Kewangan Cukup Dahsyat Tapi Sudah Sedarkah?

Cukup Dahsyat Tapi Sudah Sedarkah?

  • PDF
(21 votes, average 4.90 out of 5)

Cukup Dahsyat Tapi Sudah Sedarkah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Tidak dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء

Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barangsiapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik."

Namun, setelah memikirkan berkali-kali baris-baris ayat di bawah, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali mesti dengan segera mengebahkannya kepada sekalian umat berkenaan betapa dahsyatnya hukuman bagi kesalahan ini.

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah : 275 )

Itulah kengerian hukuman Allah swt terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba setelah pengharamannya.

Cuba kita sama-sama petikan penutup  ayat di atas

وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya

 

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut :-

ومن عاد أي إلى الربا ففعله بعد بلوغه نهى الله عنه فقد استوجب العقوبة

Ertinya : Lafaz "barangsiapa mengulangi" ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak dalamnya walalupun setelah datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras" (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 1/328)

 

APi yang membakar
 

Berdasarkan dalil-dalil hadis, para ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah shahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung didalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka, kemudian mereka akan dikeluarkan darinya dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali. Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36 )

Selanjutnya Imam An-Nawawi mengulas terdapat lima jenis syafaat yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak iaitu ( Syarah Sohih Muslim, 3/36) :-

1)     Memberi tenang dan rehat dari hiruk pikuk mahsyar dan menyegerakan seseorang untuk masuk ke Syurga. Syafaat ini khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w.

2)     Memasukkan seseorang ke Syurga tanpa hisab, peruntukan syafaat ini juga terdapat untuk Nabi Muhammad s.a.w.

3)     Kaum yang wajib dihumban di neraka boleh diselamatkan oleh Nabi s.a.w

4)     Mengeluarkan kaum yang sedang diazab di neraka untuk kembali ke Syurga kecuali bagi mereka yang mati dalam keadaan kafir.

5)     Peningkatan darjat di syurga agar mendapat tahap syurga yang lebih baik.

 

  Sumber

 

Sedarkah ?!

Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa, berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba setelah pengharamannya lalu jatuh kafir mereka itu, tatkala itu matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar dari senarai mereka yang boleh mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w.

Berhati-hatilah dan amat wajib bagi semua muslim yang meyakini ada maut untuk menjauhi riba. Kita amat bimbang, ketidakpedulian itu adalah merupakan satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh mejatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka. Nabi juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) kepada golongan sebegitu. Moga kita semua dipelihara oleh Allah swt.

Inilah yang diulas oleh Imam Fakhruddin Ar-razi apabila beliau menghurauikan maksud ‘orang yang kembali' dalam ayat di atas sebagai :-

فالمعنى ومن عاد إلى استحلال الربا حتى يصير كافراً

Ertinya : erti ayat "barangsiapa yang kembali" (di atas, adalah bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka itu jadi kafir. ( Tafsir Al-Kabir, 7/82)

Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelabagi pagi alasan orang di zaman ini dari berubah dari pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, mahal sikit la, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud dalam hati individu yang bernama MUKMIN MUSLIM.

 

Itu pun jika ingin selamat diakhirat, jika tidak..tunggulah bila waktunya tiba.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

20 April 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #42 siapa blh guideazaman 2010-05-25 16:57
Ya Allah, lindungilah kami drp azabMu!!
saya k/tangan k'jaan baru 4thn berkhdmat dan tlh mamilih skim pencen dan tlh membeli rumah melalui skim pinjaman k'jaan. harap ada yg blh beri maklumat
1)b/mana cara saya nak keluarkan caruman kwsp akaun 1 & 2
2) perlu tak caruman selama ini di bayar zakat (sekiranya tlh dikeluarkan)
3)b/mana nak dikira riba ke atas caruman selama ni
Quote
+1 #41 buat para pencarum...ahmadsuhailihassan 2010-05-25 01:31
membiarkan duit KWSP yang dibenarkan keluar oleh KWSP dari pelaburannya juga termasuk dalam membenarkan aktiviti riba...keluarkanlah akaun 1 KWSP saudara2 sekalian selagi boleh...laburkan ke tempat Islamik...kosongkan terus akaun 2...bayar installment rumah...hukum pelaburan KWSP adalah jelas riba...

sila betulkan ulasan saya ini jika tersilap Ustaz..
Quote
0 #40 Nak tanyaNor 2010-05-25 00:54
Sy dah tbeli aset dgn mggunakn konvensional loan. Utk elak riba, blh x dgn cr sy mbyr semua htg tsbt dgn segera ( cthnya dlm 3 bln dgn mgumpul wang) krn x mahu refinance loan dsbbkn utk mgelak byrn balik yg lbh tinggi
Quote
0 #39 riba dan penyelesaian yg. di tungguSallemi 2010-05-24 08:19
Saya setuju dengan perlaksanaan, maksud apa yg. Ustaz praktikkan kongsikan bagaimana perlaksaaannya, saya amat sedih sekarang ni masyarakat Islam lah yg. terbanyak terjerat dgn. hutang dan riba.
pertama tiada ilmu merancang perbelanjaan dan pengurusan kewangan.
Ada satu hamba Allah yg. bermaksud membantu masyarat yg. sudah di tahap kritikal hutanya usaha yg. baik tetapi tidak ada satu method yg. bebas dengan riba.
Adakah dengan pinjaman riba yg. kritikal di selesaikan dgn. riba juga dgn. mencari riba yg. rendah utk. menyelesaikan masalah hutang yg. ribanya yg. tinggi.
Bagai mana konsep Gamen bank di bangladish blueprint nya merupakan salinan kepada Amanah ikhtir m'sia kononya utk membantu org. miskin dari belengu hutan juga mengenakan riba walaupun dengan kadar yg. rendah.
Kalau boleh satu contoh perlaksanaan sistem muamalat yg. sebenar bukan bentuk teori, kalau boleh diadakan bengkel atau satu kursus atau sesi praktikal, atau ada modul lengkap pengurusan kewangan secara Islamic yg. boleh menyelesaikan masalah riba. Harap ada satu contoh yg. boleh dan mudah di ikuti sehingga mampu menyelesaikan masalah ripa dan belenggu masyarakat yg. dibelenggu masalah hutang yg. kritikal.
Quote
0 #38 wang riba bercampur dengan wang sedekahfatimah 2010-05-24 08:02
assalamualaikum ustaz...
saya pelajar di luar negara, dan hampir kesemua pelajar di sini menyimpan duit biasiswa mereka di dalam bank-bank tempatan. setiap tahun, kami akan menerima faedah daripada pihak bank dan difahamkan, duit tersebut adalah riba. ramai yang mula bertanya ustaz-ustaz mereka di malaysia dan ustaz mereka menyatakan, duit tersebut boleh disedekahkan tetapi tidak akan mendatangkan keuntungan kepada kita kembali. maka, ramai yang menyedekahkan duit tersebut kepada masjid- masjid berdekatan. ramai juga yang memberikan duit tersebut untuk digunakan sebagai sumbangan kepada anak-anak yatim di sini. tetapi setelah mengadakan sesi tazkirah mingguan, ketua pelajar di sini menyatakan duit tersebut hukumnya haram dan tetap dikira sebagai riba. masalahnya sekarang, ada lebihan duit-duit riba tersebut yang telah bercampur dengan wang sedekah untuk satu program anak yatim di sini dan kami tidak tahu jumlah wang riba yang telah diberikan. jadi ustaz, apa hukumnya duit-duit tersebut? masih boleh terus disedekahkan ataupun tidak?
Quote
0 #37 xUmmuAdam 2010-05-24 07:45
Mohon kebenaran untuk copy artikel ini untuk dikongsi dengan kawan2 Ustaz. Trm Kash
Quote
0 #36 bagaimana dengan web lelong terbaru?Hafiz Zainal 2010-05-24 07:39
Salam,

saya ada terjumpa laman web macam lelong jugak; pennyauction.com.my. laman web ni jual banyak gajet-gajet dan lain2 barang. kaedah jualan dengan bidaan; beli bidaan contohnya 1 bidaan = RM3. bila dah bida kt barang tu harga barang tu akan naik RM0.01..lepas tu tunggu sehingga tiada orang lain yg membida; barang tu kita yang punya.
soalan saya:
1. macam mana hukum belian yg macam tu?
2. kalau dah beli di situ dengan harga yg sangat murah; contohnye iPhone dgn harga RM 20.00 lepas tu jual dengan harga RM 500.00; adakah itu dikira riba'?
Terima kasih.
Quote
0 #35 ingin tahuGuest 2009-10-14 02:55
Salam...........
Saya nak tahu ...apakah hukumnya ...kita membeli sijil simpanan premium....bila cabutan dibuat ...ada rezeki ...kita dapat hadiah...kalau tak kena PUN ..TAK MENGAPA...KITA BOLEH KALAU MAHU MENEBUSNYA KEMBALI..TAPI NILAINYA TETAP SAMA SPT. BELIAN KITA DULU....

UZAR : sila cari artikel berkenaan, telah diulas
Quote
+1 #34 refinancing to islamic producthisyam 2009-09-07 23:50
salam..
dgn kesedaran org islam ttg riba, sedar& menyesal,jadi ingin buat refinancing semua loan yg telah sedia ada dgn konvensional ke islamic financing.
soalan: adakah harus bg islamic bank mmbiayai finance bentuk ini (tuk biayai hutang yg ber 'riba')? or how?
thanks

staf bank,

UZAR : harus dan telah dibincang panjang lebar oleh para ulama.
Quote
0 #33 SABAr 2008-11-18 09:20
Assalamualaikum ustaz,

jual beli kijang emas pun haram juga ye? saya ade baca email diatas dari pembaca web ini juga. :eek:

UZAR : SILA buka tajuk hukum pelaburan emas di malaysia
Quote
0 #32 Rodin 2008-09-11 08:42
Dalam hal ni ustaz sye kdng2 rasa macam bersendirian,di telan mati emak diluah mati bapak..nak cakap salah tak cakap salah..member2 sendiri main forex exchange, benda tu susah nak buat tapi nak buat jugak,dah la susah lagi haram riba..pelik la orang sedemikian...kadang orangtu,nampak warak,dan ada gak yang tahap ustaz juga,maaflah saya cakap,bukan niat nak singgung sesiapa,tapi boleh pulak dia main jual beli kijang emas kat maybank,saya jahil dulu pernah main skali, alhamdullilah rugi..saya tanya ustaz yang lain pasal hal ini,alhamdulill ah dia kata haram ni riba..sepatutnya saya faham dari awal,pasal hukum ni basic,tapi disebabkan ustaz tu yg propose sye cube2 la gak main kijang emas..apa pandangan uzar tentang "ustaz" yang sedemikian, saye rasa berdosa plk nak cakap tapi saye plik ustaz yg bleh dkatakan sebaya UZAR bleh buat benda begini...
Quote
0 #31 amin 2008-06-10 17:07
Assalamualaikum .. beli rumah hutang,kereta hutang,keredit kad,pinjaman ASB semuanya berhutang dengan BANK semuanya ada intrest.... :-?

UZAR : PERGI BANK-BANK ISLAM, SEMUA TIADA RIBA
Quote
0 #30 Guest 2008-06-06 01:49
Alaikum Ustaz,

Terima kasih lah bebyk kerna keterangan ustaz tentang riba. Saya benar-benar insaf dan takut akan seksaan Allah. Saya akan sebarkan hal riba ne pada keluarga saya bahawa riba ne memang berdosa. Terima kasih Ustaz.
Quote
0 #29 muslimah 2008-05-31 00:38
syukran ustaz dgn pnjelasan ust yg amat jelas..betapa pedihnya azab ALLAH di akhirat kelak..saya tdk sanggup bila memikirkannya..

umat2 muhammad di luar sana yg mn dh trjebak dgn konvensional..cepat2lah tinggalkn..biarla kita rugi di dunia tapi jgn sekali2 di akhirat..apa la sgt kerugian RM100k kalu nk di bandingkan dgn azab ALLAH Taala di akhirat yg kekal abadi..wallahu'alam..
Quote
0 #28 yusnida 2008-05-24 20:42
terima kasih kepada ustaz kerana memberi keterangan yang jelas..
Quote
-1 #27 Soleh 2008-05-20 02:48
sy rasa takde masalah dgn kad kredit konvensional...yg masalahnye dgn org yg pegang kad kredit tuh...sy ada 3 kad kredit konvensional...maybank, citibank ngan cimb...statement dtg tiap2 bulan settlekan smua outstanding balance...jgn ler bayar min payment..nanti kena riba...kad kredit tu tak bersalah, yg bersalah org yg pakai kad kredit tuh...macam gak babi tu tak bersalah, yg bersalah org islam yg makan babi tuh..
Quote
0 #26 Guest 2008-05-08 03:39
Assalammualaiku m UZAR, minta beri jawapan dengan kadar segera, apakah hukumnya PENDAPATAN/GAJI seseorang ISLAM yg bekerja dengan bank KONVENSIONAL walaupun ada anak syarikat bank tersebut yang membuka kaunter/cawangan ISLAMIC BANKING.

UZAR : SILA CARI DI WEB NI, SUDAH ADA..
Quote
0 #25 saynie 2008-04-30 15:42
:-) apabila saya membaca petikan2 di atas, (peranan Nabi Muhammad sebagai pemberi syafaat),saya rasa eloklah jika kita sebagai umat nabi berselawat ke atas baginda ,,,mudah2an hidup kita ni diberkati Allah s.w.t
Quote
0 #24 fuadzainudin 2008-04-29 04:25
boleh tak ustaz sediakan teks khutbah khusus tentang riba supaya dapat dibaca oleh khatib pada hari jumaat, tq.
Quote
0 #23 saha 2008-04-28 16:18
masyaAllah,geme ntar rasa jantung bila baca artikel ustaz ni,sekarang tugas kita semua berdakwah untuk banteras riba ni.jangan harap orang lain.InsyaAllah ganjaran pasti datang.mohon Allah beri hidayah pada saya dan semua umat islam.InsyaAllah
Quote
0 #22 NIMO 2008-04-28 01:10
Assalamualaikum semua,

Mengalir air mata membaca kebenaran yang nyata. Nah!, Kebanyakan kita telah tahu mengapa tidak kita kita laksanakan MLM Dakwah kita (Multi Level Dakwah). Ayat berkaitan riba semua telah jelas ada didepan mata.

Sedih memang amat sedih....ada rakan yang bila rasa tertekan dengan sistem konvensional baru nak menyalahkan betapa kejamnya sistem tersebut sedangkan Allah telah melarang sedari awal lagi kerana ianya mmg menindas.

Tuan-tuan, tugas kita semua utk menyebarkan serba sedikit - tanggungjawab kita sebenarnya bagi yang telah tahu....

Teguhkan pendirian kita untuk mendapatkan riba sifar - kerana sistem ekonomi Islam ternyata membantu kestabilan ekonomi negara dan keluarga..

Kepada mereka yang masih mempunyai kad kredit konvensional, tolong patahkan dan buang jauh2.. Kuasa pengguna di tangan kita (bukannya tak ada pilihan - kad kredit bank islam, kad kredit Al-Taslif am bank..ada tuan2).......Rezeki datangnya dari Yang Maha Esa. Jgnlah kita terlalu sayangkan points yg kita collect atau privilege yg kita dpt drpd kad tersebut kerana keistimewaan yg Allah beri terlalu istimewa utk dilepaskan begitu sahaja...
Quote
-1 #21 Lina 2008-04-27 01:29
Salam ustaz,

Berkenaan dengan riba,ustaz boleh bercakap saja, cuba perjuangkan agar riba tiada di Malaysia. Masalahnya riba ini sudah sampai ke ceruk-ceruk kampung kawasan pendalaman, di mana orang-orang biasa dah tak mampu elak dari riba (ah long) ni. Saya berasa pelik melihat ada di kalangan ustaz lebih senang berdakwah dengan cara selesa tetapi takut untuk berjihad untuk kemaslahatan umat walhal berjuta-juta umat Islam memakan benda haram ini setiap hari. Walhal umat Islam inilah yang akan menuntut ulama-ulama ini di Padang Masyhar nanti kerana atas "keselesaan" mereka, takut untuk berjuang dengan darah dan air mata.

uzar : tak bolehkah orang Islam kita ni bersangka baik sikit. mana sdri tahu saya dan par aulama di Malaysia hanya bercakap sahaja.?..adakah sdri ini malaikat yang sentiasa bersama saya dan para ulama ? sehingga tahu kami hanya bercakap sahja?

isyh isyh
Quote
0 #20 ashran 2008-04-25 22:00
orang yang mengamalkan riba diisytiharkan PERANG oleh Allah dan Rasul. dlm sinar harian semalam 24 april 08 menyatakan kementerian terbabit mengatakan tidak ada unsur riba dalam pinjaman PTPTN...BETUL KE USTAZ??? komfiyus. :-?
Quote
0 #19 Amin 2008-04-25 22:00
Nakmengalir air mata bila membaca ulama menyatakan semua akan masuk neraka dahulu sebelum layak ke syurga. Tak tergambar betapa seksanya di situ. Semoga Allah mengampunkan dosa kita sebanyak - banyaknya.

Alhamdullillah, syukur Allah memberi kekuatan untuk saya buang semua riba. Segala insuran konvensional telah ditukar ke skim takaful. Skim simpanan wang yg diragukan kehalalannya telah saya keluarkan wangnya.

Ada beberapa perkara yg merisaukan:

1) Adakah ibu-bapa kita ada menggunakan sistem riba. Mungkin untuk insuran kereta? Perlu kita selidiki utk kita selamatkan ibu dan ayah kita dari azabnya kelak.

2) Insuran konvensional utk pekerja(medical benefit) dari pihak majikan dan socso yang saya ambil. Sekiranya saya diambil nyawa oleh Allah, maka isteri dan anak - anak akan mendapat pampasan dari majikan (Jumlah yg akan besar 100k). Sekiranya wang ini haram, saya yg menerima azabnya nanti. Bagaimana hal ini ustaz?
Quote
0 #18 Guest 2008-04-23 02:37
Saya juga memohon kebenaran untuk copy and paste article ustaz di atas untuk d sebarkan kpd saudara se Islam.
Quote
0 #17 assss 2008-04-23 00:53
teruskan usaha
Quote
0 #16 maslina mohd 2008-04-23 00:45
salam,

mmg takut la dan rasa kerdil sgt dri ini kerana rasanya ramai lagi org islam diluar sana tidak sedar apatah lagi org2 kampung.
mcm mana la nak bantu mereka..
Quote
+1 #15 MUHAMMAD 2008-04-22 01:16
Pinjaman kerajaan tidak boleh guna skim ISLAM jika ada dua nama dalam perjanjian jual-beli dimana salah satu nama bukan kakitangan kerajaan (contoh suami kakitangan tetapi isteri tidak) Apa komen Ustaz. terima kasih.

UZAR : memang bermasalah, ambil dengan bank-bank Islam di luar sahaja nampaknya. atau koperasi
Quote
0 #14 najib bin noor 2008-04-21 23:11
saya telah memukakan soalan berkait dengan masaalah yang related dan sms kapada 33221 tapi tiada jawapan .. cuma di suruh bertanya soalan yang standard.macam mana saya nak dapat jawapan daripada UZAR yang tepat?
email saya najibnoor@yahoo .com

UZAR : ADA BEBERAPA PULUH SOALAN LAGI BELUM SEMPAT SAYA JAWAB. TUNGGU OK. JIKA NAK ILMU PERLU BERSABAR..
Quote
0 #13 ayub 2008-04-21 23:01
kekadang saya terfikir mana silapnya?
1- knp ustaz2 di kampung tidak mengajar hal2 riba,mereka lebih gemar bercerita dari mengajar hukum kepada orang2 kg.

dulu di kampung saya selalu ikuti ustaz2 yg mengajar di masjid,lepas isyak selesai.. ape yg saya dapat ialah cerita2 nabi,ada juga tafsir tp byk masa dihabiskan untuk bercerita,saya tak kata tak bagus namun mana yang lebih penting..

mungkin betul apa yg uzar kata,tak semua ustaz yang mahir hal2 riba.. namun takkan sedikit pun mereka tidak tahu.

kita yang mengetahui ini jgn lah persalahkan ustaz2 di kg, anggap lah itu kelemahan mereka yang harus kita baiki..

tuntulah ilmu jika ingin kebahagian dunia dan akhirat
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 101 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Cukup Dahsyat Tapi Sudah Sedarkah?