

Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden

  • PDF
(22 votes, average 4.91 out of 5)

Hukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan,

Pertandingan Moden

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

piala dunia?Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms 33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.

Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau ‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-

* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat.

* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertinya : "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)

Disebutkan :-

إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran"  (Al-Mughni, Ibn Qudamah )

Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi :-

1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung iaitu : -

a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani)

b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.

c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.

d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu.

Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.

 

 

2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu:-

Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.

Jenis Cabutan Yang Halal

Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )  

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Hukum : Ia adalah halal.

b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.

Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.

c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.

Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.

Permainan @ Peraduan Moden

Sebentar tadi kita telah membicarakan perihal cabutan bertuah yang haram dan yang halal. Terdapat beberapa ulama yang cuba menganggap permainan atau pertandingan yang beserta hadiah sebagai 'Wa'd Bi Tabarru' atau janji untuk bersedeqah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasfifikasikannya sebagai aqad mu'awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. ( Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)

Dengan berubahnya klasifikasi ini semua hukum akan berubah bentuknya. Di kesempatan ini saya akan menyentuh dengan ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita, ia seperti berikut :-

1) Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak meletakkan hadiah sebanyak RM200. Siapa menang dia akan memiliki hadiah itu.

Hukum : Para ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak yang mengeluarkan. Fatwa ulama seperti berikut ;-

a- Harus : Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

b- Haram : Ia adalah pendapat mazhab Maliki kerana wang RM 200 telah keluar dari miliknya dan jika ia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama 'qimar'.

Pendapat yang lebih kuat (rajih) :  adalah pendapat pertama yag mengharuskannya kerana wang RM200 itu adalah miliknya dan pihak kedua tidak terlibat dalam memberi sebarang wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira seperti hadiah biasa sahaja dan bukan judi.

2) Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai hadiahnya.

Para ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai HARAM. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/228 ; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489 ; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami', Ibn Rusyd, hlm 336)

 

3) Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggan tenis.

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Hukum : Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )   

4) Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan kumpulan yang menang.

Hukum : Ia juga perjudian dan sama bentuknya dengan bentuk nombor tiga di atas.

5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya mereka menggunakan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah.

Hukum : Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab.

Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.

Ada yang bertanya, bagaimana jika semua kumpulan diberi hadiah saguhati?. Jawabnya, ia tetap judi sekiranya pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan sahaja.

Ringkasnya para ulama bersepakat bahawa setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil dari wang itu, semuanya adalah judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.

6)        Membeli surat khabar untuk menyertai pertandingan teka bola dan sebagainya.

Hukum : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwkannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seeprti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu'asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003 )  

Keharusan ini adalah kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat surta khabar, kecualilah jika dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah hanya kerana ingin menyertainya banyak-banyak. Tatkala itu hukum bertukar menjadi haram dan judi.

Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :-


1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan

Semoga artikel ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling akan keterlibatan mereka dalam perjudian tanpa disangka.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

25 Mac 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #57 hadiah kemenangankemboja 2012-04-15 21:58
salam ustaz....
baru-baru ini saya ada memenangi hadiah berupa barangan elektrik dan kesihatan dari sebuah syarikat elektrik tanpa menyertai apa2 peraduan/ membayar apa2 untuk menyertai peraduan tetapi hanya menggores kad yang diberikan oleh pekerja syarikat tersebut. Setelah memperolehi hadiah, saya dikehendaki membayar sejumlah wang dan membuat promosi barangan yang telah sy perolehi itu. wang yang sy bayar itu akan digunakan sebagai kos pengiklanan yang akan dilakukan oleh syarikat tersebut..soalan saya, 1) ada atau x unsur-unsur syubhah @haram dalam peraduan yg sy telah menangi ini?
2) sekiranya ada, boleh atau tidak sy menjual barangan yg sy telah dapat ini dan menggunakan duit tersebut untuk menggantikan semula duit yg telah digunakan untuk bayaran kos pengiklanan dan promosi yg perlu sy bayar td?
Mohon penjelasan ustaz merungkaikan kemusykilan ini.......
Quote
0 #56 PertanyaanDr Abdul Hadi 2012-03-22 20:21
Salam Ustaz,

Saya ada sedikit pertanyaan.

Anak saya pelajar sek ren darjah empat ingin menyertai pertandingan catur peringkat negeri. Bayaran kemasukan bagi ahli adalah RM15 dan RM20 bagi bukan ahli. Adakah pertandingan ini dikira satu perjudian. Saya rasa kemungkinan ada hadiah atau sijil kemenangan. Walaubagaimanap un saya pasti sebahagian kutipan untuk bayaran dewan dan kos-kos lain termasuk minuman ringan.

Terima kasih sebab penerangan ini akan menentukan mereka boleh menyertai mana - man pertandingan termasuk mewarna yang amat mereka gemari.

Terima kasih sekali lagi. Hanya Allah dapat membalas jasa baik ustaz.
Quote
+6 #55 Pertandingan Moden di TVAhmad 2012-01-10 18:23
Salam UZAR,

Sy ingin meminta pendapat UZAR berhubung pertandingan yg disiarkan di televisyen skrg ni..Pertandingan-pertandingan yg sedang hangat dipertontonkan skrg ialah "RM 1,000,000 Money Drop yg disiarkan di Astro...

Majoriti peserta-pesertanya adalah Melayu dan diyakini Islamnya..Adakah pertandingan seumpama ini dikategorikan sebagai judi yg diharamkan?
Berdasarkan kpd format pertandingan pihak penganjur akan memberi RM 1,000,000 sebagai modal permulaan dan pemain2 akan mempertaruhkan wang tersebut..

Mohon pertolongan dan pencerahan daripada UZAR agar perkara ini dpt saya jelaskan kpd rakan2 sy yg sering bertanya..

Sekian
Quote
+1 #54 PertanyaanFadzli 2012-01-07 01:23
Assalamu 'alaikum ustaz.

Maaf, saya ingin sedikit penjelasan mngenai kesimpulan terakhir 9kesimpulan no.2) ustaz dlm artikel ini iaitu 'Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.'

Mengapa ia dibenarkan sedangkan hadiah tetap diambil daripada wang peserta (walaupun sebahagian sekalipun). Pada pandangan saya, masih ada unsur perjudian di situ. Kesimpulan yg pertama saya setuju.

Mohon ustaz dapat terangkan jika situasi begini dibenarkan dlm islam. Kerana byk pertandingan guna kaedah begini. cthnya duit terkumpul daripada 10 peserta tenis adalah sbnyk RM1000. Daripada jumlah itu, RM500 digunakan utk kos pngurusan acara, dan selebihnya RM500 dijadikan hadiah pertandingan. Boleh kah begitu ustaz?

Terima kasih ustaz.
Quote
0 #53 cabutan bertuahahmad shahrul 2011-11-08 20:59
begini ustaz. sek m'adakan p'tandingan nyanyian. masuk free. selain hadiah untuk peserta, hamper juga disediakan kpd penonton dlm bntk cabutan bertuah. cuma kopun berhrga RM2 dijual jika sesiapa ingin dpt hamper trsbt. hamper adalah sumbangan pihak luar dan bkn dr pihak sekolah. hasil jualan kopun pula didermakan kpd tabung PIBG sekolah. hrp dpt penjelasan dr ustaz. contoh yg ustaz beri tak brp fahamlah. tolong jelaskan hukumnya.
Quote
+2 #52 Hukum Peraduan Kredit KadAbdullahisham 2011-09-26 13:08
Assalammualaiku m Ustaz...

Artikel diatas tidak menyentuh tentang peraduaan yg dianjurkan oleh Bank2 diatas penggunaan kredit kad seperti yg dianjurkan oleh MBF Credit Card yang mana pemegang kredit kad akan menerima duit tunai (11% dan 111% atas nilai transaksi) apabila Approval Code transaksi kredit kad tersebut mengandungi angka 1. Adakah ianya HARAM?

Apa pula hukumnya, kita redeem point kredit kad kpd voucher minyak, brg elektrik dan sbgainya?
Quote
0 #51 nasibabuumar 2011-05-29 16:34
salam ustaz,saya ada kemushkilan sdikit berkenaan nasib..beigni ditempat saya ada mengadakan cabutan bertuah dan syaratnya peserta dikehendaki membeli kupon berharga RM10 yang membolehkan mereka membeli barang2 makanan dikedai yang sedia ada...apa yang saya faham dari keterangan ustaz dalam bab cabutan bertuah adalah harus..tapi bagaimana dari segi unsur nasib sbb ada ustaz mengatakan ianya tetap TIDAK BOLEH sbb akan ada orang lain yang tak dapat hadiah cabutan beruah itu akan berasa tidak puas hati..walaupun tiada siapa yang tertedah kepada kerugian mana2 pihak..

semoga Ustaz dapat menerangkan kemushkilan saya ini agar saya tiadak terlibat dengan perkara yang tidak baik..
Quote
+1 #50 Pertandingan BowlingMuhammad Yusuf 2011-05-28 12:15
Satu lagi soalan UZAR,
Bagaimana pula dgn hukum tentang bermain bowling juga iaitu terdapat group yg anjur pertandingan bowling, penganjur pun turut serta dalam pertandingan itu, yuran penyertaan dikutip sebelum pertandingan, dari yuran pertandingan itu, sebahagian dijadikan hadiah dan selebihnya dijadikan sewaan lane bowling? Adakah ia berbentuk perjudian? Minta penjelasan sekali lagi oleh UZAR demi kebaikan bersama..terima kasih
Quote
+4 #49 Pertandingan BowlingMuhammad Yusuf 2011-05-28 11:56
Assalamualaikum UZAR.
Saya selalu bermain bowling di satu shopping complex dia kawasan tinggal saya. Pihak Bowling Centre (BC) di dalam shopping complex tersebut sentiasa mengadakan pertandingan bowling setiap minggu. Namun yuran peryertaan akan dikenakan oleh pihak BC kepada pemain yg ingin menyertainya sebyk RM40. Dan hadiah bagi pemenang adalah berbentuk wang tunai dari tempat pertama hingga ke sepuluh.
Adakah ia berunsur judi walaupun pertandingan ini dianjur oleh pihak BC?
Minta penjelasan dari UZAR demi kebaikan semua pihak..terima kasih
Quote
0 #48 Permainan di sekolahHaziah 2011-05-18 19:41
Assalamualaikum ....
Sekolah saya ada menganjurkan Hari Kantin. Pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya permainan. Jika murid ingin bermain, mereka dikehendaki membayar RM1. Contohnya: menjaringkan bola....kalau dapat jaringkan bola tersebut, mereka dapat hadiah. Jika gagal, x dapat hadiah. Adakah ia berunsur judi???
Quote
0 #47 Futsal ConfiusHamba Allah 2011-05-11 18:28
Assalamualaikum ustaz...setiap kumpulan bayar RM10 ringgit untuk satu pertandingan futsal. Sekiranya sebahagian yuran peserta diambil utk urusan kebajikan seperti makanan dan minuman peserta dan sebahagian yang lain digunkan untuk hadiah...adakah perkara tersebut dianggap JUDI?sebenarnya confius slps balik dari fiqh mu'asirah.
Quote
0 #46 En.Idham 2011-01-04 20:07
Salam Us.

Macam mana pula dengan situasi tersebut.

Pertandingan futsal diadakan dan terdapat 3 pihak.
A) Kumpulan yang membayar untuk pertandingan
B) Syarikat Website yang memproses bayaran dan online pendaftaran
C) Penganjur

Pihak A mendaftar dan membayar kepada pihak B setelah melihat iklan pertandingan futsal yang mana dianjurkan oleh pihak C.

Pihak B tidak memberikan wang pendaftaran kepada pihak C hanya selepas memastikan pertandingan tersebut telah lancar dan hadiah telah diberikan contohnya seminggu selepas tamat pertandingan.

Adakah A B C dikira terlibat dalam judi. Pihak B sudahpun memastikan Pihak penganjur (C) menggunakan modalnya dahulu?
Quote
0 #45 harap ustaz dapat jawab soalan iniiz 2010-11-24 21:45
Quoting Nan S.Iskandar:
Ustaz,
Saya membuka kelas untuk mengajar tentang kesihatan dan pemakanan sihat. Saya mengenakan yuran kepada semua peserta kelas untuk menanggung kos tenaga pengajar, sewa dewan dan beberapa kos membabitkan hal-hal pengurusan. Dalam pada itu saya juga mengambil sebahagian yuran dari semua peserta untuk memberikan hadiah kepada peserta yang menunjukkan pencapaian tertentu dalam sudut kesihatan. Apakah hukumnya? Adakah ini termasuk dalam judi?


ustaz..saya amat2 berharap ustaz boleh memberi jawapan ringkas kepada soalan ini kerana saya juga menghadapi masalah yang sama..
Quote
0 #44 skim awfar bank islamrani 2010-07-05 15:01
salam.. xjumpa la jawapan dia..dah cari dah tp xdop..minta tlg jawap ust jawap jawapan dia bagi mengukuhkan iman dan keyakinan pengguna tentang produk tersebut.
Quote
0 #43 mancingabu 2010-06-04 23:06
kalau ragu2 jangan msk.nak mancing pergi sungai ke laut ke ....
Quote
0 #42 Pertandingan ModenAlan 2010-05-27 19:36
Salam.
Ustad, saya ada sedikit persoalan di sini. Sempena event YouthSays tahun 2010, pihak penganjur telah mengadakan banyak pertandingan termasuk pertandingan mencipta 1 event invitation khas untuk youth 2010 dan menjemput rakan-rakan di facebook. 10 orang yang berjaya menjemput paling ramai(peserta hanya perlu klik "Attending"), akan diberi hadiah RM200.
Persoalan saya di sini:
1. Adakah HARAM sekiranya saya tidak memberitahu rakan-rakan saya tentang ganjaran tersebut?
2. Salahkan jika saya yakinkan kawan saya untuk click attend walaupun dia memang tidak boleh dtg?(tujuan saya adalah apabila dia click attending, event tersebut akan keluar di "news feed" rakan2nya, dan kebarangkalian rakan2nya yang tidak tahu mengenai event ini mendapat maklumat dan secara tidak langsung boleh menghadiri event ini) Jadi adakah perbuatan saya salah?
Harap ustad boleh menjawab persoalan saya di sini kerana kawan saya bertegas mengatakan ia HARAM sehingga menyebabkan kami bertengkar.
Terima kasih,Wassalam.
Quote
0 #41 GiveawayNi JB 2010-05-20 18:42
Saya ada soalan.

Bolehkah kita menyertai giveaway yang dianjurkan oleh pemilik blog. saya beri satu contoh:

Sebuah blog ada menganjurkan giveaway dengan beberapa syarat yang mesti dipenuhi. Contoh: jadi follower, buat entri, dll.

bila syarat dah dipenuhi, maknanya dah ada no. penyertaan masing2 (cth: penyertaan no. 47)

pemilihan pemenang dibuat berdasarkan random.org atau nama peserta di tulis pada sehelai kertas, letak dalam botol kemudian digoncang dan di cabut. peserta memang tak perlu keluar wang, tapi dah terbazir masa buat entry yang cantik2.

ini dah nampak macam bergantung pada nasib semata2 tanpa ada penilaian yang jelas.

Jadi apa hukumnya?
Quote
0 #40 beli barang tak diperlukanabufathi 2010-03-22 23:36
Assalamu'alaikum,

Ustaz, macamana pulak kalau supermarket tawarkan hadiah bagi setiap pembelian RM 50 di dalam satu resit. Tapi barang yang kita beli cuma RM 45. Untuk mendapatkan hadiah tersebut, kita pun membeli barang-barang yang mungkin tidak diperlukan masa itu untuk menjadikan bil kita melebihi RM 50. Apakah hukumnya keadaan seperti ini?

UZAR : menurut pendapat ulama, jika itu berelaku pembelian itu menjadi syubhat dan sebhagain lagi kata haram krn elemen judi telah berlaku.
Quote
0 #39 Promosi Reader's Digestzulaikha 2010-01-15 19:42
Salam ustaz,

Saya ada menghubungi Customer Service Bank Islam dan mereka mengetahui mengenai promosi Reader Digest tersebut dan membenarkan nama2 pelanggan digunakan.
Peruntukan wang hadiah memang telah disediakan oleh R.Digest dan hanya menunggu nama2 pelanggan bertuah dicabut pada satu majlis yang ditetapkan.

Untuk melayakkan memenangi wang hadiah, pelanggan harus mengisi borang langganan R.Digest(yuran langganan didebit oleh kad kredit) dan mengikut beberapa langkah-langkah (spt mematuhi deadline, borang lengkap dsb.)

Apa pandangan ustaz..

UZAR : SAYA TIDAK PASTI kerana tidak cukup info
Quote
0 #38 Melanggan Reader Digest, layak memenangizulaikha 2010-01-15 00:05
Salam Ustaz,

Bagaimana jika nama terpilih daripada senarai pemegang kad kredit (Islamic Bank)
Di dalam surat dikatakan memenangi sejumlah wang. TETAPI, penganjur (Reader?s Digest) mensyaratkan: melengkapkan borang dan membeli buku/ melanggan agar layak terpilih memenangi wang tersebut. Terdapat beberapa peringkat (3 kali menghantar borang dan membeli dua kali buku/melanggan).

Adakah ia termasuk dalam kategori judi, meskipun mendapat manfaat daripada bacaan tersebut.

UZAR : HMM, SUKAR SIKIT NAK BERI KOMEN KERANA GAMBARANMASIH KURANG JELAS. adakah ia termasuk dalam pakej promosi kad bank Islam?..kalau ye, mestilah sepatutnya penasihat Syariah bank islam dah kaji dan lulus,
Quote
0 #37 hukum 'Charity Draw'adam zaim 2010-01-05 16:34
salam ustaz,

apakah hukumnya jika memasuki 'charity draw'?
tujuan penganjur adalah untuk mencari derma untuk kebajikan dan harga untuk satu penyertaan adalah tetap tetapi peserta boleh membeli seberapa banyak yang mereka mahu.

penganjur menyediakan hadiah untuk peserta yang bertuah.

UZAR : panduan ada di dalam artikel. Jika peserta beroleh hadiah dari gabungan wang penyertaan, ia adalah judi
Quote
0 #36 beli barang hasil wang haramrezal 2009-11-09 15:28
Salam...saya nak tanya mengenai barang yg dibeli dari wang haram (rasuah/judi/toto)..adakah buang terus barang itu atau jual kat orang atau bagi kat orang..minta tlg penjelasan segera..tq
Quote
+1 #35 Apakah hukum?Nan S.Iskandar 2009-10-08 07:12
Ustaz,
Saya membuka kelas untuk mengajar tentang kesihatan dan pemakanan sihat. Saya mengenakan yuran kepada semua peserta kelas untuk menanggung kos tenaga pengajar, sewa dewan dan beberapa kos membabitkan hal-hal pengurusan. Dalam pada itu saya juga mengambil sebahagian yuran dari semua peserta untuk memberikan hadiah kepada peserta yang menunjukkan pencapaian tertentu dalam sudut kesihatan. Apakah hukumnya? Adakah ini termasuk dalam judi?
Quote
0 #34 yuranabuimtiaz 2009-07-31 02:15
salam.

bagaimana pula sekiranya sesebuah persatuan ingin membuat satu aktiviti untuk mengisi tabung persatuan lalu memilih sukan bola sepak contohnya dengan mengambil yuran sebanyak rm50 setiap penyertaan. kemudian hadiah pula adalah hasil sumbangan pihak ketiga yang tidak terlibat langsung dalam pertandingan. ambil contoh johan mendapat rm1000. n.johan rm700 dan ketiga rm500 yang mana nilainya lebih banyak dan tidak mungkin yuran tadi boleh terkumpul untuk mendapatkan hadiah sedemikian.

yuran rm50 itu tadi adalah wajib dan dimasukkan kedalam tabung persatuan.
mohon penjelasan uzar.
Quote
0 #33 EncikKerikil 2009-07-22 23:19
Assalamualaikum .

Quote:
5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh......


Sila baca komen saya di sini.(tajdid-melayu.blogspot.com/.../...)
Wassalam.
Quote
0 #32 skim awfar bank islamsofi 2009-06-30 22:39
ok dak skim awfar bank islam, ble dapt Rm 100,000. Mcm sijil smpanan premium plak

UZAR : sila baca jawapan di sini (www.nazrichik.com/?p=1306)
Quote
0 #31 salamfakry 2009-06-28 08:50
salam...
kami anjur pertandingan boling, 50% yuran d guna utk hadiah, 20% untuk sewa dan 30% utk makanan...tolong uzar bg hukum utk situasi kami ini.

UZAR : Pastikan ada kumpulan tak perlu bayar yuran atau cari sponsor atau ada kumpulan bayar yuran tapi tak join.
Quote
0 #30 Huraian tentant hadiah perkara (2.)Ahmad O 2009-05-29 00:28
Asslammualikium w.b.t Ustaz,
Saya masih lagi tidak memahami huraian ustaz tentang hadiah pertandingan pada perenggan akhir artikel diatas iaitu -> 2.Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja.. (mengikut dari komen-komen itu ustaz ada menyebut untuk memikirkan nya lagi.. sekarang sudah hampir setahun saya menunggu jawapannya).

Soalan saya..

1. Apakah maksud 'sebahagiany uran peserta sahaja' itu?
2. Apakah perbezaan nya dengan no.5 dalam artikel ustaz itu.

terima kasih
AO
Quote
-1 #29 keliru~Jakall 2009-05-18 19:02
Assalamualaikum ..

maafkan sy kerana bertanya..
sy agak musykil dengan statement yg di bawah ni..
Quote:
2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.


soalan sy..
bagaimana lak kalo pertandingan seperti pertandingan sukan? ianya dijalankan secara kecilan tanpa sebarang bantuan atau sumbangan? yelah..zaman skang ni bkn senang nak mtk sumbangan..hadiah dibeli dari duit yuran peserta..tp bukan semua la duit yuran tu digunakan utk beli hadiah..so tu nak kira camner lak tu? adakah dikira haram jugak? kalo camtu means org yg berduit jer la yg bleh anjurkan pertandingan? mtk ustaz perjelaskan ngan lebih terperinci..dan..maafkan sy..but kalo leh sy nak baca hadis ataupun pernyataan dari Al-quran yg menyatakan itu adalah haram..maafkan sy kalo ada yg tak senang dengan soalan ini..tp ini utk mengelakkak kekeliruan..sekian~
Quote
0 #28 hukumKhairul 2009-04-02 23:03
Salam UZAR..
saya dan rakan (10 org) mempunyai kumpulan bermain badminton. kami ingin mengadakan pertandingan. boleh x kami mengutip bayaran bulanan dan menggunakan wang terkumpul tersebut untuk digunakan membiayai hadiah untuk pemenang? mohon pandangan USZAR dan rakan2 pelawat web ini. TQ

UZAR : Telah dijelaskan dalam artikel bhw cara tersebut TIDAK BOLEH dan judi.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 99 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden