Kewangan Imam Dijerat Skim Hadiah AF 6 : Apa Sudah Jadi ??! (Kemaskini)

Imam Dijerat Skim Hadiah AF 6 : Apa Sudah Jadi ??! (Kemaskini)

  • PDF
(7 votes, average 5.00 out of 5)

Imam Dijerat Skim Hadiah AF 6 : Apa Sudah Jadi ??!

Oleh 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Wang Oh Wang

 

Malam semalam ( 22 Mei 08) saya memberikan pengisian kepada sekitar 370 Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) muda yang puratanya telah bekerja sekitar 1-4 tahun.  Sejumlah hampir 50 orang pesertanya terdiri dari non muslim.  Topiknya tidak lain dan tidak bukan adalah berkenaan isu-isu kewangan semasa dan kelebihan kewangan Islam, bukan sekadar untuk Muslim malah untuk Non-Muslim.

 

dewan kuliah 22 mei

 

Gambar : Dewan Semasa Ceramah

 

sesi soal jawab

 

Gambar : Semasa Sesi Soal Jawab 

Berdasarkan kepada soalan-soalan yang ditanya saya kira peserta dapat menerima dengan baik point-point yang disampaikan. Saya juga sempat membawa buku saya "wang, Anda & islam" sebanyak 80 buah untuk dijual  di majlis tersebut. Alhamdulillah semua buku habis terjual!

Seterusnya, pagi tadi (23 mei 08) pula saya mengulas sekitar 15 minit di RTM 1, mengenai persoalan muamalat syubhat dalam kehidupan tika ini. Semasa mengulas soalan-soalan al-fadhil Ust Zamri, di dalam minda saya teringat-ingat beberapa sms bertanya hukum kepada saya, antaranya  :-

"Apa pendapat ustaz tentang menyediakan pelamin di majls perkahwinan bagi tujuan mencantikkan ruang bergambar kenangan, bagaimana upah saya menyiapkannya, halalkah ?"

Dan satu lagi berbunyi :-

"Syarikat saya dipelawa memasuki satu tender direct negotiation  oleh orang dalam satu kementerian. Harganya di suruh markup dari harga sepatutnya. Bolehkah kami terima projek itu dari segi syara?."

 

rtm  22 mei 08

 

Saya berhasrat mengulas situasi tersebut, namun tidak berkesempatan kerana waktu yang sangat pendek. Namun satu isu yang juga menarik adalah isu ‘claim' atau tuntutan kos kepada syarikat. Saya sempat menyentuh beberapa jenis tuntutan yang antara haram dan syubhat. Sebagai contoh :-

a)      Empat pegawai menaiki satu kereta, tetapi setiap seorang membuat claim milage dan minyak kepada majikan.

b)      Pegawai yang layak menaiki teksi, tetapi menaiki bas lalu membuat tuntutan teksi kepada majikan, baki lebihan wang digunakan untuk peribadi.

Banyak lagi situasi dan keadaan yang menjadikan syubhat berlaku dalam pendapatan para pekerja hari ini. Untuk tujuan itu, Ust Zamri menyebutkan sambungan bicara Islam berkenaan Muamalat Syubhat ini akan dibuat pada 6 Jun 2008 inshaAllah.

Namun, dalam keadaan minda saya masih panas berfikir hal ehwal kewangan halal, selepas menunaikan solat Jumaat, sambil makan tengahari saya sempat mencapai Akhbar harian Metro untuk dibaca. Namun tajuk besarnya menjadikan saya kurang selesa. Berikut adalah beritanya:-


Imam terjerat

SUMBER  

KANGAR: "Saya perasan (sedar) kes penipuan ini kerana pernah ternampak notis amaran dilekatkan di bank mengenai sindiket penipuan menerusi SMS Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi entah macam mana saya sendiri boleh terpengaruh," kata Imam Masjid Negeri di Arau, dekat sini, (DELETED).

(DELETED) berkata, beliau bernasib baik kerana hanya memberi satu daripada tiga nombor akaun bank kepada anggota sindiket terbabit yang jumlah simpanannya sedikit berbanding dua akaun lain.

"Saya mempunyai tiga akaun simpanan dan memberi hanya satu daripadanya kepada ahli sindiket SMS ini, tetapi mujurlah jumlah simpanan di dalamnya kecil saja," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Imam terbabit ialah mangsa terbaru yang kerugian RM240 apabila wang terbabit lesap daripada akaun simpanannya selepas diperdaya sindiket penipuan SMS AF6 yang kononnya dikendalikan Astro, Selasa lalu.

 

Mengimbas kejadian itu, (DELETED) berkata, beliau menerima SMS daripada nombor telefon +6281584051 yang tertera ‘From Astro AF6. Nombor Sim Card anda berjaya memenangi RM14,000. Untuk info sila hubungi               0062817705397       ' pada Selasa lalu.

Menurutnya, ketika dihubungi, seorang lelaki bertutur dengan pelat Indonesia mendakwa wakil Astro mengesahkan (DELETED) adalah pemilik kad modul pengenalan pengguna (SIM) bertuah, lalu meminta nombor akaun bank untuk urusan deposit wang hadiah.

"Pada mulanya saya sedikit ragu untuk mengikuti arahan terbabit, tetapi terpedaya dan menyerahkan satu daripada tiga nombor akaun milik saya yang mempunyai nilai simpanan paling sedikit.

"Saya kemudian diminta ke bank dan menghubungi nombor berkenaan untuk kali kedua, tetapi mula meragui dan terus memeriksa baki akaun sebelum mendapati dua transaksi tidak sah dilakukan dengan nilai pengeluaran masing-masing RM120.

"Pelik dengan kejadian berkenaan, saya terus meminta penjelasan bank sebelum dimaklumkan ia kejadian pertama seumpama itu dan terus membuat laporan di Balai Polis Kangar," katanya




Apa pandangan anda setelah membaca berita di atas?

Tanpa dapat saya sorok lagi, terus terang saya berasa malu dan kesal dengan berita di atas, saya bukan kesal kerana tuan imam itu ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab lalu jatuh kasihan dan kesal, tetapi saya rasa malu dan kesal adalah disebabkan hal yang berikut :-

1)    Adakah jika tawaran wang RM 14,000 itu betul-betul diberikan tanpa tipu, adakah anda fikir ia halal ?. Tidak sama sekali kerana ia hasil Akademi Fantasia, satu rancangan hiburan yang bercanggah dengan Islam tanpa khilaf lagi. Namun Tuan Imam masih berminat ?? kekesalan saya yang pertama. Nabi s.a.w bersabda :-

يأتي على الناس زمان لا يبالي ‏ ‏المرء ما أخذ منه أمن الحلال أم من الحرام

Ertinya : "Akan datang satu zaman dimana seorang individu itu tidak lagi memikirkan dari mana sumber perolehan hartanya, samada dari yang halal atau haram." ( Riwayat Al-Bukhari)

2)    Kes ini menunjukkan pengaruh duit free dan cepat, sangat mudah memabukkan orang ramai hari ini. Salah satu ciri mabuk adalah aqal menjadi kurang waras dan tidak dapat berfikir dengan tenang dan tepat.

Saya kesal, kerana RM 14,000 duit free yang ditawar telah mampu dengan mudah menjadikan seorang ahli agama LEMAH pertimbangannya sehingga ‘terlupa' untuk menunaikan hak-hak Islam seperti menyemak kontrak, memastikan apakah asal usul  hadiah free ini? apakah hukumnya ? dan juga bagaimana kewibawaan sms tersebut sebelum menyertainya atau memberikan kerjasama (memberikan nombor akaun).

Terang dan nyata sms itu datang dari luar Negara, apa kena mengena Indonesia dengan AF yang dianjurkan di Malaysia, oleh salah sebuah stesyen televisyen swasta dari Malaysia ? Namun, kemabukan wang cepat menutup segala pintu kewarasan. Saya sangat bimbang.

Ya Allah, kalaulah boleh saya letakkan begini, jika seorang ahli agama dengan semudah itu diperdaya dengan wang cepat tanpa usaha, bagaimanakah keadaan orang awam yang biasanya kurang sedikit pertahanan iman dan spriritualnya ? (tanpa menafikan ramai juga individu yang tidak berlatarbelakangkan agama tetapi mantap ilmu agamanya dan imannya).

3)    Adakah jika seorang ahli agama seperti ini berjaya memperolehi RM 14,000 yang dijanjikan, lalu ia akan dijadikan hujjah oleh orang ramai berkenaan ‘HALAL'nya kaedah perolehan duit ini?  Lalu berbondong-bondonglah orang ramai dan ustaz-ustaz lain pula menyertainya dengan hujjah, "eh kan imam besar dah masuk ni!!" Fitnah terus jatuh ke atas orang agama yang tidak berhati-hati, mereka perlu sedar mereka dijadikan ikutan orang ramai sama ada mereka redha atau tidak.

4)    Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya kerana mengkritik imam tersebut, namun saya memang amat kesal dan malu. Malah saya juga mungkin marah kerana nama imam dan masjid telah terpalit dengan kes buruk. Lebih haru apabila tanpa segan silu dipaparkan wajahnya dan nama masjidnya. Bukankah lebih baik tidak perlu mengaku anda seorang imam agar tidak dirosakkan nama baik "IMAM" itu dengan kesilapan diri.

SERTAI TANPA ILMU

Satu lagi kebimbangan saya adalah budaya turut serta tanpa faham dan ilmu oleh umat Islam  dewasa ini. Kes ini jelas membuktikannya berlaku, tanpa memhami hakikat dan rasional disebalik hadiah tiba-tiba, tanpa membuat sedikit semakan. Individu ini sudah percaya dan menyertainya.

Sebenarnya, sifat dan sikap menyertai dan menuruti sesuatu tanpa berfikir dalam ini semakin banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Malah sebahagian besar pensyarah universiti juga tidak terlepas. Ramai pensyarah malah professor yang tidak langsung membaca kontrak pembelian rumah dan kereta mereka. Menurunkan tandatangan tanpa memastikan kandungannya difahami adalah satu kesalahan dalam Islam. 

Saya tahu ramai akan mencari 'excuse' diri, susah nak faham le, bahasa Inggeris tinggi le, tak faham istilah tertentu le, tidak ada masa le dan lain-lain. Apa juga excuse, anda tetap salah menurut Islam. Tidak terlepas juga, budaya ikut-ikut dalam hal ehwal ibadat khusus. ramai yang main ikut sahaja tanpa mengetahui sebab, nas dan rasional.  

Hasilnya, kualiti ibadah diri semakin merudum, peluang ditipu melebar luas.

Ingatlah, ayat pertama Al-Quran adalah "BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU', Ia menunjukkan KEPERLUAN membaca dan memahami sebelum bertindak. 

KESIMPULAN

Saya faham ramai antara kita yang bercita-cita menjadi jutawan sama ada dengan cara segera atau lambat. Ramai menjadi semakin ghairah memperolehinya sehingga melupakan cara-cara perolehan yang halal.

Yang kerap dilihat, disanjung, difikirkan dan dimasukkan dalam hatinya hanyalah kekayaan mereka yang telah berjaya menjadi kaya, jutawan di sana sini.

Malah apabila akhbar hari ini ( 23 Mei 08)  memaparkan sepuluh billionaire Malaysia yang 90 peratusnya bukan beragama Islam. Cita-cita si pembaca menjadi semakin menggunung, sedarkah anda Allah swt mengingatkan kita :-

فَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلاَ أَوْلاَدُهُمْ إِنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ

Ertinya : Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir. ( At-Taubat : 55 )

Akhir sekali, saya bukanlah mengajak pembaca mencemuh tuan imam itu di ruangan komen. Saya hanya ingin kita melihat isu ini lebih besar dari seorang Imam itu. Ini isu kita semua umat Islam. Ia memerlukan tindakan dan bantuan kesedaran dari semua.

Fikirkan..

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

23 Mei 08



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #68 bingunglaila 2012-02-08 14:34
salam ustaz, saya mempunyai masalah yg lain dr yg atas2 ni,,kebnyakan atas2 ni smua kes menang wang..tapi kes saya, ada org macam tersalah masuk duit yg sgt byk ke dalam akaun sy..sy bingung sy tak tahu mana asal duit tu dtg..sehingga ke hariini sy tak sentuh wang tersebut..apa sy nak buat dgn wang tersebut ya ustaz?? :sad: takut2 juga duit tersebut hasilnya haram ke nt..
Quote
0 #67 BAHAYAahmad mohd 2010-06-17 04:42
ish2.kdg2 saya biasa dgr orang cakap salam laki pompuan xharam kalu salam xbernafsu. tapi org2 tu gurau je. tapi gurau2 camni la yg menjadikan org2 xkurang ilmunya terambil gurau tu sebagai ilmu. bahayanya bergurau dgn mengatakan ilmu yg salah.
Quote
0 #66 HARAMita 2010-04-12 22:55
eh, HARAM apa lelaki n perempuan yg bukan mahram bersentuhan kulit walaupun tanpa nafsu! ilmu agama tak dalami, berani2 nak kutuk orang jahil.sape yg jahil sebenarnya? yg jd perselisihan ialah batal ke tak wudhu'. ada yg kata batal, ada yang kata tak. tapi haram tetap haram...kecuali bersentuhan yang tak sengaja spt semasa tawaf di Ka'bah.
Quote
0 #65 akustatik 2008-09-18 07:51
ustaz ada baca metro smlm? bhgn kewangan..tajuk (SEBUAH BANK ISLAM) jalin kerjasama dgn As-Salihin....niat utk mngukuhkn kewangan islam tp gmbar dia, CEO BANK ISLAM TU(perempuan bertudung) dgn CEO As-Salihin (lelaki) tgh dok bersalam tkar prjajian dgn bangganya....
sdih btl tgk...mcm halal plak salam2 tu sb niat baik...

______________

ok ini post yang dibuat sebelum ni... salam lelaki dan perempuan haram ker? ko blaja mana? balaja tak abis ker? kalau salam tanpa nafsu tak berdosa... bukan macam kau.... salam sume ade nafsu... jangan nampak kesalahan kecik dan besarkan... dan jangan fanatik sampai anak korang berzina kat belakang pakai tudung labuh korang tatau...
Quote
0 #64 budak sekolah omputeh 2008-06-24 02:42
dari segi moralnya sikap imam itu memang memalukan orang melyu dan umat Islam. hanya kerana duit, ilmu dan iman terkemudian dalam melakukan tindakan.

AF satu bentuk hiburan yg sosial tanpa pengisian ilmu dan menang tanpa beradu sebarang sayembara sangat melucukan...Wahai ilmuan Islam muhassabaahlah diri tuan-tuan.
Quote
0 #63 pelawat 2008-06-17 01:22
font bhg komen ni terlalu kecil & menyakitkan mata untuk membaca... harap dapat dibesarkan seperti saiz font blog UZAR... :-)
Quote
0 #62 Zaki 2008-06-16 01:30
bila saya membaca berita mengenai ini, terus terang saya amat kesal dengan tuan Imam ni. TQ
Quote
0 #61 utamadanpertama 2008-06-12 06:23
1st time aku tgk news ni....mmg memalukan jer..aku tak tau apasal imam ni nk tunjuk muka..haha..
Quote
0 #60 sal 2008-06-12 05:11
saya rasa perasaan malu tu memang ujud kerana sebagai orang yang beragama semestinya beliau arif dalam hukum hakam tetapi perasaan saya lebih daripada itu, KENAPA sebagai seorang yang beragama tidak menunjuk contoh yang baik kepada ahli jemaah beliau. Saya memang tak dapat menerima langsung orang yang beragama melakukan kerja-kerja seperti ini, hatta kalau minum pun menggunakan tangan kiri saya rasa dimana CONTOH AKHLAK yang harus kita ikut.
Contoh lain yang paling saya marah ialah ada orang yang beragama mengambil MC walaupun tidak layak. Bagaimanakah generasi beliau akan datang? Fikir-fikirkan lah .....
Quote
0 #59 imam juga 2008-06-09 20:50
salah memang salah, cuma..lain orang lain cara diuji, mungkin hari ini hari dia kita takut satu hari nanti kita juga diuji dgn ujian yang kita tidak mampu tangani. tawakkallah padanya. ambil iktibar pada yag telah berlaku, saya sudah ketemu ramai orang yang akhirnya termakan dgn kutukannya pada org lain. saya mohon berlindung. UZAR pun sama. dunia hari ini fitnahnya pelbagai
Quote
0 #58 Kamura O\hara 2008-06-04 18:00
memang betul kata UZAR,memalukan orang islam yg lain.tapi perkara sdh berlaku..cuma..kita minta pemimpin2 (yg mendabik dada pasai islam hadhari ) bangun dan buka mata pada perkara2 maksiat dan keruntuhan ahlak remaja2 kini yg semakin hari semakin parah..lalai dgn hiburan dan keseronokkan 24 jam..sampai bila kita nak tunggu kemusnahan bangsa terus terjadi. ayuh wahai pemimpin yg berkuasa..hentikan pusat2 hiburan, tutup ruang2 kemaksiatan dan jalan2 kearahnya...buka pada keilmuan contohnya rancangan2 TV..perbanyakan unsur2 keislaman,kemas yaratan,keilmua n dll. kalau kita fikir dan tenung2...dalam rancangan TV sehari semalam..berapa banyak unsur keilmuan dgn keseronokan..??
Quote
0 #57 anis 2008-06-04 06:30
saya pernah dapat sms katanya dari petronas.sama macam kes diatas, katanya saya menang rm4000. saya tak layan. mana ada org nak bagi duit free.

UZAR : DI INDONESIA ADA ORANG BAGI DUIT FREE, PENULIS BUKU JUTAWAN TABUR DUIT DI PADANG BOLA MASA PROMOSI BUKU TERBARUNYA
Quote
0 #56 ABDULLAH 2008-06-02 19:30
lebih baik kerajaan bagi gaji mingguan kat imam suoaya tak terjebak dalam peraduan AF7.sekian.
Quote
0 #55 muslimah 2008-05-31 00:34
Aslmkm. sekadar berkongsi.dalm setahun lepas, saya juga pernah mengalami situasi yg sama. sebagai pemegang no. digi, saya mendapat mesej mengatakan simcard anda telah memenangi hadiah DIGI. Teruja dengan sms tersebut, saya menelefon nombor terbabit dan memang seorang yang bercakap pelat indonesia menjawabnya.

Alhamdulillah, saya merujuk kepada ibu dan ayah terlebih dahulu sebelum bertindak lebih lanjut, dan telah dilarang keras untuk melayan tuntutan pihak terbabit. ALHAMDULILLAHI RABBIL 'AALAMIIN.
Quote
0 #54 adik mangsa 2008-05-30 01:40
Assalamualaikum Ustaz,

Seorang ahli keluarga saya yang pada pandangan saya juga warak orangnya, tetapi pernah juga tertipu dengan kejadian sebegini.

Dia menggunakan nombor Digi, dan kemudian mendapat SMS yang lebih kurang seperti imam ini, tetapi menggunakan Digi sebagai camouflage. Kununnya Digi telah memilih dia untuk mendapat hadiah Rm15000 dan meminta hubungi semula nombor yang tertera, yang datangnya dari Indonesia. Apabila dihubungi, memang penjawab telefon berpelat Indonesia pekat.

Menurut pengakuan abg saya selepas itu, dia rasa bahawa Allah nak beri dia wang itu atas sebab keyakinan abang saya yang tinggi pada kudratNya dan juga amalan2 saleh berbentuk zikir yang biasa dikerjakannya. Sungguh sedih mendengar. Abg saya pun tak consult saya mengenai SMS itu sebab konon nak beri surprise pada kami sekiranya dia dapat duit 15000 tu dan dapat beri pada adik beradik dan mak.

Tetapi one thing to highlight is that, bukannya dengan memberi no account je, penipu itu boleh keluarkan duit kita. Thats very illogical, takkanlah bank kita sampai senang dihack hanya dengan nombor account.

Kes yang berlaku pada abg saya, dia telah disuruh pergi ke ATM dan minta follow instruction yang org Indonesia tu beri. Abg saya tak berapa tech-savvy jadi dia tak faham apa yang dia key in, hanya menurut instruction je. Tup2 4000 duit telah hangus.

Selepas sedar diri ditipu, sebab duit yang ditunggu tak masuk selepas 1 jam yang dijanjikan, dia telah minta kawan dia di Maybank untuk pantau transaction dia. Kawan dia di Maybank pun tak mampu buat apa2 utk stop the transaction (wang tu belum masuk account penipu itu lagi pada masa tu) sebab takut bank akan disaman. Selepas itu, abang telah buat report polis. Rupanya polis pun sudah malas nak layan, sebab BANYAK sangat dah kes seumpama ini.

Saja niat berkongsi pengalaman. Pelbagai cara syaitan dapat trick kita. Memang benar kata ustaz, bila wang jadi matlamat, mind kita akan ditrick hatta benda yang nampak illogic depan mata pun boleh dijustify jadi logic, all for the sake of the money.

UZAR : DAHSYAT KAN..
Quote
0 #53 sofuan mohd ali 2008-05-29 20:30
pendapat saya,menteri kita tak perihatin langsung pasal kes ini seperti kes lain-lain.tiada contoh ciri-ciri pemimpin islam yang kita boleh bangga.yang haram banyak boleh diharuskan.sistem media dibiarkan bertindak sendiri tanpa pemantauan.sistem pendidikan tidak berapa islamik.kebanyakan selesa dalam kehidupan tapi ingat masalah rakyat kerana ia menguntungkan diri.......malu dengan sistem islam yang dibawa oleh pemimpin kita.aku nak masuk syurga dengan semua orang,tak nak masuk sorang2
Quote
0 #52 raudhah 2008-05-29 18:26
saya pun sependapat dgn ustaz. saya kira cuma imam di masjid besar saja yang benar2 berilmu kot. kalau imam di daerah, mukim atau kampung hanya berdasarkan lebih sikit mahir membaca alquran kot. abang ipar saya pun imam,mahir membaca alquran dgn tajwid yang bagus, tapi banyak tak tau makna doa2 yang dibaca. dah tu baca doa laju pulak tu, tak jelas butir2nya. Imam terjerat duit AF! ada juga bapa budak AF, imam.
Quote
0 #51 ila 2008-05-29 02:44
eemm satu lagi berita memalukan umat Islam selepas kes ustaz tuh... muka depan harian Metro hari ni..dah sah-sah duit tu HARAM...lagi mau percaya/amik ka??? Takder alasan dia nak terima no ekor tuh... alasan kesian kat pompuan tu, tak leh terima langsung..sebab dia terpengaruh ngan ganjaran no ekor(kononnya berharga lebih RM100K) tu la yg buatkan dia leh kasi gelang n duit tuh....ishh geram rasa... bukan geram kat penipu tuh...geram kat mangsa tuh...
Quote
0 #50 Muhammad Amir 2008-05-29 02:44
Em sy 100% setuju dengan ustaz...
Imam tu tak sepatutnya tidak terlau mata duitan sehingga menghalalkan segala yang syubhah@haram..
Dahla dia tu imam,sepatutnya tunjuk contoh yang baikla kepada makmum2nya
Quote
0 #49 shahril 2008-05-29 02:42
ustaz ada baca metro smlm? bhgn kewangan..tajuk (SEBUAH BANK ISLAM) jalin kerjasama dgn As-Salihin....niat utk mngukuhkn kewangan islam tp gmbar dia, CEO BANK ISLAM TU(perempuan bertudung) dgn CEO As-Salihin (lelaki) tgh dok bersalam tkar prjajian dgn bangganya....
sdih btl tgk...mcm halal plak salam2 tu sb niat baik...
Quote
0 #48 sim_2096 2008-05-28 06:22
kawan 100% setuju dengan pendapat ustaz. kawan berasa amat malu dan sedih apabila imam masjid juga terpengaruh tawaran wang yang mengaitkan program AF yang berunsur maksiat. sedangkan imam masjid yang boleh dikatakan mempunyai ilmu agama yang tinggi pun boleh terpengaruh dengan dengan program yang sedemikian, apatah lagi rakyat marhaen yang tidak mempunyai ilmu agama yang tinggi. malu sungguh memalukan
Quote
0 #47 kimizuke 2008-05-28 03:04
SOALAN LUAR TOPIC..... BOLEH JELASKAN TENTANG GOOGLE ADSANSE
BERJUTA2 PENGGUNA MENCARI DUIT SAMPINGAN DENGAN ADSANSE. YANG SAYA KURANG FAHAM KALAU KITA CARI DUIT DENGAN COPY ARTICLE ORANG LAIN DAN UBAH SIKIT2 ATAU KITA BUAT ARTICLE TENTANG ARTIS2 TERKENAL UNTUK TARIK TRAFICT.... BOLEH KE DAPAT HASIL MACAM TU DAN GUNA DUIT DENGAN KERJA MACAM TU??? BOLEH HURAIKAN SIKIT TENTANG ADSanse NI UATAZ.... TERIMA KASIH...
Quote
0 #46 Insaf 2008-05-28 00:58
Benarlah Firman Allah SWT dan juga sabda Nabi. Allahu Akhbar..
Quote
0 #45 abu_ibni 2008-05-27 22:05
saya tak berani nak condemn sape2, tkt nt kta plak yg kna...kta tak tau stkt mana iman kta selagi kta blum di uji...kta hnya mpu memohon pd Allah agr mylamatkan kta dr sgla fitnah atas dunia ni...

UZAR : YG SALAH PERLU DISEBUT AGAR TIDAK DIJADIKAN CONTOH. JIKA ANDA DAH BAIK DAN TERUJI BARU NAK BERI TAZKIRAH, SAMAPI KIAMAT PUN BELUM PASTI ADA PENDAKWAH. FAHAMKAN AYAT QURAN YANG MENGUTUK YAHUDI KRN TIDAK SALING TEGUR MENEGUR ATAS DOSA MEREKA.
Quote
0 #44 aiman 2008-05-27 18:15
baru kite tau ada jugak imam kat M'sia yang minat AF......
x tau la mase jadi imam solat isyak mesti x khusyuk pikir AF dah nak start je.. :D
Quote
0 #43 cahaya hafizah 2008-05-27 18:15
Assalamualaikum ..
sy teramatla pelik & malu mase baca keratan akhbar seperti yg ustaz ceritakan, masa tu di ofis & sy sedang bace paper dgn seorang rakan saya berbangsa india.. Sebabnye ? Imam yg sepatutnya ahli agama terpengaruh dgn hadiah dari rancangan hiburan seprti AF? Nak mengeluh dgn rakan india sy tu pon sy malu....macam? bermain? kat kepala saye masa tu..tak terluah....

Pada waktu yg sama rakan india saye tu sedang baca article mengenai PKPIM kemukakan cadangan menukar warna baju sekolah sekarang yg dianggap seksi dlm satu survey di satu akhbar english. Pada saya memang patut kite tukar sebab baju warna putih amatla tidak seswai lagi? dgn tingkah kebanyakkan pelajar sekarang amatlah teruk (cth nye: pakaian dalam warna hitam jelas sekiranya baju berwarna putih & tudung sekolah yg digunting menjadi semakin pendek pada paras dada).
Rakan India sy itu sendiri kata seksi padahal orang melayu islam kite kate tidak seksi & sungguh? mempertahankan baju kaler putih tu! Ape nak jadik? di office pon rakan bukan seagama berpakaian lebih sopan dari orang kite. Saya mampu nasihat sekadar termampu jek sbb masing? dah dewasa..cakap pasal bende nih sampai besok pon tak abis... :-x
Quote
0 #42 kak rose dari pulai perdana, j 2008-05-27 06:40
Salam, Saya pernah mendapat SMS seperti itu tetapi bukan dari AF6, tetapi kononnya dari Petronas.

Alhamdulillah, memandangkan saya telah banyak membaca tentang kisah2 penipuan ni maka saya telah mengabaikan SMS seumpama itu.

Malahan saya telah membalas SMS itu dengan mengatakan kepadanya dia terbakar di neraka esok kerana menipu orang.

Malangnya, bapa saya telah mempercayainya dan telah kehilangan RM1,000 lebih.Orang kita terlalu mudah percaya dengan perkara2 yang mengarut, lebih2 lagi yang melibatkan duit.
Quote
0 #41 mohd khaidir ishak 2008-05-27 02:38
Assalamualaikum ustaz dan semua guest, boleh ustaz komen pasal jual gelang lelaki yang tengah hot sekarang, mereka mendakwa ss mufti perlis menghalalkan, bgitu juga ust. ismail kamus, t.kasih
Quote
0 #40 fnd 2008-05-27 02:38
iman tak dapat diwarisi..
oleh seorg ayah yg bertakwa..
ilmu juga tak dapat diresapi..
dgn ketayap di atas kepala...

walaupun apa caranya jua..
engkau mendaki gunung yg tinggi..
engkau meredah lautan api..
takkan juga dapat difahami & diwarisi..
jika tidak betul ilmu dari siapa &kaedah mengaji..

wasalam...

:-)
Quote
0 #39 abe ja 2008-05-27 00:21
UZAR saya nak tnya bagaimana jika kita masuk ruangan duit cepat kat internet tanpa kita laburkan modal tapu duit masuk..Bagaiman Hukumnya..
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 103 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Imam Dijerat Skim Hadiah AF 6 : Apa Sudah Jadi ??! (Kemaskini)