Yuran Jaminan Pulang
Hutang & Hukum Cagaran
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Soalan
Salam. Apakah hukumnya saya mengenakan comitmen fee kepada adik saya yang ingin meminjam duit? Ia sekadar bertujuan untuk memberikannya rasa lebih tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman itu kemudiannya. Saya berniat kalau dia telah bayar habis semua jumlah pinjamannya, saya akan memulangkan semula semua wang dari yuran komitmen itu.
Soalan dari sistem sms
Jawapan UZAR
Soalan yang bagus dan tujuan serta niat juga tiada sebarang masalah dari sudut Shariah.
Namun meletakkan yuran khusus sebagai yuran komitmen adalah bukan cara yang tepat apabila kita terlibat dalam aqad pinjam meminjam wang. Ia tidak dianggap riba kecuali jika komitmen fee tetap hangus jika si peminjam membayar semua hutangnya.
Selain itu, dari sudut logik pula kelihatan sedikit janggal kerana adik saudara atau sesiapa sahaja yang ingin meminjam wang cash (tunai) sudah pastilah ia tidak mempunyai wang tunai.
Mungkin ada yang mengatakan yuran itu adalah tambahan dari jumlah pinjaman. Jika itu keadaannya, ia sudah tentu seperti bercanggah dengan tujuan si peminjam yang ketiadaan wang tunai. Untuk menjelaskan lagi keadaan ini, contohnya katalah adik anda ingin meminjam RM2000 tunai. Ini bermakna ia memerlukan jumlah itu untuk menyelesaikan apa jua tujuannya.
Jika saudara meminta adik saudara membayarkan RM200 sebagai yuran komitmen, sudah tentu ini menjadikan pinjaman adik saudara sudah menjadi RM 1800 sahaja. Maka ia sudah tentu tidak menepati objektif peminjam yang inginkan RM2000 tunai.
Benar, memang saudara boleh menaikkan jumlah kepada RM 2200. Tetapi sebagaimana yang saya katakan tadi, ia bercanggah dengan objketif peminjam, kerana terpaksa pula dia mengeluarkan wang tunainya pula. Padahal dia tidak punyai wang tunai sendiri.
Cara Yang Betul
Cara yang tepat serta diiktiraf oleh Islam adalah konsep ar-rahn atau cagaran.
Iaitu bagi memastikan komitmen peminjam untuk membayar hutangnya, pemberi hutang dibenarkan oleh Shariah untuk meletakkan syarat tertentu yang boleh menguatkan janji orang berhutang untuk menyempurnakan hutangnya.
Caranya adalah dengan meminta orang berhutang meletakkan apa-apa asset yang sesuai dengan nilai pinjamannya sebagai cagaran. Aset yang ingin dicagar perlu melihat syarat berikut ( Al-‘Uqud Al-Musammah, Az-Zuhayli, hlm 362) :-
a- Punyai nilai di sisi Islam dan undang-undang seperti komputer, motorsikal, televisyen, radio dan lain-lain.
b- Bukan benda yang diharamkan sepeti arak, babi, bon riba dan lain-lain sepertinya.
c- Benda yang tidak dimiliki orang yang mencagar.
d- Bukan hutang orang ketiga yang belum sabit statusnya. Ertinya, tidak boleh mencagarkan hutang orang lain yang belum pasti pemulangannya kepada kita sebagai cagaran untuk hutang kita.
Haram dan dosa besar mencagarkan isteri atau anak perempuan sebagaimana kes yang pernah berlaku di zaman jahiliyah silam dan moden ini.
Sebagai contoh, pinjaman RM 2000, maka adik anda perlu mencagarkan computer peribadinya kepada saudara. Ini menyebabkan computer itu akan berada dalam simpanan saudara. Apabila adik anda gagal menyelesaikan hutangnya, anda dibenarkan untuk menjual computer itu di pasaran dengan harga biasa. Jika saudara Berjaya perolehi RM 2500, baki RM 500 perlu diserahkan kembali kepada adik , manakala RM 2000 adalah milik anda sebagai bayaran hutang yang gagal dibayar tadi.
Jika hasil jualan hanya RM1500, anda masih berhak menuntut baki RM 500.
Selain itu bagi sesiapa yang berkemampuan, Islam juga menggalakkan mereka memberikan tangguh tempoh pembayaran hutang TETAPI DENGAN SYARAT TIADA SEBARANG PENALTI (kerana ia riba)..atau lebih hebat dari itu adalah menghalalkan sahaja jumlah hutang yang gagal di bayar itu.
Ia tercatat dalam firman Allah swt : -
وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
30 April 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
saya mohon ustaz dapat beri respon dalam isu seorang bapa telah berhutang. setelah bapa tersebut meninggal si anak telah di tuntut melangsaikan hutang2 tersebut. masalahnya anak tersebut juga tidak mampu atas faktor kemiskinan. apakah jalan penyelesaiannya dan jika dapat ustaz sertakan dalil situasi tersebut. sekian terima kasih
Ustaz, ingin bertanya ...
1. Jika pencagar mencagarkan motornya, adakah penerima cagaran boleh menggunakan motor tersebut.
2. Jika nilai motor semasa adalah RM3000.00, berapakah nilai cagaran? Adakah boleh pencagar menetapkan bahawa nilai cagaran motornya RM4000.00? Atau penerima cagaran menetapkan sendiri nilai yang sanggup dibayarnya kepada pencagar? Mestikah nilai cagaran lebih tinggi atau rendah dari nilai semasa?
Sekian. Terima kasih.
Assalamualaikum wrt. wbt.
ustaz,suami saya yg pada asalnya mempunyai niat membeli sebuah lori untuk tujuan perniagaan.lori tersebut akan disewakan mengikut sewa bulanan seperti prinsip sewaan rumah.tetapi diatas sikap ingin membantu suami saya akan mengeluarkan modal sebanyak rm 10000 untuk tujuan duit muka lori terssebut.sewa bulanan ditetapkan kepada penyewa sebanyak RM1500 setiap bulan akan berlangsung selama 3 tahun.selama 2 tahun pertama suami saya akan menjelaskan bayaran bulanan lori tersebut yaitu sebanyak rm 1000 setiap bulan.selepas itu penyewa pula akan menjelaskan bayaran bulanan sehingga tamat bayaran.dan lori tersebut diatas milik penyewa tersebut,manaka la suami menyeluarkan modal untuk tujuan duit muka.adakah HALAL cara suami saya mendapat keuntuntungan tersebut.diharap ustaz dapat memberi pandangan.terima kasih.
Seorang anak berhutang kpd bapanya (tanpa surat perjanjian, namun bapa memaklumkan kpd semua anak2nya yg lain mengenai hutang itu dan diminitkan dlm mesyuarat keluarga).
Apabila bapa itu meninggal dunia, adakah waris (anak2 yg lain) berhak menuntut hutang tersebut darisipemiutang utk difaraidkan?
UZAR : ya, hutang tu akan masuk dalam milik bapa, dan kemduian di faraidkan
Saya berhasrat untuk membayar hutang bapa saya itu kepada waris-waris abangnya yang masih hidup. Adakah bapa saya akan terlepas dari hukum apabila saya melunaskan hutangnya kelak?
Waris-waris mahu menuntut bayaran lebih manakala saya hanya mampu untuk membayar RN40 ribu sahaja.
Apakah cara yang paling sesuai atau betul mengikut hukum Islam bagi menyelesaikan masalah hutang bapa saya ini? Harap Ustaz dapat membantu.
UZAR : Semua duit dan harta pusaka bapa WAJIB digunakan untuk membyaar hutang bapa tersbeut terlebih dulu.
Jika ada lebih barulah di bahagiakn ikut Faraid.
Jika tak cukup, anda boleh tolong selesaikan hutang bapa..dan bapa terlepaslah dari sebarang musibah akibat hutang tertunggak di alam barzakh. InsyaAllah.
contohnya
harga pasaran: RM 2500
hutang adik : RM 2000
jadi saya ambil laptop tu, dan bayar
RM 500 kepada adik saya
boleh ker macam tu?
atau cara mana yang lebih baik?
Mohon pandangan Ustaz berkaitan pembiayaan rumah Bank Islam menggunakan konsep BFR-1.3? Bagaimana kesan kepada harga dalam akad jual beli atau ianya akan menyamai BLR-1.xxx dlm perbnakan konvensional?
tapi bila dia org dapat duit..liat pulak tu nak bayar!!
Sekarang ini banyak jenis manusia yg tak mahu bayar
hutang ni walaupun dia hutang sedara atau kawan baik dia..
sudah nya pemberi hutang pulak kena tanggung hingga
muflis pun ada..
Sekadar melontarkan pandangan, adalah lebih baik jika pihak penjual kereta, contohnya Proton mengambil inisiatif mendapatkan wakil jualan keretanya yang dapat menjual kereta direct kepada pembeli tanpa melalui pihak bank. Wakil penjual itu berkemampuan dari segi membuat jualan dalam bentuk bayaran ansuran oleh pembeli. Jadi, pembeli tak payah risaukan isu riba atau tidak. Jika ini boleh digunapakai, diharap Ustaz dapat panjangkannya ke pihak yang terlibat demi kebaikan Muslim di Malaysia tercinta ini. Jika sudah ada konsep ini, harap Ustaz panjangkan kepada saya pihak yang menggunakan konsep ini.
aktivitionline.com (aktivitionline.com)
syukran jazilan ustaz...
Alhamdulillah.... syukran jazilan ustaz... smg dapat dipraktikkan...
saya teringat apb main bowling, sebelah selipar diambil utk cagaran apb hendak pulangkn kasut bowling tu...
contoh yg mudah...
Nak tanya ustaz:
A nak pinjam duit dari abangnya B. B kenal adiknya A seorang yg agak boros, klu ada duit dia belanja yg bukan2 spr belikan isterinya barang2 kemas, TV baru, dan A pula merokok & kadang2 ponteng solat. Puas juga dinasihat (dgn berhemah) tapi ibarat mencurah air ke daun keladi.
Walau bagaimana pun B tak sampai hati, diberinya pinjaman (tak perlu bayar balik pun), tapi disertai dgn nasihat2 yg adiknya berkecil hati. Sejak tu A tak lagi pinjam dari B. Tapi hubungan mereka dah agak rengang kerana A masih tak mau terima teguran, walau B sering bertanyakan kabar. A pula masih merokok & ponteng solat.
Ialah pinjam Rm100,000 bayar balik pun Rm100,000 kan bahagia hidup kita semua.Ini tak bayaran pinjaman digandakan sampai susah pulak kita nak bayar.
UZAR : JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI. JIKA BANK BUAT GITU..TIADA LAH PEKERJA, DAN TIADA SIAPA NAK BUKA AKAUN PELABURAN DENGAN BANK, (KERANA TIADA PULANGAN)..
JIKA NAK PINJAMAN BEGITU, KITA BOLEH BUAT PINJAMAN DENGAN KAKA KE, ABANG KE, IBU BAPA KE..BAHAGIA HIDUP
Apakah penyelesaiannya dan anak derhakakah kita jika hutang itu kita tetap minta balik sedangkan kita tahu yang berhutang itu mampu bahkan lebih besar pendapatannya dari kita.....
Memang sangat jelas penerangan Uzar dan boleh digunapakai kepada ahlikeluarga atau sesiapa yang kita kenal jenis liat nak bayar hutang.
Jazakallah Uzar.
wassalam
Jawapan yang diberikan sangat padat dan mempunyai hujah yang kukuh..Kalau saudara belum baca lagi artikel berkenaan, ini link untuk artikel tersebut..http://drmaza.com/?p=258
Akhirnya, diorang tak mau bayar hutang2 itu kepada saya dan saya selaku pemberi hutang kpd mereka jadi kesempitan lebih2 lagi selepas diberhentikan kerja.
Apa komen Ustaz mengenai Penggunaan perkataan Allah Oleh orang kristian Katolik.
RSS feed for comments to this post