Harga Minyak Naik : Nikmat Dunia Tergugat
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Kenaikan harga minyak petrol dan diesel bermula 5 Jun 2008 dan tariff elektrik mulai 1 Julai 2008 menyebabkan rakyat Malaysia ramai yang mencarut, memaki dan marah, hal ini dapat dilihat di sana sini.
Ada yang tidak boleh tidur memikirkan cara mengurus belanjawan baru keluarga. Bagi keluarga yang berpendapatan jenis ‘cukup-cukup makan sebulan' pasti semakin resah dan marah, sedih dan rasa terzalim.
Di Malaysia kita ini, sebenarnya banyak isu selain kenaikkan harga-harga ini, kita ada isu murtad, riba, syirik, bomoh, tangkal, zina, maksiat, culik, sumbang mahram dan pelbagai lagi.
Namun dari banyak-banyak isu, isu kenaikan harga beras dan minyak ini yang paling meriah sambutannya dari masyarakat. Hiruk pikuk dari segenap blog dan media.Kenapa??!!
Inilah realiti masyarakat kita, kehidupan dunia sangat memberi kesan kepada minda dan hati. Berbanding kenaikan pelbagai masalah berkaitan agama yang hanya mendapat sambutan beberapa kerat kumpulan masyarakat sahaja. Malah tidak dipedulikan oleh majoritinya.
Mudahnya, apabila perut sendiri tergugat dan libatkan dunianya yang DIKASIHI barulah ramai mahu bising dan protes. Selagi belum mengenai mereka dan hanya mengugat hal ghaib akhirat sahaja, JARANG DIHIRAUKANNYA.
Kita patut bimbang dengan iman kita sekarang ini, sangat patut bimbang. Kelihatan pengaruh dunia sangat mendalam kesannya dalam jiwa.
Jika sekiranya kedua-dua jenis isu dunia dan akhirat mendapat perhatian anda sejak sekian lama. Tahniah saya ucapkan, teruskan menjaga imanmu tersebut wahai teman.
Sebagai mengulas ringkas isu kenaikan harga ini, berikut beberapa fakta secara ‘adil' dan ulasan ringkas dan spontan saya (spontan ini menyebabkan mungkin saya ada terlepas pandangan aspek-aspek lain) :-
FAKTA : Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.
ULASAN :
Terima kasih namun mengurangkan subsidi dalam sebuah masyarakat yang belum bersedia akan pasti menyakitkan orang awam berpendapatan rendah dan sederhana. Maksud saya ‘bersedia' antaranya :
1- Ilmu dan skill . Purata masyarakat Malaysia terutamanya bumiputra masih terkial-kial dan mencari kehidupan dan pendapatan secara sihat. Skim cepat kaya, pelaburan haram interent, perjudian sms, rancangan hiburan masih bersarang dalam minda kebanyakkan mereka. Masyarakat sebegini masih manja dan perlukan perancangan terbaik dari kerajaan dari sudut pendidikan dan kewangan.
2- Penghapusan Rasuah : Selagi rasuah menggila dalam Negara ia pasti menyekat perkembangan skill dan kemampuan diri rakyat. Maka apabila subsidi dikurangkan, kumpulan kurang pendapatan akan terus tertindas disebabkan rasuah. Malah lebih dahsyat, rasuah akan bertambah pula akibat dari segala kenaikan ini. Lihat sahaja Negara-negara maju, pra syarat mereka adalah mesti minimakan rasuah dahulu.
3- Gaji minima ; Gaji minima diperlukan bagi membantu masyarakat kurang pendapatan mengharungi kenaikan demi kenaikan ini. Adalah amat dihargai jika gaji miniam dapat dinaikkan sedikit agar rakyat pendapatan rendah boleh menikmatinya sedikit. Gaji minima di negara-negara yang mengapungkan harga minyak mereka adalah tinggi, ini seimbang dengan harga minyak, adapun Negara kita tidak sedemikian dan kita juga belum mampu untuk menawarkan gaji minima yang tinggi.
4- Harga kereta belum wajar : Baik juga jika harga kereta sepatutnya di buka mengikut harga pasaran sebenar juga. Menurut faktanya harga kereta di Malaysia adalah antara yang termahal. Biar semua berlumba-lumba menjadi lebih kompetitif seperti Air Asia dan MAS. Mereka berlumba-lumba menawarkan harga rendah. Namun keuntungan mereka masih juga bertambah.
5- Pengangkutan Awam Belum Sedia : Saya jarang menggunakan pengangkutan awam namun saya sedar akan kurang mampunya pengangkutan awam ini untuk menampung keperluan dan permintaan sekiranya semakin ramai ahli masyarakat ingin beralih dari kenderaan sendiri kepada pengangkutan awam. Ringkasnya, ia masih belum cukup efisyen.
FAKTA : Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.
ULASAN :
Wallahu'alam, menurut pandangan saya, ia kelihatan baik dan wajar. Namun dalam konteks realiti yang sudah naik sebegini sukar untuk turun kembali.
FAKTA : Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.
ULASAN :
Saya kira ini adalah teknik kerajaan agar memastikan semua pengguna yang berkelayakan membayar cukai jalan, ini mungkin kerana ramai pengguna jalanraya tidak punyai road tax yang sah. Ia serampang dua mata.
Bagaimana pula bagi keluarag miskin yang tiada kenderaan bermotor langsung?. Walaupun mereka tidak perlu mengisi minyak namun mereka masih perlu membeli barangan yang diangkut menggunakan kenderaan penjual. Sudah tentu si penjual akan menaikkan harga barangnya kelak. Bagaimana dengan rebate bagi kumpulan sasar sebegini?
Apa yang boleh membantu mereka. Kita bimbang mereka akan menjadi semakin miskin dan susah. Moga Allah membantu mereka.
FAKTA :
a- Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc. Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.
b- Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.
c- Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.
ULASAN
Saya kira ia sebenarnya cuba bertoleransi dengan kumpulan pendapatan sederhana dan cuba mengenakan kenaikan kepada kumpulan sasar kaya sahaja. Dalam hal ini, kerajaan dilihat meletakkan cc kenderaan sebagai kayu ukur, individu itu kaya atau miskin. 2000cc kereta dan 25cc ke atas dikira kaya lalu tidak layak mendapat sebarang subsidi rebate dan petrol (kecuali 30sen sebagaimana di atas).
Persoalannya, betulkah kayu ukur sebegini?
Kerajaan juga cuba toleransi dengan memberikan rebate cukai jalan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan mewah. Ini bermakna, orang berpendapatan sederhana mendapat RM625 setahun dan orang kaya dapat RM200 setahun. Sebenar jumlah RM625 setahun hanya mungkin cukup untuk 'cover' harga beras untuk kegunaan satu-satu keluarga.
FAKTA : Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.
ULASAN
Terima kasih. Perlu diteruskan.
FAKTA : Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.
ULASAN :
Satu tindakan yang mungkin kurang toleransi, adalah lebih wajar jika kenaikan
demi kenaikan ini dibuat secara ansuran dan sedikit demi sedikit. Kita baru
sahaja menghadapi kenaiakn harga beras sebanyak 80-100%. Kini diikuti minyak
dan seterusnya tariff elektrik.
Harga besi dan lain-lain juga baru sahaja naik, yang membawa kesan kenaikan harga rumah dan sudah tentu sewa,
Saya faham, diwartakan penggunaan yang MELEBIHI 200 kilowatt atau RM43.60 sahaja yang AKAN NAIK. Adapun kurang dari itu TIDAK BERUBAH. Ia jelas cuba mengenakan kumpulan sasar orang kaya dan tidak mengenai golongan miskin yang kurang menggunakan elektrik secara puratanya.
Namun demikian, apabila tarif elektrik lebih
RM43.60 ini naik, kilang-kilang yang menghasilkan barang makanan dan industri akan
menganggung kos tambahan. Pastinya semua barang akan naik lagi. Peniaga juga
pastinya menggunakan kenderaan untuk menghantar barangan. Apabila harga minyak naik,
sekali lagi peniaga mendapat sebab munasabah untuk menaikkan harga. Akhirnya sampai juga kesan kenaikan kepada
kumpulan miskin yang menggunakan tarif 43.60 sahaja. MAKA SEPATUNYA SABAR-SABARLAH UNTUK MENAIKKAN BEBAN ASASI.
KESIMPULAN RINGKAS
Rakyat miskin yang tiada kenderaan, terabai? Yang punyai kenderaan kurang 2000cc dapatlah RM625 setahun, pemilik kenderaan 2000cc ke atas dapat berjimat RM200 dari cukai jalan? Itu sahaja?.
Bagaimana dengan pertambahan pendapatan kerajaan. Ini yang perlu didedahkan secara telus. Malah ia juga menyebabkan Tun Dr Mahathir membuat kira-kira mudah :-
"Can the Government
subsidise? I am the "adviser" to Petronas but I know very little about it
beyond what is published in its accounts. What I do know may not be very
accurate but should be sufficient for me to draw certain conclusions.
Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per
day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.
Three years ago the selling price of crude was about USD30
per barrel. Today it is USD130 - an increase of USD100. There is hardly any
increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as
pure profit.
Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100
x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).
But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all
of which belong to the Government.
By all accounts the Government is flushed with money.
But besides petrol the prices of palm oil, rubber and tin
have also increased by about 400 per cent. Plantation companies and banks now earn
as much as RM3 billion in profits each. Taxes paid by them must have also
increased greatly.
I feel sure that maintaining the subsidy and gradually
decreasing it would not hurt the Government finances."
FAKTA : Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.
ULASAN :
Bagus dalam perancangan untuk subsidi makanan, namun subsidi makana diambil dari subsidi minyak. Maka harga makanan akan pasti naik juga. Justeru pusing-pusing semuanya ke satu destinasim, iaitu HARGA NAIK!. Gaji minima untuk kumpulan sasar miskin, masih tidak diperbaiki . Golongan bumiputra yang paling ramai miskin.
Saya juga bimbang, lagi terdesak orang bumiputra kita, lebih mudah mereka ditipu dan diperangkap oleh penyangak Ah-long, skim cepat kaya, MLM piramid, peraduan pelik, peraduan melancong percuma, elaun lumayan dari khidmat hantar barang (dadah) di keluar negara dan lain-lain. Akhirnaya semakin terdesak. Semuanya kononnya ingin mencari side income selain kerja full time mereka.
PANDANGAN ISLAM
Sukar untuk saya menulis kesemuanya di waktu ini, ringkasnya tanggungjawab sebuah kerajaan menurut Islam memang tidak mudah. Pandangan mereka perlu sentiasa lebih hadapan dari pemikiran rakyat biasa. Kerana itulah mereka pimpinan mesti dilantik dari mereka yang berkelayakan.
Mereka perlu bermiskin dahulu berbanding rakyat, gunakan dahulu harta mereka sebelum rakyat. Apa sahaja yang kurang merekalah yang perlu menyalurkan pendapatan mereka demi kebaikan rakyat. Mimpikah kita untuk mendapat pemimpin sebegini?
Kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam ; petiakn dari www.drmaza.com).
Demikian sedikit pandangan spontan saya berkenaan isu terkini terhangat. Anda juga bebas menolak dan menerimannya. Cuma dinasihatkan jangalah ada yang memaki dan mencarut di ruangan komentar saya ye. Cukuplah memberi idea dan komentar atau kritik dalam bentuk berhemah. Agar semua dapat manfaat termasuk saya.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
5 Jun 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
boleh ke blog ni,
pelabur.blogspot.com/.../
kestabilan negara kita perlukan seorang pemimpin yang tahu apa itu agama dan apa itu ekonomi....
bukan pemimpin yang hanya tahu apa itu wang tanpa tahu nilai ekonomi disebalik wang tersebut...tambang gas yang ditingkatkan sempena aidilfitri...just nak wish thanks paklah coz paling terbeban adalah pelajar lagi2 kami orang selatan yang belajar diutara dan sebalik nya
Minyak naik makin tinggi makin bagus untuk negara. Malaysia gak yg untung banyak. Tetapi, bila negara dah untung banyak, SEMUA wang itu perlulah dimnikmati bersama rakyat.
Cara nak nikmati camnie....
a) Beli balik Tenaga Nasional, JBA, Telekom & Plus. Mereka dikehendaki beroperasi dgn keuntungan yg minima disamping perbelanjaan berhemah tanpa pembaziran. Rakyat akan mendapat nikmat kos kehidupan yg rendah.
b) Ade lagi ana nak cakap pasal macam mane nak handle masalah kos pertanian, pengangkutan dan pemakanan yg makin meningkat. Tapi until next time ana info.
Pandangan saya seperti berikut:
Antara sebab harga minyak dunia naik adalah kelemahan matawang USA. Umum tahu bahawa didunia ini ada 2 tempat atau exchange dimana minyak didagangkan iaitu di London & New York. Kedua-duanya mengunakan US Dollar sebagai medium jual beli. Secara amnya sebagai penjual apabila Dollar lemah maka margin atau keuntungan akan berkurangan, maka nak tak nak si penjual mungkin akan "push" harga minyak menjadi lebih tinggi. Ditambah pula faktor spekulator maka bertambahlah kenaikan harga minyak. Malah Federal Reserve telah akui bahawa antara faktor kenaikan mendadak harga minyak dunia adalah kelemahan US Dollar.
kerajaan mengumumkan pemotongan elaun keraian Menteri2 sebanyak 10%.
Berapa banyak sgt tu?? Apa kata kalau minyak naik 35% gaji menteri potong 35%
Lu fikir la sendiri... Tahniah....
Kedua: Satu lagi, alangkah bahagianya kalau dikalangan pemimpin terdiri dari golongan yang baik dan bijak. Baik sahaja tak ke mana...Bijak sahaja tapi jahat, parah dibuatnya. The best is " bijak dan baik".
Ketiga: Bagi saya Malaysia sekarang dalam keadaan amat parah...dari segi ekonomi, memang dah jelas. Semua ambil tahu. Tapi dari segi sahsiah dan agama...amat2 teruk!! Kalau Tuhan nak turunkan bala sekarang pun, saya tidak akan rasa ralat... BUNUH + ROGOL + JUDI + RASUAH + MURTAD + DLL....amat menjadi-jadi. Hukum Allah terus dihalang!! Bila kata Hudud & Kisas...mereka kata ianya politik... Kalau betul kerajaan sekarang ni ikhlas dan "BERIMAN", mereka akan usahakan sebagaimana mereka usahakan "islam hadhari mereka"...tak ke begitu.. Kalau mereka betul2 nak buat, sekarang juga saya boleh berikan cara2nya w/pun saya bukan dari golongan pemimpin....saya adalah seorang pemikir...negara perlukan pemikir, bukan pengampu...
Ke-4:Nak laksanakan hudud senang je... Wartakan hukum tsb utk orang Islam sahaja, ataupun golongan kafir yang melakukan jenayah ke atas orang Islam. Selain itu...mereka bebas untuk gunakan hukuman barat. Saya percaya, lama kelamaan mereka akan turut bersetuju mengguna pakai hukuman hudud apabila ternyata kadar jenayah turun. Tapi ada satu masalah....kalau hukum ini dilaksanakan...puak2 mereka ini yang kena hukum dulu...rasuah! arak! zina!...tak ke begitu...
Bermain sakan tidak terkata,
Minyak naik lain pun naik,
Selain hujan dan air mata....
sapa yg Dajalkan kita,
adakah kita dizalimi, atau sendiri salah, atau kombinasi kedua2nya?
pokok pangkal kembali kpd Allah, walau apa pun berlaku
percayalah umat tiada jalan selamat dunia akhirat selain Islam..takbir!!
Pada ana, selagi sistem ribawi masih berterusan dan bermaharajalela , selagi itulah Allah timbakan musibah ini kepada kita. Dari itu, ana seru kita semua kaji semula cara kita urus kewangan kita. Kemana dilaburkan. Kemana dibelanjakan.
UZAR, ana suka buku terbaru enta. Terima kasih atas penulisan. Wassalam.
So, marilah kita bersama-sama berfikir cara baru menggantikan minyak... Mari galakkan anak-abak kita sepanya mencintai sains, belajar dan akhirnya mencipta satu umber alternative kepada minyak..
Jepun tengah mencipta kereta berkuasa bateri. Eropah mencipta kereta berkuasa elektrik.. Nissan dah ada dah kereta berkuasa eletrtrik.. kalau jadi 2010 dah boleh pasarkan. Malaysia bila lagi? Sibuk dengan minyak naik.
(1)Tak payah langgan ASTRO (sebab banyak yg langgan untuk hiburan je..)
(2)Tak payah ikut SMS untuk hiburan realiti TV.
(3)Tak payah pasang sport rim besar 16", 17" kat kereta.. buat habis minyak je.
(4)Tak payah la asyik tukar handphone konon ikut trend..
(5)Terus rajin di tempat kerja. Jangan malas. Sentiasa tingkat skill dan belajar benda baru walaupun bukan dalam bidang kita.. Nanti baru boleh demand.
(6) Beribadah banyak2 dan berdoa dimurahkan rezeki untuk diri sendiri, keluarga & negara. Kita ni kurang berdoa dan banyak yg tinggal sembahyang. Sebab tu lah agaknya Allah tarik balik subsidi minyak.
Sbnrnya kita bukan kesal pasal kita sorg je yg perit menghadapi kenaikan ni,tapi kita memikirkan saudara2 kita yang lebih sakit dari kita. Mmg kita tak dapat nak nafikan fenomena kanaikan harga minyak ni, tapi kita mintak kerajaan lebih bertimbang rasa dan berfikir dgn wajar sblm membuat tindakan2 yg mendadak ni.
Semuanya saya lihat tergesa2..Dulu masa naik 3posen, gov kata nak upgrade sistem pengangkutan awam. Tapi tak berkesan juga..Masa harga minyak turun kejap dulu, kita mintak gov turunkan, tak turun jugak...kerajaan ni mcm mak bapak jugak.jgn asyik cakap tak mampu, tak boleh sbg alasan/cara melepaskan diri.
Klu kerajaan sendiri tak pandang hasil yg melimpah ruah ni kurniaan dari Allah untuk disempurnakan amanahnya, yakinlah, Allah pasti akan menjadikan apa yang selalu disebut2 tu suatu kenyataan.
Sebenarnya hasil negara kita cukup byk, tapi bak kata Tun Mahathir, urus tadbir yg tidak cekap tlh menyebabkab pembaziran yg banyak..
Hentikan perbelanjaan yang tak perlu..saya tak paham satu perkara, apa perlunya agensi2 kerajaan bermesyuarat di hotel sedangkan bangunan2 kerajaan yang baru dibina mewah, dan lengkap dgn segala kemudahan bermesyuarat dan seminar? Satu perkara yang saya harap kita semua tidak lupa adalah, berdo pada Allah agar Allah lindungi kita dari orang2 yang zalim..
Sesiapa yang berniat baik dan berbuat baik, pasti Allah akan melindungi mereka dunia dan akhirat. Wallahua'lam.
bagi yang dok keje kat sarawak ni pun...ada terasa gak...walpun dapat elaun...tapi dok habis ko minyak je...nak simpan duit pun takleh...
Sy ingin mengutarakn soalan semasa, " Jika seorang pemimpin telah diundi dan menang kerusi Parlimen. Namun,parti yg diwakilinya tidak dpt memegang kuasa pemerintah negeri tersebut (seperti di Kuala Lumpur, parti kerajaan still memerintah walaupun hanya mendapat 1 kerusi). MP merupakan wakil bagi rakyat dan bukan hanya pengundinya sahaja..
Soalannya, jika sekiranya dalam isu pembinaan rumah ibadah, seperti masjid, kuil, tokong, church dan sebagainya. Apakah status MP tersebut sekiranya dia seorang Muslim.
Setakat ilmu cetek yg Allah pinjamkan ini, Muslim tidak boleh membantu kearah menyekutukan Allah (dlm kes ini merujuk pada pembinaan rumah ibadah selain drp masjid). Otherwise, sekiranya KL diperintah secara total oleh parti pembangkang, maka wajib bagi mereka untuk membangunkan facilities yg disebut.
Apakah alternative untuk MP tersebut untuk membantu memenuhi keperluan penduduk selain memberi surat sokongan dan dsb. Dengan hanya capacity MP pembangkang, tidak berkuasa dan tidak mampu menjayakan/meluluskan pembinaannya, kerana kuasa sebenar dipegang Kerajaan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar dan DBKL di bawah PM skrg." Syukran.
Pemindahan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru di Desa Kailolo, Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indon hanya dengan zikirullah.
Seramai 3000 orang qiyai telah berkumpul dan berzikir di masjid tersebut dan dengan izin Allah kubah dari masjid lama "diangkat" dan "diletakkan" di atas menara masjid yang baru...
sila rujuk:
www.youtube.com/.../
UZAR : Wallahu'alam. nampak macam kain aja..Jin pun mungkin kalau betul-betul. demikianjuga cara dia terbang sebenarnya macam ada tali. Itu teknik pembinaan masjid kot, sebba tu kubah tu 'landing' di tempat yang betul
rakyat bayar minyak mahal..tapi menteri2 dapat minyak percuma kerajaan tanggung sepenuhnya walaupun diluar tugas rasmi.
menteri naik kereta mewah tapi rakyat disuruh naik motor dan pengangkutan awam..ADILKAH itu???...
menteri dapat bil air, api percuma sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.
menteri duk rumah mewah tapi rakyat ramai tak mampu beli rumah..setakat layak duk rumah pangsa yang sesak...
TIDAK ADIL SUNGGUH TIDAK ADIL...
Saya baru nk lontar satu idea,tapi bila tgk2 dh ada idea tersebut. agak2 betulla mcm shiha ketengahkan. jadi pada masa itu akan naiklah imej KERAJAAN TERBAIK ABAD INI.
Buat semua rakyat Malaysia, fikirkanlah. Bila ada orang tawarkan apa saja pakej sistem untuk keharmonian hidup ini,buang saja ke tepi jika pada dasarnya Islam tidak menapak kukuh.
Politik bukanlah kuasa memutus sewenang-wenang. Tetapi merupakan satu amanah untuk menyusun hidup sejatera dunia dan akhirat.
...di sana tentu xde astro, akademi fantasiak, pasangan untuk dating pn jauh, baju2 yang smart2 pon akan jadi pelik bila d kampung, mandian panas di pagi hari pon jangan mimpi, apatahlagi aircond, lagu2 yang merosakkan, dan budaya2 barat yang penih tipu dayaaaa....
itu suggestion, bukan ke tarbiah ni banyak cara, tu pasal Islam suruh campur ngn orang miskin. Maaf cakap, 'orang miskin' di Malaysia adalah unik, kerana masih mampu berhibur dan membuang masa dalam keadaan miskin itu.
sekian.
katakanlah ada 2 org ni - dua2 ada kereta proton saga (bawah 2000cc). Dua2 dapat setahun rm625.
Tapi yg A ni tiap2 hari berulang-alik Sungai Petani to Butterworth, sbb keje kilang. Tiap2 hari drive dekat 2 jam pegi balik.
Yang B pula kerja dia pegawai kerajaan biasa. Dari rumah dia drive ke Wisma Persekutuan, cuma 10 minit. Tiap2 hari 20 minit pegi balik.
So, simple maths, kita boleh agak berapa banyak minyak yg A guna, berbanding dengan yang B guna. Tetapi kedua-duanya dapat rm625 setahun juga. Adilkah?
Bagaimana pula sekiranya yg B tu dah berkeluarga? Nak hantar bini ke tempat kerja, anak ke sekolah, pergi ke pasar di hujung minggu serta drive pulang ke kampung setiap bulan. Sudah tentu penggunaannya pun dah jadi berlainan. rm625 sudah tak cukup untuk dia pula!
Harus diingat adil itu bukannya bermaksud semua orang dapat benda yang sama regardless of anything. Adil itu bermakna meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. T_T
(Just terfikir, sbb ada di antara rakan dan saudara mara saya yg dari kedua2 golongan A dan B tu. betulkn mana yg silap.)
teknologi Biodisel kan sudah ada.... kenapa kerajaan tidak mahu bersungguh2 untuk develope dan guna pakai sumber alternatif yang terbukti boleh menjana pendapatan negara dalam jangka masa panjang. Negara kita kaya dgn keluaran kelapa sawit, justeru akan menaik taraf ekonomi petani2 di negara kita ini...
Kan lebih baik subsidi yang di tarik itu diguna untuk memajukan teknologi ini.. daripada duit tu buat koridor sana sini yang belum pasti akan terlaksana... atau pun membanggunkan wilayah iskandar yang ternyata hanya mengadaikan tanah kepada warga singapore dalam jangka panjang!!!
Negara2 pengeluar minyak yg ekonomi mereka terkedepan mengambil pendekatan tidak mengsubsidi,cum a negara2 yg ekonomi mereka kurang maju mengambil pendekatan beri subsidi.
Negara kita sekarang menghadapi dua krisis,pertama krisis harga minyak,kedua krisis harga makanan.Kerajaan ambil pendekatan kurangkan subsidi minyak untuk tampung subsidi makanan kerana makanan lebih penting.Memang kenaikan minyak menaikkan harga makanan,tapi kalau tak disubsidi harga makanan jauh lebih tinggi.
Duit lain perlu digunakan untuk pembangunan,ker ana pembangunan menyumbang kepada pendapatan kepada negara.Bukan saja perlu fikir belanja untuk rakyat,tapi pendapatan perlu difikirkan juga.
Perlu kita ingat bukan Malaysia saje minyak naik. Negara lain termasuk negara pengerluar minyak juga menerima kesan.
Kenaikan harga minyak ini adalah masalah dunia. Dunia yg fana. Bila kita asyik fikir pasal problem dunia .. kita tak kemana. Apatah lagi yg buat demontrasi ... buang masa ... harga minyak tetap naik. Lagi baik tolong bini basuh baju... dpt pahala.
Kita kena ubah cara hidup kita. jgn membazir. Dekatkan diri dgn Islam. Bukan memaki hamun kerajaan. sikit2 salah kerajaan. Govt bagi subsidi pun marah - tak bersyukur. Tak dpt biasiswa salahkan govt. Harga beras naik salahkan govt. harga rokok naik salahkan govt. Bini mintak cerai pun salahkan govt. Tak pass SPM salahkan cikgu. cakap cikgu tak pandai mengajar. eh apalah aku mengarut ni!
www.cikguwandy.blogspot.com
saya ingin berkongsi sesuatu yang saya dpt.. harap dapat beri manfaat kpd pembaca..
(tiada apa2 kaitan dgn politik semasa.. )
saya tak layak mengundi lagi, tapi saya tahu apa yang saya akan undi..I/Allah
TIPS ON FILLING YOUR CAR(S) (Good information)
I don't know what you guys are paying for petrol.... but here in Durban
we are also paying
higher, up to R7.35 per litre.
But my line of work is in petroleum for about 31 years now, so here are
some tricks to get more of your money's worth for every litre. Here at
the Marian Hill Pipeline where I work in Durban, we deliver about 4
million litres in a 24-hour period thru the pipeline. One day is diesel
the next day is jet fuel, and petrol, LRP and Unleaded.
We have 34-storage tanks here with a total capacity of 16,800,000 litres.
Only buy or fill up your car or bakkie in the early morning when the
ground temperature is still cold. Remember that all service stations
have their storage tanks buried below ground. The colder the ground the
more dense the fuel, when it gets warmer petrol expands,so buying in the
afternoon or in the evening....your litre is not exactly a litre.
In the petroleum business, the specific gravity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum products plays
an important role. A 1-degree rise in temperature is a big deal for this
business.
But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.
When you're filling up do not squeeze the trigger of the nozzle to a fast mode. If you look you will see that the trigger has three (3) stages: low, middle, and high. In slow mode you should be pumping on low speed, thereby minimizing the vapours that are created while you are
pumping.
All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you're getting less worth for your money.
One of the most important tips is to fill up when your tank is HALF FULL. The reason for this is, the more fuel you have in your tank the
less air occupying its empty space. petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof.
This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation. Unlike service stations,
here where I work, every truck that we load is temperature compensated so that every litre is actually the exact amount.
Another reminder, if there is a fuel truck pumping into the storage tanks when you stop to buy, DO NOT fill up--most likely the
petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and
you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom.
Hope this will help you get the most value for your money.
adakah masih wujud lagi pemimpin seperti umar al-khatab di zaman ini..
Ini pertama kali saya ke sini, saya dpt rasakan UZAR amat berlapik dlm berbicara, tidak kedengaran sdktpun menghentam Kerajaan Paklah sekarang..patut pun tengok CV Ust memang berjela..
bab pelaburan yg berkaitan org Islam, company org Islam, Koperasi ke, apa2 badan, boleh tak drp terus pukul HARAM, adalah lebih baik jika kita boleh bg cadangan2 @ kaedah utk meng'HALAL'kan..
saya rasa rugi kalau kita umat islam yg sekerat ni yg cuba utk bermuamalat, berpecah dan terus tertindas di bumi sendiri..ekonomi lemah, dan minyak naik lg..
Salam
As-Syakirin
RSS feed for comments to this post