Permainan Kutu & Cabutan Gilirannya
( Versi Kemaskini pada 17 April 08 )
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Baru-baru ini saya menerima satu soalan berkenaan dengan skim kutu dan hukumnya dari sudut Islam. Soalannya seperti berikut :-
Ustaz, saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini
Pekerja office saya ada membuat \"main kutu\". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la..
Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb, ali mac dan seterusnya itu adalah harus.
Saya harap sangat komen ustaz. namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah, ini bermakna saya faham setelah membaca buku uzar tulis
Sebelum saya menghuraikan hukumnya pada sudut pandangan Islam, terlebih dahulu ada baiknya kita melihat tafsiran 'kutu' menurut AKTA 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 , ia ditafsirkan sebagai :
"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine
Hukum dari sudut Undang-undang Malaysia
Setelah meneliti akta yang berkaitan, jelas termaktub seperti berikut :-
Seksyen 3. Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan
wang kutu.
Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan
menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya.
Justeru, amat jelas lagi bersuluh kegiatan skim simpanan kutu ini adalah salah dan tidak dibenarkan di sisi undang-undang.
Tinjauan Shariah
Untuk menentukan hukum Shariah adalah amat mudah dalam hal yang telah diputuskan 'salah' oleh undang-undang negara. Selagi mana peruntukan undang-undang itu tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-hadis, ia akan diiktiraf sebagai haram juga di sisi Shariah.
Namun jika anda ingin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya , sama ada ia diterima oleh Shariah atau tidak. Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus. ( Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi)
Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.
Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.
Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.
Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.
Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.
Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-
أسلفني وأسلفك
Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)
Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.
Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.
Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.
Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.
Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)
Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.
Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.
Ibn Qayyim berkata :-
والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم
Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)
Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)
Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran
Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.
Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.
Kesimpulan
Jika dilihat dari sudut proses dan perjalanan skim kutu ini semata-mata, ia adalah harus menurut pandangan Islam, namun diwaktu wujudnya akta rasmi yang melarang. Ia secara rasminya dianggap haram dari sudut hukum Islam atas dasar "kewajiban taat kepada pemerintah dalam hal yang tidak berkait dengan maksiat dan demi kemaslahatan umum yang dilihat oleh pemerintah".
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
25 Mac 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Saya pernah bertanya kepada pegawai dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), iaitu badan yang bertanggungjawa b melaksanakan Akta Kutu ini.
Menurut pegawai tersebut larangan bermain kutu dlm Akta ini adalah kepada PERNIAGAAN yg terlibat dengan permainanan kutu. Contohnya perniagaan yang mengambil wang daripada orang ramai yg kemudian dijanjikan pulangan selepas tempoh tertentu. Ini kerana terdapat berbagai kejadian penipuan daripada skim2 seperti ini.
Penggunaan Akta tersebut tidak dimaksudkan kepada permainan kutu persendirian seperti permainan kutu yang selalu kita dengar dilakukan oleh ibu2, saudara-mara dan kawan2 kita.
Untuk kepastian sila rujuk kepada SSM. Terima kasih
UZAR :thanks, apa yg penting difaham saya bukan lawyer justeru, jwpn anyalah panduan..siapa ingin terlibat lanjut, better rujuk lawyer utk tafsiran tepat.
Apa yang saya akan utarakan masih berkisar tentang main KUTU. Apa yang kami (10 orang) main adalh KUTU BERAS yang akan di ambil semasa antara ahli2nya buat kenduri. setiap seorang akan dapat 9 kampit beras (5kg) bila tiba masnya dia buat kenduri. Kemuskilan saya/kami sekarang ialah:
Ada seorang hamba Allah ( yang mengaku berguru/mengaji) mengatakan apa yang kami lakukan adalah HARAM hukumnya kerana 'berhutang' untuk berkenduri. Saya nak tahu kalau betul apa yg dinyakan oleh beliau, adakah HARAM main kutu atau Haram buat kenduri? Minta UZAR ulas dari semua sudut. allahuallam.
hakikatnya memang berjaya sehingga kini walaupun tiada promosi atau iklan.itu sebab mereka memangpun dah berjaya menawan ekonomi!!!!
bagaimana pula dengan falsafah orang islam sekiranya rakyatnya tidak mempunyai kerajaan.bagaimana caranya ekonomi boleh dikembangkan?
jika ada kerajaan apakan kita akan bergantung harap sahaja kepada pemerintah untuk membangunkan ummah?
apakah ada cara lain untuk mengembangkan ekonomi umat kita? tentu ada caranya,bagaima na?
1.guna hukum akal
2.sidiq
3.amanah
4.tabliq
5.fatonah
contoh: sebiji benih kalau ditabur akan menjadi ladang untuk dimakan berkali2 kepada setiap generasi.(inilah yang dikatakan kias,misal dan ikhtibar)ilmu yang tersurat dan tersirat.
daripada ayat ini akan ujud satu ilham untuk membentuk satu program yang boleh dikongsi bersama2 oleh seluruh umat islam didunia ini sesuai dengan keadaan dunia yang moden.
apa yang ingin saya sampaikan disini ialah sistem kutu adalah yang terbaik untuk ekonomi akan tetapi perkataan kutu itu tidak sesuai sepertimana yang telah diterangkan oleh ustaz.walaubagaimanap un jika sekiranya sistem kutu itu ditukar kepada sistem tabungan saya rasa ianya lebih praktikal.kita boleh menggunakan konsep sumbangan akan tetapi sumbangan ikhlas yang diberi atau diterima mestilah telus dan saksama mesti ada nama yang memberi dan nama yang menerima.pengendali program pula haruslah dipantau oleh kerajaan dan lulus dari segi hukum syariahnya.
orang islam dizaman ini mestilah ada sesuatu yang boleh menjamin keselesaan hidup serta bersatu bersama untuk membangunkan islam.
inilah rahsia kita.
kumpul duit sesame antara pemnyumbang wang...yg dapat tiap2 bulan tu skali je...bukan mcm judii yg nasibnye ade dan mungkin xde...hehe..kene paham betol2 konsep ni...takot nnt keliru...rosak akidah...
saya baru je dengar pasal kutu pintar nie dan kawan2 ajaj join program nie.
tapi saya xsetuju dengan program nie sebab hanya dengan rm121 leh dapat RM5140 kalo kainye 2 orang. kalo kakinyenye lapan orang, sampai juta2 leh dapat..
tapinye sumber duit yang kite dpt terlau banyak dalam masa yang singkat
kesimpulannye, banyak keraguan dalam program kutu pintar ni.
ustaz, kalo xsilap saya laman web utk kutu pintar ni ialah www.network88.net.
memang nampak macam senang sangat nak kaya dan 'telus' kononnye..
tapi keberkatan rezeki yang diperolehi amat diragukan.
rezeki yang xberkat akan efek pada hidup seharian kite, kan ustaz?
semuanya xmenjadi kalo sumber rezeki tu xdiberkati Allah..
wallahua'lam
ramai yg bertanya hukum program KUTU PINTAR.. harap ustaz dapat kaji program ini dan berikan pendapat...itu saja.
sekiranya ustaz hanya jawab ustaz hanya tahu 'kutu biasa'... ramai akan terus mengajukan soalan yg sama..
taip dalam 'kutupintar' dalam GOOGLE dan ustaz akan dapati ribuan umat Islam di Malaysia menjadi ahli program ini... harap ustaz dpt kaji dan jelaskan hukumnya... biar semua orang tahu..
UZAR : oo itu "kutu pintar', berkenaan wang pos, saya dah ulas di artikel lain, gunakan fungsi carian. kesimpulan. saya tidak setuju
ustaz saya masih lagi tidak berpuas hati tentang penerangan ustaz mengenai KUTU PINTAR. adakah hukumnya tetap harus mengikut hukum syarak..
UZAR : saya tak tahu apa itu kutu pintar, saya hanya tahu 'kutu' biasa aja..ia seperti yg saya terangkan di atas
Hairan juga bila saya dapati yang Kutu ini ada kelebihan dan kebaikan malahan dianggap HARUS dalam Islam lebih-lebih lagi ia berunsur MEMBANTU SESAMA INSAN bila dijalankan dengan amanah, jujur dan ikhlas TETAPI diHARAMkan melalui AKTA. Pelik bin Ajib bila skim atau perniagaan yang lebih berisiko dibenarkan oleh AKTA seperti Bank Perdagangan dengan unsur RIBA, Syarikat Pinjaman Berlesen (Along le tu..) dan MLM sebagai contoh. Apakah lebih baik untuk kita terlibat dalam urusniaga sedemikian atau beralih kepada KUTU untuk menyelesaikan masalah kewangan tersebut!! Akta yang dibentuk dalam tahun 70an ini seharusnya dikaji semula mungkin dah OUT DATED. Kerana cara mainan KUTU dahulu dan KUTU PINTAR sekarang dah jauh berubah untuk memastikan ia tiada berisiko..."Dulu Lain Sekarang Lain"...Bukan Dulu dan Selama-lamanya...tul tak????? Betul-betul-betul (Epin) - Mana yang harus kita ikut HUKUM ALLAH atau HUKUM MANUSIA??
sekarang masalahnya jika satu syarikat membuat perniagaan kutu adalah ianya dianggap haram.kerana menurut
AKTA 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971
Seksyen 13. Pemansuhan.
Ordinan No. 84 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 [P.U.(A) 69/71] adalah dengan ini dimansuhkan.
adakah ianya masih dianggap haram?
rujukan : ssm.com.my/.../ak0028s0013.htm
Ustaz,
Terim kasih penjelasan ustaz mengenai permainan "KUTU" dan hukumnya. Terang lagi bersuluh.Setiap tahun saya akan menyertai permainan "KUTU" di tempat kerja bersama rakan-rakan. Biasanya saya akan mengambil giliran yang terakhir menerima duit "KUTU" dan ini amat membahagiakan saya kerana selepas itu tiada lagi giliran yang perlu dibayar.
Apa yang saya perhatikan, mereka yang bermain "KUTU" ni bukannya suka-suka. tapi ada matlamatnya contohnya rakan saya hendak mendapat giliran menerima duit "KUTU" pada bulan Julai kerana perlu membayar rotax dan insuran kereta.Ada yang nak awal sebab nak bantu adik buat kenduri perkahwinan di kampung dan seumpamanya.Apa yang penting, setiap peserta mesti jujur dan berpegang pada janji untuk menjelaskan pembayaran seperti dalam perjanjian.
Jangan ada yang bila duit dah dapat, lepas tu liat la pulak nak teruskan pembayaran.Kalau ada yang berperangai liat ni selepas menerima habuannya, elok jangan diajak turut serta.Tq.
ia hanya menggunakan wang pos secara tidak langsung membantu kerajaan dari cukai yang dikenakan daripada wang pos tersebut. selain itu program ini menggunakan konsep matematik yang mudah. saya harap program seperti ini tidak termasuk dalam hal yang ragu2.
_______________ _______________ _______________ ________
UST, aku rasa ada satu kaedah lagi main kutu (katanya laa..kutu) dengan masukkan duit dalam bank...tak kira laa bank apa.. kemudian ada lagi 5 atau 4 atau 3 nombor akaun pesrta yang terdahulu..makin banyak kita buat salinan dan org lain sertai maka makin kayaa..rasanya kaedah ini jelas haram..apa pandangan UST..
UZAR : ITU BUKAN KUTU, ITU RIBA DAN MONEY GAME
_______________ _______________ _______________ ________
Ustaz cakap itu bukan kutu, itu riba dan money game = HARAM.
Secare jujurnye saya menyertainya.. dan saya yang jahil ini meletakkan no. akaun orang yang saya kenali untuk menerima duit kutu itu tanpa pengetahuan dia.. dengan niat orang akan memasukkan duit dalam akaun die secara x langsung membantu die.. saya beranggapan ia bukan suatu yang bercanggah dengan islam, sebab ia x der unsur perjudian dan ape2 yang menzalimi.. tetapi apabila ustaz ckap riba.. sy merasa menyesal berbuat demikian... macam mane ustaz?? sy btul2 rase berdosa kerana menyedekahkan padanya wang riba... apa saya nak buat sekarang? mungkin telah ramai orang yang memasukkan wang ke dalam akaun dia sekarang ini??? minta ustaz memberi jalan penyelesaian bagi masalah ini....
INILAH YANG BERLAKU APABILA, INGIN BERBUAT KEBAJIKAN TANPA ILMU....
baru2 ni sy ada dpt pelawaan utk menyertai 1 skim kutu yg dipanggil kutu pintar. Mengenai skim ni setiap peserta diwajibkan membayar rm120 seorang sekali daftar dan perlu mencari org utk menggandakan wang tersebut. So, sy ingin mendapatkan penjelasan dari ustaz, apakah skim ni elok utk disertai? Adakah ianya sah disisi undang2 M'sia seperti yg diwar-warkan oleh org2 yg telah menyertainya? Apakah yg perlu sy selidik jika sy ingin menyertainya? Itu saja solan saya, terima kasih
Awam wrote:
Assalamualaikum Ustaz..
Saya nak tanya pasal sistem kutu yang saya lakukan..
Saya buat sistem kutu barang (bernilai RM600) yang mana ada 6 orang peserta..Seorang seratus setiap bulan. Jadi saya dapatkan barang tersebut pada harga yang rendah (harga tidak tentu kerana dibeli secara lelongan awam.Tetapi harga pasarannya sekitar RM600 ) dan setiap peserta akan diberikan barang harga RM600 mengikut giliran.Sekiranya barangan yang dibeli pada lelongan awam tersebut rendah dari RM600, halalkah wang yang saya ambil tersebut kerana semua urusan saya lakukan sendirian..
Satu lagi pertanyaan, bagaimana dengan urusan jualbeli barang secara lelongan awam? Halal/haram?
Diharap ustaz beri penjelasan..
UZAR : SEMUA SISTEM KUTU ADALAH SALAH MENURUT UNDANG-UNDANG MALAYSIA.
Saya nak tanya pasal sistem kutu yang saya lakukan..
Saya buat sistem kutu barang (bernilai RM600) yang mana ada 6 orang peserta..Seorang seratus setiap bulan. Jadi saya dapatkan barang tersebut pada harga yang rendah (harga tidak tentu kerana dibeli secara lelongan awam.Tetapi harga pasarannya sekitar RM600 ) dan setiap peserta akan diberikan barang harga RM600 mengikut giliran.Sekiranya barangan yang dibeli pada lelongan awam tersebut rendah dari RM600, halalkah wang yang saya ambil tersebut kerana semua urusan saya lakukan sendirian..
Satu lagi pertanyaan, bagaimana dengan urusan jualbeli barang secara lelongan awam? Halal/haram?
Diharap ustaz beri penjelasan..
Ustaz, kutu boleh membahayakan kesihatan.
Salam Perkenalan. Jemput datang ke blog
www.drazwan.blogspot.com
xtau pulak saya ada main kutu mcm cara saudara ayub ckpkan td. Mcm saya, seperti saudara Pun Sama kami tentukan nombor giliran pada awal2 cabutan. Kalau ada 5 orang main sama, bermakna bulan 1, si A dpt. Bulan 2, si B dpt dan seterusnya...
Menurut pandangan saya, mengikut pertanyaan saudara ayub saya rasa x patut sebab katakan bulan 1, encik A dikira org bertuah dpt cabutan. Masuk bulan ke-2, masa cabut undi encik A sekali lagi dpt. Tidak ke mcm penganiayaan untuk pemain kutu yang lain?
p/s : maafkan saya kalau salah paham. Tapi, apa yang saya paham drpd soalan saudara ayub begitulah...
uzar : org yang dah dapat tak boleh dicabut lagi le..kalau tak ia jadi judi dan kaya le dia.
saya tak main kutu.... sbb stress! time turn kita mmg la best... yg x bestnya time nak bayar bulan2 tu.bukan x caya kat kawan2 tp kdg2 kerisauan tu tetap ada..
pendapat saya.. kalau main kutu dgn sbb nak guna duit tu bg kegunaan tertentu, baik simpan di bank, potong gaji / bank-in duit tiap2 bulan.. sampai masa nak guna keluarkan je duit tu.. simpan kutu x dpt bonus, simpan bank dapat bonus (tabung haji cthnya: halal apa...) kita pun x risau duit TERhilang ke... org terlambat bayar ke...
apapun... terpulang, ikut le selera masing2...
RSS feed for comments to this post