Kewangan Awas Syarikat Ni Dah Jadi Haram

Awas Syarikat Ni Dah Jadi Haram

  • PDF
(16 votes, average 5.00 out of 5)

Awas Syarikat Ni Dah Jadi Haram

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

Awas!!
 

Mungkin ada yang bertanya adakah status ‘Patuh Syariah' yang ada pada syarikat-syarikat tersenarai di bursan saham tidak berubah sejurus apabila ia telah disahkan?. Adakah disana semakan semula?

Jawapan ringkasnya ya, akan ada semakan demi semakan semula dilakukan. Saya kira, semakan juga akan dibuat jika terdapat laporan dari orang ramai kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mendakwa sesebuah syarikat itu dilihat terlalu banyak aktiviti haramnya. Hasil semakan semula inilah yang menyebabkan beberapa buah syarikat yang dahulunya tergolong dalam kategori patuh shariah, namun kini ia telah terkeluar dan menjadi syarikat haram dilaburkan duit di dalamnya dan juga haram membeli sahamnya.

Syarikat ini adalah (senarai bertarikh 30 Mei 2008):-

1. Aliran Ihsan Resources Bhd

2. Daiman Development Bhd

3. Equine Capital Bhd

4. Hexza Corporation Bhd

5. Kuchai Development Bhd

6. Land & General Bhd

7. Metro Kajang Holdings Bhd

8. Pan Malaysian Industries Bhd

9. Perduren (M) Bhd

10. Suiwah Corporation Bhd

11. Sunway Holdings Bhd

12. Widetech (M) Bhd

 

Anda masih ingat dengan syarikat Metro Kajang?? Sila buka di sini .

Jika anda ingin tahu bagaimana kaedah umum menyemak sesebuah syarikat itu. Buka di sini .

Justeru, jika anda tergolong dalam kategori pelabur di KLSE (Bursa Shama Kuala Lumpur) , pastikan anda sentiasa dan kerap menyemak senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjata Sekuriti ini. Buka di sini .

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Jun 2008

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #18 KPFshima 2010-08-05 20:00
salam UZAR..saya nk tanya ttg koperasi permodalan FELDA.adakah halal utk melabur dlm koperasi ni sbb x silap sy FELDA ni dh disenaraikan dlm BSKL tp x sure adakah mengikut syariah atau x..sy dh cr info tp x jumpa.hrp ustaz blh jelaskan.
sekian terima kasih..
Quote
+1 #17 ibnatumusa 2008-07-24 03:46
kalau beli rumah daripada syarikat yang tersenarai di atas boleh ke? EQUINE CAPITAL BERHAD


UZAR : KALAU BELI RUMAH, CARA PEMBIAYAAN HALAL MAKA HALAL HUKUMNYA..WALAUPUN JIKA EQUINE CAPITAL SAHAMNYA TAK HALAL.
Quote
0 #16 zul 2008-07-23 06:23
Ya, Allah. Saya dalam kekeliruan. Ustaz, saya ada saham di Hexza (Tapi tak sure lagi di hexza Corp or anak sayarikatnya). Ceritanya begini.
Saya tidak membeli saham tersebut, tapi dibeli oleh orang yang berhutang dengan saya (dinamakan A). A dalam keadaan tidak mampu membayar hutang terhadap saya, saya pula sedang kesempitan kewangan. Hutang tersebut telah berlanjutan lebih setahun. Saya tidak pernah kira interest dan sebagainya. saya bagi 10 sen, saya mintak 10 sen. perjanjian lisan bayaran balik selama 1 bulan. macam mana ustaz.
Quote
0 #15 zaimi 2008-07-03 16:37
ustaz macamana dengan penternakan cacing? adkah ianya halal
Quote
0 #14 zulkifli 2008-06-24 02:34
ustaz,

hairannya majlis fatwa kebangsaan tidak berpendirian bila mengeluarkan hukum pelaburan ASN/ASB dengan mengatakannya harus. kenapa tidak halal atau haram...strait to the point. ini melibatkan tanggungjawab agama Islam...pahala/dosa. pada saya mudah saja, jika semua orang melayu/Islam buka mata dan baca laporan yang diaudit(audited report setiap tahun) ada pelaburan dikaunter Maybank (bukan kaunter syariah compliance oleh Bursa Malaysia) malah Genting selama tiga tahun berturut2 mencapai hingga 30% jumlah dana. Kenapa bijak pandai agama tidak mengupas perkara ini?...
Quote
+1 #13 kritis 2008-06-20 07:19
UZAR, nak tanya sikit. Sy tengah konfius ni. Sy ada melabur dalam ASB. Boleh ke. Ada orng cakap cara operasinya halal tapi pelaburannya bukan di tempat halal. Kalau UZAR kata tak boleh, saya nak buat keluar semua pelaburan saya. Tapi pastu, mcmn sy nak uruskan duit tsb jika tak boleh; ie duit yang dilabur + duit untung.Tolong UZAR. Selain saya, ramai lg kat luar tu nak tahu status ASB/ASN/etc. TQ
Quote
0 #12 nur 2008-06-20 07:16
assalamualaikum ustaz..saya nak bertanya berkaitan aurat wanita muslim dengan wanita non muslim. adik saya yang masih menuntut di IPTA terpaksa tinggal sebilik dengan pelajar non muslim. syukran ustaz..
Quote
-1 #11 ibnu 2008-06-16 02:46
salam saudara rushdi.
Bagi unit amanah rasanya dia akan keluarkan laopran tahunan sesuatu dana dan anda boleh semak senarai syarikat yg dilabur,sekiran ya wujud syarikat yg telah ditarikbalik pematuhan syariahnya maka wajar kita mengeluarkan pelaburan kita (namun, sila dapatkan jawapan dpd yg ahli)
Jika berminat menyertai dana syariah yg memberi pulangan yg baik sila layari truewealthgroup.blogspot.com
Quote
0 #10 hilfi leeds 2008-06-14 03:12
to Hamba yang inginkan kepastian:
email tu mmg spam habis la semua org kene.. sy pernah try layan diorg tu jugak.. boleh gak siasat2.. heh.. org2 ni mmg byk base kat UK, budak2 desperate nak cari duit.. tp sejak kebelakangan ini, melampau2 byknya syarikat yg nak menipu ni.. kalau betul pun, aper laa faedah diorg dpt sebenarnya? pelik laa dunia akhir zaman skrg..
Quote
0 #9 hamba allah 2008-06-14 03:10
uzar, saya yang naif ini nak tanya berkenaan dengan perlaburan mobile income yang banyak-banyak dalam paper tu.. bagaimana satusnya. terima kasih.
Quote
+1 #8 keliru 2008-06-13 18:29
ustaz..
saya ada beberapa soalan:
1. saya telah keluarkan duit dari kwsp, then lepas congak2 zakat dia RMXXX, boleh tak saya serahkan semuanya kepada seorang sahaja, contohnya saya dapat email seorang adik kat puchong yang menderita sakit dan perlu sentiasa tukar lampin atau serah saja kpz PZS...
2. Saya melabur dalam CIMB ISLAMIC, (FRIA-i), apakah status wang yang saya terima (dividen?).
TQ.
Quote
0 #7 Hamba yang inginkan kepastian 2008-06-13 04:21
saya da jumpa article berkenaan microsoft tu.. jz ustaz.. BARAKALLAH FIK..
Quote
0 #6 Hamba yang inginkan kepastian 2008-06-13 01:44
Ustaz, sy nk tny, sy xth macam mane nk bukak topik baru, jd sy comment di sini je, baru2 ni sy mendapat email seperti ini "We happily announce to you the draw (#953) of the MICROSOFT CORP WORLD LOTTERY AWARD. Your "email address have therefore been approved to claim a total sum of GBP 1,000,000 (ONE MILLION BRITISH POUNDS)" adakah ini halal?? harap ustaz dapat memberi penerangan yang baik dan tenang..

UZAR : HAL ITU TELAH ADA DI WEB SAYA INI, CUBA CARI.. DAH LAMA DULU SAYA BUAT ARTIKEL TENTANGNYA. MALAH DAH CONTACT MICROSOFT MALAYSIA JUGA UNTUK KONFIRMASI
Quote
0 #5 Ajumain 2008-06-13 01:42
Salam,

Just nak share info,
kebiasaannya didalam pelaburan Unit Amanah; apabila sesebuah syarikat yg telah terkeluar dari senarai patuh syariah...mereka(Syarikat Unit Amanah) akan segera menghentikan transaksi pembelian dan menjual saham syarikat tersebut...Segala keuntungan@keru gian akan disalurkan ke badan2 kebajikan...so sya rasa usah risau berkenaan syarikat yang terkeluar dari patuh syariah tu...

Jika mahu info yang lebih jelas Sila Hubungi Perunding Unit Amanah saudara kerana mereka sepatutnya tahu mengenai hal2 ini...

Sekian...Wassalam
Ajumain - Perunding Unit Amanah
Quote
0 #4 Pelabur 2008-06-13 01:41
Equine Capital tu bukan ke syarikat di bawah MOF Inc?
Quote
0 #3 adik 2008-06-13 01:07
Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memberi petunjuk untuk saya menyemak sistem kewangan terlebih dahulu... saya pun hampir terjebak dengan MLM DCHL..terima kasih UZAR...
Quote
0 #2 rushdi 2008-06-12 22:31
ustaz...

camne kalau pelaburan unit amanah saham yang telah membuat pelaburan dalam saham yang telah dikeluarkan dari syariah itu??
Quote
+1 #1 mfg 2008-06-12 22:30
berhati2 la semua umat islam..harta dunia selalu membutakan mata kita..semak dahulu jika berasa ragu2/was2..banyak sekarang ni kempen2 mendapat duit banyak dengan mudah dan cepat..kawan baik saya baru jer promote saya join MLM DCHL..die dah join 2 tahun. sekarang pendapatan around (deleted) sebulan..tp alhamdulillah, saya x join..banyak keraguan..terima kasih uzar, kerana membuka ruang untuk rujukan syariah dll..wallahu'alam
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 98 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Awas Syarikat Ni Dah Jadi Haram