Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Sebuah berita menyebut :-
KUALA
LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E
1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan
'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini. i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan. ii.
Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu
hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor
22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
iii.
Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat
mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang. iv.
Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah
kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu. v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5. vi.
Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9
September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca
bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
vii. Beliau
berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada
pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan
ULASAN UZAR : Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.
Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja. Peserta mungkin berkata "Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun" Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.
Mungkin juga ada yang berkata :- "Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang " Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :- يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ
وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ
أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada
keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )
Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,
"dari 10 kali main, biasanya hanya sekali menang dan 9 kali kalah". Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim. Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS
jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima
daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah
lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi
kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300.
terus
terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi
pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan
beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat
menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)--
adakah tindakan saya betul ustaz??
Setiap SMS yang diterima
sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan
menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.
Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk. Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak. Ini pula satu lagi pengakuan penting dari pekerja di syarikat tersebut :- Cuba baca pengakuan
seorang pekerja di syarikat tersebut ini (saya petik dari ruangan
komentar artikel ini). "Saya adalah seorang yang bekerja dengan xxxxxm,
saya akui memang saya menentang sekeras-kerasnya peraduan ini yang
memang jelas berunsur perjudian.. Ada jugak kenalan-kenalan yang dah
terjebak dengan peraduan ni dan ada juga customer yang tanya dengan
saya bila nak dapat kereta sedangkan diorang ada yang telah melabur
sebanyak RM3000++ (ada bukti) tapi masih belum menang... memang agak
memeranjatkn saya apabila ada yang sanggup belanja beribu-ribu untuk
peraduan ni..."
Bayangkan betapa ghairahnya orang di zaman ini dalam bab duit dan harta segera, sehingga mudah kerap ditipu, diperdaya dan terjebak judi. Mereka berlumba-lumba menjawab soalan dari sms CELCOM ini kerana ingin mendapat mata tertinggi setiap hari bagi meraih sebuah kereta CAMRY, hingga terkorban RM 3000 sehari !! tanpa camry, tetapi hanya minyak yang naik harga RM 0.78 seliter.
Pihak syariikat cuba mempertahankan tindakannya dengan mendakwa bahawa peserta tidak dizalimi kerana dengan setiap RM5 itu, syarikat akan memberikan wallpaper dan buku koleksi gambar kereta kepada pelanggan. Atas alasan itu mereka CUBA mendakw aia halal dan pelanggan tiada kerugian.
Sebanranya, Ia adalah satu helah keji perjudi an kerana hakikatnya tiada siapa yang inginkan wallpaper itu, semua yangmenyertainya adalah menumpukan kepada kereta/. SIla baca pengakuan seorang yang menyertainya ini:-
Saya join peraduan ni bermula 3/6/06 hingga 6/6/08 dan mdapat poin sbyk 1,310,000 dan duit saya telah habis lebih kurang RM 1250.tapi tiada sebarang hasil & kemudian baru saya sedar yg ini adalah penipuan kerana setiap sms yg dicaj rm5 tu untuk kita beli wallpaper gallery yg sebenarnya kita tak nak pun tp terpaksa jugak kerana nk kan toyota camry tu.celcom jugak mhantar kata2 semangat setiap kali soalan djawab dgn betul hingga kita rasa seolah kita betul2 akan menang. Sekarang saya dah insaf.. (Petikan dari ruangan komen)
Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:- يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا
الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ
الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)
berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )
Bagi pihak saya, saya telah memaklumkan isu ini kepada YB Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan juga beberapa orang Mufti. Moga mereka dapat membantu umat Islam sesegera yang mungkin melalui kuasa dan autoriti mereka.
Sekian, Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 3 Jun 2008
petikan berita hari ini ( 4 jun 08 )
Kami mengucapkan tahniah kepada Suzana yang dipilih sebagai pemenang pertama kempen 100 Hari 100 Kereta yang diadakan ini.
"Celcom masih mempunyai 99 kereta lagi dan menyaran kepada
pelanggan untuk mengambil bahagian dalam kempen berkenaan. Anda mungkin
dipilih sebagai pemenang Toyota Camry untuk hari berikutnya," katanya
dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Promosi khidmat pesanan ringkas (SMS) 100 Hari 100 Kereta
Celcom itu menawarkan peluang memenangi kereta Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE
setiap hari untuk pelanggan pasca bayar dan prabayar syarikat itu.
Menerusi promosi itu, pelanggan yang mendaftar untuk peraduan berkenaan
perlu menjawab soalan yang disediakan menerusi SMS, dengan yang
menghantar paling banyak jawapan yang betul pada setiap hari akan
dipilih sebagai pemegang.
Celcom turut menyediakan sebuah kereta tambahan untuk
dimenangi pada setiap hujung minggu sepanjang tempoh peraduan itu yang
mana peserta dengan markah tertinggi mingguan akan dipilih sebagai
pemenang.
Pemenang kereta harian akan diumumkan menerusi SMS tahniah
dan dihubungi menerusi telefon sebelum 12 malam pada keesokan harinya.
ULASAN UZAR :
Sila baca di petikan berita 4 Jun 2008 yang saya 'bold', ia jelas memerlukan pelanggan hantar sebanyak sms kepada mererka untuk menang. Menurut laporannya, soalan dari pihak CELCOM TIDAK HENTI-HENTI MASUK selagi pelanggan menjawab. Sedangkan satu SMS yang dihantar oleh CELCOM bernilai RM 5 ditanggung oleh pelanggan. Ia Judi yang amat jelas dan menindas.
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites
Comments
saya ingin mendapatkan penjelasan apakah hukum menyertai peraduan yg dianjurkan oleh reader's digest dan hasil jk sekiranya memenangi peraduan tersebut,
tk ustaz.
saya ada pertanyaan.CELCOM memg milik org MELAYU ke?
syukran ustaz
zaman sekarang...ramai org alpa tentang akhrt apabila mengenangkan duit...jadi, sama2 lah kite beringat...AKHRT SEGALANYA....
Mohon mendapat respon dari pihak tuan berkenaan pengucapan kalimah syahadah oleh seorang guru silat Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dalam majlis-majlis pengijazahan atau pengambilan murid baru di seluruh Malaysia termasuk juga di IPT2. Pengucapan tersebut berlainan dengan pengamalan kebanyakan orang Islam di seluruh dunia. Untuk rujukan sila ke link berikut: www.youtube.com/.../ dan www.youtube.com/.../ wassalam
Please note, although no boardcode and smiley buttons are shown, they are still useable
ape nak jadi, mana tindakan pihak berkuasa? dah beri kuasa, taknak guna, takde kuasa melobi2 nak kuasa.
pandangan saya, eloknya semua iklan & peraduan perlu ditapis elok. mcm iklan ubat, ada lembaga iklan ubat supaya tidak menyeleweng. tak kisah la, kat tv, radio,tv or paper ke? tengok iklan urut2, cuba call ntah2 iklan pelacur.
kenapa jadi mcm ni?
sbb pihak berkuasa tak guna kuasa, cuba buat undang2 setiap peraduan melibatkan org islam mesti disaring dulu oleh jakim, kalu dah sah haram then diluluskan jugak, biar depa yg tanggung.
ramai ingat kompeni melayu, mesti halal punye, woi... jgn lupe melayu murtad pun ada
UZAR : dah stop dah, artikel ini ada tarikh, sila lihat tarikh dan artikel beirkutnya berkenaan hal ini
UZAR : tahniah, tapi jangan lupa ia sbgi pengajran dan jangan ter'serta' mana-mana judi lagi.OK
mohon izin menyalin artikel daripada laman web ustaz.Syukran.http://ustazahcyber.blogspot.com/
uzar : silakan ustazah
Saya baru saje joint group ini dan amat teruja dengan artikel yang diberikan. Untuk makluman ustaz, saya juga telah terjebak sama dengan parduan yang dianjurkan oleh celcom dan sekarang selepas membaca artikel ustaz dan juga atas nasihat kawan-kawan saya rasa, saya telah tertipu dengan peraduan ini. Saya inginkan pandangan ustaz bagaimana cara nak disalurkan aduan agar celcom pulangkan balik wang peraduan yang telah saya habiskan untuk menyertai peraduan ini. Bukannya sedikit jumlahnya, ribuan ringgit jugak dan saya telah mengumpulkan 3.9 juta mata tetapi masih tidak berjaya dan merasa tertipu.
Pada awalnya niat saya hanyalah untuk menghadiahkan kereta itu sekiranya saya menang kepada suami saya memandangkan ianya adalah kereta idaman suami saya.Tak sangka pulak ianya jadi begini dan inilah kali pertama saya menyertai peraduan.
Saya benar-benar berharap pihak celcom dapat memulangkan semula duit saya.
Boleh tak saya mengemukakan aduan kepada Tribunal Pengguna?.
Yang berharap,
zaiy
Semua yang bermain peraduan ini melebihi umur 18thn. Tahu baca syarat2 kan? Takkan tak tahu yang pemilihan pemenang adalah berdasarkan loteri! APahal mahu cuba nasib lagi?
Boikot itu memang bagus. Tapi kena jugak bayar bil dulu, kalau tidak mcm mana digi n maxis boleh bagi u line sebab anda telah disenarai hitam.
Saya baru beli kereta proton seminggu yang lepas dengan loan Eon Islamic Bank.. Adakah loan yang saya buat ini terlibat dengan riba? Saya harap Ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ini..Terima kasih
saya nak beri satu peringatan kepada pihak2 berwajib..sekiranya saya tidak mendapat semula wang saya akibat tertipu dengan dakyah judi 2,maka kita jumpa saja di akhirat..
saya pasti akan tuntut pembelaan di hadapan Pencipta kita yakni ALLAH..yang pasti nya celcom penipu 2, jakim, ppim dll akan saya heret..
bagi saya hanya skmm sahaja yang memainkan peranannya dengan betul.tahniah skmm..saya tidak akan redha walauun satu sen pun duit saya 2..ini adalah kerana sekiranya celcom telah menyatakan pada awal2 peraduan bahawa peraduan ini adalah judi,maka konfim saya sebagai umat islam akan menjauhinya..
k see u there in akhirat celcom,jakim and ppim
SAYA TELAH MEMBACA BERBAGAI2 LUAHAN DARI PELBAGAI RUANGAN DARIPADA RUANGAN BERCETAK, BLOG DAN SEBAGAINYA. SAYA JUGA MERUPAKAN SEORANG PELANGGAN SETIA CELCOM SEMENJAK TAHUN 2000 DAN JUGA MERUPAKAN SEORANG YANG TERPEDAYA DENGAN PERADUAN KERETA TERSEBUT. TALIAN PUN TELAH DISEKAT DAN PERLU MEMBAYAR SEGALA WANG PERTARUHAN DAHULU SEBELUM DIBUKA SEMULA TALIAN TERSEBUT.
OLEH KERANA PERKARA INI TELAH PUN DIHARAMKAN DAN CELCOM JUGA MASIH TIDAK MAHU MENJAGA HATI PELANGGAN2NYA YANG BERJUTA2 DI MALAYSIA INI, SAYA INGIN MENGAJAK SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN MEMBOIKOT SYARIKAT TERSEBUT. KITA ADA DUA LAGI SYARIKAT KOMUNIKASI YANG SEMEMANGNYA MENUNGGU DAN MELAMBAI2 PELANGGAN YANG BARU. BAYANGKAN KALAU 6 JUTA PELANGGAN CELCOM BERTUKAR TALIAN. MASA TU BARU NAK NYESAL.................................... JOM KITA RAMAI2 TUKAR TALIAN BARU!!!!
dan kalau tak silap saya, setiap sms rm3 setiap minggu. renung renungkan
UZAR : SAYA DAH LAMA TULIS TENTANG ROADWINNER DI WEB NI.
duwet yang dipulangkan adalah duwet pengguna. Bukan duwet hasil (hadiah) dari permainan judi. Maka, duwet tersebut tidak haram. Betol tak pendapat saya ustaz?
Kami semua telah ditipu dengan dakyah judi celcom ni..manakan tidak, kan celcom diterajui oleh yang beragama ISLAM dn syarikat GLC di malaysia..tambahan pula malaysia adalah sebuah negara islam..so tanpa teragak2 kami telah memasuki peraduan ni..manalah kami tahu yang peraduan ini haram kecuali selepas 3 hari pelancarannya..terimakasih kepada mufti perlis kerana telah menyedarkan kami bahawa peraduan itu ada unsur2 gharar dan judi..jadi kami ingin menuntut semula duit kami yang telah kami habiskan akibat DAKYAH JUDI CELCOM TU.KAMI TIDAK MAHU DUIT KAMI DILABURKAN UNTUK BENDA2 HARAM..PULANGKAN DUIT KAMI CELCOM
Tapi sayang...
Jgn guna celcom,tukar no lain,
Kalau ikutkan, di TV 3 especially selalu sangat main judi eg. teka teki pukul 2-4 pagi, jawab soalan melalui SMS atau talipon , tak sedar pangilan charge itu kira macam pertaruhan juga. SMS pertandingan nyayian serupa nak kan calon penyanyi yang diminati menang, sangup hantar SMS sampai kena charge berpuluh atau beratus ringit semata mata untuk penyanyi yang diminati itu menang.
Pada pendapat saya pihat TV ini tahu atau tidak atau tahu tapi masih mahu ambil kesempatan juga, meletakkan organisasi mereka dalam posisi tidak bertangungjawab pada agama dan masyarakat . Ini sekaligus, mencemarkan image mereka sebagai media in compliance to rules and etiks. Media TV sangat berpengaruh dan Mesti Hentikan terus Program sedekian. Nak katakan tak ada screening tak is not true. ...
Very funny and conflicting, TV Program banyak adakan program ugama yang bagus tetapi tetap juga adakan rancangan TV yang menjuruskan/ meransang orangramai buat maksiat. Tak credible and tak ada princip.
kenapalah TV station senang senang kasi pekerjanya buat dosa dan orangramai buat dosa. Kalau kita elakkan atau halangkan perkara yang sia /maksiat , usaha dan waktu kita untuk mencapai peningkatan mutu dalam kerja yang berfaedah lebih baik dan senang.
Cadangan isu sedemikian dibawa masuk ke perbincangan Parlimen supaya satu tindakan segera diambil untuk haramkan Peraduan judi SMS e
UZAR : MEMANG BANYAK LAGI YANG HARAM, NAMUN BANYAK YANG JELAS DAN ADA YANG KAMI PUN TAK PERNAH TAHU.
NAMUN YANG CELCOM INI SNAGAT POPULAR DAN ADA YANG TIDAK JELAS..JUSTERU IA MENDAPAT PRIORITI UNTUK DIDEDAHKAN
RSS feed for comments to this post