SKMM arah Celcom henti peraduan

KUALA
LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
mengarahkan Celcom Mobile Sdn Bhd supaya menghentikan peraduan "Celcom
100 Hari 100 Kereta" susulan bantahan orang ramai.
Dalam kenyataannya, SKMM menyatakan Celcom juga diminta
mengembalikan semula bayaran kepada pelanggan yang mengambil bahagian
dalam peraduan itu.
"Celcom juga diminta menyediakan maklum balas secara
bertulis, menyatakan alasan kerana tidak mematuhi arahan,
selewat-lewatnya 16 Jun," katanya.
SKMM menyiasat aduan mengenai peraduan itu dan mendapati wujud unsur-unsur ketidakpatuhan Kod Amalan Pelanggan Am.
Peraduan itu sepatutnya berlangsung dari 2 Jun hingga 9 September 2008. - Bernama
ULASAN UZAR
Takziah buat CELCOM dan tahniah buat kuasa ramai, the unbeatable.. bila mereka bertindak dengan bijak.
Peserta dan mereka yang belum sertai patut mengambil iktibar dan gunakal hati, iman dan aqal lebih teliti sebelum sertai apa jua skim perniagaan dan peraduan. Amat memalukan asyik orang Islam yang ditipu dan terjebak.
Para pemenang selama seminggu lepas juga semuanya berbangsa Melayu.
Kita harapkan agar mereka yang kerugian sehingga terpaksa 'makan pasir' , 'ikat perut' disebabkan budjet sebulannya habis semasa menjawab soalan akan kembali tenang apabila wang dikembalikan. Berdoalah.
Sekitar 3 hari lepas, saya sendiri baru sahaja meneirma email dari pihak wakil CELCOM, yang menyebut pihak pentadbiran tertinggi CELCOM ingin bertemu saya secepat mungkin untuk menerangkan berkenaan hal ini. Saya telah menyatakan kesediaan, anywhere anytime (suitable), namun setelah berita ini keluar saya kira mungkin mereka akan berfikir kembali keperluannya. Sekiranya mereka perlukan bantuan dan nasihat Shariah dalam merangka peraduan-peraduan akan datang, inshaAllah atas dasar tanggungjawab akan membantu.
Nampaknya, pihak berkuasa undang-undang lebih pantas bertindak dengan yakin dan tepat berbanding badan berwajib agama Islam. Mengapa berlaku demikian??
Semasa segmen Bicara Islam, Selamat Pagi Malaysia di RTM 1 pagi tadi (13 Jun 2008), saya sempat menghuraikan sedikit persoalan harta syubhat dan juga masalah dalam peraduan. Berikut disertakan rakamannya.
Namun oleh kerana saya tidak kelihatan tidak bersempatan mengulasnya dengan terperinci. Maka pihak penerbit meminta saya untuk muncul sekali lagi di segmen ini pada 27 Jun 2008 bagi mengulas lebih detail perihal pertandingan dan peraduan.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
13 Jun 2008
Sekian
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Semoga perkara ni membuka mata semua dalam memahami terma & syarat dalam setiap jual-beli yang dilakukan
Saya ingin bertanya tentang terma dan syarat yang dikenakan oleh Syarikat PENERBANGAN AirAsia.
1. Sekiranya kita membatalkan tempahan yang telah dibayar, wang kita tidak akan dikembalikan walau satu sen pun. Malahan jika kita meminta untuk diubah destinasi juga tidak dibenarkan sama sekali dan apabila ditanya ttg pulangan duit yang kita lansung tidak menggunakan perkhidmatan mereka (kalau adapun admin fee yang hanya berapa ringgit)jawapan yang diberi-keutamaan kepada pengguna laluan antarabangsa(in ternational flight)wang mereka akan dikembalikan, itu pun tak pasti berapa jumlah yang akan diberi. Pada pandangan saya, terma dan syarat yang dikenakan ini TERLALU MENGANIYA PENGGUNA
3. AirAsia adalah merupakan syarikat penerbangan alternatif selain MAS dan melibatkan jumlah pengguna yang ramai dan dikhuatiri tindakkan pihak AirAsia yang mengaut keuntugan sebegitu membebankan orang ramai.
Sudah semestinya tidak ramai pengguna yang menyemak terma dan syarat sebelum melakukan urusan jual beli.
Harapan saya, agar UZAR boleh memberi penjelasan kepada umum tentang terma dan syarat yang dilihat tidak memberi manafaat kepada pengguna dan ada unsur jual beli yang syubhah
tuan/puan
Terima kasih di atas emel-emel anda kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pihak kami ambil maklum ke atas aduan berhubung "Tawaran Celcom 100 hari 100 kereta". Untuk makluman, perkara ini adalah dalam perhatian pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya. Komen serta maklumbalas berhubung perkara di atas adalah amat dihargai.
Bagi membantu kami menjalankan siasatan lanjut berhubung aduan ini, kami berharap agar pihak tuan/puan dapat memberikan maklumat terperinci yang berkaitan dengan penyertaan peraduan tersebut seperti berikut:
1. Nama penuh tuan/puan.
2. No. kad pengenalan.
3. No. talian Celcom yang telah digunakan ketika menyertai peraduan tersebut.
4. Keterangan lanjut berkenaan aduan ini (cth: berapa jumlah caj yang telah diterima setelah menyertai peraduan tersebut).
Sila hubungi kami sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini melalui emel atau ditalian aduan 1800 888 030 (Isnin-Jumaat 8.30am - 5.30pm).
Sekian terima kasih.
Yang Benar,
Siti Khadijah Hasnan
Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya,
Selangor.
Aduan Melalui Internet : aduan.skmm.gov.my
Talian Aduan : 1800 888 030 (8:30 pg - 5:30 ptg, Isnin -Jumaat)
Faks : 603 8688 1880
Emel : aduanskmm
Laman Web : www.skmm.gov.my
Apakah hukumnya melaburkan/menyimpan sejumlah tertentu wang dengan syarikat yg kononnya utk pelaburan,utk tempoh tertentu (cth 24 bln, yg didlm tempoh 24 bln tu, syarikat memberikan pulangan tetap sebanyak (cth 10% selama 24 bln dpd pelaburan/simpanan pokok), adakah syarikat tersebut dibolehkan dari segi undang undang mengambil deposit seseorang, kemudian menyimpannya selama 24 bulan, dan kemudian memulangkan semula selepas 24 bulan.
Saya dapat tahu, syarikat ni dah agak lama beroperasi secara offline, kononnya wang itu dilaburkan utk perniagaan busana muslim, pelancongan dan makanan halal melalui anak2 syarikatnya. Ada perjanjian bertulis yg ditandatangani oleh pelabur/penyimpan, peguam syarikat dan dimatikana stem.
Utk pengetahuan ustaz, Skim ini yg dinamakan Skim Simpanan/Pelaburan bijak telah pun tersebar dibanyak negeri di Malaysia, terutamanya Johor dan Lembah Kelang. Pejabat syarikat ini berada di Cheras.
Mohon kepastian, email saya
misharun2008@gm ail.com
UZAR : PELABURAN TETAP PULANGAN ADALAH RIBA DAN HARAM.
UZAR : RASANYA ORANG PEJ AGAMA PUN RANMAI TERLIBAT DENGAN BENDA SEBEGINI. BAB ISU HUKUM KEWANGAN KENA ADA SPECIALIST, RASANYA JAKIM ADA KAPASITI UNTUK CUBA LAKSANAKAN, BUKAN BOLEH ORANG PEJABAT AGAMA GITU-GITU SAHAJA.
Pi la ke celcom...duit ada pada mereka.
Kesian kat uzar nak kena jawab pasal pampasan pulak.
bernama.com/.../...
tolonglah uzar,pastikan kami dapat pembelaan yang betul..pulangkan duit kami semula celcom penjudi besar
UZAR : SILA BUAT LAPORAN KE TUNTUTAN TRIBUNAL MALAYSIA.
moga syraikat telco lain pun turut sama dijejak dalam membanteras judi. tahniah juga pada UZAR.
dalam berita tv3 x de dicakapkan duit para peserta akan dipulangkan..cam ne ni ustaz..kami x nak duit kami dilaburkan ke dalam ke dalam perjudian 2..tolonglah kami ustaz..askm
UZAR : SAYA PUN X PASI, DULU MEREKA CAKAP PADA MUFTI PERLIS, MEREKA AKAN REFUND JIKA TERBUKTI JUDI
adakah pihak celcom tidak akan membayar pampasan kepada para penggunanya..cam ne kami nak survive dengan keadaan ekonomi sekarang ditambah pulak htang celcom mencecah belasan ribuan ringgit..tolonglah uzar,kami x nak bersubahat dengan memberikan wang kami ke jalan judi celcom 2..TOLONGLAH PULANGKAN DUIT KAMI SMULA
UZAR : Bila pulak, ?? yang tu dah berkurun lama disebutkan. dan saya tengah tunggu sdr pulak berusaha lebih lagi.
Saya cadangkan Ustaz memberi penerangan secara general dengan jelas dan details bg peraduan SMS. Seba bukan yg celcom saje, tp banyak lagi peraduan SMS yg seangkatan dengannya malah lebih teruk lagi (ex: hadiah RM 300 sehari)tp dah dekat setahun dan mungkin lebih lagi telah berjalan, tp takder org complaint pasal nie sebab value mungkin skit2. Tp yg jelas dicomparekan dengan celcom kes nampak mcm judi dan haram juga. Sikit atau banyak tetap haram.. Jadi saya benar berharap ustaz boleh buat penjelasan tentang peraduan SMS nie secara general tp details. yg mana haram yg mana mungkin dibolehkan. paper the sun hr ni pon ade peraduan sms juga. dan kalau boleh juga perjelaskan hukum sms utk voting Akademi fantasia dan reality2 tv yg lain lagi tuh. haram atau diharuskan.. sebab ramai yg terjabak dan mostly adalah melayu islam....
harap, ia akan memberi penjelasan kepada org melayu berkaitan hukum perkara2 di atas dengan jelas seterusnya memberi kesedaran supaya tidak terlibat dengan benda2 haram ini.
terima kasih.
p/s: boleh ler post dekat sini, metro, tv atau media2 lain utk pengetahuan org islam..moga2 diberkati oleh Tuhan yg maha esa.
UZAR : PERMINTAAN SDR TELAH SAYA TUNAIKAN SEJAK BEBERAPA BULAN LEPAS. ARTIKEL ITU ADA DI WEB INI, DAN IA JUGA TELAH 2 KALI DITERBITKAN DI METRO.
MALAH JUGA ADA DALAM BUKU SAYA 'WANG, ANDA DAN ISLAM"
Pandangan Ust Zaharuddin
Taip :
UZAR
dan hantarkan ke
(DITUTUP Sementara)
Caj : 15 sen (caj biasa oleh syrkt tel)
50 sen bagi setiap balasan jawaban
oleh Telco & Penyelia Sistem
UZAR,
Kenapa sistem sms tanya hukum dihentikan buat masa nie???adakah ada kaitannya dengan masalah yang dibincangkan sekarang nie???
Maaf sekadar bertanya???
UZAR : TIDAK PAK LONG, SAYA TUTUP KERANA TERLALU BANYAK SOALAN TERTANGGUH DAN SAYA SEMAKIN SIBUK. JIKA TERUS DIBUKA,. SETIAP HARI BERPULUH SOLAN BARU MASUK SEDANGKAN SOALAN LAMA BELUM SEMPAT DIJAWAB
Sila rujuk artikel UZAR yang dahulu. Semua soalan sudah UZAR jawab.
Nak belajar kena usaha sikit ye. Nasihat dari orang tua (kubur semakin memanggil...)
:::Internet Explorer 7.0 ada masalah pada css. borderline :: Wallahua'lam. :::
UZAR : BERIKUT RESPOND WEB DISGNER "nsyaAllah. Resolution yang terbaik 1280 x 800 pon ok 1280 x 1024 pon ok."
apa2 pun sy ucapkan trima kasih yg sgt2 kpda ustaz moga2 Allah sntiasa merahmati ustaz utk trus myampaikan kbnran dan Islam y sbnar...amiin..
Saya sokong peraduan tu dibatalkan. Masa peraduan tu mula diadakan lagi saya dah baca terma dan dah agak dah mesti peraduan tak ikut syarak.
Kesian dgn orang Islam sekarang kerana orang melayu beragama Islam sendiri yang merosakkan mereka. Semoga Allah SWT menyelamatkan umat-umat Islam.
p/s: Uzar, tahniah laman web dah berwajah baru tapi jgn marah lak.. nak tegur sedikit, web ni paling baik dilayari menggunakan resolution apa? Bukan apa ustaz, saya guna 1280 x 800 pixels tapi paparan tak penuh la.. ada perkataan yang tidak dapat dibaca. Harap kelemahan ini dapat diperbaiki supaya apa yang ustaz sampaikan melalui penulisan ustaz dapat dibaca dan difahami. W'salam
RSS feed for comments to this post