Misi Saya Di Kelantan : Pembersihan
Riba & Skim Cepat Kaya
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Kelantan Darul Naim, Bandaraya Islam pertama di Malaysia dan dipimpin oleh seorang Tuan guru yang amat berwibawa.
Alhamdulillah, sudah lama saya berhasrat untuk berkongsi ilmu kewangan Islam di sana. Pernah sekali saya dijemput menyampaikan satu kertas kerja di satu seminar, namun tatkala itu pesertanya amat terhad kepada golongan sasaran tertentu sahaja. Kali ini lebih terbuka kepada awam.
Justeru semalam (5 Mei 2008), saya dijemput ke satu program umum oleh Jabatan Agama Islam Kelantan untuk mengulas topik Skim Cepat Kaya : Perspektif Islam. Bertempat di Balai Islam Lundang. Kota Bharu. Dewan yang terakhir saya jejaki sekitar 16 tahun yang lalu.

Dalam pembentangan semalam, saya juga mengambil ruang untuk mendedahkan perihal isu riba, satu isu yang sudah banyak kali saya bentangkan di pelbagai negeri namun pertama kali di Kelantan.
Alhamdulillah saya cukup berpuas hati dapat menyampaikannya kepada rakyat Kelantan, walaupun dalam masa yang terbatas. Isu terpenting saya dahulukan.
Kehadiran juga baik, program dihadiri oleh orang-orang besar Jabatan Agama Islam Kelantan termasuk Tuan Hj Abd Aziz Abd Rahman, selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Kelantan.

Antara tokoh yang turut memberikan pengisian sebelum saya adalah YBhg Dato' Hj Muhammad Daud Al-Iraaqi. Sesi dialog atau forum pula dipengerusikan oleh seorang lagi tokoh ilmuan di sana iaitu sahabat saya Dr Abd Basit Abd Rahman.

Namun sebelum itu saya bersyukur dapat menerangkan kepada rakyat Kelantan tentang riba dalam pembelian emas yang kerap berlaku di sana, iaitu pembelian barang kemas emas secara ansuran, ‘trade in' barangan emas, dan pelbagai keterlibatan dalam pelaburan secara riba dan urusan bank secara riba.
Sebenarnya saya merasakan, sepatutnya di Kelantan bank konvensional perlu 'tutup kedai' konvensional mereka. Hanya kaunter perbankan Islam mereka yang mendapat sambutan masyarakat. Namun setakat ini ia masih menjadi impian saya, ingin sekali saya kongsikan impian ini dengan rakyat Kelantan dan kepimpinan negeri Kelantan. Moga termakbul.
Ini kerana memberikan lesen kepada bank konvensional untuk membuka cawangan yang menyediakan perkhidmatan kewangan konvensional kepada rakyat Kelantan adalah jauh lebih besar dosanya dari membenarkan membuka ladang babi untuk tujuan EKSPORT atau lesen kilang arak.
Justeru saya amat berharap, kerajaan negeri bersungguh menerapkan ilmu kewangan Islam dan menjauhi riba sehingg sampai ke satu tahap perbankan konvensional tidak mendapat sebarang sambutan lagi di sana. Hanya perkhidmatan kewangan Islam yang akan mendapat sambutan.
Saya yakin ramai rakyat Kelantan yang membaca web saya ini terutamanya yang memegang jawatan yang sesuai untuk menyalurkan info dan tindakan. ANDA PERLU BERPERANAN!!..
SOALAN-SOALAN LAZIM
S1: Apakah maksud "deposit"?
Dalam konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut:
i. Sejumlah wang diberikan kepada penganjur skim tersebut yang mungkin adalah sebuah syarikat, perkongsian, perniagaan pemilik tunggal atau seorang individu.
ii.Penganjur menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi atas setiap deposit dalam jangkamasa yang pendek. Ada juga skim yang memberi pelbagai bentuk ganjaran kepada para pendepositnya.
iii.Mengikut terma-terma skim tersebut, deposit dan keuntungan akan diberi balik kepada pendeposit pada satu tarikh yang ditetapkan. Tarikh ini boleh ditetapkan oleh penganjur skim atau dipersetujui bersama antara pendeposit dan menganjur skim. Ada kalanya, pendeposit boleh menuntut pulangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.
iv.Deposit tersebut juga boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalarn bentuk logam berharga, batu berharga, barangan kemas, barangan elektrik atau kereta.
S2: Apakah maksud "pengambilan deposit secara haram"?
la adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit tanpa lesen sah di bawah Akta Bank dan Institusi‑Institusi Kewangan 1989 (ABIK). Menjalankan suatu operasi skim cepat kaya yang melibatkan pengambilan deposit adalah suatu kesalahan dari segi undang‑undang kerana penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk menerima deposit.
S3 : Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram ?
i. Penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk mengumpul deposit.
ii. Penganjur menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangkamasa yangpendek. Pulangan ini selalunya lebih tinggi daripada faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan.
iii. Selain daripada wang tunai, sebahagian daripada pulangan boleh dibayar dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalam bentuk kupon, barangan , barangan kemas atau barangan elektrik
S4. Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit ?
Hanya institusi-institusi yang dilesenkan dan beberapa institusi-institusi yang dibenarkan boleh menerima deposit daripada orang ramai. Contoh-contohnya adalah :
- Bank-bank Perdagangan
- Syarikat-syarikat kewangan
- Lain-lain (institusi-institusi yang dibenarkan seperti Bank-bank Saudagar, Syarikat-syarikat Diskaun, bank Kerjasama Rakyat, Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar dan institusi lain yang diberi kuasa di bawah undang-undang untuk menerima deposit)
NOTA : Jika anda mempunyai sebarang keraguan sama ada sesuatu institusi itu dibenarkan mengambil deposit atau tidak, sila hubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan pengesahan (sila rujuk Soalan 11)
S5: Apakah hukuman bagi pengambilan deposit secara haram?
Hukuman maksima bagi pengambilan deposit secara haram adalah penjara tidak melebihi 10 tahun dan/atau denda tidak melebihi RM 10 juta dan denda sebanyak RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
S6: Siapakah yang biasanya menjadi penganjur skim cepat kaya?
Penganjur skim cepat kaya mungkin seorang individu, perkongsian atau syarikat. Penganjur tersebut mungkin mendapat sijil pendaftaran daripada Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan untuk memberi gambaran bahawa perniagaan yang dijalankan adalah sah. Walaubagaimanapun, sijil pendaftaran tersebut tidak memberi kuasa kepada penganjur untuk mengambil deposit.
S7: Siapakah yang biasanya menjadi mangsa skim cepat kaya?
Para pendeposit yang terlibat merangkumi semua peringkat masyarakat yang inginkan pulangan yang tinggi dan cepat tanpa mengambil kira risiko yang terbabit. Mereka ini mungkin sedar akan risiko tinggi tetapi masih memilih untuk tidak mengendahkan risiko tersebut demi pulangan tinggi yang dijangkakan.
S8: Apakah risiko-risiko yang terbabit bagi penyertaan di skim skim pengambilan deposit secara haram?
Risiko-risikonya adalah:
i. Membebankan dan merugikan diri sendiri serta keluarga jika mereka telah menggunakan kesemua wang simpanan seumur hidup, mengeluarkan simpanan dari ASB atau mendapatkan pinjaman dari bank atau koperasi hanya untuk menyertai skim tersebut. Mereka akan cepat papa, bukannya cepat kaya.
ii. Menghadapi tuduhan bersubahat atau bersekongkol dalam aktiviti pengambilan deposit secara haram di bawah ABIK. Hukuman bagi kesalahan bersubahat adalah serupa seperti yang dikenakan ke atas penganjur aktiviti pengambilan deposit secara haram.
S9: Bagaimanakah seseorang boleh kehilangan wang di dalam skim pengambilan deposit secara haram?
Seseorang pendeposit boleh kehilangan atau kerugian wang di dalam skim pengambilan deposit secara haram apabila:
i. Skim tersebut gagal. Memandangkan dana kebanyakan skim pengambilan deposit secara haram adalah daripada deposit ahli-ahlinya, skim tersebut akan berterusan selagi ahli yang wujud atau ahli baru mendepositkan wang. Jika tiada seorang pun yang menyumbangkan wang, penganjur tidak akan dapat menanggung pembayaran pulangan yang tinggi. Pada masa itu, skim tersebut akan gagal dan para pendeposit akan kehilangan wang mereka.
ii. Sejak dari awal, penganjur memang tidak berniat untuk memulangkan wang deposit dan melarikan diri bersama wang yang telah dikumpul.
S10: Mengapakah skim cepat kaya masih wujud?
Selagi orang ramai dikaburi dengan janji-janji pulangan yang tinggi dan menyertai skim-skim ini tanpa mengambil kira risiko yang terbabit, skim ini akan terus wujud. Mereka yang tidak berwaspada dan terpedaya dengan janji-janji pulangan yang tinggi akan sebenarnya membantu memastikan skim-skim ini berterusan dan akan terus kehilangan wang simpanan mereka.
S11: Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai kegiatan pengambilan deposit secara haram atau skim cepat kaya ?
Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklumat secara bertulis kepada :
BANK NEGARA MALAYSIA
Jabatan Perkhidmatan Korporat,
Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur
atau melalui :
E-mail - info@bnm.gov.my Telefon - 03-2694 6480 / 03-2694 6437 Faksimili - 03- 2691 2990 |
Zaharuddin Abd Rahman
6 Mei 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Saya ingin bertanya bagaimankah kaedah pembersihan dividen bank konvensional.. Bolehkan saya gunakan wang tersebut untuk kebajikan. Contohnya dengan derma kepada surau dan orang yang memerlukan..Terima kasih
saya ada persoalan tentang status perniagaan dan pelaburan yang sedang hangat mencari pelabur/rakan kongsi dijabatan-jabatan kerajaan dan swasta..
satu peluang menjana duit ini memerlukan seorang pelabur/rakan kongsi membuat pinjaman dengan satu syarikat yang kononnya dimiliki oleh seorang jutawan islam yang bertujuan untuk menolong bumiputra sahaja bernilai Rm5k. Rm3K dari pinjaman tersebut akan diberi pelbagai jenis produk minuman kesihatan dan RM 2K lagi akan diambil oleh syarikat yang memberi hutang tadi untuk dijadikan rakan kongsi pelaburan.Keuntungan dari pelaburan tersebut akan diberi selepas 3 bulan dengan pendapatan Rm 1K - 1.5K sebulan selama 6 bulan.pendapatan dari pelaburan ini lah yang akan diambil balik oleh syarikat itu sebanyak Rm6k yang mana Rm1k yang lebih dikatakan sebagai kos pengurusan.setiap pelabur yang dapat mencari pelabur baru akan diberikan insentif oleh syarikat minuman kesihatan tadi sebanyak Rm917/orang.untuk joint perniagaan/pelaburan ini seorang pelabur hanya perlu menyediakan no.akaun bank dan mengisi borang menjadi ahli sahaja serta wang proses ahli Rm80.lain-lain akan diuruskan oleh syarikat termasuk mencari urusan pinjaman itu.nama syarikat yang memberi pinjam pun tidak dapat dinyatakan apatah lagi mengemukakan propektus atau pun profil syarikat/pemberi pinjam..saya harap ustaz dapat merungkaikan persolan ini kerana saya sebagai ketua jabatan yang muslim tidak suka benda2 yang bertentangan dengan Islam menjadi hasil darah daging pekerja bawahan saya yang mana kesemuanya adalah Islam dan sudah berumur..
sekian,terima kasih....
saya nak tanya ttg amanah saham bumiputera yang telah difatwakan harus oleh majlis mufti malaysia tetapi masih kedengaran ramai ustaz-ustaz yang mengatakan ASB adalah haram....
Apa komen ustaz???
UZAR : KOMEN SAYA ADA DALAM WEB NI,
Saya ingin tahu sebelum ini Ustaz ada memberi ceramah tentang satu perniagaan iaitu IPC & Empay yang dikatakan ada unsur riba.. dan disebabkan propaganda tentang pengharaman itu, ramai oarng tidak berani untuk aktif sehingga akhirnya sistem pembayaran bonus Plan B terjejas kerana tiada kemasukan ahli baru untuk perniagaan itu.. dan baru2 ini, top2 leader IPC telah menawarkan satu perniagaan baru iaitu SPC ( Shaing Profit Club ( www.sharingprofitclub.com ) . Apa pandangan ustaz tentang perniagan ini.. kerana ramai yg tidak puas hati semenjak IPC diharamkan..
Dulu diakuilah tiada alternatif dalam sistem kewangan yang sering berasaskan riba... Mungkin impian Gabenor Bank Negara dulu Tan Sri Jaffer dgn "Jeffar dream" yang mahu lihat pembangunan kewangan Islam seiring konvesional boleh diubah suai di Kelantan dahulu iaitu tiada lagi seiring hanya ISLAMIC FINANCE!! dengan memansuhkan secara perlahan2 sistem riba di bank2 kelantan.
Ini mungkin berlaku dengan nilai sukuk(bon) cecah 200 bilion us dollar kini, dan pertumbuhan bank2 Islam melimpah seperti disenaraikan UZAR di tepi kanan webnya sehingga menyamai bank2 perdagangan konvesional(ber unsur riba). Mungkin kita boleh ucap selamat tinggal pada CIMB, MAYBANK, STANDARD CHARTED, PUBLIC BANK, EON BANK dll... diganti dengan BIMB, Muamalat, CIMB Islamic, Maybank Islamic, Standard Charted Islamic, dan lain-lain yang ada simbul -(i) itu..
Dan ini mungkin juga dengan para petani dan peniaga juga perlu duduk dengan pinjaman perniagaan ISLAM dari BANK PEMBANGUNAN dan BANK PERTANIAN dan SME BANK yang baru membuka kaunter dalam tahun 2000 ke atas... gunalah instrumen Islam yang wujud di Bank Pembngunan contohnya menwar ijarah thumal bay untuk sewa beli khas utk alatan pertanian dll... huh panjang lagi nak cerita tapi tak larat.. yang penting ikut saranan UZAR banyak mengkaji membaca lagi dan lagi sehingga kita lihat kebesaran Allah menafikan pemikiran barat yang sering melemahkan ursan harian muslim termasuklah dalam ekonomi, pentadbiran, makanan, kepenggunaan, pendidkan, sukan dll.
Jangan pisah agama dengan kehidupan ini hanya pemikiran sekularisme, jangan totok dengan bangsamu kerana ia hanya merosakkan akidah dan bangsamu juga akhirnya. Bangsa Arab itu masyhur kerana NABI kita Muhammad saw itu tidak sekali perjuangakan bangsa ARABnya tapi diperjuangkan akidah tauhid milik muslim...
Betulkah melayu sudah lupa?..yang pasti bahang skim cepat kaya yang pernah top dan hilang begitu saja masih lagi terasa..cthnya swisscash,abfun d,jai network dan macam-macam lagi..tapi sayang masyarakat kita mudah lupa dan sanggup mengambil risiko dalam pelaburan yang hanya manis menawarkan pulangan walhal ianya perangkap kemusnahan..masyarakat kita membelakangkan halal haram padahlah akibatnya...
kesimpulanya..carilah pelaburan yang halalcontohnya pelaburan dana2 syariah yang wujud ditawarkan oleh bank2 yang prihatin tentang kewangan islam.. walaupun untungnya xsehebat skim cpt kaya tapi pasti ianya halal untuk kita dan anak2 kita.
anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang pelaburan dana2 syariah..
SAMALAH2 KITA MEMBANTU MASYARAKAT DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA..
%0
saya ada satu persoalan. Adakah perniagaan Multi Level Marketing (MLM) selamat daripada unsur-unsur haram. saya salah seorang yang telah menjalankan perniagaan MLM sehingga ke hari ini. saya berasa takut selepas mendapat tahu daripada kawan saya yang mana perniagaan ini ada unsur gharar..
Minta penjelasan daripada UZAR..
AL FADIL,
bukankah yg ada kuasa utk menahan lesen bank riba adalah bank negara, bukann kerajaan negeri?
minta penjelasan.
tk
Camne dengan pengambilan deposit untuk projek perumahan??
Blog ZoolBlog Bicara Kehidupan (www.ligakampung.com/blog)
UZAR : BELUM DR LAGI.
Mudah2an seruan UZAR kpd pimpinan negeri Kelantan diambil serius oleh mereka dan dilaksanakan demi keredhaan ALLAH.
InsyaALLAH ustadz, kita sama2 perangi sistem RIBA. Secara kolektif. Lillahi Ta'ala.
Ustadz ada barisan pelapis tak, sepemergian ustadz sambung belajar? Supaya usaha perangi sistem RIBA' sentiasa kuat momentumnya...
SHAHMUZIR NORDZAHIR (www.takafulonline.net)
Saya ada sedikit konfius dengan satu isu ni. Ini berkenaan isu Syiah. Saya sudah search dalam website ni,dan sudah pun jumpa dan habis membaca serta meneliti artikel yang JAKIM keluarkan. Tetapi, saya juga ada jumpa satu artikel dalam tehranifaisal.blogspot.com berkenaan isu ini.
Dalam tulisan keluaran JAKIM yang terkandung dalam website UZAR,dikatakan Syiah Ja'fariyah adalah sesat. Tetapi berlaku pertembungan dengan satu bahan dari blog yang saya sertakan tadi. Jadi saya mahu penjelasan lanjut.
Satu lagi,satu masa dahulu,saya ada pernah berbual dengan seorang foreigner yang berasal dari Iran dan menurutnya,dia bermazhab Syiah Zaidiyyah.Sewaktu kami berbual kebetulan ketika itu pada bulan Ramadhan,ada seorang dikalangan kami bertanyakan padanya berkenaan aqidah golongan ini.Katanya,Syiah Zaidiyyah ini beraqidah seperti Sunni juga.Tapi tidak pula dia ceritakan secara terperinci kerana pada ketika itu sekadar berbual sementara menunggu solat Isha dan Tarawikh.
Saya harap jika tidak membebankan UZAR,boleh kiranya dibincangkan isu ini.Ataupun, diumumkan lagi pada persoalan aqidah. Sebab sekarang ini banyak sungguh kumpulan-kumpulan tertentu yang sedang menyebarkan pelbagai fahaman sambil bertopengkan merekalah pejuang Islam yang sebenar. Saya juga pernah diajak ke merata tempat termasuk ke rumah individu tertentu yang mengadakan sesi wacana ilmu.Tetapi bila saya dengar banyak hal yang dibicarakan lebih kepada khilafiah,saya mengambil langkah meninggalkannya .
Alhamdulillah saya diketemukan dengan website ini. Sekurang-kurangnya ada juga tempat rujukan yang boleh saya kunjungi. Harap saya, UZAR diberi kelapangan untuk memberi sedikit respon atas usulan saya ini. Sekian. Wassalam.
Etika will give a discount to its client for every 1 gram of gold purchased at the market price. The discount is disbursed monthly in 6 months time.
Table 1
Month Discount
( RM )
1 100
2 100
3 100
4 100
5 100
6 100
Total For 6 months 600
Note : An example of 100g of gold bar purchase
After six months, the client has the option to sell back the gold bar to Etika Emas at the current market price (minus 2% administration fee) or the client could continue keeping the gold.
Example :
A client purchased 100g of gold bar on 1 Jan 2008 at RM 100.00 per gram. He paid Etika Emas RM 10,000 (Ringgit Malaysia Ten Thousands) for the gold bar. He kept the physical gold on his own.
After 6 months, he decided to sell back the gold bar to Etika Emas. Assuming that the price on that particular date is RM 110.00 per gram, Etika Emas will pay him RM 11,000 minus 2% administration fee. The net amount the client will receive is RM 10,780.00. The actual price he paid for the gold bar is only RM 9,400 (after RM 600.00 discount). At the market price at that particular time, he had enjoyed RM 1,380.00 on the gold appreciation (i.e RM 10,780.00 - RM 9,400.00)
sy ada akaun CIMB,MBB,TH,BSN ,ASB,BPM@BAM,KW SP... so yang mane sy perlu hapuskan?? syukran
Tapi orang Melayu Islam kita terlalu sensitif dgn isu babi. Selalu emosional dan marah-marah kat babi atau pihak yg nak menguruskan hal ehwal babi tapi masih jugak dok swipe kad kredit konvensional tidak syariah, guna servis perbankan konvensional tidak syariah, buat loan konvensional, guna insuran konvensional tidak syariah, main skim cepat kaya, join saham pelaburan haram.
Sedangkan dah jelas dan nyata bahawa dosa riba itu paling besar dan menduduki ranking pertama dari segala dosa yg ada kat dunia ini. Tapi, bagi kebanyakan orang Melayu Islam, mereka tetap anggap dosa babi lebih besar dan lebih jijik daripada dosa bersekongkol dgn sistem kewangan & perbankan konvensional tidak syariah yg mengamalkan riba. Ini menjadi tanggungjawab yg berat kepada kita semua dan juga pihak2 yg arif seperti UZAR untuk memberi kefahaman yg lebih jelas dan mendalam kepada masyarakat mengenai riba.
UZAR : BENAR, DAN SAYA SEDANG BERUHSA SEDAYA UPAYA. NAMUN IA TUGAS KOLEKTIF DAN JIKA DILAKSANAKAN BERSEORANGAN PASTI AMAT PERLAHAN
UZAR : BANK KONVENSIONAL ADALAH BANK-BANK RIBA YANG HARAM
knp xlanjut je cuti 2...kalau tak cnfm saudara blh pergi dengar ceramah ustaz kat kelantan...kan saudara dah rugi besar..xpe2 kita berdoa supaya uzar buat kat KL plak...harap uzar dapat inform lbh awal
Masa kt KB ust. ada sebut ttg caj tambahan parking MPKB tu riba/HARAM..betul ke? haram dr sudut mn?
..hrp sgt ust cadangkan pd kerajaan Kelantan...kami nak kerajaan yg berkat...harap Exco yg jaga Agama dan MPKB ambil tindakan segera...ya Allah berkatilah kerajaan Kelantan agar semua rakyatnya turut mendapat keberkatan dunia dan akhirat...amiiin..t.kasih UZAR..
UZAR : IA ADALAH RIBA JAHILIYYAH. BENTUKNYA MACAM MANA , SILA RUJUK DALAM ABUKU SAYA ATAU SEARCH SAHAJA DI INTERNET..MESTI JUMPA.
namun balik kg hari tu saya sempat explain kepada keluarga dan juga kawan, bagi kawan2 yg mungkin xpernah tahu isu riba ssh mereka nak terima, pemerintah yang di salahkan,pemeri ntah mmg menanggung juga tapi kita pun sama sebab subhah.
kepada rakyat kelantan "mari pakat2 hapuskan dose besar ke dua selepas syirik"
"tunggu uzar buat program kat kl"
Tak pasti apa yang terfikir diminda orang-orang yang mengambil skim cepat kaya nie..tapi tentulah nak jadi kaya bukan? Kaya dengan pantas...
Tapi bagi orang yang tak berangan nak kaya memang tak berminatpun dengan skim tersebut dan tak ambil tahu...tapi kena ambil tahu juga untuk ilmu..
Alhamdulillah, dahpun sampai ke Kelantan menyebarkan kefahaman kewangan Islam dan memerangi riba. Sy juga berharap Kelantan boleh jadi negari di Malaysia pertama yg sifar konvensional, kerana potensinya cukup besar untuk tujuan itu, kemudian diikuti negeri-negeri lain lain...
Teruskan usaha ini UZAR, sy sentiasa memberi sokongan...
p/s: kalau boleh lepas ni, UZAR betulkan balik typing error yg banyak tu...
assalamualaikum ustaz..just konpius buka ladang babi haram ke? so kerajaan selangor nak buka ladang babi tu jatuh haram la ek?boleh ke qias camtu?
UZAR : OO SILAP, MAKSUD SAYA BUKA LADANG BABI UNTUK EKSPORT. JIKA UNTUK MAKAN ORANG BUKAN ISLAM IA TIADA MASALAH.
SATU LAGI PERLU DIFAHAMI ADAKALANYA SAYA GUNAKAN TASBIH WA TAMTHIL DAN BUKAN QIYAS..
RSS feed for comments to this post